Setiap
Kebaikan Adalah Sedekah.
JANGAN SEKALIPUN LUPA, DUNIA INI ADALAH TEMPAT SEMENTARA YANG SINGKAT DAN SUATU UJIAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )
AL ZOHIR ( الظاهر ) ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...
Memaparkan catatan dengan label IBADAH - ZAKAT INFAQ DAN SEDEKAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IBADAH - ZAKAT INFAQ DAN SEDEKAH. Papar semua catatan
Jumaat, 27 Disember 2019
Jumaat, 28 Disember 2018
T 32 : SEDEKAH YANG IKHLAS MEMUDAHKAN MASUK SYURGA DAN DIJAUHI DARI API NERAKA
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
janjikan siapa yang suka bersedekah akan masukkan ke dalam syurga dan merupakan
pendinding daripada api neraka, dan amalan ini juga dapat menjinakkan hati kita
sekali gus membuang sifat kesombongan yang wujud di dalam diri. Sabda NABI MUHAMMAD SHALLALLAAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bermaksud:
“Sesiapa
yang sanggup mendinding dirinya daripada api neraka walaupun dengan
(bersedekah) separuh buah kurma, maka hendaklah dia lakukan.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Betapa besarnya pahala
sedekah sehingga orang yang sedang nazak minta ditangguhkan kematiannya supaya
dia dapat bersedekah. Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA maksudnya,
"dan
belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum
datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “Ya
Rabbku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat,
yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang soleh?”
dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila
telah datang waktu kematiannya. dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Munafiqun(63) ayat
10-11)
Terdapat amal-amal soleh yang
boleh memasukkan seseorang ke syurga.
1. Memberi Minum Pada
Binatang Kehausan.
Wanita pelacur (melakukan
dosa-dosa besar) dimasukkan ke dalam syurga dengan mendapat keampunan daripada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA kerana memberi minum (sedekah air) kepada seekor anjing
kehausan. Daripada Abu Hurairah, NABI MUHAMMAD SHALLALLAAHU
‘ALAIHI WA SALLAM
bersabda,
أَنَّ
امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِى يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ قَدْ
أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنَ الْعَطَشِ فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا
“Ada seorang wanita pezina melihat seekor anjing di hari yang
panasnya begitu terik. Anjing itu mengelilingi sumur tersebut sambil
menjulurkan lidahnya kerana kehausan. Lalu wanita itu melepas sepatunya (lalu
menimba air dengannya). Ia pun diampuni kerana amalannya tersebut.”
(HR. Muslim no. 2245).
2. Menghalalkan Hutang
Termasuk Sedekah Kepada Orang Yang Berhutang,
Nabi SAW bersabda maksudnya,
“Sesiapa
yang memberi masa kepada orang berhutang yang kesempitan atau menghalalkan
hutang itu, Allah akan melindunginya di bawah bayanganNya (perlindungan
Arasy).”
(HR Muslim no. 7512)
3. Membina Masjid Walaupun
Kecil Sumbangannya Mendapat Jaminan Rumah Di Syurga.
Daripada Jabir bin ‘Abdillah
radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
مَنْ
بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ كَمَفْحَصِ قَطَاةٍ أَوْ أَصْغَرَ بَنَى اللَّهُ لَهُ
بَيْتًا فِى الْجَنَّةِ
“Siapa
yang membangun masjid kerana Allah walaupun hanya selubang tempat burung
bertelur atau lebih kecil, maka Allah bangunkan baginya (rumah) seperti itu
pula di syurga.”
(HR. Ibnu Majah no. 738.
Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadits ini sahih)
Mafhash qathaah dalam hadits ertinya
lubang yang dipakai burung menaruh telurnya dan menderum di tempat tesebut. Dan
qathah adalah sejenis burung.
4. Memberi Makan Dan Minum
Kepada Anak-anak Yatim Akan Masuk Syurga.
Nabi SAW bersabda yang
bermaksud:
“Barangsiapa
yang mengikut-sertakan seorang anak yatim di antara dua orang tua yang muslim,
dalam makan dan minumnya, sehingga mencukupinya maka ia pasti masuk syurga.”
