Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 7 Februari 2020

U 130 : DOA DALAM AL QURAN SURAH AL QASAS


Firman Allah SWT dalam Surah Al Qasas [ 28 ], Ayat 16 17. Muka Surat 387:

رَ بِّ إِّ نّ ظَلَمۡتُ نَفۡسِِّ فَٱغۡفِّرۡ لِّ

“Wahai Tuhanku sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri oleh itu ampunkanlah aku.”

U 129 : DOA

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku sebahagian daripada apa yang telah Engkau kurniakan kepada KhalilMu, Ibrahim as. Kurniakanlah kepadaku rasa penyerahan yang sebenarnya kepadaMu. 
Perkuatkanlah kesabaranku menghadapi ujianMu. Teguhkan tawakalku menanti keputusanMu. 
Kurniakanlah kepadaku keredhaan yang sebenarnya dalam menerima takdir yang datang daripadaMu, baik ataupun buruk.”

U 128 : PERJALANAN MAKHLUK YANG BERNAMA MANUSIA


Seberapapun usia yang manusia miliki, sepanjang apapun umur manusia di dunia, pada akhirnya akan mati.
Sekuat apapun kecintaan kepada orang-orang yang dikasihi, pada harta benda yang dimiliki dan pada jabatan yang disandang, pada akhirnya akan dilepaskan juga.
Dan seremeh apapun amal yang dikerjakan di dunia kelak akan ada perhitungannya dari sang Maha Pengadil yang tidak pernah berlaku zalim.
Setidaknya inilah pesan singkat dari langit yang disampaikan Jibril kepada Nabi Muhammad shallallâhu ‘alaihi wa sallam.
Jibril ‘alaihis salam berkata:
“Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu kerana sesungguhnya engkau akan mati, cintailah orang yang engkau cintai kerana engkau akan berpisah dengannya, dan beramallah sekehendakmu kerana engkau akan dibalas atas perbuatanmu itu.”
[HR. Ath-Thabrâni, sanadnya shahih)

Dan jika kematian adalah akhir segalanya maka tentu urusannya mudah, dan tidak ada keistimewaan antara orang-orang beriman dan orang kafir, antara mukmin sejati dan orang-orang munafik, namun kematian bukanlah akhir segalanya, kematian adalah babak baru untuk menuju perjalanan panjang nan abadi.

Setelah kematian kita akan berjumpa dengan Allah SWT dan Dia akan bertanya tentang semua amal perbuatan kita, dan sekurangnya ada empat pertanyaan mendasar, di mana kaki seseorang hamba tidak akan beranjak dari tempat berdirinya kecuali empat pertanyaan itu telah diajukan dan dijawab, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam:
“Kedua kaki seorang hamba tidak akan bergeser (beranjak) pada hari kiamat hingga ia ditanyakan (4 perkara);
Tentang umurnya ke mana ia habiskan,
Tentang ilmunya sejauh mana ia mengamalkannya,
Tentang hartanya dari mana ia peroleh dan ke mana ia belanjakan, dan
Tentang jasadnya ke mana ia manfaatkan.”
[HR. At-Tirmidzi 2419 dari Abu Barzah al-Aslami, dishahihkan oleh asy-Syaikh al-Albâni dalam ash-Shahihah 946.]

