Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label KISAH SEBAGAI PEDOMAN HIDUP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KISAH SEBAGAI PEDOMAN HIDUP. Papar semua catatan

Isnin, 21 April 2014

Q 57 : BAHANA GHAIRAH BERAKSI LUCAH

KOTA BHARU - Seorang penuntut sebuah kolej hidup dalam kebimbangan apabila aksi lucah dilakukan ketika berbual secara panggilan video dirakam dan diugut untuk disebarkan di laman sosial.
Malah, remaja berusia 19 tahun yang beralamat di Kubang Kerian itu juga diperas ugut supaya membayar RM6,000 oleh seorang individu yang dikenali melalui akaun Facebooknya itu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Kormisioner Azham Othman berkata, pada jam 8 malam, 22 Disember lalu, akaun Facebook pengadu menerima pelawaan ‘add friend’ daripada seorang individu yang menggunakan nama, Nickaah Nayss.
Mereka berbual sehinggalah pada jam 1.48 pagi, tarikh berikutnya, Nickaah Nayss kemudian menghantar mesej Facebook dan mengajak pengadu berbual melalui panggilan video, Skype.
“Di dalam perbualan tersebut, pengadu telah melakukan perbuatan lucah seorang diri sehinggakan Nickaah Nayss menyuruh pengadu menunjukkan perbuatan itu kepadanya.
“Hanya pengadu sahaja yang menunjukkan kemaluan dan wajah sementara Nickaah Nayss sebaliknya serta wajahnya pula kabur,” katanya kepada pemberita, semalam.
Tanpa diduga, perbuatan lucah yang berlangsung selama sejam antara 5 dan 6 pagi itu rupanya dirakam Nickaah Nayss dan dimuatkan ke dalam Youtube peribadinya.
“Pengadu kemudian diugut membayar RM6,000 sekiranya mahu video tersebut dipadamkan dan tidak disebar. Pengadu yang ketakutan meminta jumlah itu dikurangkan kepada RM4,000.
“Nickaah Nayss kemudian bersetuju dan meminta wang dimasukkan melalui akaun sebuah bank. Dia juga meminta pendahuluan RM2,000 tetapi jumlah itu dikurangkan kepada RM1,000, manakala bakinya dipersetujui untuk dijelaskan kemudian,” katanya.
Azham berkata, pengadu kemudian menceritakan kejadian itu kepada bapanya sebelum dia disuruh membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

Nauzubillah, hati-hatilah awak semua, jangan mengikut nafsu. jaga maruah diri.




Jumaat, 18 April 2014

Q 46 : SALAHUDDIN AL AYUBBI DI ZAMAN KANAK-KANAKNYA

Ketika Salahuddin Al Ayubbi masih kecil, beliau bermain dengan kanak-kanak yang lain di jalanan. Ayahnya telah melihatnya, lantas mengambilnya keluar dari tengah-tengah kumpulan kanak-kanak itu. Lalu ayahnya menjulang tinggi Salahuddin dengan kedua belah tangannya.
Ayahnya seorang lelaki yang berbadan tegap berkata;
“Aku menikahi ibumu dan ibumu melahirkanmu bukan untukmu bermain-main dengan kanak-kanak yang lain. Akan tetapi, aku menikahi ibumu dan ibumu melahirkanmu adalah supaya kamu MEMBEBASKAN MASJIDIL AQSA!”
Kemudian ayahnya pun melepaskan Salahuddin dari tangannya dan Salahuddin pun jatuh ke tanah. Ayahnya melihat wajah anaknya dan tahu bahawa anaknya itu sedang menahan kesakitan.
Lantas ayahnya bertanya: “Sakitkah jatuh tadi?”
Salahuddin menjawab: “Sakit.”
Ayahnya bertanya lagi: “Habis, kenapa tidak meraung kesakitan?”
Salahuddin membalas: “Tidak wajar bagi seorang yang bakal membebaskan Masjidil Aqsa itu berteriak / meraung kesakitan.”




