Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label TIPS HIDUP BAHAGIA DAN DAMAI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIPS HIDUP BAHAGIA DAN DAMAI. Papar semua catatan

Khamis, 13 Februari 2014

O 145 : DUA PULUH LIMA TIPS HIDUP BAHAGIA DAN DAMAI

01. Jangan membanding-banding kan diri kita dengan orang lain,
02. Jangan berfikiran negatif terhadap orang lain,
03. Jangan mengejek atau merendahkan orang lain,
04. Jangan melakukan hal dengan emosi,
05. Jangan suka bergossip hal yang tidak penting,
07. Jangan suka mengeluh,
08. Yang lalu, biarlah berlalu jangan diungkit-ungkit,
09. Jangan membenci,
10. Hiduplah dengan damai,
11. Sedari bahawa kebahagiaan berawal dari diri sendiri,
12. Sedari bahawa hidup adalah proses pembelajaran,
13. Perbanyaklah tersenyum
14. Jangan suka ngotot,
15. Selalulah berkomunikasi kepada orang yang disayang,
16. Yakinlah Setiap hari adalah hari yang baik,
17. Maafkan semua orang,
18. Luangkan waktu untuk orang tua dan hormatilah mereka,
19. Usahakan membuat orang lain tersenyum,
20. Jangan mencampuri urusan orang lain,
21. Beri perhatian terhadap keluarga,
22. Hargailah orang yang mengasihimu dan menyayangimu,
23. Jika melihat orang susah, harus saling tolong menolong,
24. Kuatkan diri untuk selalu bersabar, dan

25. Yang terakhir paling penting adalah selalu bersyukur atas apa yang diberi oleh Allah pada kita dan yakinlah bahawa Allah selalu memberikan yang terbaik untuk hambaNya.




Sabtu, 14 Disember 2013

N 86 : MENOLAK KATA-KATA BURUK

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda yang maksudnya: 

“Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya ALLAH menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.” 

(Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi)


Selasa, 10 Disember 2013

N 21 : MAKSUD CINTA

Cinta bukan sekadar bermesej 24 jam sehari 7 hari seminggu. Cinta bukannya sekadar berkata “I love you” atau “saya sayang awak.” Bukan juga dengan mengambil berat sekadar bertanya “dah makan ..? Kalau tak sihat jangan lupa pergi klinik..” Itu bukan cinta namanya ..


Cinta ialah satu tanggungjawab .. Berani melafazkan cinta bererti berani dan bersedia untuk membawa dia yang disayangi ke arah yang lebih baik, yakni ke jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.




Ahad, 8 Disember 2013

N 20 : TUJUH KUNCI KEBAHAGIAAN

Menurut Sayyidina Ali bin Abi Thalib Radiyallahuanhu,

Tujuh Kunci Kebahagiaan adalah :

1. Jangan membenci siapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.
2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun masalah memuncak.
3. Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.

4. Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.
5. Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.
6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.
7. Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.