Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label ALLAH SWT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ALLAH SWT. Papar semua catatan

Khamis, 28 Disember 2017

S 34 : DI MANAKAH ALLAH SWT?

Keyakinan yang Benar Mengenai Sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
Alhamdulillah wa shalaatu wa salaamu ‘ala Rosulillah wa ‘ala aalihi wa shohbihi wa man tabi’ahum bi ihsaanin ilaa yaumid diin.

Saat ini, alhamdulillah dakwah semakin tersebar luas di dunia maya. Website dakwah pun semakin menjamur. Ini adalah sesuatu yang patut disyukuri. Di samping itu dakwah kepada kefahaman menyimpang pun juga semakin tersebar. Yang terakhir ini pun sangat menyedihkan. Orang awam yang asal fitrahnya bersih akhirnya ternodai dengan berbagai macam kotoran syubahat (pemikiran sesat) yang membutakan hati. 

Di antaranya adalah beberapa syubahat yang dibawakan oleh para blogger anti salafi, yang menamakan blognya dengan sebutan abusalafy. Syubahat yang ada dan cukup keras adalah mengenai pernyataan mereka bahawa
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA itu ada tanpa tempat. Ini adalah penentangan mereka terhadap aqidah Ahlus Sunnah yang menyatakan bahawa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berada di atas langit dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berada tinggi di atas ‘ArsyNya.

Semoga dengan pertolongan dan taufik ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, kami boleh menyingkap kebenaran yang ada. Ya Robbi, a’in ‘ala naili ridhoka (Wahai Rabbku, tolonglah aku untuk menggapai redaMu).

Keyakinan yang Benar Mengenai Nama dan Sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
Ada beberapa i’tiqod (keyakinan) yang seharusnya menjadi pegangan dan keyakinan seorang muslim mengenai asma’ wa shifat (nama dan sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA). Sebagaimana disebutkan oleh Ahmad bin Abdul Halim Al Haroni rahimahullah dalam kitab Aqidah Al Wasithiyah, beliau rahimahullah menyatakan:

ومن الإيمان بالله الإيمان بما وصف به نفسه في كتابه وبما وصفه به رسوله محمد صلى الله عليه و سلم من غير تحريف ولا تعطيل ومن غير تكييف ولا تمثيل بل يؤمنون بأن الله سبحانه ليس كمثله شيء وهو السميع البصير

“Di antara bentuk iman kepada ALLAH adalah beriman kepada apa yang ALLAH sifatkan pada diriNya sendiri dalam Al Quran dan apa yang RasulNya Muhammad  shallallahu ‘alaihi wa sallam sifatkan tanpa melakukan tahrif, ta’thil, takyif, dan tamtsil. Akan tetapi, mereka (Ahlus Sunnah) itu beriman bahawa tidak ada yang semisal dengan ALLAH dan ALLAH Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”[1]

Mengenai pernyataan Ahmad bin Abdul Halim Al Haroni di atas juga kita jumpai dalam perkataan ulama lainnya. Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah mengatakan,

لَا يُوصَفُ اللَّهُ إِلَّا بِمَا وَصَفَ بِهِ نَفْسَهُ ، أَوْ وَصَفَهُ بِهِ رَسُولُهُ ، لَا يُتَجَاوَزُ الْقُرْآنُ وَالْحَدِيثُ

“ALLAH tidaklah disifati kecuali dengan apa yang ALLAH sifatkan pada diriNya sendiri atau yang disifatkan oleh RasulNya. Hendaklah tidak mensifati ALLAH selain dari Al Quran dan Al Hadits.”[2]

Dalam pernyataan di atas yang tentu saja hasil dari penelitian dan penyimpulan Al Quran dan As Sunnah, kita dapat mengatakan bahawa i’tiqod yang mesti diyakini seorang muslim adalah sebagai berikut.

Pertama:
Hendaklah seseorang menetapkan nama bagi ALLAH sesuai dengan apa yang ditetapkan oleh
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam kitabNya dan ditetapkan oleh RasulNya melalui lisannya.

Kedua:
Penetapan nama dan sifat ALLAH di sini tanpa melakukan tahrif dan ta’thil serta tanpa melakukan takyif dan tamtsil.
Tahrif adalah menyelewengkan makna nama atau sifat ALLAH dari makna sebenarnya tanpa adanya dalil. Seperti mentahrif sifat mahabbah (cinta) bagi ALLAH menjadi irodatul khoir (menginginkan kebaikan).
Ta’thil adalah menolak nama atau sifat ALLAH. Seperti menolak sifat tangan bagi ALLAH.
Takyif adalah menyebutkan hakikat sesuatu tanpa menyamakannya dengan yang lain. Seperti menyatakan panjang tangannya adalah 50 cm. Takyif tidak boleh dilakukan terhadap sifat ALLAH kerana ALLAH tidak memberitahukan bagaimana hakikat sifatNya dengan sebenarnya.
Tamtsil adalah menyamakan sifat ALLAH dengan sifat makhluk. Seperti menyatakan ALLAH memiliki tangan dan sama dengan tanganku.
Keempat hal ini terlarang dalam mengimani nama dan sifat ALLAH kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar dan Melihat.”
(QS. Asy Syura: 11)

Ayat,

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ

“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia.” adalah bantahan terhadap orang yang melakukan takyif dan tamtsil, iaitu yang menyamakan sifat ALLAH dengan sifat makhluk atau menyebutkan hakikat sifat ALLAH padahal yang mengetahuinya hanyalah ALLAH.

Sedangkan ayat,

وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

“dan Dialah yang Maha Mendengar dan Melihat.” adalah bantahan untuk orang yang melakukan tahrif dan ta’thil kerana dalam ayat ini ALLAH menyatakan bahawa ALLAH memiliki sifat mendengar dan melihat. Makhluk pun memiliki sifat mendengar dan melihat, namun tentu saja kedua sifat ALLAH ini berbeza dengan makhluk. Oleh kerananya, kedua sifat tersebut tidak boleh ditahrif (diselewengkan) maknanya dan tidak perlu dita’thil (ditolak maknanya). Sebagaimana hal ini juga berlaku untuk sifat-sifat ALLAH lainnya.

Fahamilah Ayat Sifat Secara Zahir, Tidak Perlu Mentakwil

Pengasuh blog abu salafy ketika menyanggah hujjah akhi fadhil Ustadz Abul Jauzaa hafizhohullah mengenai keberadaan ALLAH di atas ‘ArsyNya, ia menyatakan sebagai berikut.
“Yang nampak dari nash-nash yang menyebut secara lahiriyah bahawa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA di langit jelas bukan demikian maksud sebenarnya. Ia mesti dita’wil, sebab ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak boleh ditanyakan dengan kata tanya: Di mana Dia? Kata di mana? Tidak pernah disabdakan Nabi saw, seperti telah kami buktikan.”
Kami harap para pembaca dapat memperhatikan kalimat yang kami garisbawahi. Inilah dasar pemahaman abusalafy ketika ingin menyanggah ideologi keberadaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA di atas ‘ArsyNya. Dia punya keyakinan bahawa dalil-dalil yang menyatakan semacam itu, hendaklah dita’wil iaitu diertikan dengan makna lainnya dan jangan difahami secara zahir (tekstual). Inilah kerancuan abusalafy ketika memahami nama dan sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Para pembaca sekalian, yang dimaksud dengan memahami secara zahir (tekstual) adalah memahami makna yang tertangkap langsung di dalam benak fikiran.
Kami contohkan adalah ketika kita mengatakan, “Ali melihat singa.” Maka makna yang tertangkap adalah Ali benar-benar melihat binatang buas yang dinamakan singa. Inilah yang dimaksudkan memahami secara zahir. Walaupun masih ada kemungkinan makna singa di situ boleh dengan makna lainnya seperti bererti pemberani. Misalnya kita katakan, “Ali Sang Singa menaklukan musuh-musuhnya.” Yang dimaksudkan di sini bukan singa binatang buas, namun bermakna pemberani kerana difahami dari konteks kalimat. Namun kalau kita mendengar kata singa secara sendirian, tentu yang tertangkap dalam benak kita adalah singa yang termasuk binatang buas.

