Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 12 Februari 2020

U 196 : FITNAH DALAM ISLAM – HUKUM, MACAM-MACAM FITNAH DAN BAHAYANYA


Fitnah ertinya perkataan bohong atau tanpa berdasarkan kebenaran yang disebarkan dengan maksud memburukan orang. Kata fitnah berasal dari bahasa Arab (الفِتْنَةُ) yang bermakna ujian dan cubaan.
Di dalam Al-Quran dan hadist sendiri ada banyak makna tentang fitnah, seperti fitnah bermaksud syirik, berpaling dari jalan yang benar, sesat, pembunuhan dan kebinasaan, perselisihan dan peperangan, kemungkaran dan kemaksiatan. Termasuk adalah menyebar berita dusta atau mengada-ngada yang kemudian merugikan orang lain juga termasuk dalam fitnah.

Hukum Fitnah
Fitnah merupakan suatu kebohongan besar yang sangat merugikan dan termasuk dalam dosa besar. Oleh kerana itu, Islam melarang umatnya memfitnah sebab fitnah adalah haram. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman yang ertinya;

“Wahai orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, (sehingga kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah sebagian kamu menggunjing setengahnya yang lain. Apakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? ( Jika demikian kondisi mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Jadi patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” 
(Q. S. Al-Hujarat : 12).

Seorang Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah;

“Wahai Rasulullah, apakah ghibah itu? Lalu Rasulullah menjawab; ‘Menyebut sesuatu yang tidak disukai saudaramu di belakangnya.’ Kemudian sahabat kembali bertanta; ‘Bagaimana jika apa yang disebutkan itu benar?’ Rasulullah kemudian menjawab; ‘Kalau sekiranya yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah. Tetapi jika hal itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (kebohongan besar).” 
(H. R. Muslin, Abu Daud, dan At-Tirmidzi).

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman yang ertinya;

“Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim dari orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan sebaik-baik saja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam tersedia tempat tinggal bagi orang-orang kafir?” 
(Q. S. Az-Zumar : 32)

“Mahukah Aku beritakan kepadamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka turun ke tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar sungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta.”  
(Q. S. Asy-Syuras : 221-223)

“Fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan.” 
(Q. S. Al-Baqarah : 217).

Dalam hadist yang diriwayatkan oleh Hudzaifah RA, Rasulullah SAW bersabda yang ertinya;  

“Tidak akan masuk syurga orang yang suka menebar fitnah.”

Macam – macam Fitnah
Ada dua macam fitnah, yakni fitnah syubahat dan fitnah syahwat.

1.            Fitnah Syubahat
Syubahat bererti samar-samar atau tidak jelas. Dalam fiitnah syubahat, seseorang menjadi rosak ilmu dan keyakinannya sehingga menjadikan perkara ma’ruf menjadi samar dengan kemungkaran, sementara kemungkaran sendiri tidak ia hindari (dikerjakan). Fitnah syubahat merupakan fitnah paling berbahaya oleh kerana kurangnya ilmu dan lemahnya bashirah, ketika diiringi dengan niat buruk dan hawa nafsu maka timbullah fitnah besar dan keji.
Rasulullah SAW  sangat mengkhawatirkan fitnah syubahat, sebagaimana hadist yang diriwayatkan oleh Abu Barzah Al-Aslamy, beliau bersabda yang ertinya;

“Sesungguhnya di antara yang aku takutkan atas kamu adalah syahwat mengikuti nafsu pada perut kamu dan pada kemaluan kamu serta fitnah-fitnah yang menyesatkan.” 
(H. R. Ahmad).
YangTermasuk dalam fitnah syubahat adalah;

Kekafiran
Allah SWT berfirman yang ertinya;

“Katakanlah: “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya. mereka itu orang-orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, Maka hapuslah amalan- amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat. 
(Q. S. Al Kahfi 18: 103-105).

Kemunafikan
Allah SWT berfirman yang ertinya;

“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. dan bila dikatakan kepada mereka: ’Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi.’ Mereka menjawab: “Sesungguhnya Kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.” 
(Q. S. Al Baqarah 2: 10-11).

