Orang yang menunaikan solat dan berpuasa
tanpa hadir hatinya kepada Allah swt adalah seperti orang yang menghadiahkan
sesuatu kepada Allah swt tetapi hadiah tersebut seperti bungkusan hadiah yang
cantik tetapi tidak berisi apa-apa hadiah, sementara orang yang menunaikan
solat dan berpuasa dengan penuh ikhlas diibaratkan seperti menghadiahkan
INTAN dan PERMATA yang tinggi nilainya kepada Allah SWT.
JANGAN SEKALIPUN LUPA, DUNIA INI ADALAH TEMPAT SEMENTARA YANG SINGKAT DAN SUATU UJIAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )
AL ZOHIR ( الظاهر ) ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...
Ahad, 15 Julai 2012
B 37 LIHATLAH KEHEBATAN SOLAT
· Apabila berdiri dan lafaz الله أكبر keluar dari bibir kita.. keluarlah dari tubuh kita dosa-dosa sehingga tubuh kita seperti bayi yang baru lahir.
·
Apabila lafaz
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم dibaca Allah SWT catatkan setiap bulu yang
terdapat pada tubuh kita satu kebajikan.
·
Apabila surah الفاتحة
dibaca maka Allah SWT berikan pahala seperti mengerjakan haji dan Umrah.
·
Apabila rukun rukuk
disempurnakan, Allah SWT memberi pahala seperti bersedekah dengan seberat
timbangan emas.
·
Apabila
Lafaz سبحان ربى العظيم dibaca kita mendapat pahala seperti
pahala membaca semua kitab yang telah Allah SWT turunkan.
·
Apabila lafaz
سمع الله لمن حمده disebut Allah SWT memandang ke arah kita dengan
pandangan rahmat.
·
Apabila kita sujud
kepada Allah SWT, Allah SWT kurniakan pahala dan kebajikan kepada kita
sebanyak kejadian manusia dan jin yang telah Allah SWT ciptakan.
·
Apabila lafaz
سبحان ربى الأعلى disebut maka kita mendapat pahala memerdekakan hamba
sebanyak surah dan ayat suci yang terkandung dalam Al-Quran.
·
Apabila kita lafazkan
تشهد / tasyahhud dalam tahiyat kita, maka Allah SWT kurniakan Martabat
الصابرين As-Sobirin kepada kita.
·
Apabila kita memberi
salam.. Allah SWT bukakan lapan pintu Syurga untuk kita pilih yang mana satu
kita hendak masuk ke dalam Syurga Allah SWT …
·
Apabila berdiri dan
lafaz الله أكبر keluar dari bibir kita.. keluarlah dari tubuh kita
dosa-dosa sehingga tubuh kita seperti bayi yang baru lahir.
·
Apabila lafaz
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم dibaca Allah SWT catatkan setiap bulu yang
terdapat pada tubuh kita satu kebajikan.
·
Apabila surah الفاتحة
dibaca maka Allah SWT berikan pahala seperti mengerjakan haji dan Umrah.
·
Apabila rukun rukuk
disempurnakan, Allah SWT memberi pahala seperti bersedekah dengan seberat
timbangan emas.
·
Apabila
Lafaz سبحان ربى العظيم dibaca kita mendapat pahala seperti
pahala membaca semua kitab yang telah Allah SWT turunkan.
·
Apabila lafaz
سمع الله لمن حمده disebut Allah SWT memandang ke arah kita dengan
pandangan rahmat.
·
Apabila kita sujud
kepada Allah SWT, Allah SWT kurniakan pahala dan kebajikan kepada kita
sebanyak kejadian manusia dan jin yang telah Allah SWT ciptakan.
·
Apabila lafaz
سبحان ربى الأعلى disebut maka kita mendapat pahala memerdekakan hamba
sebanyak surah dan ayat suci yang terkandung dalam Al-Quran.
·
Apabila kita lafazkan
تشهد / tasyahhud dalam tahiyat kita, maka Allah SWT kurniakan Martabat
الصابرين As-Sobirin kepada kita.
