Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 19 Ogos 2012

H 27 TIGA CARA UNTUK MENDAPAT HADIAH DARIPADA ALLAH SWT

1. Berusaha melazimkan diri berdoa & berzikir dengan zikir yang diajar oleh Rasulullah

صلى الله عليه وسلم

2. Menghadiri majlis ilmu, majlis zikir, majlis selawat dan lain-lain majlis yang membawa ingatan kepada Allah swt & Rasulullah  saw                                       صلى الله عليه وسلم
—> Orang yang hadir ke majlis ilmu dengan hati yang ikhlas, mahu mengambil pengajaran, bersungguh-sungguh mendengar, bertujuan untuk mengamalkannya & bertaubat sesungguhnya jika dia datang dengan dosa maka dosa-dosanya itu akan diampunkan Allah.
- ”Orang yang tidur kemudian dikejutkan dan orang yang lalai kemudian diingatkan jika dia tidak mengambil iktibar dari tidurnya dan lalainya, dia tidak ubah seperti orang ‘mati’..”

3. Membersihkan diri dari apa sahaja yang boleh menjadi ‘asbab’ terhalangnya dari mendapat hadiah Allah ini seperti menderhaka kedua ibubapa, memutuskan silaturrahim, syirik dan lain-lain dosa/maksiat.

Rujukan:
http://mohdshahrulnaim.blogspot.com/



H 26 LIMA BELAS GOLONGAN YANG TIDAK DAPAT MELIHAT WAJAH ALLAH SWT

الذين يشترون بعهد الله وأيمانهم ثمناً قليلاً ( صاحب اليمين الكاذبة )

1- Mereka yang sanggup menjual hukum Allah SWT dan Iman dengan perkara dunia yang sedikit nilainya, berbanding dengan ganjaran di Akhirat yang lebih bermanfaat.

(إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَناً قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ) [ آل عمران : 77]
2- الحاكم الذي يحتجب عن رعيته ولا ينظر في حاجتهم وفقرهم

2- Pemerintah yang tidak mengambil berat tentang kesusahan orang bawahannya.

عن أبي مريم الأزدي رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من ولي من أمور المسلمين شيئاً ،فاحتجب دون خلّتهم ،وحاجتهم ،وفقرهم، وفاقتهم، احتجب الله عنه يوم القيامة، دون خلّته ، وحاجته ، وفاقته، وفقره ) صحيح رواه أبو داود وصححه الألباني
3-شيخ زان (والعياذ بالله)

3- Orang tua yang melakukan zina.

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا ينظر إليهم ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم: شيخ زانٍ ، وملك كذّاب ، وعائل مستكبر ) أخرجه مسلم
4-ملك كذَاب

4- Pemerintah yang menipu.

5-عائل مستكبر

5- Mereka yang meninggi diri dan takabbur.

6-مانع فضل الماء

6- Penghalang pengaliran alir atau menyekat saliran air.

في حديث ابي هريرة (……. ورجل منع فضل ماء ، فيقول الله : اليوم أمنعك فضلي ، كما منعت فضل مالم تعمل يداك )
7-صاحب بيعة من أجل الدنيا فإن لم يعطه منها لم يف له

7- Mereka yang bersumpah kerana perkara keduniaan.

في روايه للبخاري: ( ورجل بايع إماماً لايبايعه إلا للدنيا، فإن أعطاه منها وفى له ، وإن لم يعطه لم يف له) اخرجه البخاري ومسلم
8-العاقَ لوالديه

8- Mereka yang menderhakai kedua ibu bapa.

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المشتبهة بالرجال والديوث) صحيح أخرجه أحمد والنسائي
9- المترجلة

9- Mereka yang menyerupai kaum berlainan jenis.

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المشتبهة بالرجال والديوث )) صحيح أخرجه أحمد والنسائي
10-الديوث

10- Mereka yang dayus dengan isteri.

