LELAKI
Lelaki bujang kena
tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang
ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa
isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang
belum baligh. BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama
anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat
kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik
dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi
lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak
dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu
sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.
Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung
(ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini
orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah
dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar
rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima
pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan
anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak
terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana
masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat
sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang
tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu
taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama
dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat
dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi
ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya
diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita
ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala
seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki
ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg
disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan
Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan
suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima
pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat
senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita .... Seorang wanita adalah pelengkap
dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai
lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itu
DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH
dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita
dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya (Ali-Imran:103).
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya
dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi
terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk
membela diri "