Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label IBADAH - SOLAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IBADAH - SOLAT. Papar semua catatan

Selasa, 17 Mac 2020

V 35 : SOLAT BERJAMAAH ISYAK DAN SUBUH

Abu Hurairah ra. mengatakan bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda,

"Seandainya manusia mengetahui pahala azan dan shaf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan undian, nescaya mereka melakukan undian itu. Seandainya mereka mengetahui pahala bersegera pergi menunaikan solat, nescaya mereka berlumba-lumba kepadanya. Dan, seandainya mereka mengetahui pahala jamaah solat Isyak dan Subuh, nescaya mereka mendatanginya meskipun dengan merangkak."

Sanad dan riwayat Hadis



Sabtu, 14 Mac 2020

V 29 : APAKAH PENGHAYATAN SOLAT

Apakah engkau merukukkan badan lahir engkau sahaja di waktu solat?
Sedangkan batin engkau, engkau tidak terasa rukuk?
Kalau jasad lahir engkau sahaja yang rukuk, rukuk itu engkau tidak hayati, rukuk engkau tidak ada erti apa-apa.

Di waktu engkau sujud. Apakah hati engkau sujud sama? Anggota lahir sahaja? Tidak terasa apa-apa?
Ia hanya sekadar exercise sahaja, ertinya engkau bersenam. Kalau hati engkau tidak ikut berserta sujud.

Di kala engkau berdiri solat, terasakah engkau berdiri di hadapan Tuhan yang tidak bercara?
Terasa Tuhan melihat, tahu, mendengar dan berkuasa di atas engkau. Di waktu itu engkau malu kepadaNya. Hingga terpaku hati dan fikiran engkau dengan Tuhan, tidak sempat engkau mengingati perkara-perkara lain.
Di ketika itu kebesaran Tuhan sahaja yang engkau rasa. Kalau di waktu berdiri tidak terasa apa-apa terhadap Tuhan. Mengapa engkau berdiri?
Untuk apa engkau berdiri? Seolah-olah engkau berdiri sahaja-sahaja!

Berdiri tidak punyai erti apa-apa. Kalau sepanjang masa engkau bersolat begitu rupa. Rupanya selama ini engkau bersenam, bersenam dengan rupa orang bersolat. Kerana itulah solat engkau tidak merubah perangai. Sama saja seperti orang yang tidak bersolat. Hakikatnya engkau belum bersolat.



Sabtu, 15 Februari 2020

V 3 : TATA CARA SOLAT JENAZAH YANG LENGKAP


MutiaraPublic.Com – Solat Jenazah adalah merupakan Solat sunnah yang dikerjakan dengan 4 kali takbir, Solat Jenazah ini dilaksanakan ketika ada seorang muslim yang meninggal dunia. Dan Sebelum Jazad atau Jenazahnya dikebumikan  maka orang muslim yang meninggal dunia tersebut perlu dimandikan, dan perlu disolati terlebih dahulu.

Adapun Hukum Solat Jenazah ini adalah Fardhu Kifayah atau kewajipan yang ditunjuk-kan bagi orang banyak (umat islam), akan tetapi apabila sebahagian dari kita umat islam sudah melaksanakan Solat Jenazah tersebut maka gugurlah kewajipan bagi yang lainnya.

Adapun Syarat-syarat Solat Jenazah :

1.    Solat Jenazah Sama Halnya dengan solat lainnya, iaitu : haruslah menutup Aurat, Suci dari najis/ Hadas besar dan kecil, suci Badan mahupun Pakaian, dan tempatnya harus menghadap kiblat.
2.    Sebelum Melakukan solat Jenazah, Mayat sudah dimandikan dan dikafani.
3.    Letak Jenazah atau Mayat sebelah kiblat orang yang menyolatinya, terkecuali kalau solat dikerjakan di atas kubur atau Solat Ghaib.

Berikut ini Rukun dan Tata Cara Solat Jenazah Yang Benar dan Lengkap :

Solat jenazah tidak dengan rukuk dan sujud serta tidak dengan azan dan iqamat, adapun caranya sebagai berikut :

1Niat, menyengaja melakukan solat atas mayat dengan empat takbir, menghadap kiblat kerana Allah. adapun

Lafaz Niat Solat Jenazah Untuk Lelaki :

اُصَلِّى عَلَى هَذَاالْمَيِّتِ اَرْبَعَ تَكْبِرَاتٍ فَرْضَ الْكِفَايَةِ مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى

USHOLLI  ‘ALAA  HAADZALMAYYITI  ARBA’A  TAKBIRAATIN  FARDHOL  KIFAAYATI MA’MUUMAN-LILLAAHI TA’AALA.

