Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label AKHIRAT - SYURGA ALLAH SWT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AKHIRAT - SYURGA ALLAH SWT. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Disember 2018

T 25 : KENIKMATAN SYURGA TIADA BANDINGANNYA DI DUNIA


Daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

إِنَّ فِى الْجَنَّةِ لَسُوقًا يَأْتُونَهَا كُلَّ جُمُعَةٍ فَتَهُبُّ رِيحُ الشَّمَالِ فَتَحْثُو فِي وُجُوهِهِمْ وَثِيَابِهِمْ فَيَزْدَادُونَ حُسْنًا وَجَمَالاً فَيَرْجِعُونَ إِلَى أَهْلِيهِمْ وَقَدِ ازْدَادُوا حُسْنًا وَجَمَالاً فَيَقُولُ لَهُمْ أَهْلُوهُمْ: وَاللهِ، لَقَدِ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَمَالاً. فَيَقُولُونَ: وَأَنْتُمْ وَاللهِ، لَقَدِ ازْدَدْتُمْ بَعْدَنَا حُسْنًا وَجَمَالاً

“Sungguh di syurga ada pasar yang didatangi penghuni syurga setiap Jumaat. Bertiuplah angin dari utara mengenai wajah dan pakaian mereka hingga mereka semakin indah dan tampan. Mereka pulang ke isteri-isteri mereka dalam keadaan telah bertambah indah dan tampan. Keluarga mereka berkata, ‘Demi Allah, engkau semakin bertambah indah dan tampan.’ Mereka pun berkata, ‘Kalian pun semakin bertambah indah dan cantik.”
(HR. Muslim no. 7324)

Keadaan Di Pasar Syurga

Sebagaimana dijelaskan oleh Imam An-Nawawi rahimahullah, pasar di syurga adalah tempat berkumpul penduduk syurga. Beliau berkata,

المراد بالسوق مجمع لهم يجتمعون كما يجتمع الناس في الدنيا في السوق ، ومعنى ( يأتونها كل جمعة ) أي : في مقدار كل جمعة أي أسبوع ، وليس هناك حقيقة أسبوع لفقد الشمس والليل والنهار

“Yang dimaksudkan dengan pasar adalah tempat berkumpulnya manusia sebagaimana manusia di dunia berkumpul di pasar. Maksud dari ‘mereka mendatangi setiap hari Jumaat adalah sebagaimana perkiraan lama waktu tiap Jumaat iaitu seminggu. Bukanlah makna ‘seminggu’ yang sebenarnya kerana tidak ada matahari, siang dan malam (di syurga).”
(Syarh Muslim 16/170, syamilah)

Dan salah satu kenikmatan manusia adalah berjumpa dengan saudara dan sahabat-sahabat akrab mereka, saling bertegur sapa, menanyakan keadaan masing-masing, saling bersenda bergurau ringan. Ini menimbulkan kebahagiaan dan kenikmatan, apalagi sudah lama sekali tidak bertemu. Maka di syurga juga disediakan kenikmatan seperti ini. Maka di syurga juga disediakan keperluan untuk menikmati hal ini.
Dijelaskan dalam Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah,

إن سوق الجنة هو مكان اللقاء للمؤمنين بعضهم لبعض؛ لازدياد النعيم بما يجدونه من لذة وسؤدد ، وتحدث بعضهم لبعض؛ وتذاكرهم بما كان في الدار الدنيا وما آلوا إليه في الدار الآخرة؛ ويتجدد هذا اللقاء كل جمعة كما جاء في الحديث؛ لرؤية بعضهم لبعض وأنس بعضهم ببعض

“Pasar di syurga adalah tempat bertemunya kaum muslimin satu sama lain supaya bertambah kenikmatan. Merasakan kelazatan saling berbincang-bincang. Dan saling mengenang apa yang terjadi di dunia dan membicarakan apa yang mereka dapatkan di akhirat. Mereka bertemu setiap Jumaat sebagaimana pada hadis, agar mereka boleh saling berjumpa satu sama lain.”
(Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah 54/214)

Demikianlah ahli syurga, sebagaimana jika kita bertemu dengan sahabat lama dan berkumpul semula maka sangat terasa nikmat dan bahgia jika kita mengenang masa-masa lalu yang indah, misalnya masa-masa ketika mula menerima kesedaran Islam, bersama suka duka dalam berdakwah, masa-masa ketika belajar bersama dan menjalani kehidupan bersama.

Ada pendapat yang menyatakan bahawa tidak ada jual-beli di syurga. Yang ada hanya barang perniagaan yang boleh diambil ikut kehendak kita sendiri. Ini juga merupakan kenikmatan walaupun sebenarnya mereka boleh meminta apa yang mereka inginkan di syurga. Jika ada orang yang kesukaannya berbelanja, maka kenikmatan itu juga ada di syurga. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,

وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ وَأَنتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

“Dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya.”
(Surah Az-Zukhruf ayat 71)

dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,

لَهُم مَّا يَشَاؤُونَ فِيهَا وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ

“Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada tambahannya.”
(Surah Qaaf ayat 35)

Hanya Lelaki Saja Yang Ke Pasar Syurga?

