Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 2 Januari 2013

K 147 EMPAT Sifat hati orang beriman.

1- Sentiasa berhubung dengan Allah SWT dan sesama manusia.

2- Memiliki sifat rahmah atau berkasih sayang.

3- Bersifat lemah lembut.

4- Mudah mesra.

Rujukan :
http://www.nabulsi.com/blue/ar/artp.php?art=10276

“Sesungguhnya Orang-orang yang Beriman (dengan Sempurna) ialah Mereka yang Apabila Disebut Asma’ Allah, Gementarlah Hati-hati Mereka.. …Dan Apabila Dibacakan Ayat-ayatNya, Bertambah (Kuatlah) Iman Mereka, dan Hanya kepada Tuhanlah Mereka Bertawakkal(Iaitu) Orang-orang yang Mendirikan Solat dan yang Menginfaqkan (Pada Jalan Allah) Sebahagian dari Rezeki yang Kami Kurniakan kepada Mereka. Mereka itulah Orang-orang yang Beriman dengan Sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh Darjat (Kedudukan) yang Tinggi di Sisi Tuhannya dan Pengampunan serta Rezeki (Nikmat) yang Mulia (yakni Syurga).”

[ Al-Anfaal : 2-4 ]


K 146 PESAN ROH KEPADA MANUSIA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jiin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". 
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. 
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku". 
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorangpun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". 
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. 
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur di mukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. 

Baginda Rasullullah saw bersabda: 

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." 

Sambung Rasullullah saw lagi: 

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt" Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka diapun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. 

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat mautpun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telingapun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud: 

"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.” 

Abu Bakar ra telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:

"Roh itu menuju ke tujuh tempat:- 

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat." 

Telah bersabda Rasullullah saw: 

“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:- 
1. Orang-orang yang mati syahid. 
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadan. 
3. Orang berpuasa di hari Arafah.” 

Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. 
 (Sanad dan riwayat hadis…)

Sila panjangkan (share) kisah ini kepada semua saudara islam kita.
Tak Perlu Meminta Izin..
Silakan Share & Sebarkan, 
Semoga Ianya Membawa Manfaat Bersama Fren




Selasa, 1 Januari 2013

K 145 LIMA BELAS Keburukan yang lahir daripada jiwa yang lemah.



Jiwa yang lemah akan melahirkan 15 keburukan pada diri sendiri :

1- Fanatik dengan pandangan peribadi.

2- Tidak mahu mengaku kesilapan sendiri.

3- Berasa sempit dada apabila dikritik dan dinasihati.

4- Bahagia dan seronok dengan pujian.

5- Gembira dan seronok apabila mendapat perhatian.

6- Gila kuasa, ghairah untuk menonjolkan diri dan mahu sentiasa dipilih.

7- Tidak menunaikan hak orang lain.

8- Mengungkit-ungkit segala khidmat bakti dan amal kebaikan.

9- Terpedaya dengan kebolehan dan kelebihan diri.

10- Tidak suka orang lain memperolehi kebaikan.

11- Merasakan dirinya sahaja berhak untuk bercakap di kalayak ramai.

12- Menghebahkan amal kebajikan sendiri kepada orang lain.

13- Sentiasa takutkan kemiskinan.

14- Tidak mampu untuk berhadapan dengan orang lain  kerana berasa lemah diri.

15- Mudah berubah pendapat dan goyah pendirian.

Mukmin Sukses .M/S: 58-66.


K 144 : LIMA PERKARA YANG AKAN MENJAMIN WANITA KE SYURGA

Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama. Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda (yang bermaksud): 

“Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.”

Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda (yang bermaksud):

“Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.”

Ketiga, selalu mengingati Allah swt. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda (yang bermaksud): 

“Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat ALLAH.”

Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said ra bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda (yang bermaksud): 

“Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati ALLAH.”

Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda (yang bermaksud): 

“Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.”

Demikianlah, wallahualam.
Rujukan:


K 143 SYIRIK MENJERUMUSKAN MANUSIA KE LEMBAH KEMAKSIATAN.





