Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label ALLAH SWT - SEMUA MILIK ALLAH SWT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ALLAH SWT - SEMUA MILIK ALLAH SWT. Papar semua catatan

Khamis, 20 Disember 2012

K 96 Semuanya Pinjaman.


Manusia, tak malu keeerrr? Badan tu pinjaman daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, dah elok bersih ALLAH SUBHANAHU WA TAALA bagi dari kecik kenapa nak conteng? Mata tu pinjaman dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kenapa tak digunakan ke jalan yang benar, kenapa tak malu pegi tengok benda yang haram?
Telinga tu pinjaman dari
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, kenapa suka sangat mendengar sesuatu yang tak berfaedah?

Lidah tu pinjaman dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, kenapa sesuka hati nak sebut sesuatu yang haram, merasa yang haram?

Rambut tu pinjaman dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, kenapa sibuk nak kalerfulkan dia, sebab ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dah bagi warna yang cantik kat rambut kita? Anggota badan kita semuanya pinjaman, kenapa kita nak ubah kepunyaanNya?

Tak malu ke? Kita pinjam pandai la kita guna, korang nak ke orang pinjam barang korang yang dulunya memang sempurna, pastu kita dapat balik dah hancur, korang nak ke? Sedarlah, apa yang ada kat kita sekarang hanyalah pinjaman, bila bila masa
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA boleh tarik kalau Dia nak.








Isnin, 12 November 2012

J 102 Rahsia terperinci TUJUH lapisan bumi tersebut dalam Al-Quran Al-Karim

Surah At-Thalaq, ayat :12.

“Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan Sesungguhnya Allah ilmuNya benar-benar meliputi segala sesuatu.”
(Surah 65, AT THALAQ : ayat 12)

http://www.ibtesama.com/vb/showthread-t_253553.html









Khamis, 8 November 2012

J 90 LIMA Persoalan Membuktikan Allah SWT berhak Ke Atas Manusia

Cuba kita lontarkan persoalan-persoalan berikut ke dalam jiwa-jiwa kita.

1.      Mengapa kita semua tidak mahu mengisi hati-hati ini dengan rasa cinta kepada Allah swt?

2.      Mengapa kita semua tidak mahu mengagungkanNya?

3.      Mengapa kita semua tidak menaruh rasa hormat dan menghargaiNya?

4.      Apa yang telah berlaku ke atas diri kita semua?

5.      Apakah kita telah dilanda ketidaksedaran diri?

Allah swt berfirman :

“Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian.”
(QS Nuh 13 – 14)

Nabi Yunus as telah terperangkap di dalam tiga kegelapan iaitu :

a.       Kegelapan malam yang menakutkan.

b.      Kegelapan lautan yang bergelombang.

c.       Kegelapan perut ikan paus yang menyeramkan.

Kepada siapakah baginda memohon?

Kepada siapakah baginda meminta bantuan?

Kepada siapakah baginda mengadu?

Nabi Yunus hanya ingat kepada Allah Yang Maha Penolong, yang dapat menghilangkan kesusahan dan keadaan yang menakutkan.

Dalam rintihannya dia berdoa :

“Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
(QS Al Anbiyaa’ : 87)

Ketika Allah mendengar doa Nabi Yunus, maka Dia menolongnya dan menyelamatkannya. Ketika seseorang itu melakukan dosa, jika dia mahu bertaubat dan memohonkan ampun kepada Allah swt, maka Allah swt tidak sampai hati untuk tidak mengampuninya. Allah Maha Pengasih yang kasih sayangNya lebih besar daripada kemarahanNya.

Allah swt berfirman :

“Katakanlah : ‘Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri , janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.”
(QS Az Zumar : 53)

Setiap hamba akan diminta bertanggungjawab dari seluruh amalnya kerana Allah swt akan melihat isi hati setiap orang.
Dialah yang mengawasi gerak-geri orang-orang yang mahu berbuat keji. Allah swt akan menghancurkan orang-orang yang zalim dan dengan keagungannya, Allah swt akan menundukkan para kaisar.
Allah swt adalah satu-satunya zat yg kekal abadi. Maha Suci Allah dari segala kekurangan, Maha Suci Allah dari segala sekutu dan Maha Suci Allah dari segala kesusahan dan segala kesedihan.

Mengapakah kita masih tidak mahu mengakui kekuatan Allah?

