Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label ALLAH SWT - ANUGERAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ALLAH SWT - ANUGERAH. Papar semua catatan

Ahad, 19 Ogos 2012

H 27 TIGA CARA UNTUK MENDAPAT HADIAH DARIPADA ALLAH SWT

1. Berusaha melazimkan diri berdoa & berzikir dengan zikir yang diajar oleh Rasulullah

صلى الله عليه وسلم

2. Menghadiri majlis ilmu, majlis zikir, majlis selawat dan lain-lain majlis yang membawa ingatan kepada Allah swt & Rasulullah  saw                                       صلى الله عليه وسلم
—> Orang yang hadir ke majlis ilmu dengan hati yang ikhlas, mahu mengambil pengajaran, bersungguh-sungguh mendengar, bertujuan untuk mengamalkannya & bertaubat sesungguhnya jika dia datang dengan dosa maka dosa-dosanya itu akan diampunkan Allah.
- ”Orang yang tidur kemudian dikejutkan dan orang yang lalai kemudian diingatkan jika dia tidak mengambil iktibar dari tidurnya dan lalainya, dia tidak ubah seperti orang ‘mati’..”

3. Membersihkan diri dari apa sahaja yang boleh menjadi ‘asbab’ terhalangnya dari mendapat hadiah Allah ini seperti menderhaka kedua ibubapa, memutuskan silaturrahim, syirik dan lain-lain dosa/maksiat.

Rujukan:
http://mohdshahrulnaim.blogspot.com/



H 22 KEYAKINAN ADALAH ANUGERAH ALLAH SWT KEPADA HAMBANYA YANG DIKASIHI

Setiap perjalanan akan selalu memerlukan kekuatan. Sebuah kenderaan tidak akan berjalan jika tidak memiliki kekuatan untuk membawa beban dirinya. Begitu juga dengan manusia, agar boleh menjalani hidupnya memerlukan sebuah kekuatan.

Seberapa besarkah kekuatan yang diperlukan  oleh manusia agar sanggup menjalani hidupnya dengan baik? Kita tidak pernah tahu, namun yang jelas adalah potensi yang sudah kita miliki plus pertolongan dan bantuan Allah swt, kita dijamin akan sanggup menjalani hidup dengan beban sebesar apapun.

Allah swt sudah menjamin hal ini, meski kekuatan manusia memang terbatas, tetapi semua beban yang kita hadapi masih berada di bawah kemampuan manusia itu.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Surah 2,  Al Baqarah : ayat 286)

 

Saat Kekuatan Dirasa Kurang


Mungkin Anda pernah merasakan bahawa kekuatan yang kita miliki itu kurang. Merasakan beban terlalu berat seolah kekuatan kita tidak cukup untuk menghadapinya. Jika kita yakin dengan firman Allah swt di atas, jelas kekurangan yang kita rasakan hanyalah prasangka sahaja.

Saat Anda merasa lemah, maka ingatlah ayat di atas. Yakinlah, bangunlah keyakinan pada diri Anda bahawa potensi yang Allah SWT  berikan kepada Anda sesungguhnya cukup untuk menghadapi beban yang kita pikul. Kita masih mampu meminta bantuan dan pertolongan Allah Subhaanahu wa Taala.

 

Keyakinan Adalah Kekuatan Semulajadi


Mungkin, banyak orang yang mengatakan bahawa dia tahu dan beriman dengan ayat di atas. Dia mengatakan bahawa dia pasti sanggup menghadapi semua beban sebesar apapun. Dia mengatakan bahawa potensi manusia itu adalah dahsyat. Dia mengatakan bahawa dia yakin dengan pertolongan Allah SWT.

Namun betulkah? Ini yang patut kita renungkan. Betulkah kita sudah yakin atau hanya dalam mulut semata?
Mari kita periksa, apakah diri kita sudah mencerminkan peribadi yang memiliki keyakinan yang mantap akan kekuatan yang dimilikinya?

1.    Masihkah kita mengeluh atas kesulitan dan beratnya hidup? Jika Anda memang yakin dengan kekuatan yang Anda miliki, kenapa harus mengeluh? Sebuah keluhan adalah pengakuan akan beratnya beban yang dihadapi. Keluhan adalah sebuah pengakuan bahawa kita merasa lemah tidak berdaya. Jika kita merasa kuat, kenapa harus mengeluh? teruskan sahaja, hapuskan semua halangan dan rintangan. Semua itu akan diwujudkan dengan tindakan, bukan dengan kata-kata keluhan.

