Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 13 Disember 2019

T 184 : BENARKAH PENYEBARAN ISLAM DILAKUKAN DENGAN PEDANG (PERANG)?

Salah satu hal yang dikaitkan terhadap Islam adalah adanya bentuk-bentuk peperangan di dalam al Quran dan peperangan yang telah dilakukan oleh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, yang mana hal itu telah meletakkan dasar kuat bahawa prinsip dasar dakwah Islam adalah dengan cara kekerasan, benarkah demikian?

Analisis secara objektif tentang doktrin hukum Islam menunjukkan bukti bahawa kekuatan tak pernah merupakan unsur pertama dari ekspansi Islam. Prasangka tersebut yang mengatakan bahawa tersiarnya Islam dengan cepat itu disebabkan oleh kekuatan pedang harus ditolak atau sedikitnya kekuatan pedang harus diperkecil sehingga menjadi faktor nombor dua yang memudahkan dan memungkinkan berhasilnya faktor-faktor lain yang bersifat spiritual. Kerana tanpa faktor spiritual kekuatan brutal dari perang suci akan tak ada gunanya. Satu-satunya fakta bahawa Bangsa Arab yang dikalahkan oleh kaum muslimin Arab kemudian mereka berhasil menggulingkan dominasi tersebut, tetapi tetap memeluk agama Islam, merupakan suatu fakta yang nyata.   Dan justeru melalui hal yang spiritual itulah Islam telah tertanam dalam hati orang-orang Arab pada waktu itu.

Dalam dakwah Islam pedang tidak berperanan apa-apa, justeru peperangan defensif umat Islam tersebut sebenarnya merupakan penghalangan bagi lajunya penyiaran agama Islam dengan cepat. Mengapa, kerana:

·       Pertempuran-pertempuran itu telah dijadikan sarana untuk menyemaikan sentimen kebencian terhadap Islam. Api telah menyalakan api yang lebih besar lagi.
·       Keturunan dari para korban perang boleh bersumpah untuk membalas dendam, dan seluruh keluarga atau suku menganggap umat Islam bertanggungjawab terhadap terbunuhnya mereka itu. Dengan demikian agama yang teraniaya ini menjadi sasaran kebencian mereka yang tak beralasan itu.
·       Dalam keadaan dan situasi yang tidak bersahabat itu menjadi mustahil untuk menyiarkan seruan Islam kepada sebahagian besar orang Arab dan sulit pulalah menghilangkan kesalahfahaman dari hati mereka. Sebagai akibatnya dengan sendirinya pertablighan itu terbatas kepada lingkungan yang amat sempit.
·       Dari antara orang-orang yang kepada mereka amanat sempat sampai dan mereka telah mengakui pula kebenarannya pun ada sebahagian yang terdiri dari orang-orang lemah dan tidak berani menyatakan kebenaran, kerana takut akan lingkungan yang tidak bersahabat itu, maka peperangan itu telah menimbulkan rasa ketakutan dahsyat dalam hati mereka.
·       Waktu yang dipakai umat Islam dalam rangka mengambil langkah bela diri memberi kesempatan sedikit sekali untuk menyibukkan diri dalam kegiatan-kegiatan tabligh (dakwah).

Dan memang faktanya ternyata Islam berkembang pesat adalah setelah masa-masa damai. Kita boleh melihat jumlah orang-orang yang memeluk agama Islam dalam masa yang penuh dengan cubaan-cubaaan selama 19 tahun mulai dari penerimaan wahyu pertama RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sampai dengan peristiwa Perdamaian Hudaibiyah adalah tak bererti sedikitpun jika dibandingkan dengan masa dua tahun masa damai sesudah Hudaibiah. Perkiraan paling banyak jumlah kaum lelaki yang ikut serta dalam perang sebelum Hudaibiah itu kurang lebih tiga ribu orang. Inilah jumlah yang paling banyak menurut perkiraan selonggar-longgarnya tentera yang ikut pada perang Ahzab. Dibandingkan dengan itu jumlah tentera Islam pada peristiwa penaklukan Mekah meliputi 10,000 orang Islam. Tambahan tujuh ribu tentera itu sedikit sekali yang masuk di antara masa Ahzab dan Hudaibiah dan dengan pasti jumlah yang sangat besar itu memeluk Islam dalam masa damai dua tahun sesudah peristiwa Hudaibiah. 

Jadi dari sini kita boleh lihat bahawa perkembangan Islam bukan dengan jalan pedang melainkan orang-orang-orang kafir Mekah memeluk Islam pada masa-masa damai. Orang-orang Mekah tidak akan mahu masuk Islam jika kita melihat alasan-alasan objektif di atas, kerana kalaupun Islam menang belum tentu peperangan itu memenangkan hati juga. Sebaliknya dakwah Islam berkembang dengan cara menaklukkan hati yang dilakukan dengan dakwah penuh hikmah dan kedamaian melalui contoh-contoh nyata yang diperlihatkan oleh umat Islam pada waktu itu.