U 127 : SUNNAH YANG DITINGGALKAN

Banyak masjid dan surau mengadakan ceramah/kuliah maghrib yang penceramahnya mengambil masa 20 hingga 30 minit selepas masuk waktu Isyak. Dan setelah selesai ceramah/kuliah maka imam terus mengarahkan bilal untuk terus iqamah tanpa azan isyak.
Dalam mazhab Syafie, azan solat bukan semata-mata dilaungkan untuk menandakan baru masuk waktu solat sahaja, bahkan untuk menandakan ada solat berjemaah serta memberi peluang kepada jemaah untuk solat sunat qobliyah.
Justeru, azan Isyak masih lagi sunnah walaupun waktu solat sudah lama masuk, lantaran ada hadis Nabi صلى الله عليه وسلم memerintahkan Bilal azan Subuh walaupun matahari telah naik, berlaku di dalam satu peristiwa Nabi dan para sahabat terlewat bangun dari tidur akibat terlalu letih dalam satu rehlah peperangan.
Juga kisah Nabi SAW melewatkan solat zohor kerana cuaca panas. Apabila mahu mendirikan solat zohor tersebut ketika teduh sedikit, Nabi صلى الله عليه وسلم tetap perintahkan sahabat untuk azan.
Justeru itu, jangan kerana mahu cepat melaksanakan solat Isyak, maka dua fadhilat sunnah ditinggalkan: 
1) Sunnah azan.
2) Sunnah solat sunat rowatib qobliyah Isyak.
Solat Isyak afdhal dilewatkan sedikit jika bersesuaian dengan hal keadaan.
Wallahu a'lam

Ahad, 2 Februari 2020

U 126 : SUNNAH YANG BANYAK DILUPAKAN ORANG

Hadits daripada Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah shallallâhu ‘alayhi wa sallam- bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاقِ

“Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.”
(HR. Al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubrâ’ (no. 20782), al-Bazzar dalam Musnad-nya (no. 8949))
Orang di zaman ini rata rata sangat cerdas dan pintar bila bicara dalil, bahkan hingga mulut berbusa pun tetap untaian dalil-dalil yang keluar dari lisannya.
Namun ternyata "sunnah berakhlak mulia" orang di zaman ini tidak banyak yang boleh mengingatnya dan mempraktikannya. Inilah sunnah yang banyak dilupakan orang.

U 125 : BUKAN AKHLAK MUKMIN


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالطَّعَّانِ وَلاَ اللَّعَّانِ وَلاَ الْفَاحِشِ وَلاَ الْبَذِيءِ

“Seorang mukmin itu bukanlah orang yang suka mencela, suka melaknat, suka berkata keji dan suka berkata kasar.”
(Diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Bukhary dalam Al-Adab Al-Mufrad, At-Tirmidzy dan Al-Hakim)

U 124 : KEMATIAN SESEORANG SESUAI KEBIASAANNYA


. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَن وَالَاهُ

RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM bersabda:

يُبْعَثُ كُلُّ عَبْدٍ عَلَى مَا مَاتَ عَلَيْهِ "

Setiap hamba akan dibangkitkan berdasarkan keadaan dia meninggal."
(HR Muslim no 2878)

Berkata Al-Munaawi,

أَيْ يَمُوْتُ عَلَى مَا عَاشَ عَلَيْهِ وَيُبْعَثُ عَلَى ذَلِكَ "

“iaitu ia meninggal di atas kehidupan yang biasa dia jalani dan dia akan dibangkitkan di atas hal itu."
(At-Taisiir bi Syarh Al-Jaami' As-Shogiir 2/859)

Penjelasan : Wahai sahabat-sahabatku yang dikasihi sekalian! Semoga Allah SWT merahmatiku dan juga kelian, semoga kita sentiasa dalam bimbingan taufik dan hidayah Allah SWT, semoga kita semua beroleh kesudahan yang baik sebagaimana dalam kehidupan kita ini, kita sentiasa mengharapkan yang terbaik. Imam al-Ghazali ada menyatakan : “Teman yang paling akrab dan tidak pernah meninggalkan kita ialah kematian.” .
Kematian datang secara tiba-tiba. Kita selalu melupainya, tetapi mati tidak pernah melupai kita. Ia tidak peduli dengan hal keadaan kita. Apakah kita dalam taat atau maksiat, apakah dalam keadaan sakit atau sihat. Apabila telah sampai ketentuan Allah SWT, kematian tidak akan ditangguh-tangguh lagi. Semuanya berlaku secara tiba-tiba.
Sudah pasti setiap orang dari kita berharap dianugrahkan husnul khatimah.
Ajal menjemput tatkala sedang beribadah kepada Allah SWT, ketika bertaubat kepada Allah SWT, sedang solat dan doa, sedang ingat kepada Allah SWT. Namun hakikatnya berapa ramai orang yang mengharapkan husnul khatimah beroleh kesudahan yang sebaliknya.
Su’ul khatimah. Maut menjemputnya tatkala dia sedang bermaksiat kepada Allah SWT. 