Ketika memahami sifat ALLAH pun mesti seperti itu. Hendaklah kita memahami secara zahir, sesuai makna yang tertangkap dalam benak kita tanpa kita takwil (palingkan) ke makna lainnya tanpa adanya indikator atau dalil. Inilah yang diperintahkan dalam Al Quran ketika kita memahami ayat Al Quran. Cuba kita perhatikan ayat-ayat berikut ini.
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,

وَإِنَّهُ لَتَنْزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ (192) نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ (193) عَلَى قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنْذِرِينَ (194) بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُبِينٍ (195)

“Dan sesungguhnya Al Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril), ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan, dengan bahasa Arab yang jelas.”
(QS. Asy Syu’ara: 192-195).

Lihatlah ayat ini menegaskan bahawa Al Quran diturunkan dengan Bahasa Arab yang jelas, yang ertinya boleh langsung kita fahami. Dalam ayat lain, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,

إِنَّا جَعَلْنَاهُ قُرْآَنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

“Sesungguhnya Kami menjadikan Al Quran dalam Bahasa Arab supaya kamu memahami(nya).”
(QS. Asy Syu’ara: 192-195)

Ayat ini pun demikian iaitu menjelaskan bahawa Al Quran itu diturunkan dengan Bahasa Arab yang mudah difahami secara zahir, tanpa perlu dipalingkan ke makna lainnya. Begitu pula ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memerintahkan agar kita mengikuti apa yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA turunkan, ertinya sesuai yang kita fahami di benak kita. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,

اتَّبِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ وَلَا تَتَّبِعُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ

“Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya.”
(QS. Al A’raf: 3)

Apabila ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menurunkan Al Quran dengan Bahasa Arab agar mudah direnungkan dan difahami, lalu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memerintahkan untuk mengikutinya, maka wajib bagi kita memahami ayat-ayat yang ada secara zahirnya sesuai yang dimaksudkan oleh Bahasa Arab kecuali jika hakikat syar’i yang dikehendaki bukanlah demikian. Begitu pula hal ini berlaku pada ayat-ayat yang menjelaskan sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA (tangan, wajah, istiwa’, dsb). Bahkan berpegang dengan zahir pada nash-nash yang menjelaskan sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA lebih utama kita praktikan kerana penunjukkan sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA harus tauqifiy (harus dengan dalil), tidak ada ruang bagi akal untuk merinci sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Jika ada yang mengatakan, “Janganlah fahami ayat yang menunjukkan sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA secara zahir, kerana makna zahir bukanlah yang dimaksudkan?” Kita jawab, “Apa yang dimaksud dengan zahir yang kalian inginkan?”
[Pertama]

Kalau yang kalian maksudkan adalah memahami makna yang tertangkap pada nash dengan memahami sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tersebut sesuai dengan yang layak bagiNya tanpa melakukan tamtsil (penyamaan dengan makhluk), maka ini benar.
Hal ini wajib diterima dan diimani oleh setiap hamba kerana tidak mungkin
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menceritakan mengenai sifat-sifatNya, lalu itu bukan yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA inginkan dan tanpa menjelaskannya pada hambaNya.

[Kedua]

Namun jika zahir yang dimaksudkan adalah memahami sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan melakukan tamtsil (menyamakan sifat tersebut dengan sifat makhluk), maka inilah makna yang tidak diinginkan. Sebenarnya makna ini bukan makna zahir dari dalil Al Kitab dan As Sunnah yang menjelaskan mengenai sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kerana pemahaman zahir semacam ini adalah pemahaman kufur dan batil serta terbantahkan dengan dalil dan ijma’ (kesepakatan para ulama).[3]

Silakan pembaca menilai pernyataan abusalafy di atas yang menyatakan sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mesti dita’wil. Pernyataan ini sungguh melenceng dari ijma’ (kesepakatan ulama). Lihat baik-baik klaim ijma’ dari pernyataan ulama berikut ini. Memahami Sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA Secara Zahir adalah Ijma’ (Kesepakatan Para Ulama)

Al Imam Al Khothobiy rahimahullah mengatakan, “Madzhab salaf dalam mengimani sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA adalah menetapkan dan memahaminya secara zahir (tekstual), mereka menolak menyebutkan hakikat (kaifiyah) sifat tersebut dan mereka tidak melakukan tasybih (menyerupakan sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan sifat makhluk).”[4]

Al Hafizh Ibnu ‘Abdil Barr rahimahullah, “Ahlus Sunnah berijma’ (bersepakat) dalam menetapkan sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang terdapat dalam Al Kitab dan As Sunnah, mereka memahaminya sesuai dengan hakikatnya dan bukan difahami secara majas. Namun ingatlah mereka tidak menyebutkan kaifiyah sifat tersebut (seperti menggambarkan bagaimana bentuk tangan dan wajah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, pen). Berbeza halnya dengan Jahmiyah, Mu’tazilah dan Khowarij; mereka semua mengingkari sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, mereka tidak mahu memahami sesuai dengan makna hakikatnya. Mereka malah menganggap bahawa orang-orang yang menetapkan sifat sebagai musyabbihah (menyerupakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan makhluk). Namun menurut mereka yang menetapkan sifat bagi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA (iaitu Ahlus Sunnah) menilai bahawa Mu’tazilah,cs–lah yang telah menafikan (meniadakan) ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sebagai sesembahan.”[5]

Syaikh Muhammad bin Sholeh Al Utsaimin rahimahullah mengatakan, “Para salaful ummah dan para imam telah bersepakat (berijma’) bahawa nash-nash yang menjelaskan sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA haruslah difahami secara zahir (tekstual) sesuai dengan sifat yang layak bagi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tanpa melakukan tahrif (penyelewengan makna). Dan ingatlah bahawa memahami secara sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA secara zahir tidak bererti kita menyamakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan makhluk.”[6]

Jadi, kenapa kita harus fahami dalil-dalil yang menjelaskan sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA secara zahir (seperti sifat tangan, wajah, ghodob (murka), istiwa’ ALLAH SUBHANAHU WA TAALA)?

Jawapannya:
Tidak mungkin bagi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA membicarakan sesuatu, namun itu bukan yang Dia inginkan atau menyelisihi zahirnya tanpa ada penjelasan.
Menetapkan sifat bagi
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA adalah tauqifi iaitu perlu dalil, sehingga kalau makna sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mahu diselewengkan dari makna zahir harus dengan dalil. Inilah kesepakatan (ijma’) para ulama ahlus sunnah.