Allah swt yang telah mengangkat tujuh lapis langit dan menyempurnakan penciptaannya sehingga menjadi lapisan yang kukuh dan tertutup rapi sehingga tiada celah dan lubang sedikitpun. Langit-langit itu dijadikan indah kerana dihiasi dengan bintang-bintang. Langit-langit tersebut tersusun di atas tanpa tiang. Allah telah mengikatnya sehingga langit-langit tersebut tidak jatuh ke bumi.

Allah itu Maha Pengasih dan Allah Maha Penyabar dan memberikan tempoh untuk taubat bagi orang-orang yang berbuat zalim. Sedangkan orang-orang yang berbuat baik akan diberi pahala sesuai dgn amalnya.

Dialah yang mampu memberikan hukuman kepada orang-orang yang zalim dan Dialah yang berkehendak menerima taubatnya. Jika seseorang itu bertaubat maka Allah akan menghapuskan segala dosanya.

Apabila Allah menghendaki untuk memberikan pahala kepada orang-orang yang baik maka itu akan dilakukannya tanpa hisab, kerana pahala Allah jauh berlipat kali ganda berbanding setitik kebaikan yang dilakukan seorang hamba.

Seksaan yang dijatuhkan kepada hambaNya merupakan keadilanNya dan ampunan yang diberikan kepada seseorang merupakan rasa kasihan dariNya. Sedangkan kurnia yang dianugerahkan kepada seseorang merupakan keutamaan dariNya.Sungguh Allah Maha Sabar, sekalipun seorang hamba mencercakanNya!
Padahal mereka telah diciptakan dan diberikan rezeki namun mereka mencemuh dan mengejekNya.

Allah swt berfirman dalam hadis Qudsi :

“Anak Adam (manusia) mengumpatKu dan hal itu tidak elok. Anak Adam mencemuhKu dan cemuhan itu tidak elok.”

Allah swt berfirman :

“Alangkah buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.”
(QS Al Kahfi : 5)

Seluruh makhluk adalah ciptaan Allah yang mana mereka tidak luput dari pemberian rezekiNya. Allah akan sentiasa mengingati orang-orang soleh yang terpilih.
Rasulullah saw bersabda kepada Ubai Bin Ka’ab yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah memerintahkan kepadaku untuk membacakan al Quran kepadamu.”
Ubay berkata : “Allah menyebut namaku di langit yang tinggi?”
Rasulullah saw menjawab : “Ya”.

Maka menangislah Ubay Bin Ka’ab (menangis kerana bahagia).Orang-orang yang beriman itu merupakan pilihan dari Allah kerana Dialah yang telah memilih mereka agar sentiasa beriman kepadanya. Allah sentiasa memberikan pertolongan ke atas mereka yang berjihad fi Sabilillah. Menghiasi hati mereka dengan iman tersebut sehingga Allah mencintai mereka. Allah telah memberikan taufik hidayah kepada kaum muslimin dan menambahnya dengan petunjuk dan ketakwaan. Hati-hati mereka dilapangkan agar terus mahu menerima agama Islam dan Allah akan menerangi hati mereka dengan keimanan serta mengangkat darjat mereka dengan agama yang suci.

Jika mereka berperang, maka mereka akan mati syahid sesuai dengan janji Allah. Maka apabila salah seorang di antara mereka gugur dalam peperangan, Kursi singgahsana Allah telah bergoncang. Di antara orang yang syahid tersebut adalah seorang mujahid yg bernama Saad Bin Mu’adz ra. Dialah yang telah meniupkan roh ke dalam tubuh seseorang sehingga tubuh itu hidup. Dialah yang telah menjadikan lidah dapat bercakap. Dialah yang memberikan petunjuk ke dalam hati seseorang.
Lalu roh itu dicabut semula untuk bertemu dengan Sang Pencipta. Akhirnya ketika roh bertemu dengan Sang Pencipta, dia akan diajak berbicara tanpa penterjemah.
Rasulullah saw bersabda kepada Jabir Bin Abdullah :

“Sesungguhnya Allah berbicara kepada ayahmu tanpa penterjemah.”
Maka dia berkata : ‘Ucapkanlah keinginanmu.’

Golongan syaitan memerangi wali-wali Allah dan melakukan pelbagai tipu daya dan muslihat untuk menyesatkan mereka, mereka datang dari berbagai penjuru tetapi Allah Yang Maha Lembut sentiasa memelihara mereka.