(Hadis Riwayat Abu Ya'la dan
Thabrani, Sahih At Targhib, Al-Albani)
5. Infaq di jalan ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA akan mendapat balasan syurga
Rasulallah Shallallahu
‘Alaihi Wasallam bersabda:
وَمَنْ
كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِىَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ
“Barangsiapa
termasuk orang yang sentiasa bersedekah maka dia akan dipanggil masuk syurga
lewat pintu sedekah.”
(HR. al-Bukhari dari Abu
Hurairah)
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
berfirman,
“Adapun
orang yang memberikan hartanya di jalan Allah dan bertakwa dan membenarkan
adanya pahala yang terbaik syurga maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan
yang mudah.”
(Surah Al Lail ayat 5-8)
6. Bersedekah Sehingga Tangan
Kirinya Tidak Tahu Apa Yang Diinfaqkan Oleh Tangan Kanannya. Akan Mendapat
Perlindungan Arasy.
Dalam sebuah hadis riwayat
Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, NABI MUHAMMAD SHALLALLAAHU
‘ALAIHI WA SALLAM
bersabda:
“Ada
tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak
ada naungan kecuali naunganNya(salah satu daripadanya-pen) ".....Seseorang
yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui
apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya,"
(Hadis Riwayat Bukhari, Hadis
no 620)
Sabtu, 30 Disember 2017
S 47 : MEMBERI NAFKAH TERMASUK SEDEKAH
Daripada Al Miqdam bin
Ma’dikarib, ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda,
مَا
أَطْعَمْتَ نَفْسَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ وَمَا أَطْعَمْتَ وَلَدَكَ فَهُوَ لَكَ
صَدَقَةٌ وَمَا أَطْعَمْتَ زَوْجَتَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ وَمَا أَطْعَمْتَ
خَادِمَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ
“Harta yang dikeluarkan sebagai makanan untukmu
dinilai sebagai sedekah untukmu. Begitu pula makanan yang engkau beri pada
anakmu, itu pun dinilai sedekah. Begitu juga makanan yang engkau beri pada isterimu,
itu pun bernilai sedekah untukmu. Juga makanan yang engkau beri pada
pembantumu, itu juga termasuk sedekah.”
(HR.
Ahmad 4: 131. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa hadits ini hasan)
Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ
خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ
لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
“Jika
seorang wanita selalu menjaga solat lima waktu, juga berpuasa sebulan (di bulan
Ramadan), menjaga kemaluannya (dari perbuatan zina) dan taat pada suaminya,
maka dikatakan pada wanita tersebut, “Masuklah ke syurga melalui pintu manapun
yang engkau suka.”
(HR. Ahmad, shahih)
Isnin, 11 Julai 2016
R 106 : KEUNTUNGAN MEMBERI
1- Ketinggian martabat dan darjat pemberi sedekah.
2- Memadamkan kemarahan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
3- Memberi perlindungan kepada pemberinya dari bala dan kesusahan.
4- Penawar kepada kebanyakan penyakit rohani/hati.
5- Besarnya ganjaran dan pahalanya berlipat ganda.
6- Menghapuskan kesalahan dan menebus dosa.
7- Sedekah membawa keberkatan kepada harta dan menambahkan rezeki.
8- Pencegah dari azab dan jalan memasuki syurga.
9- Bukti kebenaran iman.
10- Menanggalkan sifat buruk dan menghiasinya dengan sifat tepuji.
11- Pintu segala amalan kebaikan.
12- Berada di bawah naungan sedekahnya pada hari kiamat.
3- Memberi perlindungan kepada pemberinya dari bala dan kesusahan.
4- Penawar kepada kebanyakan penyakit rohani/hati.
5- Besarnya ganjaran dan pahalanya berlipat ganda.
6- Menghapuskan kesalahan dan menebus dosa.
7- Sedekah membawa keberkatan kepada harta dan menambahkan rezeki.
8- Pencegah dari azab dan jalan memasuki syurga.
9- Bukti kebenaran iman.
10- Menanggalkan sifat buruk dan menghiasinya dengan sifat tepuji.
11- Pintu segala amalan kebaikan.
12- Berada di bawah naungan sedekahnya pada hari kiamat.