Posted By Jusman At 3:13 Pm
Labels: Artikel Islam, Islam Damai

T 183 : PERBEZAAN ISLAM DENGAN AGAMA LAIN


Perbezaan Agama Islam dengan agama lain sangat luas cakupannya. Berikut adalah beberapa ciri perbezaan antara Agama Islam dengan agama lain:

1. Islam mempercayai Tuhan sebagai Maha Pencipta alam semesta ini dan menampilkan keesaanNya dengan kata-kata yang amat bersahaja, komprehensif dan menarik. Minat seorang pedusunan ataupun seorang terpelajar. Islam menyebut Tuhan sebagai Wujud Yang Paripurna(sempurna/lengkap), sumber segala keindahan dan bebas dari segala cacat. Dia Wujud Yang Maha Hidup yang menjelmakan diriNya di mana-mana dan yang mencintai makhlukNya serta mendengar permohonan-permohonan mereka. Tidak ada dari antara sifat-sifatnya yang telah ditangguhkan. Oleh kerana itu Dia berkomunikasi dengan makhluk manusia seperti halnya Dia berkomunikasi sebelum ini dan tidak menutup jalan untuk mencapai Dia secara langsung.

2. Islam percaya bahawa tidak ada kontradiksi(pertentangan) antara perkataan Tuhan dengan perbuatanNya. Dengan demikian Tuhan membebaskan kita dari permusuhan tradisional antara sains dan agama, dan tidak menghendaki kita mempercayai sesuatu yang berada di luar kawasan hukum-hukum alam yang telah ditetapkan olehNya. Tuhan mendorong kita untuk merenungkan perihal alam dan mengambil faedah daripadanya, sebab segala sesuatu telah diciptakan demi kepentingan umat manusia.

3. Islam tidak mengemukakan pengakuan yang kosong melompong ataupun memaksa kita mempercayai sesuatu yang kita tidak mengerti. Islam mendukung ajaran-ajarannya dengan alasan dan keterangan yang memberi kepuasan kepada fikiran kita dan kepada dasar jiwa kita yang sedalam-dalamnya. Islam tidak berlandaskan pada mitos-mitos atau hikayat-hikayat. Islam mengundang setiap orang untuk bereksperimen(berencana) bagi dirinya sendiri dan berpendirian bahawa kebenaran selamanya dapat dibuktikan dalam satu atau lain bentuk.

4. Kitab wahyu Islam (al Quran) itu unik dan membezakan wajah agama ini dari agama-agama lainnya. Walaupun musuh-musuh Islam berupaya secara terpadu selama berabad-abad, mereka tidak mampu menyamai bahagian kecil sekalipun daripada kitab yang ajaib ini. Kelebihannya tidak hanya terletak hanya di dalam keunikan dan keindahan sasteranya, melainkan juga di dalam kebersahajaannya dan keluasan wawasan serta kepepakan ajarannya. Al Quran memproklamasikan bahawa ajarannya adalah yang terbaik-suatu pengkuan yang tidak dibuat oleh kitab-kitab wahyu lainnya.

Al Quran mangaku telah mengkombinasikan unsur-unsur ajaran samawi yang terbaik yang terdapat di dalam kitab-kitab suci terdahulu dan telah menempatkan di dalamnya semua ajaran yang abadi dan luas rangkumannya. Al Quran mengingatkan:

“Sesungguhnya inilah yang diajarkan dalam kitab-kitab terdahulu, kitab-kitab suci Ibrahim dan Musa.”
(Surah 87  AL A´LAA :19)

Sebuah ciri khas Islam yang distingtif ialah kitab sucinya itu berbahasa yang hidup. Apakah tidak menimbulkan tanda tanya kalau bahasa-bahasa semua Kitab Suci lainnya itu mati atau tidak lagi dipakai secara umum? Sebuah kitab suci seharusnya mempunyai bahasa yang hidup dan berlaku abadi.

5. Sebuah ciri pembeza lainnya dari Islam adalah nabinya telah melampaui segala tahapan pengalaman hidup manusia semenjak selaku seorang anak yang keadaannya terlantar lagi yatim piatu hingga akhirnya menjadi seorang penguasa kaumnya. Peri kehidupannya didokumentasikan sampai sekecil-kecilnya, merefleksikan keimanan yang tiada taranya kepada Tuhan dan menggambarkan pengorbanan yang tiada hentinya pada jalanNya. Beliau menjalani hidup yang sarat dengan peristiwa dan tindakan serta meninggalkan teladan amal perbuatan yang sempurna di dalam setiap medan sepak terjang manusia. Hal demikian sangat sesuai dan tepat untuk dikatakan, sebab beliau adalah tafsiran hidup al Quran dan dengan teladan peribadinya menerangi jalan tempuhan manusia untuk segala zaman mendatang-suatu peran(watak) yang tidak dipenuhi secara memadai oleh nabi lain manapun.