الديوث من أخبث خلق الله قد ماتت الغيرة في قلبه ، يقول ابن القيم: ( وهذا يدل على أن أصل الدين الغيرة ، ومن لاغيرة له لا دين له ، فالغيره تحمي القلب فتحمي له الجوارح ، فتدفع السوء والفواحش ، وعدم الغيرة تميت القلب فتموت الجوارح ،فلا يبقى عندها دفع البته
11- من عمل عمل قوم لوط

11- Mereka yang melakukan amalam kaum Lut ( Liwat ).

عن ابن عباس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (لاينظر الله – تعالى- إلى رجل أتى رجلاً ، أو امرأة في الدّبر ) صحيح اخرجه الترمذي
12-المنًان رجلاً كان أم امرأة

12. Lelaki atau wanita yang miskin lagi sombong.

عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة : ( لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولايزكيهم ، ولهم عذاب أليم ) فقالها رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث مرار ، فقلت : خابوا وخسروا من هم يارسول الله قال: المنان والمنفق سلعته بالحلف والمسبل ازاره ) اخرجه مسلم
13- المسبل إزاره المختال في مشيته

13-Mereka yang melabuhkan pakaian.

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( لاينظر الله تعالى إلى من جرَ ثوبه خيلاء ) أخرجه البخاري
14- البائع المنفق سلعته بالكذب

14- Penjual yang menipu.

عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم : المسبل إزاره ، والمنان ، والمنفق سلعته بالحلف الكاذب ) أخرجه مسلم في كتاب الإيمان
15-امرأة لاتشكر لزوجها

15- Isteri yang tidak bersyukur kepada suami.

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( لاينظر الله إلى امرأة لاتشكر لزوجها وهي لاتستغني عنه ) صحيح أخرجه النسائي وصححه الالباني

Rujukan :
http://www.konoz.com/vb/t13636.html





H 25 Jangan berbangga dengan dosa yang kamu lakukan

Manusia tidak pernah sunyi dari melakukan dosa dan maksiat. Hanya para anbiya` yang maksum sahaja terpelihara dari semua itu. Maka adalah penting, bagi kita sebagai manusia pembuat dosa agar jangan sekali-kali berputus asa dari rahmat dan kasih sayang Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Setiap kali berbuat dosa, harus segera kembali kepadaNya dengan taubat dan sesalan yang sebenar serta mohon bantuanNya agar boleh menghindari segala dosa dan maksiat tersebut. Selagi jantung kita masih berdenyut dan nafas masih turun naik menghirup kehidupan duniawi, maka selagi itulah kita masih punya waktu untuk kembali kepadaNya, tapi janganlah kita berbangga-bangga dengan dosa, atau berbuat dosa tapi tak merasa berdosa. Ini amat berbahaya dan boleh menjuruskan kepada suul khatimah `indal mamat. Setiap kali ingatkan dosa dan maksiat, hendaklah pecah hati kita kerana telah mendurhakai Allah SWT. Jika ini berlaku maka di situlah rahmat dan kasih sayang Allah SWT sebagaimana diisyaratkan dalam hadits qudsi yang masyhur, berbunyi:-

“Aku sentiasa bersama orang yang pecah hatinya kerana Aku”

Rujukan :
http://bahrusshofa.blogspot.com/



H 24 EMPAT Perkara penyuntik semangat untuk beribadat kepada Allah SWT

Imam al-Haddad pernah ditanya mengenai ubat bagi orang yang merasa berat untuk melakukan kebajikan dan cenderung mengikut hawa nafsu. Beliau menjawab:-

Ketahuilah bahawa malas beribadah dan cenderung mengikut hawa nafsu ini disebabkan oleh 4 perkara.

