Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 17 Disember 2012

K 82 SEPULUH Pesanan Imam Shafie.


Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:  

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1. Hak kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada malaikat maut: mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

1.  Hak kepada kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

2.  Hak kepada Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

3.  Hak kepada mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

4.  Hak kepada sirat (titian yang merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

5.  Hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

6.  Hak kepada Ridhzuan (malaiakt penjaga syurga): merasa reda kepada qadha’ ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan bertaubat dari melakukan maksiat.

7.  Hak kepada NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kepada Al Sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

8.  Hak kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Rujukan:
http://tazkirah.wordpress.com/2007/06/30/10-pesanan-imam-shafie-yang-perlu-diikuti/



K 81 Keras hati adalah musibah paling besar pada orang mukmin.


Malik Bin Dinar berkata;

“Tidak ada musibah yang lebih besar daripada hati yang keras.”

Keterangan:
“Kebaikan hati yang dibawa bersama keburukan nafsu di dalam ketaatan lebih baik daripada engkau membawa keburukan hati yang dibawa kebaikan nafsu semasa mengerjakan ketaatan. Sila lihat “Hati Bermaksiat, Anggota Tubuh Taat” pada bab yang telah lalu. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman pada Musa as, 

“Salahkanlah nafsu kamu, kerana yang paling layak untuk disalahkan adalah nafsu. Ketika bermunajat kepadaKu, bermunajatlah dengan lisan yang shidq (benar) dan hati yang takut.”

Keterangan:
“Ini satu lagi masalah yang sering kita lakukan bila berhadapan dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Seperti di atas, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberi amaran kepada Musa as supaya memperbetulkan munajatnya(doanya) dahulu sebelum munajat (berdoa) kepadaNya. Bagaimanakah dengan kita? Adakah amaran seperti itu tidak disampaikan pada kita? Adakah kita menginginkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menjelma di hadapan mata baru nak memperbetulkan munajat (doa)? Sejak bila ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak memberi amaran seperti amaran Musa as kepada kita? Masih tidak nampak ke? Salahkan nafsu kamu sendiri. 

Kamu yang meletakan nafsu kamu di hadapan, bukan hati kamu yang kamu kehadapankan. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memerintahkan Musa as supaya bermunajat (berdoa) dengan lisan(lidah) yang benar dan hati yang takut. Begitu juga dengan kita semua, di mana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA juga telah mengajukan perintahNya kepada kita untuk berdoa dengan Lidah yang benar, di mana lidah hati itu disalurkan pada lidah zahir disertakan ketakutan kepadaNya. 

Untuk dapat melakukan apa yang diperintahkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, hendaknya kita berdoa kepadaNya dengan sederhana. Jangan panjang-panjang yang penuh dengan angan angan hanya harap diberikan olehNya tetapi tidak mengorak langkah. Mustahillah . . . .

”Ketahuilah, setiap hati memiliki sesuatu yang baik, maka nafsupun memiliki perkara serupa yang dapat mengaburkan mata hati. Sebagaimana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberi hati akan keinginan(iradah), maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA juga memberi nafsu dengan angan-angan kosong (tamanniy). Sebagaimana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberi hati akan perasaan cinta (mahabbah), maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberikan nafsu dengan hawa nafsu (hawa). Sebagaimana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberi hati akan harapan (roja’), maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberikan nafsu dengan ketamakan (thoma’). Sebagaimana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberi hati akan perasaan takut (khauf), maka ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memberi nafsu dengan perasaan putus asa(qunuth). Perhatikan dan renungkan kata-kataku ini. 

Keterangan:
“Lihatlah akan kebijaksanaan dan kesempurnaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam memberikan haq sesama mereka di antara hati dan nafsu supaya hambaNya dapat memilih dan tidak menunjukkan jari kepadaNya. Bila murid dapat memahami apa itu keinginan yang datang dari hati, maka dia pasti tahu apa itu angan-angan kosong yang didatangkan oleh permainan hawa. 