Bentuk Sedekah Yang Terbaik
1. Sedekah yang disembunyikan.
2. Amalan sedekah ketika sihat dan kuat lebih baik dari wasiat selepas kematian atau ketika sakit dan nazak.
3. Amalan sedekah yang dilakukan selepas menunaikan amalan wajib.
4. Sedekah kepada kaum kerabat, khususnya yang yatim dan yang kita tidak rapat atau kita kurang suka.
5. Pemberian sedekah kepada jiran tetangga.
6. Sedekah yang diberikan kepada rakan sejawat/seperjuangan dan kawan yang berjuang di jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
7. Sedekah di jalan jihad pada jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
8. Sedekah jariah/ sedekah yang berterusan.
9. Pada waktu yang tepat dan terpilih.
2. Amalan sedekah ketika sihat dan kuat lebih baik dari wasiat selepas kematian atau ketika sakit dan nazak.
3. Amalan sedekah yang dilakukan selepas menunaikan amalan wajib.
4. Sedekah kepada kaum kerabat, khususnya yang yatim dan yang kita tidak rapat atau kita kurang suka.
5. Pemberian sedekah kepada jiran tetangga.
6. Sedekah yang diberikan kepada rakan sejawat/seperjuangan dan kawan yang berjuang di jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
7. Sedekah di jalan jihad pada jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
8. Sedekah jariah/ sedekah yang berterusan.
9. Pada waktu yang tepat dan terpilih.
Rabu, 21 Mei 2014
R 6 : KISAH 50 SEN YANG MENYENTUH HATI
Cikgu
: Kenapa Alif tak rehat ?
Alif : Mak saya beri 50 sen sehari cikgu.. Kat kantin 50 sen ni dapat beli
nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang-panjang, tapi dapat beli
nugget sekeping jaa. Jadi saya kumpul duit hari ni untuk makan hari esok, jadi
saya dapat la makan nugget dengan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa
& Khamis je cikgu (Alif tertunduk malu)
Perasaan
saya mula bercampur baur, sedih & sebak. di zaman 2014 ini masih ada
pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. ramai d antara kita memandang 50 sen
itu jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.
Cikgu : Kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ya? Alif : Oh!
Hari Jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin, cikgu." jawab
Alif dengan bersahaja. "Mak saya kata kalau kita sedekah, rezeki kita akan
bertambah.." Mata saya dah berkaca... Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah
la duit ada 50 sen,, siap boleh sedekah pulak lagi. Ya Allah, limpah kan la
rezeki bagi keluarga pelajarku ini.. Luaskan rezeki mereka semoga mereka tak
lagi berada dalam kemiskinan.. Huh, macam terpukul sungguh saya, bayangkn duit
50 sen yang diberi untuk makan, dia sedekahkan 50sen untuk tabung sekolah
setiap Jumaat semasa bacaan yasiin..
R 5 : SEDEKAH RM 84,000
Bismillahir
rahmaanir rahiim...
Kebun kurma adalah aset penting bagi masyarakat Madinah. Makin luas kebun kurma seseorang, maka makin tinggi kedudukan sosialnya.
Pada zaman Nabi SAW, orang yang paling banyak hartanya adalah Abu Thalhah al-Anshari radhiyallahu anhu. Harta yang paling ia cintai adalah Bayraha, iaitu kebun kurma yang menghadap ke Masjid Nabawi.
Rasulullah saw. seringkali masuk ke dalam kebun itu dan meminum air yang ada di dalamnya. Abu Thalhah mendengar bahawa telah turun wahyu kepada Rasulullah saw.,
“Kamu sekali-kali tidak akan memperoleh kebajikan (yang
sempurna), sebelum kamu menginfaqkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan,
apa saja yang kamu infaqkan, maka Allah sungguh mengetahuinya.”
(Surah 3, ALI IMRAN : ayat 92)
Lalu Abu Thalhah mendatangi Rasulullah. Ia berkata, ‘Wahai Rasulullah, Allah berfirman bahawa,“kalian tidak akan mendapatkan kebaikan sampai kalian mahu menginfakkan sebahagian yang kalian cintai.” Sesungguhnya hartaku yang paling aku cintai adalah Bayraha. Kini kebunku itu aku jadikan sedekah kerana Allah, demi mengharapkan kebaikan dan kekekalan sedekah itu di sisiNya.
“Oleh
kerana itu, wahai Rasulullah, terimalah sedekahku ini sebagaimana yang
diinginkan Allah.”
Rasullah saw. berkata, “Wah.. wah.. wah… Itu harta yang benar-benar menggiurkan. Aku sudah mendengar keinginanmu. Tapi, aku punya usul bagaimana kalau kau sedekahkan kepada kerabatmu saja?”