Saya niat (mengerjakan) solat atas mayat lelaki ini empat kali takbir fardhu kifayah kerana menjadi makmum kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Shalat Jenazah Untuk Perempuan :

اُصَلِّى عَلَى هَذِهِ الْمَيِّتَةِ اَرْبَعَ تَكْبِرَاتٍ فَرْضَ الْكِفَايَةِ مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى

USHOLLI ‘ALAA HAADZIHIL MAYYITATI ARBA’A TAKBIRAATIN  FARDHOL  KIFAAYATI MA’MUUMAN  LILLAAHI  TA’AALA.

Saya niat solat atas mayat perempuan ini empat kali takbir fardhu kifayah kerana menjadi makmum kerana Allah Taala.

Keterangan : Lafaz niat di atas merupakan bacaan niat ketika kita solat jenazah menjadi makmum. Namun apabila kita menjadi imam, maka lafadz atau bacaan “MA’MUUMAN” diganti dengan lafadz “IMAAMAN.” 

2.  Setelah membaca Niat dilanjutkan dengan Takbiratul Ihram, Yakni setelah mengucapkan “Allahu Akbar”, sambil meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di atas perut (Sedakep/ Sandekep), kemudian membaca surah Al-Fatihah (tidak membaca surah yang lain). Setelah membaca Fatihah terus takbir membaca “Allahu Akbar.”

3. Setelah Takbir Kedua, Dilanjutkan membaca Selawat kepada Baginda Rasulullah SAW. Sebagai berikut :

اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد

ALLAHUMMA SHALLI ‘ALAA MUHAMMAD

“Yaa Allah, berilah Selawat atas Nabi Muhammad.”

Untuk lebih sempurna/ Lengkap bacalah selawat berikut :

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

ALLAHUMMA SALLI `ALA MUHAMMADIN WA`ALA ALI MUHAMMAD, KAMA SALLAYTA `ALA IBRAHIMA WA’ALI IBRAHIM, INNAKA HAMIDUN MAJID, WABARIK `ALA MUHAMMADIN WA`ALA ALI MUHAMMAD, KAMA BARAKTA `ALA IBRAHIMA WA’ALI IBRAHIM, INNAKA HAMIDUN MAJID

“Yaa Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia. Dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.”

4. Setelah Takbir Ke Tiga, Kemudian dilanjutkan membaca Doa berikut ini :

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

ALLAAHUMMAGHFIR LA-HU (HAA) WARHAM-HU (HAA) WA’AFI-HI (HAA) WA’FU ‘AN-HU (HAA),

“Yaa Allah! Ampunilah dia (mayat) berilah rahmat kepadanya, dan sejahterakanlah dia, dan maafkanlah dia”
Atau Versi Lengkapnya, berikut :

اللّهمّ اغْفِرْ لَهُ (هَا) وَارْحَمْهُ (هَا) وَعَافِيْهِ (هَا) وَاعْفُ عَنْهُ (هَا) وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ (هَا) وَوَسِّعْ مَدْخََلَهُ (هَا) وَاَغْسِلْهُ (هَا) بِالْمَآءِ وَالثّلْجِ والْبَرَدِ وَنَقِّهِ (هَا) مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثّّوْبُ الْاَبْيَضُ مِنَ الدّنَسِ و اَبْدِلْهُ (هَا) دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ (هَا) وَ اَهْلاً خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ (هَا) وَزَوْجٍا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ (هَا) وَقِهِ فِتْنَةَ القَبْرِ وعَذَابَ النارِ

ALLAAHUMMAGHFIR LA-HU (HAA) WARHAM-HU (HAA) WA’AFI-HI (HAA) WA’FU ‘AN-HU (HAA), WA AKRIM NUZUULA-HU (HAA), WAWASSI’ MADKHOLA-HU (HAA), WAGHSIL-HU (HAA) BIL MAA-I WATS TSALJI WAL-BARADI, WANAQQI-HI (HAA) MINAL KHATHAYAAYAA KAMAA YUNAQQATS TSAUBUL ABYAD-HU (HAA) MINAL DANASI, WA ABDIL-HU (HAA) DAARAN KHAIRAN MIN DAARI-HI (HAA), WA AHLAN KHAIRAN MIN AHLI-HI (HAA), WA ZAUJAN KHAIRAN MIN ZAU-JI-HI (HAA), WAQI-HI-(HAA) FITNATAL QABRI WA’ADZABAN NAARI.

