Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 22 November 2024

W 14 : AJARAN ISLAM PERIHAL DIAM

 ORANG Mukmin diperintahkan agar memelihara lisan (termasuk yang ditulis dalam media sosial):


وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَليَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ


“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaknya dia berkata yang baik atau diam.”

(HR Al-Bukhari)


Termasuk perkataan yang baik adalah berkata benar, mencegah kemungkaran dan tidak menjadi saksi palsu.


Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam lagi:

إِنَّ أَفَرَى الفِرَى أَنْ يُرِي عَيْنَيْهِ مَا لَمْ تَرَيَا


“Sesungguhnya kedustaan yang paling berat ialah apabila seseorang mengemukakan kesaksian terhadap hal yang tidak di­saksikannya.”

(HR Al-Bukhari)


Begitu aneh manusia. Kita mengambil masa sekitar dua tahun untuk belajar bertutur tetapi, kemungkinan kita memerlukan seumur hidup untuk belajar menahan diri daripada berbicara perkara yang tidak perlu.


Kata Ibnu Rajab:


“Tidak ada perkataan yang bersifat pertengahan antara bicara dan diam. Kemungkinan yang ada ialah, suatu ucapan merupakan kebaikan sehingga kita diperintahkan untuk mengatakannya. Kemungkinan yang lain pula, suatu ucapan mengandungi keburukan sehingga kita diperintahkan untuk diam.”

(Jami’ul Ulum wal Hikam)


Kita perlu menyedari kekurangan kita selaku manusia biasa. Tidak semua perkara berada di dalam pengetahuan kita. Maklumat kita terbatas. Oleh kerana itu, Islam memberi panduan khusus berkenaan pendirian seorang Mukmin terhadap perkara yang tidak diketahuinya.

Diam. Orang yang suka menunjuk-nunjuk pengetahuannya seringkali terbabas hingga mempamerkan pula kejahilan dirinya. Adakah seorang Muslim diwajibkan untuk mengulas setiap isu yang berlaku? Tidak. Akan tetapi, kita pasti akan disoal atas setiap kata-kata dan perbuatan kita.


Allah Subhanahu Wata'ala berfirman:


وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولا


“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempu­nyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung­jawabkannya.”

(Al-Isra’: 36)


Empat pendapat berkenaan ayat:

1.     Ibnu Abbas mengata­kan bahawa makna ‘la taqfu‘ ialah ‘la taqul‘. Janganlah kamu mengatakan.

2.     Al-Aufi - Janganlah kamu menuduh seseorang dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuan berkenaannya.

3.     Muhammad bin al-Hanafiyah - Makna yang dimaksudkan ialah kesaksian palsu.

4.     Qatadah - Janganlah kamu mengatakan bahawa kamu melihatnya, padahal kamu tidak melihatnya. Atau kamu katakan bahawa kamu mendengarnya, padahal kamu tidak mendengarnya. Atau kamu katakan bahawa kamu mengetahuinya, padahal kamu tidak mengetahui. Kelak Allah Subhanahu Wata'ala akan meminta kamu bertanggungjawab berkenaan hal tersebut secara keseluruhan.

Kesimpulan pendapat mereka, Allah Subhanahu Wata'ala melarang hambaNya mengatakan sesuatu tanpa pengetahuan, bahkan melarang pula mengatakan sesuatu berdasarkan sangkaan semata-mata. Berbeza pula bagi mereka yang mempunyai ilmu, mereka diperintahkan untuk menyampaikan kebenaran.


Pesan Imam Ahmad bin Hanbal:


إذا سكت العالم تقية، والجاهل يجهل، فمتى يظهر الحق؟


“Apabila orang yang alim berdiam diri kerana taqiyah (play safe), dan orang jahil terus jahil, bilakah lagi kebenaran itu akan tertegak?”

Maha benar Kalamullah:


قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُواْ الألْبَابِ


“Katakanlah, adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”

(az-Zumar: 9)

W13 : DOA SEPERTI NABI

 *Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh*


*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم*

_*Alhamdulillahi rabbil a'lamiin Wassolatuwassalamuala asrofil anbia iwalmursalin Wa'ala alihi wasohbihi ajmain..*_


_"Yaa Allah, Yaa Tuhan kami, kurniakan kekuatan, keimanan, kepada kami Yaa Allah seperti mana yang telah Kau kurniakan kepada nabiMu Ibrahim Yaa Allah.

Berikan kesembuhan dalam segala penyakit kami Yaa Allah seperti mana yang telah Kau kurniakan kepada nabiMu Ayub Yaa Allah. 


Kurniakan kepada kami jalan keluar bagi segala permasalahan kami Yaa Allah seperti mana yang telah Kau kurniakan kepada nabiMu Yunus Yaa Allah. 


Kurniakan kepada kami keluasan rezeki yang halal Yaa Allah, seperti mana yang telah Kau berikan kepada NabiMu Sulaiman Yaaa Allah. 