Abu Thalhah menjawab, “Baiklah, kalau begitu aku akan melaksanakan perintahmu, wahai Rasulullah.”
Kemudian Abu Thalhah membahagi-bahagikannya kepada kerabatnya dan keluarga besarnya.
Begitu pula dengan Abu Dahdah al-Anshari, yang memiliki kebun yang berisi 600 pohon kurma. Ketika ia mendengar bahawa telah turun wahyu, “Siapakah yang mahu memberi pinjaman yang baik kepada Allah? Maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan berlipat ganda.”
(Surah
2, AL BAQARAH : ayat 245)
Maka ia langsung mendatangi Rasulullah saw.
Sesampainya di hadapan Rasulullah saw., ia berkata, “Wahai Rasulullah, benarkah Allah menginginkan pinjaman dari kita?”
Rasul menjawab, ‘Ya benar, wahai Abu Dahdah.” Abu Dahdah berkata, “Sekarang, tunjukkan tanganmu wahai Rasulullah.” Maka Rasulullah saw. menjulurkan tangannya, lalu Abu Dahdah memegangnya sambil berkata, “Sesungguhnya aku memberikan pinjaman kepada Tuhanku berupa kebun kurmaku.”
Lalu Abu Dahdah menuju kebun kurmanya. Sesampai di depan pintu kebunnya, ia melihat isteri dan anak-anaknya sedang berada di dalamnya.
Dari pintu kebun kurma, Abu Dahdah berseru, ‘Wahai isteriku, keluarlah engkau, kerana kebun ini sudah aku pinjamkan kepada Allah swt.”
Isterinya menjawab, “Baik, wahai suamiku. Sungguh, ini bisnis yang menguntungkan.”
Maka, keluarlah isteri Abu Dahdah dan anak-anaknya dari kebun kurma itu.
Begitu dermawannya sahabat-sahabat Rasulullah saw. Jika kita ingin menghitung berapa banyak harta yang mereka infakkan di jalan Allah swt., maka datangilah penjual pohon kurma. Tanyakan berapa harga satu batang pohon kurma. Saat ini, harga pohon kurma sekitar RM 1,400.00. Itu pun belum berbuah! Sekarang, kalikan dengan 600 batang pohon kurma. Jumlahnya: RM 84,000.00. Itulah infaknya Abu Dahdah.
Rasulullah bersabda,
“Jika seorang Muslim menanam sebuah pohon atau berkebun,
kemudian buahnya dimakan manusia, binatang, atau lainnya, maka itu bernilai
sedekah bagi yang menanamnya.”
(Hadis, riwayat Muslim)
(Hadis, riwayat Muslim)
SubhanALLAH..!!
Islam mengajarkan kepada kita agar setiap nikmat yang kita miliki dapat dirasakan manfaatnya juga oleh makhluk lain. Oleh kerana itu, apapun pohon-buah yang kita tanam di halaman rumah kita berbuah lebat, berikan sebahagian buahnya kepada kerabat, tetangga, atau tamu kita. Selain itu pula, kita tidak perlu marah ketika buah pohon yang kita tanam dimakan serangga, burung, keluang, atau bahkan dicuri orang. Relakan, kerana kita mendapatkan pahala darinya dan dapat menuntun kita menuju syurgaNYA, In Syaa Allah.
[Disadur dari kitab Tafsir Ibnu Katsir]
Kita nak sedekah
masjid RM 5.00 pun nak berkira. Tul x.... (Aku sendiri)
Rabu, 16 April 2014
Q 5 : ZAKAT .....EMAS, PERAK DAN WANG KERTAS
Telah
berkata Imam as shafie di dalam Kitabnya ar Risalah :
"Tiada harus diqias dengan emas dan perak
atas yang lain daripada keduanya pada wajib zakat.”
Maka tiada wajib zakat duit
tembaga dan duit kertas kerana bukan kedua-duanya emas dan perak dan bukan
binatang ternakan bukan buah-buahan dan bukan biji bijian melainkan jika dibuat berniaga dengan dia. Maka wajib zakat perniagaan
bukan zakat 'ain wang kertas.