“Yaa Allah! Ampunilah dia (mayat) berilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia (dari beberapa hal yang tidak disukai), maafkanlah dia dan tempatkanlah di tempat yang mulia (Syurga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air es. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga (atau isteri di Syurga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), isteri (atau suami) yang lebih baik daripada isterinya (atau suaminya), dan masukkan dia ke Syurga, jagalah dia dari siksa kubur dan Neraka.”

Keterangan : Jika Mayit Perempuan Lafadz HU/HI menjadi HA dan seterusnya.

5. Selesai Takbir Keempat, maka membaca doa, berikut :

اللهُمّ لاتَحرِمْنا أَجْرَهُ ولاتَفْتِنّا بَعدَهُ

ALLAAHUMMA LAA TAHRIMNAA AJRA-HU (HA), WALAA TAFTINNAA BA’DA-HU (HA)

“Yas Allah, janganlah Engkau haramkan Kami dari pahalanya, dan janganlah Engkau beri fitnah pada kami setelah kematiannya.”

Atau Versi Lengkapnya, berikut :

اللّهُمّ لاَ تَحْررِمْنَا اَجْرَهُ (هَا) وَ لاَ تََفْْتِنّاََ بَعْدَهُ (هَا) وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ (هَا) وَلِإِخْوانِناََ اّلَذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِالْإِيْمَانِ وَ لاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِناَ غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوا رَبّنَا إِنّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

ALLAHUMMA LAA TAHRIMNAA AJRO-HU (HAA) WALAA TAFTINAA BA’DA-HU (HAA) WAGFIR LANAA WA LA-HU (HAA) WA LI IKHWANINA LADZINA SABAQUUNA BIL IMAANI WA LA TAJ’AL FI QULUUBINA GILLAL LILLADZINA AMANUU ROBBANA INNAKA ROUUFUR ROHIIM.
“Yaa Allah, janganlah Engkau haramkan Kami dari pahalanya, dan janganlah Engkau beri fitnah pada kami setelah kematiannya serta ampunilah kami dan dia, dan juga bagi saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian terhadap orang-orang yang beriman (berada) dalam hati kami. Wahai Rabb kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.”

Keterangan : Jika Mayat Perempuan Lafaz HU/HI menjadi HA dan seterusnya.

6. Kemudian (Selesai ) Memberi salam sambil memalingkan muka ke kanan dan ke kiri dengan ucapan salam, sebagai berikut :

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH

“Keselamatan dan Rahmat Allah Semoga tetap kepada Kamu sekalian.”
  
Oleh : Ustadz. Ahmad Hasan
Redaktur : Ning Silviana Sholeha
www.MutiaraPublic.com

Jumaat, 7 Februari 2020

U 171 : APAKAH PENGHAYATAN SOLAT


Apakah engkau merukukkan badan lahir engkau sahaja di waktu solat?
Sedangkan batin engkau, engkau tidak terasa rukuk?
Kalau jasad lahir engkau sahaja yang rukuk, rukuk itu engkau tidak hayati, rukuk engkau tidak ada erti apa-apa.

Di waktu engkau sujud. Apakah hati engkau sujud sama? Anggota lahir sahaja? Tidak terasa apa-apa?
Ia hanya sekadar exercise sahaja, ertinya engkau bersenam. Kalau hati engkau tidak ikut berserta sujud.

Di kala engkau berdiri solat, terasakah engkau berdiri di hadapan Tuhan yang tidak bercara?
Terasa Tuhan melihat, tahu, mendengar dan berkuasa di atas engkau. Di waktu itu engkau malu kepadaNya. Hingga terpaku hati dan fikiran engkau dengan Tuhan, tidak sempat engkau mengingati perkara-perkara lain.
Di ketika itu kebesaran Tuhan sahaja yang engkau rasa. Kalau di waktu berdiri tidak terasa apa-apa terhadap Tuhan. Mengapa engkau berdiri?
Untuk apa engkau berdiri? Seolah-olah engkau berdiri sahaja-sahaja!

Berdiri tidak punyai erti apa-apa. Kalau sepanjang masa engkau bersolat begitu rupa. Rupanya selama ini engkau bersenam, bersenam dengan rupa orang bersolat. Kerana itulah solat engkau tidak merubah perangai. Sama saja seperti orang yang tidak bersolat. Hakikatnya engkau belum bersolat.

