Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label PAHALA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAHALA. Papar semua catatan

Jumaat, 11 September 2020

V 87: GANDAAN PAHALA

 Allah Subhanahu Wata'ala Menggandakan Pahala Kebaikan Meskipun Sekecil Zarah.

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman:


إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ ۖ وَإِنْ تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِنْ لَدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا


Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisiNya pahala yang besar."
[Surah An-Nisa' ayat 40]


Kita selalu menganggap bahawa sesuatu yang "kecil" sebagai sesuatu yang remeh dan tidak mendatangkan apa-apa kesan jika melakukannya, baik ia berupa kebaikan ataupun keburukan. Mungkin kita lupa bahawa sesuatu yang besar itu diawali oleh sesuatu yang kecil.
Ada ketikanya amal kebaikan yang kecil, yang hanya dipandang sebelah mata, diberi penghormatan besar dan keselamatan bagi kebaikan manusia. Ada ketikanya pula, amalan yang hebat itu dibangga-banggakan, malah menjadi sebutan dan pujian ramai, tetapi tidak memberi manfaat, bahkan kadang-kadang mengundang fitnah pula.
Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu Wata'ala melipatgandakan amalan kebaikan yang dilakukan oleh seorang manusia walaupun kebaikan itu hanyalah sekecil zarah.

-Wan Muhammad Firdaus




Rabu, 2 Januari 2019

T 151 : PAHALA BUAT SEORANG ISTERI


“Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya, adalah lebih baik dari dia berpuasa setahun.”
“Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik daripada isteri itu mengerjakan haji dan umrah.”
“Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.”
“Apabila isteri hamil, ia dicatatkan sebagai seorang syahid jika dia meninggal dunia ketika melahirkan anak dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.”
“Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir).”
“Tidak akan putus ganjaran daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepada seorang isteri yang siang dan malam menggembirakan suaminya.”
“Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya reda, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga.”
(Hadis Riwayat Tarmizi)

“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah dia masuk syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.”

Subhanallah. Untungnya Wanita Muslim


Sabtu, 30 November 2013

M 124 : TUJUH AMALAN YANG PAHALANYA TERUS MENGALIR

Dalam sebuah Riwayat RASULULLAH SHALLALLAHU' ALAIHI WASALLAM bersabda :

"Sesungguhnya di antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang pelakukannya meninggal dunia adalah:
1. Ilmu yang disebar luaskannya (share atau halaman lainnya yang menyebarkan amal kebaikan). Termasuk menyebarkan ilmu dan anda mendapatkan Pahala kerananya.
2. Anak soleh yang ditinggalkan.
3. Mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskan.
4. Masjid atau Mushola yang dibangunnya.
5. Rumah yang dibangunnya untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan.
6. Sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang banyak dan lain.
7. Harta yang disedekahkannya.
(HR.Ibnu Majah)

Yaa ALLAH..
Yang Menguasai langit dan bumi, berikanlah kami kekuatan dan kemampuan kepada kami agar boleh mengamalkan ilmuMu.

Aamiin Ya Rabbal'alamin.


Jumaat, 14 Disember 2012

K 67 LAPAN Pahala Besar yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah tawarkan.



Inginkah anda  berada paling hampir di sisi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA?
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah bersabda :  

“Hamba ALLAH yang paling hampir dengan ALLAH adalah ketika hamba yang sujud kepada ALLAH.”

Oleh yang demikian marilah kita memperbanyakkan sujud kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam semua perkara. Kita sujud kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA disaat membina rumahtangga. Kita sujud kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA semasa melakukan perniagaan. kita sujud kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA semasa bertugas di pejabat. Kita sujud kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA semasa memakai pingat-pingat kebesaran/ciptaan manusia. Kita sujud kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA semasa  meguruskan jenazah, segala-galanya kita mengharapkan keberkatan dan kerahmatan  daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, kita tidak jadikan semua arahan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sebagai peluang perniagaan dan memeras untung sesama umat Islam.

Inginkah anda  pahala haji?

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah bersabda : 

“Menunaikan umrah semasa bulan Ramadan mendapat pahala sebagaimana pahala haji.”

