Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 5 Jun 2013

Bab 183 Anjuran Membaca Surat-surat Atau Ayat-ayat Yang Tertentu





1006. Dari Abu Said, iaitu Rafi' bin al-Mu'alla r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku: 

Yang Bermaksud : "Tidakkah engkau suka jikalau saya mengajarkan padamu akan seagung-agung surat dalam al Quran sebelum engkau keluar dari masjid?" Kemudian beliau s.a.w. mengambil tanganku. Setelah kita ingin hendak keluar, sayapun berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya Tuan tadi bersabda: "Sungguh-sungguh saya akan mengajarkan padamu seagung-agung surat dalam al Quran." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Seagung-agung surat ialah Alhamdulillahi rabbil-'alamin dan seterusnya. Itulah yang disebut Assab'ul matsani yakni tujuh ayat banyaknya dan diulang-ulangi dua kali atau surat al Fatihah. Juga itulah yang disebut al Quran Al-'Azhim yang diberikan padaku." 
(Riwayat Bukhari)

1007. Dari Abu Said al-Khudri r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda mengenai surat Qulhuwallahuahad yakni surat Al-lkhlas, iaitu: "Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya, sesungguhnya surat Al-lkhlas itu nescayalah menyamai sepertiga al Quran mengenai pahala membacanya."
Dalam riwayat lain disebutkan: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada sahabat-sahabatnya: 

Yang Bermaksud : "Apakah seseorang di antara engkau semua itu akan merasa lemah yakni tidak kuat untuk membaca sepertiga al Quran dalam satu malam?" Tentu saja hal itu dirasakan berat oleh mereka dan mereka berkata: "Siapakah di antara kita semua yang kuat melakukan itu, ya Rasulullah?" Kemudian beliau s.a.w. bersabda: Qul huwallahu ahad Allahush shamad adalah sepertiga al Quran yakni pahala membacanya menyamai membaca sepertiga al-Quran itu." 
(Riwayat Bukhari)

1008. Dari Abu Said al-Khudri r.a. pula bahawasanya ada seorang lelaki mendengar orang lelaki lain membaca: Qul huwallahu ahad, dan seterusnya dan orang itu mengulang-ulanginya. Setelah datang pagi harinya, orang yang mendengar itu pergi ke tempat Rasulullah s.a.w. lalu menyebutkan pada beliau s.a.w. apa yang didengarnya, seolah-olah orang ini menganggapnya sebagai amalan yang kecil saja yakni kurang bererti. Kemudian Rasulultah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Demi Zat yang jiwaku ada di dalam genggamanNya, sesungguhnya surat Al-lkhlas itu nescayalah menyamai pahalanya dengan membaca sepertiga al Quran." 
(Riwayat Bukhari)

1009. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda mengenai Qul huwallahu ahad, iaitu: 

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya surat ini adalah menyamai pahalanya dengan membaca sepertiga al Quran."
(Riwayat Muslim)

1010. Dari Anas r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya saya senang sekali pada surat ini, iaitu Qul huwallahu ahad. Lalu beliau s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya kecintaanmu pada surah itu akan dapat memasukkan engkau dalam syurga."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan. Imam Bukhari juga meriwayatkannya dalam kitab shahihnya sebagai ta'liq.

1011. Dari 'Uqbah bin 'Amir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Adakah engkau mengetahui beberapa ayat yang diturunkan malam ini? Benar-benar tidak ada sama sekali yang seumpama dengan itu, iaitu surah Qul a'udzu birabbil falaq dan surat Qul a'udzu birabbin nas." 
(Riwayat Muslim)

1012. Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya: 

"Rasulullah s.a.w. dahulunya selalu berta'awwudz mohon perlindungan kepada Allah dari gangguan jin dan mata manusia, sehingga turunlah dua surat mu'awwidzah iaitu surat, surat Qul a'udzu birabbil falaq dan Qul a'udzu birabbin nas. Setelah kedua surah itu turun, lalu beliau s.a.w. mengambil keduanya itu saja mengamalkannya dan meninggalkan yang lain-lainnya."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

1013. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Setengah dari al Quran itu ada sebuah surah yang jumlah ayatnya ada tiga puluh buah. Surah itu dapat memberikan syafaat kepada seseorang jikalau ia membacanya sehingga orang itu diampuni, iaitu surah Tabarakal ladzi biyadihil mulk yakni surah al-Mulk."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.
Dalam riwayat Imam Abu Daud disebutkan dengan menggunakan kata: tasyfa'u - sebagai gantinya "syafaat", ertinya sama iaitu memberi syafaat.