Syaikh Abdullah Al Faqih menyatakan,

فظاهر هذا الحديث أن الذين يذهبون إلى السوق هم الرجال وحدهم دون النساء. وذلك لأن الحديث ذكر أنهم يرجعون من السوق إلى أهليهم، يعني زوجاتهم، فدل رجوعهم إليهن على أنهن لم يكن يرافقنهم

“Zahir hadis menunjukkan bahawa yang pergi ke pasar syurga hanyalah lelaki tanpa wanita. Dalam hadis disebutkan bahawa mereka kembali kepada keluarga mereka dari pasar iaitu isteri-isteri mereka. Kembalinya lelaki kepada isteri mereka menunjukkan bahawa isteri mereka tidak ikut ke pasar syurga.”

Akan tetapi para wanita tidak perlu kecewa seandainya pendapat ini benar. Kerana berkumpul dan keluarnya penduduk syurga tidak hanya di pasar syurga saja. Akan tetap mereka saling mengunjungi di rumah dan saling bertemu.

Dijelaskan dalam Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah,

ولم يكن لقاء بعضهم لبعض في سوق الجنة فحسب ، بل يتزاورون في المنازل ، وفي مخير المنازل من مرافق ، تحت الأشجار ، وعلى شواطئ الأنهار ، وفي جميع المنتزهات المختلفة ، متى شاءوا من الأوقات التي تتناسب معهم ويرتاحون لها بل ويرغبونها
عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : إن أهل الجنة ليتزاورون فيها
إنها الزيارات الممتعة ، والحياة السعيدة ، والأنس الذي لا ينقطع ، واللذة المستمرة

“Tidaklah pertemuan penduduk syurga hanya di pasar saja akan tetapi mereka saling mengunjungi di rumah-rumah (istana) mereka, Mereka boleh bertemu di bawah pohon, di pinggir sungai dan di semua tempat rekreasi yang bermacam-macam. Bila saja mereka ingin jika waktunya sesuai, mereka menikmatinya dan menginginkannya.”

Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

“Sesungguhnya penduduk syurga saling mengunjungi.”

Inilah saling mengunjungi yang memuaskan, kehidupan yang bahagia, hubungan sosial yang tidak terputus dan kelazatan yang terus-menerus.”
(Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah 54/214)

Sabtu, 10 Januari 2015

R 97 : MAKANAN AHLI SYURGA BERDASARKAN AL QURAN DAN AL HADIS

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan mata air-mata air (yang mengalir), serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini. (Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): “Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan.”
(Surah 77,  AL MURSALAAT : ayat 41-43)

Penduduk syurga akan mendapat makanan dan minuman tanpa sebarang kesusahan. Rezeki akan datang sedang mereka duduk-duduk saja. Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA bermaksud :

“Maka sesiapa yang menerima kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): “Nah! bacalah kamu Kitab amalku ini! “Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!” maka tinggallah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, Di dalam syurga yang tinggi (darjatnya). Buah-buahannya dekat untuk dipetik, (masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu!”
(Surah 69,  AL HAAQQAH : ayat 19-24)

“Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka ALLAH selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati). Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan ALLAH dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh ALLAH dengan syurga dan (persalinan dari) sutera. Mereka berehat di dalam syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk, Sedang naungan pohon-pohon syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.”
(Surah 76,  AL INSAAN : ayat 11-14)

Dalam mentafsirkan ayat tersebut, ada ahli tafsir berpendapat bahawa kalau penghuni syurga itu berdiri, maka cabang pohon yang berbuah itu ikut meninggi bersama mereka. Apabila mereka duduk, maka cabang pohon itu ikut turun sehingga mereka dapat memetiknya dengan mudah. Apabila mereka berbaring, maka cabang pohon buah-buahan itu ikut turun setinggi tempat tidur mereka.
Qatadah berkata bahawa tangan-tangan mereka tidak akan terhalang atau terkena duri bila memetik buah-buahan tersebut. Ahli syurga tersebut tidak akan merasa kesukaran untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki, firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA maksudnya :

“Dan golongan kanan, alangkah bahagianya keadaan golongan kanan itu? Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan naungan yang tetap terbentang, Dan air yang sentiasa mengalir, serta buah-buahan yang banyak, Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,”
(Surah 56,  AL WAAQI'AH : ayat 27-33)

Hadith RASULULLAH SAW

Para penghuni syurga itu masing-masing mempunyai pelayan-pelayan yang tidak pernah berubah kerana perjalanan masa. Walaupun telah bertahun-tahun mereka hidup di syurga, mereka tetap muda dan bercahaya seperti mutiara yang bertaburan. Para pelayan itu berjalan-jalan mengelilingi penghuni syurga sambil membawa gelas-gelas perak berisi air, susu, arak atau madu yang berasal dari sungai-sungai yang sangat bersih dalam syurga.