·
Apabila kita memberi
salam.. Allah bukakan lapan pintu Syurga untuk kita pilih yang mana satu kita
hendak masuk ke dalam Syurga Allah SWT …
Maksud Hadis yang
diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Umar..
B 36 : SEPULUH LALUAN YANG BAKAL DILALUI OLEH MANUSIA
Bagaimana memudahkannya?
1. LALUAN
MENUJU KE KUBUR
a.
Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha’ hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha’ hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)
2. LALUAN
UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a.
Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu’min
c. Bayar semula kadha’ (solat & puasa) yang tertinggal dan Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala
b. Gembirakan hati orang Mu’min
c. Bayar semula kadha’ (solat & puasa) yang tertinggal dan Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala
3. LALUAN
UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a.
Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati
4. LALUAN
UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a.
Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH SWT
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH SWT
5. LALUAN
MEMANTAPKAN AMALAN
a.
Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH SWT
d. Banyakkan sedekah dan khairat
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH SWT
d. Banyakkan sedekah dan khairat
6. LALUAN
MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a.
Kasihilah aulia ALLAH Taala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syaraK
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syaraK
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk
7. LALUAN
MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a.
Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram
8. LALUAN
UNTUK MEMASUKI SYURGA
a.
Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH SWT
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH SWT
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH SWT
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH SWT
9. LALUAN
BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a.
Kasihilah Nabi ALLAH SWT
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH SWT
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH SWT
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.
10.
LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH SWT
a.
Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH SWT
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH SWT
c. Betulkan dan baikkan iKtiqad kepada ALLAH SWT
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH SWT
c. Betulkan dan baikkan iKtiqad kepada ALLAH SWT
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya
B 35 : DUA PULUH EMPAT PERKARA JANGAN DILAKUKAN
Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.
Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.
1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH SWT.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH SWT. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH SWT.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata ‘jangan’. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH SWT itu lebih mengetahui.
~ Yang baik itu adalah dari ALLAH SWT dan yang buruk itu dari hambanya juga ~
B 34 LIMA BELAS PINTU SYAITAN
15 pintu syaitan yang ada di dalam diri kita
- pintu marah
- cinta dunia - kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu) - panjang angan-angan - rakus - bakhil - suka pada pujian - riak - ujub (merasa kagum) - takut dan gelisah - buruk sangka - memandang rendah pada orang lain - merasa suka pada dosa - merasa aman daripada pembalasan “ALLAH” - putus asa daripada rahmat “ALLAH”
15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir - Banyakan Beristigfar - Baca “la i’ la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min” - Jangan tidur berseorangan - Baca doa pagi dan petang - Bersugi - Melaksanakan solat jemaah - Berwudhuk sebelum tidur - menutup aurat - Membaca doa masuk tandas. - Banyak berselawat pada hati - Bertaubat, beristighfar - Banyakan baca Al-Quran - Membaca surah Yassin setiap pagi
Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca “Bismillah” ketika memasuki rumah - Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat) - Penghuninya jujur dan memenuhi janji - Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal) - Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra) - Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa |
B 33 SURAH AL FATIHAH MELIPUTI SEGALA ILMU PENGETAHUAN
Menurut Imam Al Ghazali bahawa Al Quran mengandung sepuluh dasar ilmu pengetahuan umum dan tiap-tiap ilmu itu membawahi beberapa macam ilmu :
1. Ilmu untuk mengenal zat Allah swt.
2. Ilmu untuk mengenal sifat-sifat Allah swt. Mengenai zat Allah swt, kita mengagungkan dan mensucikanNya dari segala sifat kekurangan : Dia tida serupa dengan sesuatu apapun. Adapun mengenal sifat-sifatNya iaitu : Dia Maha Kuasa, Maha Berkehendak, Maha Mengetahui, Hidup, Mendengar, Melihat dan Berbicara.