1014. Dari Abu Mas'ud al-Badri r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang membaca dua ayat dari akhir surat al-Baqarah di waktu malam iaitu ayat Aamanar rasulu sampai akhir surah, maka kedua ayat itu mencukupinya." 
(Muttafaq 'alaih)

Dikatakan oleh para alim ulama bahawa erti kafataahu atau mencukupi orang tadi, maksudnya mencukupi dari apa yang tidak disenangi atau tidak diinginkan pada malam itu. Ada pula yang mengertikan mencukupi dari berdiri untuk solat malam.

1015. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Janganlah engkau semua menjadikan rumah-rumahmu itu sebagai kuburan yakni tidak pernah bersolat sunnah atau membaca al Quran di dalamnya, sehingga sunyi-sunyi saja dari ibadat. Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya itu dibacakan surat al-Baqarah." 
(Riwayat Muslim)

1016. Dari Ubay bin Ka'ab r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Yang Bermaksud : "Hai Abul Mundzir, adakah engkau mengetahui, ayat manakah dari Kitabullah yakni al Quran yang ada besertamu itu yang teragung?" Saya lalu menjawab: "Iaitu Allahu la ilaha ilia huwal hayyul qayyum, yakni ayat al Kursi. Beliau s.a.w. lalu menepuk-nepuk dadaku dan bersabda: "Semoga engkau mudah memperoleh ilmu, hai Abul Mundzir." Beliau s.a.w. mendoakan demikian kerana benar sekali apa yang diucapkan itu.
(Riwayat Muslim)

1017. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: 