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya :

“Para penghuni syurga itu makan dan minum, tetapi mereka tidak membuang air besar, tidak membuang hingus dan juga tidak kencing. Makanan mereka keluar berupa misik. Mereka bertasbih dan bertakbir sebagaimana mereka bernafas.”
(Riwayat Muslim)

RASULULLAH SAW pernah ditanya tentang apakah kauthar? Baginda menjawab;

Kauthar adalah sungai kurniaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam syurga. Airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. Di situ ada burung yang lehernya seperti leher kambing. Umar berkata; ini benar-benar nikmat!. Baginda bersabda : “Memakannya lebih nikmat dan lebih lazat dari kambing biasa.”
(Riwayat Tarmizi)

Rabu, 23 April 2014

Q 80 : SIAPA TETAMU ALLAH SWT DI DALAM SYURGA?

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa pergi ke masjid di waktu pagi dan petang Allah SWT akan menyiapkan hidangan sebagai tetamuNya di dalam syurga. Setiap kali dia datang pagi atau petang dia akan dilayaniNya sebagai tetamuNya.”
(HR Bukhari)



Selasa, 15 April 2014

P 128 : TIGA SIFAT PENGHUNI SYURGA

Muhasabah: Tanda-tanda penghuni Syurga yang disebut oleh Baginda s.a.w :-

1- Penguasa yang adil dan diberi Taufik. Mana-mana pemimpin (Waliyyul Amr) yang Allah s.w.t berkehendak kebaikan kepadanya, maka akan diberikan taufik untuk berbuat adil kepada rakyatnya, lalu pemimpin itu berbuat baik kepada mereka.

2-Seorang yang penyayang dan lembut hatinya kepada ahli keluarganya dan kepada sesama muslim.

3-Seseorang yang menahan diri dari meminta-minta dan berusaha bekerja untuk tidak meminta-minta sedangkan ia mempunyai banyak tanggungan keluarganya.

Hal ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, daripada Iyadh bin Himar r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

“Ahli syurga itu ada tiga jenis: Penguasa yang adil dan diberi taufik, seseorang yang penyayang dan lembut hatinya kepada kerabatnya dan kepada sesama muslim, serta seseorang yang menahan diri dari meminta-minta dan berusaha untuk tidak meminta-minta padahal ia mempunyai banyak keluarga.”       



   

Sabtu, 14 Disember 2013

N 77 : ENAM HAL YANG AKAN DICARI SYURGA

"Barangsiapa mengumpulkan enam pengetahuan maka syurga akan mengejarnya dan sebaliknya neraka akan lari darinya.

Pertama, mengetahui ALLAH dan kemudian mentaatiNya.
Kedua, mengetahui syaitan dan kemudian menolak pujukannya.
Ketiga, mengetahui akhirat dan kemudian mencarinya.
Keempat, mengetahui dunia dan menolak tipuannya.
Kelima, mengetahui haq (kebenaran) dan kemudian mengikutinya.
Keenam, mengetahui kebatilan dan kemudian menjauhinya.
(Ali bin Abi Thalib)

Ya ALLAH..
Masukkan kami ke dalam SyurgaMU dan Jauhkanlah kami dari Siksa Api Neraka.

Aamiin Ya Robbal'alamin.


N 71 : JAMINAN SYURGA

JAMINAN SYURGA daripada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bagi orang yang dapat menjaga enam perkara.

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM wasalam bersabda:

“Jagalah enam perkara dari kalian nescaya aku jamin bagi kalian syurga :

(1) Jujurlah bila berbicara,
(2) Tepatilah jika berjanji,
(3) Tunaikanlah apabila kalian diberi amanah,
(4) Jagalah kemaluan,
(5) Tundukkanlah pandangan dan
(6) Tahanlah tangan-tangan kalian (dari sesuatu yang di larang).”
(HR. Ahmad,Ibnu Hibban,Al-Hakim dan Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman,lihat Ash-Shahihah no. 1470)
Tentunya dibarengi dengan Takwa juga.


Subhanallah.


