Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 10 Disember 2012

K 46 ILMU PENGETAHUAN DAN PERKEMBANGAN KEROHANIAN


Ilmu pengetahuan zahir mengenai benda-benda yang nyata dibahagikan kepada dua belas bahagian dan ilmu pengetahuan batin juga dibahagikan kepada dua belas bahagian. Bahagian-bahagian tersebut dibahagikan di kalangan orang awam dan orang khusus, hamba-hamba Allah yang sejati, menurut kadar keupayaan dan kebolehan mereka. 

Bagi tujuan yang berkaitan dengan kita pembicaraan ilmiah mengenai ini dibuat dalam empat bahagian. Bahagian pertama melibatkan peraturan agama , mengenai kewajipan dan larangan berhubung dengan perkara-perkara dan peraturan-peraturan di dalam dunia ini. Keduamenyentuh soal pengertian atau maksud dalaman serta tujuan kepada peraturan-peraturan tersebut dan bahagian ini dinamakan bidang kerohanian yaitu pengetahuan mengenai perkara-perkara yang tidak nyata. Ketiga mengenai hakikat kerohanian yang tersembunyi yang dinamakan kearifan. Keempat mengenai hakikat dalaman kepada hakikat yaitu mengenai kebenaran yang sebenar-benarnya. Manusia yang sempurna perlu mempelajari semua bidang atau bahagian tersebut dan mencari jalan ke arahnya.

Nabi s.a.w bersabda, 

“Agama ialah pokok, kerohanian adalah dahannya, kearifan (makrifat) adalah daunnya, kebenaran (hakikat) adalah buahnya. Quran dengan ulasannya, keterangannya, terjemahannya dan ibarat-ibaratnya mengandungi semuanya itu.”

Di dalam buku al-Najma perkataan-perkataan tafsir, ulasan dan takwil serta terjemahan melalui ibarat dimengertikan sebagai: ulasan terhadap Quran adalah keterangan dan perincian bagi faedah kefahaman orang awam, sementara terjemahan melalui ibarat adalah keterangan tentang maksud yang tersirat yang boleh diselami melalui tafakur yang mendalam serta memperolehi ilham sebagaimana yang dialami oleh orang-orang beriman yang sejati. Terjemahan yang demikian adalah untuk hamba-hamba Allah yang khusus lagi teguh, berterusan di dalam suasana kerohanian mereka dan teguh dengan pengetahuan yang membolehkan mereka membuat pertimbangan yang benar. Kaki mereka teguh berpijak di atas bumi sementara hati dan fikiran mereka menjulang kepada ilmu ketuhanan. Dengan rahmat Allah keadaan berterusan begini yang tidak bercampur dengan keraguan di tempatkan di tengah-tengah hati mereka. Hati yang teguh dalam suasana ini bersesuaian dengan bahagian kalimah tauhid “La ilaha illa Llah” , pengakuan terakhir keesaan.

“Dia jualah yang menurunkan Kitab kepada kamu. Sebahagiannya adalah ayat-ayat yang menghukum, yaitu ibu-ibu bagi Kitab, dan (sebahagian) yang lain adalah ayat-ayat yang perlukan takwil. Adapun orang-orang yang di hati mereka ada kesesatan mencari-cari apa yang ditakwil daripadanya kerana hendak membuat fitnah dan kerana hendak membuat takwilnya sendiri padahal tidak mengetahui takwilnya melainkan Allah dan orang-orang yang teguh kuat di dalam ilmu berkata, ‘Kami beriman kepadanya (kerana) semua itu daripada Tuhan kami’, dan tidak mengerti melainkan orang-orang yang mempunyai fikiran.”
(Surah Imraan, ayat 7)

Jika pintu kepada ayat ini terbuka akan terbuka juga semua pintu-pintu kepada alam rahasia batin.
Hamba Allah yang sejati berkewajipan melaksanakan perintah-perintah-Nya dan menjauhkan diri daripada larangan-Nya. Dia juga perlu menentang ego dirinya dan membendung kecenderungan jasad yang tidak sehat. Asas penentangan ego terhadap agama adalah dalam bentuk khayalan dan gambaran yang bercanggah dengan kenyataan. Pada peringkat kerohanian ego yang khianat itu menggalakkan seseorang supaya memperakui dan mengikuti sebab-sebab dan rangsangan yang hanya hampir dengan kebenaran (bukan kebenaran yang sejati), walaupun ianya risalat nabi dan fatwa wali yang telah diubah, juga mengikuti guru yang pendapatnya salah. Pada peringkat makrifat ego cuba menggalakkan seseorang supaya memperakui kewalian dirinya sendiri malah ego juga mengheret seseorang kepada mengakui ketuhanannya – dosa paling besar menganggapkan diri sendiri sebagai bersekutu dengan Allah. Allah berfirman: 

“Tidakkah engkau perhatikan orang yang mengambil hawa nafsunya sebagai tuhan..”
(Surah Furqaan, ayat 43).

Tetapi peringkat kebenaran sejati adalah berbeda. Ego dan iblis tidak boleh sampai ke sana . Malah malaikat juga tidak sampai ke sana . Sesiapa sahaja kecuali Allah jika sampai ke sana pasti terbakar. Jibrail berkata kepada Nabi Muhamamd s.a.w pada sempadan peringkat ini, “Jika aku mara satu langkah lagi aku akan terbakar menjadi abu”.
Hamba Allah yang sejati bebas daripada perlawanan egonya dan iblis kerana dia dilindungi oleh perisai keikhlasan dan kesucian.

“Ia (iblis) berkata: Oleh itu demi kemuliaanMu, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali di antara mereka hamba-hambaMu yang dibersihkan.”
(Surah Shad, ayat 82 & 83).

Manusia tidak dapat mencapai hakikat kecuali dia suci murni kerana sifat-sifat keduniaannya tidak akan meninggalkannya sehinggalah hakikat menyata dalam dirinya. Ini adalah keikhlasan sejati. Kejahilannya hanya akan meninggalkannya bila dia menerima pengetahuan tentang Zat Allah. Ini tidak dapat dicapai dengan pelajaran; hanya Allah tanpa pengantaraan boleh mengajarnya. Bila Allah Yang Maha Tinggi sendiri yang menjadi Guru, Dia kurniakan ilmu yang daripada-Nya sebagaimana Dia lakukan kepada Khaidhir. Kemudian manusia dengan kesedaran yang diperolehinya sampai kepada peringkat makrifat di mana dia mengenali Tuhannya dan menyembah-Nya yang dia kenal.

Orang yang sampai kepada suasana ini memiliki penyaksian roh suci dan dapat melihat kekasih Allah, Nabi Muhamamd s.a.w. Dia boleh bercakap dengan baginda s.a.w mengenai segala perkara daripada awal hingga ke akhirnya dan semua nabi-nabi yang lain memberikannya khabar gembira tentang janji penyatuan dengan yang dikasihi. Allah menggambarkan suasana ini: 

“Kerana Barangsiapa taat kepada Allah dan rasul-Nya, maka mereka beserta orang-orang yang diberi nikmat daripada nabi-nabi, siddiqin, syuhada dan salihin dan Alangkah baiknya mereka ini sebagai sahabat rapat.”
(Surah Nisaa’ ,ayat 69).

Orang yang tidak boleh menemui pengetahuan ini di dalam dirinya tidak akan menjadi arif walaupun dia membaca seribu buah buku. Nikmat yang boleh diharapkan oleh orang yang mempelajari ilmu zahir ialah syurga; di sana semua yang dapat dilihat adalah kenyataan sifat-sifat Ilahi dalam bentuk cahaya. Tidak kira bagaimana sempurna pengetahuannya tentang perkara nyata yang boleh dilihat dan dipercayai, ia tidak membantu seseorang untuk masuk kepada suasana kesucian dan mulia, iaitu kehampiran dengan Allah, kerana seseorang itu perlu terbang ke tempat tersebut dan untuk terbang perlu kepada dua sayap. Hamba Allah yang sejati adalah yang terbang ke sana dengan menggunakan dua sayap, iaitu pengetahuan zahir dan pengetahuan batin, tidak pernah berhenti di tengah jalan, tidak tertarik dengan apa sahaja yang ditemui dalam perjalanannya. Allah berfirman melalui rasul-Nya: 

“HambaKu, jika kamu ingin masuk kepada kesucian berhampiran denganKu jangan pedulikan dunia ini ataupun alam tinggi para malaikat, tidak juga yang lebih tinggi di mana kamu boleh menerima sifat-sifatKu yang suci.”

Dunia kebendaan ini menjadi godaan dan tipu daya syaitan kepada orang yang berilmu. Alam malaikat menjadi rangsangan kepada orang yang bermakrifat dan suasana sifat-sifat Ilahi menjadi godaan kepada orang yang memiliki kesedaran terhadap hakikat. Sesiapa yang berpuas hati dengan salah satu daripada yang demikian akan terhalang daripada kurniaan Allah yang membawanya hampir dengan Zat-Nya. Jika mereka tertarik dengan godaan dan rangsangan tersebut mereka akan berhenti, mereka tidak boleh maju ke hadapan, mereka tidak boleh terbang lebih tinggi. Walaupun matlamat mereka adalah kehampiran dengan Pencipta mereka tidak lagi boleh sampai ke sana . Mereka telah terpedaya, mereka hanya memiliki satu sayap.