Allah swt berfirman :

“Kalau tidaklah kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil sahaja (di antara mu).”
(QS An Nisaa’ : 83)

Akal manusia tidak mampu mengatasi rahsia Ilahi. Akal fikiran manusia kebingungan untuk memahami keajaiban-keajaiban Allah.

Para kekasih Allah diuji dengan musuh-musuhnya. Ujian juga diberikan kepada Qarun sehingga sekelompok orang merasa berat ketika akan memikul kunci-kunci gudang kekayaan Qarun yang cukup banyak. Nabi Musa diuji oleh Allah sehingga dia tidak dapat makan kecuali makan dedaunan.

Allah memberikan harta yang berlimpah ruah kepada Umayyah Bin Khalaf sehingga beliau hidup bergelumang emas dan sutera. Sementara itu Allah menjadikan Rasulullah saw hidup dalam kemiskinan sehingga baginda terpaksa mengikatkan batu pada perutnya untuk menahan rasa lapar.

Allah memberikan petunjuk kepada Bilal yang merupakan seorang hamba abdi yang berbangsa Habsyi dan Allah menyesatkan Abu Lahab yang merupakan seorang yang dipandang mulia dan terhormat di kalangan suku Quraish. Allah memberikan petunjuk kepada Nabi Lut as dan menyesatkan isterinya. Allah memilih Ibrahim as menjadi kekasihNya dan menjadikan ayah Nabi Ibrahim sebagai orang yang celaka. Allah menyesatkan Firaun dan memberikan petunjuk kepada isterinya. Allah memilih Nabi Nuh as sebagai kekasihNya dan Allah murka kepada anak Nabi Nuh as.

Allah swt berfirman :

“Dia tidak ditanya tentang apa yg diperbuatNya dan merekalah yang akan ditanya.”
(QS Al Anbiya’ : 23)

“Bacalah” adalah kalimat pertama yang diajarkan oleh Allah kepada Rasulullah saw. Alam semesta adalah sebuah buku yang boleh dibaca dan semua yang ada di alam semesta adalah ibarat huruf-hurufnya.

Sedangkan kekuasaan Allah adalah ibarat penanya dan orang yang membaca adalah seorang yang buta huruf dan tajuk yang dibaca adalah :

“Ketahuilah bahawa sesungguhnya Tiada Tuhan Melainkan Allah.”

Maha Suci Allah yg telah menunjukkan diriNya kepada kita.
Para sahabat Nabi bertanya :
Adakah Allah itu dekat sehingga boleh diminta pertolongan atau jauh sehingga boleh dipanggil?
Maka turunlah ayat berikut :

“Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu.”
 (QS Al Baqarah : 186)

Pengakuan Allah :

“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku.”
(QS Taha : 14)

Sifat Allah :

“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia dan Dialah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat.”
(QS As Syuraa : 11)

Ketinggian dan Keagungan Allah :

“(Iaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas `Arasy.”
(Taha, ayat 5)

Urusan Allah :

“Setiap waktu Dia dalam kesibukan.”
(QS Ar Rahman : 29)

Para musuh Allah bermesyuarat dan mempersiapkan gerakan untuk menghancurkan agama Allah, maka Allah swt berfirman :

“Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu.”
(QS Al Anfaal : 30).

Mereka tertawa dan meremehkan orang-orang mukmin dan orang-orang soleh, maka Allah swt berfirman :


“Allah akan membalas penghinaan mereka.”
(At Taubah : 79)

Akhirnya marilah kita sama-sama merasai kewajipan mengagungkan Allah swt di setiap keadaan dan situasi di samping kita perlu juga mengetahui hak-hak Allah ke atas kita supaya kita akan merasa redha dengan apa sahaja yg berlaku kepada diri kita kerana di sana ada hikmah yang tersirat yang mungkin tidak dapat diselami oleh akal fikiran kita yang terbatas ini.


