Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label Wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wanita. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Februari 2020

V 19 : JEJAKA PILIHAN WANITA


Jejaka terindah di mata wanita bukanlah yang paling tampan raut wajahnya, melainkan yang paling menawan keimanan dan budi pekertinya. Jejaka terjantan di hadapan wanita bukanlah yang paling berani mengungkap kata cinta, melainkan yang paling berani menemui wali sang hawa untuk meminangnya.
Jejaka teromantis di hati wanita bukanlah yang paling mesra mengungkap kata cinta,
melainkan yang berani mempertanggungjawabkan kata cinta di hadapan ALLAH dengan berazam untuk menghalalkannya. 

Jejaka tergagah di hadapan wanita bukanlah yang paling kekar tubuhnya, melainkan yang mampu bertanggungjawab menumpang keluarga.
Jejaka terkaya diangani wanita bukan hanya terbanyak hartanya, melainkan yang kaya hatinya sehingga pandai bersyukur atas segala kurniaNya.
Jejaka terpandai di benak wanita bukanlah yang paling banyak ilmunya, melainkan yang paling peduli untuk membimbing kepada jalan yang diredhaiNya.
Jejaka paling dermawan di hadapan wanita bukanlah yang paling banyak sedekahnya, melainkan yang paling perhatian memenuhi kewajipan keluarga.
seorang Jejaka.
Sejatinya nilai diri kaum lelaki bukan hanya kerana tampan, jantan, romantis, gagah, kaya, pandai dan dermawan namun sejauh mana ia mampu mengasah keimanan dan perilakunya agar lebih menawan.
Jejaka begitu berharga jika ia mampu mempertanggungjawabkan segala ucapan dan perbuatan di hadapan ALLAH Yang Maha Menyaksikan.
In Shaa Allah.

V 18 : KABAR BURUK BAGI LELAKI YANG MEMBIARKAN ISTERI/KELUARGA PEREMPUANNYA BERTEBARAN INTERNET


Ancaman keras bagi orang yang membiarkan perbuatan maksiat dalam keluarganya.  Hukum seorang wanita yang menelanjangkan foto wajahnya di facebook sehingga banyak lelaki yang memuji akan kecantikannya.
Wanita tersebut berjiwa "Pelacur.” Wangian perfumnya seorang wanita saja, jika sengaja dipakai agar lelaki dapat mencium bau harumnya, oleh Rasulullah shalallaahu'ala ihi wa sallam dikatakan sebagai pelacur, apalagi ini, dengan sengaja menunjukkan kecantikannya untuk dinikmati oleh lelaki yang bukan mahramnya, dan wanita itupun bertanggungjawab atas setiap dosa yang ia timbulkan bagi lelaki yang menikmati wajahnya. Daripada Abu Musa Al Asy’ary bahawanya ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ﺃﻳﻤﺎ ﺍﻣﺮﺃﺓ ﺍﺳﺘﻌﻄﺮﺕ ﻓﻤﺮﺕ ﻋﻠﻰ ﻗﻮﻡ ﻟﻴﺠﺪﻭﺍ ﻣﻦ ﺭﻳﺤﻬﺎ ﻓﻬﻲ
ﺯﺍﻧﻴﺔ

“Seorang perempuan yang mengenakan wangian lalu melalui sekumpulan lelaki agar mereka mencium bau harum yang dia pakai maka perempuan tersebut adalah seorang pelacur.”
(HR. An Nasa’i, Abu Daud, Tirmidzi dan Ahmad. Syaikh Al Albani dalam Shohihul Jami’ no. 323 mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Wahai para wanita. Tahukah anda bahawa:
(1) Semakin banyak pandangan lelaki yang tergiur denganmu (jika sengaja pamer kecantikan/ keindahan tubuh dan tampil menggoda) semakin bertumpuk pula dosa-dosamu?
(2) Semakin sang lelaki mengkhayalkanmu, semakin berhasrat denganmu maka semakin bertumpuk pula dosa-dosamu?
(3) Janganlah anda menyangka senyumanmu yang kau tebarkan secara sembarangan tidak akan ada pertanggungjawabkannya kelak! Boleh jadi senyumanmu sekejap menjadi bahan lamunan seorang lelaki yang tidak halal bagimu selama berhari-hari apalagi keelokan tubuhmu.
(4) Bayangkanlah, betapa bertumpuk dosa-dosa para artis dan penyanyi yang auratnya diumbar di hadapan ribuan, bahkan jutaan para lelaki?
(5) Jika anda menjaga kecantikanmu dan kemolekan tubuhmu hanya untuk suamimu, maka anda kelak akan semakin cantik dan semakin molek di syurga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
(6) Akan tetapi jika anda menayangkan kecantikanmu dan kemolekanmu maka ingatlah itu semua akan sirna dan akan lebur di dalam liang lahad menjadi santapan cacing dan ulat dan di akhirat kelak, boleh jadi berubah menjadi bahan bakar neraka jahanam!

