Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 8 Disember 2013

N 19 : EMPAT RAHSIA KETENANGAN HIDUP

1. Aku yakin bahawa rezekiku tidak tertukar, kerana itu hatiku tenang.

2. Aku yakin amalku tidak mungkin digantikan oleh yang lain, kerana itu aku semangat beribadah.

3. Aku yakin bahawa
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengawasiku, kerana itu aku malu bermaksiat.

4. Aku yakin bahawa mati selalu mengikutiku, kerana itu aku selalu siap menghadapinya.
{ Syaikh Hasan Bashri }

Ya ALLAH, Berikanlah kami rezeki yang berlimpah, rezeki yang boleh kami manfaatkan untuk orang yang memerlukan agar sedekah kami boleh banyak, jangan jadikan kami orang yang kikir dalam bersedekah, meskipun rezeki yang telah Engkau berikan belum mencapai apa yang kami inginkan tetapi kami bersyukur terhadap apa yang telah Engkau berikan kepada kami.
Mohon ampuni kami ya Rabb, maafkan kami jika seandainya kami selalu mengeluh terhadap kekurangan kami, angkatlah darjat kami, lindungi kami dan hapuskanlah dosa-dosa kami.

Aamiin Ya Robbal'alamin.



N 18 : MATI, MAUT, MENINGGAL DUNIA, AJAL

Selagi hayat dikandung badan, selagi itu kita masih diberi berpeluang untuk bertaubat dan mohon pengampunan daripada Tuhan semesta alam. Gunakanlah sisa-sisa hidup kita yang ada ini sebaik mungkin kerana ajal itu datang secara tiba-tiba tanpa kita sedari. Buatlah amal kebaikan sebanyak mungkin ketika diberi peluang. Berdoalah, semoga kita tidak tergolong dari golongan yang rugi dan menyesal di akhirat nanti. Semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA reda dan merahmati kita semua di dunia ini mahupun di akhirat kepunyaanNya.




N 17 : BILA SI SUAMI SUKA MEMBANDING-BANDINGKAN ISTERI DENGAN PEREMPUAN SIMPANANNYA

Suami : Ustaz..Perempuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya..tapi isteri saya gemuk..

Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah mengandungkan zuriat kamu ke? tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk tubuhnya dari kamu..
Isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk tubuh badannya.

Suami : Tapi ustaz..Perempuan simpanan saya lebih manja dan lemah lembut.. Isteri saya jarang ada masa untuk saya dan kadang-kadang garang..

Ustaz : Perempuan simpanan kamu tak ada tanggungjawab untuk dipikul tentang kamu..Dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu, tapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya terpaksa dibahagi-bahagi antara kamu dan anak-anak kamu.. kerana dia tahu menjaga anak-anak kamu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu..

Suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz..Tak seperti perempuan simpanan saya..

Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak-anak kamu bila mereka bertanya ke mana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka.  Mereka bersedih memikirkan kamu yang tak ada masa untuk bersama mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak-anak kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa bersama perempuan simpanan kamu itu. Perempuan simpanan kamu itu pernah ke terfikir tentang maruah kamu?

Suami : ..tapi kan ustaz....

Ustaz : cam ni lah....kalau isteri awk sentiasa tak cukup sempurna di mata awk, awk ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik utk lelaki yg tak tahu bersyukur seperti awk. Cuba awk pikir, klau bukan krn dia yg korbankan bentuk tubuhnya krn awak, sepanjang hayat awk tak akan melihat waris keturunan awk. klau dia mahu, dia juga boleh memilih utk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awk.. tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awk hargai. Bukan dia yg tak cukup sempurna utk awk tp awklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia. Lebih baik awk nilai diri awk sendiri dari awk menilai isteri awk krn dia ibu kpd anak2 awk...

Oleh itu, untuk hidup di bumi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ini, kita tidak boleh fikir diri kita sahaja….


Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Barik Wa Sallim.