Inginkah anda membina rumah di dalam Syurga?

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah bersabda : 

“Sesiapa membina masjid untuk ALLAH, ALLAH akan membina baginya sebuah Mahligai di dalam Syurga.”

Inginkah anda   keredaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA?

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah bersabda : 

“Sesiapa yang makan dan minum yang disertakan dengan pujian kepada ALLAH akan mendapat keredaan daripada  ALLAH.”

Inginkah anda doa dimakbulkan?

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah bersabda :  

“Doa di antara azan dan iqamah tidak akan ditolak.”
Inginkah anda  mendapat pahala puasa selama setahun?

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah bersabda : 

“Sesiapa berpuasa setiap bulan sebanyak 3 hari, maka dia akan mendapat pahala seperti berpuasa setahun.”

Inginkah anda pahala sebesar bukit?

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah bersabda : 

“Sesiapa berada di sisi  jenazah dan menunaikan solat jenazah ke atasnya serta menguburkannya dia akan mendapat pahala seperti 2 Qirat, sahabat bertanya apakah itu 2 Qirat, RASULULLAH SAW menjawab : 2 Qirat adalah 2 bukit yang besar.”

Inginkah anda  bersahabat dengan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM di dalam  Syurga?

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah bersabda : 

“Sesiapa memelihara anak yatim dia akan bersahabat dengan RASULULLAH SAW sebagaimana rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah.”

(Sanad dan riwayat hadis…)



Isnin, 3 Disember 2012

K 38 Cara minum yang mendapat Lima Puluh Pahala setiap kali minum



Cara untuk mendapat 50 pahala tersebut adalah:

1- Membaca Bismillah.

2- Minum dengan menggunakan tangan kanan.

3- Minum secara duduk.

4 -  Minum dengan kadar 3 tegukan.

5- Mengucap Alhamdulillah setelah selesai minum.

LIMA Pahala di atas  dikali dengan setiap perbuatan kebajikan yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA bonuskan 10 pahala, maka berhasil 50 pahala.

Rujukan:






































































Selasa, 6 November 2012

J 80 Mendapat Jutaan Pahala dalam masa satu minit

Apabila anda berdoa untuk kebaikan orang lain dengan  menyebut “Ya Allah kurniakan kebaikan untuk diriku dan juga semua kaum muslimin dan muslimat” setiap kali anda berdoa pasti anda akan mendapat jutaan pahala, sebagaimana banyaknya jumlah orang Islam bermula daripada Nabi Adam A.S. sehingga hari ini.

Berlumbalah melakukan kebaikan dengan menggunakan nikmat masa di dunia untuk perbelanjaan nikmat masa di Akhirat nanti.

Jangan leburkan nikmat masa di dunia untuk menempah bakaran api neraka di Akhirat nanti.


Khamis, 18 Oktober 2012

J 5 LAPAN Perkara mendatangkan pahala tanpa beribadat


1- Sesiapa ingin mendapat pahala solat malam semasa tidur maka jangan melakukan maksiat pada siang harinya.

2- Sesiapa yang ingin mendapat pahala puasa sunat sedangkan dia tidak berpuasa, maka jagalah lidahnya.

3- Sesiapa yang ingin kelebihan seperti para ulamak, maka hendaklah dia suka berfikir.

4- Sesiapa ingin pahala Jihad sedangkan dia berada di rumah, hendaklah dia berjihad melawan syaitan.

5- Sesiapa yang ingin pahala sedekah sedangkan dia tidak mampu bersedekah, maka hendaklah dia mengajar ilmu daripada apa yang dia telah pelajari.

6- Sesiapa yang mendapat pahala haji sedangkan dia tidak mampu, maka hendak sentiasa menunaikan solat Jumaat.

7- Sesiapa yang ingin Fadhilat Ahlul Ibadat, maka hendaklah dia memperbaiki hubungan sesama manusia dan jangan menimbulkan persengketaan sesama manusia.