(1) kejahilan, cara mengatasinya ialah dengan menuntut ilmu yang bermanfaat;

(2) lemah iman, cara mengatasinya ialah dengan bertafakur mengenai kekuasaan Allah swt di langit dan bumi serta tekun beramal soleh;

(3) panjang angan-angan, cara mengatasinya ialah dengan ingatkan mati dan menyedari bahawa kematian dapat datang setiap saat; dan

(4) makan sesuatu yang syubahat, cara mengatasinya ialah dengan bersikap warak dan sedikit makan.
Rujukan :
http://bahrusshofa.blogspot.com/


H 23 Allah SWT adalah sumber tenaga kita dalam menjalani kehidupan ini

Kesedaran akan keterlibatan Allah swt bukan suatu alasan yang menyebabkan kita malah malas, justeru sedar akan kekuatan dari Allah swt. Tidak berusaha kerana hanya berharap pada takdir Allah swt. Justeru seharusnya hal ini menjadi suatu dorongan kuat bagi kita. Inilah yang akan menjadi motivasi kita.
Ada beberapa hikmah yang boleh kita ambil dari kesedaran kita akan keterlibatan Allah swt, iaitu:

 

Bagaimana mendapat Kekuatan


Siapa yang boleh melawan takdir Allah swt? Jika kita ditakdirkan berhasil siapa yang boleh mencegahnya? Berlaku juga untuk sebaliknya jika Allah swt tidak mengizinkan, maka siapapun tidak ada yang mampu memaksakannya. Sehingga tidak ada pilihan bagi kita kecuali untuk berusaha.

Kesedaran bahawa kekuatan itu dari Allah swt akan memberikan kekuatan juga pada diri kita. Kerana kita yakin bahawa apa pun yang kita lakukan, tidak akan ada yang boleh menghalangi kita jika Allah swt berkenan. Sehebat apapun manusia, tidak akan ada yang sanggup menghentikan yang mendapatkan pertolongan Allah swt.

 

Sabar Juga Sumber Kekuatan

Orang yang meyakini akan takdir Allah swt, dia akan selalu sabar setiap musibah menimpanya, kerana semuanya dari Allah swt. Dia akan menyambut musibah itu dengan tegar, setegar gunung atau setegar karang diterjang ombak laut. Tanpa goyah sedikitpun.

Sungguh indah apa yang dikatakan Ali bin Abi Thalib r.a.: “Hai bapak Fulan, sesungguhnya jika engkau bersabar, engkau telah melewati takdirmu, dan engkau mendapatkan pahala. Tetapi sekiranya engkau bersedih hati, sesungguhnya takdir tetap saja berlaku, dan engkau mendapatkan dosa.”
Sabar tetap akan melewati takdir, tidak sabar juga sama, maka mending kita pilih sabar. Mungkin kita tetap pada sebuah takdir yang tidak kita inginkan (menurut pendapat kita) namun kita akan mendapatkan pahala. Sebaliknya, jika kita tidak sabar, tidak akan menolong kita, dan kita mendapatkan dosa. Jadi bagi orang yang sadar akan keterlibatan Allah, dia akan sabar dan Allah akan memberikan kekuatan kepada orang yang sabar.

 

Redha dan Qana’ah

Kita akan redha terhadap apa yang diberikan Allah swt dan qanaah akan rezeki yang Dia berikan kepada kita. Sehingga kalau kita sudah berusaha tetapi takdir bicara lain, kita akan redha dengan kegagalan yang dia alami, kerana semua dari Allah. Tidak ada alasan untuk tidak redha.
Pengaruh dari sikap ini dia akan bersungguh-sungguh mencari rezeki dan dengan cara yang benar. Dia tidak akan mengatakan: “Sudah bersungguh-sungguh, tetap saja tidak hasil.” Dia akan berusaha sebaik mungkin dan redha apapun hasilnya. Bukan sikap seperti ini mencerminkan peribadi yang memiliki kekuatan mental yang luar biasa?

 

Menerima Apa Adanya

Orang yang yakin dengan takdir, dia akan menerima apa yang diberikan Allah swt kepadanya. Sikap ini akan melahirkan kekuatan jiwa, tidak akan kecewa, sedih, putus asa, dan sikap-sikap cengeng lainnya. Dia yakin apa yang terjadi pada dirinya adalah yang terbaik bagi dia.

