Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 8 Februari 2020

U 181 : PENGHUNI NERAKA JUGA PUNYA JASA


Tahukah anda bahawa banyak dari penghuni neraka yang semasa hidupnya memiliki jasa besar, namun semua sia-sia kerana tertutupi oleh dosa-dosa mereka yang terbukti lebih banyak?
Sebaliknya, tahukah pula anda bahawa banyak dari penghuni syurga yang semasa hidupnya memiliki banyak dosa, namun semuanya terhapuskan oleh pahala kebaikannya yang lebih besar?
Kerana itu, janganlah terperdaya dengan banyaknya pahala ibadah anda, kerana boleh jadi dosa anda lebih besar atau lebih banyak dari pahala anda.
Dan jangan pula pernah putus asa kerana banyaknya dosa anda, kerana pahala taubat tentu lebih besar dari semua dosa anda, kerana itu teruslah perbanyak amal ibadah anda, dan segeralah bertaubat dan jangan pernah menundanya walau hanya sesaat.
DR Muhammad Arifin Badri MA, حفظه الله تعالى

U 180 : KENALKU, NAMAKU FULUS


Kenalkan aku. Namaku wang/duit/pitih/money/fulus dan macam-macam orang memanggilku. Wajahku biasa saja. Fizikalku juga lemah. Namun aku mampu merombak tatanan dunia.  Aku juga boleh merubah perilaku bahkan sifat manusia kerana manusia begitu mengidolakanku. Banyak orang merubah keperibadiannya. Mengkhianati temannya. Menjual tubuhnya. Bahkan meninggalkan keyakinan imannya demi aku. Aku tidak mengerti perkataan orang soleh dan orang bejat, tapi manusia memakai aku menjadi patukan darjat. Menentukan kaya dan miskin. Terhormat atau pun terhina. Aku bukan iblis, tapi sering orang melakukan kekejian demi aku. Aku juga bukan orang ketiga, tetapi banyak suami isteri berpisah gara-gara aku. Kakak dan adik beradu dan saling benci disebabkan aku. Anak dan orang tua berselisih gara-gara aku. Sangat jelas aku bukan ALLAH, tapi manusia menyembah aku seperti ALLAH. Bahkan kerap kali hamba-hamba ALLAH lebih menghormatiku. Padahal ALLAH sudah berpesan jangan jadi hamba aku. Seharusnya aku melayani manusia, tetapi kenapa manusia malah mahu jadi budakku? Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk siapapun..tapi banyak orang rela mati demi aku. Perlu aku ingatkan. Aku hanya boleh menjadi alat untuk bayar resit ubat anda,  tapi tidak mampu untuk memperpanjangkan hidup anda. Kalau suatu hari anda dipanggil ALLAH SWT, aku tidak akan boleh menemani anda, apa lagi menjadi penebus dosa-dosa anda. Anda harus menghadapinya sendiri kepada sang pencipta. Lalu menerima penghakimannya. Saat itu, ALLAH pasti akan hitung-hitungkan dengan anda. Apakah selama hidup aku digunakan dengan baik atau sebaliknya menjadikan aku sebagai tuhan kelian. Informasi terakhirku, aku tidak akan ada di syurga. Jadi jangan cari aku di sana. Sarananku pada kelian semua.
1. Jangan terlalu sayang sama aku.
2. Gunakan aku untuk temanmu dalam kubur nanti dengan banyak sedekah, berinfak, berzakat dan membantu saudaranya yang ditimpa musibah dan kelaparan. Jangan lupa untuk selalu sentiasa berdoa dan beramal agar aku jadi berkah di dunia dan akhirat...Aamiin...

U 179 : UNTUK SEMUA YANG SEDANG PUNYA PERMINTAAN


Untuk semua yang sedang punya hajat, apapun hajatnya, dan untuk semua yang sedang punya masalah, apapun masalahnya, segeralah datang kepada Allah SWT. Dan bicaralah kepadaNya.

Sungguh DIA Maha Mendengar semua keluhan, Maha Mendengar semua permintaan, dan Maha Kuasa juga mengabulkan, dan mewujudkan. Sungguh, tiada yang pantas didatangi, diperdengarkan segala curahatan hati, kecuali Allah SWT.

Hanya Allah SWT yang boleh menjaga rahsia. Hanya Allah SWT juga yang punya kemampuan dan kekuasaan, dan Allah SWT juga yang memiliki segala kehendak dan pertolongan.

Dekatkan diri kepada Allah SWT dan kesabaran meniti jalan di jalanNya, In Sya Allah akan berbuah ketenangan, dan terangnya jalan hidup.

Sementara itu, tiada juga yang sedang berusaha, bekerja, memiliki usaha, dan pekerjaan, seharusnya ia lebih dekat lagi dengan Allah SWT. Allah SWT yang sudah memberinya segala kurnia, justeru kadang menjadi yang pertama dilupakan, dilalaikan dan dipandang remeh.
Seharusnya, urusan dunia jangan dijadikan pekerjaan utama sehingga akhirat pun dilupakan. Padahal yang membuat lancar urusan dunia kita, adalah Allah SWT.