8- Sesiapa yang ingin mencapai Fadhilat Abid ( Orang yang sentiasa dalam ibadat kepada Allah SWT ), maka hendaklah dia meredhai kepada sahabatnya dengan apa yang dia redhai pada dirinya sendiri.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 810.


Isnin, 8 Oktober 2012

I 114 LAPAN Perkara mendatangkan pahala tanpa beribadat

1- Sesiapa ingin mendapat pahala solat malam semasa tidur maka jangan melakukan maksiat pada siang harinya.

2- Sesiapa yang ingin mendapat pahala puasa sunat sedangkan dia tidak berpuasa, maka jagalah lidahnya.

3- Sesiapa yang ingin kelebihan seperti para ulama, maka hendaklah dia suka berfikir.

4- Sesiapa ingin pahala Jihad sedangkan dia berada di rumah, hendaklah dia berjihad melawan syaitan.

5- Sesiapa yang ingin pahala sedekah sedangkan dia tidak mampu bersedekah, maka hendaklah dia mengajar ilmu daripada apa yang dia telah pelajari.

6- Sesiapa yang mendapat pahala haji sedangkan dia tidak mampu, maka hendak sentiasa menunaikan solat Jumaat.

7- Sesiapa yang ingin Fadhilat Ahlul Ibadat, maka hendaklah dia memperbaiki hubungan sesama manusia dan jangan menimbulkan persengketaan sesama manusia.

8- Sesiapa yang ingin mencapai Fadhilat Abid (Orang yang sentiasa dalam ibadat kepada Allah SWT), maka hendaklah dia meredai kepada sahabatnya dengan apa yang dia redai pada dirinya sendiri.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 810.


Isnin, 27 Ogos 2012

H 39 DUA PULUH Perkara menghapus pahala amal soleh orang mukmin


Judul Asli: Mubthilaatul A’maal fii Dhau-il Qur’aanil Kariim was Sunnah Ash-Shahiihah Al-Muthahharah.
Penulis: Syaikh Salim bin ‘Ied Al-Hilali
Edisi Indonesia: Penyebab Rusaknya Amal Menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah yang Shahih.
Penterjemah: Badrussalam, Lc
Muraja’ah: Team Pustaka Imam Syafi’i.
Penerbit: Pustaka Imam Syafi’i, Bogor.
Ukuran: 15x17Cm2, 91 halaman.

Sesungguhnya kebahagiaan abadi seorang hamba adalah ia berada dalam Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Dan ini tidak boleh dicapai kecuali dengan beribadah kepada ALLAH SWT di atas Ilmu.
Ibadah dalam Islam tidak boleh diterima kecuali memenuhi dua syarat, iaitu ikhlas hanya kepada ALLAH SWT, dan ittiba’ (mengikuti contoh dari) RASULULLAH SAW. Sehingga, tanpa dipenuhinya dua syarat ini, maka ibadah seorang muslim sia-sia dan tertolak.

Untuk itulah, kami persembahkan di hadapan para pembaca sebuah risalah yang berjudul  “Penyebab Rosaknya Amal Menurut al Quran dan as Sunnah yang Shahih,” yang kami terjemahkan dari kitab “Mubthilaatul A’maal fii Dhau-il Qur’aanil Kariim was Sunnah Ash-Shahiihah Al-Muthahharah” karya Syeikh Salim bin ‘Ied Al-Hilali, dengan kajian yang dipenuhi dalil-dalil yang shahih, disertai dengan penjelasan yang mudah difahami.

Risalah ini kami terbitkan agar para pembaca dapat mengetahui penyebab rosaknya amal seorang muslim. Yang mana di saat ini, kondisi sebahagian besar kaum muslimin tidak mengetahui apa yang ada dalam agama mereka. Sehingga, banyak dari mereka melakukan hal-hal yang bertentangan dengan syariat, bahkan merosak amalan mereka.
Risalah ini berisi penjelasan bagaimana para salafus shalih takut jika amalan-amalan mereka batal tanpa terasa, dan bagaimana mereka menyikapinya. Selain itu, penulispun merincikan pembatal-pembatal amal yang kesemuanya dipaparkan disertai dengan dalil.