Dan berkata Sheikh Ahmad Khatib
iaitu di dalam Kitabnya Mazhab Shafie pada m/s 46 ertinya : "Bahkan jika berkehendak oleh seorang
mengeluarkan zakat daripadanya wang kertas nescaya tiada sah ia dan lagi haram
mengeluarkan zakat wang kertas kerana padanya yakni pada mengeluarkan zakat
wang kertas itu jadi mengerjakan ibadat yang fasidah, ibadah yag tidak
terpakai, sia-sia dan lagi buat zalim akan tuan-tuan harta dengan
memperwajibkan barang yang tiada wajib atas mereka itu dan memakan akan harta
manusia dengan jalan yang bathil, makan dengan jalan yang haram. Maka jikalau
begitu tidak beri zakat wang kertas itu boleh pahala kerana jika meninggal
barang yang haram dengan niat ikut perintah syarak itu boleh pahala."
Khamis, 3 April 2014
P 93 : JANGAN HILANGKAN SEDEKAH
Firman
Allaw swt yang bermaksud :
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
menghilangkan sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti seperti orang
yang menafkahkan hartanya kerana ingin dilihat manusia."
Ahad, 2 Mac 2014
P 48 : ANTARA SEBAB SEDEKAH ANDA TIDAK DITERIMA ALLAH SWT
1.
Mengungkit-ungkit.
2.
Menyakitkan hati peminta sedekah.
3.
Berbangga dan bermegah-megah.
4.
Bersedekah dengan harta yang buruk dan haram.
Selasa, 25 Februari 2014
P 39 : DERMAKAN RM 1 SEHARI
Tak
cukup duit?
Banyak
hutang?
Kos
hidup makin tinggi?
Saya
ada satu CABARAN untuk kalian untuk keluar dari masalah hutang serta tidak
cukup duit setiap bulan.
Keluarkan
DERMA RM 1 setiap hari, selama 30 hari.
Sama
ada menderma RM 1 pada 1 tabung / orang yang berlainan setiap hari.
Atau,
masukkan RM 1 terlebih dahulu dalam tabung khas setiap pagi. Pada hari ke-30
dermakan kesemuanya.
Sila
lakukan SEKARANG juga!
Jika
masih belum murah rezeki, teruskan untuk 30 hari seterusnya.
Rabu, 19 Februari 2014
P 16 : KONSEP IBADAH - SEDEKAH
Jika kita mempelajari
konsep ibadah dan amalan terutama masalah sedekah, Allah mengajar kita sebegini
:
إِن تُبدُوا الصَّدَقٰتِ فَنِعِمّا هِىَ ۖ
"Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik
sekali,"
Tapi pada ayat yang
seterusnya Allah mengajar kita sebegini :
وَإِن تُخفوها وَتُؤتوهَا الفُقَراءَ فَهُوَ خَيرٌ لَكُم ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِن سَيِّـٔاتِكُم
"Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada
orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan
menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu."
Surah Al Baqarah ayat
271
Ulama' mengajar kepada kita kedua-dua dibenarkan dalam Islam, jikapun kita lakukan dalam keadaan sembunyi dan senyap-senyap, itupun keikhlasan, jika kita zahir dan tunjukpun itupun keikhlasan agar diikuti dan dituruti oleh orang ramai, maka lakukanlah!! Yang tak boleh ialah yang komen tapi tak buat apa-apa tu!! Kerja yang dilakukan yang baik selalu begitulah, serba tak kena bagi mereka yang tak suka kebaikan!!..
Selasa, 24 Disember 2013
O 28 : FADHILAH SEDEKAH
"Tidak akan pernah berkurang harta yang di sedekahkan
kecuali ia bertambah bertambah-bertambah."
(HR At-Tirmidzi)
"Siapa yang memberi pinjaman kepada ALLAH dengan pinjaman
yang baik, maka ALLAH akan melipat gandakan balasannya dan baginya pahala yang
mulia."
(QS. Al-Hadid [57]:11)
"Janganlah kamu takut kepada kemiskinan kerana
membelanjakan harta di jalan ALLAH SWT.."
(QS. Al-Baqarah [2]:245)
"Kamu tidak akan memperoleh kebajikan (yang sempurna)
sehingga kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai."
(QS. Ali Imran [3] :92)
"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk
menafkahkan (hartamu) pada jalan ALLAH SWT, maka di antara kamu ada yang kikir
dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri
dan ALLAH-lah yang maha kaya sedangkan kamulah orang-orang yang
memerlukankanNYA."