Orang yang mencapai kesedaran tentang hakikat yang sebenar, menerima rahmat dan kurniaan dari Allah yang tidak pernah mata melihatnya dan tidak pernah telinga mendengarnya dan tidak pernah hati mengetahui namanya. Inilah syurga kehampiran dan keakraban dengan Allah. Di sana tidak ada mahligai permata juga tidak ada bidadari yang cantik sebagai pasangan. Semoga manusia mengetahui nilai dirinya dan tidak berkehendak, tidak menuntut apa yang tidak layak baginya. Saidina Ali r.a berkata, “Semoga Allah merahmati orang yang mengetahui harga dirinya, yang tahu menjaga diri agar berada di dalam sempadannya, yang memelihara lidahnya, yang tidak menghabiskan masanya dan umurnya di dalam sia-sia”.

Orang yang berilmu mestilah menyedari bahawa bayi roh yang lahir dalam hatinya adalah pengenalan mengenai kemanusiaan yang sebenar, iaitu insan yang sejati. Dia patut mendidik bayi hati, ajarkan keesaan melalui berterusan menyedari tentang keesaan – tinggalkan keduniaan kebendaan ini yang berbilang-bilang, cari alam kerohanian, alam rahsia di mana tiada yang lain kecuali Zat Allah. Dalam kenyataannya di sana bukan tempat, ia tidak ada permulaan dan tidak ada penghujung. Bayi hati terbang melepasi padang yang tiada berkesudahan itu, menyaksikan perkara-perkara yang tidak pernah dilihat mata sebelumnya, tiada sesiapa bercerita mengenainya, tiada sesiapa boleh menggambarkannya. Tempat yang menjadi rumah kediaman bagi mereka yang meninggalkan diri mereka dan menemui keesaan dengan Tuhan mereka, mereka yang memandang dengan pandangan yang sama dengan Tuhan mereka, pandangan keesaan. Bila mereka menyaksikan keindahan dan kemuliaan Tuhan mereka tidak ada apa lagi yang tinggal dengan mereka. Bila dia melihat matahari dia tidak dapat melihat yang lain, dia juga tidak dapat melihat dirinya sendiri. Bila keindahan dan kemurahan Allah menjadi nyata apa lagi yang tinggal dengan seseorang? Tidak ada apa-apa!
Nabi s.a.w bersabda, 

“Seseorang perlu dilahirkan dua kali untuk sampai kepada alam malaikat.” 

Ia adalah kelahiran maksud daripada perbuatan dan kelahiran rohani daripada jasad. Kemungkinan yang demikian ada dengan manusia. Ini adalah keanehan rahsia manusia. Ia lahir daripada percampuran pengetahuan tentang agama dan kesedaran terhadap hakikat, sebagaimana bayi lahir hasil daripada percampuran dua titik air.

“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia daripada setitik (mani) yang bergiliran, yang Kami berikan percubaan kepada mereka, iaitu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.”
(Surah Insaan, ayat 2).

Bila maksud menjadi nyata dalam kewujudan ia menjadi mudah untuk melepasi bahagian yang cetek dan masuk ke dalam laut penciptaan dan membenamkan dirinya ke dasar hukum-hukum peraturan Allah. Sekelian alam kebendaan ini hanyalah satu titik jika dibandingkan dengan alam kerohanian. Hanya bila semua ini difahamkan maka kuasa kerohanian dan cahaya keajaiban yang bersifat ketuhanan, hakikat yang sebenar-benarnya, memancar ke dalam dunia tanpa perkataan tanpa suara.

Nota:
Semakin banyak kajian sains semakin banyak rahsia ketinggian al-Quran terhasil. Ini membuktikan Al-Quran telah mendahului kemajuan sains.

Rujukan:

https://sites.google.com/site/galerihidayah/sirrul7

K 45 Amal baik kita sahaja yang menjamin kebahagiaan di Akhirat.



Bukanlah  di sini tempatnya kita mengadakan pembahasan. Kalaupun kita menjumpai adanya teori evolusi, dan yang  sudah menjadi  salah satu pula undang-undang Tuhan dalam alam, namun pembicaraan dalam  hal  ini  masih  akan  luas  sekali.  Tuhan menciptakan  Adam  dan  Hawa lalu berkata kepada para malaikat supaya bersujud kepada Adam. Selain Iblis merekapun bersujud, Iblis  masih  tetap  menolak  meskipun Tuhan telah mengajarkan semua nama-nama kepada Adam, seperti dalam firman Allah swt:

"Hai Adam! Tinggallah engkau dengan isterimu di  dalam  syurga! Dan  makanlah  mana  yang  kamu sukai, tetapi pohon ini jangan kamu dekati, sebab nanti kamu akan menjadi  orang  yang  salah kerananya.  Lalu datang syaitan membisikkan fikiran jahat kepada mereka, supaya aurat mereka yang tertutup  dibuka.  Dan  syaitanpun  berkata: 'Tuhan melarang mendekati pohon ini hanya supaya kamu berdua jangan menjadi malaikat atau  menjadi  orang-orang yang kekal.' Dan dia bersumpah kepada mereka: 'Sungguh aku ini penasihat kamu'. Lalu dengan tipu daya  itu  syaitanpun  dapat menjatuhkan  mereka  berdua;  setelah  keduanya merasakan buah pohon itu, tampaklah bagi mereka berdua itu aurat mereka, lalu merekapun  menutupi diri dengan daun pohon syurga. Oleh Tuhan kedua mereka dipanggilNya: 'Bukankah Aku telah  melarang  kamu berdua dari pohon itu dan sudah Kukatakan kepadamu bahawa syaitan itu musuh yang jelas sekali buat kamu." 
Keduanya  mengatakan:
"Wahai  Tuhan  kami.  Kami telah menganiaya diri kami sendiri. Kalau tidak kerana pengampunan dan  rahmat  yang  akan  Engkau limpahkan  kepada  kami,  nescaya kami akan menjadi orang yang rugi'.  Tuhan  berkata:  'Turunlah  kamu.  Kamu  akan   saling bermusuhan.  Kamu  akan tinggal dan hidup di dunia sampai pada waktu tertentu!' Tuhan berkata: 'Di tempat itu kamu hidup,  di sana  kamu akan mati dan dari sana pula kamu akan dibangkitkan kembali. Wahai  anak  Adam!  Kepadamu  Kami  telah  menurunkan pakaian  penutup  auratmu,  dan pakaian perhiasan. Akan tetapi pakaian takwa itu lebih  baik.  Itulah  tanda-tanda  kebesaran Tuhan,  supaya kamu ingat. Wahai anak Adam! Jangan sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan seperti yang  dilakukannya  dalam mengeluarkan  ibu  bapamu  dari syurga. Ia menanggalkan pakaian mereka  berdua  untuk  saling  memperlihatkan  aurat;  ia  dan pengikut-pengikutnya  dapat  melihat kamu dari suatu arah yang tak dapat kamu lihat mereka. Kami telah menjadikan  syaitan  itu pemuka-pemuka mereka yang tiada beriman.”
(Quran, 7: 19-27)

Adam  dan  Hawa turun dari syurga, sebahagian keturunannya satu sama lain akan saling bermusuhan. Mereka turun dengan kekuatan yang  diberikan Tuhan untuk memperjuangkan hidup, dan demikian seterusnya generasi demi generasi.

Gejala pertama kehidupan manusia di dunia ini ialah  kekerasan dan fanatisme, seperti dalam firman Allah swt:

"Ceritakanlah  kepada  mereka  dengan  sebenarnya  kisah kedua putera Adam itu ketika keduanya mempersembahkan  korban.  Dari yang  seorang  diterima,  dari  yang  lain tidak. Yang seorang berkata: 'Akan kubunuh engkau'.  Yang  lain  menjawab:  'Tuhan hanya menerimanya dari orang-orang yang bertakwa. Kalau engkau menggerakkan  tangan  hendak  membunuhku,   aku   tidak   akan menggerakkan  tanganku  untuk  membunuhmu.  Sungguh  aku takut kepada  Allah,  Tuhan  semesta  alam.  Akan  kubiarkan  engkau memikul  dosaku  dan dosamu sendiri, supaya engkau menjadi isi neraka.  Dan  itulah  balasan   orang-orang   yang   melakukan kejahatan'.   Kemudian   kehendak   nafsunya   akan   membunuh saudaranya itu diturutinya, maka dibunuhnyalah ia.  Dia  sudah menjadi  orang  yang  rugi. Kemudian Tuhanpun mengirim seekor burung gagak menggali tanah  dengan  memperlihatkan  kepadanya bagaimana   caranya   ia  menguburkan  mayat  saudaranya  itu. Katanya: 'Aduhai! Kenapa aku tidak seperti burung  gagak  ini, aku  menguburkan  mayat  saudaraku'.  Itu sebabnya, ia menjadi orang  menyesal  sekali.  Oleh  kerana  itulah,   Kami   telah menetapkan kepada anak-anak Israil, bahawa barangsiapa membunuh seorang manusia bukan  kerana  suatu  pembunuhan  atau  kerana melakukan  keonaran  di  muka  bumi ini, maka orang itu seolah membunuh semua manusia. Dan barangsiapa dapat memelihara hidup seorang  manusia,  maka  seolah  ia  telah  menghidupkan semua manusia. Rasul-rasul Kami  kepada  mereka pun  sudah  datang, sudah  memberikan  keterangan-keterangan  yang  jelas.  Tetapi sesudah itu masih banyak juga di kalangan  mereka  orang-orang yang  melampaui  batas  melakukan kejahatan di muka bumi ini".
(Al Quran, 5: 27 - 32)