N 16 : TANDA-TANDA KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

1- Solat diringan-ringankan.
2- Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3- Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakkannya jahil mengenai agama serta memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4- Perkara benar disalahkan. Susah untuk membezakan antara perkara halal dengan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5- Berbohong sudah menjadi keperluan dalam hidup sebab dikatakan jika tidak berbohong susah untuk mendapat kesenangan.
6- Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7- Manusia yang hidup mengikut lunas agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa, tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8- Turun hujan di luar musim dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9- Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10- Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11- Anak-anak ingkar dan menderhaka kepada ibi bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12- Kawan baik dilayan kasar, manakala musuh dilayan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikkan.
13- Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan, meninggalkan solat, mendedahkan aurat dan berjudi.
14- Masjid dihiasi indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15- Ramai yang solat tetapi munafik dan berpura-pura. Ketika solat, berjanji akan mengikut suruhan ALLAH tetapi di luar solat melanggar perintahNYA.
16- Akan datang golongan manusia dari barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17- Al Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan isinya.
18- Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
19- Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama, tidak mahu membela dan menyebarkannya.

20- Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.




N 15 : JENAZAH DISELAWATI 70 RIBU MALAIKAT

Kisah ini diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra.

Pada suatu pagi RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersama dengan sahabatnya Anas bin Malik ra melihat suatu keanehan. Bagaimana tidak, matahari terlihat begitu redup dan kurang bercahaya seperti biasanya.
Tak lama kemudian RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dihampiri oleh Malaikat Jibril.
Lalu RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bertanya kepada Malaikat Jibril : "Wahai Jibril, kenapa Matahari pagi ini terbit dalam keadaan redup? Padahal tidak mendung?"
"Yaa RASULULLAH, Matahari ini nampak redup kerana terlalu banyak sayap para malaikat yang menghalanginya."Jawab Malaikat Jibril.
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bertanya lagi : "Wahai Jibril, berapa jumlah Malaikat yang menghalangi matahari saat ini?"
"Yaa RASULULLAH, 70 ribu Malaikat." jawab Malaikat Jibril.
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bertanya lagi : "Apa gerangan yang menjadikan Malaikat menutupi Matahari?"
Kemudian Malaikat Jibril menjawab: "Ketahuilah wahai RASULULLAH, sesungguhnya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah mengutus 70 ribu Malaikat agar membacakan selawat kepada salah satu umatmu."
"Siapakah dia, wahai Jibril?" tanya RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.
"Dialah Muawiyah..!!!" jawab Malaikat Jibril.
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bertanya lagi : "Apa yang telah dilakukan oleh Muawiyah sehingga saat ia meninggal mendapatkan kemuliaan yang sangat luar biasa ini?"
Malaikat Jibril menjawab : "Ketahuilah wahai RASULULLAH, sesungguhnya Muawiyah itu semasa hidupnya banyak membaca Surah Al-Ikhlas di waktu malam, siang, pagi, waktu duduk, waktu berjalan, waktu berdiri, bahkan dalam setiap keadaan selalu membaca Surah Al-Ikhlas."
Malaikat Jibril melanjutkan penuturannya : "Dari itulah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengutus sebanyak 70 ribu malaikat untuk membacakan selawat kepada umatmu yang bernama Muawiyah tersebut."
SubhanAllah..
Walhamdulillah..
Wala ilaha illallah..
Wallahu akbar.

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda :

''Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga al Quran dalam semalam?" Mereka menjawab, "Bagaimana mungkin kami boleh membaca sepertiga al Quran?" Lalu NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ’ALAIHI WASSALLAM bersabda, "Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga al Quran.''
(H.R. Muslim no.1922)


Subhanallah..




N 14 : SYAITAN BERKATA

LELAKI yang melambat-lambatkan SOLAT selepas mendengar AZAN adalah BAPA KU.
WANITA yang suka MARAH-MARAH ketika TETAMUnya ada di rumah adalah IBUku.
WANITA yang suka MENDEDAHKAN AURAT adalah ISTERIku.
MANUSIA yang MAKAN tanpa BACA BISMILAH adalah ANAK-ANAKku.
MANUSIA yang suka MEMBAZIR tanpa ada faedah adalah SAUDARAku.
MANUSIA yang suka MAKAN & TIDUR adalah KEKASIHku.
MANUSIA yang masuk RUMAHnya TANPA baca memberi Salam dan BISMILAH itu adalah RUMAHku.
MANUSIA yang suka MEMINUM ARAK adalah HAMBA ABDIku.

Janganlah kita menjadi sebahagian daripada keluarga SYAITAN...




N 13 : KISAH SEORANG IBNU MUBARAK (tukang baiki kasut)

Dikisahkan di suatu negeri, hidup sepasang suami isteri yang soleh/solehah. Mereka hidup serba kekurangan, namun ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mencukupkannya. Sang suami hanya seorang tukang baiki kasut yang bernama Ibnu Mubarak, sedangkan isterinya hanya suri rumahtangga.

Suatu hari sepulang dari bekerja, Ibnu Mubarak berkata pada isterinya:

"Isteriku, aku ingin mengumpulkan sebahagian rezeki kita agar tidak hanya habis untuk kita makan."

Mendengar perkataan suaminya, isterinyapun tersinggung dalam hatinya. Ia sempat berfikir jangan-jangan suaminya berandai-andai memiliki kenderaan atau mungkin ingin membangun rumahnya menjadi gedung megah. Hingga akhirnya sang suamipun memberitahukan niat yang sesungguhnya pada isterinya, iapun berkata:
"isteriku, aku bercita-cita untuk mengunjungi baitullah bersamamu, untuk menunaikan ibadah haji. Untuk itu aku berniat menyisihkan sebahagian rezeki kita agar ditabung."
Mendengar perkataan suaminya sang isteripun menangis, ia tak sanggup menahan air mata, kerana ternyata prasangkanya salah beberapa waktu ini. Iapun memeluk suaminya lalu berkata:

"Sungguh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah mengirimkan seorang Imam yang baik dalam hidupku, baiklah suamiku akupun akan membantu agar cita-cita ini dapat cepat tercapai, In Sya ALLAH.”

Setelah hari itu sang isteripun bekerja untuk meringankan pekerjaan orang yang memerlukan tenaganya dalam halal meskipun dengan upah yang rendah.

Waktu berlalu cepat, tak terasa ternyata sudah banyak tabungan yang mereka kumpulkan hingga akhirnya Ibnu Mubarak memutuskan untuk menghitung tabungannya bersama isterinya, iapun berkata:

"Alhamdulillah isteriku, tak terasa wang yang kita kumpulkan sudah hampir cukup untuk kita berhaji berdua."

Dengan gembira isterinyapun berkata:

"Alhamdulillah suamiku, semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA meredhai niat ibadah kita. In Sya ALLAH."

Ketika sedang asik berbincang, tiba-tiba sang isteri mencium aroma masakan yang membuatnya merasa sangat ingin mencicipinya, maklumlah ia sedang hamil muda, ia berkata pada suaminya:

"Suamiku aku ingin sekali mencicipi masakan ini, aku mohon padamu carilah sumber aroma ini, lalu mintakan pada pemiliknya meski hanya seiris."

Mendengar perkataan sang isteri lalu suaminya memaklumi, iapun pamit keluar untuk mencari sumber aroma yang membuat isterinya sangat ingin untuk mencicipinya.
Setelah berkeliling, akhirnya Ibnu Mubarak menemukan sumber aroma tersebut. Ternyata aroma itu berasal dari rumah seorang janda yang memiliki tiga orang anak. Iapun berhenti dan berfikir, ia takut akan timbul fitnah jika ada yang melihatnya masuk ke dalam rumah tersebut namun mengingat pesan sang isteri iapun memutuskan untuk masuk ke rumah itu, dengan berat hati dan perasaan was-was iapun bergegas masuk. Ketika memasuki pintu rumah sang pemilik rumah kaget, melihat  si pemilik rumah terkejut dan curiga Ibnu Mubarakpun tersentak juga, iapun berkata:

"Maaf, kedatangan saya ke sini kerana isteri saya mencium aroma masakan yang sangat menggugah seleranya, untuk itu saya diutus agar mencari sumber aromanya dan ternyata di sinilah sumbernya, bolehkah kami meminta masakan ini meski hanya seiris.” (Ibnu Mubarak melihat kuali masakan itu penuh gengan irisan daging)
Mendengar ucapan tersebut janda itu menolaknya, ia berkata:

"Maaf aku tidak boleh memberimu makanan ini kerana beberapa alasan."

