Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 16 Disember 2013

N 100 : CARA MENGUNDANG MALAIKAT KE RUMAH

Tak seorang muslimpun yang tidak menginginkan rumah mereka sentiasa dihadiri oleh para Malaikat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan dijauhkan dari syaitan.

Kerana kehadiran Malaikat di rumah mereka akan melahirkan aura ketenteraman dan kesejukan dan kedamaian rohani yang mengalir di rumah tersebut.

Kehadiran mereka akan membuat rumah kita laksana syurga.

Di antara para Malaikat itu ada yang sengaja keliling untuk menebarkan rahmat dan kedamaian di tengah manusia sebagaimana syaitan berkeliling untuk menebarkan kejahatan dan kesesatan di tengah mereka.

Lalu rumah apa sajakah yang akan di hadiri para Malaikat itu?

Di antaranya adalah :

1. Rumah yang dihuni oleh orang yang sentiasa diisi zikir kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA serta yang di dalamnya ada rukuk dan sujud (solat).

2. Rumah yang sentiasa bersih.

3. Rumah yang dihuni oleh orang yang jujur dan menepati janji.

4. Rumah yang dihuni oleh orang-orang yang sentiasa menyambung tali silaturahim.

5. Rumah yang dihuni oleh orang yang makanannya halal.

6. Rumah yang dihuni oleh orang yang sentiasa berbuat baik kepada kedua orang tuanya.

7. Rumah yang sentiasa ada tilawah (bacaan) al Quran.

8. Rumah yang dihuni oleh para penuntut ilmu.

9. Rumah yang penghuninya ada isteri solehah.

10. Rumah yang bersih dari barang-barang haram.

11. Rumah yang dihuni oleh orang yang rendah hati, sabar, tawakal, qana’ah (rendah hati), dermawan, pemaaf yang sentiasa bersih lahir batin dan para penghuninya makan tidak terlalu banyak.

Dengan membaca al Quran maka akan turun Malaikat Rahmat, akan datang kebaikan dan tumbuh ketenangan di dalam rumah kita.

Rumah yang tidak ada bacaan al Quran maka ketahuilah bahawa rumah itu sebenarnya laksana kuburan walaupun penghuninya masih bernyawa.

Mengenai penuntut ilmu yang dinaungi Sayap Malaikat,
NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda :

“Sesungguhnya Malaikat membentangkan sayapnya untuk para penuntut ilmu kerana suka dengan apa yang sedang dia tuntut.” 
(H.R. Tirmidzi)

Rumah-rumah yang akan dijauhi malaikat misalnya, rumah yang di dalamnya ada anjing, ada patung-patung dan gambar-gambar, dan ada bau busuk di rumah itu.

Islam adalah Agama yang cinta kebersihan sehingga mengingatkan bahayanya memiliki anjing, bahkan melarang memelihara anjing kecuali untuk kepentingan penjagaan keamanan atau pertanian.

Tidak sedikit nasihat Hadits yang menyatakan bahawa Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan pahala pemilik anjing akan susut atau berkurang.

NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda:

“Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan juga tidak memasuki rumah yang di dalamnya terdapat gambar (patung).” 
(H.R. Bukhari, Muslim,Ahmad. Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah)

SubhanALLAH.
Semoga kita boleh menjadikan rumah kita menjadi seperti di atas agar para Malaikat sentiasa hadir dalam rumah kita.


Barakallahu fikum ya akhi wa ukhti.



N 99 : SANKSI SIKSA PELAKU ZINA DAN ONANI

Waspadailah oleh kalian perbuatan zina, kerana dalam zina terdapat enam macam sanksi, tiga macam di antaranya terdapat di dunia dan tiga macam lainnya di akhirat kelak.

Adapun tiga macam sanksi siksa di dunia ialah :

(1) Perbuatan zina itu akan mengurangi rezeki serta menghilangkan keberkahan.