Bidaah penyebab perpecahan
Sebuah hadist dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan RA,

“Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri kepada kami, lalu bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya Ahlul Kitab sebelum kamu telah berpecah-belah menjadi 72 agama. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah-belah menjadi 73 agama. 72 di dalam neraka, dan satu di dalam syurga, iaitu Al-Jama’ah.”
“Dan sesungguhnya akan muncul beberapa kaum dari kalangan umatku yang hawa-nafsu menjalar pada mereka sebagaimana virus rabies menjalar pada tubuh penderitanya. Tidak tersisa satu urat dan persendian kecuali sudah dijalarinya.” 
(H. R. Abu Dawud, Ahmad, Al-Hakim).

2.            Fitnah Syahwat
Fitnah syahwat merupakan segala perbuatan yang dapat melemahkan dan mengikis iman seseorang disebabkan oleh mengikuti hawa nafsu. Mereka yang terkena fitnah syahwat biasanya malas beribadah serta tidak segan melanggar perintah Allah SWT dan mengerjakan apa yang dilarang. Hal ini disebabkan oleh hawa nafsu beserta andil dari iblis yang sentiasa mengiringi dan membuat iman semakin lemah.
Umumnya, fitnah syahwat adalah segala sesuatu yang berhubungan dengan dunia, kesenangan, dan yang membangkitkan hawa nafsu. Allah SWT berfirman yang ertinya;

“Dijadikan indah bagi manusia kecintaan kepada syahwat (apa-apa yang diingini) berupa wanita, anak-anak, harta kekayaan yang berlimpah dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia. Dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga).”
(Q. S. Al-Imran : 14).

Bahaya Fitnah
Allah SWT berfirman yang ertinya;

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” 
(Q. S. Al Hujurat : 6).

Apapun yang kita dengar dari orang lain, segala ucapan itu kita terima dengan telinga, bukan dengan lidah (ucapan). Berita-berita itu menyebar luas dari telinga ke telinga seolah keluar dari mulut ke mulut. Hati adalah yang menentukan apakah semua berita yang didengar itu adalah benar atau salah. Allah SWT berfirman yang ertinya;

“Kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar.” 
(Q. S. An Nur : 15).
Selanjutnya, firman Allah SWT mengenai pertanggungjawab panca indera kita di akhirat;

“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (berbuat zina), mereka kena laknat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar, pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Pada hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut semestinya, dan tahulah mereka, bahawa Allah-lah Yang Benar, lagi Yang Menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya).” 
(Q. S. An Nur : 23-25).

Fitnah itu hukumnya sangat berat, lebih berat daripada ketidaktaatan atau dosa besar. Sebab fitnah itu sendiri berbahaya;

1.            Menimbulkan kesengsaraan

Oleh sebab berita yang disebarkan tidaklah benar, fitnah sangat merugikan terutama bagi orang yang difitnah dan boleh jadi harga dirinya hancur di mata masyarakat dan menjadi bahan cemuhan. Sedangkan bagi yang memfitnah sendiri tidak akan lagi boleh dipercayai dan setiap orang pasti akan menjauhinya.

2.            Menimbulkan keresahan

Oleh sebab fitnah yang disebarkan masyarakat jadi tidak tenang kerana takut. Misalnya, ada yang difitnah menjadi pencuri, pastinya orang akan takut jika suatu saat mereka akan jadi korban.

3.            Memecah kebersamaan dan tali silaturrahmi

Satu fitnah boleh menghancurkan satu bangsa kerana satu fitnah saja boleh menimbulkan berbagai masalah yang akhirnya boleh menjadi seperti lingkaran syaitan (masalah yang tiada akhir).

4.            Dapat mencelakai orang lain

Fitnah lebih kejam daripada pembunuhan, pada kenyataannya itu memang benar. Fitnah umumnya dilatarbelakangi ketidaksukaan atau kebencian terhadap orang lain, tidak menutup kemungkinan turut membangkitkan niat jahat berbuat kriminal yang dapat mencelakai orang lain.

5.            Fitnah merugikan orang lain

Sudah sangat jelas bahawa fitnah banyak memberikan korbannya kerugian, mulai dari fizikal, mental, sampai harta benda dan keluarga. Yang paling menyakitkan adalah hancurnya harga diri kerana pada dasarnya setiap manusia pasti ingin dihargai di mata manusia lainnya.

6.            Tanda orang munafik

Ciri-ciri orang munafik yakni; bicaranya dusta, ketika diberi kepercayaan (amanah) justeru mengkhianatinya, dan melanggar janji.