Su’ul Khatimah secara bahasa, Su’ul Khatimah ertinya adalah : “Akhir yang tidak baik.”
Faktor yang menyebabkan “ketidak-baikkan”
Pada saat kematian boleh beragam, yang paling buruk ialah kematian yang tidak disertai dengan membawa iman kepada Allah SWT. Disebut juga mati Kufur (Na’udzu billah). Al Imam Ghazali menjelaskan, ada dua model Su’ul Khatimah:
Pada saat Sakaratul Maut, hatinya dalam keadaan tak beriman, sehingga ruhnya dicabut dalam keadaan tak membawa iman, keadaan ini menyebabkan ia terhalang daripada Allah SWT untuk selama-lamanya, dan menjadikannya kekal di Neraka (Na’udzu billah).
Pada saat ajal menjemput, hati dan perasaan terisi dengan urusan-urusan duniawi, yang terbayang hanya dunia dan urusan material (tidak teringat Allah), sehingga pada saat ruhnya dicabut, hatinya hanya tertuju kepada urusan duniawi. Dan selama hatinya berpaling dari Allah SWT bererti ada penghalang antaranya dengan Allah SWT dan selama ada penghalang maka siksa Allah Azza wa Jalla akan diturunkan, kerana siksa Allah SWT hanya diturunkan kepada mereka yang terhalang dariNya.

Selanjutnya al-Imam Ghazali berkata:
“Jika demikian keadaannya, sungguh sangat mengkhawatirkan, kerana seseorang akan mati sesuai dengan kebiasaannya sehari-hari, dan setelah mati sudah tidak ada lagi kesempatan untuk memperbaikinya.” Dengan begitu nasibnya akan sangat rugi besar. Jika demikian, tergantung dari kadar imannya, apabila masih tersisa iman di hatinya, meskipun sedikit maka ia akan dikeluarkan dari Neraka. Semakin sedikit iman yang dibawa, semakin lama pula menjadi penghuni Neraka (Na’udzu billah).

Menurut penjelasan para Ulama’ pada saat-saat menjelang kematian adalah ujian yang terberat dalam memepertahankan keimanan, syaitan-syaitan pada saat itu dengan amat gigihnya berusaha dengan semua cara membujuk dan merayu agar mati dengan tanpa membawa iman, sehingga diharapkan akan menjadi penghuni Neraka bersamanya. Oleh kerananya :-
Disunnahkan menuntun orang yang sedang Sakaratul Maut untuk membaca kalimat “LA ILAHA ILLALLAH”
Dalam Hadits dinyatakan, “Tuntunlah orang yang akan meninggal dengan kalimat LA ILAHA ILLALLAH.”
(H.R. Muslim)

Dalam Hadits lain :
“Barangsiapa yang akhir ucapannya kalimat LA ILAHA ILLALLAH maka akan masuk syurga.”
(H.R. Ahmad)

Kemudian para Ulama’ menjelaskan, “Ada beberapa perbuatan yang berpeluang menyebabkan Su’ul Khatimah,
Seperti membenci atau memusuhi para Wali Allah meskipun yang sudah wafat,
riba, merampas hak anak yatim,
Meremehkan kewajipan Solat.
Durhaka pada orang Tua.
Minum khamr.
Menyakiti sesama Muslim.
Tidak menjawab seruan Azan dan lain-lainnya.

Peringatan penting.
Mana mungkin seseorang itu beroleh husnul khatimah sedangkan hari-harinya dia penuhi dengan melakukan maksiat kepada Allah SWT. Hari-harinya dia penuhi tanpa menjaga pendengarannya, pandangannya, hati yang hasad, pemikiran yang lucah, perilaku yang khianat, lisannya jauh dari berzikir dan mengingat Allah SWT.
Ingatlah wahai saudara-saudaraku sekelian, semoga Allah SWT merahmatiku dan kelian semua. Sesungguhnya seseorang akan dicabut nyawanya berdasarkan kehidupan yang biasa dia lalui setiap hari.