Bukan dengan cacian dan
buruk sangka untuk selayaknya meletakkan neraka kepada seseorang. Bukan
sepenuhnya amal dan kebaikan sebagai penentu syurga tetapi sebaliknya, rahmat
dan kasih sayang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA jua yang kelak menentukan
ke mana penghujungnya diri kita.
JANGAN SEKALIPUN LUPA, DUNIA INI ADALAH TEMPAT SEMENTARA YANG SINGKAT DAN SUATU UJIAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )
AL ZOHIR ( الظاهر ) ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...
Memaparkan catatan dengan label AGAMA ISLAM - ADAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AGAMA ISLAM - ADAP. Papar semua catatan
Rabu, 2 Januari 2019
Sabtu, 29 Disember 2018
T 118 : ADAP DAN KELEMBUTAN
Islam sejatinya penuh adab dan kelembutan,
memadamkan api tentu tidak boleh dengan minyak tapi dengan air yang
menyejukkan.
Jumaat, 28 Disember 2018
T 23 : HILANGNYA KEBERKATAN DAN REZEKI DI DALAM KELUARGA
1. Sering bergaduh
Usahlah bergaduh sesama
suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila
pasangan tidak reda antara satu sama lain, di situlah keberkatan hidup
berkeluarga akan hilang, kerana syaitan bersama-sama ketika pergaduhan berlaku.
2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban
Berikanlah kasih sayang
kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak
tanpa merungut dan rasa terbeban.
3. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki
Kurangkan mengeluh dan
banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit
kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.
4. Kikir dengan pasangan dan anak-anak
Jangan terlalu berkira-kira
untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan
faham sesama pasangan kerana rezeki yang ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA beri adalah untuk dikongsi bersama.
5. Gagal mengawal emosi dan amarah
Jangan meninggikan suara
dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak.
Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh
mesra.
6. Kurang sabar
Bersabarlah dalam menangani
karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka.
Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan
cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu membawa
keberkatan dan rezeki.
7. Kurang berdoa
Sentiasalah mendoakan yang
baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa
dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.
8. Banyakkan bersedekah
Bersedekah tidak
mengurangkan rezeki kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan
lipat gandakan rezeki kepada mereka yang suka bersedekah. Bersedekah tidak
perlu tunggu menjadi kaya, jika mampu RM 2 sehari lakukan secara berterusan, ini
lebih baik daripada tidak sedekah langsung.
Semoga perkongsian ini
mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada sahabat-sahabat anda juga!
Selasa, 20 Mei 2014
Q 144 : MARAH AYAH ATAU MARAH PADA ALLAH SWT
“Along,
tukar baju tu. Kan tak sesuai baju tu.Ketat sana sini baju tu. Iskh.. Dah,
tukar tukar.”
“Ala
yah, boleh laa... Malam ni jer. Please please ayah.”
“Ayah
tak kisah sebenarnya. Kalau kamu nak keluar ketat gitu, nak lagi ketat pun ayah
tak kisah. Cuma ayah tak nak nanti kat akhirat, kamu jawab kat Allah yang ayah
tak jaga kamu masa kamu di bawah tanggungan ayah. Haaa.. Kamu berani jamin ke
kamu takkan jawab gitu?”
“Gini
je la. Ayah benarkan kamu dengan berpakaian ketat macam ni, tapi kamu kamu kena
minta izin daripada Allah. Cuba buka kitab al Quran tu dan cari dalam tu kot
kot ada tulis dibenarkan wanita Islam berpakaian
begini. Kalau jumpa, tunjuk kat ayah. Hari hari ayah benarkan kamu berpakaian
gini. Ok? Setuju?”
“Er
.. ayah je la carikan.”
“Eh,
apa lak.. ayah memang dah jumpa. Takde tulis dalam al Quran kata wanita Islam
boleh pakai ketat cam hantu bungkus ni. Kot la ayah ada terlepas pandang. Kamu
kan lebih pandai dari ayah. Sekolah sampai universiti. Haa… Cepat cari”
“Yelaahh..
saya tukar je la… Iskh. Susah la ayah ni.”
“Kamu
marah ayah ke marah kat Allah?”
“Erk..”
"Sesiapa yang memancing kemarahan ibubapanya bererti dia
memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibubapanya bererti
dia membuat Allah redha kepadanya."