Pembunuhan seorang saudara atas saudaranya jelas sekali kerana dendam,  dengki,  perangai  yang  kasar  dan keras hati Tetapi saudaranya itu orang yang bertakwa, yang  takut  kepada  Tuhan ketika  dikatakan  oleh  saudaranya: aku akan membunuhmu - ia,
tidak mau meminta  pengampunan  Tuhan,  bahkan  katanya:  Akan kubiarkan  engkau  memikul  dosaku  dan  dosamu sendiri supaya engkau menjadi isi neraka. Ini adalah  suatu  dominasi  kudrat manusia  serta  logik  hukum terhadap kebesaran jiwa dan maaf
yang sungguh indah. Anak cucu Adampun berkembang biak di bumi ini.  Lalu  Tuhan  mengutus  para  nabi  kepada  mereka dengan memberikan berita gembira di samping peringatan. Tetapi mereka tetap  bersikapkeras,  masih  dalam  kesesatan.  Kehidupan rohani mereka jadi beku, hati mereka kaku  tertutup.  Tuhan  mengutus Nuh dengan mengajak golongannya sendiri, supaya hanya Tuhanlah Yang disembah sebab "aku khuatir  kamu  akan  mendapat  siksaan Tuhan."  Ia pun  didustakan  oleh  masyarakat  itu  dan hanya sedikit saja yang  mahu  percaya.  Sesudah  itu  berturut-turut datang  pula  nabi-nabi  yang  lain  sesudah Nuh, datang pula ajaran-ajaran yang menyerukan    agar  jangan orang mempersekutukan  Tuhan.  Akan  tetapi  sikap manusia itu lebih berkuasa, fikiran mereka  tetap  beku  belum  dapat  memahami. Beberapa macam manifestasi alam ini dijadikannya Tuhan. Setiap ada seorang rasul yang diutus Tuhan, ada yang  mendustakannya, ada  pula  yang  membunuhnya.  Akan tetapi kekakuan mereka itu beransur kendur. Dengan datangnya ajaran-ajaran Tuhan  secara berturut-turut  itu  sudah  merupakan  bibit  yang  baik  juga meskipun lamban sekali tumbuhnya. Sungguhpun begitu namun  ada juga  meninggalkan  bekas. Pernahkah ajaran kebenaran itu pada suatu waktu menjadi hilang! Kalaupun  orang  sudah  terdorong oleh  rasa  congkak  dan  tinggi  hati terhadap ajaran itu dan dalam beberapa hal mereka memperolok  pembawanya,  namun  bila mereka    sudah   kembali   seorang   diri,   mereka   kembali bertanya-tanya tentang Kebenaran yang ada  dalam  ajaran  itu.
Hanya   saja   mereka   yang  dapat  memahami  kebenaran  yang terkandung di dalamnya tidak banyak jumlahnya.

Pada masa Firaun di Mesir para pendetanya percaya akan keesaan Tuhan. Tetapi   mereka   mengajar  orang  sebaliknya  dengan bermacam-macam Tuhan. Tidak lain mereka melakukan  itu  kerana ingin   mempertahankan   kekuasaan  terhadap  orang  lain  dan mempertahankan  kedudukan   mereka.   Malah   sengaja   mereka memerangi Musa dan Harun ketika keduanya datang kepada Firaun, mengajaknya menyembah Tuhan, dan dimintanya  Anak-anak  Israil itu dilepaskan pergi bersama mereka.

Oleh  Al Quran  juga  diceritakan berita tentang para nabi, yang silih berganti  selama  beberapa  generasi  di  kalangan  umat manusia. Tetapi umat itu tetap dalam kesesatan; hanya sedikit saja yang mendapat petunjuk  Tuhan  dalam  mengenal  kebenaran itu.  Dalam  kisah-kisah para nabi ada suatu gejala yang perlu sekali direnungkan.  Untuk  jelasnya,  baik  juga  kalau  kita kembali  ke  masa  Musa dan Isa serta kepada tuntunan Muhammad 'alaihissalam kemudian.

Gejala ini ialah adanya pemisahan atau yang semacarn itu  pada mulanya,  antara  rasio  dan logiknya dengan iman kepercayaan yang didasarkan kepada mukjizat dan  hal-hal  yang  tak  masuk akal.  Para nabi itu oleh Tuhan telah diperkuat dengan mujizat
untuk  masyarakatnya,  supaya  mereka  percaya.  Sungguhpun demikian  cuma sedikit mereka itu yang mahu percaya. Logik dan cara berfikir mereka belum cukup untuk dapat  memahami,  bahawa Tuhan  menciptakan  segalanya,  bahawa  Ia  Maha Kuasa. Setelah dengan ketentuan Tuhan Musa disuruh keluar meninggalkan Mesir, sebelum  kerasulannya  itu  ia  pergi dari sana dengan membawa perasaan takut. Ketika sampai pada sebuah mata air di  Madyan, ia  kahwin  dengan  seorang  wanita  penduduk kota itu. Setelah Tuhan  memberi  izin  ia  kembali,  ...  terdengar  ada  suara memanggilnya dari balik lembah sebelah kanan, pada tempat yang telah diberi berkah dari batang pohon itu:

"Hai Musa! Aku ini Allah,  Tuhan  semesta  alam.  Lemparkanlah tongkatmu!,  Setelah  dilihatnya  tongkat  itu  bergerak-gerak seperti ular, ia lari ke belakang  tidak  menoleh  lagi.  'Hai Musa!   Kembalilah,   jangan   takut!  Engkau  sudah  mendapat lindungan keamanan. Masukkanlah tanganmu ke dalam saku  bajumu, nescaya  akan  keluar  dalam  keadaan  putih  tanpa  cacat dan dekapkan tanganmu ke badanmu jika engkau merasa takut'. Inilah dua   mukjizat   dari   Tuhan   ditujukan   kepada  Firaun  dan pembesar-pembesarnya;  sebab  mereka  itu   orang-orang   yang jahat."
(Al Quran, 28: 30 - 32)

Sungguhpun  begitu  tukang-tukang  sihir Firaun itu tidak juga percaya kepada ajakan Musa. Ketika kemudian  apa  yang  mereka kerjakan   itu  disergap  oleh  tongkat  Musa,  ketika  itulah tukang-tukang sihir itu menyerah sujud, lalu  mereka  berkata: Kami  beriman  kepada  Tuhannya  Harun as  dan  Musa as.  Sungguhpun demikian orang-orang Israil masih juga  dalam  keadaan  sesat, sampai-sampai  mereka  berkata kepada Musa as: "Perlihatkan Allah itu terang-terang kepada kami." Setelah  Musa as  wafat,  kembali mereka menyembah anak sapi. Kemudian sesudah Musa as, datang lagi nabi-nabi yang lain kepada mereka, diajaknya mereka  menyembah Allah swt.    Tetapi    nabi-nabi   itu   malah   dibunuh   dengan sewenang-wenang.  Setelah  kemudian  mereka  kembali   teringat kepada  Tuhan, mereka menanti-nantikan kedatangan seorang nabi lagi yang akan  dapat  mengembalikan  kerajaan  mereka  dengan memerintah dunia untuk selama-lamanya.

Peristiwa ini berlangsung dalam sejarah belum begitu lama dari kita. Tidak lebih dari 25 abad yang lalu. Dalam pada itu jelas sekali   ini   membuktikan  adanya  dominasi  perasaan  di atas pengertian rohani.  Sesudah  lampau  lima-enam  abad  kemudian datang  pula  Isa as  mengajak masyarakatnya itu menyembah Tuhan, diperkuat dengan Ruh Kudus dari Tuhan. Oleh kerana  Isa as  orang Yahudi,  ketika  begitu  pertama  kali  berita tentang dia itu sampai kepada pihak Yahudi mereka  menduga  bahawa  dia  inilah nabi  yang mereka nanti-nantikan (Messiah) untuk mengembalikan kerajaan yang hilang itu ke Tanah atau Negeri yang Dijanjikan. Mereka  rindu  sekali akan kerajaan semacam ini setelah begitu lama mereka  berada  di bawah  kekuasaan  dan  kekejaman  pihak Rumawi.  Akan  tetapi  mereka masih menunggu, ingin mengetahui keadaan yang sebenarnya tentang diri  Isa as.  Adakah  ia  bicara kepada  mereka  dengan  bahasa rasio semata-mata? Tidak, malah jalan mukjizat itulah yang ditempuhnya untuk meyakinkan mereka.