3. Dialah Khalik alam semesta dan Penciptanya dan Dialah Yang meninggikan langit dan membentangkan bumi.
4. Menjelaskan tempat kembali manusia seperti : syurga sebagai tempat pahala, neraka sebagai tempat siksa.
5. Menjelaskan Siratal Mustaqim (jalan yang lurus) dengan meninggalkan segala perbuatan yang tercela dan segala perbuatan yang tercela dan segala perangai yang rendah.
6. Menghiasi diri dengan segala perbuatan yang mulia dan segala sifat yang utama.
7. Menjelaskan orang-orang yang telah dianugerahi nikmat atas mereka dan memuji mereka itu.
8. Menerangkan (akibat) orang-orang yang zalim, orang-orang yang melanggar hukum-hukum agama dan orang-orang yang kafir.
9. Menyebutkan perbantahan orang-orang kafir.
10. Menerangkan undang-undang hukum Allah swt.
Inilah semuanya ilmu-ilmu yang tersebut di dalam Al Quran dan lapan di antaranya telah tercakup di dalam surah Al Fatihah. Demikian pandangan Imam Al Ghazali.
Untuk jelasnya adalah sebagai berikut :
1. Zat Allah swt yang tercantum dalam kalimah : ( Bismillahi) = Dengan nama Allah
2. Sifat-sifat Allah swt dalam kalimah :
(Arrahmaanirrahimi Malikiyaumiddiini) = Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Yang menguasai hari Pembalasan.
Bahawasanya sifat Rahmah (Pengasih dan Penyayang) dan kekuasaan itu, keduanya menghendaki adanya Qudrat (sifat Maha Kuasa), Iradah (Maha Berkehendak) dan Ilmu (Maha Mengetahui). Itulah di antara sifat-sifat Allah swt yang tercantum di dalam kebanyakan surah di dalam Al Quran seperti firmanNya :
“Almalikul kudduusussalamul mu’minullmuhaeminul ‘aziizul jabbarul mutakabbiru. Yang Ertinya : “Dia Maha Raja Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Menganugerahkan Keamanan Yang Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Agung.
(Q. S Al-Hasyr : 23)
3. Ilmul af’al (ilmu perbuatan Allah swt) iaitu : ilmu yang telah kami huraikan dahulu yang tercakup dalam firmanNya : Rabbil’alamiina = Yang Memelihara Semesta Alam.
Dan tersirat di dalamnya berbagai macam ilmu dan kami telah jelaskan bahawa alam itu ada dua macam : alam tinggi dan alam rendah ; Pada kedua alam tersebutlah berhubungan berbagai macam ilmu pengetahuan dan teknologi kerana semuanya itu adalah “Af’alullah” (Perbuatan Allah swt) yang masuk di dalam pengaruh rahmat dan pendidikanNya bagi semesta alam. Bahawasanya ilmu pasti dan ilmu pengetahuan alam yang keduanya telah masuk di dalam “Tarbiayatul ‘alamin” (Pendidikan semesta alam) keduanya diikuti lagi oleh berbagai ilmu teknik yang di antaranya seperti : alat pengukur waktu (jam dan sebagainya), ilmu tentang mesin penggerak (penarik benda yang berat) seperti : lokomotif dan sebagainya, ilmu penggerudi air dan minyak, ilmu tentang alat-alat persenjataan yang berat seperti : roket meriam dan sebagainya.
Ilmu tentang gas beracun dsb. Ilmu-ilmu itulah yang menggugah bangsa-bangsa yang masih tidur dan membangunkan bangsa-bangsa Timur (Asia) dari tidur nyenyak mereka. Semuanya ini termasuk di antara keajaiban pendidikan. Demikian juga ilmu pembuatan senjata berat seperti meriam yang dapat menghancurkan orang-orang yang lalai. Ilmu tentang alat pembakar, ilmu tentang alat pembakar, ilmu untuk bangunan perumahan yang kuat; ilmu pembuatan (menggali) terusan (sungai); ilmu tentang juluran dalam bentuk dan letaknya; ilmu gaya gravitasi; ilmu ukur ruang; ilmu kedoktoran dan ilmu pertanian. Kedua ilmu terakhir ini (Kedoktoran dan pertanian) termasuk dalam lingkungan ilmu pengetahuan alam, sedangkan ilmu-ilmu sebelumnya termasuk dalam lingkungan ilmu pasti (matematika) dan semuanya itu terkandung di dalam. Tarbiayatul ‘alamin Ertinya : “Pendidikan Alam Semesta”
Ketahuilah bahawa semua industri yang telah ada sekarang mahupun yang akan datang semuanya bersumber dari benda-benda yang telah ada (diciptakan Allah) di dunia ini.