(Riwayat
Baihaqi)
"Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak
menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada ibubapa. Jika salah antara keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai
kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata
kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun "Ah," dan
janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka
perkataan yang mulia (bersopan santun)."
Isnin, 19 Mei 2014
Q 136 : KALAU MENYINDIR DEMI ALLAH SWT BUKAN DEMI KEDUNIAAN
Seandainya
Kaedah Sindir Yang Hanya Mampu Digunakan, Maka Sindirlah Ke Arah Agama Dan
Kebaikan, Sebagaimana Al Quran Menyindir Orang Munafik, Kafir Dan Orang Yang
Beriman, Kerana Ia Mampu Mencelikkan Hati Yang Hampir Dalam Kebutaan, Jangan
Dan Usahlah Menyindir Demi Keduniaan Dan Kehidupan Yang Penuh Khayalan, Kerana
Sindiran Yang Tajam Itu Mampu Menikam Sesebuah Kebahagian Dan Persahabatan, Ia
Membawa Kesan Yang Panjang, Dosa Yang Menggelapkan Perasaan, Bahkan Dendam Itu
Menjadi Tak Berkesudahan.. Baikilah Corak Percakapan Dan Perbuatan..
~Ustaz
Ahmad Dusuki Abd Rani Khamis, 24 April 2014
Q 99 ; BERKONGSI PAHALA KETIKA BERSIN
Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Allah S.W.T sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu
bersin dan memuji Allah S.W.T, hendaklah orang Islam yang mendengarnya
mengucapkan “(Yarhamukallah).” Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka
jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat
mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya.”
Riwayat
al-Bukhari
Huraian:
Islam selaku agama yang mulia amat menekankan kesopanan dan kesantunan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya sama ada dalam pergaulan, percakapan ataupun tingkahlaku refleks seperti menguap, bersin dan sebagainya.
Ketika menguap terdapat adabnya yang tersendiri iaitu hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak elok ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu daripada masuk ke dalam mulut.Selain itu kita disuruh mengurangkan bunyi ketika menguap, seboleh-bolehnya tidak kedengaran langsung.
Islam selaku agama yang mulia amat menekankan kesopanan dan kesantunan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya sama ada dalam pergaulan, percakapan ataupun tingkahlaku refleks seperti menguap, bersin dan sebagainya.
Ketika menguap terdapat adabnya yang tersendiri iaitu hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak elok ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu daripada masuk ke dalam mulut.Selain itu kita disuruh mengurangkan bunyi ketika menguap, seboleh-bolehnya tidak kedengaran langsung.
Manakala
apabila bersin pula kita hendaklah memalingkan muka ke arah lain sambil menutup
mulut dan hidung untuk mengurangkan bunyi bersin tersebut selain untuk mengelak
daripada terkena jangkitan pada orang lain. Selepas bersin hendaklah
mengucapkan “alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan
“yarhamukallah” sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu serta
dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan “Yahdiinaa
wayahdiikumullah.”
Selasa, 22 April 2014
Q 74 : RINGKASAN ADAB MINUM
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan
kanan.
2. Bacalah " Bismillah."
3. Minum dengan tiga nafas.
4. Minum dalam keadaan duduk.
5. Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah.
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.
9. Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
2. Bacalah " Bismillah."
3. Minum dengan tiga nafas.
4. Minum dalam keadaan duduk.
5. Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah.
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.
9. Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
Jumaat, 18 April 2014
Q 43 : ADAB MASUK RUMAH BARU
Soalan
Assalamuaikum,
Apakah perkara2 sunnah masuk rumah baru? Adakah azan di 4 penjuru termasuk dlm sunnah.
Apakah perkara2 sunnah masuk rumah baru? Adakah azan di 4 penjuru termasuk dlm sunnah.
Jawapan
Waalaikumusalam,
Menurut buku rawatan Islam yang disusun oleh Dato' Dr Harun Din,
Menurut buku rawatan Islam yang disusun oleh Dato' Dr Harun Din,
cara
untuk memasuki rumah baharu ialah seperti berikut:
1.Baca Bismillahirrahmanirrahim
2.Tepuk daun pintu 3 kali
3.Beri salam sebelum masuk ke dalam rumah
4.Jika tiada reaksi dengan apa-apa bunyi (sama ada cicak dan seumpamanya) maka rumah itu belum ada berpenghuni.Rumah tersebut selamat didiami untuk anda sekeluarga.