Sabtu, 29 Disember 2012

K 132 Mudahnya jalan ke Syurga

UNDANGAN KE SURGA
Oleh : Syaikh ‘Ied Al ‘Anazy
Alih bahasa : Zezen Zainal Mursalin, Lc.
Sumber : ICM Kendari

Apakah anda ingin dekat kepada ALLAH AZZA WA JALLA? 
RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Keadaan terdekat yang dimiliki seorang hamba terhadap Rabbnya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah di dalamnya doa.”
[HR. Muslim]

Apakah anda ingin mendapatkan pahala ibadah Haji bersama RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Umrah di bulan Ramadan setimpal (pahalanya) Haji atau Haji bersamaku.”
[HR. Bukhari Muslim/Muttafaqun 'alaihi]

Apakah anda ingin sebuah Rumah di Syurga?
RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Barangsiapa yang membangun Masjid kerana ALLAH, maka ALLAH akan membangun baginya semisalnya di Syurga.”
[HR. Muslim]

Apakah anda ingin mendapatkan keredaan ALLAH AZZA WA JALLA?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Sesungguhnya ALLAH akan reda terhadap seorang hamba yang makan sesuatu makanan kemudian ia memujiNya atas makanan tersebut dan meminum minuman kemudian ia memujiNya kerana minuman tersebut.”
[HR. Muslim]

Apakah anda ingin dikabulkan doanya?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Doa yang tidak akan ditolak adalah doa di antara Azan dan Iqomah.”
[HR. Abu Daud]

Apakah anda ingin mendapatkan pahala Shaum (puasa) sepanjang tahun?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Shaum 3 (tiga) hari dari setiap bulan (penanggalan Hijrah), (pahalanya) seperti Shaum sepanjang tahun.”
[HR. Bukhari Muslim/Muttafaqun 'alaihi]

Apakah anda ingin memiliki kebaikan seperti Gunung?

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

Barangsiapa yang menyaksikan Jenazah sehingga ia mensolatkannya maka baginya satu pundi pahala. Dan barangsiapa yang menyaksikannya hingga dikuburkannya maka baginya dua pundi pahala.” Dikatakan, “seperti apa dua pundi itu?” Beliau SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM menjawab: “Seperti dua Gunung besar.”
[HR. Muttafaqun ‘alaihi]

Apakah anda ingin bersama dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di Syurga?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Aku dan orang yang menyantuni anak yatim seperti ini di Syurga.” Beliau SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengahnya.
[HR. Bukhari]

Apakah anda ingin mendapatkan pahala seorang Mujahid atau pahala orang Shaum atau Tahajjud?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Orang yang menyantuni janda yang ditinggalkan oleh suaminya dan orang yang menyantuni orang miskin seperti Mujahid fi Sabilillah.” Dan aku mengira Beliau SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, “Seperti orang yang tidak henti melakukan Tahajjud dan seperti orang yang Shaum tidak berbuka (sepanjang tahun).”
[HR. Muttafaqun 'alaihi]

Apakah anda ingin mendapatkan jaminan peribadi daripada RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM untuk masuk Syurga?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Barangsiapa yang menjamin bagiku apa yang ada di antara dua janggutnya (mulut/lidahnya) dan apa yang ada di antara kedua kakinya (kemaluannya), maka aku menjamin Syurga baginya.”
 [Muttafaqun 'alaihi]

Apakah anda ingin agar amalan anda tidak terputus walaupun setelah anda wafat?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara; Sedekah Jariah, ‘ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
[HR. Muslim]

Apakah anda ingin memiliki harta simpanan di Syurga?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Laa Hawla walaa quwwata illah billah” (Tidak ada daya upaya dan kekuatan kecuali atas izin ALLAH), adalah salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan Syurga.”
[Muttafaqun ‘alaihi]

Apakah anda ingin mendapatkan pahala Qiyamullail (solat malam) sepanjang malam?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Barangsiapa yang solat isyak secara berjamaah, maka seakan-akan ia telah Tahajjud setengah malam dan barangsiapa yang melaksanakan solat subuh secara berjamaah, maka seakan-akan ia telah Tahajjud sepanjang malam.”
[HR. Muslim]

Apakah anda ingin membaca sepertiga al-Quran dalam satu minit?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Qul Huwallahu ahad’ (Surat Al-Ikhlash) setimpal dengan sepertiga al Quran.”
[HR. Muslim]

Apakah anda ingin timbangan kebaikan bertambah berat?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Dua kalimat yang dicintai oleh Yang Maha Pemurah, ringan diucapkan, namun berat timbangannya di Sisi ALLAH, yakni ‘Subhanallahi wa bihamdihi dan subhanallail ‘adziim.”
[HR. Bukhari]

Apakah anda ingin dimudahkan rezeki dan dipanjangkan usia anda?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Barangsiapa yang ingin dimudahkan rezekinya atau dipanjangkan usianya, maka hendaknya ia menyambung tali persaudaraan.”
[HR. Bukhari]

Apakah anda ingin ALLAH SUBHANAHU WA TAALA senang berjumpa dengan anda?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Barangsiapa yang merindukan berjumpa dengan Allah, maka ALLAH merindukan pula berjumpa dengannya.”
[HR. Bukhari]