Selasa, 8 April 2014

P 121 : KISAH 1 EKOR KAMBING DITUKAR DENGAN 4000 KAMBING DAN DINAR

Dikisahkan Abul-Hasan Madani rah.a. berkata, “Ketika Hasan r.a., Husain r.a., dan Abdullah bin Ja’far r.a. sedang melakukan perjalanan untuk melakukan ibadah haji, di perjalanan, unta yang membawa perbekalan mereka telah terpisah dengan mereka. Maka mereka melanjutkan perjalanan dalam keadaan lapar dan haus. 

Pada saat mereka melewati sebuah khemah, di dalamnya terlihat seorang wanita tua. Mereka bertanya kepada wanita itu, “Apakah engkau mempunyai sesuatu untuk kami minum?” Ia menjawab, “Ya, ada.” Maka turunlah mereka dari unta mereka. 

Wanita tua itu memiliki seekor kambing betina yang sangat kecil. Dengan menunjuk ke arah kambing itu, ia berkata, “Perahlah susunya kemudian minumlah sedikit-sedikit. Merekapun memerah susunya, kemudian meminumnya. 

Kemudian mereka bertanya, “Adakah sesuatu untuk dimakan?” Wanita tua itu berkata, “Silakan salah seorang di antara kalian menyembelihnya. Aku akan memasakkannya.” 

Maka salah seorang di antara mereka menyembelihnya, dan wanita tua itu memasaknya. Setelah mereka makan dan minum, pada petang harinya ketika mereka mahu melanjutkan perjalanan, mereka berkata, “Kami adalah orang-orang dari Bani Hasyim. Sekarang ini kami sedang melakukan safar untuk ibadah haji. Jika kami selamat sampai ke Madinah, datanglah kepada kami, kami akan membalas kemurahan hatimu. 

Setelah berkata demikian, pergilah mereka. 

Pada petang harinya, ketika suami wanita itu datang, wanita tua kemudian menceritakan kisah orang-orang dari Bani Hasyim tersebut. 

Mendengar penuturan isterinya itu, suaminya sangat marah dan berkata, “Engkau telah menyembelih kambing untuk orang asing yang tidak dikenal.” Isterinya menjawab, “Mereka dari Bani Hasyim.” 

Ringkas cerita, setelah suaminya marah-marah, ia terdiam. Beberapa lama kemudian, ketika kedua suami isteri tersebut didera kemiskinan, keduanya pergi ke Madinah untuk bekerja sebagai buruh. Sepanjang hari, mereka mengambil kotoran haiwan dan mengeringkannya, lalu menjualnya untuk mempertahankan hidup.

Pada suatu hari, ketika wanita tua itu sedang memunguti kotoran binatang, Hasan r.a. tengah duduk di depan rumahnya. Ketika wanita tua tersebut lewat, Hasan r.a. melihatnya dan mengenalinya. Kemudian Hasan r.a. menyuruh hamba sahayanya untuk memanggil wanita tua itu. 

Sesampainya di hadapan Hasan r.a., ia bertanya, “Wahai hamba Allah, apakah engkau mengenaliku?” Ia menjawab, “Aku tidak mengenali engkau.” Hasan r.a. berkata, “Aku adalah tamumu yang pernah meminum susu kambing dan memakan dagingnya. Wanita tua itu tetap merasa belum kenal. Tetapi sejurus kemudian ia berkata, “Demi Allah, engkaukah tamuku itu?” Hasan r.a. berkata, “Ya, akulah tamumu.” 

Dan setelah berbicara seperti itu, Hasan r.a. menyuruh hamba sahayanya membeli kambing sebanyak seribu ekor untuk diberikan kepada wanita tua tersebut. Di samping memberi seribu kambing, Hasan r.a. juga memberinya seribu dinar. Lalu Hasan r.a. menyuruh hamba sahayanya untuk membawa wanita tua itu menemui adiknya, Husain r.a.. 