5.Sekiranya semasa/selepas beri salam terdengar bunyi cicak, itu bermakna rumah tersebut telah ada penghuni yang anda tidak nampak.Sebagai jalan penyelesaian anda kena buka pintu depan dan belakang sewaktu hampir maghrib dan azanlah tiga (3) petang di ruang tengah rumah. Habis azan tutup kedua-dua pintu, lakukan selama tiga petang semasa maghrib.
Sabtu, 21 Disember 2013
N 137 : BEZA ORANG JAHIL DENGAN ORANG BERILMU
Orang JAHIL akan melenting dan marah bila dilabelkan JAHIL
dengan apa yang dia sendiri tunjukkan.. Orang berilmu pula akan senyum dan diam
bila dituduh jahil tanda rendah diri, fakir dan kerdil di sisi Allah.
Cintakan Allah~hidup mengikut syariat...
Cintakan Nabi Muhammad~hidup mengikut Sunnah Baginda...
Cintakan Ibu Bapa~jadi anak soleh dan solehah...
Cintakan Sahabat~jadi sahabat sejati...
Sabtu, 22 Disember 2012
K 103 : KITA SERING MENZALIMI DIRI KITA
1- Tidak beribadah kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Kita menzalimi diri kita dengan meletakkan diri kita dalam murka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Apabila ALLAH SUBHANAHU WA TAALA murka kita dapat neraka, apabila dapat neraka, kita kena seksa, apabila kena seksa itu sebab kita menzalimi diri kita.
2- Tidak menyucikan diri dari hadas dengan sempurna.
Ini selalu orang pandang mudah, sebab apa, sebab perkara nampak mudah, secara zahirnya, apabila kita dalam hadas, kita terhalang dari melakukan ibadah. So, tak dikira zalimkah?
3- Sentiasa menuturkan yang buruk dan nista.
Apabila kita hidup dalam kepuraan dan kenistaan, hati kita akan gelap, apabila gelap, susah untuk kita terima ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, apabila susah nak terima ilmu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, mulalah ibadah entah ke mana, ibadah tanpa ilmu bodoh, ilmu tanpa ibadah juga bodoh.
So, kita selayaknya fikir, jasad, hati, dan semua yang ada pada kita adalah amanah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, kita kena menjaganya dengan sebaik mungkin. Jangan sekali meletakkan diri kita ke dalam lembah derita akhirat, kerana itu adalah zalim, jika kita zalim kepada diri kita, tidak mustahil kita mampu menzalimi atas perkara yang lain.
-Asyraf-
Jumaat, 9 November 2012
J 91 Dua Puluh Satu Adab berbicara-Amalan Mereka Yang Dekat Dengan Allah SWT
1. Orang yang berakal akan
mempertimbangkan dengan baik setiap langkah yang akan diambilnya. Tidak ada satu
pekerjaan yang dilakukan dengan sia-sia atau kerana kebiasaan belaka. Semua
amalnya dilandas dengan niat niat baik, khususnya saat berbicara, kerana dalam
ucapan / percakapan tersimpan perbagai rahsia yang menakjubkan dan hikmah mengagumkan
yang harus diperhatikan oleh mereka yang mempunyai akal. Keterangan: “Sesiapa
yang tidak dapat berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu pekerjaan akan sia-sia
disebabkan ucapan dan percakapan mengandungi rahsia yang sangat menakjubkan dan
hikmah yang terkeluar sangat mengagumkan yang harus diperhatikan oleh mereka
dengan sebaik-baiknya. Sekiranya sesiapa tidak dapat memperhatikannya bererti
dia tidak mempunyai akal yang boleh menangkap rahsia dan hikmah tersebut”.
2. Seorang manusia harusnya berfikir
dahulu sebelum berbicara dan meletakkan lidah di balik(di belakang) hatinya.
Tidak boleh sepatah katapun diucapkan tanpa dilandaskan ilmu pengetahuan dan
akal yang sihat tanpa campur tangan oleh hawa dan nafsu.
3. Harus berbicara dengan halus
(sedikit) dan tidak banyak meskipun baik, kerana ucapanyang baik akan menjadi
buruk bila selalu terlalu banyak cakap.
4. Jangan berbicara dengan tak tentu
pasal dan berteriak teriak (suara yang tinggi).
5. Hendaklah mengetahui bila harus
berhenti bicara ketika nafsunya masih menyuruhnya dan berhenti sebelum orang
lain tidak mahu mendengarkan.