6. Sebuah ciri pembeza lainnya dari Islam adalah nubuatan-nubuatannya telah menjadi kenyataan dari abad ke abad, itu telah memperkuat iman para pengikutnya kepada Tuhan Yang Maha menngetahui lagi Maha Hidup. Proses ini terus berlanjut sampai masa kini, sebagaimana dibuktikan dengan penemuan-penemuan baru-baru ini, mumi Firaun yang telah mengusir Nabi Musa dan kaumnya dari negeri Mesir. Contoh segar lainnya adalah adalah mengenai perkembangan sarana baru untuk menciptakan kehancuran, di mana api terkunci di dalam partikel-partikel kecil yang akan mengembang yang boleh menyebabkan gunung-gunung hancur lebur.

7. Sebuah ciri khas Islam lainnya ialah bila mana Islam membahas akhirat dan kehidupan sesudah mati Islam pun meramalkan peristiwa-peristiwa yang akan terjadi di masa yang akan datang di dunia ini, penyempurnaan ramalan ini memperteguh keimanan pengikut-pengikutnya terhadap kehidupan sesudah mati.

8. Islam berbeza dari agama-agama lainnya dalam menyediakan hukum muamalah yang komprehensif mengenai perilaku manusia secara individual, kolektif dan internasional. Perintah-perintah ini meliputi segala situasi dan mencakup hubungan antara kawan-kawan dan mitra-mitra serta bahkan antara lawan-lawan. Peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip yang dinyatakan secara tegas itu benar-benar bersifat universal dan teruji ketegarannya sepanjang waktu.

9. Islam memproklamirkan persamaan yang lengkap diantara umat manusia tanpa mengindahkan perbezaan kasta, kepercayaan, dan warna kulit. Satu-satunya tolak ukur kehormatan yang diakuinya ialah ketakwaan, bukan keturunan, kekayaan, ras dan warna kulit. Al Quran mengatakan:
“Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian di sisi ALLAH ialah yang paling bertakwa di antara kalian.”
(Surah 49  AL HUJURAAT :140)
dan lagi:

“Barangsiapa beramal soleh, baik lelaki ataupun perempuan, sedang ia orang yang beriman, mereka akan memasuki syurga, mereka akan diberi rezeki di dalamnya tanpa perhitungan.”
(Surah 40  AL MUKMIN : 41)

10. Islam mengemukakan definisi tentang baik dan jahat yang membezakan dari agama-agama lainnya. Islam tidak mempercayai nafsu alami manusia sebagai jahat. Islam hanya menyebut pemuasan hawa nafsu yang tak terkendali dan tidak pada tempatnyalah sebagai jahat. Islam mengajarkan bahawa kecenderungan-kecenderungan alami kita harus diatur dan disalurkan agar membuatnya konstruktif lagi bermanfaat bagi masyarakat.

11. Islam tidak hanya membuat kaum wanita ahli waris, namun juga telah memberikan kepada mereka hak yang sama dengan kaum lelaki dan bukan dengan cara yang tidak menghargai ciri-ciri khas anatomi mereka serta tugas-kewajipan khas mereka dalam mengandung dan mengurus anak.

Kutipan ceramah Mirza Tahir Ahmad (Khalifah Ahmadiyah ke IV) yang disampaikan di University of canberra, Ausralia.


Khamis, 12 Disember 2019

T 182 : BAHAYA MELIHAT PERKARA LUCAH PADA AKAL KITA

ُTertarik saya dengan satu tulisan yang ditulis lama dulu, iaitu pada tahun 2009. Semoga kita dapat membaca dan menghayatinya dengan sebaik mungkin. Dan kepada mereka-mereka yang masih ketagih dengan bahan-bahan pornografi dan lucah agar dapat bertemu dengan jalan keluar dari masalah itu.

Ini kerana pornografi tidak kira dalam bentuk gambar mahupun video, sangat berleluasa dan amat mudah didapati dalam internet sekarang ini, tidak seperti dulu. Ianya terlalu terbuka dan terdedah hinggakan siapa pun termasuk kanak-kanak boleh melayarinya.  Wabak ini sudah terlalu kronik sebenarnya.

Dalam seminar mengenai kesan pornografi terhadap kerosakan otak di Jakarta suatu ketika dulu, ahli bedah saraf dari Hospital San Antonio, Amerika Syarikat, Donald L. Hilton Jr MD mengatakan bahawa ketagihan mengakibatkan otak bahagian tengah depan yang disebut Ventral Tegmental Area (VTA) secara fiziknya mengecil.

“Pornografi menimbulkan perubahan tetap pada neorotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan. Ini yang membuat orang-orang yang sudah kecanduan tidak dapat lagi mengawal perilakunya,” kata Hilton serta menambah bahawa ketagihan pornografi juga menimbulkan gangguan memori. Keadaan itu, tidak terjadi secara cepat dalam waktu singkat namun melalui beberapa tahap yakni kecanduan yang ditandai dengan tindakan impulsif, ekskalasi kecanduan, desensitisasi dan akhirnya penurunan perilaku.

“Dan kerosakan otak akibat kecanduan pornografi adalah yang paling berat, lebih berat dari kecanduan kokain (dadah).”