Yaa Allah, Yaa Tuhan kami, berikan kepada kami bantuan dalam segala yang kami usahakan, seperti mana yang telah Kau berikan kepada NabiMu Musa Yaa Allah. 


Berikan kepada kami, ketabahan dalam segala ujian hidup kami Yaa Allah, seperti mana yang telah Kau berikan kepada NabiMu Isa, Yaa Allah. 


Yaa Allah, Yaa Tuhan kami, kurniakan kepada kami akhlak dan adab sopan yang baik Yaa Allah, seperti mana yang telah Kau berikan kepada junjungan kami, Nabi Muhammad Yaa Allah.


Kurniakan kepada kami, anak-anak yang soleh dan solehah, keluarga yang bahagia Yaa Allah, seperti mana yang telah Kau berikan kepada Saidina 'Ali dan Fatimah, Yaa Allah.

Yaa Allah, Yaa Tuhan kami, ampunkan segala dosa kami, bantulah segala urusan kami Yaa Allah."


"Yaa Allah, muliakanlah Islam dan kaum Muslimin, Yaa Allah, tolonglah kaum Muslimin dan Mujahidin di Palestin."


_*Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adhaban-nar*_

_*Wassolallahhu 'ala sayyidina Muhammad Wa'ala alihi wasohbihi wasalam Walhamdulillah hirabbal a'lamiin*_

_*Aamiin Aamiin Yaa Rabbal A'lamin.*_

Ahad, 29 September 2024

W12 : PINTU YANG TIDAK PERNAH TERTUTUP

 Jika engkau mengetuk pintu rumah orang, belum tentu penghuninya ada, dan ketukkan pintumu akan menjadikan sia-sia belaka.


Kalaupun ada, belum tentu mahu membuka, semakin engkau ketuk, boleh jadi semakin menaikan kemarahannya


"Itulah jika engkau meminta pada manusia jika engkau sering meminta, mereka akan menjauh dan menganggapmu hina.


Tapi, jika engkau mengetuk pintu rahmat Allah, Allah selalu ada


Allah tahu dan Allah mendengar semua yang ada pada harapan dan kisahmu.


Jika engkau mengetuk sekali, Allah mendengar kisah hatimu.


Jika engkau mengetuk berkali-kali, Allah tahu engkau sangat mengharapkanNya.


Jika engkau semakin sering memanggil nama-namaNya, 

Allah telah mempersiapkan yang terindah untukmu, hanya kadang engkau tidak sedari itu dan terburu-buru.


Jika engkau sering meminta kepada Allah, Allah Maha Dekat dan engkau kian menjadi mulia.


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

[QS. Al-Baqarah: 186]


يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ


“Wahai Rabb Yang Maha hidup, Wahai Rabb Yang Maha berdiri sendiri (tidak perlu segala sesuatu) dengan rahmatMu aku meminta pertolongan, perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan (urusanku) kepada diriku sendiri meskipun hanya sekejap mata (tanpa mendapat pertolongan dariMu).”

Selasa, 23 Julai 2024

W 11 : BERSANGKA BAIK

 Konsep sangka baik ialah tidak memandang diri lebih baik, lebih bagus, lebih afdhal dan lebih tinggi dari sesiapa pun kerana kita tidak mengetahui adakah kita akan meninggal dengan husnul khatimah atau su'ul khatimah.


Tidak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Jika ternampak sesuatu yang boleh membawa kita bersangka buruk kepada manusia lain maka carilah seribu alasan untuk kita terkeluar dari sangkaan buruk tersebut agar kita dapat bersangka baik dengannya.


Seseorang yang bersangka baik, dia tetap benar disisi Allah walau sangkaannya itu tersalah namun seseorang yang bersangka buruk akan tetap salah disisi Allah walau sangkaannya itu tepat dan benar.


Satu-satunya yang kita boleh bersangka buruk ialah nafsu kita sendiri. Carilah aib dan kekurangan diri sendiri, jika kita sibuk dengan keaiban kita masing-masing nescaya kita tidak akan ada masa untuk mengintai dan memperkatakan keaiban orang lain.


Semoga kita diberi sifat mata lebah yang sentiasa melihat dan mencari kebaikan bunga di mana-mana dan bukan mata lalat yang sentiasa memandang dan mencari kotoran dan najis di serata tempat..


Semoga bermanfaat


Wallahualam...

Ahad, 21 April 2024

W 10 : HIDUP SATU UJIAN

 Hidup di dunia ini adalah satu ujian

Senang diuji, susahpun diuji

Kaya diuji, miskinpun diuji

Orang baik diuji, orang jahatpun diuji

Ujian pasti kerana dunia ini hanyalah pentas ujian. 

Tiada ruang bersenang-senang di dunia ini bagi Umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Umat Islam).

HARUS SENTIASA REDHA DAN BERSYUKUR