Oleh Ustaz Abu Yahya Badrussalam, Lc hafidzahullahu ta'ala

Jumaat, 27 Disember 2019

U 29 : SOAL JAWAB SEBAGAI MUSLIMAH

Seorang awek tak bertudung yang bernama Lia post status pasal isu bertudung di laman sosial facebook... status yang ditulis adalah seperti berikut..."Semua yang tutup aurat tu dah kompom masuk syurga ke?" lalu mendapat banyak komen dan like dari kawan-kawan yang sebijik macam dia...Tiba-tiba, ada seorang muslimah yang bernama Suri membalas komen Lia tersebut...
Suri: Yang pasti tak tutup aurat kompom masuk neraka...
Lia: Ala...tudung labuh pun macam baik sangat... buat dosa jugak mengumpat orang sana sini...
Suri: Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu...katanya "Kenapa pulak aku kena sujud sedangkan aku lebih baik dan mulia daripada Adam..." Samalah dengan tudung, tudung juga yang dipersalahkan."
Lia: Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku, entah-entah kau dulu lagi jahat...
Suri: Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang bahkan baru masuk Islam pun boleh untuk pergi berdakwah kepada saudaranya... Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan... Selagi awak Islam dakwah itu wajib... At least, orang yang kita dakwah itu insaf dan bertaubat...
Lia: Weh pompuan... Kau ingat aku jahil sangat ke??? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik...
Suri: Adakah awak mendakwa diri awak tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat???
Lia: Pakai ketat ke, jarang ke itu hak aku... Kau tak suka tak payah tengok ok...
Suri: Awak berani jamin ke yang semua lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu???
Lia: Aku rasa aku tak pakai seksi pun... Terpulanglah pada orang yang melihat...so what..???
Suri: Seksi atau tidak hukumnya tetap haram walaupun menayangkan sehelai rambut...
Lia: Ala...tak bertudung pun aku solat dan puasa macam kau jugak...
Suri: Awak yakin ibadat tu diterima??? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga???
Lia: Suka hati aku la nak pakai macam mana pun... Aku tak susahkan hidup orang lain pun...
Suri: Awak sebenarnya dah susahkan ayah, abang, adik dan suami awak kerana menarik mereka sama-sama ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik awak...
Lia: Apa yang aku pakai ni antara aku dengan Tuhan...
Suri: Dalam dunia berani cakap... Berani ke kat depan Allah nanti cakap macam tu??? Lawan perintah Allah neraka tempatnya...
Lia: Bukan aku tak nak tutup aurat... cuma masih belum sampai seru lagi...
Suri: Mati tak kenal usia... tak takut ke mati usia muda??? Nanti tak sempat nak bertaubat...
Lia: Relax la... Perubahan bukan boleh buat terus... kena slow-slow la...
Suri: Boleh ke awak cakap dengan Malaikat Izrail suruh tunggu ehhh Izrail tunggu sekejap??? Lepak la dulu... jangan ambil nyawa aku lagi... Boleh???
Lia: Tutup aurat tu bagus (wajib) tapi aku tak nak la hipokrit sebab bila buat tak ikhlas...
Suri: Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas untuk beragama Islam...
Lia:  😭 😭 😭



Sabtu, 29 Disember 2018

T 83 : KUMPULAN HADITS NABI TENTANG "WANITA"


Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut akan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Dan orang yang takut akan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah SAW di dalam syurga);

Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu;

Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

Daripada Aisyah ra. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana saja pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

Aisyah ra berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dikehendaki.

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.


Isnin, 19 Disember 2016

R 125 TIGA GAYA WANITA YANG TIDAK MENCIUM BAU SYURGA

Ada tiga gaya penampilan yang membuat wanita muslimah diancam tidak akan mencium bau syurga. Padahal bau syurga dapat dicium dari jarak sekian dan sekian.

Berikut keterangan dari Imam Nawawi dalam Al Minhaj Syarh kitab Shahih Muslim.