Kalau pun sumber Kristian itu benar. bahawa  ia  telah  mengubah air  menjadi  minuman  anggur  dalam suatu pesta perkahwinan di Kana, Galilea, itulah yang mula-mula menarik perhatian  orang. Sesudah  itu  lalu  mukjizat  roti  dan  ikan,  mukjizat-mukjizat menyembuhkan orang-orang sakit  dan  menghidupkan  orang-orang mati.  Itulah  yang  membuat dia tidak ragu-ragu lagi mengajar orang melalui jalan hati dan perasaan tanpa memberikan  tempat yang  terutama  kepada rasio dan logik dalam ajaran-ajarannya itu. Tetapi bidang ini memang diberikan  lebih  luas  daripada yang  pernah  diberikan  oleh  rasul-rasul  sebelumnya.  Dalam ajaran-ajarannya itu dorongan  perasaan  kepada  kasih-sayang, pengampunan  dosa dan cinta-kasih bercampur-baur dengan ajaran rasional  yang  tidak  dilandasi  oleh  dalil  logik  tentang Kerajaan  Tuhan.  Apabila ada rasa syak yang menyusup ke dalam hati orang mengenai ajaran  rasional  ini  maka  Tuhan  segera memberikan  mukjizat  baru  yang akan membuat orang lebih dapat menerima dan percaya kepada  Al masih.  Dengan  mukjizat-mukjizat
yang  telah  dapat menyembuhkan penyakit kusta, orang buta dan menghidupkan   orang   mati,   sudah   begitu   jauh   membuat pengikut-pengikutnya   percaya,  sehingga  sebahagian  ada  yang mengira dia adalah Tuhan yang  menjelma  di  atas  bumi  untuk menebus  dosa  umat manusia. Ini bukti yang jelas sekali bahawa kemampuan rasio sampai pada waktu  itu  belum  begitu  matang, yang  akan  membuat orang dengan itu saja sudah dapat memahami hakikat tertinggi tentang erti Al-Khalik dan  bahawa  Dia  Maha Esa, Tempat segalanya bergantung, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tiada suatu apapun yang menyerupaiNya.

Pada zaman  Musa as  dan  Isa as  itu  keadaan  ilmu,  filsafat  dan perundang-undangan  di  Mesir  zaman  Firaun  sudah  pindah ke Yunani dan Rumawi, dan dengan segala pengaruhnya  sudah  dapat menguasai  cara  berfikir  bangsa-bangsa  itu  terutama  dalam bidang filsafat dan peradaban Yunani. Kesedaran berfikir logik sudah  mulai menggugah orang bahawa hal-hal yang tak masuk akal dengan sendirinya secara logik tak dapat  dijadikan  pegangan, kerana  pengaruh  itu  pula  filsafat  Yunani yang bertetangga dengan agama Kristian di Mesir, Palestin dan Syam telah  dapat menimbulkan bermacam-macam mazhab Kristian - seperti sudah kita sebutkan dalam  buku  ini.  Dalam  undang-undang  Tuhan  sudah menentukan  bahawa  akal  fikiran  adalah  mahkota  hidup  umat manusia, dengan  syarat  bahawa  fikiran  demikian  itu  jangan sampai  kering  tanpa  perasaan  dan jiwa. Bahkan hendaknya ia dapat menjadi pikiran yang berimbang, dapat mengimbangi  akal, perasaan  dan jiwa, sehingga dapat ia memahami rahsia-rahsia alam ini sejauh mungkin. Demikian juga Tuhan telah  menentukan pula  kedatangan seorang nabi yang akan membawa Islam ke dalam alam ini dengan mengajarkan kebenaran  menurut  hukum  logik, dilandasi  oleh  perasaan  dan  jiwa,  dan  yang  akan menjadi mukjizat  logik  ini  ialah  Kitab  Suci  Al Quran  yang   telah diwahyukan oleh Allah swt kepada Nabi. Dengan demikian Tuhan telah menyempurnakan agama  ini  dan  memberikan  nikmat  secukupnya kepada  umat  manusia.  Ia  telah  menjadi mahkota dan penutup semua ajaran Ilahi.

Tetapi semua itu terjadi baru setelah adanya  perjuangan  yang begitu  berat  terus-menerus,  yang juga pernah dilakukan oleh para nabi dan para rasul, yang membawa  umat  manusia  ke dalam evolusi  rohani  sehingga akhirnya ajaran Islam dapat mencapai kemurnian  tauhid  serta  keimanan  kepada  Tuhan  Yang   Maha Tunggal.

Untuk  melengkapi  akidah ini maka keimanan itu harus meliputi beberapa kewajipan  seperti  yang  sudah  kita  sebutkan  pada pembahasan  pertama  dalam penutup buku ini. Supaya orang yang beriman  dapat  mencapai  puncak  akidahnya  maka   ia   harus
sungguh-sungguh  dapat  memahami  hukum  Tuhan  dalam alam ini dengan cara terus-menerus sampai pada waktu Tuhan  menciptakan bumi  dengan  segala isinya ini. Dan inilah yang sudah dimulai oleh orang-orang Islam  pada  permulaan  sejarahnya  dan  pada zaman berikutnya, hingga tiba masanya zaman itu beredar lagi.

Alasan-alasan  yang saya kemukakan ini dengan sendirinya sudah membantah  apa  yang  ditafsirkan  oleh  orientalis-orientalis tentang  jabariah  Islam serta tafsiran mereka tentang takdir, nasib dan umur seperti  yang  terdapat  dalam  al Quran.  Dengan tidak  usah diragukan lagi argumen ini sudah dapat memperkuat, bahawa Islam  agama  usaha,  agama  perjuangan  dalam  pelbagai lapangan  hidup, rohani dan ilmu, agama dan dunia. Dalam hokum alam  ini  Tuhan  sudah  menentukan  bahawa  manusia   mendapat ganjaran  sesuai  dengan  perbuatannya, dan bahawa Tuhan tidak akan merugikan  siapa pun,  tapi  manusia  itu   sendirilah   yang merugikan  dirinya.  Mereka  merugikan  diri  sendiri bila mana mereka menduga bahawa mereka sudah mendapat kasih  Tuhan  hanya dengan  berpeluk  lutut  dan  menyerah  begitu  saja atas nama tawakal kepada Allah swt.

Kendatipun argumen-argumen ini sudah cukup kuat sesuai  dengan maksud   yang   saya  kemukakan  itu,  namun  saya  tak  dapat mengabaikan argumen terakhir yang saya  pandang  sangat  tepat dan  kuat sekali, yakni argumen yang dapat diambil dari firman Tuhan:

"Harta dan anak-anak keturunan adalah hiasan kehidupan  dunia, tetapi  perbuatan  baik  yang kekal lebih baik pahalanya dalam pandangan Tuhan serta harapan yang lebih baik pula." 
(Al Quran,18: 46)

Rujukan:
http://media.isnet.org/islam/Haekal/Muhammad/Orientalisme4.html#724

Ahad, 9 Disember 2012

K 44 TAUBAT DAN PENGAJARAN MELALUI PERKATAAN






Tahap-tahap dan peringkat-peringkat perubahan kerohanian telahpun disebut. Perlu ditegaskan bahawa setiap peringkat dicapai terutamanya dengan taubat. Bolehlah dipelajari cara bertaubat dengan orang yang mengetahui cara berbuat demikian dan yang telah sendirinya bertaubat. Taubat yang sebenar dan menyeluruh merupakan langkah pertama di dalam perjalanan. 

“(Ingatlah) tatkala orang-orang kafir itu adakan dalam hati mereka kesombongan (iaitu) kesombongan jahiliah. Lalu Allah turunkan ketenteraman atas rasul-Nya dan atas mukmin. Dan Dia wajibkan mereka (ucapkan) perkataan menjaga keselamatan (taubat) kerana mereka lebih berhak dengan itu, dan memang (mereka) ahlinya, dan adalah Allah mengetahui tiap sesuatu”. 
(Surah Fath, ayat 26).

Keadaan takutkan Allah swt mempunyai maksud yang sama dengan kalimah La ilaha illa Llah” – tiada Tuhan, tiada apa-apa, kecuali Allah. Bagi orang yang mengetahui ini akan ada perasaan takut kehilangan-Nya, kehilangan perhatian-Nya, cinta-Nya, keampunan-Nya; dia takut dan malu melakukan kesalahan sedangkan Dia melihat, dan takutkan azab-Nya. Jika seseorang itu tidak berkeadaan demikian dia perlu mendapatkaan orang yang takutkan Allah dan menerima keadaan takutkan Allah itu daripada orang berkenaan.

Sumber dari mana perkataan itu diterima mestilah bersih dan suci daripada segala-galanya kecuali Allah swt, dan sesiapa yang menerimanya mestilah ada kebolehan untuk membezakan antara perkataan orang yang suci hatinya dengan perkataan orang awam. Penerimanya mestilah sedar cara perkataan itu diucapkan, kerana perkataan yang bunyinya sama mungkin mempunyai maksud yang jauh berbeza. Tidak mungkin perkataan yang datangnya daripada sumber yang asli sama dengan perkataan yang datangnya daripada sumber lain.