Husain r.a. bertanya, “Balasan apa yang diberikan oleh kakakku, Hasan?” Ia menjawab, “Seribu ekor kambing dan seribu dinar.” Setelah mendengar jawapan itu, Husain r.a. juga menyerahkan pemberian yang sama sebagaimana yang diberikan oleh kakaknya. Setelah itu, ia dihantar kepada Abdullah bin Ja’far r.a.. Iapun menyelidiki apa yang telah diberikan oleh kedua cucu Rasulullah saw. tersebut, dan setelah mengetahuinya, ia memberikan kepada wanita tua itu dua ribu kambing dan dua ribu dinar, dan ia berkata, “Jika engkau datang kepadaku terlebih dahulu, aku akan memberimu lebih dari ini. 

Lalu wanita tua itu menyerahkan empat ribu ekor kambing dan empat ribu dinar kepada suaminya sambil berkata, “Ini adalah ganti dari kambing kita yang lemah itu.” 

[Imam Abu Hamid Al-Ghazali dalam kitabnya: Ihya']


Jumaat, 4 April 2014

P 99 : KISAH REMAJA PENCINTA AL AQSA

Saya merasa amat bersyukur kerana berpeluang untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan perkongsian bersama Sheikh Raed Solah, tokoh pejuang pembebasan al Quds. Pertemuan ini terus menyuntik semangat untuk berjuang melalui perkongsian pengalaman seorang tokoh yang telah mewakafkan dirinya untuk kemuliaan Masjid al Aqsa dan Baitul Maqdis.
Sheikh Raed Solah telah menceritakan kisah seorang remaja yang tingga berdekatan Masjid al Aqsa yang begitu mencintai syahid. Remaja ini sangat mempunyai hubungan yang intim dengan Masjid al Aqsa dan sanggup berbuat apa sahaja untuknya.
Suatu hari beliau telah mendengar berita bahawa para pelampau Yahudi akan masuk ke Masjid al Aqsa dan akan membuat kekacauan yang bakal menodai kesucian kiblat pertama umat Islam ini pada keesokan harinya.
Remaja ini telah bersolat dan bermunajat bersungguh-sungguh kepada Allah swt pada sebelah malam supaya dia dipilih di kalangan mereka yang syahid demi memelihara kesucian masjid ini. Dia bukan sahaja tidur dengan lena pada malam tersebut, bahkan telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw dan baginda telah memberi pesan beserta berita baik kepadanya.
Keesokan paginya, remaja ini memberitahu ibunya bahawa beliau telah bertemu dengan Rasulullah saw, yang telah menjanjikan berita baik kepadanya. Ibunya bertanya kepada beliau tentang berita baik yang dikhabarkan oleh Baginda. Remaja itu menjawab bahawa dia telah berjanji dengan Rasulullah saw untuk tidak menceritakan janji tersebut kepada sesiapa.
Remaja ini memohon maaf daripada ibunya sebelum dia berjalan kaki ke Masjid al Aqsa. Sebaik sahaja tiba di Masjid al Aqsa, dia mendapati pelampau zionis sedang mencemari kemuliaan masjid ini dengan pelbagai perbuatan keji dan upacara yang melampau. Berlaku pertembungan di antara pelampau Yahudi dengan remaja ini yang menyertai beberapa pemuda yang lain. Ditakdirkan Allah remaja ini terkorban syahid di dalam Masjid al Aqsa yang merupakan antara 3 masjid yang paling mulia di sisi Allah swt.
Jenazah remaja ini diusung sebagai jenazah seorang pejuang. Apabila jenazah ini sampai ke rumahnya, barulah ibunya mengetahui apakah berita baik yang dijanjikan oleh Rasulullah swt kepada anak remajanya yang sangat intim dengan masjid al Aqsa dan sangat mencintai syahid…..
Subhanallah…., inilah seorang daripada ribuan generasi remaja yang berjiwa besar di Palestin yang begitu mencintai perjuangan pembebasan al Quds sehingga bersedia untuk mewakafkan dirinya demi perjuangan yang mulia ini.
Tanpa malu, butiran air mata hangat mengalir deras membasahi pipiku kerana mengenangkan diri betapa jauhnya aku jika dibandingkan dengan remaja al Quds ini.
Jzk Sheikh al Aqsa,… kehadiranmu telah menyuntik semangat kami agar terus bekerja tanpa banyak menoleh ke belakang lagi.
Perkongsian dari Sheikh Raed Solah
Putrajaya – 8hb Sept 2012
By: Dr Zainur Rashid Zainuddin


