Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 29 Disember 2019

U 54 : ANDA MAHU TAHU TAHUN HIJRIAH KELAHIRAN ANDA?

Masehi
Hijiri
Umur
1948
1369
72
1949
1370
71
1950
1371
70
1951
1372
69
1952
1373
68
1953
1374
67
1954
1375
66
1955
1376
65
1956
1377
64
1957
1378
63
1958
1379
62
1959
1380
61
1960
1381
60
1961
1382
59
1962
1383
58
1963
1384
57
1964
1385
56
1965
1386
55
1966
1387
54
1967
1388
53
1968
1389
52
1969
1390
51
1970
1391
50
1971
1392
49
1972
1393
48
1973
1394
47
1974
1395
46
1975
1396
45
1976
1397
44
1977
1398
43
1978
1399
42
1979
1400
41
1980
1401
40
1981
1402
39
1982
1403
38
1983
1404
37
1984
1405
36
1985
1406
35
1986
1407
34
1987
1408
33
1988
1409
32
1989
1410
31
1990
1411
30
1991
1412
29
1992
1413
28
1993
1414
27
1994
1415
26
1995
1416
25
1996
1417
24
1997
1418
23
1998
1419
22
1999
1420
21
2000
1421
20
2001
1422
19
2002
1423
18
2003
1424
17
2004
1425
16
2005
1426
15
2006
1427
14
2007
1428
13
2008
1429
12
2009
1430
11
2010
1431
10
2011
1432
9
2012
1433
8
2013
1434
7
2014
1435
6
2015
1436
5
2016
1437
4
2017
1438
3
2018
1439
2
2019
1440
1
2020
1441
0

U 53 : JANGAN MENGANGGAP DIRI PALING SUCI

Janganlah kita menganggap diri kita akan selamat dari dosa dan maksiat hanya kerana baru mengenal 'Dakwah Ahlus Sunnah.' Allah Subhaanahu Wa Ta'ala berfirman;

“Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui siapa orang yang bertakwa.”
[QS. An-Najm: 32]

Ini yang dialami oleh kita-kita tatkala sudah lama belajar agama. Merasa diri sudah lebih dari orang lain dan lebih faham dari yang lain. Padahal kekurangan kita teramat banyak. Maksiat kecil-kecilan bahkan yang besar masih dilakuni. Ilmu yang telah kita pelajari pun sedikit yang diamalkan.

Bahkan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam dan para Salaf pun tidak menganggap diri suci. Adakah keraguan pada diri kita, bahawa Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah manusia yang paling sempurna keimanannya?

Sekali-kali tidak. Kita amat meyakini kesempurnaan iman Beliau Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam. Akan tetapi, kesempurnaan iman Beliau tidak membuat Beliau merasa dirinya suci dan bosan dalam beribadah. Meski telah dijamin syurga, akan tetapi Beliau tetap solat malam hingga bengkak kakinya. Lalu bagaimana dengan kita..?! Masih layakkah menganggap diri kita suci..?!

Wallahu a'lam bi shawwab.


U 52 : KHUTBAH IBLIS YANG SANGAT MENYENTUH HATI


Iblis berkhutbah?? Benar. Ia berkhutbah. bahkan khutbah yang paling menyentuh hati. tidak ada khutbah yang menyentuh hati sebagaimana khutbah Iblis ini.

Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah berkata :

إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ ، قَامَ إِبْلِيْسُ خَطِيْبًا عَلَى مِنْبَرٍ مِنْ نَارٍ ، فَقَالَ: إِنَّ اللهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ


"Tatkala hari kiamat Iblis berdiri di atas sebuah mimbar dari api lalu berkhutbah seraya berkata, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya."
(Tafsiir At-Thobari 16/563)

Al-Haafizh Ibnu Katsiir rahimahullah berkata :


يُخْبِرُ تَعَالَى عَمَّا خَطَبَ بِهِ إِبْلِيْسُ أَتْبَاعَهُ، بَعْدَمَا قَضَى اللهُ بَيْنَ عِبَادَهُ، فَأدخل المؤمنين الجنات، وأسكن الكافرين الدركات، فقام فيهم إبليس -لعنه الله -حينئذ خطيبا ليزيدهم حزنا إلى حزنهم (4) وغَبنا إلى غبْنهم، وحسرة إلى حسرتهم


"Allah Subhaanahu Wa Ta'ala mengabarkan tentang khutbah yang disampaikan oleh Iblis kepada para pengikutnya, iaitu setelah Allah Subhaanahu Wa Ta'ala memutuskan/menghisab para hambaNya, lalu Allah Subhaanahu Wa Ta'ala memasukan kaum mukminin ke syurga, dan menempatkan orang-orang kafir ke dalam neraka jahannam. Maka Iblispun tatkala itu berdiri dan berkhutbah kepada para pengikutnya agar semakin menambah kesedihan di atas kesedihan mereka, kerugian di atas kerugian, serta penyesalan di atas penyesalan."
(Tafsiir Al-Qur'an Al-'Adziim 4/489)

Khutbah tersebut disampaikan oleh Iblis kepada para pengikutnya pada saat yang sangat menegangkan, tatkala mereka pertama kali dimasukkan ke dalam neraka Jahannam. Tatkala mereka telah melihat api yang menyala-nyala yang siap membakar mereka!!!