(QS.
Muhammad [47]: 38)
"Dan ALLAH sentiasa memberi pertolongan kepada hamba-Nya,
selama ia menolong saudaranya..."
(HR.
Muslim)
Perbanyaklah sedekah, kerana di dalamnya terdapat Khasiat :
- Menyembuhkan penyakit
- Melapangkan rezeki
- Menjauhkan dari segala masalah dan kesulitan
- Diselamatkan dari berbagai keburukan
- Menenangkan hati dan jiwa.
- Melapangkan rezeki
- Menjauhkan dari segala masalah dan kesulitan
- Diselamatkan dari berbagai keburukan
- Menenangkan hati dan jiwa.
Semoga kita semua menjadi ahli sedekah.
Sabtu, 7 Disember 2013
N 12 : JANGAN BANGGA DENGAN BANYAK SOLAT, PUASA DAN ZIKIR KERANA ITU SEMUA BELUM MEMBUAT ALLAH SWT SENANG
Mahu Tahu
Apa Yang Membuat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA Senang
Nabi
Musa : Wahai ALLAH, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku
yang membuat Engkau senang?
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA :
Solat? Solatmu
itu untukmu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara dari
perbuatan keji dan munkar.
Zikir? Zikirmu itu membuat hatimu menjadi tenang.
Puasa? Puasamu itu melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu.
Nabi Musa : Lalu apa ibadahku yang membuat hatiMu senang Yaa ALLAH?
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA : Sedekah, Infaq dan Zakat serta Ahlaqul Karimahmu. Itulah yang membuat Aku senang, kerana tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang susah, Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan mengganti dengan ganjaran 700 kali.
(Al-Baqarah
261-262)
Nah, bila kamu sibuk dengan ibadah ritual dan bangga akan itu, maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Tapi, bila kau berbuat dan berkorban untuk orang lain serta melunakkan hatimu kepada orang lain, maka itu tandanya kau mencintai ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan tentu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA senang kerananya.
Buatlah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA senang maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan limpahkan rahmatNya dengan membuat hidupmu lapang dan bahagia.
N 10 : KELEBIHAN BERSEDEKAH
"Bersedekahlah kerana di dalamnya terdapat 6 manfaat iaitu 3 di dunia
dan 3 di akhirat.
Adapun 3 di dunia di antaranya :
1. menambah (keberkatan) rezeki
2. memperbanyak harta.
3. memakmurkan (melapangkan) rumah.
Adapun 3 di akhirat iaitu :
1. menutupi aib (keburukan waktu didunia)
2. menjadi naungan atas kepala.
3. menjauhi dari api neraka.
Semoga kita dapat jadikanlah SEDEKAH sebagai amalan rutin harian dan
menjadi kebiasaan dalam norma kehidupan..Insyaallah
Ahad, 1 Disember 2013
M 128 : SENYUM ITU SATU SEDEKAH...
Tak kira dengan siapa...
senyumlah walaupun jauh di sudut hatimu ada perkara yang tidak terluahkan...
jika senyum itu sedekah, sudah pasti ianya ada pahalakan??? Senang je nak dapat
pahala... Senyumlah...
Daripada Abu Zar ra :- RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda :
"Senyum
kepada saudara (muslim)mu adalah sedekah, menyeru kepada makruf dan melarang
dari mungkar adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseorang yang tersesat
jalan adalah sedekah, menolong seorang yang penglihatannya kabur adalah
sedekah, menyingkirkan batu-batu, duri-duri dan tulang (dari jalan) adalah
sedekah dan menuangkan air dari timbamu kepada timba saudaramu adalah sedekah."
Ahad, 24 November 2013
M 88 :BILA NAK BERSEDEKAH
Jangan menunggu KAYA dulu baru BERSEDEKAH,
tapi BERSEDEKAHLAH nescaya engkau menjadi KAYA
Jangan menunggu IKHLAS dulu baru BERSEDEKAH,
tapi BERSEDEKAHLAH nescaya engkau menjadi IKHLAS
tapi BERSEDEKAHLAH nescaya engkau menjadi IKHLAS
Jangan menunggu LAPANG dulu baru BERSEDEKAH,
tapi BERSEDEKAHLAH nescaya hatimu menjadi LAPANG
tapi BERSEDEKAHLAH nescaya hatimu menjadi LAPANG
Jangan menunggu NIKMAT dulu baru BERSEDEKAH,
tapi BERSEDEKAHLAH nescaya akan bertambah NIKMAT..