6. Hendaknya tidak bercerita sesuatu
yang tidak mendatangkan manfaat seperti menceritakan peristiwa yang telah
terjadi tanpa ada tujuan yang benar.
7. Jauhilah berkumpul bersama-sama
orang yang lalai atau orang orang yang berakal lemah yang menghabiskan waktunya
mencerita kejadian yang sudah berlalu tanpa tujuan yang benar.
8. Hendaklah bercakap bila perlu
sahaja, kerana itulah dikatakan bahawa menolong orang yang bersalah adalah
melakukan dua kesalahan.
9. Menceritakan peristiwa yang lalu
hanya menyia-yiakan umur.
10. Jauhilah diri dari berbicara dan
mendengar ucapan ucapan yang dapat membangkitkan nafsu dan menjemput timbulnya
keburukan, kerana nafsu sangat cepat mempelajari dan dapat merasakan keadaan
nafsu orang lain.
11. Berhati-hati bila mengucapkan
sesuatu yang pada zahirnya baik tapi muncul dari nafsunya yang bergejolak dan
buruk maka ucapannya akan menggerakkan dan membangkitkan keburukan nafsu orang
lain.
12. Pada masa hendak berbicara
perhatikan nafsu kamu dan nafsu orang lain supaya tercapai kebaikan dan
ketenangan bukan keburukan.
13. Pengaruh ucapan pada pendengar
tergantung pada jiwa pembicara kalau ucapan tersebut muncul dari jiwa yang kuat
maka akan memberikan kesan yang kuat. Dan jika muncul dari jiwa yang lemah maka
akan memberikan kesan yang lemah.
14. Berbicaralah dengan teman-teman
kamu dengan lemah-lembut dan menyenangkan hatinya dan tidak membuatnya marah.
15. Bergaulah dengan manusia dengan
sopan-santun.
16. Jauhilah pertentangan dan
pertengkaran dengan segenap tenaga baik secara zahir atau batin. Jika engkau
tidak mampu menghindarinya secara batiniah maka hindarilah secara zahiriah.
17. Sayidina Ali ra berkata:
“Biasakanlah diri kamu untuk berniat baik dan bertujuan baik nescaya kamu akan
selamat dunia dan akhirat”.
18. Perbaikilah akhlak engkau nescaya
engkau akan mendapat petunjuk dalam setiap urusan perbuatan engkau.
19. Ilmu diperoleh dengan belajar
sedang hilm (sabar) diperolehi dengan latihan bersabar.
20. Jagalah ucapan engkau daripada
mengucapkan kata-kata buruk atau menceritakan(menyampaikan) cerita yang buruk
kepada seseorang kerana kelak engkau akan terkena kesalahannya dan akan
mendapat dosa paling banyak.
21. Bila engkau di dalam keadaan marah
dan emosi tahanlah diri engkau dari berkata kata kerana saat itu nafsu engkau
sedang bergolak dan berkobar-kobar untuk menarik engkau sampai tergelincir
dalam kesalahan. Hendaklah engkau bersabar sehingga nafsu engkau tenang.
Rujukan:
Ahad, 5 Ogos 2012
F 56 ADAB TERHADAP DIRI SENDIRI
Kaum muslimin percaya bahawa kebahagian di dunia dan akhirat bergantung pada perilaku dan adab terhadap diri sendiri dan pada kesucian serta kebersihan jiwa. Begitu juga dengan kesengsaraan disebabkan kerosakan dan kekotoran jiwa hal ini nyata dalam firman Allah :
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”
( Asy-Syam [ 91] 9-10)
Rasullullah bersabda :
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bila melakukan sesuatu dosa terjadilah bintik hitam dalam hatinya. Bila dia bertaubat dan menghentikan dosanya dan mencela perbuatannya, hatinya akan bersinar kembali, dan apabila dosanya bertambah, akan bertambah pula bintik hitam itu hingga hatinya akan tertutup….”
( Nasa’i dan Tarmizi, hadis hasan sahih)
Oleh yang demikian kaum muslim haruslah berusaha menjaga dirinya dengan membersih dan menyucikan jiwanya. Kerana jiwa yang suci dan bersih dapat menjauhkan diri dari melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk dan boleh merosakkan. Beberapa langkah yang perlu di lalui untuk mencapai kesucian jiwa iaitu :
a. Taubat
Taubat yang bermaksud menyucikan diri dari dosa dan maksiat, menyesali segala dosa yang telah dilakukan dan berazam untuk tidak mengulangi. Seperti firman Allah yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang seikhlas-ikhlasnya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai….”