Sabtu, 11 Januari 2020

U 101 : YOK! SOLAT

Kalau tak solat, Cuba mula solat.
Kalau dah solat,Cuba solat awal.
Kalau dah solat awal, Cuba solat berjemaah.




Khamis, 9 Januari 2020

U 89 : JANGAN PERNAH TINGGALKAN SOLAT

Kerana terdapat jutaan manusia di dalam kubur ingin dihidupkan kembali, hanya untuk bersujud kepada Allah.


Rabu, 1 Januari 2020

U 68 : JANGAN KAMU TINGGALKAN WIRID SELEPAS SOLAT FARDHU

Jangan kita cacatkan, rugikan amal ibadah kita yang mana dalam solat kita disunatkan mengangkat tangan pada 4 tempat tapi kita tak buat.
1) Tempat pertama di waktu takbiratul ihram.
2) Pada waktu kita akan rukuk, Jangan langsung kita turun ke bawah rugi kita.
3) Angkat tangan pada masa i'tidal.
4) Kita akan angkat tangan kita di waktu kita bangkit daripada tasyahud awal atau daripada rakaat kedua menuju rakaat ketiga.
Setiap kali selepas solat fardhu, jangan sesekali kita lupa untuk baca wirid yang dimulai dengan istighfar sekurang-kurangnya 3 kali. Setelah itu sebelum mengubah duduk iftirasy ataupun duduk tahiyat akhir kepada duduk biasa.
Jangan lupa untuk membaca "Laa Ilaha Illallaahu Wahdahuu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu Yuhyii Wa Yumiitu Wahuwa Alaa Kulli Syai'in Qadiir."
Secara sunnahnya 10 kali selepas maghrib dan juga selepas subuh yang dengan balasannya itu adalah perlindungan, pemeliharaan, kita akan mendapat pagar, jati diri daripada godaan syaitan yang terkutuk, terelak dari diri kita daripada godaannya dan terjaga diri kita sepanjang waktu.
Kita nak balasan yang dijanjikan oleh Nabi kita dengan membaca "Allahumma Ajirni Minan Naar."
Secara sunnahnya sebanyak 7 kali setiap kali selepas maghrib dan juga selepas subuh maka yang saat seseorang itu meninggal dunia pada hari itu maka Allah akan bebaskan dirinya daripada Api Neraka.
Akan ditulis kebebasan dirinya daripada api neraka. Dibaca di waktu subuh kalau dia meninggal di siang harinya. Dibaca selepas Maghrib kalau dia meninggal pada malam harinya kebebasan diri daripada api neraka itu sudah kita dapatkan.
Kemudian ketika nak dibaca "Allahumma Antas Salaam Wa Minkas Salam Wa Ilayka Ya 'Udussalam Fahaiyina Rabbana Bissalam Wa Adkhilnal Jannata Daaras Salaam Wa Tabaarakta Rabbanaa Wa Ta'aalaita Yaa Dzaljalaali Wal Ikraam."
Barulah Imam dibenarkan untuk mengubah kedudukan posisi duduknya mengadap separuh badan ke kanan ataupun juga mengadap sepenuhnya badannya ke arah makmum. Manakala makmum tetap terus mengadap ke arah kiblat.
Setelah itu barulah kita membaca surah Al-Fatihah dan ingatlah jangan kita malas, lupa dan tak nak untuk membaca Ayatul Kursi setiap kali selepas sembahyang fardhu kerana kelebihannya yang besar. Ayat Kursi ini adalah tiket kita untuk nak masuk Syurga. Menurut riwayat hadis "Tiada apa yang dapat menghalangi orang yang membacanya untuk masuk Syurga kecuali mati."
Kemudian dibaca selepas itu tasbih (Subhanallah 33 kali), tahmid (Alhamdullilah 33 kali) dan takbir (Allahu Akbar 33 kali). Janganlah kita malas untuk nak mengira bilangan tasbih 33 kali tahmid 33 kali dan takbir 33 kali. Kalau kita ikut Imam dan imam tidak membacanya cukup bilangannya. Bererti kita sudah mengalami suatu kerugian yang sangat besar. 1 ucapan subhanallah itu lebih berat daripada dunia dan seisinya.
Jadi jangan sampai kita rugi di situ kerana kita malas untuk nak membacanya, malas untuk nak mengiranya. Jadi semuanya 99 kali jumlahnya yang mesti kita baca setiap kali setiap selesai sembahyang fardhu kita.
Kemudian dibaca "Allahu Akbar Kariiran Wal Hamdulillahi Katsiiran Wasubhaanallaahi Bukratan Wa Ashiilaa. Laailaaha Illallaahu Wahdahuu Laa Syariikalah Lahul Mulku Wa Lahul Hamdu Yuhyi Wa Yumiitu Wa Huwa Alaa Kulli Syai'in Qadiir."
Bagaimana kira-kira kalau kita tak dan membacanya? Bagaimana kira-kira kalau imam tidak memimpin kita untuk membacanya? Bererti itu merugikan kita. Rugi besar bukan setakat dengan lamborghini, bukan setakat dengan sebuah banglo, bukan hanya setakat dengan harta yang mewah tetapi dunia dengan segala isi-isinya kerugian yang menimpa kepada kita masih belum mampu membayar kerugian yang saat ketika kita tidak mengikuti pedoman sunnah yang disunnahkan oleh Baginda Rasulullah SAW.
Kalau saat ketika waktu solat dan selepas solat pun kita tak mampu untuk nak luangkan sedikit waktu kita untuk berzikir ingat kepada Allah SWT. Agak-agaknya waktu bilakah kita akan ingat kepada Allah SWT? Bila dah di luar solat agak-agak kita ingat Allah SWT ataupun tidak?