Khutbah tersebut…

Benar-benar masuk ke dalam hati para pengikut Iblis…,
Khutbah yang mengalirkan air mata mereka…
Khutbah yang benar-benar telah menyedarkan mereka akan kesalahan-kesalahan mereka…

Khutbah yang menyadarkan mereka bahwasanya selama ini mereka hanya terpedaya oleh sang pemimpin… sang khotiib…Iblis la’natullah 'alaihi


Allah Subhaanahu Wa Ta'ala menyebutkan khutbah Iblis yang sangat menyentuh tersebut :


وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الأمْرُ إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ وَمَا كَانَ لِي عَلَيْكُمْ مِنْ سُلْطَانٍ إِلا أَنْ دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي فَلا تَلُومُونِي وَلُومُوا أَنْفُسَكُمْ مَا أَنَا بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنْتُمْ بِمُصْرِخِيَّ إِنِّي كَفَرْتُ بِمَا أَشْرَكْتُمُونِي مِنْ قَبْلُ إِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (٢٢)وَأُدْخِلَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ (٢٣)


"Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepada kalian janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepada kalian tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadap kalian, melainkan (sekadar) aku menyeru kalian lalu kalian mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kalian mencerca aku akan tetapi cercalah diri kalian sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolong kalian dan kalian pun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatan kalian yang mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu." Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih."
Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka."
(QS. Ibrahim/14 : 22-23)


Demikianlah khutbah Iblis tersebut. Setelah ia menggoda manusia, setelah menipu mereka, setelah menjerumuskan mereka dalam neraka, setelah tercapai cita-citanya… lalu…

Iapun berlepas diri dari para pengikutnya. Ia sama sekali tidak mahu bertanggungjawab atas godaan-godaannya… Bahkan ia sama sekali tidak mahu disalahkan dan dicela… akan tetapi ia menyuruh mereka (para pengikutnya) untuk mencela diri mereka sendiri… Bahkan ia mengaku sejak dulu kufur/ingkar terhadap kesyirikan yang dilakukan oleh pengikutnya…

Yang lebih menjadikan para pengikutnya tersentuh, Iblis menutup khutbahnya dengan menyatakan bahawa: "Sesungguhnya orang-orang zalim mendapatkan siksaan yang pedih." Lalu Iblis menyebutkan tentang kenikmatan penduduk syurga, iaitu orang-orang yang tidak mahu menjadi pengikut Iblis…!!!

Sungguh kehinaan dan kesedihan yang tidak boleh terbayangkan dalam hati para penghuni neraka tatkala mendengar khutbah dari sang pemimpin.

Semoga Allah SWT menjaga kita dari rayuan Iblis. Jangan sampai kita termasuk dari orang-orang yang tersentuh karena kutbah Iblis ini. Orang-orang yang tatkala di dunia tidak tersentuh oleh nasihat-nasihat, tidak tergerak hati mereka tatkala mendengar pengajian-pengajian dan khutbah-khutbah. Hati mereka hanyalah tergerak dan tersentuh tatkala mendengar khutbah Iblis. Wal'iyaadzu billah.

14-02-1434 H / 27 Desember 2012 M
ww.firanda.com
🌐 Sumber : BBG Al ilmu.
☕ Silakan disebarkan, mudah2an anda mendapatkan bagian dari pahalanya ☕
Barakallah fikum. 
✒ Ditulis oleh :
Ustaz DR. Abu Abdilmuhsin Firanda Andirja, MA حفظه الله تعالى



U 51 : AGAR TETAP ISTIQAMAH


يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ


YAA MUQALLIBAL QULUUB, TSABBIT QALBII 'ALAA DIINIKA

"Wahai Rabb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamaMu."
[HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Al-Hakim]

“Doa ini merupakan doa yang paling banyak dibaca Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.”
(Ummu Salamah radhiyallahu 'anha, istri Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam)

Istiqamah adalah menempuh jalan (agama) yang lurus (benar) dengan tidak berpaling ke kiri mahupun ke kanan.

Istiqamah ini mencakup pelaksanaan semua bentuk ketaatan (kepada Allah) lahir, batin dan meninggalkan semua bentuk laranganNya.

Inilah pengertian istiqamah yang disebutkan oleh Ibnu Rajab Al Hambali.

Firman Allah SWT,

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ


“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Rabb kami ialah Allah,” kemudian mereka istiqamah pada pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan):
“Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.”
(QS. Fushilat : 30)

Yang dimaksud dengan istiqamah di sini terdapat tiga pendapat di kalangan ahli tafsir:

[1] Istiqamah di atas tauhid, sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Bakr Ash Shidiq dan Mujahid,
[2] Istiqamah dalam ketaatan dan menunaikan kewajipan Allah SWT, sebagaimana dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas, Al Hasan dan Qotadah,
[3] Istiqamah di atas ikhlas dan dalam beramal hingga maut menjemput, sebagaimana dikatakan oleh Abul ‘Aliyah dan As Sudi.

Dan sebenarnya istiqamah boleh mencakup tiga tafsiran ini kerana semuanya tidak saling bertentangan.

Ayat di atas menceritakan bahawa orang yang istiqamah dan teguh di atas tauhid dan ketaatan, maka malaikat pun akan memberi kabar gembira padanya ketika maut menjemput dan janganlah takut dan janganlah bersedih.
keep istiqamah...

@kitabdoa 
di Jln Mulawarman Manggar Balikpapan Kaltim.