4. Keterangan tentang hari akhirat yang meliputi syurga, neraka, kenikmatan dan kesengsaraan, pahala dan siksa. Al Quran telah membuat segala keterangan mengenai hal tersebut dan semunya itu termasuk di dalam ayat : Maliki yaumiddiini. Ertinya : “Yang memiliki hari pembalasan (hari kemudian).”
5 & 6. Keterangan tentang siratal mustaqim (jalam yang lurus) ini ada dua bahagian :
a. Meninggalkan kesesatan, kefasikan dan berbagai maksiat seperti : bohong, khianat, khianat dan zina.
b. Menghiasi diri dengan dengan segala akhlak yang mulia seperti sifat-sifat mulia, ilmu pengetahuan, tolong-menolong, menyebarkan ilmu dan sebagainya.
7. Keterangan tentang sejarah para Nabi, orang-orang yang soleh, orang-orang mukmin dan intelektual, semuanya ini termasuk dalam ayat : Allaziina an’amta ‘alaihim Ertinya : “Orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat atas mereka”.
8. Cerita orang-orang yang telah dimurkai dan orang-orang yang sesat. Di dalam Al Quran banyak tersebut cerita tentang orang-orang yang sesat dan sejarah tingkah laku dan perbuatan mereka yang membawa kepada kehancuran dan kebinasaan. Itulah berbagai ilmu yang terkandung di dalam Al Quran dan telah tersirat di dalam surah Al Fatihah.
B 32 : MAKSUD ISTIDRAJ
Ianya adalah pemberian nikmat Allah swt kepada
manusia yang mana pemberian itu tidak diredaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah SAW bersabda :
“Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala
memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),
ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan
Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering
berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang
telah datang kepadanya adalah kerana Allah swt berserta
dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana
kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak
langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang
sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan
di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi,
hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur
hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta
mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya,
apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk
neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s. a. w. naik ke langit
bertemu Allah swt pun
tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk
di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi
Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan
ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj – Manusia yang lupa
daratan. Walaupun
berbuat maksiat, dia merasa Allah swt menyayanginya. Mereka memandang hina
kepada orang yang beramal. “Dia
tu siang malam ke masjid, basikalpun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab
malampun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang
mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya
sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah swt memberikan nikmat yang banyak dengan
tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah s. a. w bersabda:
“Apabila Allah menghendaki untuk
membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya”
(Kitab Nasaibul’Ibad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia
akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika
Allah swt hendak membinasakannya, Allah swt berikan dia sayap. Lalu, bila sudah
bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap),
dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba
hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira,
tidak pernah sakit, bersinun tidak pernah kerana Allah swt berikannya nikmat
kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun
dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas
mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah swt binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim.
Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah swt, akhirnya
menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.
Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia
ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau
kita kaya, jangan sangka Allah swt sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa
juga.
Jadi, jika kita kaji dan fikir
betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.
Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah.
Pemberian yang diberikan oleh Allah swt pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.
Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini
tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya
beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang
naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang
mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah swt bukan
istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup
kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita
cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari
keredaan Allah swt. Bagaimana
cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah swt? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang
sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke
jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah swt. Maka
segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai
Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredaan Allah swt, nescaya
selamatlah kita di dunia dan akhirat.
In sya Allah.
Langgan:
Catatan (Atom)






