Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label ULAMA - KATA-KATA ULAMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ULAMA - KATA-KATA ULAMA. Papar semua catatan

Rabu, 1 Januari 2020

U 70 : NASIHAT BUYA HAMKA

Menurut Prof Dr Hamka:

"Jika ingin melihat orang Islam." Datanglah ke masjid pada Aidilfitri dan Aidiladha, tetapi
Jika ingin melihat orang yang beriman, datanglah ke masjid waktu subuh. Itulah nisbah antara orang Islam dengan orang beriman." Sesungguhnya, subuh itu terjemahan diri.

1.     Jika subuhnya sentiasa dipelihara. Tanda akan selamat dari neraka.
2.   Jika subuhnya tiada dia tinggal. Allah SWT melindunginya dari aral.
3.   Jika subuhnya didahului sunat. Berganda isi dunia dia mendapat.
4.   Jika subuhnya bergelapan ke musolla. Di kegelapan akhirat mendapat cahaya.
5.   Jika subuh ke cerah berwirid lagi. Mendapat pahala umrah dan haji.
Namun,
1.     Jika subuhnya tiada dijaga. Pada wajahnya tiada cahaya.
2.     Jika subuhnya sengaja terlupa. Tanda imannya tiada bernyawa.
3.   Jika subuhnya terasa berat. Tanda munafik sudah mendekat.
4.   Jika subuh tiada dipeduli. Tanda iman menghampiri mati.
5.   Jika subuhnya tiada berjama’ah. Tanda hidupnya akan hilang barakah.
6.   Jika subuhnya tiada ke masjid. Tanda imannya ada penyakit.
7.   Jika subuhnya selalu terlewat. Tanda imannya semakin cacat.
8.   Jika subuhnya di akhir waktu. Tanda iman semakin kelabu.
9.   Jika subuhnya hari kesiangan. Tanda rezekinya sudah hilang.
10. Jika di subuh masih berdengkur. Tanda syaitan memeluknya tidur.


Rabu, 23 April 2014

Q 85 : LIMA CAHAYA YANG MENYULUH LIMA KEGELAPAN

1- Dosa adalah kegelapan dan cahaya yang menyuluhnya adalah Taubat.

2- Kubur adalah kegelapan dan cahaya yang menyuluhnya adalah Solat.

3- Neraca Timbangan  adalah kegelapan dan cahaya yang menyuluhnya adalah La Ilaha IllAllah.

4- Titian Sirat adalah kegelapan dan cahaya yang menyuluhnya adalah Yaqin.

5- Alam Akhirat  adalah kegelapan dan cahaya yang menyuluhnya adalah Amal Soleh.




Ahad, 19 Januari 2014

O 50 : SEPULUH NASIHAT IBRAHIM BIN ADHAM

Suatu ketika Ibrahim bin Adham, seorang alim yang terkenal zuhud dan waraknya, melewati pasar yang ramai. Selang beberapa saat beliau pun dikerumuni banyak orang yang ingin minta nasihat. Salah seorang di antara mereka bertanya, “Wahai Guru! Allah telah berjanji dalam kitabNya bahawa Dia akan mengabulkan doa hambaNya. Kami telah berdoa setiap hari, siang dan malam, tapi mengapa sampai saat ini doa kami tidak dikabulkan?” Ibrahim bin Adham diam sejenak lalu berkata, “Saudara sekalian. Ada sepuluh hal yang menyebabkan doa kalian tidak dijawab oleh Allah.

PERTAMA, kalian mengenal Allah, namun tidak menunaikan hak-hakNya.
KEDUA, kalian membaca al Quran, tapi kalian tidak mahu mengamalkan isinya.
KETIGA, kalian mengakui bahawa iblis adalah musuh yang sangat nyata, namun dengan suka hati kalian mengikuti jejak dan perintahnya.
KEEMPAT, kalian mengaku mencintai Rasulullah, tetapi kalian suka meninggalkan ajaran dan sunnahnya.
KELIMA, kalian sangat menginginkan syurga, tapi kalian tak pernah melakukan amalan ahli syurga.
KEENAM, kalian takut dimasukkan ke dalam neraka, namun kalian dengan senangnya sibuk dengan perbuatan ahli neraka.
KETUJUH, kalian mengaku bahawa kematian pasti datang, namun tidak pernah mempersiapkan bekal untuk menghadapinya.
KELAPAN, kalian sibuk mencari aib orang lain dan melupakan cacat dan kekurangan kalian sendiri.
KESEMBILAN, kalian setiap hari memakan rezeki Allah, tapi kalian lupa mensyukuri nikmatNya.
KESEPULUH, kalian sering menghantar jenazah ke kubur, tapi tidak pernah menyadari bahawa kalian akan mengalami hal yang serupa.”