Tuduhan: Menetapkan Sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA Bererti Melakukan Tasybih
Inilah tuduhan lainnya dari abusalafy dalam beberapa tulisannya terhadap orang yang menetapkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berada di atas langit. Beliau menyebut mereka yang menetapkan sifat semacam itu sebagai mujassimah atau musyabbihah, yang bererti menyerupakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan makhlukNya.

Inilah yang diisyaratkan oleh Ahmad bin Abdul Halim Al Haroni. Beliau rahimahullah mengatakan, “Mu’tazilah, Jahmiyah dan semacamnya yang menolak sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, mereka menyebut setiap orang yang menetapkan sifat bagi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sebagai mujassimah atau musyabbihah. Bahkan di antara mereka menyebut para Imam besar yang telah masyhur (seperti Imam Malik, Imam Asy Syafi’i, Imam Ahmad dan pengikut setia mereka) sebagai mujassimah atau musyabbihah (yang menyerupakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan makhluk).”

Inilah bloger abusalafy yang mengikuti jejak Mu’tazilah dan Jahmiyah. Tidak beza jauh antara dia dengan mereka. Namun tenang saja, alhamdulillah tuduhan seperti ini sudah disanggah oleh ulama-ulama terdahulu. Perhatikan kalam mereka berikut ini.

Nu’aim bin Hammad Al Hafizh rahimahullah mengatakan, “Siapa yang menyerupakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan makhlukNya, maka dia kafir. Siapa yang mengingkari sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tetapkan bagi diriNya, maka dia kafir. Namun, menetapkan sifat yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tetapkan bagi diriNya atau yang ditetapkan oleh RasulNya tidaklah disebut tasybih (menyerupakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan makhluk).”

Ishaq bin Rohuwyah rahimahullah mengatakan, “Yang disebut tasybih (menyerupakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan makhluk), jika kita mengatakan, ‘Tangan ALLAH sama dengan tanganku atau pendengaranNya sama dengan pendengaranku.’ Inilah yang disebut tasybih. Namun jika kita mengatakan sebagaimana yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA katakan iaitu mengatakan bahawa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memiliki tangan, pendengaran dan penglihatan; dan kita tidak sebut, ‘Bagaimana hakikat tangan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, dsb?’ dan tidak pula kita katakan, ‘Sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA itu sama dengan sifat kita (iaitu tangan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sama dengan tangan kita)’; seperti ini tidaklah disebut tasybih. Ingatlah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar dan Melihat.”
(QS. Asy Syuro: 11)

Syaikh Al Albani rahimahullah mengatakan, “Seandainya menetapkan ketinggian bagi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA (di atas seluruh makhlukNya) bermakna tasybih (menyerupakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan makhluk), maka setiap orang yang menetapkan sifat yang lainnya bagi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA seperti menetapkan bahawa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA itu Qodir (Maha Kuasa), ALLAH SUBHANAHU WA TAALA itu saami’ (Maha Mendengar) atau ALLAH SUBHANAHU WA TAALA itu bashiir (Maha Mendengar), orang-orang yang menetapkan seperti ini juga haruslah disebut musyabbihah. Namun tidak seorang muslim pun pada hari ini yang mereka menisbatkan diri pada Ahlus Sunnah wal Jama’ah mengatakan bahawa orang yang menetapkan sifat-sifat tadi bagi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA adalah musyabbihah (melakukan tasybih atau menyerupakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan makhluk), berbeza dengan para penolak sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA iaitu Mu’atzilah, dll.”[7]

Ringkasnya, jika kita yang menyatakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA di atas langit adalah musyabbihah, maka seharusnya engkau katakan pula pada orang-orang yang menetapkan sifat mendengar, melihat, bahkan sifat wujud adalah musyabbihah kerana sifat-sifat ini juga ada pada makhluk. Namun, pasti engkau akan mengelak, tidak mahu mengatakan demikian.

Jadi, jika kami mengatakan bahawa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA di atas langit, di atas seluruh makhlukNya, itu bukanlah bererti ALLAH SUBHANAHU WA TAALA serupa dengan makhluk. Jadi kami yang menetapkan sifat bukanlah musyabbihah, seperti kleim Anda.

Justeru orang yang menolak sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA atau mengatakan, ‘ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak berada di atas langit’, kerana tidak boleh kita fahami ayat-ayat yang menyatakan demikian secara zahirnya, namun makna yang lainnya’; mereka itulah sebenarnya musyabbihah? Kok, tuduhan ini boleh berbalik?

Ini buktinya. Perlu diketahui bahawa setiap orang yang menolak sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA (mu’athilah) sebelumnya mereka terlebih dahulu menyerupakan sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan makhluk (melakukan tasybih). Sebelumnya mereka berfikir, “Kalau kita menetapkan sifat tangan, wajah, dan sifat lainnya bagi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, maka ini sama saja kita menyerupakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan makhluk.” Lalu agar sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak sama dengan makhluk, setelah itu mereka menolak sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, iaitu menolak sifat tangan, wajah, dan sifat lainnya. Inilah pemikiran mu’athilah (para penolak sifat) pertama kali. Sehingga para ulama mengatakan, “Kullu mu’athil musyabbih”, iaitu setiap orang yang menolak sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, mereka juga adalah orang yang menyerupakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan makhluk (melakukan tasybih) kerana takut menyerupakan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, akhirnya mereka menolak sifat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Jadi siapakah sebenarnya yang musyabbihah atau mujassimah?

Nantikan serial selanjutnya dari pembahasan ini mengenai berbagai dalil dari Al Quran dan As Sunnah tentang keberadaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA di atas langit. Hanya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang memberi taufik. Semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mudahkan untuk pembahasan selanjutnya.

--------------------------
Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal (Abu Rumaysho Al Ambony)
Artikel 
http://rumaysho.com
[1] Al ‘Aqidah Al Wasithiyah, Ahmad bin Abdul Halim Al Haroni Ibnu Taimiyah, hal. 8, Darul ‘Aqidah, cetakan pertama, tahun 1426 H
[2] Aqowiluts Tsiqoot fii Ta’wilil Al Asma’ wa Ash Shifaat wal ayat Al Muhkamat wal Mutasyabihaat, Mar’i bin Yusuf Al Hambali Al Maqdisi, Tahqiq: Syu’aib Al Arnauth, hal. 234, Muassasah Ar Risalah, cetakan pertama, 1406 H.
[3] Penjelasan ini kami sarikan dari Taqribut Tadmuriyah, Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin, hal. 45-46, Darul Atsar, cetakan pertama, tahun 1422 H.
[4] Lihat Mukhtashor Al ‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghofar, Al Hafizh Syamsuddin Adz Dzahaby, Tahqiq: Syaikh Muhammad Nashiruddin Al Albani, hal. 38, Al Maktab Al Islami, cetakan kedua, 1412 H.
[5] Idem
[6] Taqribut Tadmuriyah, hal. 46
[7] Lihat Mukhtashor Al ‘Uluw, hal. 67.

(....to be continue part 2....)

Selasa, 14 Ogos 2012

G 103 SEPULUH JAWAPAN AL-IMAM ABU HANIFAH TENTANG KETUHANAN

Bila mana sampai al-Imam Abu Hanifah bersama gurunya yang mulia al-Imam Hammad radhiyallahu anhuma di tempat perdebatan, seraya al-Imam Abu Hanifah berucap : 
Tak selayaknya seorang ulama besar berdebat di dalam majlis sebegini, Cukuplah diserahkan kepada muridnya yang masih muda ini untuk berbincang-bincang dengan mereka-mereka ini
Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian anak muda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bila mana al-Imam Abu Hanifah duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan :

Soalan Pertama 

“Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu menjawab : Allah taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah swt juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak. 