2.    Tidak memiliki cita-cita yang tinggi. Orang yang merasa lemah, dia tidak akan berani memiliki cita-cita yang tinggi. Hidupnya hanya untuk sekadar boleh berjalan sahaja, sebab apa yang ada dalam fikiran bawah sedarnya hanya sekadar bertahan. Bertahan sahaja susah, kenapa harus memikirkan yang besar? Sudahlah tidak perlu bersungguh-sungguh, boleh  makan sahaja sudah cukup. Dan sebagainya. Semua itu adalah gambaran bahawa Anda merasa lemah.

3.    Melepaskan diri dari beban yang berat, seperti tugas dakwah dan jihad. Dia akan membayangkan bagaimana beratnya tugas dakwah dan jihad. Maka dia melepaskan diri dengan berbagai dalih bahawa dia tidak sanggup, dia sibuk dan sebagainya. Kalaupun dia berdakwah, dia hanya memilih yang ringan sahaja, yang tidak keluar dari zon selesa dia. Ini adalah bahagian saya, katanya. Saya hanya boleh melakukan hal ini. Sementara, dia menganggap tugas-tugas berat itu adalah tugas orang lain, bukan tugas dia. Saat dia yakin bahawa dakwah dan jihad adalah sebuah kewajipan, kenapa harus memilih yang ringan-ringan sahaja? Dia akan mengatakan, yang sesuai dengan kesanggupannya. Terbukti bahawa dia mengakui dirinya lemah. Kesanggupannya hanya sampai setakat ini sahaja.

4.    Tergantung atau menggantungkan diri pada keadaan. Dia takut akan perubahan yang mungkin terjadi. Bagaimana jika perubahan akan merosak bisnesnya? Bagaimana jika perubahan akan mengancam kariernya? Itu mungkin saja, perubahan akan selalu terjadi. Boleh jadi, bisnes Anda akan bankrap  akibat perubahan. Boleh jadi karier Anda tamat kerana perubahan teknologi. Benar? Tidak. Bukan, bukan perubahan yang mengakibatkan bisnes hancur dan karier yang terancam, tetapi kerana diri Andalah yang tidak menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Saat Anda takut, ertinya Anda mengakui kelemahan diri.

5.    Tergantung pada pekerjaan saat ini. Termasuk, saat Anda merasa takut kehilangan pekerjaan saat ini. Kalau saya berhenti, bagaimana dengan makan anak isteri saya? Padahal, siapa yang boleh menjamin Anda akan terus memiliki pekerjaan? Jika Anda seseorang yang yakin dengan kekuatan yang dimilikinya, maka dia yakin akan sanggup mengatasi masalah ekonomi seandainya dia kehilangan pekerjaan. Takut akan kehilangan pekerjaan, adalah sebuah pengakuan bahawa diri anda lemah dan kurang meyakini potensi diri dan pertolongan Allah SWT.

Anda boleh berdebat, Anda boleh berdalih atas apa yang ditulis di atas. Namun semua itu tidak akan ada gunanya, hanya mempertegas diri bahawa Anda kurang yakin akan kekuatan diri dan kekuatan pertolongan Allah SWT.  Akan lebih bermanfaat, jika Anda meningkatkan keyakinan diri bahawa Anda sudah memiliki kekuatan yang cukup untuk mengatasi semua beban hidup dengan pertolongan Allah SWT.

Rujukan:
http://www.motivasi-islami.com/



Isnin, 13 Ogos 2012

G 44 MULIANYA BANGSA ARAB PILIHAN ALLAH SWT

Badan Dakwah Islam ini bersedia memberi bimbingan agama Islam kepada pekerja-pekerja bukan Islam yang berkerja di Timur Tengah.

Dalam suasana dunia Islam yang bertuhankan material dan hawa nafsu, masih ada badan-badan dakwah Islamiah yang menabur jasa kepada manusia tanpa bermatlamatkan politik dan perniagaan serta keuntungan dunia berdiri teguh di Timur Tengah.

