Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label AGAMA ISLAM - KEROHANIAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AGAMA ISLAM - KEROHANIAN. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Ogos 2012

H 12 TIGA Perkara tunjang kerohanian yang amat penting

Yahya Bin Muaz Ar-Razi berkata :

1- Mati itu ibarat jambatan yang menyambung hamba dengan ALLAH SWT yang dicintainya.

2- Iman yang seketika itu membasuh dosa dua ratus tahun.

3- Oleh kerana orang yang cintakan ALLAH SWT sentiasa melakukan dosa, apabila dia berada dalam dirinya. Bagaimana pula dia bertanggungjawab terhadap dosanya? (Bagaimana kita boleh mengaku kita cintakan ALLAH SWT, sedangkan diri kita sentiasa dipenuhi dengan dosa?).

4- Jika mati ada dijual di pasar, orang yang cintakan ALLAH SWT akan membelinya.

5- Kurangkan bercampur dengan ahli dunia dan banyakkan menyembah ALLAH SWT.

6- Orang yang kaya dan berkat serta sentiasa menyebut nama ALLAH SWT adalah orang yang benar-benar kaya. Orang yang kaya melalui usahanya sendiri tanpa menyebut nama ALLAH SWT adalah orang yang miskin.

7- Dunia itu adalah tempat ibadat.

8- Merindui ALLAH SWT seketika adalah lebih berharga dari dunia ini.

9- Dunia ini pasar syaitan, takutlah kepadanya. Dunia (dosa dan syahwat) ini adalah minuman syaitan, jangan kamu menikmatinya.

10- Sesiapa banyak makan dia akan menjadi hamba hawa nafsu. Pada perut yang berlapar kerana ALLAH SWT itu terdapat rahmat ALLAH SWT serta sinar keimanan.

11- Berhati-hatilah makan bersama orang kaya.

12- Seorang abid (orang yang benar-benar beribadat kepada ALLAH SWT) akan mencapai ketenangan pada empat tempat :

1-    Ketika keseorangan.
2-    Di dalam masjid.
3-    Di kubur.
4-    Di hutan.

13-Penghalang yang paling besar kepada mereka yang baru ingin menuju ALLAH SWT adalah apabila bercampur dengan ahli dunia.

14- Tiga perkara yang wajib dibuang untuk mencapai mutu kerohanian yang tinggi:

1-Membuang rasa keinginan untuk mendapat pangkat dan kemuliaan.
2-Membuang keinginan hawa nafsu.
3-Membuang hal-hal keduniaan (perkara dunia yang tidak memberi berkat).

15- Rahsia Kejayaan untuk bertemu dengan ALLAH SWT adalah Tawakkal kepada ALLAH SWT dan palingkan wajah anda daripada mementingkan keduniaan.

16- Jika kamu redha dengan ALLAH SWT pasti ALLAH SWT akan redha dengan kamu.
Kitab Tazkiyah Awliya’. m/s : 93 – 94.


Jumaat, 10 Ogos 2012

F 145 SEPULUH Cara menilai diri dalam membentuk keperibadian mulia

1.      Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2.      Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3.      Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4.      Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5.      Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6.      Orang yang sudah hilang sifat marah – dayus, cepat melahirkan sifat marah – lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7.      Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8.      Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9.      Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.  Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribaditanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Rujukan:

http://www.muslimdiary.com/


Rabu, 8 Ogos 2012

F 137 WUDUK MELAHIRKAN TUJUH SIFAT KEROHANIAN/SPRITUAL TERPUJI

1-Melahirkan perasaan untuk bertaubat kepada Allah SWT.
2-Menyesal di atas dosa yang telah dilakukan.
3-Menghilangkan perasaan cinta kepada dunia yang keterlaluan.
4-Menghilangkan perasaan riak dan tidak mengharap pujian dari mana-mana pihak.
5-Menghilangkan perasaan bangga diri.
6-Menghilangkan sifat khianat dan menipu.
7-Menghapuskan sifat dengki.

Rujukan:

Berdialog Dengan Allah SWT, m/s : 51.