12 fatamorgana tentang pornografi yang terlanjur tercipta secara tidak sengaja oleh otak kita:

1. Pornografi memberi makan pada ‘keinginan mata’ dan ‘keinginan daging’ yang tidak akan pernah dapat dipuaskan. Pornografi hanya akan membuat ‘penontonnya’ minta tambah, tambah, dan tambah lagi.
Dengan mudah, pornografi memperbodohkan orang dengan nafsunya dan membuka pintu terhadap segala jenis kejahatan seperti kemarahan, penyiksaaan, kekerasan, kepahitan, kebohongan, iri hati, pemaksaan, dan keegoan. Kekuatan tersembunyi disebalik pornografi akan menunjukkan dirinya pada ketika orang yang sudah terlibat berusaha menghentikan kebiasaannya. Tanpa bantuan, biasanya orang itu tidak berdaya untuk melepaskan diri.

2. Pornografi membuat cara berfikir seseorang menjadi penuh dengan seks semata. Fikiran seks akan menguasai alam bawah sedar mereka. Gambar berbau seks akan melekat pada otak mereka, sehingga pada ketika seseorang memutuskan untuk berhenti melihat pornografi pun, gambar-gambar yang pernah dia lihat dimasa lalu akan bertahan sampai beberapa tahun bahkan selama-lamanya.

3. Pornografi menjadi medan promosi terhadap praktik seksual yang menyimpang. Contohnya, laman porno internet biasanya terhubung dengan laman porno yang lebih progresif seperti homoseks, pornografi kanak-kanak, seks dengan haiwan (bestiality), perkosaan, seks dengan kekerasan dan lainnya. Ini akan membuat orang-orang tertentu terganggu secara mental dan tercabar untuk mencubanya. Dengan demikian, makin banyaklah perilaku seks menyimpang dalam masyarakat.

4. Pornografi membuat seseorang terpicu untuk lebih suka melayani diri sendiri dibanding orang lain. Masturbasi / onani adalah contohnya. Ini adalah tindakan pemenuhan nafsu peribadi yang dapat membuat seseorang sulit menerima dan memberi cinta yang sebenarnya pada orang lain. Pornografi biasanya membuat orang kecanduan masturbasi / onani.

5. Pornografi akan membawa seseorang terhadap penggunaan waktu dan wang dengan sangat buruk. Sedikit ada waktu terluang atau wang lebih, akan dihabiskan untuk memuaskan hawa nafsunya.

6. Dengan sering melihat laman porno atau membeli filem / majalah porno, orang-orang tersebut mendukung perkembangan industri pornografi yang biasanya dikelola oleh ‘kejahatan terorganisasi’ yang mencari wang dengan cara haram.

7. Terbiasa melihat pornografi akan merosakkan hubungan orang tersebut dengan sekelilingnya, dalam hal ini keluarga atau orang-orang terdekatnya. Pada hubungan kekasih, hubungan yang berkembang menjadi tidak sihat. Orang yang terlibat pornografi akan menyalahkan kekasihnya pada tindakan-tindakan seksual yang mereka lakukan. Padahal masalah itu terdapat pada peribadinya sendiri, dan pasangannya adalah si ‘mangsa’. Pada pasangan yang telah menikah, ini akan memicu ketidakpuasan seksual dan praktik seksual yang menyimpang sehingga mengarah ke arah ketidakharmonian keluarga, bahkan perceraian.

8. Dalam banyak kes, pornografi membuat seseorang kehilangan daya kerjanya. Yang sebelumnya aktif dan kreatif boleh menjadi tidak fokus dalam pekerjaan.

9. Pornografi dapat merosak hubungan seksual dengan pasangan kerana terbiasa membayangkan orang lain dalam hubungan seksual. Imaginasi adalah salah satu kesan pornografi yang sangat kuat. Nilai dan kemurnian seksual sesungguhnya menjadi rosak.

10. Melihat pornografi akan membuat seseorang menjadi sering berbohong. Orang yang terikat dengan pornografi akan menyimpan kebiasaannya ini sebagai rahsia, sehingga dengan berbohong dia dapat menyembunyikan rasa malunya dan menghindari kritik dari lingkungannya. Ke mana pun dia pergi, dia akan cenderung memakai ‘topeng’.

11. Pornografi akan membawa seseorang pada konsekuensi spiritual yang serius. Tekanan dan kebingungan akan memenuhi hidupnya. Pornografi membawa kekuatan jahat yang akan mengawal dan mendominasi penontonnya. Sekali saja seseorang melihat pornografi, itu akan membawanya semakin dalam. Nilai moral yang benar makin lama makin pudar, sehingga timbul standard ganda yang membingungkan.

12. Pornografi akan membuat seseorang mempercayai semua kebohongan yang ditawarkan oleh pornografi sendiri.
Contoh kebohongan yang ditawarkan ialah :
a. Kebebasan seksual = kebahagiaan.
b. Penyimpangan seksual = normal.
c. Bila-bila saja melampiaskan keperluan seksual = hal yang benar dan wajar.
d. Setiap hari masturbasi = sihat.
e. Pornografi = tidak menyakiti siapa pun.
f. Bintang porno = orang paling bahagia di dunia.
g. dll.