Soalan Kedua

“Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Al-Imam Abu Hanifah seraya menjawab :
Allah taala itu wujud sebelum adanya zaman, Sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.

Soalan Ketiga 

“Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”

Al-Imam Abu Hanifah menjawab : Kamu pandai mengira?
Kelompok Atheis itu menjawab :
Tentu sekali kami pandai mengira.”
Al-Imam Abu Hanifah meneruskan ucapannya: Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor Empat (4)?
Mereka menjawab : “ Nombor 3”
Al-Imam Hanifah : “ Nombor sebelum 3?”
Mereka menjawab : “Nombor 2”
Al-Imam Abu Hanifah : “Nombor sebelum 2?”
Mereka menjawab : “Nombor 1”
Al-Imam Abu Hanifah : “ Nombor sebelum 1?”
Mereka menjawab : “Tiada”
Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu memberikan penerangan : Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sendiri sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah swt ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada Nombor itu sendiri?
Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada al-Imam Hanifah. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.
Persoalan diteruskan.

Soalan Keempat 

“Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Al-Imam Abu Hanifah : Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?
Mereka menjawab : “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Al-Imam Abu Hanifah menjawab :
Jika cahaya yang diciptakannya itupun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik cahaya langit dan bumi ini sendiri?
Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada al-Imam Abu Hanifah bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima 

“Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Al-Imam sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh Sang Anak Muda.

Al-Imam Abu Hanifah menjawab : “Kamu semua tentu pernah duduk di sebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”
Mereka menjawab : “Tentu sekali.”
Al-Imam meneruskan : “Bila mana orang sakit tadi mati. Bolehkah kamu bercakap dengannya?”
Mereka menjawab : “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Al-Imam meneruskan : “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Mereka tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak. Ini kerana ruhnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: Baik, kamu mengatakan bahawa ruhnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk ruh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan al-Imam Abu Hanifah tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka. 
Mereka menjawab dengan keadaan penuh malu : “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

Al-Imam Abu Hanifah lalu meneruskan bicaranya: Jika makhluknya seperti ruh itupun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku. Bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Ruh serta sekalian alam ini?

Soalan Keenam

“Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Al-Imam Abu Hanifah kembali bertanyakan soalan kepada mereka :
“Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, di manakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Mereka menjawab : “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”
Al-Imam Abu Hanifah seraya berkata : “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susupun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh

“Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya ( iaitu selepas dihisab oleh Allah taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya ( maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lagi lalu menjawab :
Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?
Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.
Al-Imam tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian Beliau menyambung bicaranya : Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.

Soalan Kelapan

“Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

Al-Imam Abu Hanifah tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab : Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini. Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh al-Imam Abu Hanifah dengan penuh berhikmah.

Baghdad kembali berseri selepas peristiwa tersebut. Anak muda itu semakin dikenali malah terus menerus namanya disebut orang sehinggalah ke hari ini. Walau sudah hampir ribuan tahun beliau meninggalkan kita. Namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit radhiyallahu anhu serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah wafat. Al Fatihah.

Tamat

Soalan Kesembilan

Ada juga kisah yang saya dengar bahawa soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok tersebut kepada Sang Imam bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan : “Jika kamu terlalu bijak, apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka al-Imam menjawab dengan tenang :
Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu
Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan al-Imam tersebut. Lalu mereka bertukar tempat. Al-Imam naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah. 

Bilamana al-Imam sudah berada di atas. Terus beliau menjawab :
Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan al-Imam ke atas ) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan Atheis tersebut ke bawah).
Rujukan :
http://nazrulnasir.blogspot.com/


Khamis, 2 Ogos 2012

E 40 ALLAH SWT ADALAH TUHAN KEPADA SEGALA TUHAN CIPTAAN MANUSIA

JANGAN SESEKALI LUPA HANYA ALLAH SWT ADALAH TUHAN

“Mereka telah melupakan ALLAH, jadi Dia akan melupakan mereka.”
(Surah at-Tawba:67)

Ini adalah justifikasi biasa: Jika kita melihat istana yang diperbuat daripada pasir sepanjang pantai, kita pasti seseorang telah membinanya. Hanya orang yang bodoh saja yang menyatakan ianya berlaku secara tidak sengaja akibat daripada angin dan ombak. Kesemua yang wujud di alam semesta ini ada bukti rekabentuk. Lebih-lebih lagi, rekabentuk itu ternyata dengan perincian setiap benda yang tercipta tiada tandingan daripada kesempurnaan, kehebatan dan kerumitan lebih daripada istana pasir itu. Oleh itu, kita berkonfrantasi dengan fakta yang sudah jelas: alam semesta adalah diciptakan oleh Pencipta Yang Maha Hebat. Pencipta itu adalah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, Tuhan Sekelian Alam.

Kewujudan aturan yang tanpa cacat di alam semesta ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan. Dunia yang kita tinggal ini telah diciptakan untuk kita tinggal. Kadar kuasa graviti, jarak antara bumi dan matahari, kadar oksigen dalam atmosfera, beratus macam haiwan seni yang seimbang, tentu tidak terjadi secara spontan atau tidak sengaja. Terdapat, tanpa ragu-ragu, penciptaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, yang mengawal segala sesuatu, daripada mikroorgansima seni kepada sebesar planet-planet di dalam sistem solar. Adalah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang menciptakan alam semesta dengan kebijaksanaan dan kekuasaan dan mereka bentuk secara spesifik dunia ini sebagai tempat tinggal kita:

“Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-maisng berjalan menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian itulah ALLAH Tuhanmu, kepunyaanNyalah kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain ALLAH tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari.”
(Surah Fatir: 13)

Menukar perhatian kita dari angkasa, marilah kita mempertimbangkan tentang badan kita. Badan manusia adalah satu struktur dengan keajaiban yang begitu banyak. Otak manusia yang sempurna dan berfungsi adalah lebih daripada perbandingan komputer, produk paling maju di zaman teknologi. Tambahan pula, setiap organ menjalankan fungsi yang khusus secara sempurna, dan bekerja secara harmoni dengan setiap organ lain.

Sebagai contoh ketika kita menyedut udara, mulut seseorang, hidung, trakea, paru-paru, hati dan setiap saluran darah, mesti berfungsi secara serentak. Tiada berhenti sekejap atau menjadi penat. Mereka semua patuh dan tunduk kepada Penciptanya dan mematuhi dengan taat apa yang diarahkan kepadanya. Air udara, ditapis dan dihangatkan apabila melalui hidung, kemudiannya dibawa ke paru-paru melalui trakea.

Oksigen kemudianya diguna oleh jantung dan saluran darah oleh setiap sel di dalam badan kita. Organ yang terlibat dalam proses ini berkemahiran menjalankan banyak proses tanpa keliru, kesalahan atau kelewatan dalam keadaan apapun. Jika terdapat kecacatan dalam harmoni ini, sama ada tiada pernafasan ataupun tiada kehidupan.

