Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label AGAMA ISLAM - KEBERKATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AGAMA ISLAM - KEBERKATAN. Papar semua catatan

Jumaat, 11 September 2020

V 86: BERKAT HIDUP

 Berkat itu kita akan diperolehi bila kita:

Baik pada ibubapa.
Banyak istighfar.
Taat beribadat pada Allah Subhanahu Wata'ala.
Menghindari dosa.
Mendoa selalu dimurahkan rezeki.
Bersedekah.
Membantu golongan miskin.
Jaga silaturrahim.
Memuliakan tetamu.
Solat Dhuha dan solat sunat.
Bersyukur.
Berdoa.
Tawakal.




Rabu, 2 Januari 2019

T 146 : APA ITU BARAKAH?


Barakah adalah kata yang diinginkan oleh hampir semua hamba yang beriman, kerananya orang akan mendapat limpahan kebaikan dalam kehidupan.
Barakah bukanlah cukup dan mencukupi saja, tetapi barakah ialah bertambahnya ketaatanmu kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan segala keadaan yang ada, baik berlimpah atau sebaliknya.
Barakah itu: "albarokatu tuziidukum fi thoah" barakah menambah taatmu kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Hidup yang barakah bukan hanya sihat, tapi kadang sakit itu justeru barakah sebagaimana Nabi Ayyub 'Alaihissalam, sakitnya menambah taatnya kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Barakah itu tak selalu panjang umur, ada yang umurnya pendek tapi dahsyat taatnya layaknya Musab ibn Umair.
Tanah yang barakah itu bukan kerana subur dan panoramanya indah, kerana tanah yang tandus seperti Mekah punya keutamaan di hadapan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tiada yang menandinginya.
Makanan barakah itu bukan yang komposisi zat-zatnya lengkap, tetapi makanan itu mampu mendorong pemakannya menjadi lebih taat setelah makan.
Ilmu yang barakah itu bukan yang banyak riwayat dan catatan kakinya, tetapi yang barakah ialah yang mampu menjadikan seorang menitiskan keringat dan darahnya dalam beramal dan berjuang untuk agama ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Penghasilan barakah juga bukan gaji yang besar dan bertambah, tetapi sejauh mana ia boleh jadi jalan rezeki bagi yang lainnya dan semakin banyak orang yang terbantu dengan penghasilan tersebut.
Anak-anak yang barakah bukanlah saat kecil mereka lucu lagi comel atau setelah dewasa mereka sukses bergelar dan mempunyai pekerjaan dan jabatan yang hebat,
tetapi anak yang barakah ialah yang sentiasa taat kepada RabbNya dan kelak di antara mereka ada yang lebih soleh dan tak henti-hentinya mendoakan kedua orang tuanya.
Semoga segala aktiviti kita hari ini dalam keberkahan. Aamiiiin…. 
Barokallaahu feekum.


Khamis, 19 Disember 2013

N 126 : TANDA-TANDA HIDUP KITA TAK BERKAT

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.

Tak tahu duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekahpun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satupun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.

Baca buku banyak, tapi ilmu satupun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diripun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main facebook, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main games, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca al Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiripun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan ruginya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah taala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga.

Jumaat, 28 September 2012

I 53 LIMA Perkara Allah SWT menghalang keberkatan hidup kita

1- Sesiapa tidak menunaikan zakat, Allah SWT menolak keselamatan hartanya.

2- Sesiapa tidak suka bersedekah Allah SWT akan mengurangkan kesihatannya.

3- Sesiapa tidak membayar zakat tanaman, Allah SWT  mengurangkan keberkatan tanahnya.

4- Sesiapa tidak suka berdoa, Allah SWT, Allah SWT juga tidak suka menerima permintaannya.

5- Sesiapa tidak mengambil berat tentang solat, Allah SWT  menolak ucapan kalimah La Ilaha Illallah ketika matinya.


Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2, M/S: 459.