Akhirnya hanya kepada ALLAH SWT kami memohon, semoga risalah ini bermanfaat bagi kaum muslimin dan menjadikan upaya ini sebagai amal soleh semata-mata mengharap redhaNya. Selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada NABI MUHAMMAD SAW beserta keluarga, sahabat dan pengikutnya yang baik hingga hari kiamat.

Daftar Isi:

Muqaddimah

Bab 1. Salafus Shalih Merasa Takut Jika Amalan Mereka Batal Tanpa Terasa
Bab 2. Madzhab Salafus Shalih Tentang Pembatal-Pembatal Amal.

Pembatal-Pembatal Amal

1. Kufur, Syirik, Murtad dan Nifaq.

2. Riak.

3. Mengungkit-ungkit Kebaikan Disertai Menyakiti (Hati) Orang Yang Diberi Kebaikan.

4. Mendustakan Takdir.

5. Meninggalkan Solat Asar.

6. Bersumpah Atas Nama ALLAH SWT.

7. Menentang Rasul Dengan Perkataan atau Perbuatan.

8. Berbuat Bidaah Dalam Agama.

9. Melanggar Batasan ALLAH SWT Dalam Keadaan Rahsia.

10. Merasa Senang Dengan Pembunuhan Orang Mukmin.

11. Tinggal Bersama Orang-Orang Musyrik di Negeri Harbi.

12. Mendatangi Dukun dan Peramal.

13. Durhaka Kepada Kedua Orang Tua.

14. Pecandu Khamar.

15. Berkata Dusta dan Beramal Dengannya

16. Memelihara Anjing, Kecuali Untuk Menjaga Ternak dan Tanaman Serta Anjing Untuk Berburu.

17. Budak Yang Kabur, Sampai Ia Kembali Kepada Majikannya.

18. Wanita Yang Durhaka Kepada Suaminya Sampai Ia Kembali Taat.

19. Orang Yang Menjadi Imam dan Makmum Benci Kepadanya

20. Menghajr (Isolir) Seorang Mukmin tanpa Alasan Syar’i.
Rujukan :
http://ummualiyyah.blogspot.com/search/label/Buku%20Pembersih%20Jiwa


Selasa, 14 Ogos 2012

G 73 Mendapat TUJUH Ribu pahala dalam masa satu minit

Sesiapa membaca surah Al Fatihah 5 kali pasti mendapat 7000 pahala.
Sesiapa membaca surah Al Ikhlas 15 kali menyamai pahala membaca al Quran 5 kali.
Rujukan :
http://www.mazikao.net/vb/showthread.php?



Rabu, 8 Ogos 2012

F 144 Marilah kita mencari pahala dengan lidah kurniaan Allah SWT

Kita mungkin pernah mendengar ungkapan-ungkapan sepert ‘lidah tidak bertulang’ atau lidah itu lebih tajam daripada pedang. Daripada ungkapan-ungkapan itu nyatalah tugas lidah atau tutur kata amat besar dalam hidup manusia. Kesan terlanjur cakap tidak kurang yang tergadai maruah dan kerana mulut atau tutur kata juga menjadikan badan binasa.

Jika kita merenung tentang kejadian alam ciptaan Allah s.w.t nyatalah terdapat pelbagai keanehan dan perkara-perkara pelik yang dapat kita saksikan yang mana itu semua sebagai tanda tentang keagungan dan keesaaan Allah s.w.t.

Di antara keanehan keanehan itulah kita temui lidah. Ia adalah daging berbentuk kecil dan lembut yang terlindung di dalam mulut. Lidah juga termasuk daripada anugerah Allah Yang Maha Besar yang amat mustahak sebagai penghubung antara satu sama lain, menerusi percakapan mahupun untuk mencapai keredhaan Tuhan.

Lidah jugalah yang boleh menyebabkan manusia itu terjerumus ke dalam api neraka.

Berhati-hati

Oleh kerana lidah boleh membawa kepada perkara yang baik dan buruk, maka kita hendaklah berhati-hati dalam menggunakan lidah. Dalam hubungan lain, kita hendaklah berhati-hati apabila bertutur. Kesan tersalah cakap boleh membawa sakit hati kepada orang lain. Tidak kurang pula yang membawa kesusahan dan kerugian.