 

Memiliki Harga Diri

Orang yang yakin akan takdir Allah akan memiliki harga diri kerana yakin apa yang dia miliki bukan berasal dari manusia tetapi dari Allah swt semata. Jika pun ada peran manusia, itu hanya sebagai perantara saja. Harga diri ini akan menjadi sumber kekuatan luar biasa, sehingga dia boleh mencurahkan segenap potensinya.
Bagi orang yang memiliki izzah (harga diri) tentuk akan bekerja keras untuk menjaga izzahnya. Dia tidak akan melemah diri atau juga merendahkan diri di hadapan manusia, namun tidak juga sombong. dia akan berusaha untuk tetap mandiri, tidak meminta-minta, dan bekerja keras.

 

Berjiwa Tenang dan Damai

Orang yang yakin akan takdir, akan yakin pula bahawa segala musibah tidak akan membuatnya takut dan ciut. Dia tenang terhadap apapun yang akan dan telah terjadi kerana semua kehendak Allah swt. Dia tidak akan ragu melakukan apapun kerana hasil adalah keputusan Allah swt setelah dia berusaha. Dia tidak akan menyesali masa lalu, dia yakin dengan masa kini, dan berani menghadapi hari esok.

 

Berorientasi ke Depan dan Doing The Best


Orang yang yakin akan kekuatan Allah swt, sabar, redha, qana’ah, menerima apa adanya, memiliki harga diri, tenang, dan damai terhindar dari penyesalan masa lalu, berani menghadapi realiti, bebas dari rasa pesimis, dia tidak mendapatkan jalan lain kecuali berorientasi ke depan menuju yang lebih baik, bertumbuh, dan melakukan pekerjaan sebaik mungkin.
Nabi saw berkata: 

Wahai Aba Musa, mahukah aku tunjukkan ucapan dari perbendaharaan syurga? Aku menjawab, “Ya.” Nabi berkata, “La haula wala Quwwata illa billah.” (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).”
(HR. Ibnu Hibban dan Ahmad)
Rujukan :
http://www.motivasi-islami.com/

Manusia terkutuk di sisi Allah SWT adalah manusia yang bermatlamatkan dunia.

Abdullah Manazil pernah berkata :

1- Manusia yang paling terkutuk adalah manusia yang mencari matlamat dunia.

2- Cintailah Allah SWT dengan sebenar-benar kecintaan.

3- Orang yang bersifat sopan santun adalah orang yang dapat merasakan kewujudan Allah SWT di hadapannya apabila bercakap.

4- Hanya orang yang fakir sahaja yang mampu mengenang Allah SWT dan bersedia untuk menuju Alam Akhirat.

5- Jangan kamu bermegah dengan ibadatmu.

6- Orang yang menyangka dirinya telah hampir dengan Allah SWT adalah sebenarnya orang yang telah jauh dengan Allah SWT.
Rujukan :
Kitab Tazkirah Awliya’. m/s : 131-132.



H 22 KEYAKINAN ADALAH ANUGERAH ALLAH SWT KEPADA HAMBANYA YANG DIKASIHI

Setiap perjalanan akan selalu memerlukan kekuatan. Sebuah kenderaan tidak akan berjalan jika tidak memiliki kekuatan untuk membawa beban dirinya. Begitu juga dengan manusia, agar boleh menjalani hidupnya memerlukan sebuah kekuatan.

Seberapa besarkah kekuatan yang diperlukan  oleh manusia agar sanggup menjalani hidupnya dengan baik? Kita tidak pernah tahu, namun yang jelas adalah potensi yang sudah kita miliki plus pertolongan dan bantuan Allah swt, kita dijamin akan sanggup menjalani hidup dengan beban sebesar apapun.

Allah swt sudah menjamin hal ini, meski kekuatan manusia memang terbatas, tetapi semua beban yang kita hadapi masih berada di bawah kemampuan manusia itu.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Surah 2,  Al Baqarah : ayat 286)

 

Saat Kekuatan Dirasa Kurang


Mungkin Anda pernah merasakan bahawa kekuatan yang kita miliki itu kurang. Merasakan beban terlalu berat seolah kekuatan kita tidak cukup untuk menghadapinya. Jika kita yakin dengan firman Allah swt di atas, jelas kekurangan yang kita rasakan hanyalah prasangka sahaja.

