Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 29 Oktober 2012

J 32 TUJUH Surah yang Allah SWT mulai dengan Tasbih

TUJUH Surah yang Allah SWT mulai dengan Tasbih IAITU :

1- Al-Isra’,
2-Al-Hadid.
3- Al-Hasyr.
4- As-Saf.
5- Al-Jumat.
6- At-Thaghabun.
7- Al-A’la.

Surah-surah tersebut membuktikan Alam Semesta sentiasa bertasbih dan sujud kepada Allah SWT. Oleh yang demikian yakinlah segala sumber kekayaan alam ini adalah di tangan Allah SWT, janganlah kita merasa bimbang dalam kehidupan kita sekiranya kita yakin hubungan kita dengan Allah SWT dalam keadaan terbaik.

Sumber alam yang amat kaya di sisi Allah SWT adalah untuk hambanya yang Mukmin dan Soleh sahaja.

Rujukan:

http://www.ibtesama.com/vb/showthread-t_265618.html



J 31 EMPAT Nukilan Ayat Cinta Suci Allah SWT di Arasy untuk Orang Mukmin

Rasulullah SAW telah bersabda :

“Tertulis di Arasy

1- Aku menuruti orang yang Taat kepadaKu.

2- Aku menyintai orang yang menyintaiKu.

3- Aku kabulkan orang yang berdoa kepadaKu.

4- Dan Aku ampuni orang yang mohon ampun kepadaKu.”


Kitab Penenang Jiwa. Imam Al-Ghazali. M/S : 23


Ahad, 28 Oktober 2012

J 30 Cara mendapat hikmah Allah SWT yang amat mudah


Rasulullah SAW telah bersabda :

“Terangilah hatimu dengan lapar, perangilah nafsumu dengan lapar dan haus serta sentiasalah mengetuk pintu Syurga dengan lapar. Sesungguhnya pahala demikian itu bagaikan pahala pahlawan membela Agama Allah SWT. Dan sesungguhnya tidak ada amal yang lebih disukai oleh Allah SWT daripada lapar dan haus. Tidak akan masuk Syurga ke kerajaan langit seseorang yang memenuhi perutnya dan kehilangan lazatnya beribadah.”

Nota :
Lapar dan Dahaga yang dimaksudkan adalah puasa sunat yang telah disunnahkan oleh Rasulullah SAW kepada umat Islam.


Kitab Penenang Jiwa. Imam Al-Ghazali. M/S : 17.


J 29 TIGA Golongan manusia yang akan dinilai di Akhirat kelak

1- Orang yang sibuk urusan Akhirat sehingga  melalaikan dunianya – (Orang yang beruntung dan ahli Ibadah).

2- Orang yang sibuk urusan dunia  sehingga  melalaikan Akhiratnya – (Orang yang binasa).

3- Orang yang sibuk urusan dunia dan Akhiratnya – (Orang yang cuba mencari nasib dengan harapan beruntung).


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 954


J 28 TIGA Ciri mereka yang menzalimi diri sendiri

1- Mengumpul apa yang tidak berguna untuk dirinya sendiri.

2- Bertambah-tambah dosanya sehingga  membinasakan dirinya sendiri.

3- Meninggalkan amal soleh yang dapat menyelamatkan dirinya.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 955.


J 27 EMPAT Ciri membuktikan kecerdikan seseorang

1- Sabar menghadapi kebodohan.

2- Menahan hawa nafsu yang batil.

3- Mengeluar atau membelanjakan harta pada tempatnya.

4- Dapat membezakan di antara kawan dan lawan.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 966.



J 26 TIGA Ciri mereka yang menipu diri sendiri

1- Memuaskan hawa nafsu dan beranggapan dirinya selamat daripada azab seksaan Allah SWT.

2- Menunda-nundakan saat bertaubat kepada Allah SWT dan panjang angan-angan.

3- Mengharap pahala dan ihsan daripada Allah SWT tanpa beramal soleh.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 955.