Begitu juga dengan proses pengelihatan. Mata adalah ciptaan paling jelas. Pada mata manusia dan binatang adalah contoh istimewa satu rekabentuk yang sangat sempurna. Organ yang menarik ini menyediakan kualiti pengelihatan, yang masih tidak dapat ditandingi oleh teknologi abad ke dua puluh satu. Tetapi, jangan sekalipun lupa yang mata hanya berfungsi dengan komponen sempurnanya. Sebagai contoh, jika komponen-komponen mata seperti kornea, konjuktiva, iris, pupil, lensa, retina, koroid, otot dan saluran lakarikmal tidak rosak, tetapi tertinggal satu kelopak mata, mata tersebut akan rosak dan tidak dapat melihat. Dalam pada masa yang sama, kegagalan pengeluaran air mata akan menyebabkan mata kering dan seterusnya akan menyebabkan kebutaan. Fakta tersebut menghasilkan persoalan tentang kehidupan: siapakah yang mencipta mata dan kebolehannya daripada tiada?

Tentu sekali, ianya bukan kepunyaan mata itu sendiri yang menentukan untuk terjadi sendiri. Kerana ianya tentu sekali secara tidak logik menganggap yang kehidupan tidak sedar akan konsep ‘penglihatan’ boleh menentukan sendiri keperluan dan ciptaan mata pada badannya sendiri. Ini menjadikan kes, realitinya adalah dengan kebijksanaan yang hebat, yang menciptakan kehidupan dengan fakulti pengelihatan, pendengaran dan sebagainya. Ada sebilangan manusia yang tidak dapat menilai Allah swt dengan penilaian yang sebenarnya mendakwa yang sel yang tidak sedar diri memerlukan pengelihatan dan pendengaran, fakuilti yang memerlukan kesedaran dengan kemahuan dan kemahiran tersendiri. Walaubagaimanapun, adalah jelas buktinya yang ia tidak mungkin berlaku. Al Quran menjelaskan oleh siapa yang memberi pengelihatan, seperti berikut:

“Katakanlah: “Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, pengelihatan dan hati,” (tetapi) amat sedikit kamu bersyukur!” 
(Surah al-Mulk: 23)

Seperti yang dilihat dalam petikan di atas, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang mencipta semua sistem yang berfungsi dalam kesempurnaan dan harmoni antara satu sama lain. Tanpa mengira butiran yang terdapat dalam badan kita dan organisma-organisma bagaimana kekuasaan dan kehebatan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, yang menyingkap kebenaran kepada kita yang Dia meliputi segala sesuatu dengan pengetahuanNya. Namun begitu, manusia lebih mudah engkar daripada realiti ini. Bagaimanapun, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menyuruh manusia untuk melihat ke sekeliling untuk menyaksikan kehebatanNya.

“ALLAH-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah ALLAH berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya ALLAH Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya ALLAH, ilmuNya benar-benar meliputi segala sesuatu.”
(Surah at-Talaq: 12)
Jangan lupa bertapa dekatnya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan Dia boleh melakukan apa sahaja. Apa sahaja yang terlintas di fikiran manusia ketika ini, sesuatu yang dialami semasa kecil ataupun rancangan pada masa dua tahun yang akan datang semuanya tersimpan di dalam pengetahuan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Kehebatannya terhadap makhlukNya tidak terbatas. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menyatakannya di dalam Al Quran sebagaimana berikut:

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya.” 
(Surah Qaf: 16)

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengetahui perkara tersembunyi, termasuk segala rahsia dan perkara yang tidak terfikir oleh manusia. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, Dia Maha Mengetahui tentang manusia dari semua sudut, sentiasa bersama kita tidak kira di mana kita berada atau apa yang sedang kita lakukan.

“Kamu tidak berada di dalam satu keadaan dan tidak membaca satu ayat dari Al Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz).”
(Surah Yunus: 61)

Begitupun, manusia tetap menganggap yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA itu jauh. Ini berdasarkan rasional manusia sendiri bahawa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berada jauh di planet lain dan hanya sekali sekala campur tangan dalam urusan duniawi atau tidak langsung menghiraunya terus. Mereka fikir bahawa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menciptakan alam dan lalu tidak menghiraukannya tanpa sebarang kawalan (tentu sekali ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak begitu) Bagaimanapun ini adalah pemikiran yang nyata salah. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berada di mana-mana dan kehadirannya menyeliputi segalanya. Dia berada di setiap tempat, dari timur ke barat dan dari selatan ke utara.

“Kepunyaan ALLAH –lah apa yang di langit dan apa yang di bumi, dan adalah dalam (pengetahuan) ALLAH Maha Meliputi segala sesuatu.”
(Surah an-Nisa’: 126)

Ke mana sahaja kita pergi, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berada di situ, walaupun di tempat paling jauh di atas muka bumi ini. Dia berada dekat dengan kita pada saat ini. Dia lebih dekat daripada urat tekak. Dia mentadbir tubuh badan kita, bilik kita, bandar yang kita diami, seluruh alam semesta dan dunia yang kita tidak mampu melihatnya; malah pengetahuan segala perkara dahulu dan akan datang. Sesetengah orang akan mengabaikan fakta ini, boleh menyembunyikan pemikiran dan kesalahan yang mereka lakukan terhadap orang lain. Tetapi mereka lupa bahawa mereka tidak boleh menyembunyikannya daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Realitinya, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA bersama mereka walaupun mereka sedang merancangnya.

“Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmuNya.”
(Surah Ta Ha : 110)

Kita tidak tahu apa yang akan kita lakukan dalam masa terdekat ini tetapi ALLAH Maha Mengetahuinya. Oleh itu, kita telah pasrah dan memberikan diri kita pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sama ada kita sedar atau tidak. Sama ada kita membongkar apa yang terpendam di dalam diri kita atau kita merahsiakannya, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tetap mengetahuinya. Tidak ada satu perkataanpun yang kita bisikkan dirahsiakan daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Tiada rahsia untuk ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Dia mengatahui rahsia kita dan segala fikiran yang kita sembunyikan.
Jangan sekalipun lupa yang setiap perkara di atas muka bumi ini memerlukan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Sebaliknya Dia Yang Maha Tinggi daripada segalanya dan jauh dari sebarang kelemahan. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak memerlukan apa-apapun. Dia di atas segala kelemahan manusia seperti tidur, lapar, dahaga dan letih. Semua orang pasti akan mati, tetapi ALLAH SUBHANAHU WA TAALAsentiasa hidup dan kekal abadi.

“ALLAH, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya), tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi ALLAH tanpa izinNya. ALLAH mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu ALLAH melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi ALLAH meliputi langit dan bumi. Dan ALLAH tidak merasa berat memelihara keduanya, dan ALLAH Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
(Surah al-Baqarah : 255)

Jangan sesekali lupa yang segala berlaku di bawah pengetahuan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Seperti yang dinyatakan di dalam Quran,

“Tiada daun yang jatuh tanpa Dia mengetahuinya.”
(Surat al-An’am: 59) 

Segala yang berlaku adalah kehendak ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan menurut perintahnya. Seperti juga segala urusan daripada langit ke bumi. Kebanyakan orang lebih mengandaikan yang konsep segala urusan ini tertakluk kepada fenomena semulajadi seperti kejadian hidup dan mati. Sebenarnya segala yang berlaku kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALAmemerintahkan sebegitu. Begitu juga apa yang berlaku dan sistem yang berfungsi kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menghendakinya begitu.

