Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 14 Disember 2013

N 71 : JAMINAN SYURGA

JAMINAN SYURGA daripada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bagi orang yang dapat menjaga enam perkara.

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM wasalam bersabda:

“Jagalah enam perkara dari kalian nescaya aku jamin bagi kalian syurga :

(1) Jujurlah bila berbicara,
(2) Tepatilah jika berjanji,
(3) Tunaikanlah apabila kalian diberi amanah,
(4) Jagalah kemaluan,
(5) Tundukkanlah pandangan dan
(6) Tahanlah tangan-tangan kalian (dari sesuatu yang di larang).”
(HR. Ahmad,Ibnu Hibban,Al-Hakim dan Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman,lihat Ash-Shahihah no. 1470)
Tentunya dibarengi dengan Takwa juga.


Subhanallah.


Khamis, 12 Disember 2013

N 70 : APAPUN KITA

~SeANGKUH dan SeHEBAT Apapun Kita, Di atas Hamparan Sejadah jugalah Dahi Kita Bersujud,

~SeCANTIK dan SeINDAH Apapun Rupa kita, Kain Putih Jugalah Yang Pada Akhirnya akan Membalut Tubuh Kita,

~SeKaya dan SeBanyak Apapun Harta Kita, Tidak Akan Dapat Dibawa Jika pergi Menghadap ILAHI,

~SeGAGAH dan SeKUAT Manapun Kita Berjalan/Berlari, Pada Akhirnya Akan Tetap Diusung Juga,


~SeRAMAI dan SeBANYAK Apapun Teman-teman Kita, Namun Kita Akan Pergi Seorang Diri Juga 1 Hari Nanti.



N 69 : MENGHUKUM MANUSIA MENGIKUT WAHYUNYA

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman menerusi ayat 105 daripada surah an-Nisa’ :

إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلاَ تَكُن لِّلْخَائِنِينَ خَصِيمًا



“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai MUHAMMAD) Kitab (al Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang ALLAH telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.”



N 68 : DOA BERLINDUNG KEPADA ALLAH SWT (HADIS NABI SAW)

Daripada Abdullah bin Abbas bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM pernah mengajari mereka doa ini sebagaimana mengajarkan kepada mereka satu surah dari Al Quran. Beliau mengucapkan:

"ALLAAHUMMA INNII A'UUDZU BIKA MIN 'ADZAABI JAHANNAMA WA A'UUDZU BIKA MIN 'ADZAABIL QABRI WA A'UUDZU BIKA MIN FITNATIL MASIIHID DAJJAAL, WA A'UUDZU BIKA MIN FITNATIL MAHYAA WAL MAMAAT" (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab Jahanam, dan berlindung kepadaMu dari azab kubur, dan berlindung kepadaMu dari fitnah Al Masih Ad Dajal, serta berlindung kepadaMu dari fitnah kehidupan serta fitnah kematian.” 
[HR Abu Daud 1318]



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُعَلِّمُهُمْ هَذَا الدُّعَاءَ كَمَا يُعَلِّمُهُمْ السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ





N 67 : DOA HENDAK TIDUR DENGAN BANGUN TIDUR (HADIS NABI SAW)

Daripada Hudzaifah dia berkata; "Apabila NABI SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM hendak tidur, beliau membaca: 'Bismika allahumma amuutu wa ahya (Dengan namaMu Ya ALLAH, aku mati dan aku hidup).' Dan apabila bangun tidur, beliau mengucapkan: 'Al Hamdulillahilladzii ahyaana ba'da maa amatana wailaihi nusyur (Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepadaNyalah tempat kembali)." 
[Shahih Bukhari 5849]



عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ قَالَ بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا وَإِذَا اسْتَيْقَظَ مِنْ مَنَامِهِ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ




N 66 : SEPULUH AMALAN AHLI SYURGA

Pertama:
Tahajud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya.

Kedua:
Melazimi membaca al Quran dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.

Ketiga:
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman.

Keenam:
Jaga wuduk terus menerus kerana
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menyayangi hamba yang berwuduk.

Ketujuh:
'Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Kelapan :
Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Kesembilan :
Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati.


Kesepuluh :
Memelihara diri dengan keikhlasan yang tulus kerana
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kerana di situlah terletaknya nilai amalan di sisi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.



N 65 : CONTOHI RASULULLAH SAW

(1) Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar, tapi kerana RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM melakukannya.
(2) Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut.
dengan isterinya akan marah dan pergi dari rumah, tapi kerana
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM melakukannya.
(3) Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal di luar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri, tapi kerana RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM melakukannya.
(4) Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya, tapi kerana RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM melakukannya.
(5) Suami memakan makanan isterinya yang masin ataupun yang keras bukan kerana mencuba romantis di depan isteri, tapi kerana RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM melakukannya.
(6) Suami mengumpulkan sejumlah dana untuk disimpan isteri bukan kerana bodoh dalam mengatur kewangan, tapi kerana RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM melakukannya.
(7) Suami merawat anak-anak kecil ketika mereka sakit bukan kerana mereka sesuai jadi perawat peribadi, tapi kerana RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM melakukannya.


Indahnya hubungan, kalau kita mencontohi RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.