Begitulah hebatnya keturunan Arab yang Allah SWT pilih untuk memimpin dunia ke Jalan Allah SWT, kerja dakwah mereka tidak bermusim tetapi kerja dakwah mereka adalah kehidupan harian mereka. Mereka tidak mengenal penat dan lelah, ribuan jutawan Arab yang tidak dapat dikesan oleh manusia bersedia menghulur bantuan kepada pertubuhan-pertubuhan  Islam di Timur Tengah. Mereka  tidak ingin dikenali oleh manusia tetapi mereka hanya mengharap ihsan dan rahmat daripada Allah SWT, mereka bersedia berkorban harta mereka di Jalan Allah SWT.

Salah satu pertubuhan tersebut adalah seperti yang saya muatkan di laman ini, sehingga sesetengah ulamak di Timur Tengah sanggup mengaktifkan telefon mereka dalam masa 24 untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat Islam tanpa mengenakan apa-apa bayaran kerana mereka menjadikan Alam Akhirat sebagai matlamat hidup mereka.

Semoga Allah SWT melahirkan generasi seperti ini di suatu hari nanti di rantau Asia Tenggara, Amin Ya Rabbal Alamin


G 31 EMPAT ANUGERAH AGUNG KEPADA MEREKA YANG BERISTIGHFAR

1- Allah SWT akan menurunkan hujan.
2- Bertambah rezeki dengan pertolongan Allah SWT.
3- Mendapat keturunan yang solehah.
4- Mengubah bumi menjadi Syurga dan sungai yang mengalir.


Khamis, 2 Ogos 2012

E 65 SEMBILAN PEMBERIAN ALLAH SWT YANG AGONG

1.    Tiada wara’  yang paling tinggi melainkan mereka yang tidak menyakiti sesuatu  walaupun binatang.

2.    Tiada bicara yang terlebih tinggi melainkan mereka yang bersopan di hadapan Allah SWT  ( Solat dengan bersopan ).

3.    Tiada cara jalan terbaik  mendapat syafaat melainkan dengan bertaubat.

4.  Tiada ibadat yang paling sempurna melainkan dengan ilmu.

5.    Tiada solat yang paling sempurna melainkan solat mereka yang benar-benar takut kepada Allah SWT.

6. Tidak akan mencapai kemenangan hakiki melainkan setelah melalui dugaan yang  memerlukan kesabaran yang tinggi.

7. Tiada kebahagiaan yang sebenar melainkan setelah mendapat Taufiq daripada Allah SWT.

8.    Tiada pakaian yang paling berharga diberi oleh Allah SWT  melainkan akal.

9.    Tiada sahabat atau taulan yang paling jinak melainkan ilmu.


Kitab Muhimmah . m/s: 186

E 25 SEMBILAN CARA ISTIMEWA ALLAH SWT BERSAMA MEREKA YANG IA KASIHI

1.    Allah SWT akan memilihnya dengan sebaik-baik pilihan.

2.    Allah SWT tetap akan menolongnya dalam apa jua keadaan.

3.    Allah SWT amat menyayanginya.

4.    Allah SWT akan menyucikan jiwanya dalam semua keadaan.

5.    Allah SWT akan menampilkan diri insan tersebut untuk kebaikan umat manusia sejagat.

6.    Allah SWT akan berbicara dengannya setiap saat.

7.    Allah SWT akan menasihatinya apabila ia lalai.

8.    Allah SWT akan memberi petunjuk kepadanya apabila umat manusia berada dalam kesesatan.

9.    Allah SWT akan membimbingnya memahami setiap maksud dan tujuan ayat-ayat suci Al-Quran.


Membentuk Kecerdasan Daripada Al-Quran. m/s : 259.

Rabu, 1 Ogos 2012

E 4 HATI YANG MENDAPAT CAHAYA FIRASAT DARI ALLAH SWT

Surah An-Nur , Ayat : [35]

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."



Selasa, 31 Julai 2012

D 139 TIGA RAHSIA ALLAH SWT ANUGERAH KEPADA BUMI ATAU DUNIA INI

1.    Tersimpan sifat-sifat nafsu dalam sifat-sifat rohani, bumi akan memberi rahsia tersebut kepada mereka yang berjaya mengatur langkah kehidupan dengan sempurna melalui sifat-sifat rohani.