7.            Masuk neraka

Fitnah merupakan salah satu dosa besar yang menjadi penghalang seorang Muslim masuk syurga. Akibat dari perbuatan fitnah sendiri akan menjadi tanggungannya seumur hidup yang apabila tidak segera bertaubat maka nerakalah ancamannya.

U 195 : 5 KEUTAMAAN CINTA KEPADA RASULULLAH BAGI UMAT MUSLIM


Seorang sahabat bernama Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu pernah berkata:
“Tidak ada seorangpun yang paling dicintai oleh para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, akan tetapi jika mereka melihat beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, mereka tidak berdiri (untuk menghormati beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam), kerana mereka mengetahui bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membenci perbuatan tersebut.”

Sebagai Umat Islam yang baik, sudahkah kita benar-benar mencintai Rosulullah Shalallahu Alaihi Wassalam meskipun sebenarnya kita belum pernah mengenal beliau secara langsung? Dan seperti apakah bentuk cinta kita kepada beliau Shalallahu Alaihi Wassalam? Imam al-Qadhi ‘Iyadh al-Yahshubi pernah berkata:

“Ketahuilah, bahawa barangsiapa yang mencintai sesuatu, maka dia akan mengutamakannya dan berusaha meneladaninya. Kalau tidak demikian, maka bererti dia tidak dianggap benar dalam kecintaanya dan hanya mengaku-aku (tanpa bukti nyata). Maka orang yang benar dalam (pengakuan) mencintai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah jika terlihat tanda (bukti) kecintaan tersebut pada dirinya. Tanda (bukti) cinta kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang utama adalah (dengan) meneladani beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, mengamalkan sunnahnya, mengikuti semua ucapan dan perbuatannya, melaksanakan segala perintah dan menjauhi larangannya, serta menghiasi diri dengan adab-adab (etika) yang beliau (contohkan), dalam keadaan susah mahupun senang dan lapang mahupun sempit.”

Jika menilik dari keterangan para sahabat di atas, sudah jelaslah bagi kita tentang erti yang sebenarnya dari mencintai Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam, iaitu dengan meneladani aklak dan budi pekerti, petunjuk, serta sunnah-sunnah beliau dan berusaha untuk mempelajari dan mengamalkannya dengan baik.
Selain itu, juga dengan tidak melakukan hal-hal yang Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam tidak menyukainya seperti terlalu berlebihan dalam hal memuji serta mensifati beliau, iaitu dengan menempatkan beliau pada kedudukan yang lebih tinggi daripada kedudukan yang telah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berikan kepadanya. Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam bersabda

“Janganlah kalian memuji diriku secara berlebihan dan melampaui batas, sebagaimana orang-orang nasrani melampaui batas dalam memuji (Nabi Isa) bin Maryam, kerana sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba ALLAH, maka katakanlah: hamba ALLAH dan RasulNya.”

Apa saja Fadhilah (keutamaan) cinta kepada Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam?
Hikmah dan keutamaan yang boleh kita ambil dari rasa cinta kita terhadap Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam, di antaranya adalah :

1.  Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam adalah teladan yang baik bagi umatnya

Mereka yang meneladani Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam baik ucapan mahupun perbuatan beliau adalah orang-orang yang telah menempuh jalan yang lurus yang pada akhirnya akan membawa mereka menuju kemuliaan serta rahmat daripada Allah SWT. Allah SWT berfirman:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan pada) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
(Qs. al-Ahzaab: 21)

2.  Dengan mencintai Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam akan membawa kita untuk melakukan hal-hal yang beliau cintai

Suatu ungkapan menyatakan bahawa “bukankah pecinta akan melakukan hal-hal yang disukai oleh yang dicintai?” jadi dengan mencintai Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam maka kita akan terbawa untuk melakukan hal-hal yang disukai oleh beliau Shalallahu Alaihi Wassalam.
Dan itu ertinya bahawa kita akan berjalan di jalan yang diredhai ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Selain itu, orang yang mencintai Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam dengan sungguh-sungguh, maka beliau shslallahu Alaihi Wassalam akan membalas dengan cintanya pula.