Maka, kembalilah kepada Allah SWT dan mintalah kepadaNya sebelum dan sesudah kita mengerjakan urusan dunia. Mudah-mudahan semua diperlancarkanNya. Aamiin..

U 178 : MASIH MALAS BERDOA KEPADA ALLAH SWT


Al-Imam Ibnul Qoyyim rahimahullah
Apakah anda merasa lemah, padahal anda mempunyai doa.
Doa adalah ubat yang paling bermanfaat dan merupakan lawannya musibah.
Doa tersebut akan menangkal, menyembuhkan dan juga akan mencegah turunnya musibah.
Apabila musibah telah menimpa seseorang, maka doa boleh menghilangkan dan meringankannya.
Ingat, doa adalah senjatanya seorang mukmin.
Sumber : al-Jawabul Kafi 1/4

U 177 : BERDAKWAH


Dakwah itu membina, bukan menghina. Dakwah itu mendidik, bukan membidik. Dakwah itu mengubati, bukan melukai. Dakwah itu mengukuhkan, bukan meruntuhkan. Dakwah itu menguatkan, bukan melemahkan. Dakwah itu mengajak, bukan mengejek. Dakwah itu menyejukkan, bukan memojokkan. Dakwah itu mengajar, bukan menghajar. Dakwah itu saling belajar, bukan saling bertengkar. Dakwah itu menasihati, bukan mencaci maki. Dakwah itu merangkul, bukan memukul. Dakwah itu ngajak bersabar, bukan ngajak mencakar. Dakwah itu berlumba dalam kebaikan, bukan berlumba saling menjatuhkan. Dakwah itu pandai memikat, bukan mahir mengumpat. Dakwah itu menutup aib dan memperbaikinya, bukan mencari-cari aib dan menyebarkannya. Dakwah itu memberikan senyum manis, bukan menjatuhkan vonis. Dakwah itu menyatukan kekuatan, bukan memecah belah barisan. Dakwah itu siap menghadapi musuh, bukan selalu mencari musuh. Dakwah itu mencari kawan, bukan mencari lawan. Dakwah itu mengatakan mari bersama kami, bukan kamu harus ikut kami. Dakwah itu habis berapa? Bukan dapat berapa? Dakwah itu saling islah, bukan saling salah. Dakwah itu dapat di mana saja, di dunia maya, di pasar, di jalanan di sekolah dan lain-lain. Bukan hanya di masjid dan di pengajian-pengajian. Salam ukhuah untuk semua.

U 176 : DOA BANGUN TIDUR


الصلاة خير من النوم

Alhamdulillahilladzii Ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wa ilaihinnusyuur.
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali sesudah tidur kami dan kepadaNya kami kembali.

U 175 : ANGKATLAH DARJAT ORANG TUAMU DI SYURGA


Jasa orang tua sungguh sangat besar. Sudah semestinya bagi kita untuk boleh berbakti dan membalas jasa-jasanya.
Ketahuilah, ada amalan yang sangat mudah yang boleh kita lakukan untuk mengangkat darjat orang tua kita di syurga.
Dan sungguh inilah yang lebih bermanfaat dan menggembirakan mereka ketimbang pemberian. Pemberian duniawi kita. Rasulullah SAW bersabda:

ﺇِﻥَّ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞَ ﻟَﺘُﺮْﻓَﻊُ ﺩَﺭَﺟَﺘُﻪُ ﻓِﻲ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ
ﻓَﻴَﻘُﻮﻝُ :
ﺃَﻧَّﻰ ﻟِﻲ ﻫَﺬَﺍ؟
ﻓَﻴُﻘَﺎﻝُ :
ﺑِﺎﺳْﺘِﻐْﻔَﺎﺭِ ﻭَﻟَﺪِﻙَ ﻟَﻚَ .

"Sungguh seseorang akan diangkat darjatnya di syurga. (Orang tersebut merasa hairan) dan bertanya, "Bagaimana (aku boleh mencapai) semua ini?" Maka dikatakan padanya, "(Ini semua) kerana istighfar (permohonan ampun kepada Allah yang selalu diucapkan oleh) anakmu untukmu."
(HR. Ahmad)

Masya Allah. Sungguh ini akan menjadi pemberian istimewa bagi orang tua kita. Maka sebagai anak yang berbakti jangan lupa di setiap doa-doa kita, di solat kita mohonkanlah ampun untuk kedua orang tua kita.
Semoga kita boleh melaksanakan amal yang mudah ini. Sebarkan jika anda menyukai tulisan ini, in Shaa Allah pahala besar menanti anda. Mudah-mudahan kita termasuk anak soleh yang boleh mengangkat darjat orang tua.
Aamiin......