Yang Bermaksud : "Saya diserahi oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga sesuatu dari hasil zakat Ramadan yakni zakat fitrah. Kemudian datanglah padaku seorang pendatang, Segeralah ia mulai mengambil makanan itu sepenuh tangannya lalu diletakkan dalam wadah. Saya lalu menahannya terus berkata: "Sungguh-sungguh engkau akan saya hadapkan kepada Rasulullah s.a.w." Orang itu berkata: "Sesungguhnya saya ini adalah seorang yang sangat memerlukan dan saya mempunyai tanggungan keluarga banyak serta saya mempunyai hajat yang sangat sekali maksudnya amat fakirnya. Setelah itu iapun saya lepaskan dengan membawa makanan secukupnya. Pada pagi harinya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hai Abu Hurairah, apakah yang dikerjakan oleh tawananmu yakni orang yang kau pegang tadi malam?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, ia mengadukan bahawa ia mempunyai keperluan serta keluarga, lalu saya belas kasihan padanya, maka dari itu saya lepaskan sekehendak jalannya yakni sesuka hatinya pergi." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sebenarnya saja orang itu telah berdusta padamu dan ia akan kembali lagi." Jadi saya mengetahui bahawa ia akan kembali kerana begitulah sabda Rasulullah s.a.w. Selanjutnya saya terus mengintipnya, tiba-tiba ia kembali lagi dan segera saja mengambil makanan lagi, lalu saya berkata: "Sungguh-sungguh saya akan menghadapkan engkau kepada Rasulullah s.a.w." Ia berkata: "Biarkanlah saja sekali ini, sebab sesungguhnya saya adalah seorang yang amat memerlukan dan saya mempunyai banyak keluarga yang menjadi tanggungan saya. Saya tidak akan kembali lagi." Sekali lagi saya menaruh belas kasihan padanya, lalu saya lepaskan sekehendak jalannya. Pagi-pagi menjelma, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda padaku: "Hai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawananmu tadi malam?" Saya berkata: "la mengadukan lagi bahawa ia amat memerlukan dan mempunyai banyak tanggungan keluarga, maka dari itu saya belas kasihan padanya dan saya lepaskanlah sekehendak jalannya." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya ia berkata dusta padamu dan ia akan kembali lagi." Saya mengintipnya untuk ketiga kalinya. la datang dan terus mengambil makanan lalu saya tangkaplah ia, kemudian saya berkata: "Kini sungguh-sungguh saya akan menghadapkan engkau kepada Rasulullah s.a.w. dan ini adalah yang terakhir, kerana untuk ketiga kalinya engkau datang, sedang engkau memastikan tidak akan datang, tetapi engkau datang lagi." Orang itu lalu berkata: "Biarkanlah aku  yakni supaya engkau lepaskan saja, sesungguhnya saya akan mengajarkan beberapa kalimat padamu yang dengannya itu Allah akan memberikan kemanfaatan padamu." Saya berkata: "Apakah kalimat-kalimat itu." la menjawab: "Jikalau engkau hendak menempati tempat tidurmu, maka bacalah ayat al-Kursi, kerana sesungguhnya saja kalau itu engkau baca, engkau akan sentiasa didampingi oleh seorang penjaga dari Allah dan engkau tidak akan didekati oleh syaitan sehingga engkau berpagi-pagi." Akhirnya orang itu saya lepaskan lagi sekehendak jalannya. Saya berpagi-pagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda padaku: "Apakah yang dilakukan oleh tawananmu tadi malam?" Saya menjawab: "la menyangka bahawa ia telah mengajarkan padaku beberapa kalimat yang dengannya itu Allah akan memberikan kemanfaatan padaku, lalu saya lepaskanlah ia menurut sekehendak jalannya." Beliau s.a.w. bertanya: "Apakah kalimat-kalimat itu?" Saya menjawab: "la berkata kepada saya: "Jikalau engkau menempati tempat tidurmu, maka bacalah ayat al-Kursi sejak dari permulaannya sehingga engkau habiskan ayat itu sampai selesai, iaitu: Allahu laa ilaha illa huwal hayyul qayyum." la melanjutkan katanya kepada saya: "Jikalau itu engkau baca, maka engkau selalu akan didampingi oleh seorang penjaga dari Allah dan syaitan tidak akan mendekat padamu sehingga engkau berpagi-pagi." Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya ia telah berkata benar padamu yakni kalau membaca ayat al-Kursi, maka akan terus mendapat penjagaan dari Allah, tetapi orang itu sendiri sebenarnya adalah pendusta besar. Adakah engkau mengetahui, siapakah yang engkau ajak bicara selama tiga malam berturut-turut itu?" Saya menjawab: "Tidak." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Itu adalah syaitan." 
(Riwayat Bukhari)

Keterangan:
Ayat al-Kursi yang dimaksudkan dalam Hadis di atas ialah sebagaimana yang tercantum di bawah ini dan sebelum membaca ayat tersebut, sebaiknya membaca Ta'awwudz dulu iaitu: A'udzu billahu minasy syatthanir rajiim, selanjutnya barulah membaca ayat al-Kursi yang tercantum dalam surah al-Baqarah ayat 255, bunyinya:
"Allah yang tiada Tuhan selain Dia itu, adalah Maha Hidup serta Berdiri sendiri yakni tidak memerlukan kepada yang selainNya. Dia tidak akan dihinggapi oleh rasa mengantuk dan tidak pula pernah tidur. BagiNya adalah semua yang ada di langit dan di bumi. Dia Maha Mengetahui apa sajapun yang ada di muka mereka yakni seluruh makhluk dan apa saja yang ada di belakangnya. Siapakah yang kiranya dapat memberikan syafaat pertoiongan di sisiNya baik sewaktu di dunia ataupun di akhirat nanti melainkan dengan izinNya? Kursinya yakni kerajaanNya adalah meluas pada seluruh langit dan bumi dan Dia tidak akan tersibukan dalam memelihara keduanya langit dan bumi  itu, kerana Dia adalah Maha Tinggi serta Agung."

1018. Dari Abuddarda' r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat dari permulaan surah al-Kahfi, maka ia terjaga dari gangguan Dajal."
Dalam riwayat lain disebutkan: "Dari akhir surat al-Kahfi." 