1. Wanita yang berpakaian tetapi telanjang.

Ada beberapa tafsiran yang disampaikan oleh Imam Nawawi.
- Wanita yang mendapat nikmat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, namun enggan bersyukur kepadaNya.
- Wanita yang menutup sebahagian tubuhnya dan menyingkap sebahagian lainnya.
- Wanita yang memakai pakaian yang tipis yang menampakkan bentuk tubuhnya.

2. Wanita yang maa-ilaat wa mumiilaat.

Ada beberapa tafsiran mengenai hal ini..
- Maa-ilaat yang dimaksud adalah tidak taat pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan tidak mahu menjaga yang mesti dijaga. Mumiilaat yang dimaksud adalah mengajarkan yang lain untuk berbuat sesuatu yang tercela.
- Maa-ilaat adalah berjalan sambil memakai wangi-wangian dan mumilaat iaitu berjalan sambil menggoyangkan kedua pundaknya atau bahunya.
- Maa-ilaat yang dimaksud adalah wanita yang biasa menyisir rambutnya sehingga bergaya sambil berlenggang-lenggok bagai wanita nakal. Mumiilaat yang dimaksud adalah wanita yang menyisir rambut wanita lain supaya bergaya seperti itu.

3. Wanita yang kepalanya seperti punuk unta yang miring, maksudnya adalah wanita yang sengaja memperbesar kepalanya dengan mengumpulkan rambut di atas kepalanya seakan-akan memakai serban..

Keterangan lebih lanjut :

Lihat Syarh kitab Shahih Muslim, terbitan Dar Ibnul Jauzi, 14: 98-99).

Masya ALLAH
Semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sentiasa membimbing kita agar kita sentiasa berada di jalan yang ALLAH SUBHANAHU WA TAALA redai, yang wanita marilah berjalan dengan tuntunan al Quran, dan yang lelaki hendaknya menasihati apabila ada yang jauh dari norma al Quran. Aamiin

Yaa ALLAH…

Muliakanlah orang yang membaca status ini
Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid
Lapangkanlah hatinya
Bahagiakanlah keluarganya
Luaskan rezekinya seluas lautan
Mudahkan segala urusannya
Kabulkan cita-citanya
Jauhkan dari segala Musibah
Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar dan Mungkar.
Dan dekatkanlah jodohnya untuk orang yangmembaca dan membahagikan status ini.

Aamiin ya Rabbal’alamin

Selasa, 20 Mei 2014

Q 145 : WANITA, ALLAH CIPTAKAN KAMU BEGITU INDAH DAN ALLAH MULIAKAN KAMU

Wahai Wanita, Allah ciptakan kamu begitu indah dan Allah muliakan kamu dengan sebaik-baik perhiasan di atas muka bumi, kamu semua begitu dihargai dan disayangi oleh baginda Rasulullah s.a.w. sehingga baginda berwasiat :

"Berbuat baiklah kamu sekelian kepada kaum wanita."

Oleh itu, atas dasar kasih dan sayang kepada kamu kaum wanita kerana kamu semua dimuliakan oleh baginda s.a.w. Ustaz ingin menasihati kamu semua hendaklah kamu tutuplah auratmu agar kamu menyebabkan Rasulmu gembira terhadapmu dan jagalah tingkahlakumu lebih-lebih lagi dengan suami (bagi yang sudah berkahwin)  dan juga ibubapamu. Semoga kamu semua dirahmati Allah.
Janganlah kamu membuatkan Rasulullah s.a.w. bersedih dengan kamu memakai pakaian yang seksi-seksi, atau mendedah aurat dengan tanpa malu.Cukuplah baginda s.a.w. sudah banyak menangis semasa hayatnya kerana kita, jangan pula selepas hayatnya kamu melupainya.
Kepada muslimat yang sudah menutup aurat ketahuilah kamu membuatkan Rasulmu gembira denganmu. Jaga adabmu, akhlakmu dan ibadatmu. Semoga dirahmati Allah.

Ustaz Mustaffa Kamal

Ahad, 18 Mei 2014

Q 123 : CIRI-CIRI WANITA HANTARAN RM10,000 DAN KE ATAS...

1: Solat tidak tinggal.
2: Menutup Aurat.
3: Tidak pernah berkapel.
4: Jaga tingkahlaku.
5: Pandai mengaji.
6: Tahu hukum agama.
7: Hafal al Quran.
8: Pandai memasak.
9: Pandai menjahit.

-Ustaz Azhar Idrus-..
p/s: Bahagia sampai ke syurga 






Q 121 : TUDUNG ON OFF

Apa itu fenomena TUDUNG ON OFF?