Oleh itu, sebaik-baik cara mengawal diri daripada perkara-perkara yang tidak diingini ialah dengan diam. Diam dalam erti kata tidak bercakap dalam perkara yang sia – sia dan tidak baik.

Sehubungan dengan ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud.

“Manusia itu ada tiga macam (jenis). 

Pertama: Yang mendapat pahala.
Kedua: Yang selamat daripada dosa.
Ketiga: Yang binasa.
Orang yang mendapat pahala ialah orang yang sentiasa mengingati Allah, berzikir dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa ialah orang yang sentiasa melakukan perkara-perkara maksiat.”

Orang yang beriman dan bijaksana selalunya tidak berkata atau bercakap sesuatu yang tidak berfaedah. Mereka seperti ini menjaga setiap tutur kata dan percakapan. Mereka mengelakkan daripada berkata sesuatu yang tidak berfaedah atau sia-sia apatah lagi mengumpat keji atau mencaci sesama manusia. Sesuai dengan Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Apabila kamu melihat orang mukmin itu pendiam dan mempunyai kehormatan diri, maka dekatilah dia, kerana dia akan mengajarkan kau ilmu hikmah.”

Nyatalah orang yang beriman akan menggunakan lidah dan bercakap hanya untuk perkara-perkara yang berfaedah. Setiap patah yang hendak diucapkan difikir semasak-masaknya supaya setiap patah yang ditutur itu berfaedah dan mendapat pahala. Kita juga dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya, Kerana, semakin banyak kita bercakap, semakin banyaklah kesilapan. Orang-orang munafik pula akan bercakap apa sahaja tanpa memikirkannya terlebih dahulu.

Di dalam sebuah Hadis lain yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Najah dan Abu Hurairah, disebutkan Rasulullah s.a.w. ditanya tentang sebab terbesar yang membawa masuk syurga. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:

“Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.”

Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah s.a.w. menjawab:

“Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”

Daripada hadis di atas jelaslah penyalahgunaan lidah iaitu kerana tuturkata dan percakapan dan juga penggunaan kemaluan yang bertentangan dengan hukum-hukum boleh membawa manusia ke neraka.

Seorang ahli sufi yang terkenal, al-Hassan al-Basri pula pernah menyebutkan, orang yang tidak menjaga lidahnya ialah orang yang tidak memahami agamanya. Oleh itu, sebagai orang Islam, kita hendaklah menjaga lidah kita daripada bertutur perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah seperti mengumpat, mencaci dan berbohong.

Bertentangan

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

“Berbahagialah orang yang menahan kelebihan lidahnya dan membelanjakan kelebihan hartanya.”

Untuk menjaga keharmonian hidup dalam masyarakat amatlah penting kira mengawal lidah agar tidak timbul perselisihan dan perbalahanSebuah masyarakat yang aman dan harmoni terbentuk kerana ahlinya hidup kasih mengasihi antara satu sama lain, tidak menghasut dan mempelagakan antara satu sama lain.

Luqmanul Hakim pernah ditanya: “Apakah falsafah hidupmu?” Beliau menjawab: “Aku tidak bertanya sesuatu yang telah memadai bagiku dan aku tidak memberatkan diriku akan sesuatu yang tidak penting bagiku.”

Tidak syak lagi penyalahgunaan lidah dan percakapan itu bukan sahaja menjadikan seseorang itu menerima seksaan Allah swt malah kesannya amat buruk kepada masyarakat. Kesan percakapan yang tidak sihat dan tuduh menuduh, umpat mengumpat dan hasut menghasut menjadikan sebuah masyarakat huru hara dan porak peranda.

Oleh itu kita sebagai umat Islam hendaklah berhati-hati apabila bercakap. Sebelum berkata, fikirlah dulu buruk baiknya kerana jika tersilap kata buruk padahnya. Peribahasa kita ada menyebut: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Dengan apa yang dipaparkan ini, semoga dapat dimanfaatkan bersama dan juga yang lainnya.