Jumaat, 27 Disember 2019

U 35 : INILAH MANFAAT DAN RAHSIA DI BALIK GERAKAN SOLAT


Solat lima waktu adalah salah satu kewajipan bagi umat Islam. Solat ternyata tidak hanya menjadi amalan utama di akhirat nanti, tetapi ternyata gerakan–gerakan solat adalah gerakan paling profesional bagi anatomi tubuh manusia. Bahkan dari sisi medic, solat adalah gudangnya ubat dari berbagai macam penyakit.
Selama ini solat yang dilakukan lima kali sehari oleh umat Islam, sebenarnya telah memberikan investasi kesihatan yang cukup besar bagi yang melakukan solat tersebut. Gerakan solat sampai dengan salam memiliki makna yang luar biasa baik untuk kesihatan fizikal, mental bahkan keseimbangan spiritual dan emosional. Tetapi sayang hanya sedikit dari umat Islam yang memahaminya.

Berikut ini beberapa manfaat gerakan solat bagi kesihatan manusia:

TAKBIRATUL IHRAM.
Postur: berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar telinga, lalu melipatnya di depan perut atau dada bahagian bawah
Manfaat: Gerakan ini melancarkan aliran darah, getah bening (limfe) dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Saat mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah kaya oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua tangan didekapkan di depan perut atau dada bagian bawah. Sikap ini menghindarkan dari berbagai gangguan persendian, khususnya pada tubuh bagian atas.

RUKUK.
Postur: Rukuk yang sempurna ditandai tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang.
Manfaat: Postur ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat saraf. Posisi jantung sejajar dengan otak, maka aliran darah maksimal pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi relaksasi bagi otot – otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan kemih untuk mencegah gangguan prostat.

I’TIDAL
Postur: Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah, mengangkat kedua tangan setinggi telinga.
Manfaat: Itidal adalah variasi postur setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerak berdiri bungkuk berdiri sujud merupakan latihan pencernaan yang baik. Organ organ pencernaan di dalam perut mengalami pemijatan dan pelonggaran secara bergantian. Efeknya, pencernaan menjadi lebih lancar.

SUJUD
Postur: Menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, ujung kaki, dan dahi pada lantai.
Manfaat: Aliran getah bening dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah kaya oksigen bisamengalir maksimal ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya pikir seseorang. Karena itu, lakukan sujud dengan tuma’ninah, jangan tergesa-gesa agar darah mencukupi kapasitinya di otak. Postur ini juga menghindarkan gangguan wasir. Khusus bagi wanita, baik rukuk mahupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.

DUDUK
Postur: Duduk ada dua macam, iaitu iftirosy ( tahiyyat awal ) dan tawarruk ( tahiyyat akhir ). Perbedaan terletak pada posisi telapak kaki.
Manfaat: Saat iftirosy, kita bertumpu pada pangkal paha yang terhubung dengan syaraf nervus Ischiadius. Posisi ini menghindarkan nyeri pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya tak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik bagi lelaki sebab tumit menekan aliran kandung kemih ( urethra ), kelenjar kelamin lelaki ( prostate ) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan. dengan benar, postur irfi mencegah impotensi. Variasi posisi telapak kaki pada iftirosy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot tungkai turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga. kelenturan dan kekuatan organ – organ gerak kita.