Mendengar ucapan itu Ibnu Mubarak berkecil hati dan iapun berkata:

"Tolonglah saudariku, isteriku sangat menginginkannya. Ia sedang hamil muda."

Lalu sang janda berkata:

"Maaf saudaraku, sekali lagi aku katakan aku tidak boleh memberimu masakan ini. Ini haram untukmu."

Ibnu Mubarak berkata:

"Haram? Apa gerangan yang memberatkanmu memberi masakan ini barang seiris, aku punya wang, jika haram bukankah aku tidak tahu hal itu sebelumnya, jika tidak keberatan dan jika diizinkan, izinkan aku untuk membelinya walau hanya seiris saudariku?"

Mendengar ucapan itu sang jandapun berkata:

"Maaf saudaraku, aku ini seorang janda miskin, aku memiliki tiga orang anak, yang paling tua jika ia lapar cukuplah dengan minum maka ia dapat menahan laparnya, yang kedua jika ia lapar ia tidak dapat menahan laparnya hanya dengan minum, sementara yang ketiga ia sedang terbaring sakit. Memang aku masih muda dan tubuhku masih cukup sihat, aku tidak mungkin menjual diriku untuk mencukupi keperluanku kerana aku masih punya harga diri dan aku takut pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Tahukah kau saudaraku, hari ini kami kelaparan dan tak ada satu makananpun yang boleh untuk kami makan, aku hampir putus asa, aku berkeliling negeri ini dan berharap mendapat sesuatu yang boleh untuk kubawa pulang untuk kami makan, diperjalanan aku menemukan bangkai gibas (kambing) ini dan kulihat bangkai ini masih amat segar lalu kubawa pulang dua potong lengannya untuk kumasak dan kujadikan bahan makanan. Aku tahu ini haram, tapi biarlah aku yang menanggung dosanya pada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA demi anak-anakku."

Mendengar ucapan itu, Ibnu Mubarak pun memahaminya lalu ia pulang dengan tangan kosong dan berharap isterinya dapat memahaminya dan mengurungkan niatnya. Setibanya di rumah, ia dapati isterinya dan menceritakan apa yang telah disampaikan oleh pemilik aroma masakan tersebut.

Dengan berbesar hati dan berlapang dada isterinya memaklumi, isterinya berkata:

"Suamiku, sesungguhnya tidaklah diredai
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA seorang yang berhaji sementara ia tahu bahawa tetangganya kelaparan, aku berpendapat agar kiranya kita dapat mengurungkan niat kita ke Baitullah, aku tidak apa-apa suamiku, tapi sebagai Imamku aku serahkan sepenuhnya hal ini kepadamu. Kerana hanya engkaulah yang berhak mengambil keputusan dalam hal ini."

Mendengar ucapan ini Ibnu Mubarak tak kuasa menitiskan airmata, ia peluk isterinya ia berkata:

"Maha Suci ALLAH yang telah menganugerahkan makmum yang baik bagiku, semoga
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA merahmati kebesaran hatimu wahai isteriku."

Tidak berapa lama merekapun bergegas ke rumah janda tersebut untuk menghadiahkan tabungan mereka seluruhnya kepada keluarga si janda itu.

Setibanya mereka, Ibnu Mubarak dan isteri telah membawakan bahan makanan dan tak lupa ia juga membawa dua potong lengan gibas (kambing) untuk menggantikan masakan yang sedang dimasak. Ia menemui janda itu dan berkata:

"Maaf saudariku, aku bawa isteriku ke sini, kami sengaja singgah dan tak memberi kabar sebelumnya. Kedatangan kami kerana
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, izinkan kami memasak makanan ini dan kita makan bersama setelahnya."