Setelah mendengar nasihat itu, orang-orang itu menangis. Dalam kesempatan lain Ibrahim kelihatan murung lalu menangis, padahal tidak terjadi apa-apa. Seseorang bertanya kepadanya. Ibrahim menjawab, “Saya melihat kubur yang akan saya tempati kelak sangat mengerikan, sedangkan saya belum mendapatkan penangkalnya. Saya melihat perjalanan di akhirat yang begitu jauh, sementara saya belum punya bekal apa-apa. Serta saya melihat Allah mengadili semua makhluk di Padang Mahsyar, sementara saya belum mempunyai alasan yang kuat untuk mempertanggungjawabkan segala amal perbuatan saya selama hidup di dunia.” ..wallahua'lam..




Ahad, 8 Disember 2013

N 19 : EMPAT RAHSIA KETENANGAN HIDUP

1. Aku yakin bahawa rezekiku tidak tertukar, kerana itu hatiku tenang.

2. Aku yakin amalku tidak mungkin digantikan oleh yang lain, kerana itu aku semangat beribadah.

3. Aku yakin bahawa
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengawasiku, kerana itu aku malu bermaksiat.

4. Aku yakin bahawa mati selalu mengikutiku, kerana itu aku selalu siap menghadapinya.
{ Syaikh Hasan Bashri }

Ya ALLAH, Berikanlah kami rezeki yang berlimpah, rezeki yang boleh kami manfaatkan untuk orang yang memerlukan agar sedekah kami boleh banyak, jangan jadikan kami orang yang kikir dalam bersedekah, meskipun rezeki yang telah Engkau berikan belum mencapai apa yang kami inginkan tetapi kami bersyukur terhadap apa yang telah Engkau berikan kepada kami.
Mohon ampuni kami ya Rabb, maafkan kami jika seandainya kami selalu mengeluh terhadap kekurangan kami, angkatlah darjat kami, lindungi kami dan hapuskanlah dosa-dosa kami.

Aamiin Ya Robbal'alamin.



Isnin, 2 Disember 2013

M 132 : TERINGAT PESANAN IMAM AL-GHAZALI

Apabila berjumpa orang ALIM, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.
Apabila melihat orang JAHIL anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.
Apabila berjumpa orang JAHAT, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.


Apabila bertemu orang KAFIR katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Rabu, 3 Oktober 2012

I 88 Enam Sifat yang merosakkan amalan kita

Ulama telah berpesan :

1- Sesiapa tidak takut kepada Allah SWT, nescaya dia tidak akan selamat dari kesalahan berbicara.

2- Sesiapa tidak takut dengan pertemuan bersama Allah SWT, nescaya hatinya tidak akan selamat dari perkara haram dan subahat.

3- Sesiapa tidak memutuskan pengharapan kepada orang lain, nescaya dia tidak akan selamat daripada sifat tamak.

4- Sesiapa  tidak memelihara amalnya, nescaya dia tidak akan selamat daripada sifat riak.

5- Sesiapa tidak memohon pertolongan dengan Allah SWT agar dijaga hatinya, nescaya dia tidak akan selamat daripada penyakit hasad.

6- Sesiapa tidak melihat orang lain lebih utama dalam bidang ilmu dan amalnya, nescaya dia tidak akan selamat daripada sifat ujub.


Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam.  M/S : 191.


Sabtu, 4 Ogos 2012

E 128 EMPAT GOLONGAN YANG ALLAH SWT HARAMKAN PENGHINAAN TERHADAP MEREKA

Seorang para ulama  berkata:

”Empat golongan  siapa yang ada di dalamnya maka dia haram dari kebaikan iaitu:

·         Orang yang sombong kepada orang bawahannya

·         Orang yang derhaka terhadap kedua orang tuanya

·         Orang yang menghina orang-orang gharib (asing)

·         Orang yang menghina orang-orang miskin kerana kemiskinannya


E 122 ORANG YANG HASAD DENGKI TELAH MENENTANG ALLAH SWT DALAM LIMA PERKARA

Seorang cendikiawan berkata:

“Orang yang  memiliki perasaan hasad dengki  telah menentang Allah s.w.t. dengan lima perkara  iaitu:

·         Kerana dia membenci nikmat Allah s.w.t. yang telah diberi kepada  orang lain.

·         Dia tidak suka pembahagian Allah s.w.t. untuk dirinya seolah-olah dia berkata: “Mengapa Engkau bagiku  benda seperti ini ?”