(Riwayat Muslim)


Bab 182 Sunnahnya Memperbaguskan Suara Dalam Membaca Al-Quran Dan Meminta Untuk Membacanya Dari Orang Yang Bagus Suaranya Dan Mendengarkan Pada Bacaan Itu




1001. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Allah tidak pernah mendengarkan pada sesuatu dengan penuh perhatian dan rasa redha serta menerima sebagaimana mendengarnya kepada seseorang Nabi yang bagus suaranya, ia bertaghanni dengan al Quran itu yakni mengeraskan suaranya." *
(Muttafaq 'alaih)*

Dikatakan oleh para alim ulama: "Bahawasanya sabda Nabi s.a.w.: Yajharu bihi -ertinya: Memperkeraskan suara dalam membaca al Quran ini adalah sebagai penjelasan dari sabdanya: yataghanna yakni bertaghanni dari kata ghina'."
Makna: adzinallahu yakni mendengarkan. Ini sebagai tanda keredhaan dan diterima.

1002. Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda padanya:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya engkau telah dikurnia oleh Allah mizmar yakni seruling dari mizmar-mizmarnya keluarga Daud." 
(Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda padanya:

Yang Bermaksud : "Alangkah gembiranya hatimu, jikalau engkau melihat bahawa saya mendengarkan bacaanmu akan al Quran malam tadi."

Imam as-Syafi'i rahimahullah berkata: Ertinya bertaghanni ialah memperbaguskan suara dan melemah-lembutkannya atau mengiramakan bacaan al Quran itu." Uraian sedemikian ini disaksikan pula dengan Hadis lain, iaitu:  yakni: Hiasilah al Quran itu dengan suara-suaramu. Menurut bangsa Arab, setiap orang yang mengeraskan suaranya dan mengiramakannya, maka suaranya itu dapat disebut ghina.'
Maksudnya bahawa bacaan Abu Musa r.a. itu amat indah dan baik sekali. Kata mizmar atau seruling dijadikan sebagai perumpamaan untuk bagusnya suara dan kemanisan iramanya, jadi diserupakan dengan suara seruling. Daud adalah seorang Nabi 'alaihis-salam dan beliau ini adalah sebagai puncak dalam kebagusan suaranya di dalam membaca.

1003. Daripada al-Bara' bin 'Azib r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Saya mendengar Nabi s.a.w. membaca dalam solat Isyak dengan surat Attin wazzaitun dalam salah satu dari kedua rakaatnya yang dibaca keras. Maka saya tidak pernah mendengar seseorangpun yang lebih indah bacaannya dari beliau s.a.w. itu."
(Muttafaq 'alaih)

1004. Daripada Abu Lubabah iaitu Basyir bin Abdul Mundzir r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang tidak bertaghanni dengan al-Quran yakni di waktu membacanya, maka ia bukanlah termasuk golongan kita."
Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dengan isnad yang baik. Makna: yataghanna atau bertaghanni ialah memperbaguskan suaranya ketika membaca al-Quran.

1005. Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda kepadaku:

Yang Bermaksud : "Bacakanlah al Quran padaku." Saya berkata: "Ya Rasulullah, adakah saya akan membaca al Quran untuk Tuan, sedangkan al Quran itu kepada Tuanlah diturunkannya?" Beliau s.a.w. bersabda: "Saya senang sekali kalau mendengar al Quran itu dari orang lain." Saya lalu membacanya untuk beliau s.a.w. itu surat an isa', sehingga sampailah saya pada ayat ini yang ertinya: "Bagaimanakah ketika Kami datangkan kepada setiap umat seorang saksi dan engkau Kami jadikan saksi atas umat ini."  
an-Nisa' 42.

