Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 23 Disember 2013

O 4 : DOSA DERHAKA KEPADA IBUBAPA

Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud :

“Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat kecuali DERHAKA kepada IBU atau BAPA, maka sesungguhnya Allah akan SEGERAKAN pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) SEBELUM dia meninggal dunia.”
(HR Hakim)





Ahad, 22 Disember 2013

O 3 : ENAM JENIS MATA YANG DIBENCI ALLAH SWT

1. Mata yang suka melihat hal-hal yang diharamkan.

2. Mata yang sentiasa suka melihat kesalahan orang lain.

3. Mata yang tidak pandai mengambil pelajaran atas apa yang dilihatnya.

4. Mata yang dimiliki oleh golongan yang suka hasad (dengki) kepada orang lain.

5. Mata yang selalu mencari-cari kesempatan untuk melihat hal-hal yang tidak baik.

6. Mata yang membesarkan (menyombongkan) dirinya dari kekuasaan Allah Subhanahu Wa Taala.

Ya Allah, Sekiranya kami termasuk dari yang demikian, maka ampunilah dosa-dosa kami. Rahmatilah kami dengan kasih sayangMu ya Rabb. Dan Jauhkanlah kami dari golongan orang yang demikian.. Aamiin...





O 2 : BUATLAH SEBELUM TIBA....

Tutuplah auratmu..
Sebelum auratmu ditutup dengan kain kafan..
Bersihkanlah dirimu..

Sebelum kamu dimandikan..
Merintihlah pada yang hak..

Sebelum orang lain merintih keranamu..
Tunduk dan sujudlah kamu..

Sebelum kamu menjadi jasad yang kaku..
Cukuplah ALLAH sebagai peneman..

Rasulullah sebagai ikutan..
Al Quran sebagai panduan..
Dan mati sebagai peringatan..



O 1 : EMPAT SEBAB KENAPA ANDA PERLU ELAK MINUMAN GAS

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa minuman bergas banyak membawa keburukan terhadap kesihatan manusia.

(1) Minuman bergas mengandungi asid fosforik yang mengurangkan penghasilan kalsium dan magnesium. Kekurangan dua nutrien penting ini akan menyebabkan sistem imunisasi tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik.

(2) Minuman bergas juga mengandungi kandungan gula yang amat tinggi dan juga bahan radikal bebas yang akan meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan kerosakan tisu kulit.

(3) Botol plastik mengandungi bahan kimia yang dipanggil bisphenol A (BPA). Bahan kimia ini amat mudah diresapi oleh minuman bergas yang akan menyebabkan proses tumbesaran terbantut.

(4) Minuman bergas juga mengandungi sejenis asid yang mampu menghakis usus perut seseorang peminumnya untuk jangka masa panjang..




N 150 : STATUS ALKOHOL DALAM MAKANAN, MINUMAN, PEWANGI DAN UBAT-UBATAN

Keputusan:
Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambil kira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

1-Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

2-Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

3-Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.

4-Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

5-Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

6-Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

7-Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Keputusan Muzakarah Kebangsaan lain berkaitan:

Alkohol Menurut Pandangan Islam Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan.


N 149 : AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI IBLIS

Rasulullah: "Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"
Iblis: "Aku merasa panas sejuk dan gementar."
Rasulullah : "Kenapa?"
Iblis: "Sebab, setiap seorang hamba bersujud satu kali kepada Allah, Allah mengangkatnya satu darjat."
Rasulullah: "Jika seorang umatku berpuasa?"
Iblis: "Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka."
Rasulullah: "Jika ia berhaji?"
Iblis: "Aku seperti orang gila."
Rasulullah: "Jika ia membaca al Quran?"
Iblis: "Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."
Rasulullah: "Jika ia bersedekah?"
Iblis: "Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."
Rasulullah: "Mengapa boleh begitu?"
Iblis: "Sebab, dalam sedekah ada empat keuntungan baginya. Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala musibah akan terhalau dari dirinya."
Raulullah : "Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"
Iblis: "Suara kuda perang di jalan Allah."
Rasulullah: "Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"
Iblis: "Taubat orang yang bertaubat."
Rasulullah: "Apa yang dapat membakar hatimu?"
Iblis: "Istighfar di waktu siang dan malam."
Rasulullah: "Apa yang dapat mencoreng wajahmu ?"
Iblis: "Sedekah yang diam-diam."
Rasulullah: "Apa yang dapat menusuk matamu?"
Iblis: "Solat Fajar."
Rasulullah: "Apa yang dapat memukul kepalamu?"
Iblis: "Solat berjemaah."
Rasulullah: "Apa yang paling mengganggumu?"
Iblis: "Majlis para Ulama."
Rasulullah: "Bagaimana cara makanmu ?"
Iblis: "Dengan tangan kiri dan jariku."
Rasulullah: "Di mana kau menaungi anak-anakmu di musim panas?"
Iblis: "Di bawah kuku manusia."
Lalu Rasulullah bertanya: "Siapa temanmu wahai Iblis?"
Iblis menjawab: "Pemakan riba."
Rasulullah: "Siapa sahabatmu?"
Iblis: "Pezina."
Rasulullah: "Siapa teman tidurmu?"
Iblis: "Pemabuk."
Rasulullah: "Siapa tamumu?"
Iblis: "Pencuri."
Rasulullah: "Siapa utusanmu?"
Iblis: "Tukang sihir."
Rasulullah: "Apa yang membuatmu gembira?"
Iblis: "Bersumpah dengan cerai."
Rasulullah: "Siapa kekasihmu?"
Iblis: "Orang yang meninggalkan solat Jumaat."
Rasulullah: "Siapa yang paling membahagiakanmu?"
Iblis: "Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."
Diriwayatkan dari Ma'adz bin Jabal ra bahawa Ibnu Abbas ra Dikutip dari Syajaratul Kaun, doktrin tentang peribadi manusia pilihan, Muhammad SAW, yang ditulis oleh Asy -Syaikh Al-Akbar Muhyidin Ibnu Arabi Abdullah Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Ali Al- Hatimi At - Tha'i Al - Andalusia ),