Agama Islam telah membuat larangan keras melihat aurat dan kemaluan orang lain. Sabda NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang bermaksud, 

“Tidak boleh seseorang lelaki melihat aurat lelaki lainnya, dan tidak boleh seorang wanita melihat aurat wanita lainnya.” 
(Hadits shahih. Riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah, dari Abu Sa’id Al-Khudriy radhiyallahu “anhu)

Dan Islam bukan sahaja melarang dari berzina, tetapi menghampiri zina pun sudah dilarang.  Ini kerana perbuatan menghampiri zina (contohnya menonton pornografi) pun banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan.  Bukti-bukti saintifik pun sudah dijelaskan seperti di atas.

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan).” 
(Surah 17  AL ISRAAK : Ayat 32)

“Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela.” 
(Surah 70  AL MA´AARIJ :  Ayat 29-30)

T 181: KEJUJURAN, BUKTI KEBENARAN NABI MUHAMMAD SAW


RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM memiliki tingkat darjat kekuatan rohani dan kesempurnaan batin serta akhlak yang sempurna (QS 68:4), sehingga tidak hairan kalau beliau dijadikan sebagai teladan bagi umat manusia. (QS 33:21). Segala nilai akhlak tinggi berpadu pada peribadi beliau dalam suatu keseluruhan yang sempurna lagi serasi. Siti ‘Aisyah ra, isteri RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang sangat berbakat, ketika pada sekali peristiwa diminta menerangkan peri keadaan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM,

“Beliau memiliki segala keagungan akhlak yang disebut dalam Al Quran sebagai ciri-ciri istimewa seorang abdi ALLAH yang sejati.”
(Bukhari)

Salah satu hal penting dari akhlak
NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM adalah kejujuran. Kejujuran adalah satu barometer untuk menilai kebenaran risalah kenabian para utusan ALLAH iaitu sosok yang terkenal jujur yang mana para musuh para nabipun mengakuinya, maka tidak mungkin ia tiba-tiba membawa kebohongan yang mengatasnamakan Tuhan. Hal itulah yang disentuh di dalam Al Quran berkaitan dengan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM : 

Katakanlah: "Jikalau ALLAH menghendaki, nescaya aku tidak membacakannya kepada kalian dan ALLAH tidak (pula) memberitahukannya kepada kalian. Sesungguhnya aku telah tinggal bersama kalian beberapa lama sebelumnya. Maka apakah kalian tidak memikirkannya?"
(QS 10:17)

Dengan kata lain
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM hendak mengatakan, Saya bukanlah orang yang berdusta dan mengada-ada. Lihatlah, saya selama 40 tahun sebelumnya tinggal di antara kalian. Apakah kalian telah membuktikan kedustaan saya atau saya sebagai orang yang mengada-ada? Jika tidak seharusnya kalian berfikir dan timbul pemahaman bahawa seorang yang sampai hari ini tidak pernah berdusta dalam corak apapun dan sekecil apapun, maka bagaimana mungkin tiba-tiba pada hari ini ia berdusta atas nama Tuhan?" 

Pengakuan akan Kejujuran RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM

Kejujuran
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sendiri telah diakui tidak saja oleh orang terdekat beliau tetapi oleh para musuh beliau sendiri. 



Kejujuran di Masa Muda

Di masa muda, jauh sebelum pendakwaan beliau sebagai nabi, para pemuka Arab telah mengakui kejujuran
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dan menyebutnya sebagai al-amin.  Hal itu dapat kita jumpai dalam peristiwa pemugaran Kaabah, suku-suku berselisih tentang siapa yang paling berhak memindahkan Hajar Aswad, sampai akhirnya diambil kesimpulan bahawa siapa yang datang paling pertama kesokan harinya maka apapun keputusannya, itulah yang akan diterima. Keesokan harinya ternyata yang datang pertama kali adalah NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Maka mereka yang melihat RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang datang pertama, mereka langsung mengatakan: – haa dzal amiin (ini adalah orang yang jujur), kita senang kerana orangnya adalah Muhammad (SAW). Tetapi dalam pelaksanaannya NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM tidak egois melainkan beliau menyuruh untuk membawa sehelai kain, yang mana setiap pemuka suku masing-masing memegang setiap sudut kain dan mengangkat Hajar Aswad secara bersama-sama. (Assiratunnabawiyyah li ibni Hisyam isyaaratu abi umayyata bitahkiimi awwali daakhilin fakaana Rasulullah saw). 

Kesaksian Siti Khadijah ra.