Ibn Qaiyim telah menjelaskan : Syrik menjerumuskan manusia ke lembah kemaksiatan yang mendatangkan natijah yang buruk di dunia dan Akhirat, antaranya seperti berikut :

1- Tidak mendapat taufik.

2-  Rosak pemikiran.

3- Menyembunyikan kebenaran.

4- Hati menjadi rosak binasa.

5- Bersifat pasif.

6- Suka membuang masa dengan kerja yang tidak berfaedah.

7- Disisih oleh orang.

8- Satu penghinaan antara hamba dan TuhanNya.

9- Menghalang doanya daripada dimakbulkan.

10- Keras hati.

11- Menghalang keberkatan rezeki dan umur.

12- Menghalang daripada memperolehi ilmu.

13- Diselubungi kehinaan.

14- Dicela oleh musuh.

15- Sempit dada.

16-Mendapat rakan yang tidak baik.

17- Kebimbangan dan kedukaan yang berpanjangan.

18-Kesempitan hidup.

19- Kekusutan jiwa.

20- Dihumban ke dalam Neraka dan merasai azab yang tidak terperi serta tiada kesudahan.
Mukmin Sukses. M/S : 41.

K 142 : SEPULUH PERKARA WAJIB DIRENUNG APABILA TIBA MUSIBAH







1. Yakinlah bahawa selain Kitapun juga diuji…
Ada yang diuji dengan kemiskinan..
Ada yang diuji dengan harta..jabatan dan kekuasaan…
Ada yang diuji dengan isteri yang berakhlak buruk..
Ada wanita yang diuji dengan suami bejat(Jahat)…
Ada wanita yang diuji dengan mertua jahat…
Dan terlalu banyak model ujian yang menimpa manusia…
Sebagaimana manusia-manusia yang lain yang juga ditimpa musibah/ujian yang beraneka ragam..

2. Sabarlah dengan ujian yang sedang kita hadapi.. Alhamdulillah kita masih boleh memikulnya…
Boleh jadi jika kita diuji dengan ujian yang lain..maka kita tidak akan mampu menghadapinya…
Yakinlah bahwa tidaklah Allah swt menguji kecuali dengan ujian yang mampu dihadapi oleh seorang hamba..

3.Terkadang syaitan membisikkan pada kita bahawa ujian yang kita hadapi sangatlah berat..dan tidak mungkin untuk kita pikul…
Maka ingatlah bahawa saat ini masih terlalu banyak orang yang diuji dengan ujian yang jauh lebih berat dengan ujian yang sedang Kita hadapi..

4. Bukankah ujian jika dihadapi dengan kesabaran..maka akan menghapus dosa-dosa dan meninggikan darjat..??

5. Bahkan boleh jadi Allah swt menghendaki kita untuk meraih sebuah tempat yang tinggi di syurga..yang tidak mungkin kita peroleh dengan hanya sekadar amalan-amalan soleh kita… Amalan soleh kita tidak cukup untuk menaikan kita ke tempat tinggi tersebut.. Kita tidak akan mampu untuk sampai ke tempat tinggi tersebut kecuali dengan menjalani ujian-ujian yang tidak henti-hentinya untuk mengangkat darjat kita..

6. Ingatlah…Dengan ujian terkadang kita baru sedar bahawa kita ini sangatlah lemah dan selalu perlukan Allah Yang Maha Kuasa… Kadang kita baru mengenal yang namanya khusyuk dalam solat… Kita baru boleh merasakan kerendahan yang disertai deraian air mata… Kita baru boleh merasakan nikmatnya ibadah…tatkala ujian datang…tatkala musibah menerpa..

7. Ingatlah…dengan ujian atau musibah yang menimpa kita..terkadang menghilangkan sifat ujub pada diri kita…

Kerana tatkala kita rajin beribadah dan selalu mendapatkan kenikmatan..kadang timbul ujub dalam diri kita dengan merasa bahawa diri kita hebat selalu beruntung..
Jangan sampai kita salah persepsi dengan menganggap tanda kecintaan Allah swt kepada seorang hamba adalah tidak ditimpanya sang hamba dengan musibah.. Bahkan perkaranya justeru sebaliknya…

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda..