SALAM
Gerakan: Memutar kepala ke kanan dan ke kiri secara maksimal.
Manfaat: Relaksasi otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. Gerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga kekencangan kulit wajah. BERIBADAH secara, kontinyu bukan saja menyuburkan iman, tetapi mempercantik diri wanita luar dan dalam.

Pacu Kecerdasan
Gerakan sujud dalam shalat tergolong unik. Falsafahnya adalah manusia menundukkan diri serendah-rendahnya, bahkan lebih rendah dari pantatnya sendiri.
Dari sudut pandang ilmu psikoneuroimunologi (ilmu mengenai kekebalan tubuh dari sudut pandang psikologis) yang didalami Prof. Sholeh, gerakan ini mengantar manusia pada darjat setinggi-tingginya.
Mengapa? Dengan melakukan gerakan sujud secara rutin, pembuluh darah di otak terlatih untuk menerima banyak pasukan darah. Pada saat sujud, posisi jantung berada di atas kepala yang memungkinkan darah mengalir maksimal ke otak. Itu ertinya, otak mendapatkan pasukan darah kaya oksigen yang memacu kerja sel–selnya.
Dengan kata lain, sujud yang tumakninah dan kontinyu dapat memacu kecerdasan. Risetnya telah mendapat pengakuan dari Harvard Universitry, AS. Bahkan seorang doktor berkebangsaan Amerika yang tak dikenalnya menyatakan masuk Islam setelah diam–diam melakukan riset pengembangan khusus mengenai gerakan sujud.

Perindah postur
Gerakan–gerakan dalam solat mirip yoga atau peregangan (stretching). Intinya untuk melenturkan tubuh dan melancarkan peredaran darah. Keunggulan solat dibandingkan gerakan lainnya adalah solat menggerakan anggota tubuh lebih banyak, termasuk jari kaki dan tangan.
Sujud adalah latihan kekuatan untuk otot tertentu, termasuk otot dada. Saat sujud, beban tubuh bahagian atas ditumpukan pada lengan hingga telapak tangan. Saat inilah kontraksi terjadi pada otot dada, bagian tubuh yang menjadi kebanggaan wanita. Payudara tak hanya menjadi lebih indah bentuknya tetapi juga memperbaiki fungsi kelenjar air susu di dalamnya.

Mudahkan persalinan
Masih dalam pose sujud, manfaat lain boleh dinikmati kaum hawa. Saat pinggul dan pinggang terangkat melampaui kepala dan dada, otot–otot perut (rectus abdominis dan obliquus abdominis externuus) berkontraksi penuh.
Kondisi ini melatih organ di sekitar perut untuk mengejan lebih dalam dan lama. Ini menguntungkan wanita karena dalam persalinan dibutuhkan pernapasan yang baik dan kemampuan mengejan yang mencukupi.
Bila, otot perut telah berkembang menjadi lebih besar dan kuat, maka secara alami ia justru lebih elastis. Kebiasaan sujud menyebabkan tubuh dapat mengembalikan serta mempertahankan organ-organ perut pada tempatnya kembali (fiksasi).

Perbaiki kesuburan
Setelah sujud adalah gerakan duduk. Dalam salat ada dua macam sikap duduk, iaitu duduk iftirosy (tahiyyat awal) dan duduk tawarruk (tahiyyat akhir). Yang terpenting adalah turut berkontraksinya otot-otot daerah perineum.
Bagi wanita, inilah daerah paling terlindung karena terdapat tiga lubang, iaitu liang persenggamaan, dubur untuk melepas kotoran, dan saluran kemih.
Saat duduk tawarruk, tumit kaki kiri harus menekan daerah perineum. Punggung kaki harus diletakkan di atas telapak kaki kiri dan tumit kaki kanan harus menekan pangkal paha kanan.
Pada posisi ini tumit kaki kiri akan memijit dan menekan daerah perineum. Tekanan lembut inilah yang memperbaiki organ reproduksi di daerah perineum. Dengan solat, In shaa Allah hidup kita sihat.


U 18 : SOLAT

"Takutlah Kepada ALLAH Dalam Masalah Solat 3x berulang." Rasullullah SAW Ucapkan Kepada Sahabat RA."