Setelah itu beliau s.a.w. lalu bersabda: "Cukuplah sudah bacaanmu sekarang." Saya menoleh pada beliau s.a.w. dan kedua matanya menitiskan airmata."
(Muttafaq 'alaih)





Bab 181 Perintah Berta'ahud Kepada al-Quran Memelihara Dan Membacanya Secara Tetap Dan Menakut-nakuti Berpaling Daripadanya Kerana Kelupaan




999. Daripada Abu Musa r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Berta'ahudlah kepada al Quran yakni peliharalah untuk selalu membaca al Quran itu secara tetap waktunya, sebab demi Zat yang jiwa Muhammad ada di dalam genggaman kekuasaanNya, nescayalah al Quran itu lebih sangat mudah terlepasnya daripada seekor unta yang ada di dalam ikatan talinya."
(Muttafaq 'alaih)

1000. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Hanyasanya perumpamaan orang yang menghafal al Quran di luar kepala adalah sebagaimana perumpamaan seekor unta yang diikat. Jikalau ia terus langsung mengikatnya, dapatlah ia menahannya tidak sampai lepas dan lari dan jikalau ia melepaskannya, maka itupun pergilah."
(Muttafaq 'alaih)









Bab 180 Kitab Fadhail (Berbagai Fadhilah Atau Keutamaan) Keutamaan Membaca al-Quran




988. Daripada Abu Umamah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Bacalah olehmu semua akan al Quran itu, sebab al Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafaat yakni pertolongan kepada orang-orang yang mempunyainya."
(Riwayat Muslim)

Maksudnya mempunyainya ialah membaca al Quran yang dilakukan dengan mengingat-ingat makna dan kandungannya lalu mengamalkan isinya, mana-mana yang merupakan perintah dilakukan dan yang merupakan larangan dijauhi.

989. Daripada an-Nawwas bin Sam'an r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Al Quran itu akan didatangkan pada hari kiamat nanti, demikian pula ahli-ahli al Quran iaitu orang-orang yang mengamalkan al Quran itu di dunia, didahului oleh surat al Baqarah dan surat Ali lmran. Kedua surat ini menjadi hujah untuk keselamatan orang yang mempunyainya  yakni membaca, memikirkan dan mengamalkan.”
(Riwayat Muslim)

990. Daripada Usman bin Affan r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sebaik-baik engkau semua ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya pula."
(Riwayat Bukhari)

991. Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Orang yang membaca al Quran dan ia sudah mahir dengan bacaannya itu, maka ia adalah beserta para malaikat utusan Allah yang mulia lagi sangat berbakti, sedang orang yang membacanya al Quran dan ia berbolak-balik dalam bacaannya yakni tidak lancar juga merasa kesukaran di waktu membacanya itu, maka ia dapat memperoleh dua pahala."
(Muttafaq 'alaih)

992. DaripadaAbu Musa al-Asy'ari r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Perumpamaan orang mukmin yang suka membaca al Quran ialah seperti buah jeruk utrujah, baunya enak dan rasanyapun enak dan perumpamaan orang mukmin yang tidak suka membaca al Quran ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya, tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang munafik yang suka membaca al Quran ialah seperti minyak harum, baunya enak sedang rasanya pahit dan perumpamaan orang munafik yang tidak suka membaca al Quran ialah seperti rumput hanzhalah, tidak ada baunya dan rasanyapun pahit."
(Muttafaq 'alaih)

993. Daripada Umar bin al-Khaththab r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya Allah mengangkat darjat beberapa kaum dengan adanya kitab al Quran ini yakni orang-orang yang beriman serta menurunkan darjatnya kaum yang Iain-Iain dengan sebab al Quran itu pula yakni yang menghalang-halangi pesatnya Islam dan tersebarnya ajaran-ajaran al Quran itu."
(Riwayat Muslim)

994. Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:

Yang Bermaksud : "Tidak dihalalkanlah dengki itu, melainkan terhadap dua macam orang, iaitu: Orang yang diberi kepandaian oleh Allah dalam hal al-Quran, lalu ia berdiri dengan al-Quran itu yakni membaca sambil memikirkan dan juga mengamalkannya di waktu malam dan waktu siang, juga seorang yang dikurniai oleh Allah akan harta lalu ia menafkahkannya di waktu malam dan siang untuk kebaikan."
(Muttafaq 'alaih)

995. Daripada al-Bara' bin 'Azib r.a., katanya: "Ada seorang lelaki membaca surat al-Kahfi dan ia mempunyai seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian tampaklah awan menutupinya. Awan tadi mendekat dan kuda itu lari dari awan tersebut. Setelah pagi menjelma, orang itu mendatangi Nabi s.a.w. menyebutkan apa yang terjadi atas dirinya itu. Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Itu adalah sakinah* ketenangan yang disertai oleh malaikat yang turun untuk mendengarkan bacaan al Quran itu."
(Muttafaq 'alaih)