Wallahu a’lam
Rujukan:

http://www.muslimdiary.com/


Ahad, 5 Ogos 2012

F 18 TUJUH SUMBER PAHALA YANG BERTERUSAN SEHINGGA KE SYURGA

Daripada Anas RA berkata, tujuh perkara yang menyumbangkan  pahala yang selepas mati :

1-Mereka yang membina masjid, tetap akan mendapat pahala selagi ada orang beribadat dalam masjid tersebut.

2-Mereka yang membina sistem pengairan, selagi ada manusia mengambil manfaat dari sistem pengairan tersebut.

3-Mereka yang menulis al Quran, selagi ada manusia membaca al Quran tersebut.

4-Mereka yang membina perigi atau tempat minuman, selagi ada manusia mengguna tempat tersebut.

5-Mereka yang bercucuk tanam, selagi ada manusia atau haiwan yang mengambil faedah daripadanya.

6-Mereka yang mengajar atau menyebarkan Ilmu berguna, selagi manusia beramal dengan ilmu yang disebarkan.                                                                           

7-Mereka yang berjaya mendidik anak menjadi Insan Soleh, segala ibadat yang dilakukan anak yang soleh akan sampai pahala kepada kedua ibubapanya.

Kitab 1001 Fegh Nasihah, m/s : 76.



Sabtu, 4 Ogos 2012

F 9 PAHALA YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH SWT

Ibnu Mubarak menceritakan bahawa Khalid bin Ma’dan berkata kepada Mu’adz, “Mohon Tuan ceritakan hadis Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam yang Tuan hafal dan yang Tuan anggap paling berkesan. Hadis manakah menurut Tuan?

Jawab Mu’adz, “Baiklah, akan kuceritakan.”

Selanjutnya, sebelum bercerita, beliaupun menangis. Beliau berkata, “Hmm, Betapa rindunya diriku pada Rasulullah, ingin rasanya diriku segera bertemu dengan beliau.”
Kata beliau selanjutnya, “Tatkala aku menghadap Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, beliau menunggang unta dan menyuruhku agar naik di belakang beliau. Kemudian berangkatlah kami dengan berkenderaan unta itu. Selanjutnya beliau menadah ke langit dan bersabda:

Puji syukur ke hadrat Allah Yang Berkehendak atas makhlukNya, ya Mu’adz!

Jawabku, “Ya Sayyidi l-Mursalin.”

Beliau kemudian berkata, ‘Sekarang aku akan mengisahkan satu cerita kepadamu. Apabila engkau menghafalnya, cerita itu akan sangat berguna bagimu. Tetapi jika kau menganggapnya remeh, maka kelak di hadapan Allah, engkau pun tidak akan mempunyai hujah (argumen).

Hai Mu’adz! Sebelum menciptakan langit dan bumi, Allah telah menciptakan tujuh malaikat. Pada setiap langit terdapat seorang malaikat penjaga pintunya. Setiap pintu langit dijaga oleh seorang malaikat, menurut darjat pintu itu dan keagungannya.
Dengan demikian, malaikat pulalah yang memelihara amal si hamba. Suatu saat sang Malaikat pencatat membawa amalan sang hamba ke langit dengan kemilau cahaya bak matahari.

Sesampainya pada langit tingkat pertama, malaikat Hafadzah memuji amalan-amalan itu. Tetapi setibanya pada pintu langit pertama, malaikat penjaga berkata kepada malaikat Hafadzah:
“Tamparkan amal ini ke muka pemiliknya. Aku adalah penjaga orang-orang yang suka mengumpat. Aku diperintahkan agar menolak amalan orang yang suka mengumpat. Aku tidak mengizinkan ia melewatiku untuk mencapai langit berikutnya!”
Keesokan harinya, kembali malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amal soleh yang berkilau, yang menurut malaikat Hafadzah sangat banyak dan terpuji.