(at-Tahrim[66] : 8)
(at-Tahrim[66] : 8)
Dan sabda Rasullullah :
“Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah kerana aku bertaubat setiap hari seratus kali”
( Muslim )
b. Muraqabah ( Pengawasan )
Umat Islam sentiasa merasakan setiap perbuatan dan pergerakan diawasi oleh Allah. Sehingga mereka yakin bahawa Allah sentiasa memerhatikan dan megetahui segala yang nyata mahupun tersembunyi.Dengan keyakinan itulah manusia merasakan jiwanya tenang mengingati Allah dan puas mendampingiNYA. Ia di nyatakan dalam firman Allah :
“Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan …..”
( an-Nisa [4] : 125 )
( an-Nisa [4] : 125 )
Rasullullah juga bersabda :
“Beribadahlah kamu kepada Allah seperti kamu melihat-NYA, apabila kamu tidak melihat Allah, sesungguhnya Dia melihatmu ……”
(Muttafaq ’alaih)
c. Muhassabah
Melakukan perhitungan terhadap diri sendiri di atas apa yang telah dilakukan demi mengecapi kebahagian di dunia dan akhirat. Sentiasa membuat perhitungan dengan apa yang telah dilakukan. Andainya apa yang dilakukan adalah perkara-perkara yang dilarang, maka mestilah segera beristigfar menyesali perbuatan dan segera bertaubat dan membuat kebaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan muhassabah terhadap diri sendiri.Ianya satu cara memperbaiki, mendidik, menyuci dan membersihkan diri
Allah berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah dilakukannya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(al-Hasyr [59] : 18)
(al-Hasyr [59] : 18)
d. Mujahadah (Berjuang Melawan Hawa Nafsu)
Hawa Nafsu adalah musuh yang paling besar bagi setiap individu Islam. Hawa nafsu hanya cenderung untuk melakukan kejahatan dan menjauhi kebaikan.
Allah telah berfirman :
“Dan Aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan…..”
(Yusuf [12] : 53 )
Sebagai umat Islam seharusnya kita berjuang untuk melawan hawa nafsu jangan sampai ianya menguasai diri kita. Didiklah nafsu agar tenang dan tenteram serta suci dan bersih. Allah berfirman :
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”
(al-Ankabut : 69)
Sebagai umat Islam kita mestilah sentiasa berjuang di jalan Allah demi memastikan nafsu terkawal, baik, bersih, suci dan tenteram serta memperolehi kemuliaan dan keredhaan dari Allah S.W.T.
F 55 ADAB KEPADA ALLAH SWT
1. Anugerah dan rahmat yang diberikan oleh Allah Ta’ala kepada manusia tidak terhitung banyaknya iaitu semenjak manusia diciptakan daripada nutfah (setitis air mani) di dalam rahim ibunya sehingga dia kembali menghadap Allah s.w.t.
2. Manusia hendaklah mensyukuri segala rahmat dan nikmat Allah s.w.t dengan melakukan segala suruhan dan perintahnya dan menjauhi segala tegahan dan larangannya serta selalu memujiNya sama ada dengan kata-kata atau amal perbuatan serta memanfaatkan segala yang dianugerahkan hanya untuk beribadah kepadaNya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya”
( Surah Ibrahim – Ayat 34 )
( Surah Ibrahim – Ayat 34 )
3. Cara ini merupakan adab kepada Allah s.w.t. sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah (datangnya)…….”
( Surah An- Nahl – Ayat 53 )
( Surah An- Nahl – Ayat 53 )
4. Kaum muslimin meyakini bahawa Allah s.w.t Maha Mengetahui di atas segala-galanya dan sentiasa memperhatikan setiap tingkah laku manusia sehingga hati mereka sentiasa takut kepada Allah dengan mengingatiNya serta mengagungkanNya.
5. Mereka merasa malu berbuat perkara mungkar dan maksiat kepada Allah s.w.t. untuk melanggar apa-apa tegahan dan laranganNya. Sebagaimana Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
( Surah Al-Baqarah – Ayat 152 )
( Surah Al-Baqarah – Ayat 152 )
6. Kaum Muslimin mengetahui dan melihat bahawa Allah s.w.t. menguasai diri setiap manusia yang sentiasa menyerahkan diri kepadaNya serta bertawakal kepadaNya . Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
” …. Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal , jika kamu benar-benar orang yang beriman “.