Dalam Hadisnya Zaid bin Tsabit r.a., katanya: "Saya berada di samping Rasulullah s.a.w., lalu beliau dilutupi oleh sakinah". Yang dimaksudkan ialah ketenangan ketika ada wahyu turun pada beliau. Di antaranya lagi ialah Hadisnya Ibnu Mas'ud r.a.: "Tidak jauh bahawa sakinah itu terucapkan pada lisannya Umar r.a." Ada yang mengatakan bahawa sakinah ialah kedamaian dan ada yang mengatakan kerahmatan.

996. Daripada Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Barangsiapa yang membaca sebuah huruf dari kitabullah yakni al Quran, maka ia memperoleh suatu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali lipat yang seperti itu. Saya tidak mengatakan bahawa alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif adalah satu huruf, lam satu huruf dan mim juga satu huruf."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

997. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Sesungguhnya orang yang dalam hatinya tidak ada sesuatu apapun dari al Quran  yakni tidak ada sedikitpun dari ayat-ayat al Quran yang dihafalnya, maka ia adalah sebagai rumah yang musnah sunyi dari perkakas."
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

998. Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:

"Dikatakanlah nanti ketika akan masuk syurga kepada orang yang mempunyai al Quran yakni gemar membaca, mengingat-ingat kandungannya serta mengamalkan isinya: "Bacalah dan naiklah darjatmu dalam syurga serta tartilkanlah yakni membaca perlahan-lahan sebagaimana engkau mentartilkannya dulu ketika di dunia, sebab sesungguhnya tempat kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca," maksudnya kalau membaca seluruhnya adalah tertinggi kedudukannya dan kalau tidak, tentulah di bawahnya itu menurut kadar banyak sedikitnya bacaan.
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Daud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.









Bab 179 Haramnya Wanita Bepergian Sendirian




986. Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Tidak halal yakni haram bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari penghabisan, kalau ia bepergian sejauh jarak sehari semalam, melainkan wajib disertai orang yang menjadi mahramnya."
(Muttafaq 'alaih)

987. Daripada Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda:

Yang Bermaksud : "Janganlah seseorang lelaki itu menyendiri dengan seseorang wanita, melainkan wanita itu wajiblah disertai oleh orang yang menjadi mahramnya, juga janganlah seseorang wanita itu pergi, melainkan ia wajiblah disertai orang yang menjadi mahramnya."

Ada seorang lelaki berkata: "Sesungguhnya isteri saya hendak keluar untuk beribadat haji, sedang saya telah dicatat diriku untuk mengikuti peperangan ini dan ini?" Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Pergilah berhaji dengan isterimu."
(Muttafaq 'alaih)










Bab 178 Sunnahnya Orang Yang Baru Datang Dan Bepergian Supaya Masuk Masjid Yang Berdekatan Dengan Tempatnya Lalu Bersolat Dua Rakaat Di Dalam Masjid Itu




985. Dari Ka'ab bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. itu apabila datang dari bepergian lalu memulai dengan memasuki masjid, kemudian bersolat dua rakaat di dalamnya."
(Muttafaq 'alaih)



Bab 177 Apa Yang Diucapkan Apabila Seseorang Musafir Itu Telah Kembali Dan Apabila Telah Melihat Negerinya




Dalam bab ini termasuklah Hadis Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma yang terdahulu mengenai bab takbirnya seorang musafir jikalau menaiki gunung-gunung atau tempat-tempat yang tinggi.

984. Daripada Anas r.a., katanya:

Yang Bermaksud : "Kita datang dari perjalanan bersama Nabi s.a.w., sehingga di waktu kita sudah berada di luar kota Madinah, lalu beliau s.a.w. mengucapkan yang ertinya: "Kita semua telah kembali, kita semua bertaubat kepada Allah, menyembah serta mengucapkan puji-pujian kepada Tuhan kita." Beliau s.a.w. tidak henti-hentinya mengucapkan sedemikian itu, sehingga kita datang di Madinah."
(Riwayat Muslim)