Contoh;
Datang keinginan dari hati untuk mengerjakan amal kebajikan untuk mendapatkan keampunan daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA seperti menghadiri kelas agama tetapi tidak menyiapkan diri dengan berdoa kepadaNya memohon pertolonganNya dan keizinanNya, maka dia mengambil langkah untuk berehat rehat dahulu. Masapun berlalu! Bila kesedaran datang akan kelambatannya maka diniatkan bahawa ALLAH SUBHANAHU WA TAALA Maha Mengetahui akan niatnya dengan berangan-angan kosong akan mendapat keampunan dariNya. Itulah hawa!!! Bila datang perasaan cinta dari hati untuk menghadiri kelas agama dengan mengetahui akan tuntutan dari agama yang mewajibkan setiap muslim menghadiri kelas agama, maka datang hawa nafsu meletakkan tidak penting sangat menghadiri kelas agama sekiranya ada urusan urusan yang lebih penting.

Sedutan:

http://www.slideshare.net/MuhammadFahmi4/rahsia-ilmu-kaum-muqarrabin

K 80 Motivasi daripada Al-Quran.


Kenapa Saya tidak dapat Apa yang Saya Inginkan?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah 2  AL BAQARAH : 216)

Terasa Berat Ujian ini…?

“ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah 2  AL BAQARAH : 286)

Saya Lemah Yaa Robb..

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” 
(urah 3  ALI  IMRAN : 139)

Ajari hamba untuk menghadapinya…

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(urah 3  ALI  IMRAN : 200)

Dan mintalah pertolongan(kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”
(Surah 2  AL BAQARAH : 45)

Apa yang kudapat dari semua ini?

“Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.”
(Surah 9  AT TAUBAH : 111)

Kepada Siapa aku berharap?

“Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal.”
(Surah 9  AT TAUBAH : 129)

Dapatkah kubertahan dari semua ini?

“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir.”
(Surah 12  YUSUF : ayat 12)

"Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya ALLAH sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.”
(Surah 4  AN NISAA' : 86)


http://www.facebook.com/pages/Strawberry/327342750179

Ahad, 16 Disember 2012

K 79 Nikmat membaca surah Al-Fatihah.

Oleh KH. Abdullah Gymnastiar


Pada saat membaca surah Al-Fatihah waktu solat, banyak membacanya tergesa-gesa tanpa spasi, tanpa jeda dan tak dinikmati, padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menjawab setiap ucapan kita, maka dari itu kita disunahkan berhenti sejenak setiap selesai membaca satu ayat. Dalam Sebuah Hadits Qudsi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman :

“Aku membagi solat menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk hambaKu.”

Ertinya, tiga ayat di atas: Iyyaka Na’budu Wa iyyaka nasta’in adalah hak ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, dan tiga ayat ke bawahnya adalah urusan hamba-Nya.

Ketika Kita mengucapkan “Alhamdulillahi Rabbil ‘alamin”. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menjawab :”HambaKu telah memujiKu”.

Ketika kita mengucapkan “Ar-Rahmanir-Rahim.” ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menjawab : “HambaKu telah mengagungkanKu.”

Ketika kita mengucapkan “Maliki yaumiddin.” ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menjawab :” HambaKu memujaKu.”

Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in.” ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hambaKu.”

Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhoolliin.”

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hambaKu. Akan Ku penuhi yang ia minta.”
(H.R. Muslim dan At-Turmudzi)

Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat… Rasakan dan resapi betul-betul jawapan indah daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, satu persatu, kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sesungguhnya sedang menjawab ucapan-ucapan kita.

Lalu ucapkanlah “Aamiin” dengan penuh harapan dikabulkan, sebab malaikatpun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

“Barang siapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para malaikat, maka ALLAH akan memberikan ampunan kepadaNya.”
(H.R Bukhari, muslim, Abu Daud)

http://www.facebook.com/pages/Strawberry/327342750179


K 78 Syurga tidak didiami warga tua.

