Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 3 April 2014

P 93 : JANGAN HILANGKAN SEDEKAH

Firman Allaw swt yang bermaksud :

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana ingin dilihat manusia."

(Surah 2  Al Baqarah : ayat 264)




P 92 : KATA IMAM GHAZALI

Apa yg paling ringan : Solat.
Apa yg paling berat : Amanah.
Apa yg paling tajam : Lidah.
Apa yg paling dekat dengan kita : Mati.
 





P 91 : RIAK DALAM AMALAN

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah syirik kecil. Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak."




Rabu, 2 April 2014

P 90 : KITA SEBENARNYA...

- Lebih gembira menyambut 1 Januari dari 1 Muharam
- Lebih membesarkan Sabtu, Ahad dari  Hari Jumaat
- Lebih kusyuk dengar lagu dari Azan
- Lebih suka lepak, tidur, tengok tv dari solat
- Lebih tahu tentang artis-artis pujaan dari nama nabi Allah
- Lebih suka sebut Hello dari Assalamualaikum
- Lebih suka menyanyi dari berwirid dan bertahmid
- Lebih suka memuji manusia dari Pencipta kita sendiri
- Lebih suka membaca majalah hiburan dari buku agama
- Lebih suka ke konsert, karaoke dari ceramah agama
- Lebih suka memaki, mengumpat dari memuji
- Lebih cintakan dunia dari akhirat

Tetapi bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab KITA SEBENARNYA...lebih suka menuju ke Syurga dari Neraka.

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah S.W.T?




P 89 : USTAZ AZHAR IDRUS KATA PASAL FACEBOOK

FACEBOOK boleh jadi, tempat menambah DOSA free bila :

1. simpan gambar seksi, tidak menutup aurat..
2. tempat mengumpat, mencaci, mengata, perli memperli, fitnah..
3. post status tentang aib orang lain, berunsur lucah, fakta yang menipu orang..
4. wall - to - wall tentang keburukan orang lain..
5. mencarut dalam post atau komen..
6. sibuk berFB hingga melalaikan SOLAT
kerana ia adalah amal yang akan menemankan kita di kubur sana. Walaupun hanya sekadar tulisan, ia sama seperti percakapan kita kepada seseorang.

TETAPI


FACEBOOK boleh jadi , tempat menambah PAHALA bila :
1. Bercerita Tentang Ilmu Agama..
2. Saling Berkongsi Ilmu Pengetahuan Yang Baik..
3. Saling Bertukar Pendapat Tentang Perkara Kebaikan..
4. Saling Nasihat Menasihati Ke Arah Kebaikan..
5. Share Post Orang Lain Yang Memberi Manfaat Kepada Kebaikan..
6. Menyiarkan Gambar-Gambar Atau Video Yang Memberi Manfaat Kepada Masyarakat FB..





P 88 : MUTIARA KATA DARIPADA UST ZAHAZAN

Mendalam maksudnya.

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dengan baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dengan teruk, jangan sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jika anda mendapat sebutir berlian, jangan lupa emas tersebut kerana untuk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah-masalah anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tidak menyelesaikan masalah-masalah anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lebih teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan orang lain, Allah swt mendengar kepada anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bahawa seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang.




P 87 : HUKUM MENGUCAPKAN MERRY CHRISTMAS KEPADA ORANG BUKAN ISLAM

Bila tiba musim perayaan Hari Krismas khususnya mesti banyak ucapan selamat Hari Krismas, Selamat Hari Natal atau Merry Christmas diucapkan oleh penganut agama Kristian sesama mereka, tapi bagaimana pula dengan orang Islam sendiri yang mengucapkan Merry Christmas kepada orang Kristian? Apakah hukum mengucapkan Merry Christmas kepada orang orang bukan Islam? Berikut dikongsikan soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus berkaitan isu ini..

Hukum Mengucapkan Merry Christmas Kepada Orang Bukan Islam (Penganut Kristian)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.