Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Memaparkan catatan dengan label KITAB-KITAB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KITAB-KITAB. Papar semua catatan

Jumaat, 14 September 2012

H 135 EMPAT Nasihat amat berharga daripada Kitab Taurat

Wahab bin Munabbih telah berkata :
Saya telah menemui dalam kitab Taurat empat baris ayat,

1- Sesiapa yang membaca kitab Allah SWT lalu dia menyangka tidak akan diampunkan, maka dia termasuk orang yang mengejek atau meremeh-remehkan ayat-ayat Allah SWT.

2- Sesiapa yang mengeluh kerana musibah yang menimpa padanya, maka dia telah mengeluhkan  Allah SWT.

3- Sesiapa yang bersedih dengan apa yang terlepas atau apa yang tidak dicapainya, maka bererti dia membenci keputusan Allah SWT.

4- Sesiapa tawaduk atau merendahkan diri kepada orang kaya kerana kekayaannya, maka hilanglah 2/3 daripada agamanya.


Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2. M/S : 358.


Jumaat, 7 September 2012

H 104 LIMA Kalimah berharga daripada kitab Taurat

Hassan Al-Basri berkata, termaktub dalam kitab Taurat 5 Kalimah :

1- Kekayaan terbaik adalah bersama Qanaah (tidak tamak).

2- Selamat itu adalah melalui menyendiri (beribadat).

3- Kemerdekaan sebenar adalah mereka yang berjaya meninggalkan tuntutan syahwat.

4-  Cinta sebenar adalah apabila berjaya meninggalkan keinginan.

5- Kesabaran sesaat akan membawa kegembiraan selama-lamanya.


Tanbihul Ghafilin, Jilid 1&2. M/S : 300.