Penemuan teknologi, pentadbiran di dunia, undang-undang sosial dan eknomi, seni, perniagaan, pencapaian tahunan, bayi yang membuka matanya dan setiap saat yang manusia lakukan di dunia adalah di bawah kawalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Tiada keputusan, penting atau tidak signifikan, boleh terjadi tanpa izin ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Begitu juga halnya fungsi di dalam sel badan kita, fungsi setiap organ dan pelbagai perkara yang rumit dan terjadi di dalam badan kita berada di bawah urusan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Fakta ini dijelaskan dalam Quran:

“Sesungguhnya aku bertawakkal kepada ALLAH Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. Sesunggunya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”
(Surah Hud: 56)

Semua manusia adalah di bawah kuasa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang Maha Mengetahui meliputi segala perkara. Dialah yang memberi pengetahuan kepada kita, daripada bayi kecil hingga seorang saintis. Dia yang mengetahui perkara zahir dan batin. Dia yang menentukan segala bilangan di langit dan bumi termasuk bintang, pokok, binatang, manusia dan bilangan hujan yang jatuh ke bumi.

“Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti”.
(Surah Maryam: 93-94)

Setiap perkara yang berlaku di atas muka bumi ini di bawah pengawasan Allah swt. Dia yang mengetahui segala aspek kehidupan, yang rahsia dan yang terbuka. PengetahuanNya bukan setakat tentang kita tetapi juga tentang langit dan bumi dan benda di antaranya. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA adalah Pemilik alam buana. Untuk itu, janganlah lupa yang tiada apapun, walau ianya kecil atau besar, tersembunyi daripada pengetahuan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, segala pemikiran dan perbuatan kita, kesemuanya di dalam kawalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Ini kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengetahui segala yang kita alami sepanjang hidup dan Dia menyimpan catatan secara lengkap. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak pernah lupa apa-apapun.

Jangan sesekali lupa bahawa Allah swt yang memberikanmu segalanya. Pandanglah di sekeliling kita; Setiap benda yang kita lihat, disediakan dengan rapi untuk memenuhi keperluan kita dan juga sebagai servis untuk kita. Sekarang, padanglah ke langit dan cuba mengenal pasti semua benda yang kita lihat di sekeliling. Ini ialah caranya untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik bahawa Allah swt -lah yang memberi kita pelbagai perkara sama ada kita boleh lihat atau tidak, dan hanya pada Allah swt sahajalah kita harus bersyukur. Allah swt yang mencipta badan manusia yang masih banyak menyimpan misteri walaupun sudah terdapat teknologi canggih dan menjadikan fungsi badan kekal baik dan hamoni. Allah swt juga yang menjadikan ternakan untuk berkhidmat kepada manusia; Yang menyediakan daging, susu, pakaian, kulit dan menjadikan ianya sesuai untuk ditunggang dan membawa barang; Yang menjadikan siang sesuai untuk aktiviti dan malam untuk berehat; Yang menjadikan matahari di atas orbitnya untuk menyesuaikannya dengan kehidupan; Yang mencipta air laut dalam bentuk yang paling sempurna yang membolehkan manusia memperolehi makanan dan belayar di atasnya. Seperti yang dinyatakan:

Dia telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata. Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatan dan berbagai-bgaai manafaat dan sebahagiannya kamu makan. Dan kamu memperoleh pemandangan yang indah padanya, ketika kamu membawanya kembali ke kandang dan ketika kami melepaskanya ke tempat pengembalaan. Dan ia memikul beban-bebanmu ke suatu negeri yang kamu tidak sanggup sampai kepadanya, melainkan dengan kesukaran-kesukaran (yang memayahkan) diri. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan (Dia telah menciptakan) kuda, bagal dan keldai, agar kamu menungganginya dan (menjadikannya) perhiasan. Dan Allah menciptakannya apa yang kamu tidak mengetahuinya. Dan hak bagi Allah (menerangkan) jalan yang lurus dan di antara jalan-jalan ada yang bengkok. Dan jikalau Dia mengkehendaki, tentulah Dia memimpin kamu semunya (kepada jalan yang benar). Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagian (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang ada pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakanmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buhahan. Sesunguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kamu yang memikirkan. Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan binatang-binatang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintahNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kamu yang memahami (nya). Dan Dia menundukkan pula apa yang Dia ciptakan untuk kami di bumi ini dengan berlainan macamnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasan Allah) bagi kamu yang mengambil pelajaran. Dan Dialah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan dan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera belayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari kurniaNya, dan supaya kamu bersyukur. Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya ia tidak goyang bersama kamu (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk. Dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk. Maka apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)? Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran? Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah an-Nahl: 4-18)

Setiap nikmat yang tidak terhingga dalam hidup kita wujud dengan izin Allah swt, dia menetapkan segalanya. Allah swt mengingatkan kita tentang realiti ini dengan contoh yang sangat jelas:
Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta) ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah Luqman: 27)

Jangan sekalipun lupa bahawa Allah swt yang memberikan kita segala benda dan segala yang kita miliki dan Dia lah Pemilik yang sebenarnya kepada semua benda tersebut. Ini ialah kerana kerajaan langit dan bumi dan segala yang berada di antara keduanya milik Allah swt. Dia membahagikan apa yang Dia mahu kepada sesiapa yang Dia inginkan. Apabila Dia menamatkan riwayat hidup seseorang, hanya Allah swt Pewaris yang sebenar. Pemilik sebenar segala rumah, kereta, dan aset-aset ialah Allah swt.

Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya; dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(Surah al-Ma’ida: 120)

Apabila kematian datang menjemput, kita akan meninggalkan segala yang kita miliki. Harta, pangkat, wang dan segala yang kita nikmati di dunia ini tidak akan dibawa bersama kita ke kubur. Badan yang hanya dibaluti oleh kain kapan akan dikuburkan di dalam lahad. Hanya jiwa kita akan kembali kepada Allah swt. Kesemua pangkat dan harta tidak akan memberi sebarang makna lagi. Ianya hanya sebagai dugaan hidup kepada kita. Kita bukanlah pemilik sebenar kerana semua benda adalah milik Allah swt yang dipinjamkan. Jika Allah swt mengambilnya semula, kita tidak mampu menghalangnya.

Ingatlah, tiada apa yang akan berlaku kepada kita, kecuali apa yang telah ditetapkan Allah swt ke atas kita. Allah swt mempunyai pengetahuan ke atas semua perkara yang berlaku. Kesemuanya sudah ditentukan oleh Allah swt sejak azali lagi. Setiap apa yang berlaku adalah berdasarkan takdir seseorang. Seseorang yang bangkit pada waktu pagi memulakan hari barunya tidak pernah tahu apa yang menunggunya pada hari tersebut. Walaupun dia mungkin merancang dengan teliti rancangan pada hari itu, ia tidak pernah berlaku seperti apa yang dirancangkan. Tambahan pula, dia mungkin akan berhadapan dengan situasi yang tidak disangkakan. Di kelilingi dengan pelbagai kebarangkalian yang tidak pasti, seseorang hanya boleh merasa lega dengan menyedari bahawa setiap perkara yang dihadapinya telah ditakdirkan oleh Allah swt khas untuknya, percaya kepada Allah swt dan akur pada takdir-Nya. Allah swt mengetahui tentang rancangan yang kita belum merancang dan segalanya berlaku dibawah kuasa-Nya. Berdasarkan cara yang sama, perkara-perkara yang kita rancang juga adalah di bawah kuasanya.

