1. Sebelum Israk dan Mikraj
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM mengalami pembedahan dada / perut,
dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan
membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam
dada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Setelah itu, dadanya dijahit dan
dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah.” Selesai pembedahan, didatangkan
binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM
diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat
tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua
rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di
mana RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi
Musa as menerima wahyu daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.
S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung
dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila
dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal
ini berlaku berulang-ulang. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dibertahu
oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala
kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur
Mayitah (tukang sisir rambut anak Firaun) bersama suaminya dan anak-anaknya
(termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh
oleh Firaun kerana tetapt teguh beriman kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA (tak
mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang
memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali,
lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka
untuk sujud (solat).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan
secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api
dan batu dari neraka Jahanam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak
mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang
memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki
dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail:
Itulah orang yang makan riba.`
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi
ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan
amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting
besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali
seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan
sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata
Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan
maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat
dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar
(Takbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.
Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam
akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM berhenti.
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM
tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya
sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia
yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid
dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua
bejana yang berisi arak dan susu. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM
memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul.
Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke
Hadhratul-Qudus Menemui ALLAH SUBHANAHU WA TAALA):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu
langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu
berjumpa dengan Nabi Adam as. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan
riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan
mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina
perempuan.
11. Langit Kedua: RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dan Jibrail naik
tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa as dan Nabi
Yahya as.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga.
Bertemu dengan Nabi Yusuf as.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit
keempat. Bertemu dengan Nabi Idris as.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit
kelima. Bertemu dengan Nabi Harun as yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit
keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAMRASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM
mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda
sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit
ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah
yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, Nabi Ibrahim as bersabda, “Engkau akan berjumpa
dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka
berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA
WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda,
“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya,
tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH,
WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah
QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini
akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa!
lain yang ajaib. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dan Jibrail masuk ke
dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas
Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut
“al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu:
Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah.
Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi
permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan
itu tak terperi oleh manusia. Baginda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM
dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya
baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini
berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI
WASSALLAM masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat
melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia
yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan
tidak memaki ibubapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan mata
kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA dan MUHAMMAD, RasulNya:
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA : Ya MUHAMMAD. RASULULLAH : Labbaika. ALLAH SUBHANAHU
WA TAALA : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah :
Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia
kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud
kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan
kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapapun dan memudahkan
Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat
dan Injil. Dengan izinMu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan
menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai
penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan
dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan
keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah
Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu
ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah
‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar
makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan
semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu
lima puluh (waktu) solat.
4. Selesai munajat, RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dibawa menemui
Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh RASULULLAH
SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM merayu kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA agar
diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali
merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya ALLAH SUBHANAHU WA TAALAperkenan
memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya
sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM turun ke langit
dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq
perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda
bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti)
peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa
itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj
bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali
27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di
sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi
perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan
pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan
kepada kita agar sentiasa mengingati ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan takut kepada
kekuasaanNya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati
benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan
berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji
umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang
kafir di zaman RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM langsung tidak
mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada
mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan
kudrat atau kekuasaan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah
menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaranNya kepada Baginda Sallallahu
Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA : “Maha Suci Allah yang telah
memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil
Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya
sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha
Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam