Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 16 Oktober 2012

I 142 EMPAT Perkara mengundang hikmah daripada Allah SWT

1- Badan yang bebas daripada kesibukan dunia.

2- Perut yang kosong daripada makanan.

3- Tangan yang kosong daripada kekayaan dunia.

4- Memerhati dan memikirkan akibat dunia.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 908



I 141 TIGA Sikap yang menghancurkan ibadat seseorang

1- Orang yang sibuk dengan kesalahan orang lain.

2- Orang yang sombong atau bangga diri.

3- Orang riak dalam amal perbuatannya.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 953.


Ahad, 14 Oktober 2012

I 140 TIGA Sikap melahirkan Kecintaan dalam jiwa manusia

1- Orang yang berbudi baik.

2- Orang yang Ikhlas dalam amal perbuatannya.

3- Orang yang tawadduk ( merendah diri ).


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 954.


I 139 TIGA Perkara yang tak perlu kita fikirkan

1- Jangan kamu fikirkan tentang kemiskinan kerana akan menyebabkan kamu risau dan menambahkan kerakusan.

2- Jangan kamu fikirkan tentang kezaliman orang lain terhadap dirimu kerana akan menambahkan kekerasan hatimu dan kedengkianmu serta akan berlanjutan kemarahanmu.

3- Jangan kamu berfikir untuk kekal di dunia kerana akan menggalakkan kamu menghimpunkan harta dunia dan menunda amal ibadatmu serta melalaikan Akhirat.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2.  M/S : 907.


I 138 SEPULUH Akhlak mulia wali Allah SWT yang wajib kita contohi

1- Bersih hati.

2- Ringan tangan  ( Dermawan) dengan wang.

3- Benar lidah(bercakap yang benar).

4- Rendah diri.

5- Sabar dalam penderitaan.

6- Menangis di waktu sendirian.

7- Nasihat sesama makhluk.

8- Kasih sayang sesama orang mukmin.

9- Memikirkan kerosakkan dunia.

10- Memerhati dan mengambil iktibar dari segala kejadian.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 908.



I 137 TUJUH Tanda takut kepada Allah SWT

Tanda-tanda takut kepada Allah SWT kelihatan dalam tujuh perkara :

1- Lidahnya tidak berdusta, mengumpat, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap tetapi lidah orang yang bertakwa sentiasa berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmiah.

2- Hatinya tiada permusuhan, kebodohan, kedengkian pada sahabat kerana kedengkian akan menghapuskan segala pahala kebaikan.

3- Pandangannya tidak suka memandang makanan, minuman, pakaian atau lain-lain perkara haram dan tidak terpikat pada dunia. Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa memenuhi matanya daripada perkara Haram, maka Allah SWT akan memenuhinya dengan daripada api pada hari Kiamat”.

4- Perutnya tidak dipenuhi dengan hasil haram, Rasulullah SAW telah bersabda “Setiap suapan daripada yang haram masuk ke perut seseorang, maka segala Para Malaikat di langit dan di bumi melaknatnya selama suapan itu berada dalam perutnya.  Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di dalam Neraka”.

5- Kedua tangannya tidak diguna untuk perkara haram malah kedua tangannya diguna untuk perkara ketaatan kepada Allah SWT.

6- Pada kedua kakinya tidak melangkah ke tempat maksiat, malah kedua kakinya hanya melangkah ke tempat Ketaatan kepada Allah SWT.

7- Segala Ketaatan kepada Allah SWT bukanlah bertujuan Riak atau bersifat Munafik tetapi segala Ketaatannya adalah Ikhlas kepada Allah SWT semata-mata.

Lihatlah Ganjaran dan Janji Allah SWT kepada mereka yang bertakwa ( Takut kepada Allah SWT ) :

“Sesungguhnya orang yang bertakwa dalam kebun-kebun dan mata air ( Syurga )”.
(Surah Al-Hijr : 45).


Kitab Penenang Jiwa Imam Al-Ghazali . M/S : 3-5.


I 136 SEPULUH Perkara yang wajib kita lakukan setiap hari

1- Berzikir kepada Allah SWT ketika bangun daripada tidur.

2- Menutup aurat.

3- Menyempurnakan wuduk.

4- Menunaikan solat tepat pada waktunya.

5- Merasa tenang terhadap janji Allah SWT dalam urusan rezeki.

6- Qanaah ( menerima apa yang ada ).

7-  Tawakkal ( berserah segala urusan kepada Allah SWT ).

8-  Sabar menerima takdir dan hukum Allah SWT.

9- Bersyukur terhadap nikmat Allah SWT.

10- Makan  yang halal.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 901.