Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 4 April 2014

P 100 : WASPADA DENGAN MUSLIHAT YAHUDI

PERSELISIHAN antara kaum Yahudi dengan umat Islam bukan perkara yang baharu. Allah SWT telah menegaskan di dalam al Quran bahawa kaum Yahudi itu sama sekali tidak akan senang dengan umat Islam sehingga mereka berjaya mempengaruhi umat Islam supaya mengikut jejak langkah mereka.
Allah swt  berfirman yang bermaksud:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.”
(al-Baqarah: 120)

Menurut riwayat al-Tha’labi dari Ibn Abbas, sebab penurunan ayat ini adalah kaum Yahudi dan Nasrani sangat mengharap agar Nabi Muhammad SAW bersolat menghadap ke kiblat penyembahan mereka.
Namun Allah telah memalingkan kiblat baru bagi umat Islam menghadap ke Kaabah di Mekah. Justeru, kaum Yahudi dan Nasrani berkomplot dan berusaha untuk mempengaruhi Nabi supaya menyetujui arah kiblat yang sesuai dengan agama mereka.
Lalu ayat ini diturunkan oleh Allah bagi memberi penegasan bahawa kaum Yahudi dan Nasrani sama sekali tidak akan bersetuju dengan Nabi walaupun permintaan mereka ditunaikan.
Kalimah Lan Tardho dalam ayat tersebut yang bermaksud “tidak akan meredhai selama-lamanya” harus menjadi ingatan kepada umat Islam seluruh dunia agar berhati-hati dan berwaspada dengan mainan kotor dan taktik jijik yang sering digunakan oleh kaum Yahudi khususnya dalam misi mereka untuk menghancurkan umat Islam.
Amaran juga diberikan oleh Allah agar umat Islam jangan sesekali taat kepada golongan ini. Sebabnya, mereka sentiasa cuba memesongkan umat Islam dari landasan yang benar.
Selain itu, ahli agama di kalangan mereka juga selalu menyembunyikan kebenaran seperti yang disebut dalam al Quran (rujuk ayat 146 surah al-Baqarah).

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri[97]. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.”
[97]. Mengenal Muhammad s.a.w. iaitu mengenal sifat-sifatnya sebagai yang tersebut dalam Taurat dan Injil.

Sejarah juga membuktikan kaum inilah yang menyihir Nabi. dilakukan oleh seorang Yahudi yang bernama Lubayd bin al-A’som daripada Bani Zuraiq.
Begitu juga seorang wanita Yahudi pernah menghidangkan daging kambing beracun dengan tujuan jahat untuk membunuh baginda.
Justeru, sejarah membuktikan bahawa membinasakan dan membunuh manusia bukan perkara yang asing bagi kaum Yahudi sehinggakan Nabi pun sanggup dibunuh oleh mereka, apatah lagi umat Islam yang lain.
Maka, Allah melaknat kaum ini disebabkan sifat-sifat mereka yang jahat dan terkutuk ini, sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.”
(al-Maidah: 78).