Kadang-kadang kita tidak boleh hanya melihat sesuatu berdasarkan keadaan zahiriahnya sahaja tetapi lebih daripada itu perlu mempunyai mata hati (Basyirah) untuk menilai setiap perkara yang menimpa kita atau situasi yang berlaku di depan mata kita. Walau apapun yang berlaku di dunia ini, akhirnya pembalasan yang sebenarnya menunggu kita di akhirat.
Mungkin orang yang menipu berjaya dengan tipuannya di dunia tetapi ingat bahawa semua tipudaya itu tidak akan terlepas dari pandangan Allah swt dan Allah swt akan menghitung dan menghisab amalan-amalan kita sehingga tiada seorangpun dizalimi dan setiap kezaliman yang berlaku akan dibalas oleh Allah swt dengan seadil-adilnya. Inilah hakikat keyakinan dan keimanan kita kepada Hari Kiamat iaitu Hari Perhitungan dan Pembalasan terhadap segala amalan-amalan yang dikerjakan manusia di dunia.

Kiamat kecil bermula dengan kematian kita yang merupakan pintu pertama yang perlu kita tempuh menuju Alam Barzakh dan seterusnya Alam Mahsyar di mana sidang mahkamah yang sebenarnya akan berlaku sehingga ditentukan sama ada kita akan masuk Syurga atau Neraka. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami keyakinan terhadap hari pembalasan sehingga kami merasa takut untuk melakukan kezaliman walau sekecil manapun dan isikanlah hati kami dengan perasaan sentiasa mengagungkan Engkau dalam setiap gerakerja kami. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa Lagi Maha Bijaksana.
Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS
Labels: Aqidah
http://tinta-perjalananku.blogspot.com/2012/03/hak-allah-ke-atas-manusia.html


Ahad, 12 Ogos 2012

G 13 Jalan-jalan Di Langit

Mengapa Allah swt bersumpah demi langit yang mempunyai jalan-jalan? Bukankah langit ciptaan Allah swt? Mengapa Allah swt bersumpah atas nama ciptaannya? Justeru dari situlah terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah swt bagi orang yang mau berfikir. Apa saja tanda-tanda kekuasaan Allah swt pada Langit yang memiliki jalan-jalan? Mari kita berbagi ilmu, saling mengingatkan & kita lihat sama-sama.

JALAN JALAN LANGIT – QURAN SEPANJANG MASA

(Posting nomor 75 Group “Islam Terbukti Benar” yang diblokir admin kufar Facebook) Ditulis ulang oleh Admin www.islamterbuktibenar.net, masih admin yang sama dengan group ITB 1 Facebook

السلام عليكم . بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم.لا إله إلاَّ الله.محمد رسو  ل الله
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

Dan ini telah terbukti secara ilmiah jika memang Matahari itu mempunyai garis edar sendiri mengelilingi galaksi kita. Ini jelas kebalikan dari kesalahan alkitab kristian yang menulis jika Matahari tidak bergerak di tengah langit!
Tatkala merujuk kepada matahari dan bulan di dalam Al Quran, ditegaskan bahawa masing-masing bergerak dalam orbit atau garis edar tertentu.
Qs.36 Yaasiin:38

DAN MATAHARI BERJALAN DI TEMPAT PEREDARANNYA. DEMIKIANLAH KETETAPAN YANG MAHA PERKASA LAGI MAHA MENGETAHUI.

Disebutkan pula dalam ayat yang lain bahawa matahari tidaklah diam, tetapi bergerak dalam garis edar tertentu:

Qs.31 Luqman:29
TIDAKKAH KAMU MEMPERHATIKAN, BAHAWA SESUNGGUHNYA ALLAH MENYATUKAN MALAM KE DALAM SIANG DAN MENYATUKAN SIANG KE DALAM MALAM DAN DIA TUNDUKKAN MATAHARI DAN BULAN MASING-MASING BERJALAN SAMPAI KEPADA WAKTU YANG DITENTUKAN, DAN SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG KAMU KERJAKAN.

Qs.21 Anbiyaa: 33. Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.

Kenyataan yang lebih dulu disampaikan dalam Al-Quran ini baru diungkapkan pengamatan astronomi di zaman kita. Menurut pengamatan, matahari, sebagai pusat tata suria galaksi kita, ternyata matahari bergerak dengan kecepatan yang luar biasa iaitu 720 Km/jam ke arah bintang Vega dalam sebuah garis edar yang dinamakan Solar Apex. Ini bererti Matahari diperkirakan bergerak sejauh 17.280.000 Km/Hari.
Bersamaan Matahari, seluruh planet yang ada dalam pengaruh gravitasi Matahari ikut pula berjalan menempuh jarak ini. Selanjutnya semua bintang dalam galaksi yang lain di alam semestapun berjalan dalam gerakan yang terencana sehingga banyak sekali garis-garis edar atau jalan lintasan bagi setiap benda angkasa termasuk galaksi lain.
Dan banyaknya lintasan edar dalam angkasa luar ini telah dinyatakan oleh Allah swt lebih dari 1400 tahun yang lalu dalam Al-Quran Surat 51 Adz-Dzariyaat ayat 7, yang ertinya:

DEMI LANGIT YANG MEMPUNYAI JALAN-JALAN

Terdapat sekitar 2 milyar galaksi di alam semesta di mana masing-masing galaksi terdiri dari 200 bintang, sebagian besar bintang-bintang ini mempunyai planet dan sebagian besar planet-planet ini mempunyai bulan. Semua benda langit tersebut berjalan dalam garis edarnya yang diperhitungkan sangat teliti.

Selama Jutaan tahun, masing-masing beredar dalam keserasian dan keteraturan yang sempurna bersama dengan yang lain. Selain itu, Komet-kometpun beredar dalam lintasan yang yang ditetapkan Allah swt baginya.

Kekuasaan Allah swt tidak terbatas, pergerakan ini tidak hanya dimiliki oleh benda-benda langit disetiap galaksi yang ada, tapi galaksi itu sendiripun berjalan pada kecepatan yang luar biasa dalam suatu peredaran yang terhitung dan terencana.

Selama pergerakan ini, tidak satupun benda-benda angkasa dan galaksi ini memotong lintasan atau bertabrakan dengan yang lainnya. Bahkan telah diamati sejumlah galaksi berpapasan 1 sama lainnya tanpa satu bagian dari bagian-bagiannya saling bersentuhan.

Jelas pada saat Al-Quran diturunkan, manusia tidak memiliki teleskop atau teknologi canggih untuk mengamati angkasa luar yang jaraknya jutaan kilometer dan tidak pula fisik atau pengetahuan astronomi modern.
Tidak mungkin bagi Rasulullah Muhammad SAW mengatakan bahawa luar angkasa dipenuhi dengan lintasan dan garis edar masing-masing bintang yang dinyatakan dalam Surat 51 ayat 7 tersebut.

Jika Bumi berotasi dan berevolusi mengelilingi matahari masih wajar pada masa ini, tapi bagaimana jika matahari berevolusi dalam galaksi dan bersamaan dengan itu maka galaksi itu sendiri berevolusi pula bersama galaksi-galaksi lainnya yang jauh lebih besar?

Terbayangkah bagaimana Maha Kuasa Allah swt yang tidak memerlukan siapapun dalam mengatur alam semesta ini? Hal ini membuktikan bahwa Al-Quran bukanlah karangan Rasulullaah Muhammad SAW, tapi memang wahyu dari Allah swt melalui Malaikat Jibril pada Rasulullah Muhammad SAW.

Sebuah kitab yang mengaku datang dari Allah swt, maka kitab itu harus TIDAK BOLEH ada kesalahan sedikitpun, setitik kecilpun, secuilpun. Kitab itu harus merupakan kitab paling hebat dan jauh melebihi segalanya dan dilihat dari segala sisi apakah itu astronomi, fisik, kimia, ilmu bedah, ilmu janin, ilmu syaraf, oceanografi, matematik, kod angka, sastera, bahasa dan segala jenis lainnya.

Namun, pada kitab tetangga justeru terdapat kesalahan dari berbagai segi, baik dari matematik, astronomi, kesihatan, sastera, bahasa, zoology, dan lainnya. Kami tidak asal menuduh, tapi dengan bukti, dan bukti terkuat ialah dari kitab agamanya.
Berikut ialah 3 kesalahan ilmiah dalam alkitab tetangga hanya dalam 2 ayat:

Yosua 10:12 Lalu Yosua berbicara kepada TUHAN pada hari TUHAN menyerahkan orang Amori itu kepada orang Israel; ia berkata di hadapan orang Israel: “Matahari, berhentilah di atas Gibeon dan engkau, bulan, di atas lembah Ayalon!”
10:13 Maka berhentilah matahari dan bulanpun tidak bergerak, sampai bangsa itu membalaskan dendamnya kepada musuhnya. Bukankah hal itu telah tertulis dalam Kitab Orang Jujur? Matahari tidak bergerak di tengah langit dan lambat-lambat terbenam kira-kira sehari penuh.