Sesungguhnya, tiada tempat atau saat di atas muka bumi ini yang tidak bergantung kepada Allah swt. Tiada satu pun yang bebas daripada kuasa Allah swt.
Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal.”
(Surah at-Tawba: 51)

Ingatlah bahawa setiap apa yang berlaku, berlaku dengan izin Allah swt dan pastinya berlaku dengan sesuatu sebab. Ingatlah bahawa manusia tiada jalan lain selain daripada memohon perlindungan kepada Allah swt; dan dia tidak mempunyai sebarang pelindung atau penolong selain daripada Allah swt:

Tidakah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung mahupun seorang penolong.
(Surah al-Baqara: 107)

Dialah Allah swt yang menolong kita untuk menyelesaikan sebarang masalah pada setiap hari atau apabila kita hendak menyelesaikan sesuatu tugas. Selain memudahkan tugas untuk kita, Allah swt jugalah yang mereka cipta  tugas itu dan membolehkan kita menyelesaikannya. Sebaliknya, seseorang yang lupa kehebatan Allah swt menganggap rakan sekerja, keluarga atau gurunya yang boleh menolongnya.

Pastinya, golongan ini mungkin boleh menyediakan bantuan melalui pengetahuan dan pengalaman mereka. Namun, kita perlu ingat bahawa mereka hanyalah kaedah semata. Ini kerana, di dunia ini, Allah swt telah menciptakan satu sistem, sebab dan akibat. Sebagai contoh, untuk menanam pokok epal, petani perlu menanam benih, menyiram dan membajai tanah itu. Ini semua adalah faktor-faktor di mana Allah swt menyebabkan sesuatu berlaku. Hanya dengan memenuhi semua syarat-syarat ini, petani tersebut boleh mengharapkan tuaian yang banyak. Sambil melaksanakan tugas kita perlu menyedari  bahawa kita boleh mencapai keputusan yang diinginkan hanya dengan izin Allah swt dan kita juga perlu menunjukkan sikap syukur yang ikhlas dengan apa yang Dia takdirkan.

Ingatlah, hanya Allah swt yang melindungi kita daripada sebarang bahaya, penyakit, perasaan sedih, dan kesusahan. Jika tidak, ia hanya boleh menjadi suatu perkara yang dalam sekelip mata bencana boleh menyerang kita. Kita mungkin akan berfikir bahawa doktor atau ubat yang diambil yang menyembuhkan kita. Semestinya, ini ialah kaedah di mana Allah swt menyembuhkan kita. Tiada sebab mengapa kita tidak perlu mengambil peluang daripada kaedah-kaedah ini, tetapi dalam masa yang sama, kita perlu beringat bahawa akhirnya Allah swt sahaja yang menyembuhkan kita. Sekiranya Allah swt tidak mengizinkan, maka doktor yang paling hebat sekalipun atau ubat yang paling mahal, atau hospital yang paling bagus tidak mampu menolong kita. Jangan sekalipun lupa bahawa Allah swt yang meletakkan penyakit kepada sesiapa yang Dia mahu tanpa sebarang sebab sebagaimana dia menyembuhkan penyakit seseorang tanpa sebarang sebab. Al-Qur’an merekodkan kata-kata Nabi Ibrahim:

…dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku.
(Surah ash-Shu’ara’: 80)

Lupa bahawa Allah swt yang menguasai segalanya, dan dengan demikian, meminta pertolongan daripada sesuatu yang tidak boleh memberi pertolongan sama ada pada dirinya sendiri atau kepada orang lain, keputusannya hanyalah kegagalan, di dunia ini dan selepasnya:

Dan berhala-berhala yang kamu seru selain Allah tidaklah sanggup menolongmu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.
(Surah al-A’raf: 197)

Ingatlah bahawa kita perlu merasa takut pada Allah swt dan mahukan keredhaan Allah swt sahaja. Tiada sesiapa yang kita mungkin hormat atau menganggap mereka penting dan berkuasa sebenarnya mempunyai kuasa yang hakiki. Oleh yang demikian, ketakutan atau kecintaan terhadap seseorang yang diiringi dengan perasaan takut, kagum dan cinta yang sepatutnya ditujukan kepada Allah swt adalah salah satu bentuk syirik, iaitu suatu dosa yang besar:

Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah;mereka mencintai Allah, Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada Hari Kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat siksaanNya (nescaya mereka menyesal)
(Surah al-Baqara: 165)

Nabi Muhammad (sollalahualaihiwassalam) juga memberi amaran kepada manusia tentang amalan syirik ini:

“Barang siapa yang berjumpa Allah tanpa menyekutukan-Nya, akan masuk syurga; dan sesiapa yang berjumpa Allah sambil menyekutukan-Nya  akan masuk neraka”
[Muslim]

Ini ialah konsep yang penting untuk difahami. Sekiranya hidup seseorang berlandaskan konsep ini, dia akan sedar bahawa tiada apa-apa pun yang patut ditakuti, disembah atau diperlukan selain daripada Allah swt. Dengan demikian, seseorang itu akan mencapai kebebasan yang hakiki, dan kejayaan, mendapat perlindungan daripada yang Maha Mencipta, yang Maha Berkuasa. Individu tersebut mengharapkan kebaikan daripada Allah yang Maha menyempurnakan segala keperluan makhluk-Nya, menurunkan keselamatan kepada hamba-Nya, menolong mereka yang lemah dan miskin, membalas dengan sepenuhnya untuk setiap usaha yang dilakukan seseorang:

Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar takwa kepada Allah dan keredhaanNya itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka jahanam? Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
(Surah at-Tawba: 109)

Salah satu kesalahan yang besar kebanyakan manusia lakukan ialah mereka meletakkan kehidupan mereka sepenuhnya untuk mengembirakan manusia lain. Walau bagaimanapun setiap saat yang digunakan dan setiap perbuatan yang dilakukan untuk mengembirakan orang lain, sambil melupakan keredhaan Allah swt, akhirnya akan membawa kepada penderitaan. Mereka yang faham, Allah swt telah memberikan contoh di dalam al-Quran:

Allah membuat perumpamaan (iaitu) seorang lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang berserikat yang dalam perselisihan dan seorang budak yang menjadi milik penuh dari seorang lelaki (saja)? Segala puji bagi Allah tetapi kebanyakan mereka  tidak mengetahui.
(Surah az-Zumar: 29)

Allah swt menganugerahkan kepada hamba-Nya yang hidup berlandaskan hukum-Nya suatu kehidupan yang baik di dunia dan akhirat. Walaubagaimanapun, mereka yang jauh daripada perkara-perkara yang diredhai-Nya, mereka yang mengharapkan pertolongan daripada hamba-hamba Allah swt yang lemah, sama sepertinya, akan akhirnya menderita. Perkara ini diterangkan dalam satu ayat:

Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.
(Surah Yunus: 44)

Tambahan pula, mereka yang menyekutukan Allah swt akan ditinggalkan dan dibiarkan di dalam keaiban dan kemiskinan.

“Janganlah kamu adakan tuhan yang lain di samping Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah)”.
(Surah al-Isra’: 22)

Mereka yang cuai dan tidak menyedari kewujudan Allah swt dalam dunia ini menjalani hidup yang sukar. Hati mereka tidak mungkin menemui kedamaian dan kegembiraan dalam dunia ini. Malah, kesengsaraan ini seolah-olah balasan kerana mereka mengaitkan kewujudan sistem yang sempurna ini kepada suatu kebetulan. Sebagai balasan kepada rasa tidak bersyukur, api yang panas membara menunggu mereka di akhirat.