Selasa, 24 Disember 2019

T 194 : MAKNA SOLAT BERJAMAAH


Di dalam hadits dikatakan bahawa pahala solat berjamaah adalah 27 kali dibandingkan dengan solat sendiri. Banyak orang Islam berhitung secara kuantitatif seolah-olah dengan melakukan solat berjamaah maka ia akan menabung pahala sebanyak 27 kali. Demikian juga ketika di dalam hadis dikatakan bahawa solat di Masjidil Haram akan dilipatgandakan pahalanya sebanyak seratus ribu kali lipat. Luar biasa.

Saya peribadi memahami masalah ini dari sisi kepemimpinan dan persatuan Islam. Solat berjamaah bererti berkelompok dengan panduan seorang imam. Apa yang dilakukan imam akan diikuti oleh makmumnya, kecuali imam salah. Semua makmum harus berbaris dengan shaf yang teratur dan lurus. Semua mengikuti arah Imam, betapa kuatnya organisasi ini. Siapa yang dapat mematahkan shaf yang kukuh? Sayang makna dari keuntungan solat berjamaah luput dimengerti oleh umat Islam! Salah satu kunci keberhasilan dakwah di zaman RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM adalah persatuan. Salah satu cara menumbuhkan persatuan tersebut adalah dengan solat berjamaah. Kecintaan mereka, disiplin dan keikhlasan mereka dalam menunaikan solat berjamaah telah menumbuhkan semangat persatuan dan keberanian yang tinggi di antara mereka. Di sisi lain hubungan silaturrahim yang penuh kasih sayang semangat erat terjalin di antara mereka. Sehingga gambaran umat Islam yang bagaikan dua jari dieratkan benar-benar nampak di zaman itu.

Dalam hal disiplin dan kecintaan mereka dalam solat berjamaah kita dapati di dalam salah satu riwayat bahawa seorang sahabat yang sudah uzur dan tuna netra setiap hari beliau solat berjamaah ke masjid walaupun jaraknya tidak boleh dibilang dekat, diceritakan bahawa sahabat tersebut meminta keringanan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM untuk beliau khusus untuk solat subuh solat di rumah saja. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM mengizinkan, tetapi baru beberapa langkah RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM meralat bahawa sahabat tersebut tetap menunaikan solat berjamaah di Masjid. Betapa tingginya semangat dan disiplin yang terbentuk waktu itu. Boleh kita bayangkan seandainya di Masjid Istiqlal, setiap umat Islam yang berada di dalam radius beberapa kilometer dari Masjid - menunaikan ibadah solat berjamaah di Masjid lima kali sehari - masjid tersebut mungkin tidak akan mampu menampung, dan kitapun boleh membayangkan nampak persatuan, kecintaan dan kebaikan akan lebih terbentuk di dalam masyarakat. Dan lebih luas lagi musuh-musuh Islam yang melihat tentu akan gentar melihat persatuan Islam yang terbentuk dari hal yang paling mendasar sekali.

Contoh dalam hal ini adalah di Perancis, Islam yang dari sisi prosentase sebenarnya masih jauh dibandingkan dengan masyarakat asli yang beragama non Muslim, tetapi Islam yang sedikit tersebut sudah menjadikannya sebagai 'ancaman' bagi eksistensi umat Kristiani di sana. Betapa tidak kita menyaksikan bahawa setiap ibadah solat toko-toko di sana sampai tutup kerana orang-orang Islam yang harus solat di jalan-jalan dan trotoar, kerana tidak tercukupinya Masjid untuk menampung umat Islam yang semakin bertambah. Ketakutan itu seharusnya memang tidak perlu dirisaukan, kerana semakin soleh dan taatnya seseorang pada agama dan bentuk-bentuk peribadatan, tentu hal itu akan membawa seseorang akan semakin soleh secara sosial, kerana itu adalah tuntutan pasti dari Islam. Sehingga kesan tersebut akan terasa di kalangan masyarakat Perancis sendiri. Tetapi walau bagaimanapun kita pun mengerti ketakutan mereka jika kita membandingkannya dengan tindakan-tindakan terorisme yang dilakukan oleh 'oknum-oknum' muslim. Jadi Solat berjamaah adalah hal yang harus selalu kita perhatikan, tidak sekadar kita menganggap untuk kepentingan peribadi kita, tidak sekadar untuk memenuhi masjid tetapi lebih dari itu adalah kita harus menumbuhkan persatuan Islam, persatuan dalam bermasyarakat dan persatuan dalam beragama.

