Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 9 Januari 2020

U 90 : SIAPA YANG DISAYANGI?

Hidup terasa kosong itu bila mana kita jauh daripada Allah.
Kita lupa bahawa hamba itu kena selalu dekat dengan Penciptanya.
Apabila kita dekat dengan Allah, baru kita akan disayangi oleh Allah. Hidup pun terasa tenang dan bahagia.


U 89 : JANGAN PERNAH TINGGALKAN SOLAT

Kerana terdapat jutaan manusia di dalam kubur ingin dihidupkan kembali, hanya untuk bersujud kepada Allah.


U 88 : TUNTUTLAH ILMU KE JALAN ALLAH SWT

Tuntutlah ilmu selagi mampu kerana Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya,
“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan permudahkan baginya jalan untuk ke syurga.”

Sanadnya?



U 87 : MENGHORMATI SEMUA ORANG

Setiap individu mempunyai kefahaman dan pendapat masing-masing, apa yang penting kita saling menghormati buah fikiran satu sama lain.



U 86 : KITA ADALAH INSAN

Jangan lupa istighfar, kita semua pendosa.
Jangan lupa solat, kita semua hamba.
Jangan lupa mati, kita semua bakal jenazah.



U 85 : DOA TERJAGA DARI TIDUR

Alhamdullillahilladzi ahyaanaa bada maa amaatanaa wa ilaihin nushur”
Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepadaNyalah kami dibangkitkan.



U 84 : 4 SEBAB HARI JUMAAT BEGITU PENTING BAGI SESEORANG ISLAM

Pertama: Hari Jumaat sebagai hari terbaik dan bersejarah.
Kedua: Jumaat adalah hari raya mingguan umat Islam
Ketiga: Pada hari Jumaat doa kita lebih mustajab.
Keempat: Dosa-dosa kecil kita diampuni pada hari Jumaat.
"Jangan memperkecil dosa kecil. Kerana gunung yang besar juga terbina dari butir pasir yang kecil."
- Habib Umar Bin Hafidz