Walaupun menjadi kaum yang dilaknat dan terkutuk, mereka masih meneruskan sifat-sifat buruk yang sebati dalam diri mereka. Umat Islam pasti tidak dapat melupakan kezaliman Yahudi ke atas umat Islam dan telah terpahat sebagai satu malapetaka besar kepada dunia dan juga keamanan sejagat iaitu peristiwa Nakhbah Palestin pada 15 Mei 1948.
Tarikh yang malang ini memulakan detik yang paling mendukacitakan umat dunia yang cintakan keamanan kerana pada tanggal ini negara haram Israel ditubuhkan. Bermodalkan penipuan, rampasan, penindasan dan pembunuhan, negara haram Israel berjaya ditubuhkan sekaligus menafikan hak wilayah berdaulat Palestin.
Penubuhan negara haram Israel yang direstui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), British dan konco-konconya ini akhirnya menjadi permulaan kepada penderitaan rakyat Palestin. Rakyat Palestin dihalau keluar dari tanah air tempat tumpah tumpah darah mereka.
Kampung halaman, ladang-ladang pertanian serta ternakan rakyat Palestin semuanya dimusnahkan. Bumi Palestin serta merta menjadi medan penghapusan etnik terbesar dan dilakukan di depan masyarakat antarabangsa tanpa berselindung lagi.
Rejim zionis tanpa segan silu mencabuli wilayah Palestin, merampas tanah dan juga hasil bumi, menghalau serta membunuh warga Palestin. Air mata ibu-ibu Palestin mencurah-curah mengalir, anak-anak teresak-esak dengan tangisan, anak muda mula bangkit mengorak perjuangan membebaskan Palestin.
Dianggarkan lebih 750,000 rakyat Palestin diusir dari kampung halaman dan dipaksa pindah ke Gaza dan Tebing Barat. Mereka dilonggok di suatu tempat dan disekat dalam semua keadaan.
Khemah-khemah pelarian dibina sebagai penempatan sementara manakala bekalan makanan, ubat-ubatan, bekalan elektrik dan air semuanya dicatu.
Tidak dapat terbayang di akal fikiran manusia yang waras bagaimana penjajahan terbuka, bersistematik dan zalim ini dapat berjalan dengan lancar walaupun PBB masih lagi berkuasa.
Hak dan kedaulatan rakyat Palestin dicabuli mereka di depan mata dunia. Tiada langsung pembelaan dari negara-negara yang melaung-laungkan kebebasan hak asasi manusia dan keamanan dunia.
Negara-negara Arab yang bersempadan dengan Palestin juga tidak berupaya untuk bersuara dan berusaha.
Peristiwa Sabra dan Shatila, pengusiran dan penghapusan etnik secara sistematik, perluasan wilayah penjajahan secara berperingkat dan pembinaan penempatan haram Yahudi merupakan antara siri-siri pencabulan hak asasi manusia yang masih berlangsung sehingga sekarang.
Pelan demi pelan diatur, perjanjian demi perjanjian dimeterai namun penyelesaiannya masih belum berhasil. Sebabnya, Israel sewenang-wenangnya mencabuli setiap ketetapan yang dicapai dan mendabik angkuh dengan bantuan sekutu rapatnya Amerika.
Pencerobohan dan penindasan Israel terhadap umat Palestin pada tahun 1948 merupakan titik tolak kepada keganasan global yang berlaku dewasa ini.
Keganasan yang diasaskan oleh rejim zionis ini berterusan sehingga kini dan memangkin kepada kezaliman, penindasan dan pembunuhan yang ‘dihalalkan’ oleh PBB.
Akhirnya, respons agresif yang terhasil daripada ketidakadilan ini menjadikan dunia ini seolah-olah tidak lagi selamat untuk didiami.
Kezaliman ke atas umat Palestin ini patut menginsafkan kita tentang nilai sebenar erti kemerdekaan. Nilai dan kedaulatan sesebuah negara dapat dirampas dengan mudah sekiranya kita tidak bersedia dan berupaya mempertahankannya.
Pergolakan dalaman, pengkhianatan, pecah amanah, korupsi, penyelewengan dan sebagainya mampu membuahkan bibit-bibit perpecahan, sekaligus membuka ruang campur tangan kuasa asing.
Sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana, tidak mustahil ‘Nakhbah’ Malaysia pula akan menimpa negara kita yang tercinta ini.

Pengajaran daripada Nakhbah Palestin ini harus dihayati dan dicermati oleh setiap rakyat Malaysia. Ia merupakan pengajaran yang sangat penting bagi kita dalam mempertahankan tanah air daripada campur tangan kuasa asing.