Hatinya menjadi hidup bila dia menerima benih tauhid daripada hati yang hidup kerana benih yang demikian sangat subur, itulah benih kehidupan. Tidak ada yang tumbuh daripada benih yang kering lagi tiada kehidupan. Kalimah suci “La ilaha illa Llah” disebut dua kali di dalam Quran menjadi bukti. 

“(Kerana) apabila dikata kepada mereka “Tiada Tuhan melainkan Allah” mereka menyombong. Dan mereka berkata, ‘Apakah kami mesti tinggalkan tuhan-tuhan kami buat (mengikut) seorang ahli syair dan gila?” 
(Surah Shaaffaat. Ayat 35 & 36).

Ini adalah keadaan orang awam yang baginya rupa luar termasuk kewujudan zahirnya adalah tuhan-tuhan. 

“Oleh itu Ketahuilah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan mintalah perlindungan bagi buah amal kamu, dan bagi mukmin dan mukminat, dan Allah mengetahui tempat usaha kamu (di siang hari) dan tempat kembali kamu (pada malam hari).”
(Surah Muhammad, ayat 19).

Firman Allah swt ini menjadi panduan kepada orang-orang beriman yang tulen yang takutkan Allah swt. Saidina Ali r.a meminta Rasulullah s.a.w mengajarkan kepadanya cara yang mudah, paling bernilai, paling cepat kepada keselamatan. Baginda s.a.w menanti Jibrail memberikan jawapannya daripada sumber Ilahi. Jibrail datang dan mengajarkan baginda s.a.w mengucapkan “La ilaha” sambil memusingkan mukanya yang diberkati ke kanan, dan mengucapkan “illa Llah” sambil memusingkan mukanya ke kiri, ke arah hati sucinya yang diberkati. Jibrail mengulanginya tiga kali; Nabi s.a.w mengulanginya tiga kali dan mengajarkan yang demikian kepada Saidina Ali r.a dengan mengulanginya tiga kali juga. Kemudian baginda s.a.w mengajarkan yang demikian kepada sahabat-sahabat baginda. Saidina Ali r.a merupakan orang yang pertama bertanya dan menjadi orang yang pertama diajarkan.

Kemudian satu hari selepas kembali daripada peperangan, Nabi s.a.w berkata kepada pengikut-pengikut baginda, “Kita baharu kembali daripada peperangan yang kecil untuk menghadapi peperangan yang besar.” Baginda s.a.w merujukkan kepada perjuangan dengan ego diri sendiri, keinginan yang rendah yang menjadi musuh kepada penyaksian kalimah tauhid. Baginda s.a.w bersabda, 

“Musuh kamu yang paling besar ada di bawah rusuk kamu."

Cinta Ilahi tidak akan hidup sehinggalah musuhnya, hawa nafsu badaniah kamu, mati dan meninggalkan kamu.

Mula-mulanya kamu mesti bebas daripada ego kamu yang mengheret kamu kepada kejahatan. Kemudian kamu akan mula memiliki suara hati yang belum penuh, walaupun kamu masih belum bebas sepenuhnya daripada dosa. Kamu akan memiliki perasaan mengkritik diri sendiri – tetapi ia belum mencukupi. Kamu mesti melepasi tahap tersebut kepada peringkat di mana hakikat yang sebenarnya dibukakan kepada kamu, kebenaran tentang benar dan salah. Kemudian kamu akan berhenti melakukan kesalahan dan akan hanya melakukan kebaikan. Dengan demikian diri kamu akan menjadi bersih. Di dalam menentang hawa nafsu dan tarikan badan kamu, kamu mestilah melawan nafsu kehaiwanan – kerakusan, terlalu banyak tidur, pekerjaan yang sia-sia – dan menentang sifat-sifat haiwan liar di dalam diri kamu – kekejian, marah, kasar dan berkelahi. Kemudian kamu mesti usahakan membuang perangai-perangai ego yang jahat, takbur, sombong, dengki, dendam, tamak dan lain-lain penyakit tubuh dan hati kamu. Cuma orang yang berbuat demikian yang benar-benar bertaubat dan menjadi bersih, suci murni dan tulen. 

“Sesungguhnya Allah kasih kepada orang yang bertaubat dan memelihara kesuciannya.”
(Surah Baqarah, ayat 222).

Dalam melakukan taubat seseorang itu mestilah mengambil perhatian supaya penyesalannya tidak samar-samar dan tidak juga secara umum agar dia tidak jatuh ke dalam ancaman Allah: “Tidak kira berapa banyak mereka bertaubat mereka tidak sebenarnya menyesal. Taubat mereka tidak diterima.”

Ini ditujukan kepada mereka yang hanya mengucapkan kata-kata taubat tetapi tidak tahu sejauh mana dosa mereka, malah tidak mengambil tindakan pembaikan dan pencegahan. Itulah taubat yang biasa, taubat zahir yang tidak menusuk kepada punca dosa. Ia adalah umpama orang yang cuba menghapuskan rumput dengan memotong bahagian di atas tanah tetapi tidak mencabut akarnya yang di dalam bumi. Tindakan yang demikian membantu rumput untuk tumbuh dengan lebih segar. Orang yang bertaubat dengan mengetahui kesalahannya dan punca kesalahan itu berazam tidak mengulanginya dan membebaskan dirinya daripada kesalahan itu, mencabut akar pokok yang merosakkan itu. Cangkul yang digunakan untuk menggali akarnya, punca kepada dosa-dosa, ialah pengajaran kerohanian daripada guru yang benar. Tanah mestilah dibersihkan sebelum ditanam pokok orkid.

“Dan Kami bawakan perumpamaan kepada manusia supaya mereka memikirkannya.”
(Surah Hasyr, ayat 21).

“Dia jualah Penerima taubat hamba-hamba-Nya dan mengampunkan dosa, dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah Syura, ayat 25).


“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan amal soleh, maka mereka itu Allah tukarkan kejahatan mereka dengan kebaikan kerana adalah Allah itu Pengampun, Penyayang.”
(Surah Furqaan, ayat 70).

Ketahuilah taubat yang diterima tandanya ialah seseorang itu tidak lagi jatuh ke dalam dosa tersebut.
Ada dua jenis taubat , taubat orang dan taubat mukmin sejati. Orang awam berharap meninggalkan kejahatan dan masuk kepada kebaikan dengan cara mengingati Allah dan mengambil langkah usaha bersungguh-sungguh, meninggalkan hawa nafsunya dan kesenangan badannya dan menekankan egonya. Dia mesti meninggalkan keegoannya yang ingkar terhadap peraturan Allah dan masuk kepada taat. Itulah taubatnya yang menyelamatkannya dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.
Orang mukmin sejati, hamba Allah swt yang tulen, berada di dalam suasana yang jauh berbeza. Mereka berada pada makam makrifat yang jauh lebih tinggi daripada makam orang awam yang paling baik. Sebenarnya bagi mereka tidak ada lagi anak tangga untuk dipanjat; mereka telah sampai kepada kehampiran dengan Allah swt. Mereka telah meninggalkan kesenangan dan nikmat dunia ini dan menikmati kelazatan alam kerohanian – rasa kehampiran dengan Allah swt, nikmat menyaksikan Zat-Nya dengan mata keyakinan.

Perhatian orang awam tertuju kepada dunia ini dan kesenangan mereka adalah merasai nikmat kebendaan dan kewujudan kebendaannya. Malah, jika kewujudan kebendaan manusia dan dunia merupakan satu kesilapan begitu jugalah nikmat dan kecacatan yang paling baik daripadanya. Kata-kata yang diucapkan oleh orang arif, “Kewujudan dirimu merupakan dosa, menyebabkan segala dosa menjadi kecil jika dibandingkan dengannya.” Orang arif selalu mengatakan bahawa kebaikan yang dilakukan oleh orang baik-baik tidak mencapai kehampiran dengan Allah swt tidak lebih daripada kesalahan orang yang hampir dengan-Nya. Jadi, bagi mengajar kita memohon keampunan terhadap kesalahan yang tersembunyi yang kita sangkakan kebaikan, Nabi s.a.w yang tidak pernah berdosa memohon keampunan daripada Allah swt sebanyak seratus kali sehari. Allah Yang Maha Tinggi mengajarkan kepada rasul-Nya: 

“Pintalah perlindungan bagi buah amal kamu dan bagi mukmin dan mukminat.”
(Surah Muhamamd, ayat 19).

Dia jadikan rasul-Nya yang suci murni sebagai teladan tentang cara bertaubat – dengan merayu kepada Allah swt supaya menghilangkan ego seseorang, sifat-sifatnya dan dirinya, semuanya pada diri seseorang, mencabut kewujudan diri seseorang. Inilah taubat yang sebenarnya.
Taubat yang demikian meninggalkan segala-galanya kecuali Zat Allah, dan berazam untuk kembali kepada-Nya, kembali kepada kehampiran-Nya untuk melihat Wajah Ilahi. Nabi s.a.w menjelaskan taubat yang demikian dengan sabda baginda s.a.w, “Ada sebahagian hamba-hamba Allah yang tulen yang tubuh mereka berada di sini tetapi hati mereka berada di sana, di bawah arasy”. Hati mereka berada pada langit kesembilan, di bawah arasy Allah swt kerana penyaksian suci terhadap Zat-Nya tidak mungkin berlaku pada alam bawah.