Sesampainya di langit kedua (ia melepasi langit pertama, sebab pemiliknya bukan pengumpat), penjaga langit kedua berkata, “Berhenti, dan tamparkan amalan itu ke muka pemiliknya. Sebab ia beramal dengan mengharap dunia. Allah memerintahkan aku agar amalan ini tidak sampai ke langit berikutnya.”
Maka para malaikatpun melaknat orang itu.
Di hari berikutnya, kembali malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amalan seorang hamba yang sangat memuaskan, penuh sedekah, puasa, dan berbagai kebaikan, yang oleh malaikat Hafadzah dianggap sangat mulia dan terpuji.

Sesampainya di langit ketiga, malaikat penjaga berkata:
“Berhenti! Tamparkan amal itu ke wajah pemiliknya. Aku malaikat penjaga kibr (sombong). Allah memerintahkanku agar amalan semacam ini tidak pintuku dan tidak sampai pada langit berikutnya. Itu kerana salahnya sendiri, ia takbur di dalam majlis.”
Singkat kata, malaikat Hafadzahpun naik ke langit membawa amal hamba lainnya. Amalan itu bersifat bak bintang kejora, mengeluarkan suara gemuruh, penuh dengan tasbih, puasa, solat, ibadah haji, dan umrah.

Sesampainya pada langit keempat, malaikat penjaga langit berkata:
“Berhenti! Tamparkan amal itu ke wajah pemiliknya. Aku adalah malaikat penjaga ujub (rasa bangga terhadap kehebatan diri sendiri). Allah memerintahkanku agar amal ini tidak melewatiku. Sebab amalnya selalu disertai ujub.”
Kembali malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amal hamba yang lain. Amalan itu sangat baik dan mulia, jihad, ibadah haji, ibadah umrah, sehingga berkilauan bak matahari.

Sesampainya pada langit kelima, malaikat penjaga mengatakan:
“Aku malaikat penjaga sifat hasud(dengki). Meskipun amalannya bagus, tetapi ia suka hasud kepada orang lain yang mendapat kenikmatan Allah swt. Bererti ia membenci yang meredhai, yakni Allah. Aku diperintahkan Allah agar amalan semacam ini tidak melewati pintuku.”
Lagi, malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amal seorang hamba. Ia membawa amalan berupa wuduk yang sempurna, solat yang banyak, puasa, haji, dan umrah.

Sesampai di langit keenam, malaikat penjaga berkata:
“Aku malaikat penjaga rahmat. Amal yang kelihatan bagus ini tamparkan ke mukanya. Selama hidup ia tidak pernah mengasihani orang lain, bahkan apabila ada orang ditimpa musibah ia merasa senang. Aku diperintahkan Allah agar amal ini tidak melewatiku, dan agar tidak sampai ke langit berikutnya.”
Kembali malaikat Hafadzah naik ke langit. Dan kali ini adalah langit ke tujuh. Ia membawa amalan yang tak kalah baik dari yang lalu. Seperti sedekah, puasa, solat, jihad, dan warak. Suaranya pun menggeledek bagaikan petir menyambar-nyambar, cahayanya bak kilat.

Tetapi sesampai pada langit ke tujuh, malaikat penjaga berkata:
“Aku malaikat penjaga sum’at (sifat ingin terkenal). Sesungguhnya pemilik amal ini menginginkan ketenaran dalam setiap perkumpulan, menginginkan darjat tinggi di kala berkumpul dengan kawan sebaya, ingin mendapatkan pengaruh dari para pemimpin. Aku diperintahkan Allah agar amal ini tidak melewatiku dan sampai kepada yang lain. Sebab ibadah yang tidak kerana Allah adalah riak. Allah tidak menerima ibadah orang-orang yang riak.”
Kemudian malaikat Hafadzah naik lagi ke langit membawa amal dan ibadah seorang hamba berupa solat, puasa, haji, umrah, ahlak mulia, pendiam, suka berzikir kepada Allah. Dengan diiringi para malaikat, malaikat Hafadzah sampai ke langit ketujuh hingga menembus hijab-hijab (tabir) dan sampailah di hadapan Allah. Para malaikat itu berdiri di hadapan Allah. Semua malaikat menyaksikan amal ibadah itu shahih, dan diikhlaskan kerana Allah.