“Jika Allah mencintai sebuah kaum..maka Allah akan menguji mereka.”
(Dishahihkan oleh Al-Albani dalam As-Shahihah no 146)

8. Berhusnudzonlah kepada Allah swt..

Yakinlah bahawa dibalik ujian dan musibah yang menimpamu..ada kebaikan dan hikmah.. Justeru jika ujian tersebut tidak datang dan jika musibah tidak menimpamu..maka akan lebih buruk kondisi kita…

Allah berfirman :

“Dan boleh jadi kalian membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kalian.”

(QS Al-Baqaroh : 216)

9. Bahkan boleh jadi musibah atau ujian yang kita benci itu mendatangkan banyak kebaikan…


Allah swt berfirman:

“Maka mungkin kalian membenci sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”
(QS An-Nisaa : 19)

10. Ingatlah bahawa tidak ada istrirehat sepenuhnya atau kegembiraaan sepenuhnya Kecuali di akhirat kelak… Selama kita masih hidup di dunia, maka siap-siaplah dengan ujian yang menghadang… Bersabarlah…tegarlah…demi meraih ketentaraman dan kebahagiaan abadi kelak di syurga… Ada orang awam yang berkata..


“Kalau mahu hidup di dunia harus siap diuji..kalau tidak mahu diuji ya…jangan hidup di dunia..!!”

K 141 Aluminium dalam makanan dan minuman.





Sedarkah anda, sisa aluminium dalam kuali atau peralatan memasak di rumah anda boleh menyerap masuk ke dalam makanan anda?
Begitu juga bayi anda mungkin mengambil aluminium secara berlebihan apabila meminum susu tepung. Logam beracun seperti aluminium boleh menyebabkan kerosakan tulang dan otak apabila diserap masuk ke dalam darah. Golongan tua pesakit buah pinggang dan kanak-kanak kecil paling mudah menerima kesan buruknya.
Kini aluminium dikaitkan dengan penyakit alzheimer, suatu keadaan nyanyuk pada usia muda serta masalah kelemahan mental.
Diantara tahun 1990-91, kami telah menguji 21 jenama minuman segera dan kopi tempatan untuk aluminium. hasilnya memang menakutkan ; kesemua melebihi paras maksimum yang dikhususkan untuk bekalan air paip antara dua hingga 28 kali ganda.

aluminium dalam makanan dan minuman
Penemuan kami mengesahkan hasil ujian terdahulu yang dijalankan pada tahun 1989 ke atas 35 jenis susu rumusan bayi, bijirin bayi dan tepung di mana 29 (kira kira 83%) mengandungi aluminium yang berlebihan berbanding piawaian untuk bekalan air paip.
kesimpulan mudah : rakyat Malaysia mungkin mengambil bahan logam beracun ini kadar yang tinggi bersama minuman seperti susu teh dan kopi.
Di malaysia tiada piawaian bagi aluminium dalam susu atau minuman lain. Satu-satu piawaian bagi aluminium ialah bekalan air kita iaitu 200 mikrogram/liter.

aluminium dalam minuman segera yang popular.

Kita telah menguji 11 jenama minuman kesukaan pengguna dan hasilnya memang memeranjatkan. Kesemuanya mengandungi aluminium antara 67-28 kali ganda melebihi paras yang dibenarkan dalam air paip.

Aluminium dalam makanan dan minuman antara contoh :


Maxwell house melebihi 28.1 kali ganda

Van houten’s cocoa melebihi 23.1 kali ganda

Nestea melebihi 23.0 kali ganda

Boncafe melebihi 22.8 kali ganda

Moccona melebihi 17.7 kali ganda

Horlick melebihi 10.1 kali ganda

Ovaltine melebihi 9.2 kali ganda

Milo melebihi 8.5 kali ganda

Sustegen melebihi 7.7 kali ganda

Complan melebihi 6.3 kali ganda

Nescafe melebihi 6.1 kali ganda

Aluminium dalam makanan dan minuman – sumber : persatuan pengguna Pulau Pinang. -