3.            Mereka yang mencintai Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam akan sentiasa bersama beliau Shalallahu Alaihi Wassalam

Ini sesuai dengan sebuah Hadist yang diriwayatkan oleh Bukhari, iaitu : Daripada Anas bin Malik Rhadiyallahu Anhu bahawasannya “Ada seseorang yang bertanya kepada Nabi SAW tentang hari kiamat,

“Bilakah kiamat datang?” Nabi pun SAW menjawab, “Apa yang telah engkau persiapkan untuk menghadapinya?” Orang itu menjawab, “Wahai Rasulullah, aku belum mempersiapkan solat dan puasa yang banyak, hanya saja aku mencintai Allah dan RasulNya.” Maka Rasulullah SAW pun bersabda, “Seseorang (di hari kiamat) akan bersama orang yang dicintainya, dan engkau akan bersama yang engkau cintai.” Anas pun berkata, “Kami tidak lebih bahagia daripada mendengarkan sabda Nabi SAW, ‘Engkau akan bersama orang yang engkau cintai.’” Anas kembali berkata, “Aku mencintai Nabi SAW, Abu Bakar dan Umar, maka aku berharap akan boleh bersama mereka (di hari kiamat), dengan cintaku ini kepada mereka, meskipun aku sendiri belum (boleh) beramal sebanyak amalan mereka.”

4.            Dengan tulus mencintai Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam, maka orang tersebut akan merasakan manisnya iman

Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam

“Ada tiga hal, barang siapa melaksanakan ketiga-tiganya maka ia akan merasakan kelazatan iman: Orang yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi cinta kepada yang lain, orang yang mencintai orang lain hanya kerana Allah dan orang yang benci untuk kembali kekafiran sebagaimana benci untuk masuk ke dalam neraka.“
(HR. Bukhari)

5.            Dengan mencintai Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam akan dapat membawa seseorang menuju pada kesempurnaan iman

Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadist:

“Demi Allah, salah seorang dari kalian tidak akan dianggap beriman hingga diriku lebih dia cintai daripada orang tua, anaknya dan seluruh manusia.”
(HR. Al-Bukhari)

Jadi, mereka yang mencintai Rasulullah shalallahu Alaihi wassalam adalah orang-orang yang berpegang teguh serta selalu bersemangat dalam menghidupkan serta mengamalkan ajaran-ajaran Beliau Shalallahu Alaihi wassalam, iaitu dengan mengamalkan sunnah beliau, melaksanakan perintahnya, dan menjauhi segala yang dilarangan olehnya baik dalam perkataan mahupun perbuatan serta sentiasa mendahulukan hal-hal tersebut  daripada hanya mengikuti hawa nafsu. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah berfirman :

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

 “Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. 
(Surah At-Taubah:24)

U 194 : MAHABBATULLAH: INDAHNYA CINTA KEPADA ALLAH SWT


Mengurai Erti Cinta

Menurut Imam Ghazali, kata "cinta" (mahabbah) berasal dari kata "hubb", yang sebenarnya mempunyai asal kata "habb" yang mengandung erti biji atau inti. Dari sini lah, cinta menjadi inti kehidupan seseorang.

Hakikat cinta adalah kecondongan hati terhadap sesuatu. Ketika seseorang telah jatuh cinta kepada orang lain, maka ia akan berbuat apa saja yang disukai oleh orang yang ia cintai, mencintai apa yang ia cintai (wala') dan pantang untuk melakukan perbuatan yang ia murkai, juga membenci apa yang ia benci (bara'). Itulah kelaziman cinta, jika tidak demikian maka akan dipertanyakan kecintaanya tersebut.

Dalam Islam, cinta atau mahabbah merupakan salah satu pilar dari tiga pilar ibadah yang lain iaitu: rojaa (pengharapan) dan khauf (rasa takut). Jadi orang yang beribadah tanpa cinta, seolah ia berjalan dengan pincang karena telah kehilangan salah satu pilarnya.

Ali bin Abi Thalib RA pernah berkata: "Ada hamba yang beribadah kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA karena ingin mendapatkan imbalan, itu ibadahnya kaum pedagang. Ada juga hamba yang beribadah kerana takut siksaan, itu ibadahnya budak. Lalu ada sekelompok hamba yang beribadah kerana cinta, itulah ibadahnya orang mukmin”.