Khamis, 6 Mac 2014

P 62 : MENGELUH KERANA MISKIN

Seorang lelaki duduk kesedihan seorang diri, kemudian ditegur oleh seorang tua yang kebetulan lalu di situ
Orang Tua: Hai pemuda,mengapa engkau bersedih
Pemuda : Aku sedih kerana aku miskin, tidak mempunyai wang dan harta.
Orang Tua: Aku seorang peniaga yang mempunyai banyak harta, mahukah kamu jika aku berikan kamu wang sebanyak RM 1 juta, namun matamu kuambil sehingga kau menjadi buta?
Pemuda: Hah? Tak mungkin..apa guna aku ada wang tetapi tak dapat melihat.
Orang Tua: Kalau begitu,mahukah kamu jika aku berikan RM 1juta kepadamu namun kemaluanmu kupotong?
Pemuda:Tidak sama sekali! Aku lebih rela mati!
Orang tua: Hmm..Kalau begitu aku beri kamu RM 1 Juta tetapi engkau mesti memakan ubat ujikaji ini yang akan menjadikanmu bisu dan pekak.
Pemuda: Engkau gila. Tak guna aku ada wang sebanyak itu jika aku tak dapat mendengar dan bercakap. Aku akan kesunyian.

Orang Tua: Lihat,engkau ada harta bernilai lebih dari RM 3 juta yang dikurniakan oleh tuhanmu kepadamu,mengapakah engkau menangis dan bersedih kerana helaian helaian kertas(duit)? Engkau sangka duit yang banyak akan menyelamatkanmu di dalam kubur?




Selasa, 25 Februari 2014

P 41 : KENAPA DR. MAURICE BUCAILLE MEMELUK ISLAM SELEPAS BEDAH MUMIA FIRAUN?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.

Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.

Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.

Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

mumia ramses

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.

Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”.
(Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.

Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.”
(Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Quran, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al Quran. “Al Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al Quran benar-benar kalam Allah!




P 37 : CUKUP ALLAH SEBAGAI SAKSI DAN PENJAMIN

Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu: 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan: 

Ada seorang lelaki dari Bani Israil yang hendak meminjam wang sebanyak 1,000 dinar kepada sebahagian Bani Israil yang lain. 

Orang yang akan meminjamkan wang berkata: 

“Datangkan kepadaku beberapa saksi untuk menjadi saksi.” 

Lalu orang yang meminjam berkata:

“Cukup hanya Allah Subhanahu wa taala sebagai saksi,” 

Orang yang akan memberi pinjaman berkata lagi:

“Datangkan kepadaku seseorang sebagai penjamin.” 

Orang yang akan meminjam wang berkata:

“Cukup hanya Allah Subhanahu wa Taala sebagai penjamin.” 

Lalu orang yang akan meminjamkan wang berkata:

“Engkau benar.” 

Pada waktu yang telah ditentukan, Bani Israil tersebut ingin membayar hutang kepada sahabatnya. 

Kemudian dia menuju ke laut mencari sebuah kapal yang boleh dia tumpangi dan membawanya ke negeri seberang untuk membayar hutang tersebut. 

Namun dia tidak menemukan sebuah kapalpun yang berlayar, dikeranakan cuaca buruk dan gelombang yang besar. 

Lalu dia mengambil sepotong kayu dan melubanginya, lantas meletakkan wang sejumlah seribu dinar di dalamnya. 