Apakah anda ingin dilindungi oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Barangsiapa yang melaksanakan solat subuh, maka ia ada dalam perlindungan ALLAH.”
[HR. Muslim]

Apakah anda ingin agar dosa perbuatan anda diampuni oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Barangsiapa yang mengatakan ‘Subhanallahi wa bihamdihi’ dalam satu hari seratus kali, maka akan dihapuskan dosanya walaupun seperti buih di lautan.”
[Muttafaqun 'alaihi]

Apakah anda ingin dijauhkan dari Neraka sejauh tujuh puluh tahun?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Barangsiapa yang melaksanakan Shaum (Puasa) di Jalan ALLAH, maka ALLAH akan menjauhkan wajahnya dari Api Neraka, sejauh tujuh puluh musim gugur.”
[HR. Bukhari]

Apakah anda ingin ALLAH AZZA WA JALLA berselawat (memberikan rahmat) kepada hambaNya?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Barangsiapa yang berselawat kepadaku dengan satu selawat, maka ALLAH akan memberikan selawat kepadanya sebanyak sepuluh kali?”
[Muttafaqun 'alaihi]

Apakah anda ingin diangkat darjat anda oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA?

RASULULLAH SHALLALLAHU ALAIHI WASALLAM bersabda, yang ertinya: 

“Tidak merendahkan diri seseorang kerana ALLAH, kecuali ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan mengangkat darjatnya.”
[HR. Muslim]
———————————-
Begitu banyak jalan untuk memenuhi undangan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Sayangnya kita masih lebih bersegera memenuhi undangan makan siang, atau makan malam dari kolega, Undangan pesta ini dan itu yang di dalamnya banyak terdapat kemungkaran, daripada bersegera memenuhi undangan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan RasulNya. Wallahu musta’an!

Semoga bermanfaat
~Admin MFPU~
__________
Sumber: Khayla.net




Ahad, 16 Disember 2012

K 78 Syurga tidak didiami warga tua.

Suatu saat, ada seorang wanita tua bertanya kepada NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM, “RASULULLAH, doakanlah agar aku boleh masuk Syurga.” BELIAU SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM bersabda, 

“Aduh, Syurga tidak akan pernah dimasuki oleh wanita-wanita tua.”
Saat itulah, azan berkumandang. Beliaupun masuk rumah untuk bersiap-siap, lalu keluar lagi. Ternyata, dia dapati wanita tadi menangis. “Kenapa dia?” tanya beliau kepada para sahabatnya.
“Tadi, engkau mengatakan begini dan begitu kepadanya,” ujar mereka.
BELIAU SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda, “Oh itu. Maksudnya, semua wanita itu, di Syurga kelak, akan diubah menjadi muda kembali.” Dan, wanita itupun tersenyum gembira.’

[al Adzkiyaa, Ibnul Jauzi hal.11]


Rabu, 21 November 2012

J 149 DUA Cara membina kediaman anda di Syurga Abadi nanti

Maha Kaya dan Maha Pemurah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam menyempurkan keperluan kehidupan hambaNya di Akhirat nanti, oleh yang demikian ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberi peluang pada hambaNya membina Kediaman di Syurga nanti dengan 2 cara yang amat mudah :

1- Menunaikan solat sunat 12 rakaat dalam sehari semalam.

2- Membaca 10 kali surah Al-Ikhlas setiap hari.

Itu sahaja keperluan yang diperlukan untuk membina Mahligai di Syurga Abadi sebelum ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memaksa kita mengadapNya.

Rujukan:
http://www.slideshare.net/marketore/ss-6993135



Selasa, 20 November 2012

J 142 Nikmat memandang Allah SWT di dalam Syurga

Melihat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam syurga

عَنْ اَبِى هُرَيرَةَ أَنْ نَا سًا قَالُوا لِرَسُولِ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يَا رَسُولَ اللهِ هَلْ نَرِى رَبَّنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّم
هَلْ تُضَارُّونَ فِى رُؤيَةِ القَمَرِلَيْلَةَ الْبَدْرِ
قَالُوا لا يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ هَلْ تُضَارُّونَ
فِى الشَمْسِ لَيسَ دُونَهَا سَحَابٌ قَالُوا لا
يَا رَسُولَ اللهِ قَالُ فَاِنَّكُم تَرَوْنَهُ


Daripaada Abu Hurairah ra katanya : “Bertanya orang banyak kepada RASULULLAH SAW. : Apakah kami akan melihat Zat ALLAH di hari kiamat kelak Yaa RASULULLAH? Jawab beliau : “Apakah kamu terhalang memandang bulan purnama raya? Jawab mereka itu : “Tidak!” Berkata pula RASULULLAH SAW. “Adakah kamu sukar melihat matahari ketika tidak awan menutupinya?” Jawab mereka itu : “Tidak tuan!” Maka berkata RASULULLAH SAW : “Demikianlah jelasnya kamu akan dapat melihat ALLAH kelak.”