...tapi BERSEDEKAHLAH nescaya akan bertambah NIKMAT..
Sabtu, 23 November 2013
M 81 : MAKHLUK YANG PALING HEBAT
Daripada Anas bin Malik
ra. dari Nabi saw, beliau bersabda : "Ketika Allah menciptakan bumi, bumi
itu goyang, maka Dia menciptakan gunung-gunung, lalu bumi itu menjadi tetap
(tidak bergoyang). Maka Malaikat hairan terhadap kehebatan gunung, mereka
bertanya : "Wahai Tuhanku, adakah makhlukMu yang lebih hebat daripada
gunung?"
Dia berfirman:
"Ya, besi.”
Mereka bertanya :
"Wahai TuhanKu, adakah makhlukMu yang lebih hebat dari pada besi?"
Dia berfirman :
"Ya, api."
Mereka bertanya :
"Wahai TuhanKu, adakah makhlukMu yang lebih hebat daripada api?"
Dia berfirman :
"Ya, air."
Mereka bertanya :
"Wahai TuhanKu, adakah makhlukMu yang lebih hebat daripada air?"
Dia berfirman :
"Ya, angin."
Mereka bertanya :
"Wahai TuhanKu, adakah dari makhlukMu yang lebih hebat daripada
angin?"
Dia berfirman :
"Ya, anak Adam yang tangan kanannya menyedekahkan sesuatu dengan
tersembunyi dari tangan kirinya."
(Hadits ditakhrij
oleh Tirmidzi).Sabtu, 5 Januari 2013
K 158 Sedekah itu ada SEPULUH KEMULIAAN.
LIMA di dunia :
1. Menyucikan harta.
2. Menyucikan badannya.
3. Menolak bala dan penyakit.
4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang
mukmin adalah semulia-mulia amal.
5. Berkah hartanya dan diluaskan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA rezekinya.
LIMA di akhirat :
2. Menyucikan badannya.
3. Menolak bala dan penyakit.
4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang
mukmin adalah semulia-mulia amal.
5. Berkah hartanya dan diluaskan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA rezekinya.
LIMA di akhirat :
1. Dinaungkan ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA orang yang bersedekah di
hari kiamat ketika sangat panas.
2. Ringan hisabnya.
3. Berat timbangan amalannya di akhirat.
4. Mudah melalui titian sirat.
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga.
2. Ringan hisabnya.
3. Berat timbangan amalannya di akhirat.
4. Mudah melalui titian sirat.
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga.
Jumaat, 28 Disember 2012
K 125 Allah SWT amat memuliakan mereka yang bersedekah.
Aku lapar, mengapa kalian tidak memberiKu makan? Bagaimana kami memberi Engkau makan Yaa ALLAH? Engkau tahu ada orang yang lapar, tetapi engkau abaikan, sekiranya kalian memberinya makan, kalian akan temui Aku di sisinya[Hadist Qudsi].
Sedekah dari hati yang penuh ketulusan, mengantarkan pelakunya ke singgahsana di atas para Malaikat.
Makanan yang diberikan dengan hati yang tulus, terasa nikmat saat disantap oleh orang yang menerima sedekah.
Hari-hari yang diisi sedekah, berbeza daripada hari-hari yang tidak diisi dengan sedekah.
Sekali sahaja kita bersedekah dengan tulus, dan terus….kita ulangi dan ulangi lagi, maka selama itu terus kita lakukan, maka ketika itulah kita merasakan perubahan yang luar biasa dalam hidup kita.
Saat kematian datang, ada dua keinginan yang terucap dari bibir yang penuh penyesalan, ingin bersedekah dan ingin termasuk orang yang soleh.
[Mutiara dari surah al-Munafiqun :9-10].
Hidup dan mati orang yang rajin bersedekah dengan tulus ikhlas, jauh berbeza dengan hidup dan matinya orang yang bersedekah, namun tiada ketulusan di dalamnya.
Rujukan:
Langgan:
Catatan (Atom)

