Suatu saat, ada seorang wanita tua bertanya kepada NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM, “RASULULLAH, doakanlah agar aku boleh masuk Syurga.” BELIAU SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM bersabda, 

“Aduh, Syurga tidak akan pernah dimasuki oleh wanita-wanita tua.”
Saat itulah, azan berkumandang. Beliaupun masuk rumah untuk bersiap-siap, lalu keluar lagi. Ternyata, dia dapati wanita tadi menangis. “Kenapa dia?” tanya beliau kepada para sahabatnya.
“Tadi, engkau mengatakan begini dan begitu kepadanya,” ujar mereka.
BELIAU SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda, “Oh itu. Maksudnya, semua wanita itu, di Syurga kelak, akan diubah menjadi muda kembali.” Dan, wanita itupun tersenyum gembira.’

[al Adzkiyaa, Ibnul Jauzi hal.11]


K 77 Bertudung yang mengundang azab ALLAH SUBHANAHU WA TAALA

Bismillahirrahmanirrahiim

Wahai Saudariku, Kami Mengingatkan Sebuah Pesan dari Nabi Kita, MUHAMMAD SHALALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM tentang Hijab. Jangan Menyesal Kelak di Hari Kiamat, Bila Anda Tidak Mahu Membaca dan Mentaati nasihat ini…

1. Azab Buat Perempuan Yang Membuka Rambut Kepalanya selain Suaminya adalah : Rambutnya akan digantung dengan api Neraka Sehingga Mendidih Otaknya Dan ini terjadi sampai berapa lama ia di dunia semasa hidupnya belum menutup rambut kepalanya.

2. Perempuan Yang Suka Berpakaian Seksi dan Menonjolkan dadanya adalah :
“Digantung dengan rantai api neraka di mana dada dan pusatnya diikat dengan api neraka serta betis dan pahanya diberikan panggangan seperti manusia memanggang kambing di dunia dan api neraka ini sangat memedihkan perempuan ini. “

3. Azab Buat Perempuan Yang Suka Menjadi Penggoda dan Berusaha Menggairahkan lelaki lain dengan tubuhnya yang aduhai adalah “Perempuan Ini Mukanya Akan Menghitam Dan Memakan Isi Perutnya Sendiri.”
( Hadits Diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim )

{ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا }

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.”

(QS. At Tahriim: 8)





K 76 Ciri-ciri hati yang sihat


Pertama:
Jika ia tertinggal wiridnya dari Al Quran atau zikrullah, atau suatu peribadatan lainnya, maka ia merasakan sakit yang tiada terperi melebihi sakit orang yang tamak dan kikir ketika kehilangan barang kesayangannya.

Kedua : 
Ia sentiasa merindui untuk mengabdikan diri di jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA seperti rindunya seseorang kepada orang yang amat disayangi.

Ketiga :
Tujuan hidupnya hanya satu, iaitu taat kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Keempat : 
Bila ia sedang melakukan solat, maka hilanglah semua kegundahannya pada kenikmatan dunia yang sementara. Di dalam solat telah ia temukan kenikmatan dan kesejukan jiwa yang suci.

Kelima: 
Sangat menghargai waktu dan tidak mensia-siakannya, melebihi rasa kekhuatiran orang bakhil menjaga hartanya.

Keenam:
Tidak pernah terputus dan malas dalam mengingati
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Ketujuh:
Lebih mengutamakan pada pencapaian kualiti atas suatu amalan perbuatan daripada kuantitinya. Lebih cenderung kepada keikhlasan beribadat.

Empat jenis racun hati

Pertama: Berlebihan dalam berbicara

Kedua:Berlebihan dalam memandang

Ketiga: Berlebihan dalam makan

Keempat: Berlebihan dalam bergaul

Wallahu’alam.

http://www.muslimdiary.com/articles.php?article_id=1231