·         Dia bakhil terhadap kurniaan Allah s.w.t.

·         Dia menghina waliyullah (kekuasaan ) sebab dia ingin mencabut nikmat Allah s.w.t. yang telah diberikan kepadanya.



·         Dia telah membantu  iblis laknatullah.”

Sabtu, 21 Julai 2012

B 129 EMPAT Perkara Melenyapkan Agamamu

Kata Syeikh Abd.Qadir Al-Jailani:

1.  Kamu tidak mengamalkan apa yang kamu ketahui.

2.  Kamu mengamalkan apa yang tidak kamu ketahui.

3.  Kamu tidak mempelajari apa yang tidak kamu ketahui sehingga kamu tetap bodoh selama-lamanya.


4.  Kamu melarang manusia untuk mempelajari apa yang tidak mereka ketahui.





Jumaat, 20 Julai 2012

B 93 EMPAT KEBURUKAN YANG LEBIH KEJI



KATA HUKAMAK:

1-Orang muda melakukan dosa adalah buruk tetapi orang tua yang melakukan dosa terlebih keji.

2-Orang bodoh yang sibuk adalah buruk tetapi orang tua yang sibuk terlebih keji.

3-Orang awam yang malas melakukan ketaatan adalah buruk tetapi ulamak yang malas melakukan ketaatan terlebih keji.

4-Orang kaya yang sombong adalah buruk tetapi orang miskin yang sombong terlebih keji.

Khamis, 19 Julai 2012

B 92 EMPAT TANDA MEMILIKI IMAN


HUKAMA TELAH BERKATA :

Sesungguhnya tanda-tanda iman itu empat perkara:

1.  TAKWA  – Taat serta ikhlas dalam melaksanakan segala perintah Allah swt dan menjauhi segala perbuatan maksiat.

2.  MALU  – Malu kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA untuk melakukan maksiat.

3. SYUKUR – Sentiasa berterima kasih atas nikmat yang telah diterima.


4.  SABAR   – Tidak mengeluh jika ditimpa bencana atau ujian yang datang dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.



B 91 EMPAT JENIS IBU



1.       Ibu kepada Ubat adalah kurangkan makan.

2.       Ibu kepada kesopanan adalah sedikit  berbicara atau bercakap.

3.       Ibu kepada segala ibadat adalah sedikit  dosa.

4.       Ibu segala cita-cita adalah sabar.


B 88 EMPAT PERKARA DITINGGALKAN, PASTI MENDAPAT SYURGA



HATIM AL-ASAM BERKATA :

“Sesiapa berpaling dari empat perkara akan mendapat Syurga :

1. Tidur kepada kubur- meninggalkan istirehat di dunia supaya dapat berehat dalam kubur kerana menggunakan masa di dunia sepenuhnya untuk beribadat kepada ALLAH AZZAWAJALA.

2. Megah dengan timbangan – Meninggalkan sifat kemegahan kerana telah banyak melakukan ketaatan pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menambah pahala di atas sifat rendah diri tersebut.

3. Istirehat kepada Jambatan Sirat – Meninggalkan masa istirehat di atas Sirat Mustaqim dan mengisi masa tersebut dengan amal soleh.

4. Keinginan kepada Syurga - meninggalkan segala sifat keinginan dunia yang tidak pernah kekal kerana Syurga dipagari dengan perkara-perkara yang tidak diinginkan.

B 87 AKAL, HARTA DAN HINA



ULAMA BERKATA.

1. Sesiapa berpegang teguh kepada akal dia akan sesat.

2. Sesiapa mencari kecukupan dari harta maka dia akan sentiasa merasai kekurangan dalam hidupnya.

3. Sesiapa mencari kemuliaan dengan perantaraan makhluk dia akan dihina.

Ahad, 15 Julai 2012

B 42 INILAH KUNCI SEGALA KUNCI YANG TERLALU PENTING.