2.    Bumi memiliki sifat-sifat rahsia Ukhrawi/Akhirat, Manusia yang berjaya mencari sifat-sifat rahsia Akhirat, bumi akan memartabatkannya sebagai Insan yang Soleh.

3.    Bumi memilki segala rahsia sifat alam dan Rahsia sifat Rahman, mereka yang berjaya mencari kedua-dua sifat ini. Bumi akan memberi penghormatan dengan gelaran Al-Muqarrabin iaitu Orang Yang Telah Berjaya Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT. Golongan ini adalah Golongan Pilihan Allah SWT di Akhirat kelak.



Syarah Hikam . m/ : 184.


D 126 TIGA KEMERDEKAAN SEBENAR ANUGERAH DARIPADA ALLAH SWT

1.   Kemerdekaan orang awam daripada segala syahwat.

2.   Kemerdekaan khas dari segala kehendak kerana kehendaknya telah hancur apabila melihat kehendak Allah SWT. ( Segala kehendak nafsu jiwanya akan hancur apabila mendengar perintah Allah SWT, kerana Cintanya kepada Allah SWT melebihi segala-galanya).
3.   Kemerdekaan khas dalam khas-iaitu segala kehendak dunia dalam genggamannya dan dunia tidak memberi kesan kepada jiwanya, walaupun sedikit. Contohnya Rasulullah saw telah dianugerah oleh Allah SWT kunci kekayaan dunia tetapi dunia tidak boleh menguasai jiwa Rasulullah SAW.

Syarah Hikam. m/s : 135.


D 124 TIGA IHSAN YANG ALLAH SWT KURNIAKAN KEPADA HAMBANYA

1.    Ihsan sebelum  mengerjakan amal iaitu taufik dan hidayat bagi ahli ibadat  yang sentiasa melakukan amalan ibadat.

2.    Ihsan berserta amal iaitu Ihsan yang dikurniakan semasa  berjaya melakukan amal ibadat, ihsan ini disertakan dengan Sifat Ikhlas dan Kebenaran daripada Allah SWT.

3.    Ihsan selepas melakukan amal ibadat iaitu seperti orang-orang soleh yang telah masuk Syurga tetap melakukan amal ibadat di dalam Syurga.


Syarah Hikam. m/s : 186.


Jumaat, 27 Julai 2012

C 134 HANYA ALLAH SWT SAHAJA YANG DAPAT MEMBANTU KITA DALAM KEHIDUPAN DI DUNIA DAN KEHIDUPAN DI AKHIRAT

Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah swt dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah swt berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

Sebesar-besar nikmat adalah anugerah Allah SWT kepada kita Agama Islam

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah swt dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.

Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Berdoalah kepada Allah swt yang mampu membantumu di dunia dan di dalam kubur.

Makhluk-makhluk itu tetap akan mati, bukanlah kekal hidup dan mereka tidak mengetahui bilakah masing-masing akan dibangkitkan (menerima balasan).

BUKTI ALLAH ALLAH SWT SAHAJA YANG MAMPU  MEMENUHI KEPERLUAN KITA DI DUNIA DAN KEPERLUAN KITA UNTUK HIDUP DI AKHIRAT

Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?” Katakanlah: “Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari Kiamat”. Demikian Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.

Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.


Rabu, 25 Julai 2012

C 79 ANUGERAH ALLAH KEPADA MEREKA YANG BERCINTA KERANANYA

Jika doa orang hamba Allah bercinta atau berkasih sayang kerana Allah SWT, walaupun seorang di sebelah timur dan seorang lagi di sebelah barat, Pasti Allah SWT akan mempertemukan keduanya pada hari Kiamat dan Allah SWT akan berseru dengan kataNya: Inilah  Mereka yang bercinta keranaKu.