Di sini hanya kenyataan atau penzahiran sifat-sifat suci-Nya yang dapat disaksikan, memancar ke atas cermin yang bersih kepunyaan hati yang suci. Saidina Umar r.a berkata, “Hatiku melihat Tuhanku dengan cahaya Tuhanku”. Hati yang suci adalah cermin di mana keindahan, kemuliaan dan kesempurnaan Allah swt memancar. Nama lain yang diberi kepada suasana ini ialah pembukaan (kasyaf), menyaksikan sifat-sifat Ilahi yang suci.

Bagi memperolehi suasana tersebut, untuk membersihkan dan menyinarkan hati, perlulah kepada guru yang matang, yang di dalam keesaan dengan Allah swt, yang disanjung dan dimuliakan oleh semua, dahulu dan sekarang. Guru berkenaan mestilah telah sampai kepada makam kehampiran dengan Allah swt dan dihantar balik ke alam rendah oleh Allah swt untuk membimbing dan menyempurnakan mereka yang layak tetapi masih mempunyai kecacatan.

Di dalam penurunan mereka untuk melakukan tugas tersebut wali-wali Allah swt mestilah berjalan Sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w dengan mengikuti teladan baginda s.a.w, tetapi tugas mereka berlainan dengan tugas rasul. Rasul diutuskan untuk menyelamatkan orang ramai dan juga orang-orang yang beriman. Guru-guru tadi pula tidak dihantar untuk mengajar semua orang tetapi hanyalah sebilangan yang dipilih sahaja. Rasul-rasul diberi kebebasan dalam menjalankan tugas mereka, sementara wali-wali yang mengambil tugas sebagai guru mesti mengikuti jalan rasul-rasul dan nabi-nabi.

Guru kerohanian yang mengaku diri mereka merdeka, menyamakan dirinya dengan nabi, jatuh kepada kesesatan dan kekufuran. Bila Nabi s.a.w mengatakan sahabat-sahabat baginda yang arif adalah umpama nabi-nabi Bani Israil, baginda memaksudkan lain daripada ini – kerana nabi-nabi yang datang selepas Musa a.s semuanya mengikuti prinsip agama yang dibawa oleh Musa a.s. Mereka tidak membawa peraturan baharu. Mereka mengikuti undang-undang yang sama. Seperti mereka juga orang-orang arif dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w yang bertugas membimbing sebahagian daripada orang-orang suci yang dipilih, mengikuti kebijaksanaan Nabi s.a.w, tetapi menyampaikan perintah dan larangan dengan cara baharu yang berbeza, terbuka dan jelas, menunjukkan kepada murid-murid mereka dengan perbuatan yang mereka kerjakan pada masa dan keadaan yang berlainan. Mereka memberi dorongan kepada murid-murid mereka dengan menunjukkan kelebihan dan keindahan prinsip-prinsip agama. Tujuan mereka ialah membantu pengikut-pengikut mereka menyucikan hati yang menjadi tapak untuk membena tugu makrifat.
Dalam semua itu mereka mengikut teladan daripada pengikut-pengikut Rasulullah s.a.w yang terkenal sebagai ‘golongan yang memakai baju bulu’  yang telah meninggalkan semua aktiviti keduniaan untuk berdiri di pintu Rasulullah s.a.w dan berada hampir dengan baginda. Mereka menyampaikan khabar sebagaimana mereka menerimanya secara langsung daripada mulut Rasulullah s.a.w. Dalam kehampiran mereka dengan Rasulullah s.a.w mereka telah sampai kepada peringkat di mana mereka boleh bercakap tentang rahsia israk dan mikraj Rasulullah s.a.w sebelum baginda membuka rahsia tersebut kepada sahabat-sahabat baginda.

Wali-wali yang menjadi guru memiliki kehampiran yang serupa dengan Nabi s.a.w dengan Tuhannya. Amanah dan penjagaan terhadap ilmu ketuhanan yang serupa dianugerahkan kepada mereka. Mereka merupakan Pemegang sebahagian  daripada kenabian, dan diri batin mereka selamat di bawah penjagaan Rasulullah s.a.w.

Tidak semua orang yang memiliki ilmu berada di dalam keadaan tersebut. Mereka yang sampai ke situ adalah yang lebih hampir kepada Rasulullah s.a.w daripada anak-anak dan keluarga mereka sendiri dan mereka adalah umpama anak-anak kerohanian Rasulullah s.a.w yang hubungannya lebih erat daripada hubungan darah. Mereka adalah pewaris sebenar kepada Nabi s.a.w. Anak yang sejati memiliki zat dan rahsia bapanya pada rupa zahirnya dan juga pada batinnya. Nabi s.a.w menjelaskan rahasia ini, “Ilmu khusus adalah umpama khazanah rahasia yang hanya mereka yang mengenali Zat Allah boleh mendapatkannya. Namun bila rahsia itu dibukakan orang yang mempunyai kesedaran dan ikhlas tidak menafikannya.”

Ilmu tersebut dimasukkan kepada Nabi s.a.w pada malam baginda s.a.w mikraj kepada Tuhannya. Rahsia itu tersembunyi di dalam diri baginda di sebalik tiga ribu tabir hijab. Baginda s.a.w tidak membuka rahsianya melainkan kepada sebahagian pengikut baginda yang sangat hampir dengan baginda. Melalui penyebaran dan keberkatan rahsia inilah Islam akan terus memerintah sehingga ke hari kiamat.

Pengetahuan batin tentang yang tersembunyi membawa seseorang kepada rahsia tersebut. Sains, kesenian dan kemahiran keduniaan adalah umpama kerangka kepada pengetahuan batin. Mereka yang memiliki pengetahuan kerangka itu bolehlah mengharapkan satu hari nanti mereka diberi kesempatan untuk memiliki apa yang di dalam kerangka. Sebahagian daripada mereka yang berilmu memiliki apa yang patut dimiliki oleh seorang manusia secara umumnya sementara sebahagian yang lain menjadi ahli dan memelihara ilmu tersebut daripada hilang. Ada golongan yang menyeru kepada Allah dengan nasihat yang baik. Sebahagian daripada mereka mengikuti sunnah Nabi s.a.w dan dipimpin oleh Saidina Ali r.a. yang menjadi pintu kepada gedung ilmu yang melaluinya masuklah mereka yang menerima undangan dari Allah swt. 

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan nasihat dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”
(Surah Nahl, ayat 125).

Maksud dan perkataan mereka adalah sama. Perbezaan pada zahirnya hanyalah pada perkara-perkara terperinci dan cara pelaksanaannya.

Sebenarnya ada tiga makna yang kelihatan sebagai tiga jenis ilmu yang berbeza – dilakukan secara berbeza, tetapi menjurus kepada yang satu Sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Ilmu dibahagikan kepada tiga yang tidak ada seorang manusia boleh menanggung keseluruhan beban ilmu itu juga tidak berupaya mengamalkan dengan sekaliannya.

Bahagian pertama ayat di atas “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana (hikmah).” Sesuai dengan makrifat, zat dan permulaan kepada segala sesuatu, pemiliknya mestilah sebagaimana Nabi s.a.w beramal Sesuai dengannya. Ia hanya dikurniakan kepada lelaki sejati yang berani, tentera kerohanian yang akan mempertahankan kedudukannya dan menyelamatkan ilmu tersebut. Nabi s.a.w bersabda, “Kekuatan semangat lelaki sejati mampu menggoncang gunung.” Gunung di sini menunjukkan keberatan hati sesetengah manusia. Doa lelaki sejati yang menjadi tentera kerohanian dimakbulkan. Bila mereka menciptakan sesuatu ia berlaku, bila mereka mahukan sesuatu hilang maka ia pun hilang. 

“Dia kurniakan hikmah kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Barangsiapa dikurniakan hikmah maka sesungguhnya dia telah diberi kebajikan yang banyak.”
(Surah Baqarah, ayat 269).

Jenis kedua ialah ilmu zahir yang disebut Quran sebagai “seruan yang baik”. Ia menjadi kulit kepada hikmah kebijaksanaan rohani. Mereka yang memilikinya menyeru kepada kebaikan, mengajar manusia berbuat baik dan meninggalkan larangan-Nya. Nabi s.a.w memuji mereka. Orang yang berilmu menyeru dengan lemah lembut dan baik hati, sementara yang jahil menyeru dengan kasar dan kemarahan.

Jenis ketiga ialah ilmu yang menyentuh kehidupan manusia di dalam dunia. Ia disebut sebagai ilmu agama (syariat) yang menjadi sarang kepada hikmah kebijaksanaan (makrifat). Ia adalah ilmu yang diperuntukkan kepada mereka yang menjadi pemerintah manusia; menjalankan keadilan ke atas sesama manusia; pentadbiran manusia ke atas sesama manusia. Bahagian terakhir ayat Quran yang di atas tadi menceritakan tugas mereka “dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang lebih baik”. Mereka ini menjadi kenyataan kepada sifat Allah “al-Qahhar” Yang Maha Keras. Mereka berkewajipan menjaga peraturan di kalangan manusia selaras dengan hukum Tuhan, seumpama sabut melindungi tempurung dan tempurung melindungi isi.