Saat Anda merasa lemah, maka ingatlah ayat di atas. Yakinlah, bangunlah keyakinan pada diri Anda bahawa potensi yang Allah SWT  berikan kepada Anda sesungguhnya cukup untuk menghadapi beban yang kita pikul. Kita masih mampu meminta bantuan dan pertolongan Allah Subhaanahu wa Taala.

 

Keyakinan Adalah Kekuatan Semulajadi


Mungkin, banyak orang yang mengatakan bahawa dia tahu dan beriman dengan ayat di atas. Dia mengatakan bahawa dia pasti sanggup menghadapi semua beban sebesar apapun. Dia mengatakan bahawa potensi manusia itu adalah dahsyat. Dia mengatakan bahawa dia yakin dengan pertolongan Allah SWT.

Namun betulkah? Ini yang patut kita renungkan. Betulkah kita sudah yakin atau hanya dalam mulut semata?
Mari kita periksa, apakah diri kita sudah mencerminkan peribadi yang memiliki keyakinan yang mantap akan kekuatan yang dimilikinya?

1.    Masihkah kita mengeluh atas kesulitan dan beratnya hidup? Jika Anda memang yakin dengan kekuatan yang Anda miliki, kenapa harus mengeluh? Sebuah keluhan adalah pengakuan akan beratnya beban yang dihadapi. Keluhan adalah sebuah pengakuan bahawa kita merasa lemah tidak berdaya. Jika kita merasa kuat, kenapa harus mengeluh? teruskan sahaja, hapuskan semua halangan dan rintangan. Semua itu akan diwujudkan dengan tindakan, bukan dengan kata-kata keluhan.

2.    Tidak memiliki cita-cita yang tinggi. Orang yang merasa lemah, dia tidak akan berani memiliki cita-cita yang tinggi. Hidupnya hanya untuk sekadar boleh berjalan sahaja, sebab apa yang ada dalam fikiran bawah sedarnya hanya sekadar bertahan. Bertahan sahaja susah, kenapa harus memikirkan yang besar? Sudahlah tidak perlu bersungguh-sungguh, boleh  makan sahaja sudah cukup. Dan sebagainya. Semua itu adalah gambaran bahawa Anda merasa lemah.

3.    Melepaskan diri dari beban yang berat, seperti tugas dakwah dan jihad. Dia akan membayangkan bagaimana beratnya tugas dakwah dan jihad. Maka dia melepaskan diri dengan berbagai dalih bahawa dia tidak sanggup, dia sibuk dan sebagainya. Kalaupun dia berdakwah, dia hanya memilih yang ringan sahaja, yang tidak keluar dari zon selesa dia. Ini adalah bahagian saya, katanya. Saya hanya boleh melakukan hal ini. Sementara, dia menganggap tugas-tugas berat itu adalah tugas orang lain, bukan tugas dia. Saat dia yakin bahawa dakwah dan jihad adalah sebuah kewajipan, kenapa harus memilih yang ringan-ringan sahaja? Dia akan mengatakan, yang sesuai dengan kesanggupannya. Terbukti bahawa dia mengakui dirinya lemah. Kesanggupannya hanya sampai setakat ini sahaja.

4.    Tergantung atau menggantungkan diri pada keadaan. Dia takut akan perubahan yang mungkin terjadi. Bagaimana jika perubahan akan merosak bisnesnya? Bagaimana jika perubahan akan mengancam kariernya? Itu mungkin saja, perubahan akan selalu terjadi. Boleh jadi, bisnes Anda akan bankrap  akibat perubahan. Boleh jadi karier Anda tamat kerana perubahan teknologi. Benar? Tidak. Bukan, bukan perubahan yang mengakibatkan bisnes hancur dan karier yang terancam, tetapi kerana diri Andalah yang tidak menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Saat Anda takut, ertinya Anda mengakui kelemahan diri.