كَذَلِكَ يَجْمَعُ اللهُ النَّاسَ يَومَ القِيَّامَةِ
فَيَقُولُ مَنْ كَانَ يَعْبُدُ شَيْئاً فَلْيَتَّبِعْهَ فَيَتَّبِعُ
مَنْ كَانَ يَعْبُدُ الشَّمْسَ الشَّمْسَ وَيَتَّبِعَ
مَنْ كَانَ يَعْبُدُ الْقَمَرَ الْقَمَرَ
مَنْ كَانَ يَعْبُدُ الطَّوَاغِيْتَ الطَّوَاغِيْتَ
وَتبْقَى هَذِاهِ الامَّةُ فِيْهَا مُنَافِقُوهَا

Kemudian RASULULLAH SAW meneruskan perkataannya, kata beliau : “Pada hari kiamat nanti ALLAH akan mengumpulkan semua manusia lalu bertitah : “Hendaklah tiap-tiap orang mengikut siapa/apa yang disembahnya di dunia.” Mendengar itu maka penyembah matahari mengikut matahari, penyembah bulan mengikut bulan, pemuja thoghut mengikut thoghut  dan di dalam rombongan mukmin (yang belum bergerak) terdapat pula kaum munafik.

فَيَأتِيْهُمُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فِى صُورَةِ
غَيْرِ صُورَتِهِ الَّتِى يَعْرِفُونَ فَيَقُولُ أَنَا رَبُّكُمْ
فَيَقُولُونَ نَعُوذً بِاللهِ مِنْكَ هَذَا مَكَانُنَا
حَتَّى يَأتِيَنَا رَبَّنَا فَاِذَا جَاءَ رَبَّنَا عَرَفْنَاهُ

Kemudian ALLAH SUBHANAHU WA TAALA datang kepada mereka itu dengan wajah yang tidak dikenal, lalu berkata : “Aku Tuhanmu.” Maka jawab mukminin : “Kami berlindung kepada ALLAH dari godaanmu!” Kami tidak akan bergerak dari sini sebelum datang Tuhan kami yang sejati, dan apabila Ia datang kepada kami, dapat kami mengenalNya.”

فَيَأتِيْهُمُ اللهُ وَتَعَالَى فِى صُورَتِهِ الَّتِى يَعْرِفُونَ
فَيَقُولَ أَنْا رَبُّكُم فَيَقُولُ أَنْتَ رَبُّنَا فَيَتَّبِعُونَهُ
وَيُصْرِبُ الصِّرَاطُ بَيْنَ ظَهْرَى جَهَنَّمَ فَاَكُونُ
أَنَا وَأُمَّتِى أَوَّلَ مَنْ يُجِيْزُ وَلا يَتَكَلَّمَ يَوْ مَئِذٍ
اِلا الرُّسُلُ وَدَعْوَى الرُّسُلِ يَوْمَئِذٍ
اللَّهًمَّ سَلِّمْ سَلِّمْ وَفِى جَهَنَّمَ كَلالِيبُ مِثْلُ شَوكِ
السًّعْدَانِ هَلْ رَأَيْتُمُ السًّعَدَانَ قَالُوا نَعَمْ
يَا رَسُولُ اللهِ قَالَ فَاِنَّهَا مِثْلُ شَوْكِ السَّعْدَانِ
غَيْرَ أَنَّهُ لا يَعْلَمُ مَا قَدْرُ عِظَمِهَا اِلا اللهُ
تَخْطَفُ النَّاسَ بِأَعْمَالِهِمْ فَمِنْهُمْ المُوْمِنُ
بَقِىَ بِعَمَلِهِ وَمِنْهُمْ النُجَازَى

Setelah itu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA datang kepada mereka dengan rupaNya yang dikenal oleh orang-orang Mukmin itu, lalu berkata : “Aku Tuhanmu.” Maka dijawab kaum mukmin : “Benar, Engkaulah Tuhan kami, mereka itupun segera mengikutNya.” Berkata pula RASULULLAH SAW. “Nun di sana di atas api neraka dibentangkan titian, maka umatkulah yang pertama-tama menyeberang titian itu. Pada saat itu tak seorangpun dibenarkan berbicara kecuali Rasul-rasul pesuruh ALLAH; seruan Rasul-rasul ketika itu : Oh Tuhan! selamatkanlah, selamatkanlah!” Di tengah-tengah api neraka itu terdapat banyak besi-besi melengkung seperti lengkung pancing, seperti duri sa’dan.” Kata Rasulullah saw. kepada sahabat-sahabat yang hadir : “Adakah kamu pernah melihat sa’dan?” Jawab mereka : “Ya!” “Seperti duri sa’dan itulah bentuk besi-besi itu, hanya saja besarnya tidak terkira, dan itu kelak yang akan mengait manusia yang sedang meniti, menurut imbangan dosa masing-masing. Yang beriman akan terlepas dari kaitannya dan yang berdosa, terkena, tetapi akhirnya dilepaskan.