P 99 : KISAH REMAJA PENCINTA AL AQSA

Saya merasa amat bersyukur kerana berpeluang untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan perkongsian bersama Sheikh Raed Solah, tokoh pejuang pembebasan al Quds. Pertemuan ini terus menyuntik semangat untuk berjuang melalui perkongsian pengalaman seorang tokoh yang telah mewakafkan dirinya untuk kemuliaan Masjid al Aqsa dan Baitul Maqdis.
Sheikh Raed Solah telah menceritakan kisah seorang remaja yang tingga berdekatan Masjid al Aqsa yang begitu mencintai syahid. Remaja ini sangat mempunyai hubungan yang intim dengan Masjid al Aqsa dan sanggup berbuat apa sahaja untuknya.
Suatu hari beliau telah mendengar berita bahawa para pelampau Yahudi akan masuk ke Masjid al Aqsa dan akan membuat kekacauan yang bakal menodai kesucian kiblat pertama umat Islam ini pada keesokan harinya.
Remaja ini telah bersolat dan bermunajat bersungguh-sungguh kepada Allah swt pada sebelah malam supaya dia dipilih di kalangan mereka yang syahid demi memelihara kesucian masjid ini. Dia bukan sahaja tidur dengan lena pada malam tersebut, bahkan telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw dan baginda telah memberi pesan beserta berita baik kepadanya.
Keesokan paginya, remaja ini memberitahu ibunya bahawa beliau telah bertemu dengan Rasulullah saw, yang telah menjanjikan berita baik kepadanya. Ibunya bertanya kepada beliau tentang berita baik yang dikhabarkan oleh Baginda. Remaja itu menjawab bahawa dia telah berjanji dengan Rasulullah saw untuk tidak menceritakan janji tersebut kepada sesiapa.
Remaja ini memohon maaf daripada ibunya sebelum dia berjalan kaki ke Masjid al Aqsa. Sebaik sahaja tiba di Masjid al Aqsa, dia mendapati pelampau zionis sedang mencemari kemuliaan masjid ini dengan pelbagai perbuatan keji dan upacara yang melampau. Berlaku pertembungan di antara pelampau Yahudi dengan remaja ini yang menyertai beberapa pemuda yang lain. Ditakdirkan Allah remaja ini terkorban syahid di dalam Masjid al Aqsa yang merupakan antara 3 masjid yang paling mulia di sisi Allah swt.
Jenazah remaja ini diusung sebagai jenazah seorang pejuang. Apabila jenazah ini sampai ke rumahnya, barulah ibunya mengetahui apakah berita baik yang dijanjikan oleh Rasulullah swt kepada anak remajanya yang sangat intim dengan masjid al Aqsa dan sangat mencintai syahid…..
Subhanallah…., inilah seorang daripada ribuan generasi remaja yang berjiwa besar di Palestin yang begitu mencintai perjuangan pembebasan al Quds sehingga bersedia untuk mewakafkan dirinya demi perjuangan yang mulia ini.
Tanpa malu, butiran air mata hangat mengalir deras membasahi pipiku kerana mengenangkan diri betapa jauhnya aku jika dibandingkan dengan remaja al Quds ini.
Jzk Sheikh al Aqsa,… kehadiranmu telah menyuntik semangat kami agar terus bekerja tanpa banyak menoleh ke belakang lagi.
Perkongsian dari Sheikh Raed Solah
Putrajaya – 8hb Sept 2012
By: Dr Zainur Rashid Zainuddin


P 98 : KEHANCURAN ISRAEL PERTANDA KIAMAT

Adakah Israel berhenti menyeksa saudara kita di sana? Berapa ramai lagi nyawa mangsa akan yang melayang dan cerdera akibat serangan peluru berpandu yahudi laknatullah?
Allah Taala berfirman yang bermaksud: 

“Dan telah Kami tetapkan bagi Israel dalam al Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.”  
(Surah Al-Isra: 4)

Ayat di atas cukup jelas bagi kita kekejaman zionis yahudi laknatullah terhadap rakyat Palestin adalah bukti nyata dari ayat di atas, kekejaman dan sikap angkuh yang dimiliki Israel sudah Allah gambarkan dalam firman tersebut.
Yahudi zionis laknatullah…pekat hitam dan gelap, itulah gambaran dari negera haram zionis yang tidak mempunyai hati perut, tidak mempunyai hati nurani dan pengecut. Bangsa yang hanya diliputi kebencian, ketamakan dan kekufuran. Bangsa yang hanya boleh mencintai bangsanya sendiri, bangsa yang ego yang sudah tertutup oleh kain kafan duniawi, bangsa yang sudah mati rasa dari rasa menghargai dan mencintai sebuah nyawa. Kebencian mereka kepada rakyat Gaza Palestin telah membuka kunci pintu neraka yang seluas-luasnya, keangkuhan dan kemajuan yang dinikmati sekarang ini adalah racun dan virus yang merebak dalam setiap urat ditubuh mereka. Melenakan mereka akan kenikmatan duniawi yang tidak hakiki.

Al Quran menceritakan kehancuran Yahudi, seperti firmanNya yang bermaksud:

“Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan Israel) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang Islam di bawah pimpinan Imam Mahadi) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam Masjid (Al-Aqsa), sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama, dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa yang mereka kuasai.”
(Surah Al-Isra ‘: 7)