Nabi s.a.w menasihatkan, “Biasakan dirimu berada di dalam majlis orang-orang arif, taatlah kepada pemimpin kamu yang adil. Allah Yang Maha Tinggi menghidupkan hati dengan hikmah seperti Dia jadikan bumi yang mati hidup dengan tumbuh-tumbuhan dengan menurunkan hujan.” Baginda s.a.w juga bersabda , “Hikmah adalah harta yang hilang bagi orang yang beriman, dikutipnya di mana sahaja ditemuinya.”

Malah perkataan yang diucapkan oleh manusia biasa datangnya daripada Loh Terpelihara menurut hukum Allah swt terhadap segala perkara daripada awal hingga akhir. Loh itu disimpan pada alam tinggi pada akal asbab tetapi perkataan diucapkan menurut makam seseorang. Perkataan mereka yang telah mencapai makam makrifat adalah secara langsung daripada alam tersebut, makam kehampiran dengan Allah. Di sana tidak ada perantaraan.

Ketahuilah bahawa semua akan kembali kepada asal mereka. Hati, zat, mesti dikejutkan; jadikan ianya hidup untuk mencari jalan kembali kepada asalnya yang suci murni. Ia mesti mendengar seruan. Seseorang mesti mencari orang yang orang yang daripadanya seruan itu muncul, melaluinya zahir seruan. Itulah guru yang sebenar. Ini merupakan kewajipan bagi kita. Nabi s.a.w bersabda, “Menuntut ilmu wajib bagi setiap orang Islam lelaki dan perempuan”. Ilmu tersebut merupakan peringkat terakhir semua ilmu, itulah ilmu makrifat, ilmu yang akan membimbing seseorang kepada asalnya, yang sebenar (hakikat). Ilmu yang lain perlu menurut sekadar mana keperluannya. Allah menyukai mereka yang meninggalkan cita-cita dan angan-angan kepada dunia, kemuliaan dan  kebesarannya, kerana kepentingan duniawi ini menghalang seseorang kepada Allah.

“Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu upah atas (menyampaikan)nya, kecuali percintaan (kepadaku) lantaran kerabat.”
(Surah Syura, ayat 23).

Ditafsirkan maksud perkataan “apa yang hampir dengan kamu” ialah datang hampir dengan kebenaran.

K 43 KEBAHAGIAAN DAN KESENGSARAAN KERANA AMALAN KITA

Kamu patut tahu bahawa manusia akan termasuk kepada salah satu daripada dua golongan, golongan pertama ialah yang berada dalam kedamaian, keimanan, bahagia dalam melakukan ketaatan kepada Allah, sementara golongan kedua berada dalam keadaan tidak selamat, keraguan dan kerisauan dalam keingkaran terhadap peraturan Tuhan. Kedua-dua nilai, ketaatan dan keingkaran, ada di dalam diri seseorang. Jika kesucian, kebaikan dan keikhlasan lebih menguasai, sifat-sifat mementingkan diri akan bertukar menjadi suasana kerohanian dan bahagian diri yang ingkar akan dikalahkan oleh bahagian diri yang baik. Sebaliknya jika seseorang mengikuti hawa nafsu yang rendah dan kesenangan ego dirinya, sifat-sifat ingkar akan menguasai bahagian diri yang satu lagi untuk menjadikannya ingkar dan jahat. Jika kedua-dua sifat yang berlawanan itu sama-sama kuat diharapkan yang baik itu boleh menang, sebagaimana yang dijanjikan: 

“Barangsiapa kerjakan kebaikan maka baginya (ganjaran) sepuluh kali ganda, dan barangsiapa kerjakan kejahatan maka Tidaklah dibalas dia melainkan sebanyak (kejahatannya) itu, dan mereka tidak akan diinyanya.”
(Surah An’aam, ayat 160).

Dan jika Allah swt kehendaki ditambah-Nya lagi ganjaran atas kebaikan. Namun orang yang kebajikan dan kejahatannya sama banyak mesti lulus perbicaraan pada hari pembalasan. Orang yang berjaya mengubah sifat mementingkan diri kepada tidak mementingkan diri, hawa nafsu yang rendah kepada cita-cita kerohanian, baginya tiada hisab, tiada catatan akan diberikan kepadanya. Dia akan memasuki syurga tanpa melalui huru-hara hari kiamat. 

“Oleh sebab itu barangsiapa berat (timbangan) kebaikannya maka dia di dalam kehidupan (akhirat) yang sentosa.”
(Surah Qari’ah, ayat 6 & 7).

Orang yang kejahatannya lebih berat daripada kebaikannya akan dihukum menurut kadar kejahatannya. Kemudian dia dikeluarkan daripada neraka, jika dia beriman, dan akan masuk syurga.
Taat dan ingkar bermakna baik dan jahat. Kedua-dua ini ada dalam diri seseorang manusia. Yang baik boleh berubah menjadi jahat dan yang jahat boleh berubah menjadi baik. Nabi s.a.w bersabda, 

“Orang yang kebaikan menguasainya menemui keselamatan, keimanan dan kegembiraan dan menjadi baik. Orang yang kejahatan lebih menguasai kebaikan, dia menjadi ingkar dan jahat. Orang yang menyedari kesalahannya dan bertaubat dan mengubah haluannya akan mendapati suasana ingkar akan bertukar menjadi taat dan beribadat.”

Telah menjadi ketentuan bahawa baik dan jahat, kehidupan yang diberkati bagi orang yang taat dan kesengsaraan bagi yang ingkar, adalah keadaan yang setiap orang dilahirkan dengannya. Kedua-duanya tersembunyi di dalam bakat atau keupayaan seseorang. Nabi s.a.w bersabda, 

“Orang yang bertuah menjadi baik adalah baik ketika di dalam kandungan ibunya, dan orang berdosa yang jahat adalah pendosa di dalam kandungan ibunya.” 

Begitulah keadaannya dan tiada siapa yang berhak berbincang mengenainya. Urusan takdir bukan untuk dibincangkan. Jika dibiarkan perbincangan demikian ia akan membawa kepada bidaah dan kekufuran.

Lagipun tiada siapa boleh menjadikan takdir sebagai alasan untuk membuang segala ikhtiar, semua perbuatan baik. Seseorang itu tidak boleh mengatakan, ‘Jika aku ditakdirkan menjadi baik maka aku bersusah payah membuat kebaikan sedangkan aku sudahpun diberkati’. Atau berkata, ‘Jika aku sudah ditakdirkan menjadi jahat apa gunanya aku berbuat kebaikan’. Jelas sekali pendirian demikian tidak benar. Tidak wajar mengatakan, ‘Jika keadaan aku sudah ditakdirkan pada azali apa untung atau rugi yang aku harapkan dengan usahaku sekarang’. Contoh yang baik diberikan kepada kita adalah perbandingan di antara Adam a.s dengan iblis yang dilaknat. Iblis meletakkan kesalahan kepada takdir, yang menyebabkan dia menjadi derhaka, maka dia menjadi kafir dan dibuang jauh daripada keampunan dan kehampiran Tuhan. Adam a.s mengakui kesilapannya dan memohon keampunan, menerima keampunan dari Allah swt dan diselamatkan.

Menjadi kewajipan bagi orang Islam yang beriman untuk tidak cuba memahami sebab-sebab yang tersimpan di dalam takdir. Orang cuba berbuat demikian akan menjadi keliru dan tidak mendapat apa-apa melainkan keraguan. Bahkan dia mungkin kehilangan keyakinan. Orang yang beriman mestilah mempercayai kepada kebijaksanaan Allah swt yang mutlak. Segala yang manusia lihat terjadi pada dirinya di dalam dunia ini mesti ada alasan tetapi alasan itu bukan untuk difahami melalui lojik manusia kerana ia berdasarkan kebijaksanaan Tuhan. Di dalam kehidupan ini bila kamu temui pencacian terhadap Tuhan, kemunafikan, keingkaran, penipuan dan lain-lain yang jahat, jangan biarkan perkara-perkara tersebut menggoncangkan iman kamu. Ketahuilah Allah Yang Maha Tinggi dengan kebijaksanaan mutlak bertanggungjawab kepada semua perkara dan Dia lakukan apa yang kelihatan sebagai tidak baik sebagai menyatakan kekuasaan-Nya yang mutlak. Penzahiran kekuasaan yang demikian mungkin menyebabkan ada orang yang tidak tertahan dan menganggapnya sebagai tidak baik tetapi ada rahsia besar di sebaliknya yang tiada makhluk yang tahu melainkan Rasulullah s.a.w. Ada kisah orang arif berdoa kepada Tuhannya, 

“Wahai Yang Maha Suci, semua telah diatur oleh Engkau. Takdirku adalah kepunyaan-Mu. Ilmu yang Engkau letakkan padaku adalah milik-Mu.” 

Ketika itu dia mendengar jawapan tanpa suara tanpa sepatah perkataan, keluar dari dalam dirinya mengatakan, 

“Wahai hamba-Ku. Segala yang engkau katakan adalah kepunyaan Yang Maha Esa dan dalam keesaan. Ia bukan milik hamba-hamba.” 