Bagaimana mungkin sebuah kitab yang mengaku SUCI berasal dari TUHAN menulis paling kurang ada 3 kesalahan hanya dalam 2 ayat?
1.    Matahari ditulis mengelilingi bumi pada ayat 12.
2.    Matahari ditulis diam tak bergerak dalam waktu lama sampai bangsa membalaskan dendam?
3.    Matahari ditulis tidak bergerak sama sekali di tengah langit?

Kalau memang Nabi Yosua ingin menghentikan siang, tentu dia berkata: Hai BUMI, berhentilah berputar! Tapi mengapa ditulis: Matahari, berhentilah di atas gibeon?
Dahulu, gereja & orang kristian berpendapat jika bumi ialah pusat alam semesta, semua benda angkasa mengelilingi bumi, bumi itu datar berujung 4 seperti yg telah kita bahas dalam posting beberapa hari lalu.

Tapi ketika terbukti jika bumi bukan pusat tata suria, maka ini ialah pukulan telak bagi gereja kerana TERBUKTI KITABNYA SALAH!
Untuk menutupi kesalahan ini, ada beberapa orang kristian yg memfitnah jika al Quran pun memiliki kesalahan serupa, iaitu Matahari mengelilingi bumi, padahal al Quran tak pernah menulis Matahari mengelilingi bumi, tapi al Quran menulis Matahari mempunyai garis edarnya sendiri.

Rujukan :
http://islamterbuktibenar.net/


Ahad, 29 Julai 2012

D 51 Siapakah Allah SWT?

Allah SWT adalah nama bagi Zat Yang Maha Agung,   Allah SWT adalah gelaran bagi Zat Yang Maha Ghaib,  Manusia tidak memilki kemampuan untuk menggambarkan bagaimana rupa Zat Allah SWT,  Manusia hanya mampu mengenali Zat Allah SWT melalui sifat-sifatNya Yang Maha Suci, Oleh itu Allah SWT adalah :

1.  Tuhan semesta alam.
2.  Tidak ada Tuhan selain Allah SWT.
3.  Allah SWT adalah tuan yang memilki seluruh alam.
4.  Allah SWT adalah Pencipta Seluruh Alam.
5.  Allah SWT adalah Pemilik Seluruh Alam.
6.  Allah SWT adalah Petadbir seluruh Alam.


Mencari Ma’rifat Muka Surat Pertama.


Jumaat, 27 Julai 2012

C 139 Menilai Kedudukan Kita Di Sisi Allah SWT

Melaksanakan Hak-Hak ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
أن تحقق شرط الله :
﴿ كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ ﴾ [ آل عمران : 110].

110. Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

Kongsep Persahabatan Dalam Islam
فما ظنك بالصحابة في استقبالهم لقول ربهم :
﴿ وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا ﴾ [الأحزاب :36].

36. Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.

وكذا قول ربهم:
﴿ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَوَلَّوْا عَنْهُ وَأَنتُمْ تَسْمَعُونَ (20)وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ قَالُوا سَمِعْنَا وَهُمْ لاَ يَسْمَعُونَ ﴾ [الأنفال : 20 ، 21].

20. Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berpaling dari padaNya, sedang kamu mendengar (perintah-perintahNya),

21. dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) vang berkata “Kami mendengarkan[603], padahal mereka tidak mendengarkan.

هل تعجز أن تكون مثلهم ، والمانع ألا تكون كأمثال من سماهم الله بالرجال :
﴿ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ﴾ [الأحزاب : 23].

23. Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu[1208] dan mereka tidak merubah (janjinya),

﴿ رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاء الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ ﴾ [النور: 37].

37. lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.

Mendekatkan Diri Kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA Kerana Kunci Rahsia Hanya Terdapat Pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA

المراقبة والتقوى :
وهذا الخلق تربى عبيه الصحابة من خلال تشرب قلوبهم لكلام ربهم ، ون ذلك قوله تعالى :
﴿ وَعِندَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا إِلاَّ هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلاَّ يَعْلَمُهَا وَلاَ حَبَّة فِي ظُلُمَاتِ الأَرْضِ وَلاَ رَطْبٍ وَلاَ يَابِسٍ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ ﴾[ الأنعام : 59].

59. Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daunpun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)”

﴿ يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ ﴾ [لقمان : 16].