Tidak ada kekuatan di dunia ini yang mampu menghentikan kebiadaban yahudi zionis. Pengepungan dan pemenjaraan besar-besaran oleh penjajah yahudi zionis dengan pembangunan tembok pemisah bermula 16 Jun 2002 di Tebing Barat dengan alasan keselamatan. Panjang tembok tersebut mencapai 721 km sepanjang Tebing Barat dengan ketinggian mencapai 8 meter sehingga mengasingkan tanah pertanian milik penduduk Palestin yang ditanam pelbagai buah seperti anggur dan zaitun. Hal ini menyebabkan ekonomi Palestin runtuh. Pengepungan ini sudah jelaskan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Hampir tiba masanya tidak dibenarkan masuk (sekatan) kepada penduduk Iraq meski hanya satu qafiz makanan dan satu dirham,” Kami bertanya dari mana larangan itu?
Rasulullah menjawab: “Dari orang-orang asing yang melarangnya.” Kemudian berkata lagi: “Hampir tiba masanya tidak dibenarkan masuk (sekatan) kepada penduduk Syam (Palestin) walaupun hanya satu dinar dan satu mud makanan.” Kami bertanya: “Dari mana larangan itu? Beliau menjawab: Dari orang-orang Rom.” 
(HR. Muslim)

Siapa kekuatan yang mampu menghancurkan yahudi laknatullah? Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:

“Akan muncul dari Khurasan (Afghanistan) bendera-bendera hitam, maka tidak ada seorangpun yang mampu mencegahnya, sehingga bendera-bendera itu dipasang di Eliya (al-Quds).”
 (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Nu’aim bin Hammad)

Semoga Allah selalu melindungi saudara-saudara kita di Gaza-Palestin, yakinlah Allah memberikan setiap ujian dengan hikmah yang besar.
Kehancuran Israel bererti kiamat telah dekat sehingga ramai orang mempertahankan kewujudan Negara haram yahudi tersebut, namun janji Allah dan RasulNya pasti akan terlaksana:

“Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin memerangi bangsa Yahudi, sehingga orang Yahudi berlindung di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon tadi akan bercakap; Wahai orang Islam, hai hamba Allah! di belakangku ada orang-orang Yahudi, ke marilah, bunuhlah dia, kecuali pohon Ghorqod, sebab ia itu sungguh pohonnya Yahudi.” 
(HR. Ahmad)
Diterjemah dari sumber republika.co.id





P 97 : TANDA-TANDA KIAMAT KECIL TELAH LENGKAP SEMPURNA

Harus diingat, kita sudahpun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajal dan Yakjuj & Makjuj. Dajal telahpun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu di luar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Makjuj telahpun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Di saat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis

Daripada Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Saya menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”
(Sahih Bukhari)

2) Zina bermaharajalela

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
(Sahih Muslim)

3) Bermaharajalela alat muzik

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita.”
(Ibnu Majah)

4) Menghias masjid & membanggakannya

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid.”
(Riwayat –Nasai)

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dengan tetangga.”
(Riwayat Ahmad dan Hakim)

6) Ramai orang soleh meninggal dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.”
( Riwayat Ahmad )

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia.”
(Riwayat Thabrani)

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
(Riwayat Ahmad)

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah lah.a.

“Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

10) Bulan sabit kelihatan besar

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
( Riwayat Thabrani)

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu.”
(Sahih Muslim)

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar

“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.”
(Riwayat Ahmad)

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”
(Sahih Muslim)

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.”
( Sahih Abu Daud & Nasai )

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).”
(Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.)

Kini, Kita hanya menunggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat.” Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya.” Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Yakjuj dan Makjuj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka.”
(H.R Muslimi)

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda kiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda kiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari kiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
1.    Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2.    Dajal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3.    Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4.    Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5.    Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajal.
6.    Keluarnya bangsa Yakjuj dan Makjuj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zulkarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7.    Gempa bumi di Timur.
8.    Gempa bumi di Barat.
9.    Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku di permukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah beliau turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda kiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa kiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
Sumber: Islamic Eschatology




Khamis, 3 April 2014

P 96 : TANDA AKHIR ZAMAN

Sabda Nabi saw yang bermaksud :

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita."
(Riwayat Ibnu Majah)




P 95 : AL-WAHN

Rasulullah SAW bersabda, :

"Jauhilah sifat Al-Wahn."
maka salah seorang sahabat nabi bertanya,:
"Apakah Al-Wahn itu Wahai Rasulullah?"

Rasulullah Saw menjawab, :
"Al-Wahn iaitu Cinta kepada Dunia dan Takut akan mati. "

( HR.Abu Daud )




P 94 : BILA KITA TAK ADA.......

Tak ada KERETA?
Bersyukurlah masih ada MOTOR
Tak ada MOTOR?
Bersyukurlah masih ada BASIKAL
Tak ada BASIKAL?
Bersyukurlah masih ada KAKI
Tak ada KAKI?
bersyukurlah kerana masih dipinjamkan NYAWA.


Ramai penghuni kubur yang ingin bangkit kembali semata-mata ingin memperbaiki amal......