( Surah Al – Maidah – Ayat 23 )
( Surah Al – Maidah – Ayat 23 )
7. Kaum Muslimin mencari akan rahmat dan kasih sayang Allah dengan merendahkan diri dan sentiasa berdoa mencari keredhaanNya dengan ucapan dan amalan yang soleh.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : ” ….. dan rahmatKu meliputi segala sesuatu….” .
( Surah Al-A’raf – Ayat 156 )
( Surah Al-A’raf – Ayat 156 )
8. Setiap amalan yang soleh dan dilakukan dengan penuh keikhlasan dan ketaatan yang bersungguh-sungguh akan dibalas dengan pahala yang berlipatganda serta dijanjikan syurga yang kekal selama-lamanya .
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
” Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya , maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan “.
( Surah An-Nur – Ayat 52 )
( Surah An-Nur – Ayat 52 )
9. Kaum Muslimin yang sentiasa memelihara adab dengan Allah akan mendapat kedudukan yang mulia dan darjat yang tinggi serta mendapat rahmat dan nikmat di sisi Allah s.w.t.
F 54 ADAB KEPADA AL-QURAN
1. Kaum Muslimin beriktiqad bahawa kemuliaan dan kesucian serta keutamaan ayat-ayat Allah s.w.t. iaitu Kitab Al-Quran adalah keunggulan yang tertinggi.
2. Al-Quran adalah sebesar-besar mukjizat kurniaan Allah s.w.t. yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul akhir zaman.
3. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :-
“Bacalah olehmu Al- Quran kerana ia akan datang pada hari qiamat memberi pertolongan kepada yang membacanya”
(Riwayat Muslim)
4. Insan yang berpegang teguh dengan Al-Quran kerana ia akan mendapat keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
5. Di dalam hadith-hadith Rasulullah s.a.w. memberi keutamaan akan keagungan, kesucian dan kemuliaan Al-Quran di dalam memperkukuhkan keimanan kaum muslimin. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sebaik -baik kamu adalah yang belajar Al- Quran dan mengajarkannya”
(Riwayat Bukhari)
“Ahli Al-Quran adalah keluarga Allah dan orang pilihannya”
(Riwayat An- Nasa’i)
6. Adab–adab di dalam membaca Al- Quran ialah :-
i) Berwudhuk
ii) Dibaca di dalam sucu daripada hadas
iii) Dibaca di dalam keadaan mengadap kiblat
iv) Dibaca dengan tartil dan tidak terlalu cepat
v) Dibaca dengan khusyuk, tadabbur (mengamat -amati) dan menghayati dengan
bersungguh-sungguh.
vi) Di baca dengan memperelokkan suaranya. Sabda Rasullullah s.a.w. yang
bermaksud :-
“Hiasilah olehmu Al- Quran dengan suaramu ”
(Riwayat Ahmad)
F 51 ADAB TERHADAP RASULULLAH SAW
i) Allah
telah mewajibkan setiap mukmin untuk hormat terhadap Nabi Muhammad S.A.W seperti yang ditegaskan dalam firman
Allah :
“Wahai orang-orang yang beriman
janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya…..”
( Al-Hujurat 49:1 )
( Al-Hujurat 49:1 )
ii) Sesungguhnya
Allah mewajibkan orang yang beriman untuk taat dan cinta kepada Rasullullah seperti di dalam firmannya :
“Wahai orang yang beriman, taatlah
kepada Allah dan taatlah kepada Rasul…”
( Muhammad 47:33)
( Muhammad 47:33)
iii) Allah
menjadikan Rasullullah sebagai pemimpin dan hakim seperti dalam firmannya :
“Sesungguhnya kami telah menurunkan
kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia
dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu…..”
( An-Nisa’ 4:105 )
iv) Allah
telah menetapkan bahawa Rasullullah adalah manusia terbaik akhlak dan budi
pekertinya. Beliau memiliki
kesempurnaan diri dan jiwa sehingga beliau merupakan makhluk yang paling baik
dan sempurna.
Beberapa cara beradab kepada Nabi
Muhammad S.A.W antaranya :
· Hendaklah mentaati Nabi Muhammad S.A.W
di samping mengikuti jejak langkahnya dalam urusan dunia dan agama.
· Menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai
orang yang paling dicintai, dihormati dan diagungkan dari seluruh makhluk Allah
swt.