(2) Apabila ruhnya keluar saat ajal tiba maka ia terhalang dari rahmat ALLAH SWT

(3) Akan diperlihatkan ke api neraka dan malaikat galak dan bengis yang namanya Zabaniyah.

Adapun tiga macam sanksi siksa di akhirat ialah :

(1) ALLAH akan memandangnya dengan murka sehingga wajahnya menjadi hitam kelam.

(2) Hisab amalnya sangat berat dan dahsyat.

(3) Dia akan digusur memakai rantai menuju api neraka.
(Sabda Nabi SAW, Al-Hadits)

Sumber kitab : Tanqihul-Qaul Al-Imam Jalaludin Asysuyuti.

Di antara yang termasuk zina ialah, di samping zina kelamin, ialah zina dengan tangan sendiri atau onani, baik bagi lelaki ataupun perempuan, termasuk zina ialah memperlihatkan aurat di hadapan bukan mahram, sekalipun hanya berupa foto saja.

Seperti perempuan yang mengumbar aurat rambut atau aurat bahagian tubuh lainnya, apalagi mengumbar paha dan payudara dalam Album facebook.

Saudaraku..,
Mari kita benahi(berazam) diri kita untuk boleh berbuat lebih baik dan kendalikan nafsu yang buruk menjadi hal yang positif tetaplah merapat ke kawasan majlis ilmu agar langkah dalam hidup ini masih tetap terkawal dan terkendali, sehingga ketika ada kekhilafan masih boleh introfeksi yang pada akhirnya akan menemukan kesedaran untuk segera kembali bertaubat.

Semoga ALLAH mengampuni semua dosa dan kesalahan yang kita lakukan.
Aamiin


N 98 : TANDA-TANDA KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

1- Solat diringan-ringankan.

2- Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3- Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakkannya jahil mengenai agama serta memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4- Perkara benar disalahkan. Susah untuk membezakan antara perkara halal dengan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5- Berbohong sudah menjadi keperluan dalam hidup sebab dikatakan jika tidak berbohong susah untuk mendapat kesenangan.

6- Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7- Manusia yang hidup mengikut lunas agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa, tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8- Turun hujan di luar musim dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9- Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10- Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11- Anak-anak ingkar dan menderhaka kepada ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12- Kawan baik dilayan kasar, manakala musuh dilayan baik. Kawan disangka lawan dan musuh diaanggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13- Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan, meninggalkan solat, mendedahkan aurat dan berjudi.

14- Masjid dihiasi indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15- Ramai yang solat tetapi munafik dan berpura-pura. Ketika solat, berjanji akan mengikut suruhan ALLAH tetapi di luar solat melanggar perintahNYA.

16- Akan datang golongan manusia dari barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17- Al Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan isinya.

18- Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

19- Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama, tidak mahu membela dan menyebarkannya.


20- Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

N 97 : PESAN RASULULLAH UNTUK FATIMAH AZ-ZAHRA

Ada sepuluh wasiat Rasulullah kepada puterinya Fatimah Az-Zahra, wasiat ini merupakan mutiara termahal nilainya, khususnya bagi setiap isteri yang
mendambakan kesolehan. Wasiat tersebut adalah:

1. Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, kelak Allah akan tetapkan baginya kebaikan dari setiap biji gandum yang diadonnya, dan juga Allah akan melebur keburukan serta meningkatkan darjatnya.

2. Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah akan menjadikan antara neraka dan dirinya tujuh tabir pemisah.

3. Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan kemudian mencuci pakaiannya, maka Allah akan tetapkan  pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4. Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita yang membantu keperluan tetangga-tetangganya, maka Allah akan membantunya untuk dapat meminum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5. Wahai Fatimah! Yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andai kata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Wahai Fatimah! Di saat seorang wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah tetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan, serta melebur seribu keburukan. Ketika seorang wanita merasa sakit akan melahirkan, maka Allah tetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang Allah. Di saat seorang wanita melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika  dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Di saat seorang wanita meninggal kerana melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun, di dalam kubur akan mendapat taman yang indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Allah memberikan padanya pahala yang sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7. Wahai Fatimah! Disaat seorang isetri melayani suaminya selama sehari semalam, dengan rasa senang dan ikhlas, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allahpun akan memberikan kepadanya pahala seratus kali ibadah haji dan umrah.