1. Pakai tudung ke sekolah atau di tempat kerja saja.
2. Pakai tudung time nak ambil report card anak je.
3. Pakai tudung time malas nak bersolek.
4. Pakai tudung time ada mood jerrr...
5. Pakai tudung hanya di tanah perkuburan.
6. Pakai tudung ketika di masjid / surau.
7. Pakai tudung dalam mahkamah.

Then bila time nak bergaya...
bila time nak vouge jer...
bila time nak glamour...
Boleh senyum tengok "fenomena tudung terbang."
Kita marah kan dengan status macam ni? 
Tapi kita tak sedar...ini fenomena kita sekarang ni.
Tapi tak pakai tudung pun takpe. Tak wajib, tak dosa.
Yang penting tutup aurat dengan sempurna. Itu WAJIB.






Jumaat, 2 Mei 2014

Q 115 : ISTERI DISURUH MEMAKAI BEDAK DAN LIPSTIK

Jika suami memberi saya saranan agar memakai bedak dan lipstik jika pergi keluar bersamanya.  Apakah itu termasuk tabarruj?

Daripada : D.

Jawapan:

Apa itu Tabarruj?

Kata tabarruj Allah sebutkan dalam al Quran di surat al Ahzab,


وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

“Hendaklah kalian (para wanita) tetap di rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj dan seperti tabarruj orang-orang Jahiliyah yang dahulu…”
(QS. Al-Ahzab: 33)

Al-Qurthubi menjelaskan makna at-tabarruj secara bahasa, beliau mengatakan,


وَالتَّبَرُّجُ: التَّكَشُّفُ وَالظُّهُورُ لِلْعُيُونِ، وَمِنْهُ: بُرُوجٌ مُشَيَّدَةٌ. وَبُرُوجُ السَّمَاءِ وَالْأَسْوَارِ، أَيْ لَا حَائِلَ دُونَهَا يَسْتُرُهَا


Tabarruj ertinya menyingkap dan menampakkan diri sehingga terlihat pandangan mata. Contohnya kata: ’buruj musyayyadah’ (benteng tinggi yang kukuh), atau kata: ’buruj sama’ (bintang langit), ertinya tidak penghalang apapun di bawahnya yang menutupinya.
(Tafsir al-Qurthubi, 12/309).

Sementara makna tabbaruj seperti yang disebutkan dalam ayat, Ibnul Jauzi dalam tafsirnya menyebutkan dua keterangan ulama tentang makna tabarruj,

Pertama, Abu ubaidah,


التبرُّج: أن يُبْرِزن محاسنهن

“Tabarruj: wanita menampakkan kecantikannya (di depan lelaki yang bukan mahram).”

Kedua, keterangan az-Zajjaj,


التبرُّج: إِظهار الزِّينة وما يُستدعى به شهوةُ الرجل

“Tabarruj: menampakkan bahagian yang indah (aurat) dan segala yang mengundang syahwat lelaki (non mahram).”
[Zadul Masir fi Ilmi at-Tafsir, 3/461].

Berdasarkan keterangan di atas maka segala upaya wanita menampakkan kecantikannya di depan lelaki lain yang bukan mahram, termasuk bentuk tabarruj yang dilarang dalam ayat di atas. Kerana itu, memakai pakaian ketat, pakaian transpren, atau menutup sebagian aurat, namun aurat lainnya masih terbuka, atau obral make up ketika keluar rumah, semuanya termasuk bentuk tabarruj yang dilarang dalam syariat.

Kecantikan wanita bukan untuk diumbar, sehingga dinikmati banyak mata lelaki jelalatan, namun kecantikan menjadi hak suami, sang imam bagi isterinya.

Dan bagi anda para suami, jadilah suami yang memiliki rasa cemburu, kerana itu bukti bahawa anda mencintai isteri anda.

Dijawab oleh Ustadz Ammi Nur Baits (Dewan Pembina KonsultasiSyariah.com)
http://www.konsultasisyariah.com/apa-itu-tabarruj/




Sabtu, 26 April 2014

Q 103 : KENAPA PAKAI HIJAB?

Syaitan 1: Kenapa pakai hijab? tak lawa la..
Syaitan 2: Kau kan cantik.. serlahkanlah kecantikan mu...
Syaitan 3: Letaklah gambar seksi kau kat FB, biar orang terpegun lihat kau..
Syaitan 4: Lenggokkan badan tu, pakailah ketat sikit, mekap biar tebal tau..
Wanita Solehah: My beauty is for my husband to see, not the world..