Lihatlah Anugerah Allah Yang Maha Kaya kepada mereka yang bercinta kerana Allah… kebanyakkan manusia sekarang rela berkorban kerana pangkat yang mereka ciptakan sendiri seperti raja, tun dan tan sri  atau kerana kecantikan perempuan yang Allah ciptakan dari setitik air mani atau harta yang Allah SWT simpan di perut bumi atau kerana pahala dan Syurga yang Allah SWT janjikan…

Tetapi Cinta Sejati adalah Cinta Kepada Allah SWT dengan Tidak meminta sesuatu pun dari Allah SWT walaupun satu pahala atau sebuah mahligai di Syurga, tetapi terserah pada Allah SWT untuk menganugerahinya kerana setiap pemberian Allah SWT tidak dapat dinilai  oleh semua makhluk ciptaan Allah Subhanahu Wataala. Serahlah cinta kepada Allah SWT pasti Allah SWT dapat menunaikan semua kehendak kita tanpa batasan.


C 62 EMPAT ANUGERAH ALLAH SWT KEPADA ORANG SAKIT

Rasulullah SAW bersabda: bagi orang sakit empat kelebihannya:

1. Qalam yang mencatat amalannya, tidak akan mencatat amalan kejahatannya tetapi akan mencatat amal kebaikan selama ia sakit.

2.   Allah swt menyuruh para Malaikat mencatat amal kebaikannnya semasa dia sihat dahulu, walaupun pada masa sakitnya ia tidak dapat melakukannya, tetapi tetap mendapat pahala tersebut.

3.   Setiap sendi yang mengalami kesakitan akan terkeluar dari sendi tersebut dosa dari amalan kejahatannya terdahulu.

4.   Jika dia sakit sehingga mati, matinya mendapat keampunan dari Allah SWT. Jika ia sembuh Allah swt juga mengampun segala dosanya.

Jauhar Mauhub . m/s: 350


Selasa, 24 Julai 2012

C 49 DUA PULUH KERAMAT WALI-WALI ALLAH DI DUNIA

1.    Allah SWT sentiasa teringat dan memuji-muji nama mereka.

2.    Allah SWT sendiri mengucap Terima Kasih kepada mereka.

3.    Allah SWT sangat kasih dan cinta kepada mereka.

4.    Allah SWT sendiri menjadi wakil untuk mengurus dan mentadbir segala urusan mereka.

5.    Allah SWT menjamin rezeki mereka ke mana mereka pergi maka di sana terdapat rezeki mereka.

6.    Allah SWT sendiri mengawal diri mereka dan menolak segala sesuatu yang datang menyakitinya.

7.    Allah SWT sendiri menjinak sesuatu yang baru yang datang menempuhinya.

8.    Tinggi hemah dan tidak rela dirinya dilumuri dengan kekotoran dunia.

9.    Berjiwa besar dan tidak rasa terhina walaupun melakukan pekerjaan yang dilakukan oleh seorang bertaraf hamba.

10. Kaya hati, jiwa dan hatinya jika sempit. Tidak terkejut jika Allah SWT menganugerahkan kekayaan kepadanya. Jiwanya juga tidak terasa susah jika Allah mendatangkan kepadanya kesusahan.

11. Nur Hatinya bersinar-sinar sehingga dapat menyuluh kepada orang ramai dengan ilmunya, rahsianya dan hikmahnya.

12. Hati mereka tetap lapang walaupun Allah SWT mengujinya dengan bala yang besar.

13. Allah SWT  menganugerahkan keberkatan yang meliputi semua bidang termasuk  dalam pemakaian, percakapan, perbuatan, tubuh-badan dan lain-lain sehingga orang lain dapat berkat dari tempat tidurnya, pakaiannya, tempat pijaknya sehingga kawan-kawan yang bersahabat dengannya.

14. Wajah mereka sentiasa hebat, sesiapa memandangnya akan merasa gerun dan akan memberi penghormatan kepadanya.

15. Setiap langkahnya diberkati, jarak perjalanan yang jauh Allah SWT pendekkan sehingga tidak merasai kepenatan dalam setiap perjalanannya.

16. Segala binatang buas akan menjadi jinak bila berhadapan dengannya, malah dia mampu mengarah binatang tersebut.

17. Mereka mampu mengeluarkan khazanah simpanan Allah swt di bumi ini. Dengan Izin Allah SWT.

18. Mereka menjadi tumpuan dan ikutan orang ramai, sehingga manusia sanggup menjadi khadam kepadanya demi mengharapkan keberkatan dari Allah SWT.

19. Allah SWT mengkabulkan doa mereka, mereka tidak perlu bersumpah dan bernazar dengan nama Allah, Allah SWT telah menerima doa  dan hajat mereka.