Kemudian perhatikanlah akhlak
NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM di masa muda yang beliau jalani. Setelah  Khadijah ra mendengar perihal kebenaran tutur kata, kejujuran dan keluhuran budi pekerti beliau (SAW) maka beliau (ra) mempercayakan kepada NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM untuk berniaga dengan menyerahkan hartanya kepada beliau SAW. Dalam perjalanan itu Maisarah, pembantu Siti Khadijah ra, juga ikut bersama beliau SAW. Pada saat kembalinya, Maisarah menceritakan ihwal perjalanan beliau SAW. Setelah mendengar kisah perjalanan itu Khadijah sangat terkesan dengan kisah perjalanan itu. Maka kemudian beliau menyuruh mengirim pinangan kepada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Beliau terkesan kerana beliau (SAW) sangat memperhatikan ikatan tali kekerabatan, terpandang di masyarakat, seorang yang jujur dan memiliki budi pekerti yang luhur serta sentiasa berkata benar. (Assiratunnabawiyyah liibni Hisyam hlm. 149.) 

Kesaksian Isteri

Isteri-isteri merupakan pemegang rahsia baik buruknya perilaku suami, merekalah yang dapat memberikan kesaksian akan kondisi rumahtangga dan urusan-urusan sehari-hari; kesaksian mereka itulah yang boleh dipegang dan memiliki nilai bobot yang dapat dijadikan standar. Begitu juga yang tertera dalam sebuah riwayat Ummul mu'minin, Aisyah ra dalam meriwayatkan tentang turunnya wahyu pertama kepada
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Menyebutkan bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM menumpahkan kerisauan beliau kepada Ummulmu'minin  Khadijah ra saat turunnya wahyu pertama. Maka seraya menghibur kepada beliau Khadijah ra berkata kepada beliau: "Tidaklah seperti apa yang Tuan fikirkan. Selamat sejahtera atas Tuan. Demi ALLAH, ALLAH tidak akan pernah menghinakan Tuan. Tuan menyambung tali ikatan silaturrahmi dan sentiasa berkata benar dan berperilaku dan berbudi pekerti baik. (kitabutta'biir awwalu bab maa bada'a bihi Rasulullaah saw minal wahyi arru'ya shaalihah )

Kesaksian Abu Bakar Shiddiq ra.

Kemudian perhatikanlah kesaksian sahabat beliau. Sahabat yang dari sejak kecil bermain bersama-sama, tumbuh remaja hingga dewasa, yakni Abu Bakar ra. Sahabat ini dalam setiap keadaan sentiasa membenarkan beliau dan hanya melihat dan mendengar beliau SAW sebagai seorang yang senantiasa menekankan akan kebenaran. Oleh kerana itu di dalam benak beliau sama sekali tidak dapat terbayangkan bahawa Rasulullah dapat mengucapkan kata-kata dusta.

Sebagaimana tertera dalam sebuah riwayat bahawa Abu Bakar ra ketika mendengar pendakwaan beliau sebagai nabi, maka kendati berbagai penjelasan telah diberikan oleh
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, Abu Bakar ra tidak meminta argumentasi; sebab sepanjang hidup Abu Bakar ra, inilah yang beliau saksikan bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sentiasa berkata jujur. Beliau hanya bertanya kepada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bahawa, apakah benar RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM telah mendakwakan diri sebagai nabi? Maka RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM ingin terlebih dulu memberikan penjelasan, tetapi dalam setiap kali ingin memberikan keterangan, inilah yang beliau tanyakan bahawa, "Berilah jawapan kepada saya ya atau tidak." Atas jawapan ya yang RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM berikan, Abu Bakar ra mengatakan: 

"Di hadapan saya terbentang seluruh kehidupan Tuan di masa lalu. Oleh kerana itu bagaimana saya boleh dapat mengatakan bahawa seorang hamba ALLAH yang sentiasa berkata benar tiba-tiba menjadi orang yang berdusta kepada Tuhan?" (Dalaailunnubuwwah lil Baihaqi jilid 2 hlm. 164 darul kutub alilmiyyah Bairut)

Kesaksian Pihak Lawan

Kejujuran
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM diakui juga oleh musuh-musuh beliau sendiri, tetapi tidak seperti halnya Abu Bakar Siddiq yang menerima beliau dengan suatu pemikiran yang dilandasi hati yang bersih, iaitu seseorang yang selalu berkata benar maka tidak mungkin dia tiba-tiba berdusta untuk hal yang sangat besar iaitu berdusta atas nama Tuhan.  Para musuh RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM kendati di satu sisi mengakui kejujuran dan kelurusan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM tetapi mereka tidak boleh menangkap rahsia dibalik pengakuan kejujuran dari mereka tersebut.