Rabu, 23 April 2014

Q 78 : SEPULUH WANITA TERCANTIK DI DUNIA DAN AKHIRAT

1. Seorang wanita yang menghafal al Quran dan melaksanakan hukum-hukum yang ada di dalamnya.
2. Seorang wanita yang menjadikan wanita-wanita sahabat Nabi sebagai suri teladan dalam kehidupannya.
3. Seorang wanita yang tidak menoleh kepada seruan apa saja, dari sana sini yang mengajaknya untuk meninggalkan kehormatan, kesucian dan rasa malunya.
4. Seorang wanita yang menunaikan kewajipannya dalam berbagai sisi kehidupan.
5. Seorang wanita yang taat kepada suaminya dalam perkara yang makruf dan menjadi teman dan penolongnya dalam kebaikan.
6. Seorang wanita yang menahan diri dari kenikmatan tidur untuk berdiri di hadapan Rabbnya. Menegakkan solat dan memohon pahala dan ganjaran kepadaNya.
7. Seorang wanita yang menunaikan puasa sunnah, mengharap keredhaan, cinta dan keberkahan daripada Rabbnya.
8. Seorang wanita yang menjaga lisannya dan tidak merendahkan kehormatan orang lain.
9. Seorang wanita yang tidak melihat kepada apa yang ALLAH SWT haramkan.
10. Seorang wanita yang mengedepankan suami, anak-anak, harta serta jiwanya di jalan ALLAH SWT dan dalam rangka pembelaan terhadap agamanya.

Subhanallah..
Semoga ALLAH memberikan keberkahan kepada wanita muslimah di mana saja berada dan berusaha menjadi wanita tercantik di dunia mahupun di akhirat mengharap keredhaan ALLAH...

Aamiin Ya Rabbal'alamiin..




Selasa, 22 April 2014

Q 73 : LAPAN SIKAP WANITA YANG DISUKAI LELAKI

Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1-Keanak-anakkan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2-Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3-Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4-Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?

5-Pandai berbicara

Lelaki tertarik dengan wanita ysng pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengsn topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6-Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

7-Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8-Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengsn indah dan mempesona.

Yang paling penting adalah wanita yang patuh suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya serta taat setia tak berbelah bagi kepada suaminya.

I.S.L.A.M = I Sincerely Love Allah & Muhammad’s Photos


Isnin, 21 April 2014

Q 70 : SEMBILAN SITI YANG PATUT DICONTOHI

1) Siti Khadijah

Beliau merupakan isteri Rasulullah saw yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah

Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A’ishah

Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi saw minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar

Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti’ah

Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
src : http://izarshad21.blogspot.com/2009/01/antara-9-siti-yang-patut-dicontohi.html




Jumaat, 18 April 2014

Q 44 : PERKARA SENSITIF WANITA BILA DIBANGKITKAN IALAH AURAT

Ditegur dengan cara lembut, ada yang membantah. Ditegur dengan cara yang kasar, ramai yang marah. Mereka yang menerima dengan negatif, adalah mereka yang tidak boleh terima hakikatnya bahawa membuka aurat adalah HARAM!
Berjihad di jalan ALLAH tidak perlu memikiran hati manusia. Jika terlalu
memikirkan, maka kita pun tidaklah menegurnya dan membiarkan sahaja mereka berada dalam keadaan yang dimurkai ALLAH.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Perempuan yang jauh daripada masuk Syurga dan kekal di dalam Neraka ialah PEREMPUAN BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG, iaitu perempuan yang menampakkan batang tubuhnya, tidak menutup aurat dan menutup aurat dengan tidak sempurna yang tidak mengikut Syarak.”






Rabu, 19 Mac 2014

P 83 : BENTUK KEMAJUAN YANG PALING MAJU

Seorang Doktor wanita berhijab syar'i mengatakan alasannya berhijab.
Sesungguhnya manusia pada masa zaman purba telanjang, dengan berkembangnya pemikiran melewati berbagai zaman, maka manusia mulai memakai pakaian, hingga seperti yang saya pakai sekarang.
Dan apa yang saya pakai adalah puncak pemikiran, dan tingkatan tertinggi yang telah dicapai manusia setelah melalui berbagai masa dan bukanlah bentuk keterbelakangan.
Adapun "buka-bukaan" adalah bentuk keterbelakangan dan kemunduran pemikiran manusia ke zaman purba.
Kalau seandainya "buka-bukaan" adalah bentuk kemajuan, maka yang paling maju adalah binatang!
SubhanALLAH..!!