20. Orang ramai sentiasa mengasihi mereka.

Bacaan

Ahad, 15 Julai 2012

B 39 EMPAT PULUH PUJIAN DAN ANUGERAH ALLAH SWT KEPADA HAMBANYA YANG SOLEH DAN SOLEHAH

Imam Al-Ghazali menyebut dalam kitab “  Minhaj Al-Abidin” kelebihan tersebut ialah:

1.    Mendapat pujian dan disebut oleh Allah SWT.

2.    Diagongkan dan dimuliakan oleh Allah SWT.

3.    Dicintai oleh Allah SWT semasa hidup di dunia.

4.    Selama hidup di dunia, kerana TAAT dan Tawakkal sehingga seolah-olah Allah SWT menjadi wakilnya dalam semua urusan. Semua urusan Allah SWT mengatur untuknya.

5.    Segala rezekinya ditanggung oleh Allah SWT.

6.    Mendapat pertolongan Allah SWT setiap kali niat buruk musuh terhadapnya.

7.    Tidak ada perasaan khuatir kerana hatinya sentiasa ditenteramkan oleh Allah SWT.

8.    Darjat kemuliaannya sentiasa diangkat atau sentiasa bertambah oleh Allah SWT.

9.    Himmah atau nilai diri sentiasa diangkat oleh Allah SWT.

10. Hatinya sentiasa kaya, kekayaan hatinya melebihi kekayaan yang dimilikinya SWT.

11. Hatinya sentiasa bersih dan senang menerima ilmu Allah SWT.

12. Bersabar dan Ikhlas menerima segala dugaan dan musibah terjadi hasil dari kelakuan dan kejahatan musuh.

13. Dihormati dan disegani orang lain.

14. Dicintai orang lain - semua orang mengagong dan mencintainya serta memuliakannya.

15. Setiap tutur katanya mendatangkan banyak kebaikan.

16. Bumi, langit dan laut tunduk kepadanya.

17. Semua haiwan tunduk dan takut kepadanya.

18. Memiliki kunci-kunci bumi.

19. Menjadi pemimpin dan mempunyai pengaruh dalam pintu Rabbul Izzati.

20. Allah SWT sentiasa setia menunggu memaqbulkan doanya.

21. Diringan dan dimudahkan oleh Sakaratul Maut ketika menemui ajalnya.

22. Sentiasa Dalam Makrifat dan beriman kepada Allah SWT.

23. Allah SWT sentiasa  melimpahkan kebahagiaan dan keredhaan kepadanya.

24. Kekal di dalam Syurga Allah SWT dan dekat kepada Allah SWT.

25. Semasa di alam Ghaib rohnya diiringi ke langit dengan penuh kehormatan, lemah-lembut dan mendapat segala kenikmatan.

26. Allah SWT melancarkan segala jawapan apabila ditanya oleh semasa disoal dalam kubur dan tidak  diseksa di dalam kubur sehingga hari Qiamat.

27. Rohnya mengadap Allah SWT dengan tenang, rohnya tidak menghadapi kesulitan ketika berpisah dengan jasad kerana mendapat penghormatan daripada Allah SWT, Rohnya tergolong dalam golongan roh orang yang dimuliakan Allah SWT dan jasadnya mudah dikebumikan.

28. Kuburnya luas dan diterangi cahaya.

29. Setelah bangkit dari kubur mendapat penghormatan dan kemuliaan daripada Allah SWT di Padang Mahsyar.

30. Wajah akan bercahaya dan bersinar-sinar.

31. Aman dari segala ancaman di alam Akhirat.

32. Menerima Catatan Amalan dengan tangan kanan.

33. Hisabnya diringankan.

34. Timbangan kebaikkan diberatkan.

35. Dapat mengadap Rasulullah di telaga Rasulullah dan meminum air telaga Rasulullah.

36. Dapat meniti Sirat dan melepasi api neraka.

37. Dapat memberi Shafaat kepada orang lain setelah mendapat keizinan Allah SWT.

38. Mendapat kekuasaan kekal di dalam Syurga Allah SWT.

39. Mendapat Keredaan Allah SWT yang paling agung.

40. Dapat Mengadap Allah Azzawajal.

Tazkiah Nufus. m/s: 61