Kemudian Allah berfirman:

“Hai Hafadzah, malaikat pencatat amal hambaKu, Aku-lah Yang Mengetahui isi hatinya. Ia beramal bukan untuk Aku, tetapi diperuntukkan bagi selain Aku, bukan diniatkan dan diikhlaskan untukKu. Aku lebih mengetahui daripada kalian. Aku laknat mereka yang telah menipu orang lain dan juga menipu kalian (para malaikat Hafadzah). Tetapi Aku tidak tertipu olehnya. Aku-lah Yang Maha Mengetahui hal-hal ghaib. Aku mengetahui segala isi hatinya, dan yang samar tidaklah samar bagi-Ku. Setiap yang tersembunyi tidaklah tersembunyi bagiKu. PengetahuanKu atas segala sesuatu yang telah terjadi sama dengan pengetahuanKu atas segala sesuatu yang belum terjadi. PengetahuanKu atas segala sesuatu yang telah lewat sama dengan yang akan datang. PengetahuanKu atas segala yang telah lewat sama dengan yang akan datang. PengetahuanKu atas orang-orang terdahulu sama dengan pengetahuanKu atas orang-orang kemudian.

Aku lebih mengetahui atas sesuatu yang samar dan rahsia. Bagaimana hambaKu dapat menipu dengan amalnya. Mereka mungkin dapat menipu sesama makhluk, tetapi Aku Yang Mengetahui hal-hal yang ghaib. Aku tetap melaknatnya…!”
Tujuh malaikat di antara tiga ribu malaikat berkata, “Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami atas mereka.”
Kemudian semua yang berada di langit mengucapkan, “Tetaplah laknat Allah kepadanya, dan laknatnya orang-orang yang melaknat.”‘

Sayyidina Mu’adz (yang meriwayatkan hadits ini) kemudian menangis tersedu-sedu. Selanjutnya berkata, “Ya Rasulallah, bagaimana aku boleh selamat dari semua yang baru engkau ceritakan itu?”

Jawab Rasulullah, “Hai Mu’adz, ikutilah Nabimu dalam masalah keyakinan.”

Tanyaku (Mu’adz), “Engkau adalah Rasulullah, sedang aku hanyalah Mu’adz bin Jabal. Bagaimana aku boleh selamat dan terlepas dari bahaya tersebut?”

Berkatalah Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam, “Memang begitulah, bila ada kelengahan dalam amal ibadahmu. Kerana itu, jagalah mulutmu jangan sampai menburukkan orang lain, terutama kepada sesama ulama. Ingatlah diri sendiri tatkala hendak menburukkan orang lain, sehingga sedar bahawa dirimupun penuh aib. Jangan menutupi kekurangan dan kesalahanmu dengan menburukkan orang lain. Janganlah mengorbitkan dirimu dengan menekan dan menjatuhkan orang lain. Jangan riak dalam beramal, dan jangan mementingkan dunia dengan mengabaikan akhirat. Jangan bersikap kasar di dalam majlis agar orang takut dengan keburukan akhlakmu. Jangan suka mengungkit-ungkit kebaikan, dan jangan menghancurkan peribadi orang lain, kelak engkau akan dirobek-robek dan dihancurkan anjing Jahanam, sebagaiman firman Allah dalam surah An-Naziat ayat 2.”

Tanyaku selanjutnya, “Ya Rasulallah, siapakah yang bakal menanggung penderitaan seberat itu?”

Jawab Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam, “Mu’adz, yang aku ceritakan tadi akan mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah. Engkau harus mencintai orang lain sebagaimana engkau menyayangi dirimu. Dan bencilah terhadap suatu hal sebagaimana kau benci bila itu menimpa dirimu. Jika demikian engkau akan selamat.”
Khalid bin Ma’dan meriwayatkan, “Sayyidina Mu’adz sering membaca hadis ini seperti seringnya membaca al Quran, dan mempelajari hadis ini sebagaimana mempelajari al Quran di dalam majlis.”

Sumber: Al Ghazali, Minhajul Abidin, dan Bidayatul Hidayah