5.    Tergantung pada pekerjaan saat ini. Termasuk, saat Anda merasa takut kehilangan pekerjaan saat ini. Kalau saya berhenti, bagaimana dengan makan anak isteri saya? Padahal, siapa yang boleh menjamin Anda akan terus memiliki pekerjaan? Jika Anda seseorang yang yakin dengan kekuatan yang dimilikinya, maka dia yakin akan sanggup mengatasi masalah ekonomi seandainya dia kehilangan pekerjaan. Takut akan kehilangan pekerjaan, adalah sebuah pengakuan bahawa diri anda lemah dan kurang meyakini potensi diri dan pertolongan Allah SWT.

Anda boleh berdebat, Anda boleh berdalih atas apa yang ditulis di atas. Namun semua itu tidak akan ada gunanya, hanya mempertegas diri bahawa Anda kurang yakin akan kekuatan diri dan kekuatan pertolongan Allah SWT.  Akan lebih bermanfaat, jika Anda meningkatkan keyakinan diri bahawa Anda sudah memiliki kekuatan yang cukup untuk mengatasi semua beban hidup dengan pertolongan Allah SWT.

Rujukan:
http://www.motivasi-islami.com/



H 21 SEPULUH Perkara menjadikan amal ibadat anda seperti debu di sisi Allah SWT


السلام عليكم
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Untuk semua saudara-saudariku:

Maaf, saya tak kafirkan banyak orang tapi saya cuma ingatkan saja sesama insan agar “HATI-HATI” 10 HAL PEMBATAL SYAHADAT…
Kenapa saya sanggup menulis hal ini? Kerana banyak orang di luar sana yang kata al Quran sudah tak sesuai zaman sekarang & 35% ayatnya perlu kena tukar ayat baru yang sesuai dengan zaman ni… Lagi banyak orang kata SEMUA AGAMA BENAR, SEMUA AGAMA BAIK, SEMUA AGAMA BAGUS, SEMUA AGAMA SAMA… Benarkah semua agama sama? Benarkah ajaran Tuhan itu 3 tapi 1 itu benar?
—–
ALLAH SWT telah mewajibkan bagi seluruh hambanya untuk masuk ke dalam Islam dan berpegang teguh dengan ajaranNya dan menjauhi segala sesuatu yang menyimpang darinya. Ia juga telah mengutus NABI MUHAMMAD SAW untuk berdakwah terhadap hal tersebut, dan juga telah mengabarkan bahawa barangsiapa yang mengikutinya maka dia telah mendapatkan hidayah, namun barangsiapa yang menolak dakwahnya maka ia telah tersesat. Dan ALLAH SWT telah memperingatkan dalam banyak ayat-ayat al Quran tentang hal-hal yang menyebabkan segala jenis kesyirikan, kemurtadan dan kekafiran.

Para ulama telah menerangkan dan membahas hukum seorang muslim yang murtad dari agamanya dapat disebabkan oleh berbagai macam sebab yang membatalkan keIslamannya, yang menyebabkan darah dan hartanya menjadi halal dan Ia dinyatakan keluar dari Islam. Namun yang lebih berbahaya dan sering terjadi adalah 10 hal yang dapat membatalkan keislaman yang disebutkan oleh Syeik Muhammad Bin Abdul Wahab serta ulama lainnya. Dan saya akan menjelaskan secara singkat akan hal ini, agar kita berhati-hati dan mengingatkan orang lain dengan harapan agar kita selamat dari hal-hal tersebut.

1. Syirik dalam beribadah kepada ALLAH SWT. Firman ALLAH SWT,

“Sesungguhnya ALLAH tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa selain dari syirik itu bagi siapa yang di kehendakiNya.”
(Surah 4, An Nisaa ’: ayat 116)

“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) ALLAH, maka pasti ALLAH mengharamkan padanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seseorang penolongpun.”
(Surah 5, Al Maidah : ayat 72)

Termasuk dalam perkara ini iaitu berdoa kepada orang yang sudah mati dan minta bantuan kepada mereka atau bernazar dan memberi sesaji baik berupa makanan, minuman, haiwan korban, bunga dan lainnya.