Satu contohnya adalah ketika terjadi usaha stigmatisasi pada diri
NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Para pemuka Quraisy berkumpul yang di dalamnya terdapat Abu Jahal dan musuh yang paling besar beliau Al-Akhdhar bin Haris. Salah seorang berkata bahawa hendaknya RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM dianggap sebagai tukang sihir atau beliau dinyatakan sebagai seorang yang pendusta, maka Nadhar bin haris berdiri lalu berkata, 

"Hai kelompok Quraisy! Kalian terperangkap dalam suatu masalah yang untuk menghadapinya tidak ada cara yang kalian dapat tempuh. Muhammad (SAW) di antara kalian adalah seorang pemuda yang kalian paling cintai, merupakan pemuda yang paling benar dalam ucapan. Di antara kalian merupakan orang yang paling jujur. Kini kalian telah melihat tanda-tanda umur di keningnya dan amanat yang dibawanya dan kalian mengatakan bahawa itu adalah sihir? Di dalam dirinya tidak ada bau-bau sihir. Kamipun telah melihat tukang tenung. Kalian mengatakan bahawa dia adalah seorang theosopi (yang berbicara dengan jin/kahin), kamipun telah melihat theosopi (tukang jin/kahin). Dia sama sekali bukanlah ahli teosopi (kahin). Kalian mengatakan bahawa dia adalah seorang penyair. Dia sama sekali bukanlah seorang penyair. Kalian mengatakan bahawa dia adalah orang gila, tetapi di dalam dirinya sama sekali tidak ada tanda-tanda orang gila. Hai kelompok Quraisy, renungkanlah, kalian tengah berhadapan dengan suatu masalah yang besar."
(Assiratunnabawiyyah li-ibni Hisyam hlm. 224. ) 

Kesaksian Abu Jahal

Kemudian satu kesaksian lain iaitu kesaksian musuh beliau, Abu Jahal. Ali ra meriwayatkan bahawa Abu Jahal berkata kepada
NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, 

"Kami tidak mengatakan engkau dusta. Namun, kami menganggap dusta ajaran yang engkau bawa."

Apabila hati sudah tertutup, jika akal seseorang tidak bekerja lagi maka baru seperti itulah yang dia akan katakan. Oleh kerana itulah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman, "Cubalah gunakan sedikit akal kalian, apakah seorang yang benar dapat mengajarkan ajaran yang dusta? Orang yang benar tentu yang pertama dilakukannya adalah berdiri melawan ajaran yang tidak benar." 

Kesaksian Abu Sufyan

Ibni Abbas ra meriwayatkan bahawa Abu Sufyan bin Harb memberitahukan kepada beliau bahawa,
"Pada saat saya pergi ke Syam bersama kafilah para pedagang, Raja Romawi Heraklius memanggil kafilah kami supaya dia boleh menanyakan beberapa pertanyaan berkenaan dengan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Abu Sufyan memberikan keterangan mengenai pembicaraan beliau di istana Raja Roma kepada Heraklius bahawa, "Dia (Heraklius) menanyakan kepada saya beberapa pertanyaan. Salah satu diantara pertanyaan itu adalah bahawa: Apakah sebelum pendakwaannya kalian telah menuduh dia berkata dusta?

Sebagai jawapan kepadanya saya mengatakan bahawa kami tidak pernah menuduhnya berdusta. Maka Heraklius berkata bahawa ketika kamu memberikan jawapan dalam bentuk negatif (kata tidak), maka saya dapat memahami dalam keadaan seperti itu tidak pernah terjadi bahawa seseorang yang tidak pernah berdusta kepada siapapun tetapi tetapi kepada Tuhan dia berdusta."

Heraklius bertanya, "maa dzaa ya'murukum - apa yang Muhammad perintahkan kepada kalian?" Abu Sofyan menjawab, "Dia memerintahkan kepada kami, sembahlah ALLAH yang merupakan sembahan yang benar dan Tuhan Yang Esa dan janganlah menyekutukanNya dengan apapun dan tinggalkanlah apa yang nenek-moyang kalian katakan. Dan dia memerintahkan kepada kami untuk melakukan solat, sentiasa berkata benar, menjadi orang yang suci bersih dan memperhatikan ikatan tali silaturrahmi." Maka selanjutnya Heraklius mengatakan bahawa, "Apa yang engkau katakan jika itu benar maka tidak lama lagi dialah yang akan menjadi pemilik di mana tempat kaki saya berpijak sekarang ini."
(Bukhari kitab badul wahyi nomor 7)
 
Kehebatan Ru'ub (Kharisma)
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM

Kendati tidak beriman, terdapat pengaruh wibawa kebenaran beliau SAW, yang menggetarkan hati para penentang. Dan mereka sentiasa dalam keresahan bahawa seandainya perkataan dan ajaran yang dibawa oleh Muhammad (SAW) benar maka apa yang akan terjadi dengan mereka. 

Berkenaan dengan ini terdapat sebuah riwayat di mana pada suatu kali orang-orang Quraisy mengirimkan Utbah seorang pemuka Quraisy sebagai delegasi Quraisy untuk menghadap
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM. Dia berkata,
"Kenapa engkau mencela sembahan kami, dan mengapa mengatakan nenek moyang kami sesat? Apapun keinginan Anda akan kami penuhi dengan syarat berhentilah engkau dari hal-hal tersebut." RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM mendengarkan semua perkataannya dengan tenang dan sabar. Ketika dia telah mengatakan semuanya, maka RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM membaca beberapa ayat surah -- Haa miim Fushshilat. Ketika beliau sampai kepada ayat bahawa, "Aku memperingatkan kalian dengan azab kaum 'Ad dan kaum Tsamud," maka Utbah mencegah beliau, supaya berhenti dan dengan rasa ketakutan dia segera bangkit dan pergi.