Cinta
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA Cinta yang Tertinggi 

Sebanyak apa pun ragam cinta, ia tidak boleh lebih besar dari cinta kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA lah hulu cinta yang tertinggi. Sebagaimana disebutkan dalam Al Quran: "Katakanlah, jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu kuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada ALLAH dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai ALLAH memberikan keputusannya dan ALLAH tidak memberi petunjuk pada orang-orang yang fasik."
(QS. 9:24)

Imam Ghazali mengatakan bahawa cinta kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA adalah tujuan puncak dari seluruh maqam spiritual dan ia menduduki darjat yang tertinggi,

"ALLAH mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya."
(QS. 5: 54)
Ada banyak tanda yang harus kita tunjukkan sebagai bukti kecintaan kita kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, di antaranya adalah:

1. Banyak Berzikir

Bagi seorang muslim, berzikir merupakan hal yang amat penting untuk menjaga kedekatannya dengan
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, kerananya satu-satunya perintah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang menggunakan kata katsira (banyak) adalah perintah zikir kepadaNya, sebagaimana firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA:

"Hai orang yang beriman, berzikirlah kamu kepada ALLAH, zikir yang sebanyak-banyaknya."
(QS. 33:41)

2. Selalu Mengagumi
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA

Orang yang cinta kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA akan kagum terhadap kebesaran dan kekuasaanNya, kerananya ia akan selalu memujiNya dalam berbagai kersempatan, sebagaimana yang tercermin pada surat Al Fatihah :

"Segala puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam."
(QS. 1:2)

3. Reda kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA

Orang yang cinta bererti reda dengan yang dicintainya, kerana itu bila seseorang mengaku cinta kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, maka ia pun harus reda kepada segala ketentuanNya. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman:

"Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila ALLAH dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai ALLAH dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat dengan sesat yang nyata."
(QS 33:36)

4. Berkorban di JalanNya

Tiada cinta tanpa pengorbanan, begitu pula halnya dengan cinta kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, yang harus ditunjukkan dengan pengorbanan di jalanNya. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman:

"Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan ALLAH; lalu mereka membunuh atau terbunuh."
(QS. 9:111)

5. Takut kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman:

"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang-orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberikan makan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredaan ALLAH, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan."
(QS. 76:8-10)

6. Berharap kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA

Cinta kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA juga membuat seseorang selalu berharap kepadaNya, yakni berharap untuk mendapatkan rahmat, reda dan pertemuan denganNya. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman:

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) RASULULLAH itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) ALLAH dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH."
(QS 33:21)

7. Selalu Taat kepadaNya

Ketaatan kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA merupakan sesuatu yang bersifat mutlak, kerananya manusia tidak boleh menggapai cinta ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tanpa ketaatan, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului ALLAH dan RasulNya dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(QS 49:1)

Warna-Warna Cinta

Dalam Islam, selain cinta kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ada beberapa macam cinta yang saling terkait dan terikat. Di antaranya adalah cinta kepada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM, yang merupakan buah yang paling utama dari cinta kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Setidaknya ada tiga bukti cinta kita kepada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM: mengikuti sunnah-sunnahnya, memperbanyak selawat untuknya, dan memuliakan ahli baitnya.

Cinta kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pasti akan membuahkan cinta kepada syariat dan hukumNya. Siapa pun yang mengaku cinta kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan RasulNya, akan tetapi tidak berkomitmen untuk mengamalkan dan memperjuangkan tegaknya hukum ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dalam setiap lini kehidupan, pengakuan cintanya adalah dusta belaka.

Cinta kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan RasulNya juga akan membuahkan cinta kepada sesama Muslim. Kerana pada hakikatnya sesama kaum beriman adalah bersaudara, dan persaudaraan yang hakiki itu hanya ada di antara orang beriman. Tidak akan sempurna keimanan seseorang jika belum boleh mencintai saudaranya sesama mukmin, sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.

Ada juga warna cinta yang lain, iaitu cinta atau rindu kepada tanah air dan bangsa. Imam Hasan Al Banna menyebutnya sebagai wathaniyyatul hanin, sebagaimana juga cinta kepada seluruh tanah umat Islam di penjuru dunia, tanpa terkotak-kotak oleh nama dan bendera.

Cinta kepada tanah air terbukti dengan perjuangan untuk memerdekakannya dari penjajah asing, dan upaya yang kuat untuk melindunginya dari kerosakan dan keinginan peribadi, serta kesungguhan untuk memakmurkannya dengan memilih pemimpin yang bersih, peduli, profesional, penuh cinta dan harmoni, juga mahu bekerja nyata untuk rakyatnya.