Wallahu a'lam.


N 148 : DALAM TUJUH HARI YANG TELAH LALU DAN MUNGKIN AKAN TERULANG

Hari ke-1, tahajudku tertinggal dan aku begitu sibuk akan duniaku hingga zuhurku, kuselesaikan saat ashar mulai memanggil dan petangnya kulewati saja masjid yang mengumandangkan azan Maghrib dengan niat kulakukan bersama isyak itupun terlaksana setelah acara tv selesai.

Hari ke-2, tahajudku tertinggal lagi dan hal yang sama aku lakukan sebagaimana hari pertama.

Hari ke-3, aku lalai lagi akan tahujudku, temanku memberi hadiah novel best seller yang lebih dari 200 halaman, dalam waktu tidak 1 hari aku telah selesai membacanya tapi enggan sekali aku membaca al Quran walau cuma 1 juzz al Quran yang 114 surah, hanya 1,2 surah yang kuhafal itupun dengan tersekat-sekat, tapi ketika temanku bertanya tentang novel tadi betapa mudah dan lancarnya aku menceritakan.

Hari ke-4, kembali aku lalai lagi akan tahajudku, petangnya aku datang ke selatan Jakarta dengan niat mengaji tapi kubiarkan ustazku yang sedang mengajarkan kebaikan kubiarkan ustazku yang sedang mengajarkan lebih luas tentang agamaku, aku lebih suka mencari bahan perbualan dengan teman yang ada di samping kiri & kananku, padahal bada maghrib tadi betapa sulitnya aku merangkai kata-kata untuk kupanjatkan saat berdoa.

Hari ke-5, kembali aku lupa akan tahajudku, kupilih shaf paling belakang dan aku mengeluh saat imam solat jumaat kelamaan bacaannya, padahal betapa dekat jaraknya aku dengan televisi dan betapa nikmat, serunya saat perpanjangan waktu sepak bola favoritku tadi malam.

Hari ke-6, aku semakin lupa akan tahajudku, kuhabiskan waktu di mall & bioskop bersama teman-temanku demi memuaskan nafsu mata & perutku sampai puluhan ribu tak terasa keluar, aku lupa waktu di perempatan lampu merah tadi, saat wanita tua mengetuk kaca keretaku, hanya wang dua puluh sen kuberikan itupun tanpa menoleh.

Hari ke-7, bukan hanya tahajudku tapi subuhkupun tertinggal, aku bermalas-malasan di tempat tidurku menghabiskan waktu, selang beberapa saat di hari ke-7 itu juga, aku tersentak kaget mendengar kabar temanku kini telah terbungkus kain kafan, padahal baru tadi malam aku bersamanya & ¾ malam tadi dia dengan misscallnya mengingatkan aku tentang tahajud, kematian, kenapa aku baru gemetar mendengarnya?

Padahal dari dulu sayap-sayapnya selalu mengelilingiku dan dia boleh hinggap bilapun dia mahu.

¼ abad lebih aku lalai dari hari ke hari, bulan dan tahun yang wajib jarang aku lakukan apalagi yang sunnah, kurang mensyukuri walaupun Engkau tak pernah meminta, berkata kuno akan nasihat kedua orang tuaku.

Padahal keringat & air matanya telah terlanjur menitis demi aku.

Ya ALLAH, andai ini merupakan satu titik hidayah.

Walaupun imanku belum seujung kuku hitam, aku hanya ingin detik ini hingga nafasku yang saat nanti tersisa tahajud dan solatku meninggalkan bekas saat aku melipat sajadahku.

Subhanallah.