Al-Imam Ibnul Qoyyim rahimahullah berkata:


“Sesungguhnya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah menjadikan bagi segala sesuatu kunci untuk membukanya, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menjadikan kunci pembuka solat adalah bersuci sebagaimana sabda RASULULLAH  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM ‘Kunci solat adalah bersuci’, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menjadikan 

kunci pembuka haji adalah ihram, 
kunci kebajikan adalah kejujuran, 
kunci surga adalah tauhid,
kunci ilmu adalah bagusnya bertanya dan mendengarkan, 
kunci kemenangan adalah kesabaran, 
kunci ditambahnya nikmat adalah syukur, 
kunci kewalian adalah mahabbah dan zikir,
kunci keberuntungan adalah takwa, 
kunci taufik adalah harap dan cemas kepada ALLAH ‘AZZA WA JALLA, kunci dikabulkan adalah doa, 
kunci keinginan terhadap akhirat adalah zuhud di dunia, 
kunci keimanan adalah tafakkur pada hal yang diperintahkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, keselamatan bagi-Nya, serta keikhlasan terhadap-Nya di dalam kecintaan, kebencian, melakukan, dan meninggalkan, 
kunci hidupnya  hati adalah, tadabbur al-Quran, beribadah di waktu sahur, dan meninggalkan dosa-dosa
kunci didapatkannya rahmat adalah ihsan di dalam peribadatan terhadap Khaliq dan berupaya memberi manfaat kepada para hambaNya, 
kunci rezeki adalah usaha bersama istighfar dan takwa, 
kunci kemuliaan adalah ketaatan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan Rasul-Nya, 
kunci persiapan untuk akhirat adalah pendeknya angan-angan, 
kunci semua kebaikan adalah keinginan terhadap ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan kampung akhirat,  kunci semua keburukan adalah cinta dunia dan panjangnya angan-angan. 

“Ini adalah bab yang agung dari bab-bab ilmu yang paling bermanfaat, iaitu mengetahui pintu-pintu kebaikan dan keburukan, tidaklah diberi taufik untuk mengetahuinya dan memperhatikannya kecuali seorang yang memiliki bahagian dan taufik yang agung, kerana sesungguhnya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah menjadikan kunci bagi setiap kebaikan dan keburukan, kunci dan pintu untuk masuk kepadanya sebagaimana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA jadikan kesyirikan, kesombongan, berpaling dari apa yang disampaikan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepada Rasul-Nya, dan lalai dari zikir terhadap-Nya dan melaksanakan hak-Nya sebagai kunci ke neraka, sebagaimana ALLAH SUBHANAHU WA TAALAjadikan khamr sebagai kunci segala dosa. 

Dia jadikan nyanyian sebagai kunci perzinaan,
Dia jadikan melepaskan pandangan pada gambar-gambar sebagai kunci kegelisahan dan kegandrungan,
Dia jadikan kemalasan dan kesantaian sebagai kunci kerugian dan luputnya segala sesuatu, 
Dia jadikan kemaksiatan-kemaksiatan sebagai kunci kekufuran, 
Dia jadikan dusta sebagai kunci kenifakan(kemunafikan -ed), 
Dia jadikan kekikiran dan ketamakan sebagai kunci kebakhilan, memutus silaturahim, serta mengambil harta dengan cara yang tidak halal dan 
Dia jadikan berpaling dari apa yang dibawa Rasul sebagai kunci segala kebidaahan dan kesesatan.

“Perkara-perkara ini tidaklah membenarkannya kecuali setiap orang yang memiliki ilmu yang shahih dan akal yang boleh mengetahui dengannya apa yang ada dalam dirinya dan apa yang berwujud dari kebaikan dan keburukan. Maka sepantasnya seorang hamba memperhatikan dengan sebaik-baiknya ilmu terhadap kunci-kunci ini dan kunci-kunci yang dijadikan untuknya.” (Hadil Arwah 1/48-49)

Sabtu, 14 Julai 2012

B 27 LIMA KEINDAHAN HAKIKI

YAHYA BIN MUAZ TELAH BERMUNAJAT PADA ALLAH DENGAN KATA:


1-Tiada keindahan malam melainkan dengan bermunajat kepada yang Esa.

2-Tiada keindahan Siang hari melainkan jika disertai dengan Taat kepada Allah SWT.

3-Tiada keindahan Dunia melainkan melalui zikir memuji kepadaNya.

4-Tiada keindahan di akhirat melainkan setelah mendapat Keampunan Allah Azzawajala.

5-Tiada keindahan di Syurga melainkan hanya dengan dapat Melihat Allah SWT.




Rabu, 11 Julai 2012

B 2 ENAM TIPU DAYA YANG PALING BESAR





YAHYA BIN MUAZ BERKATA:


1-Berterusan melakukan dosa dengan mengharapkan keampunan    
   tanpa disertai  penyesalan.

2-Mengaku diri dekat kepada Allah swt tanpa melakukan ketaatan.

3-Mengharapkan kesenangan Syurga dengan menabur benih neraka.

4-Bercita-cita menjadi orang yang taat dengan melakukan dosa.

5-Mengharapkan pahala tanpa beramal.

6-Berangan-angan kepada Allah swt yang disertai melampaui  
   batas.