· Mengagung dan menghormati Nabi
Muhammad S.A.W apabila namanya disebut dan berselawat serta salam ke atasnya,
mengakui kebenarannya dan menghargai sifat-sifatnya.
· Membenarkan segala yang dibawa oleh
Nabi Muhammad S.A.W samada soal agama dan dunia
· Merendahkan suara di makam dan
masjidnya bagi yang berpeluang menziarahinya.
· Mencintai para salihin dan para
pengikutnya kerana mereka mencintai Nabi Muhammad S.A.W serta memusuhi golongan
fasiq kerana mereka membenci Nabi Muhammad S.A.W.
( Rujukan : Bimbingan Mukmin )
Selasa, 31 Julai 2012
D 120 TIGA PERKARA YANG MENILAI ADAB DENGAN ALLAH SWT
Seseorang
orang tidak beradab dengan Allah SWT selagi tidak memiliki 3 perkara di bawah :
1. Larangan Allah SWT adalah lebih
baik baginya daripada
kurniaan Allah SWT.
2. Sakit lebih baik baginya daripada sembuh.
3. Kefakiran lebih baik baginya daripada kekayaan.
Syarah
Hikam. m/s : 273.
Ahad, 29 Julai 2012
D 36 SEPULUH ADAB MEMILIH SAHABAT
1. Pilihlah rakan berakhlak mulia dan Taat kepada
Allah SWT.
2. Pilihlah
rakan yang tidak mementingkan
diri sendiri.
3. Pilihlah rakan yang Ikhlas dalam semua perkara.
4. Pilihlah
rakan yang mahu membantu di
waktu senang dan susah.
5. Pilihlah rakan yang rajin dan mahu diajak mengulangkaji pengajian.
6. Pilihlah rakan yang suka memaafkan kesalahan.
7. Pilihlah
rakan yang bersifat rendah
diri dan tidak sombong.
8. Pilihlah
rakan yang mengingatkan kita
kepada Allah SWT dan perkara kebaikan.
9. Hindarilah
teman yang suka berdusta dan tidak jujur.
10. Hindarilah teman yang malas dalam
semua perkara.
Amalan Dan Petua Ulamak Silam. m/s : 22.
Sabtu, 28 Julai 2012
D 34 SEPULUH ADAB BERSAMA GURU
1. Taat
kepada guru dalam semua perkara kecuali perkara yang maksiat kepada Allah SWT
dan Rasulullah SAW.
2. Bertutur
dengan lemah lembut dan penuh rendah diri.
3. Meminta
izin untuk bertanya atau beredar dari majlis.
4. Memberi
salam apabila berjumpa dan sentiasa hormat kepadanya.
5. Beri
sepenuh tumpuan dalam pengajaran guru, duduk dengan sopan dan sentiasa dalam
keadaan tenang.
6. Lakukan
apa yang paling disegani oleh guru.
7. Hindari
dari menyinggung perasaan guru.
8. Mendoakan
keampunan dan kesejahteraan buat guru.
9. Selalu
menziarahi mereka atau menziarahi makam mereka setelah mereka meninggal dunia.
10. Mengambil berat dengan mereka, doa
mereka, bekas atau lebihan air atau makanan mereka. Begitu juga dengan tempat
mereka mengajar atau orang-orang yang akrab dengan mereka.
D 33 SEPULUH ADAB BERSAMA IBU BAPA
1. Taat
kepada mereka kecuali perkara yang ditegah oleh syarak.
2. Melakukan
kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.
3. Bertutur
bersama mereka dengan penuh beradab.
4. Segera
menjawab panggilan mereka.
5. Memuliakan
keduanya dan memberikan apa yang dikehendaki oleh keduanya (mengikut kemampuan).
6. Mendoakan
keampunan bagi mereka.
7. Mencium
tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau waktu-waktu yang munasabah.
8. Selalu
menziarahi kubur mereka setelah mereka meninggal dunia di samping menghadiahkan
kepada mereka bacaan ayat Al-Quran, tahlil dan sebagainya.
9. Memohon
kepada Allah SWT, supaya mereka mendapat kesejahteraannya di dunia dan akhirat.
10. Berbincang dengan mereka setiap masalah
yang mereka hadapi dan jangan merahsiakan sesuatu daripada mereka.
Amalan
dan Petua Ulamak Silam. m/s : 22.
Langgan:
Catatan (Atom)