Setelah itu dia mengaitkan antara ujung kayu yang satu dengan ujung kayu yang lain hingga rata. 

Ia membawa kayu itu ke laut. Kemudian dia berkata: 

“Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku telah meminjam wang dari fulan sebanyak seribu dinar. Dia memintaku mendatangkan seseorang sebagai penjamin, aku mengatakan kepadanya, `Cukup hanya Allah yang menjadi penjaminku.’ Diapun redha dengan semua ini demi Engkau. Si fulan juga memintaku untuk mendatangkan seseorang sebagai saksi, lalu aku berkata kepadanya, ‘Cukup hanya Allah sebagai saksi.’ Diapun redha dengan semua itu demi Engkau. Aku sudah berusaha untuk mendapatkan sebuah kapal untuk aku hantarkan kepadanya wang yang telah dia pinjamkan kepadaku, tetapi aku tidak mendapatkan kapal tersebut, sekarang aku menyerahkan semuanya kepadaMu.” 

Setelah itu dia melemparkan potongan kayu tersebut ke lautan. Lalu dia memandang ke tengah laut untuk mencari seseorang yang berlayar yang boleh menghantarkannya ke negeri seberang. 

Sementara itu, lelaki yang meminjamkan wangnya kepada Bani Israil tersebut keluar untuk mencari kayu bakar di tengah lautan, seketika ia mendapatkan potongan kayu yang berisi uang tersebut. 

la pun membawa potongan kayu itu  yang ia anggap sebagai kayu bakar  untuk diberikan kepada keluarganya. 

Ketika ia membelah kayu itu, ia mendapatkan dinar di dalam kayu itu. 

Pada saat yang bersamaan orang yang meminjam wang datang dengan membawa wang sebesar 1,000 dinar, seraya berkata: 

“Demi Allah aku masih mencari kendaraan untuk membayar piutangmu, namun aku tidak mendapatkan kendaraan itu sebelum ini.” 

Orang yang meminjamkan wang itu berkata: 

“Apakah kamu mengirimkan sesuatu untukku?” 

“Bukankah aku telah mengatakan bahawa sebelum kedatanganku saat ini, aku tidak mendapatkan tumpangan?” jawab orang yang meminjam.

Orang yang meminjamkan berkata:

“Sesungguhnya Allah telah membayarkan hutangmu melalui sesuatu yang engkau kirim dalam potongan kayu. Kerana itu, bawalah kembali wang dinar yang engkau bawa itu.“
[HR. Imam Ahmad (11/348-349), Ibnu Haban (6453), Abu Sa’id An-Nagasy dalam kitab Funuun Al-Ajaa’ib (76).] 

Disadur dari buku yang berjudul “Wujudkan Impian Anda Dengan Doa,” Syaikh Majdi Muhammad asy-Syahawi.

SubhanALLAH..!!

Allah Maha Berkehendak atas segala sesuatu, semoga tulisan singkat ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci.

Aamiin yaa Rabbal'alamin..





Jumaat, 14 Februari 2014

P 03 : SATU CIUMAN 500 TAHUN DI NERAKA

Seorang Abdullah bin Umar duduk-duduk di pintu rumahnya. Ia melihat seorang pemuda tampan.
Abdullah lari masuk rumah dan menguncinya.
Beberapa saat kemudian bertanya : “Fitnah itu sudah pergi atau belum!”
Mereka menjawab : “Sudah pergi.” Maka Abdullah keluar dari rumah.
Ada yang bertanya : “Wahai Abdullah, apa yang dilakukan anak itu terhadap kamu! Apa ada sesuatu yang kau dengar dari Rasulullah mengenai dia!
Abdullah ra. Menjawab ; “Memandang mereka itu haram, berbicara atau berkumpul juga haram."
Al Qadli Al Imam rh. Berkata ; “Aku pernah mendengar seorang masyayikh berkata ; “Setiap wanita ada satu syaitan dan syaitan setiap anak remaja terdapat 18 syaitan. “ ada riwayat :“Barangsiapa yang mencium anak remaja dengan syahwat, ALLAH taala akan menyiksa di neraka 500 tahun (Padahal 1 hari di Akhirat = 1000 tahun waktu di Dunia). Dan barangsiapa yang mencium wanita dengan syahwat, seolah-olah ia berzina 70 perawan.
Dan barangsiapa yang berzina dengan perawan, maka ibaratnya sudah berzina dengan 70.000 janda.