Jumaat, 4 Januari 2019

T 167 : KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM DALAM SOLAT JAMAAH

1. Jika terdiri dari dua lelaki atau dua wanita saja, maka yang satu menjadi imam dan yang satu menjadi makmum berada di sebelah kanan imam agak ke belakang sedikit.

2. Jika makmum terdiri dari dua orang atau lebih maka kedudukan makmum adalah membuat barisan sendiri di belakang imam. Jika makmum yang kedua adalah masbuk, maka masbuh menepuk bahu makmum pertama untuk melangkah ke belakang membuat barisan tanpa membatalkan solat.

3. Jika terdiri dari makmum lelaki dan makmum wanita, maka makmum lelaki berada di belakang imam, dan wanita di belakang makmum lelaki.

4. Jika ada anak-anak maka anak lelaki berada di belakang makmum lelaki dewasa dan disusul dengan makmum anak-anak perempuan dan kemudian yang terakhir adalah makmum perempuan dewasa.

D. Syarat-syarat sah untuk seseorang itu menjadi Imam:

1) Islam, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir.

2) Berakal, tidak sah solat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini kerana, solat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka solat ketika dia sihat sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu berulang ketika dia menunaikan solat.

3) Baligh, tidak sah solat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam solat wajib dan sunat.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibn Masud maksudnya:

"Janganlah diimamkan solat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh. Ini kerana solat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna."

Imam Syafie berpendapat, harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah:

"Aku telah mengimamkan solat di zaman Rasulullah SAW sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun."
(Hadis Riwayat Bukhari)
4) Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki. Tidak sah solat yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa bagi makmum lelaki sama ada solat fardu atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.

5) Bersih daripada hadas dan kekotoran. Tidak sah menjadi imam yang berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya, pakaiannya sama ada dia mengetahui hal tersebut atau lupa.

6) Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya. Seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana solat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun solat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi solatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak mampu mengadap kiblat.

7) Keadaan yang bukan makmum. Tidak sah solat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk.

8) Imam mesti seorang yang fasih al-lisan. Mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.

Tugas Imam Solat:

Tidak boleh menjadi imam jika sekalian makmumnya membencinya atau tiada bersetuju dengannya. Jangan ke depan juga kalau di belakang ada orang yang lebih faqih daripadanya, kecuali jika orang itu enggan ke depan, ketika itu bolehlah dia menjadi imam. Dalam hal ini, makruh masing-masing tolak menolak untuk menjadi imam.

Marilah sama-sama kita berlumba-lumba melakukan solat fardu berjemaah di masjid atau di surau untuk mencari kelebihan dan ganjaran pahala yang lebih besar dan mencari rahmat dan keberkat di sisi Allah SWT kerana solat yang utama adalah dilakukan secara berjamaah.

Sebagai imam atau makmum dalam solat berjamaah kita juga perlulah memahami syarat-syarat menjadi imam atau makmum supaya solat kita benar-benar menepati kehendak sunnah Rasulullah SAW dan dilaksanakan dengan cara terbaik kerana pentingnya solat yang betul adalah kerana amalan manusia yang mula-mula di soal di hari akhirat adalah solatnya, jika betul dan sempurna maka barulah amalan-amalan lain akan dihisab oleh Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari kiamat daripada amalannya ialah solat. Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan
rugi.”
(Hadis Riwayat Tirmizi, Nasaei dan Ibnu Majah)

Syarat Untuk Menjadi Imam Solat Berjamaah:

1. Lebih banyak mengerti dan faham masalah ibadah solat.
2. Lebih banyak hafal surah-surah al Quran.
3. Lebih fasih dan baik dalam membaca bacaan-bacaan solat.
4. Lebih tua daripada ahli jemaah lainnya.
5. Tidak mengikuti gerakan solat orang lain.
6. Lelaki. Tetapi jika semua makmum adalah wanita, maka imam boleh wanita.

Bacaan dua rakaat awal untuk solat Zuhur dan Asar pada surah al-Fatihah dan bacaan surah pengiringnya dibaca secara perlahan (sirran yang hanya boleh didengar sendiri, orang lain tidak jelas mendengarnya). Sedangkan pada solat Maghrib, Isyak dan Subuh dibaca secara nyaring yang dapat didengar makmum. Untuk solat Jumaat, Aidulfitri, Aiduladha, Gerhana, Istiqo, Tarawih dan Witir dibaca nyaring, sedangkan untuk solat malam dibaca sedang, tidak nyaring dan tidak perlahan.