Sesampainya kepada orang Quraisy ia berkata, “Apakah kalian mengetahui bahawa Muhammad SAW apabila dia mengatakan sesuatu maka dia tidak pernah berdusta. Saya khuatir jangan-jangan akan turun azab kepada kalian yang dia peringatkan kepada kalian.” Semua para pemuka itu setelah mendengar ini menjadi terdiam.
(Assiratul halbiyyah dari Allamah Burhanuddin jilid I hlm. 303 cetakan Bairut) 



Kesaksian Para Pemuka Qurays

Kemudian kesaksian akan kebenaran beliau tidak hanya keluar dari orang perseorangan saja bahkan semua kaum memberikan kesaksian akan kebenaran ucapan beliau. Ketika perintah wa andzir ‘asyiira takalaqrabiin, "Dan berilah kepada kerabat-kerabat engkau yang terdekat, apa yang ALLAH telah turunkan kepada engkau." Maka
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM naik ke bukit Safa dan dengan suara lantang beliau memanggil nama-nama semua kabilah Quraisy. Ketika semua orang berkumpul maka beliau bersabda bahawa, 

"Hai Quraisy! Jika saya memberitahukan kepada kalian bahawa di belakang gunung itu ada tentera yang bersembunyi yang tidak lama lagi akan melakukan penyerangan terhadap kalian, apakah kalian akan meyakini kata-kata saya?"

Padahal ketinggian bukit tersebut tidak dapat memungkin untuk dijadikan sebagai tempat persembunyian, tetapi oleh sebab mereka mengetahui bahawa
NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM tidak pernah berdusta, semua dengan suara bulat mengatakan ya, kami pasti akan mempercayainya, sebab kami sentiasa mendapatkan engkau sebagai orang yang selalu berkata benar.

Maka beliau SAW kemudian bersabda lagi, "Kalau begitu dengarlah, saya memberitahukan kepada kalian bahawa tentera azab Tuhan telah sampai kepada kalian, berimanlah kepada Tuhan dan hindarilah diri kalian dari azab Ilahi."
(Sirat Khatamunnabiyyin Pengarang Hadhrat Mirza Basyir Ahmad MA hlm. 128)

Kali ini setelah mendengar kata-kata ini orang-orang Quraisy meninggalkan tempat itu dan mereka mulai mengolok-olok dan mentertawakan ajaran beliau. Tetapi satu hal yang pasti mereka sama sekali tidak mengatakan bahawa beliau pendusta. Jika ada kata-kata yang keluar dari mulut mereka maka itu adalah bahawa beliau sentiasa berkata benar dan sungguh beliau sentiasa berkata benar. Standard dan mutu kebenaran beliau sedemikian tinggi, jelas dan terang sehinga tidak mungkin timbul masalah bahawa ada yang boleh menuduh beliau berdusta, kendati secara isyarah sekalipun. 

Setelah membaca sebahagian dari kesaksian-kesaksian di atas siapa yang boleh mengatakan bahawa beliau bukanlah seorang yang berkata benar dan bukan seorang Nabi ALLAH. Tidak ada yang dapat mengatakan hal seperti itu ini, kecuali yang hati, telinga, dan matanya telah dicap dan telah ditutupi tirai, tidak ada lagi yang dapat mengatakan hal seperti itu. Dan
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM sendirilah yang menzahirkan kebenaran dan kejujuran itu dan tidak hanya menyebarkan bahkan di dalam hati orang yang mengimani beliaupun beliau ciptakan di dalam hati mereka pun beliau penuhi dengan sepenuh-penuhnya. 

Dan dengan mengatakan kebenaran dan dengan mengimani kebenaran itulah banyak sekali orang-orang di masa-masa awal siap untuk menemui ajalnya. Tetapi mereka mengatakan yang benar itu benar. Sebagaimana saya telah katakan bahawa suatu ajaran yang tinggi dan untuk memeriksa karakter orang yang membawanya sangat perlu melihat juga standard kebenaran dalam kehidupan orang itu. Dan standard ini yang paling besar kita dapat lihat adalah di dalam kehidupan
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.

Standard kebenaran beliau di masa kanak-kanak dan ketika telah dewasa sangat tinggi sekali, yang mengenainya kita telah melihat kesaksiannya dalam berbagai kesempatan. Musuhpun kendati tidak yakin terhadap ajaran beliau dan tidak yakin kepada Tuhan namun setelah mendengar peringatan dari pihak beliau, setelah mendengar sesuatu yang memperingatkan maka mereka menjadi ketakutan. Semoga kejujuran itu juga menjadi standar kita dalam semua bidang kehidupan. Aamiin. 

Sumber: Khutbah Jumat Hazrat Mirza Masroor Ahmad, Khalifah Islam dan Pemimpin  Jemaat Ahmadiyah seluruh dunia.  Tanggal 2 Muharram 1426 H di Masjid Baitul-Futuh, Morden, London, Inggeris 
Terjemah Mln. Komaruddin Syahid 
Disadur oleh: Jusman