Di antara ragam cinta yang lain adalah cinta kepada pasangan dan keluarga. Cinta itu terwujud dalam ketulusan dan kesetiaan, tanggungjawab dan pengorbanan, kasih sayang dan romantisme, yang dibingkai dengan indahnya cinta kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Sewaktu masih kecil Husain (cucu
RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM) bertanya kepada ayahnya, Ali bin Abi Thalib RA: "Apakah engkau mencintai ALLAH?" Ali pun menjawab: "Ya." Lalu Husain bertanya lagi: "Apakah engkau mencintai atuk dari Ibu?" Ali kembali menjawab: "Ya." Husain bertanya lagi: "Apakah engkau mencintai Ibuku?" Lagi-lagi Ali menjawab: "Ya." Husain kecil kembali bertanya: "Apakah engkau mencintaiku?" Ali menjawab: "Ya.”

Terakhir si Husain yang masih polos itu bertanya: "Ayahku, bagaimana engkau menyatukan begitu banyak cinta di hatimu?” Kemudian Ali pun menjelaskan: "Anakku, pertanyaanmu hebat! Cintaku pada Datuk dari ibumu (Nabi SAW), ibumu (Fatimah RA) dan kepada kamu sendiri adalah kerana cinta kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Kerana sesungguhnya semua cinta itu adalah cabang dari cinta kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA." Setelah mendengar jawapan dari ayahnya itu, Husain pun tersenyum mengerti. 

Wallahu a'lam bisshowab.
(Artikel ini ditulis untuk Buletin An-Nisaa, Riyadh, Saudi Arabia)
Diposkan oleh Hakimuddin Salim

U 193 : PERDEBATAN TENTANG BERKAH ANTARA IBRAHIM BIN ADHAM DAN KAFIR ZINDIQ


Definisi berkah atau barakah diterminologikan sebagai "az-ziyadah fil-khair" yakni kebaikan yang semakin bertambah baik dan berkualiti. Sesungguhnya berkah yang pada esensinya datangnya daripada Allah SWT, baik itu secara langsung ataupun yang masih melalui perantara kekasihNya, mampu memberikan pengaruh positif (keberuntungan, ketenangan, kecukupan, kemudahan, kebahagiaan dan aneka kebaikan lainnya).
Bagi kalangan tertentu, berkah menjadi target buruan wajib sebagai modal penting dalam hidup kerana dianggapnya sebagai faktor istimewa penunjang kesejahteraannya, namun bagi sebahagian orang berkah justeru dikategorikan sebagai takhayul yang tidak lebih sekadar mitos irasional turun-temurun.
Syaikh Ibrahim bin Adham ra, suatu ketika pernah terlibat dialog dengan salah seorang kafir zindiq yang tidak percaya akan eksistensi barakah. Zindiq itu berkelekar, "Yang namanya barakah itu jelas tidak ada (hanya mitos)." Mendengar itu, Syaikh Ibrahim lantas menanggapi pernyataannya ;
Ibrahim bin Adham : Pernahkah kamu melihat anjing dan kambing?
Zindiq : Ia, tentu.
Ibrahim bin Adham : Mana dari keduanya yang lebih banyak berreproduksi dalam melahirkan anak-anaknya?
Zindiq : Pastinya anjing, anjing boleh melahirkan sampai 7 anak anjing sekaligus. Sedangkan kambing hanya mampu melahirkan setidaknya hanya 3 anak kambing saja.
Ibrahim bin Adham : Cuba perhatikan lagi di sekelilingmu, manakah yang lebih banyak populasinya antara anjing dan kambing?
Zindiq : Aku lihat kambing lebih mendominasi, jumlahnya lebih banyak dibandingkan anjing.
Ibrahim bin Adham : Bukankah kambing itu sering disembelih? Entah itu untuk keperluan hidangan jamuan tamu, prosesi kurban Idul Adha, acara aqiqah, atau momen istimewa dan hajat lainnya? Tapi ajaibnya spesies kambing tidak kunjung punah dan bahkan jumlahnya justeru nampak melebihi anjing.
Zindiq : Iya, iya, betul sekali.
Ibrahim bin Adham : Begitulah gambaran berkah.
Zindiq : Jika tamsilnya begitu, lalu kenapa justeru kambing yang mendapat berkah, bukan anjing?
Syaikh Ibrahim Bin Adham kemudian menutup dialog itu dengan jawapannya yang cukup menyentil;