2. Menjadikan sesuatu sebagai perantara dengan ALLAH SWT di mana seseorang berdoa dan meminta syafaat serta bertawakal kepada sesuatu tersebut, orang yang berbuat hal seperti ini telah kafir secara ijmak.

Contoh: meminta tolong melalui perantara jin, meminta doa melalui Nabi, meminta ampun melalui Nabi Isa atau Siti Maryam/bunda Maria, meminta perlindungan melalui malaikat, meminta berkat melalui Santo Kristian dan sejenis. Semua doa, ampun, permintaan, HARUS & HANYA ditujukan bagi ALLAH SWT saja.

3. Siapa yang tidak mengafirkan orang-orang musrik atau meragukan kekafiran mereka atau membenarkan ajaran mereka. Maka orang yang berkeyakinan seperti ini juga telah kafir.
Mereka telah membetulkan ajaran agama lain yang salah yang bermakna merekapun mengakui ajaran agama yang salah. Ertinya mereka mengakui bahawa ada Tuhan selain ALLAH SWT itu benar.

4. Siapa yang meyakini bahawa petunjuk selain NABI MUHAMMAD SAW lebih sempurna dari petunjuk beliau, atau meyakini bahawa hukum selain hukum beliau lebih baik dari selain hukumnya, seperti orang-orang yang lebih mengutamakan hukum thagut/demokrasi/komunis/hukum lainnya dari hukum ALLAH SWT, maka orang yang berkeyakinan seperti ini juga telah kafir.

Ertinya mereka tidak meyakini Hukum ALLAH SWT yang banyak ditulis dalam al Quran. Bila tak yakin ayat al Quran, maknanya mereka ragu akan al Quran.

Ragu akan al Quran = Gugur imannya pada Kitab-kitab ALLAH SWT.

Ragu al Quran = Ragu akan perkataan Nabi, menganggap NABI MUHAMMAD SAW berbohong masalah ayat al Quran… maknanya, gugur imannya pada para Nabi.

Ragu al Quran = Ragu akan perkataan Malaikat Jibril, menganggap Malaikat Jibril berbohong masalah ayat al Quran… maknanya, gugur imannya pada para Malaikat.

Ragu al Quran = Ragu akan firman ALLAH SWT, menganggap ALLAH SWT tidak sempurna & berbohong masalah ayat al Quran… maknanya, gugur imannya pada ALLAH SWT.

Rukun Iman dalam Islam ada 6:

Bila dalam kenyataan kehidupan & perbuatan keseharian kita tak percaya pada al Quran, maknanya 4 dari 6 Rukun Islam kita telah BATAL!!!

Iman kepada Kitab-Kitab —> Batal
Iman kepada Para Nabi —-> Batal
Iman kepada Malaikat ——> Batal
Iman kepada Allah swt ———-> Batal

Cuma tersisa dua Iman Islam, iaitu:
Iman kepada Hari Akhir & Iman kepada Qadak & Qadar

5. Siapa yang membenci sebahagian dari ajaran RASULULLAH SAW, meskipun ia tetap mengamalkannya, maka ia telah kafir. 

Berdasarkan firman ALLAH SWT :

“Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan ALLAH (al Quran) lalu ALLAH menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka.”

Mengapa RASULULLAH SAW bersabda bahawa banyak penghuni neraka ialah wanita?

Kali ini, saya ada 2 jawapan untuk sementara:
- Kerana in sya Allah kelak jumlah wanita : pria = 50:1
- Kerana banyak wanita tak guna jilbab/tudung
- Kerana banyak wanita membenci poligami di Kitab ALLAH SWT

Sesiapa yang berkata baik lahir mahupun batin jika poligami itu tak betul, poligami itu salah, maka maknanya:

ia telah menyalahkan al Quran.

ia telah menyalahkan Kitab-Kitab ALLAH SWT kerana Poligamipun terdapat dalam Taurat, Zabur & Injil.

ia telah menyalahkan NABI MUHAMMAD SAW & para nabi lain kerana Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Yakub, Nabi lainpun memiliki isteri lebih dari 1.

ia telah memfitnah NABI MUHAMMAD SAW berkata bohong tentang Ayat yang membatasi poligami 4 isteri saja.

ia telah menghujat ALLAH SWT & mengatakan ALLAH SWTberdusta tentang ayat poligami.
Oleh itu, insyaflah wahai saudara-saudariku, mari, perbaharui syahadat kita dengan solat 5 waktu, kerana NABI MUHAMMAD SAW bersabda:

“Alhamdulillah kerana ALLAH telah menjadikan umatku sering mengucapkan syahadat.”

