Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 15 Disember 2013

N 93 : ISTERI DIANGGAP DERHAKA KEPADA SUAMI JIKA...

1. Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang bermaksud,

"Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh."

2. Membantah suruhan atau perintah suami. Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang bermaksud,

"Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari ALLAH dan malaikat serta semua manusia."

3. Bermasam muka terhadap suami. Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang bermaksud,

"Mana-mana perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia dalam kemurkaan ALLAH hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredaannya."

4. Jahat lidah/mulut pada suami. Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang bermaksud,

"Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka, di antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya terhadap suaminya."

5. Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuannya.

6. Keluar rumah tanpa izin suaminya. Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang bermaksud,

"Mana-mana perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat oleh ALLAH hingga dia kembali kepada suaminya atau suaminya reda terhadapnya."

7. Menghina pengorbanan suami. Maksud Hadith: 

“ALLAH tidak akan akan memandang (mempedulikan) pada isteri-isteri yang tidak berterima kasih kepada pengorbanan suaminya sedangkan dia masih perlukan suaminya.”

8. Menerima tetamu tanpa keizinan suaminya. Maksud Hadith: 

“Jangan benarkan masuk ke rumahnya melainkan dizinkan oleh suami.”

9. Tidak mahu menerima tunjuk ajar suami. Maksud Hadith:

“Isteri yang derhaka hukum perbuatannya berdosa dan boleh gugur nafkahnya ketika itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya, nerakalah di akhirat kelak. Apa yang isteri lakukan terhadap suami adalah semata-mata mendapat keredhaan ALLAH.


(Sanad dan riwayatnya…..???)


N 92 : TIDUR TEMANNYA MAUT

“Ada seseorang lelaki menghadap RASULULLAH kemudian dia bertanya; "Wahai RASULULLAH, Tidur adalah sebahagian nikmat ALLAH di dunia, apakah kelak kita juga akan tidur di Syurga? Jawab RASULULLAH TIDAK," kerana tidur adalah temannya MAUT, sedangkan di syurga tak ada kematian, Bagaimana istirehat ahli syurga? Tanya lelaki itu lagi, Rasulpun menjawab: "Di Syurga tak ada rasa lelah, semuanya serba menyenangkan."
(HR. Baihaqi,ibn Abi Hatim)

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman;

"Yang dengan kurniaNya menempatkan kami dalam tempat yang kekal/Syurga, di dalamnya tidak merasa lelah dan tidak merasa Lesu.”
(Surah 35  FAATHIR : 35)

SUBHANALLAH sungguh besar nikmat ALLAH yang diberikan kepada hambaNYA, yang Taat kepadaNYA.

Semoga kita termasuk penghuni-penghuni SyurgaNya. Aamiin..



N 91 :DUA PULUH LIMA AKHLAK BURUK

1. Suka berkata kasar.

2. Berwajah masam dan dahi yang berkerut.

3. Mudah marah tanpa sebab yang dibenarkan oleh agama.

4. Berlebih-lebihan dalam mencela dan memburuk-burukkan orang lain.

5. Sifat Angkuh.

6. Mengejek orang lain.

7. Memanggil dengan panggilan dan gelar yang buruk.

8. Menggosip dan membicarakan aib orang lain, lupa terhadap aibnya sendiri.

9. Suka mengadu domba (memfitnah).

10. Menyebarkan berita yang tidak diketahui kebenaran tanpa mengecek(menyiasat/memeriksa) terlebih dahulu, padahal dia mampu melakukan itu.

11. Suka menyelidiki aib orang dan mencari informasi yang tidak bermanfaat bagi dunia dan akhiratnya.

12. Suka bermuka dua di hadapan manusia.

13. Suka berprasangka buruk (Su'udzhan) tanpa alasan yang dibenarkan oleh agama.

14. Suka menyebarluaskan rahsia yang seharusnya dia jaga.

15. Tidak mahu menerima alasan orang lain yang berbuat salah kepadanya.

16. Saling menjauhi dan menjaga jarak dengan saudaranya tanpa sebab yang jelas.

17. Suka Hasad dan Dengki.

18. Melayani orang-orang bodoh lagi buruk.

19. Kurangnya rasa malu.

20. Kikir.

21. Suka menyebut-nyebut pemberian.

22 Melanggar janji.

23. Suka berdusta.

24. Terlalu bercanda berlebih-lebihan diluar batas agama.

25. Sombong kerana nasab yang tinggi.

Yaa ALLAH.
Jauhkan kami dari akhlak yang buruk, bimbinglah kami dan berilah kami petunjuk agar kami sentiasa istiqamah di jalan yang Engkau redai. Aamiin.


N 90 :BILA MENGELUH

Perkara yang ramai tidak perasan yang biasa kita lakukan ialah mengeluh. Mengeluh satu sifat negatif. Apabila kita mengeluh, kita secara tidak sedar telah mempesoalkan apa yang telah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berikan kepada kita. kerana perkara sebab terjadinya mengeluh itu adalah atas kehendak ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. 

(HR. Ad-Dailami)



N 89 : PERKARA YANG MENUMBUHKAN KEIMANAN

“Nyanyian dan permainan hiburan yang melalaikan menumbuhkan kemunafikan dalam hati, bagaikan air menumbuhkan rumput rampai. Demi yang jiwaku dalam genggamanNya, sesungguhnya al Quran dan zikir menumbuhkan keimanan dalam hati sebagaimana air menumbuhkan rumput rampai.” 
(HR. Ad-Dailami)


(Sanad dan riwayat hadis…)


N 88 : MENGKAJI AL QURAN


أَثِيروا الْقُرآنَ فَإِنَّهُ عِلْمُ الأَوَّلِينَ وَالأَخِرِينَ

Hendaklah kamu mengkaji al Quran, kerana sesungguhnya ia adalah ilmu generasi terdahulu dan ilmu generasi akan datang.


N 87 : KEISTIMEWAAN WANITA

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan empat syarat sahaja :

- Solat 5 waktu.
- Puasa di bulan Ramadan.
- Taat suaminya.
- Menjaga kehormatannya.


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah, tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah,
akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.