حَتَّى إِذَا فَرَغَ اللهُ مِنَ القَضَاءِ بَيْنَ الْعِبَادِ
وَأَرَادَ اَنْ يُخْرجَ بِرَحْمَتِهِ
مَنْ أَرَادَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ أَمَرَ المَلائِكَةَ
أَنْ يَخْرُجُوا مِنَ النَّارِ مَنْ كَانَ لا يُشْرِكُ
بِاللهِ شَيْئًا

Setelah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA selesai mengadili hamba-hambaNya dan berkehendak dan mengeluarkan penghuni neraka dengan rahmatNya, dititahkanNya kepada malaikat-malaikat untuk mengeluarkan mereka yang diberiNya rahmat, kerana di dunia mereka tidak menyekutukan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan sesuatu apapun.

مِمَّنْ أَرَادَ اللهُ تَعَالَى أَنْ يَرْحَمَهُ مِمَّنْ يَقُولُ
لا اِلهَ الا الله فَيَعْرِفُو نَهُمْ فِى النَّارِ
يَعْرِفُونَهُم بِأَثَرِ السُّجُودِ تَأكُلُ النَّارُ
مِنَ ابْنِ آدَمَ اِلا أَثَرَ السُّجُودِ حَرَّمَ
اللهُ عَلَى النَّارِ أَنْ تَأكُلَ أَثَرَ السُّجُودِ
فَيَخْرُجُوْنَ مِنَ النَّارِ

Malaikat-malaikat yang mendapat perintah itupun dapat mengenal orang-orang yang berkata “tiada tuhan yang disembah kecuali ALLAH” dengan adanya bekas sujud solat yang memang tidak dimakan api neraka.

وَقَدِ امْتَحَشُوا فَيُصَبُّ عَلَيْهِمْ مَاءُ الْحَيَاةِ
فَيَنْبُتُونَ مِنْهُ كَمَا تَنْبُتُ الحِبَّةُ فِى حَمِيْلِ السَّيْلِ

Kemudian segeralah Malaikat-malaikat itu mengeluarkan mereka dalam keadaan hangus rentung, kemudian dituangkan ke tubuh masing-masing air hidup, maka tumbuhlah masing-masing kerana air itu seperti tumbuhnya jenis biji setelah banjir surut.

ثُمَّ يَفرُغُ اللهُ تَعَالَى مِنَ الْقَضَاءِ بَيْنَ الْعِبَادِ
وَيَبْقَى رَجُلٌ نُقْبِلٌ بِوَجْهِه عَلَى النَّارِ
وَهُوَ آخِرُ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولاً الْجَنَّةَ قَيَقُولُ
أَىْ رَبِّ اصْرِفْ وَجْهِى عَنِ النَّارِ فَاِنَّهُ
قَدْ قَشَبَنِى رِيْحُهَا وَاَحْرَ قَنِى ذَكَاؤُهَا
فَيَدْ عُو اللهَ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَدْ عُوَهُ

Setelah hal itu selesai seluruhnya, rupanya di sana masih tinggal seorang lelaki yang menghadap mukanya ke neraka dialah yang terakhir sekali masuk ke dalam syurga. Kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ia bermohon dengan bersungguh-sungguh agar mukanya dapat dipalingkan dari api neraka itu, dengan alasan bau dan nyalaannya telah menghancur luluhkan dirinya. Demikianlah permohonan itu berkali-kali diulangnya.

ثُمَّ يَقُولُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى هَل عَسَيْتَ
إِنْ فَعَلْتُ ذَلِكَ بِكَ
أَنْ تَسأَلَ غَيْرَهُ فَيَقُولُ لا أَسْأَلُكَ عَيْرَهُ
وَيُعْطِى رَبَّهُ مِنْ عُهُودٍ وَمَوَا ثِيْقَ
مَا شَاءَ اللهُ فَيَصْرِفُ اللهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّار
فَاِذَا أَقْبَلَ عَلقى الْجَنَّةِ وَرَآهَا سَكَتَ
مَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَسْكُتَ

Kemudian ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berkata kepadanya “Kalau Aku kabulkan permintaan ini apakah tak ada permohonan yang lain lagi?” Jawab orang itu : “Tidak!” dan ia berjanji keras kepada ALLAH bahawa ia tidak akan meminta sesuatu apapun lagi. Permohonan orang itupun dikabulkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Setelah terlihat olehnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama.

ثُمَّ يَقُولُ أَىْ رَبِّ قَدِمْنِى اِلَى بَابِ الْجَنَّةِ
فَيَقُولُ اللهُ لَهُ الَيْسَ قَدْ أَعْطَيْتَ عُهُودَكَ
وَمَوَا ثِيْقَكَ لا تَسْأَلُنِى غَيْرَ الَّذِى أَعْطَيْتُكَ
وَيْلَكَ يَاابْنَ آدَمَ مَا أغْدَرَكَ فَيَقُولُ أَىْ رَبِّ
وَيَدْعُو اللهَ حَتَّى يَقُولَ لَهُ فَهَلْ عَسَيْتَ
اِنْ أَعْطَيْتُكَ

Kemudian ia bermohon lagi kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA agar dapat disampaikan ke pintu syurga itu, Berkata ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepadanya ;” Bukankah engkau telah berjanji keras tak akan meminta apa-apa lagi?” Celaka anak Adam ini! Alangkah pemungkirnya! Maka orang itupun bermohon kedua kalinya kepada ALLAH serta berjanji pula tak akan menambah permohonannya lagi.

ذَلِكَ أَنْ تَسْأَلَ غَيْرَهُ فَيَقُولُ لا وَعِزَّتِكَ
فَيُعْطِى رَبَّهُ مَا شَاءَ اللهُ مِنْ عُهُودٍ
وَمَوَا ثِيْقَ فَيُقَدّنُهُ اِلَى بَابِ الْجَنَّةِ

Setelah permohonan orang itu dikabulkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan terlihatnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama. Kemudian ia bermohon kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA agar dapat disampaikan ke pintu syurga.

فَاِذَا قَامَ عَلَى بَابِ الْجَنّةِ انْفَهَقَتْ لَهُ الْجَنَّةُ
فَرَأَى مَا فِيْهَا مِنَ الْخَيْرِ وَالسُّرُورِ فَيَسْكُتُ
مَا شَاءَ اللهُ أَنْ يَسْكُتَ ثُمَّ يَقُولُ أَىْ رَبِّ
أَدْخِلْنِى الْجَنَّةَ فَيَقًولُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَلَى
لَهُ أَلَيْسَ قَدْ أُعْطَيْتَ عُهُودَكَ وَمَوَا ثِيْقَكَ
أَنْ لا تَسْأَلَ غَيْرَ مَا أُعْطِيْتَ وَيْلَكَ يَاابْنَ
آدَمَ مَا أَغْدَرَكَ فَيَقُولُ أَىْ رَبِّ لا أَكُونُ
أَشْقَى خَلْقِكَ فَلا يَزَالُ يَدْعُو اللهَ
حَتَّى يَضْحَكَ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَلى مِنْهُ
فَاِذَا ضَحِكَ اللهُ مِنْهُ قَالَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ

Setelah ia tiba di sana terbukalah pintu syurga itu selebar-lebarnya, dan dilihatnya   segala kenikmatan dan kegembiraan, kemewahan yang ada di dalamnya. Ia tercengang takjub dab terpaksa tak dapat berkata-kata. Kemudian ia bermohon pula ketiga kalinya agar dapat dimasukkan ke dalamnya, seraya berjanji seperti janji yang lampau. Alangkah pemungkirnya kamu hai anak Adam! kata ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepadanya. Jawabnya Oh Tuhan! jangan kiranya hamba ini menjadi orang-orang yang celaka-celakanya. Demikianlah permohonan itu diulang-ulang, akhirnya tertawalah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA seraya bertitah : “Masuklah engkau ke dalam syurga ini!”

فَاِذَا دَخَلَهَا قَالَ اللهُ لَهُ تَمَنَّهْ فَيَسْأَلُ رَبَّهُ
وَيَتَمَنَّى حَتَّى اَنَّ اللهَ لَيُذَكِّرُهُ مِنْ كَذَا وَكَذَا
حَتَّى اِذَا انْقَطَعَتْ بِهِ الأَ مَا نِىُّ
قَالَ اللهُ تَعَلَى ذلِكَ لَكَ وَمِثْلُهُ مَعَهُ

Maka apabila masuk ke dalamnya, bertitahlah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA :
“Sekarang dapatlah engkau mencita-citakan apa saja keinginanmu!” Orang itupun   segera bermohon berbagai-bagai permintaan dan mencita-cita bermacam-macam kenikmatan sehingga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memperingatkannya kepada soal-soal yang tertentu dari kenikmatan yang tak diketahuinya. Akhirnya apabila orang itu telah merasa puas, berkatalah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kepadanya: “Nikmatilah kemewahan yang telah ada ini, bahkan akan ditambah lagi dengan berbagai nikmat sebanyak itu pula.
(Hadis shahih riwayat Muslim)
Rujukan :

http://hadisrasullulah.blogspot.com/2010/05/himpunan-hadis-hadis-rasullulah-syurga.html