8. Wahai Fatimah! Di saat seorang isteri tersenyum di hadapan suaminya, maka Allah akan memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Wahai Fatimah! Di saat seorang isteri membentangkan alas tidur untuk suaminya dengan rasa senang hati, maka para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. Wahai Fatimah! Di saat seorang wanita meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki janggutnya dan memotong kumisnya serta kuku-kukunya, maka Allah akan memberi minuman yang dikemas indah kepadanya, yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah pun akan mempermudah sakaratul maut baginya, serta menjadikan kuburnya bahagian dari taman syurga. Allah pun menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi shirathal mustaqim dengan selamat.

N 96 : HUKUM ONANI

Pandangan terkuat oleh pelbagai kumpulan ulama mendapati bahawa hukum Onani adalah satu perbuatan yang HARAM, walaupun ia bukan satu jenis dosa besar seperti zina, rasuah, riba, membunuh dan sebagainya.
Ia dianggap melepaskan nafsu bukan pada tempatnya, ia adalah ditegah oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA :-

"Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” 
(Surah 23  AL MUKMINUUN : 5-7)

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menyifatkan orang yang memuaskan nafsunya dengan cara selain dengan isteri atau suami yang sah sebagai :-

a) Malumin : Ertinya : "tercela"

b) Al-'adun : Ertinya : "orang-orang yang melampaui batas"

Imam Asy-Syafi`i mengharamkan onani dalam kitab Sunan Al-Baihaqi Al-Kubro jilid 7 halaman 199 dalam Bab Onani ketika menafsirkan ayat Al Quran surah Al-Mukminun di atas.
Begitu juga dalam kitab beliau sendiri Al-Umm juz 5 halaman 94 dalam bab Onani.
Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang bermaksud:

“Ada tujuh golongan manusia yang ALLAH tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan ALLAH berfirman kepada mereka: "Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya. Tujuh golongan tersebut ialah:

1. Orang yang melakukan homoseks.
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani).
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yang menggangu jirannya.”
(Riwayat al-Tabrani)


Hadith yang ini pula ialah hadith hasan dan al-Hakim menyatakan bahawa hadis ini adalah hadith yang sahih pada sanadnya.


N 95 : KEUTAMAAN "LAA ILLAAHA ILLALLAH”

Daripada Anas bin Malik Radiyallahu'Anhu, bahawasannya NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda :

"Di keluarkan dari neraka bagi mereka yang berkata :"Laa ilaha illallah dan di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari kebaikan dan dikeluarkan dari neraka bagi orang yang berkata laa ilaha illallah dan di dalam hatinya ada kebaikan seberat tepung dan dikeluarkan dari neraka bagi mereka orang yang di dalam hatinya ada kebaikan sebesar biji-bijian."
(HR.Bukhari No : 44 dan Muslim No : 193).

SubhanALLAH.. "
Semoga ALLAH bimbing kita ke jalan yang di redhaiNya, dan kita meninggal dalam dengan khusnul khotimah dan hingga akhir hayat lisan kita mudah mengucapkan laa illaaha illallah..

Aamiin Ya Robbal'alamin.



N 94 : TUJUH KALIMAT PENGHAPUS DOSA

1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap “Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap “Astaghfirullah” jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap “In Sya Allah” jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.

5. Mengucap “La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diinginkan.

6. Mengucap “Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun” jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap “Laa ilaa ha illa Allah Muhammadur Rasulullah” sepanjang siang dan malam, sehingga tak terpisah dari lidahnya...

Semoga kita semua boleh mengamalkannya..
Aamiin