لأن الأغنام تنوم أول الليل و تصحى قبل الفجر فتدرك وقت الرحمة فتنزل عليها البركة. وأما الكلاب تنبح طول الليل فإذا دَنا وقت الفجر هجست ونامت ويفوت عليها وقت الرحمة فتنزع منها البركة

Kerana kambing lebih memilih tidur di awal petang tapi, ia selalu bangun sebelum fajar, di saat itulah ia mendapati waktu yang penuh dengan rahmat, hingga akhirnya turunlah berkah kepadanya. Beza halnya dengan anjing, ia doyan menggonggong sepanjang malam, tetapi di saat menjelang fajar ia malah pergi tidur sampai melewatkan saat-saat turunnya kucuran rahmat dan ia pun tidak kebahagian berkah.

U 192 : KISAH INSPIRATIF DI SEBUAH DESA YANG SUBUR


Hiduplah 2 lelaki bersaudara. Sang abang telah berkeluarga dengan 2 orang anak, sedangkan si adik masih membujang. Mereka mengerjakan  sawah padi berdua dan ketika menuai, hasilnya mereka bagi sama rata. Di suatu malam setelah musim menuai, si adik duduk sendiri dan berfikir. "Pembahagian ini sungguh tidak adil, seharusnya abangkulah yang mendapat bahagian yang lebih banyak kerana dia hidup dengan isteri dan kedua anaknya.
"Maka di malam yang sunyi itu diam-diam dia memikul satu karung guni berisi padi miliknya dan meletakkannya di tempat simpanan padi milik abangnya."
Di tempat yang lain, sang abang juga berfikir, "Pembahagian ini adil jika adikku mendapat bahagian yang lebih banyak, kerana ia hidup sendiri, jika terjadi apa-apa dengannya, tentu tak ada yang mengurus, sedangkan aku ada anak dan isteri yang kelak menjagaku."
Maka sang Abang pun bergegas mengambil satu karung dari di tempat simpanan padinya dan menghantarkan dalam diam-diam ke tempat simpanan padi milik adiknya.
Kejadian ini terjadi bertahun-tahun. Dalam benak mereka ada tanda tanya, kenapa tempat simpanan padi padi mereka seperti tak berkurang meski telah menguranginya setiap kali musim menuai?
Hingga di suatu malam yang lengang setelah musim menuai, mereka berdua bertemu di tengah jalan. Masing-masing memikul satu karung guni padi.
Tanda tanya dalam benak mereka terjawab sudah, seketika itu juga mereka saling memeluk erat. Mereka sungguh terharu, berburai air mata menyedari betapa mereka saling menyayangi.
Beginilah seharusnya kita bersaudara. Jangan biarkan harta menjadi pemicu permusuhan melainkan menjadi pelekat yang teramat kuat di antara saudara-mara.
Allah SWT telah menanamkan cinta pada hati mereka yang mahu lelah memikirkan nasib saudara-saudara mereka.
Allah SWT tak akan membiarkan kita kekurangan jika kita selalu berusaha mencukupi kehidupan orang lain.
Allah SWT tak akan menyusahkan kita yang selalu berusaha membahagiakan orang lain. Bahagikanlah renungan ini kepada siapa pun yang engkau jumpai agar kita dapat belajar dan mengerti erti sebuah persaudaraan, baik dalam keluarga, di tengah masyarakat mahupun dalam persahabatan.

U 191 : JANGAN SAMPAI ENGKAU MENYESAL SETELAH ENGKAU MATI KERANA PENYESALANMU NANTI TIADA ERTI


اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Manusia Bertanya:
Bilakah hari kiamat itu?"
Maka apabila mata terbelalak (ketakutan). Pada hari itu manusia berkata: Ke mana tempat hendak melarikan diri?
Sekali-kali tidak. Tidak ada tempat berlindung bagi mereka.
Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya di dunia.
Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri.
Meskipun dia mengemukakan berbagai macam alasan. Sekali-kali janganlah demikian. Sebenarnya kamu (hai manusia) mencintai kehidupan dunia, dan meninggalkan (kehidupan) akhirat. Maka yang akan terjadi hanyalah PENYESALAN