16. (Luqman berkata): “Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus[1181] lagi Maha Mengetahui.
[1181]. Yang dimaksud dengan Allah Maha Halus ialah ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu bagaimana kecilnya.

· ما ظنك برب هذا وصفه ، يعلم خائنة الأعين وما تخفي الصدور ، فهو سبحانه علي بذات الصدور ؟.




C 135 Kita Memerlukan Allah SWT-Jangan Kita Menolak Hukum Allah SWT

Tanamlah dalam jiwa kita sebagai seorang mukmin, bahawa kita tidak memiliki apa-apa, sehingga jiwa dan jasad kita milik Allah SWT.

 (Oleh kerana Allah swt menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Penyembahan kepada jawatan dan pangkat yang kamu bentuk sendiri,
penyembahan kepada wang dan harta…
Penyembahan dan tunduk kepada kehendak wanita dan nafsu….
pada hakikatnya membawa kepada SYIRIK kepada Allah SWT lalu  Allah SWT menjawab:

Dan Nabi Ibrahim berkata pula (kepada kaumnya): Perbuatan kamu menyembah berbagai berhala, tidak menyembah Allah itu, hanyalah kerana menjaga hubungan kasih mesra di antara kamu masing-masing dalam kehidupan dunia ini; kemudian pada hari kiamat kelak setengah kamu akan membantah setengahnya yang lain dan setengah kamu pula akan melaknatkan setengahnya yang lain dan (kesudahannya) tempat kembali kamu ialah Neraka dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.

PENYEMBAHAN KEPADA ALLAH SWT ADALAH MENGIKUT SYARIAT BUKAN MENGIKUT HAWA NAFSU DAN PERKIRAAN AKAL MANUSIA

Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menaruh perasaan ragu-ragu tentang sia-sianya apa yang disembah oleh mereka yang musyrik itu. Mereka tidak menyembah melainkan sama seperti yang disembah oleh datuk nenek mereka yang musyrik dahulu dan sesungguhnya Kami akan menyempurnakan bagi mereka bahagian mereka (dari azab yang telah ditentukan) dengan tidak dikurangi.

HAKIKAT KEHIDUPAN DUNIA  MENJADI BERGUNA DAN BERMANFAAT JIKA DILABURKAN UNTUK AKHIRAT DAN HANYA SEDIKIT SAHAJA YANG PERLU KITA LABURKAN UNTUK DUNIA KERANA KEHIDUPAN DUNIA TIDAK BERNILAI WALAU SEPERTI SAYAP NYAMUK ATAU LALAT SEBAGAIMANA DALAM FIRMAN ALLAH SWT

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

TANAMKAN KEYAKINAN TENTANG REZEKI SEBAGAI MANA KALAM ALLAH SWT DI BAWAH:

Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

TANAMKAN DALAM JIWA KEUPAYAAN ALLAH ADALAH SEMUDAH FIRMANNYA:

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi.

HARAPAN DAN PERGANTUNGAN SEBENAR KEHIDUPAN KITA

Orang yang melakukan maksiat adalah orang yang lebih hebat daripada Allah SWT, malah tidak memerlukan pertolongan Allah SWT
Orang yang mukmin sentiasa berharap kepada Allah SWT di dunia dan Akhirat mereka tidak mampu meneruskan kehidupan melainkan dengan bantuan Allah SWT dalam firman Allah SWt telah terbukti:

Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi) dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.




Rabu, 25 Julai 2012

C 83 Keunikan Allah Mencipta Malam dan Siang






Yang demikian itu, adalah kerana Sesungguhnya Allah (berkuasa) memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam” ….

Para Ilmuan telah menemui bahawa peralihan  malam dengan siang  merupakan proses yang sangat kompleks, kerana itu mereka menggunakan komputer untuk mempelajari proses yang menakjubkan ini dan mereka menemui keputusannya, bahawa malam masuk pada siang  dan waktu siang masuk pada waktu malam dan proses ini berlangsung selama 24 jam tanpa berhenti. Hal ini telah digambarkan oleh Al-Quran dalam firman Allah SWT:

ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْل

Yang demikian itu, adalah kerana Sesungguhnya Allah (berkuasa) memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam.” 
[Al-Hajj: 61].

Pertanyaannya adalah: Siapa yang tahu selama 14 abad yang lalu bahawa siang dan malam silih berganti secara terus-menerus  dan bahawa proses ini merupakan salah satu tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang perlu direnungkan?!