ASTAGHFIRULLAH HAL'ADZIM
YA ALLAH,,,,
Ampuni lah Dosa Ku Dan Dosa Setiap Orang yang Mengucap "Aamiin",,,,Jauhkanlah Kami Dari Zina Dan Segala Kemaksiatan.

Aamiin,,,,




Isnin, 10 Februari 2014

O 118 : KISAH WANITA BERPURDAH BERMATA BIRU

Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang berbelanja di salah satu supermarket di Perancis. Setelah selesai mendapatkan barang-barang yang diperlukannya, dia segera pergi ke kaunter untuk membayar.
Kebetulan di kaunter yang ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yang berpakaian tidak menutup auratnya.
Penjaga kaunter tersebut memandang wanita berpurdah itu dengan pandangan melecehkan, kemudian dia mulai menghitung nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dengan kasar ke atas meja.
Namun wanita berpurdah itu tidak terpengaruh dengan provokasi sang penjaga kaunter, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat sang penjaga kaunter semakin geram dan tidak dapat lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada mengutuk wanita itu.
"Kita mempunyai berbagai permasalahan di Perancis dan purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita di sini untuk berniaga, bukan untuk pamer agama mahupun sejarah. Kalau kamu mahu menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu...!!"
Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang perbelanjaannya ke dalam tas, lalu memandang penjaga kaunter, lalu dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih, dengan sepasang mata biru, lalu dia berkata,
"Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan abangku. Ini adalah Islamku dan ini adalah negeriku. Kalian telah menjual agama kalian, sementara kami membelinya..."
SubhanALLAH..!!

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman, ertinya:

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami adalah ALLAH, kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka berduka cita." 

(QS. Al-Ahqaaf: 13 )






Ahad, 9 Februari 2014

O 114 : CERITA SI AYAH

Ada satu hari seorang anak bertanya kepada ayahnya,
"Ayah, kenapa kita baca ayat al Quran walau kita tak faham maksudnya?"
Lalu si ayah menyuruh anaknya itu mengambil raga dia bawah rumah yang sebelum ini digunakan untuk menyimpan arang...
Lalu si ayah menyuruh anaknya itu berlari ke sungai untuk mengambil air lalu bawa air itu kembali...
Si anak pun pergi ke sungai untuk mengambil air, oleh kerana raga jenis yang tidak menakung air maka air itu keluar ikut celah raga sehinggalah sampai di depan ayahnya ditunjukkan raga yang kosong itu...
Si anak menjawab,
"Air itu keluar ikut celah raga tiada gunanya kita ambil air guna raga."
Si ayah menyuruh si anak melakukan semula untuk beberapa kali...
selepas itu si ayah menyuruh si anak berhenti...
Lalu si ayah berkata "Lihat mengambil air menggunakan raga ini sebenarnya tidak sia-sia kerana lihatlah raga yang sebelum ini kotor telah bersih walau kita tidak mendapat hasilnya."

Samalah seperti ayat al Quran walaupun kita membacanya tanpa pengertian tapi ia dapat mencuci hati kita yang kotor... tetapi alangkah baiknya jika mengerti ayat-ayat tersebut..





Sabtu, 8 Februari 2014

O 108 : SAYU HATI BILA...

Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yang pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.
Yang kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11 tahun. Saya nak share dengan rakan-rakan pasal anak kecil yang mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yang masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yang lalu.
Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yang menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya."
Arwah asyik mengira duit raya yang diperolehinya. Kadang-kadang sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya.
Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya....Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dengan tudung?
Ibu saudaranya bertanya, kenapa? Anak kecil ini menjawab...dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini...semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota...
"Ibuku sayang, duit yang along tinggalkan ini untuk ibu. Ibu gunalah untuk beli baju kurung yang tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yang nampak rambut...tapi hanya nampak wajah ibu yang cantik sahaja. Along sayang ibu...along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along tak nak ibu dibakar api neraka. Along sayangkan ibu dan family kita semua... Sayang Ibu, ALONG"...
Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadanya. Wallahualam.
Al fatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yang sudi share cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar tadi. Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!
Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor






Khamis, 19 Disember 2013

N 135 : JANGAN MALAS

Memasrahkan satu hal pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, yang selayaknya hal tersebut dapat kita selesaikan adalah suatu kesalahan, berikhtiar sebelum menyerahkan urusan pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA adalah kewajipan tiap-tiap hamba.
Ada suatu riwayat di zaman RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Seorang sahabat datang ke masjid dengan mengendari unta. Begitu turun ia langsung ke masjid tanpa mengingat untanya. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM lalu menegur: “Kenapa untamu tidak diikat?” Sahabat itu lalu menjawab: “Saya pasrahkan kepada ALLAH.” Lalu RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menjawab: “Ikatlah, baru kemudian pasrah kepada ALLAH.”

Mudah-mudahan ada hikmah yang boleh kita ambil dari tulisan singkat ini. Kebenaran datangnya daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, meluruskan kebatilan adalah tugas kita bersama.
Salawat dan salam serta Kemuliaan teruntuk RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, salam berkah dan rahmat semoga tertuju pada keluarga, sahabat dan seluruh umat pengikut beliau hingga akhir zaman.

ﻭَﺇِﺫْ ﺗَﺄَﺫَّﻥَ ﺭَﺑُّﻜُﻢْ ﻟَﺌِﻦْ ﺷَﻜَﺮْﺗُﻢْ ﻷﺯِﻳﺪَﻧَّﻜُﻢْ ﻭَﻟَﺌِﻦْ ﻛَﻔَﺮْﺗُﻢْ ﺇِﻥَّ ﻋَﺬَﺍﺑِﻲ ﻟَﺸَﺪِﻳﺪٌ

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: 

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih."
(Surah 14  IBRAHIM : 7)

Rabu, 18 Disember 2013

N 116 : PERINTAH SIAPA YANG KITA IKUT

Seorang wanita beragama Islam sedang ditemuduga oleh seorang boss Cina untuk mendapatkan kerja.
Mr. Lim : awak Islam?
Yana : Yeap
Mr. Lim : ouh awak betul betul nak kerja sini?
Yana : a'ah, dah lama saya mengidamkan kerja ni..
Mr. Lim : apa yang awak boleh bagi dekat saya?
Yana : apa yang encik mahu, saya akan beri. Apa yang encik arah, saya akan taat. 
Saya janji!
Mr. Lim : awak memang tak pakai tudung? I mean tutup aurat?
Yana : Tutup tutup aurat ni Encik Lim orang kampung je buat..
Mr Lim : hmm tadi awak janji akan taat dekat semua perintah saya? .. tak percayalahh.. perintah Tuhan awak pun awak tak taat, lagikan perintah saya. hrm maaf, 
saya tak dapat terima awak.

Yana : *keluar sambil hempas pintu*

Sabtu, 14 Disember 2013

N 83 : LIMA KALI CALL SEHARI

A : Weh kau tahu x boyfriend aku call 3 kali sehari, love of my life (sambil buat muka)

B : Oh really? Kekasih aku call aku 5 kali sehari (muka bangga)

A : Bestnya, banyak credit kekasih kau?

B : X lah ni connection wireless...

A : (muka x puas hati) Hmm... pukul berapa dia call?

B : SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB and ISYAK. Nak romantik lagi aku pulak call DIA pukul 2-3 pagi macam tu. Masa Dhuha pun ada. !

A : Errrrr......