Jangan sekalipun lupa bahawa takwa kepada Allah swt ialah rukun yang asas dalam Islam. Allah swt hanya mengurniakan kepandaian untuk menilai benar dan batil kepada mereka yang bertakwa kepada Allah swt. Anugerah ini sememangnya nikmat yang besar dikurniakan kepada manusia:

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan (petunjuk) dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar”.
(Surah al-Anfal: 29)

Al-Qur’an juga ada menyebut tentang golongan manusia yang tidak bersyukur kepada Allah swt dengan yang sepatutnya ditunjukkan kepada-Nya dan juga mereka yang tidak takut kepada-Nya walaupun mengetahui akan kewujudan-Nya:

Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan yang mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab, Allah!. Maka katakanlah: mengapa kami tidak bertakwa (kepadaNya)? Maka (Zat yang demikian) itulah Allah Tuhan kamu yang sebenarnya, maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran)?
(Surah Yunus: 31-32)

Orang yang disebut di dalam ayat di atas sedar akan kewujudan Allah swt malah, meyakininya. Tetapi, dia tidak berasa takut kepada Allah swt. Mukmin yang sebenar, mempunyai perasaan takut dan hormat kepada Penciptanya. Perasaan takut pada Hari Pembalasan membuatkan mereka sensitif terhadap perintah-perintah-Nya. Akibatnya, sama ada seseorang itu mematuhi segala perintah Allah swt dan menjadi hamba-Nya yang taat atau mengingkarinya, ia tidak akan mengubah realiti yang dia akan bergegas kepada Hari yang dia akan kembali kepada Tuhannya.

“Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Tuhamu, maka pasti kamu akan menemuiNya”.
(Surah al-Inshiqaq: 6)

Jangan sekalipun lupa bahawa tiada kuasa selain Allah yang Maha Berkuasa, Yang mempunyai segala kuasa. Mereka yang tidak sedar akan fakta ini akan meyembah selain daripada Allah swt dan selain itu mereka juga takutkan sembahan itu sebagaimana mereka takutkan Allah swt. Walau bagaimanapun tiada seseorang pun atau sesuatu masyarakat yang mempunyai kuasa selain daripada Allah swt. Semua bergantung kepada Allah swt. Segala yang di langit dan di bumi berada di bawah kuasa Allah swt secara sukarela atau tidak sukarela. Daripada  satu sel kepada berjuta-juta galaksi, daripada manusia kepada haiwan, daripada gunung kepada angin, semuanya di bawah kuasa Allah swt. Oleh sebab itu, jangan sekalipun lupa untuk bersyukur kepada Allah swt sebagaimana yang telah dinasihatkan di dalam ayat di bawah:

…Supaya kamu duduk di atas punggungmu kemudian kamu ingat nikmat Tuhanmu apabila kamu duduk di atasnya; dan supaya kamu mengucapkan; Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya.
(Surah az-Zukhruf: 13)

Sekiranya bukan daripada kehendak Allah swt, tiada sesiapa pun boleh membuat atau mengucapkan sesuatu. Sebab itulah setiap perkataan yang kita dengar atau setiap peristiwa yang kita saksikan adalah daripada Allah swt, Yang Maha Pelindung dan satu-satunya wali kita. Sekiranya kita seorang yang beriman, maka segala kebaikan dan kecantikan yang mutlak adalah tersembunyi bahkan di belakang perkara yang sebaliknya nampak buruk pada kita. Allah swt mengetahuinya walaupun kita tidak mengetahui. Tidak kira apa yang kita hadapi di dalam hidup ini, jangan sesekali lupa untuk mengatur tingkah laku kita dengan fakta ini di dalam minda.

Ingatlah, Allah Maha Pengampun dan peluang keampunan sentiasa terbuka. Tidak kira apa kesalahan yang kita lakukan, jika kita kembali kepada Allah swt dengan ikhlas, rasa kesal dan azam yang kuat untuk tidak mengulanginya lagi, maka kita akan sentiasa mendapati Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Allah swt menyatakan bahawa Dia mengampuni segala dosa dan kesalahan asalkan hamba-Nya meninggalkan dosa dan kesalahan itu:

“Katakanlah: hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah az-Zumar: 53)

Dalam dunia ini, peluang untuk bertaubat dan harapan untuk diampunkan untuk kesalahan dan dosa yang dilakukan sentiasa terbuka. Dalam agama Allah swt, seseorang itu tidak perlu untuk menanggung beban untuk kesalahannya yang lampau. Mengharapkan keampunan daripada Allah swt, dan kembali kepada-Nya dengan ikhlas, akan meringankan beban seseorang. Pada saat itu, dia akan bertanggungjawab atas perbuatan dan fikirannya bermula pada saat itu. Dalam masa yang sama, ingatlah bahawa Allah swt hanya menerima taubat yang ikhlas dan bukannya taubat seseorang yang berada diambang kematian. Malah Fir’aun yang kejam dan bongkak disebut di dalam al-Quran, mengambil keputusan untuk beriman apabila dia hampir lemas. Allah swt menyatakan di dalam al-Quran tentang taubat ketika saat kematian:

“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan yang kemudian meraka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan: Sesunguhnya saya bertaubat sekarang: Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih”.
(Surah an-Nisa’: 17-18)

Ingatlah bahawa Allah Maha Penyabar. Dia memberi peluang kepada seseorang walaupun selepas mereka melakukan kesalahan. Walau bagaimanapun, sekiranya pesalah itu tidak dihukum serta-merta dia tidak sepatutnya membiarkan ia menipu dirinya. Ini ialah kerana Allah swt memberi peluang kepadanya. Sekiranya dia sedar akan kesalahannya dan bertaubat, dia akan mendapati Allah Maha Pengampun. Sebaliknya, sekiranya dia tetap dengan kesalahannya dan berkeras, dia pasti akan merasai akibat buruk daripada perbuatan-perbuatannya:

“Jikalau Allah menghukum manusia kerana kezalimannya, niscaya tidak akan ditinggalkanNya di muka bumi sesuatupun dari makhluk ang melata, tetapi Allah menagguhkan mereka sampai kepada waktu yang ditentukan. Maka apabila telah tiba waktu (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukannya”.
(Surah an-Nahl: 61)

Jangan sesekali lupa yang kita tidak boleh menjadi selain daripada hamba kepada Allah swt, kerana Allah swt menciptakan manusia untuk beribadat kepada-Nya:

Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.
(Surah adh-Dhariyat: 56)

Patuh kepada Allah swt yang memberi kita segala yang kita miliki, yang menciptakan kita dan menganugerahkan kehidupan yang mana Dia akan menamatkan riwayat hidup kita apabila dikehendaki-Nya, adalah seperti berpegang dengan cengkaman yang paling teguh yang tidak akan longgar:

“Dan barangsiapa yang menyerahkan sirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh kepada tali yang paling kukuh. Dan hanya Allah-lah kesudahan segala urusan”.
(Surah Luqman: 22)

Jadi, jangan sekalipun lupa “ALLAH SWT, ADALAH TUHAN KITA”…

(Yang memiliki sifat-sifat yang)demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu. Dia tidak dapat dicapai oleh pengelihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala pengelihatan itu dan Dia Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

(Surah al-An’am: 102-103)