Hamba yang beriman itu berkata, 

“Wahai Tuhanku, aku telah menzalimi diriku, aku bersalah, aku berdosa.” 

Selepas pengakuan itu sekali lagi dia mendengar dari dalam dirinya, 

“Dan Aku mempunyai keampunan terhadap dirimu. Aku telah hapuskan kesalahan-kesalahan kamu, Aku telah ampun kamu.”

Biar mereka yang beriman tahu dan bersyukur yang segala kebaikan yang mereka lakukan bukanlah dari mereka tetapi melalui mereka, kejayaan datangnya dari Pencipta. Bila mereka bersalah biar mereka tahu bahawa kesalahan mereka datangnya dari diri mereka sendiri, kepunyaan mereka dan mereka boleh bertaubat. Kesalahan datangnya dari keegoan mereka yang bathil. Jika kamu memahami ini dan mengingatinya kamu termasuk ke dalam golongan yang disebut Allah swt: 

“Dan yang apabila telah berbuat keburukan atau menganiayai diri-diri mereka maka mereka ingat kepada Allah dan mereka minta diampunkan dosa-dosa mereka – bukankah tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah? Dan mereka tidak berkekalan di atas dosa yang mereka kerjakan, dan mereka tahu. Mereka itu balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, syurga-syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, mereka akan kekal padanya, dan alangkah baiknya balasan bagi orang-orang yang beramal.”
(Surah Imraan, ayat 135 & 136).

Adalah baik bagi orang yang beriman mengakui yang dirinya sendirilah punca semua kesalahan dan dosanya. Itulah yang akan menyelamatkannya. Itu lebih baik dan lebih benar daripada meletakkan kesalahan dirinya kepada Yang Maha Perkasa, Maha Kuasa, Pencipta semua perkara.

Bila Nabi s.a.w bersabda, 

“Telah diketahui bila seseorang itu berada di dalam kandungan ibunya sama ada dia akan menjadi baik atau pendosa.” 

Baginda maksudkan ‘dalam kandungan ibu’ itu adalah empat anasir yang melahirkan semua kekuatan atau tenaga dan kebolehan lahiriah. Dua daripada anasir tersebut adalah tanah dan air yang bertanggungjawab kepada pertumbuhan keyakinan dan pengetahuan, melahirkan kehidupan dan lahir dalam hati sebagai tawaduk (kerendahan diri). Dua anasir lain ialah api dan angin yang bertentangan dengan tanah dan air – membakar, membinasa, membunuh. Kudrat Tuhan yang menyatukan anasir-anasir yang berlawanan dan berbeza menjadi satu. Bagaimana air dan api boleh wujud bersama? Bagaimana cahaya dan kegelapan boleh terkandung di dalam awan? 

“Dia yang mengunjukkan kepada kamu kilat untuk menakutkankan dan kerana harapan, dan Dia jadikan mega yang berat. Dan petir itu beribadat dengan memuji Tuhannya, dan malaikat juga, lantaran takut kepada-Nya, dan Dia kirim halilintar dan Dia kenakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki…”
(Surah ar-Ra’d, ayat 12 & 13). 

Satu hari wali Allah Yahya bin Mua’adh ar-Razi ditanya, “Bagaimana mengenali Allah?’ Dia menjawab, “Melalui gabungan yang bertentangan”.
Pertentangan termasuk pada, dan sebenarnya keperluan bagi, memahami sifat-sifat Allah. Dengan menghadapkan diri kepada hakikat Ilahi seseorang menjadi cermin yang membalikkan kebenaran itu, juga sifat Yang Maha Perkasa dibalikkan. Dalam diri manusia terkandung seluruh alam maya. Sebab itu dia dipanggil penggabung yang banyak. Allah menciptakan manusia dengan dua tangan-Nya, tangan kemurahan-Nya dan tangan keperkasaan-Nya, keperkasaan dan kekuasaan. Jadi, manusia adalah cermin yang menunjukkan kedua-dua belah, yang kasar serta tebal dan yang halus serta indah.

Semua nama-nama Ilahi menyata pada manusia. Semua makhluk yang lain hanya sebelah sahaja. Allah swt menciptakan iblis dan keturunannya dengan sifat kekerasan-Nya. Dia ciptakan malaikat dengan sifat kemurahan-Nya. Nilai-nilai kesucian dan kebaktian yang berterusan terkandung dalam kejadian malaikat, sementara iblis dan keturunannya yang diciptakan dengan sifat kekerasan-Nya, mempunyai nilai kejahatan, kerana itu iblis menjadi takbur, dan bila Allah swt perintahkan sujud kepada Adam dia ingkar.

Oleh kerana manusia mempunyai kedua-dua ciri alam tinggi dan rendah, dan Allah swt telah memilih utusan-utusan dan wali-wali-Nya dari kalangan manusia, mereka tidak bebas daripada kesilapan. Nabi-nabi dipelihara dari dosa-dosa besar tetapi kesilapan kecil harus berlaku pada mereka. Wali-wali pula tidak terjamin dipelihara daripada dosa tetapi adalah dikatakan wali-wali itu hampir dengan Tuhan, mencapai makam kesempurnaan, mereka masuk ke bawah perlindungan Tuhan daripada dosa-dosa besar.

Syaqiq al-Baqi berkata, “Terdapat lima tanda kebenaran: perangai yang lemah lembut dan lembut hati, menangis kerana menyesal, mengasingkan diri dan tidak peduli tentang dunia, tidak bercita-cita tinggi, dan memiliki rasa hati (gerak hati atau intuisi). 

Tanda-tanda pendosa juga lima ; keras hati, mempunyai mata yang tidak pernah menangis, mencintai dunia dan kesenangannya, bercita-cita tinggi, tidak bermalu dan tidak ada rasa atau gerak hati.”

Nabi s.a.w meletakkan empat nilai pada orang yang baik-baik, “Boleh dipercayai dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya dan mengembalikannya. Menepati janji. Bercakap benar, tidak berbohong. Tidak kasar dalam perbincangan dan tidak menyakitkan hati orang lain.”

Baginda s.a.w juga memberitahu empat tanda pendosa, “Tidak boleh dipercayai dan merosakkan amanah yang diberikan kepadanya, mungkir janji, menipu, suka bertengkar, memaki apabila berbincang dan menyakitkan hati orang lain.” 

Seterusnya pendosa tidak dapat memaafkan kawan-kawannya. Ini tanda tiada iman kerana kemaafan menjadi tanda utama orang beriman. Allah memerintahkan rasul-Nya:

“Berilah maaf, dan suruhlah mereka (manusia) berbuat kebaikan, dan berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.” 
(Surah A’raaf, ayat 199).

Perintah ‘maafkanlah’ bukan hanya tertuju kepada Rasulullah s.a.w seorang sahaja. Ia mengenai semua orang dan tentu sahaja termasuk mereka yang beriman dengan Rasulullah s.a.w. Perkataan ‘maafkanlah’ bermakna jadikan tabiat memaafkan, jadikan sifat atau peribadi. Sesiapa yang ada sifat pemaaf menerima satu daripada nama-nama Allah – ar-Rauf – Yang Memaafkan. 

“Barangsiapa memaafkan dan membereskan maka ganjarannya (adalah) atas (tanggungan) Allah.”
(Surah Syura, ayat 40).

Ketahuilah ketaatan kepada Allah swt bertukar menjadi ingkar, kejahatan dan dosa menjadi kebaikan, tidak berlaku dengan sendiri, tetapi dengan rangsangan, pengaruh, tindakan serta usaha diri sendiri. Nabi s.a.w bersabda, 

“Semua anak dilahirkan muslim. Ibubapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Setiap orang ada bakat untuk menjadi baik atau jahat, boleh memiliki sifat-sifat baik dan buruk dalam masa yang sama. Jadi, adalah salah menghukum seseorang atau sesuatu sebagai sepenuhnya baik atau buruk, tetapi benar jika dikatakan seseorang itu lebih banyak kebaikannya daripada kejahatannya ataupun sebaliknya.

Ini bukan bermakna manusia masuk syurga tanpa amalan baik, juga bukan dia dihantar ke neraka tanpa amalan buruk. Berfikir cara demikian bertentangan dengan prinsip Islam. Allah swt menjanjikan syurga kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh dan diancam-Nya orang-orang yang berdosa dengan azab neraka. 

“Barangsiapa berbuat baik maka (adalah) untuk kebaikan dirinya dan barangsiapa berbuat jahat maka untuk dirinya. Kemudian kepada Tuhan kamulah kamu akan dikembalikan.”
(Surah Jaasiaah, ayat 15).

“Di hari ini dibalas setiap jiwa dengan apa yang dia telah usahakan. Tidak ada kezaliman pada hari ini. Sesungguhnya Allah cepat menghitung.”
(Surah Mukmin, ayat 17).

“Kerana apa juga amal yang baik yang kamu sediakan untuk diri kamu nanti kamu dapati (ganjaran)nya di sisi Allah.”
(Surah Baqaraah, ayat 110).