Sang jandapun bersyukur pada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan menerima tawaran dari mereka berdua, setelah selesai makan, ketika hendak pulang Ibnu Mubarak memberi bungkusan dan berkata:

"Aku menghadiahimu dan keluargamu, terimalah bungkusan ini saudariku, isinya wang agar dapat dipergunakan untuk keperluan keluargamu."

Dengan derai air mata penuh rasa syukur sang jandapun menerimanya, iapun berkata:

"Terimakasih saudaraku, semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA membalas kebaikanmu melebihi keikhlasanmu padaku dan keluargaku."

Lalu Ibnu Mubarak berkata:

"Aku berpesan agar kiranya disaat engkau berkecukupan, engkau menggantinya dengan membantu siapapun yang memerlukan bantuanmu."

Lalu sang janda berkata:

"Baik saudaraku, akan aku pegang amanahmu, semoga
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memelihara amanah ini dariku, In sya ALLAH."

~  singkat cerita  ~

Beberapa tahun kemudian, ketika itu para jamaah haji telah selesai menunaikan ibadahnya dan kembali ke negeri masing-masing.

Waktu itu, ketika petang hari. Ibnu Mubarak tercengang kaget, ia dapati banya sekali tamu berkunjung ke rumahnya dengan membawa oleh-oleh berupa air zam-zam, peralatan ibadah dan lain-lain. Mereka mengaku seolah-olah mengenal Ibnu Mubarak, dalam kebingungannya ia berkata pada tamu-tamu yang memenuhi rumahnya:

"Ada apa gerangan wahai saudara-saudariku, kalian membawakanku hadiah dan oleh-oleh yang sangat banyak padaku? (sambil menitiskan airmata ia berkata: ) Maha Suci ALLAH dan aku sangat bersyukur padaNya. Tapi bolehkah aku tahu wahai saudara-saudariku sekalian, dapatkah kalian jelaskan padaku tentang apa yang telah kuperbuat sehingganya kalian saudara-saudariku semua dapat mengenaliku, tahu gubukku ini dan membawakan banyak hadiah untukku?"

Satu persatu tamu Ibnu Mubarak berkata:

Seorang berkata : 

Apakah engkau lupa saudaraku, engkau menolongku ketika aku tersesat di Jabal Nur?

Seorang lagi berkata:

Apa engkau lupa wahai hamba ALLAH. Beberapa tahun ini aku berturut-turut berhaji tiap tahunnya dan engkau sering menuntunku ketika aku yang telah berumur ini terhimpit jamaah mengitari Kaabah?

Lalu Ibnu Mubarak berkata:

“Sebenarnya aku tidak pernah berhaji wahai saudaraku.”

Seorang berkata:

“Apakah engkau lupa telah meminjamkanku terompah ketika kakiku terluka, ini terompahmu dan ini kuhadiahkan mushaf al Quran dan tasbih untukmu.”

Lalu seorang berkata:

“Wahai hamba ALLAH, janganlah merendahkan dirimu padahal kami kenal siapa engkau, dan semoga
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengangkat darjatmu melebihiku.”

Dan demikian seterusnya hingga tak satupun tamunya yang tidak memberi keterangan padanya.

Malam tiba, selesai Fardlu Isya Ibnu Mubarakpun tertidur.

Dalam tidurnya ia bermimpi bertemu RASULULLAH SHALALLAHU ALAIHI WASALLAM, di dalam mimpinya RASULULLAH SHALALLAHU ALAIHI WASALLAM berkata:


“Wahai Ibnu Mubarak, aku akan memberitakanmu.
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah mengutus malaikatnya dalam bentuk yang menyerupaimu beserta sifat dan sikapmu untuk berhaji di Tanah Suci setiap tahun, dan amal ibadahnya diberikan kepadamu.” ~

Ibnu Mubarakpun terbangun, ia menangis dan bersujud penuh syukur, bahawasanya
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah menggantikan niatnya dengan ganti yang jauh lebih baik. Melebihi cita-citanya.