Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label ALLAH SWT - WALI ALLAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ALLAH SWT - WALI ALLAH. Papar semua catatan

Ahad, 14 Oktober 2012

I 138 SEPULUH Akhlak mulia wali Allah SWT yang wajib kita contohi

1- Bersih hati.

2- Ringan tangan  ( Dermawan) dengan wang.

3- Benar lidah(bercakap yang benar).

4- Rendah diri.

5- Sabar dalam penderitaan.

6- Menangis di waktu sendirian.

7- Nasihat sesama makhluk.

8- Kasih sayang sesama orang mukmin.

9- Memikirkan kerosakkan dunia.

10- Memerhati dan mengambil iktibar dari segala kejadian.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 908.



Khamis, 16 Ogos 2012

G 131 ENAM Syarat untuk memiliki darjat wali Allah SWT

1- Jika kamu melakukan dosa kepada Allah SWT, jangan kamu makan rezekiNya.

2- Jika kamu ingin melakukan dosa, keluarlah dari kerajaanNya.

3- Lakukan dosa di tempat yang Dia tidak dapat melihat kamu.

4- Semasa hendak mati, pintalah penangguhan daripada Malikul Maut untuk kamu bertaubat pada masa tersebut.

5- Jangan kamu biarkan Malaikat Mungkar dan Nangkir datang kepadamu dan bertanya tentang amalan yang telah kamu lakukan.

6- Apabila kamu hendak dicampak ke dalam Neraka, Jangan kamu mahu.

Kitab Tazkirah  Awliya’. m/s : 49.





Selasa, 31 Julai 2012

D 137 TUJUH SIFAT WALI ABDAL

1.  Tawaduk dan khusyuk bagi Allah SWT.

2.  Membesarkan segala perintah Allah SWT.

3.  Memelihara segala batasan Allah SWT.

4.  Merasa haibah, takut dan hina bagi Allah SWT.

5.  Dengan Qadak Allah SWT.

6.  Memelihara anugerah Allah SWT ke atasnya dalam tegahan dan Kurniaan Allah SWT.

Syarah Hikam. m/s : 74


Selasa, 24 Julai 2012

C 50 DUA PULUH Anugerah Keramat Kepada Wali Allah Di Akhirat




1.    Allah SWT meringankan rasa sakit ketika rohnya keluar dari badan di saat kematian.

2.    Mereka mendapat keteguhan makrifat dan keimanan.

3.    Mereka mendapat kegembiraan, keredhaan, kesenangan hidup di Akhirat.

4.    Berkekalan mereka bersama Allah swt di Akhirat.

5.    Mendapat anugerah luar biasa dari Allah swt iaitu roh mereka dikunjungi oleh para Malaikat dari tujuh petala langit dan bumi serta  para Malaikat memberi penghormatan kepadanya.

6.    Mereka terlindung dari fitnah dan mendapat pertolongan allah dalam menjawab soalan Munakar dan Nangkir didalam kubur.

7.    Kubur mereka diluaskan, disinari cahaya dan mereka aman damai dalam kubur.

8.    Mereka dihimpun dalam golongan terhormat, mereka diberi mahkota, pakaian yang indah dan kenderaan yang istimewa.

9.    Roh mereka  akan bersiar-siar  dalam  syurga dengan berkenderaan burung hijau dengan hati yang gembira.

10. Wajah mereka terpancar cahaya kerana dapat menyaksi Wajah Allah Yang Maha Tinggi.

11. Mereka terpelihara dari huru-hara di Akhirat.

12. Mereka mendapat surat amalan dengan tangan kanan.

13. Mereka mendapat hisab yang ringan daripada Allah swt bahkan sebahagian daripada mereka masuk Syurga tanpa hisab.

14. Timbangan amalan kebaikan mereka menjadi berat sebahagian mereka, amalan mereka tidak ditimbang langsung lalu dapat memasuki Syurga Allah SWT.

15. Mereka dapat minum air kolam Rasulullah SAW dan tidak akan merasai dahaga selama-lamanya.

16. Mereka dapat meniti Sirat Mustaqim dengan selamat.

17. Mereka dapat memberi Shufaat kepada orang lain.

18. Mereka mendapat nikmat Syurga yang abadi.

19. Mereka mendapat Keredhaan Allah SWT Yang Maha Besar.

20. Mereka dapat melihat wajah Allah SWT.

Mengenal Diri dan Wali Allah. m/s:172.