Hal lain yang perlu diketahui bahawa membatasi kelahiran dengan kondom, suntik, atau medik lainnya ialah salah satu cara mereka para Kristian agar perkembangan umat Islam terhambat, sementara mereka banyak-banyak berkembang biak sebanyak-banyaknya.

6. Siapa yang memperolok-olok salah satu ajaran yang dibawa oleh NABI MUHAMMAD SAW. Atau memperolok-olok pahala dan siksaan yang diperoleh maka ia juga kafir. Dan dalil yang menunjukkan hal tersebut adalah firman ALLAH SWT

“Katakanlah wahai (Muhammad),  ‘Apakah dengan ALLAH, ayat-ayatNya dan RasulNya kalian selalu berolok-olok?’ tidak usah kalian minta maaf, kerana kalian kafir sesudah beriman.”
(Surah At Taubah : ayat 65-66)

Bila ada seorang yang mengakui Islam tapi dia bergurau dengan al Quran & berkata: “GITU AJERPUN DAH KECOH, SAYA KAN CUMA BERSENDA GURAU.” maka silahkan lihat Firman-firman ALLAH SWT di bawah ini:

“Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahanam, disebabkan kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayatKu dan rasul-rasulKu sebagai olok-olok.”
(Surah 18, Al Kahfi: ayat 106)

“Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.”
(Surah 45, Jaatsiyah : ayat 9)

Dan jika kamu tanyakan kepada mereka, tentulah mereka akan menjawab,

“Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan ALLAH, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?”
(Surah 9, Taubah : ayat 65)

“Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul hanyalah sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan; tetapi orang-orang yang kafir membantah dengan yang batil agar dengan demikian mereka dapat melenyapkan yang hak, dan mereka menganggap ayat-ayat kami dan peringatan-peringatan terhadap mereka sebagai olok-olokan.”
(Surah 18, Al Kahfi : ayat 56)

“Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan ALLAH tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan ALLAH itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.”
(Surah 31, Luqman : ayat 6)

“Yang demikian itu, kerana sesungguhnya kamu menjadikan ayat-ayat ALLAH sebagai olok-olokan dan kamu telah ditipu oleh kehidupan dunia, maka pada hari ini mereka tidak dikeluarkan dari neraka dan tidak pula mereka diberi kesempatan untuk bertaubat.”
(Surah 45, Jaatsiyah : ayat 35)

“Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan al Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi syafaat selain daripada ALLAH. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusanpun, nescaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu.”
(Surah 6, An’am : ayat 70)

“Orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka.” Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami.”
(Surah 7,  A’raaf : ayat 51)

“Sesungguhnya al Quran itu benar-benar firman yang memisahkan antara yang hak dan yang batil. dan sekali-kali bukanlah dia senda gurau.”
(Surah 86, Thaariq : ayat 13-14)

7. Perbuatan sihir dengan segala bentuknya. Maka barangsiapa yang melakukan perbuatan ini dan meredhainya, maka ia telah kafir. Sebagaimana firman ALLAH SWTt,

“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir).
Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan,
‘Sesungguhnya kami hanya cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kalian kafir’. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya.
Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorangpun kecuali dengan izin ALLAH. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudarat kepadanya dan tidak memberi manfaat.
Demi, sesungguhnyaa mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab ALLAH) dengan sihir itu, tiadalah keuntungan baginya di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.”
(Surah 2, Al Baqarah : ayat 102)

8. Mendukung dan membantu orang-orang musrik untuk mencelakakan kaum muslimin. Hal ini dilandasi oleh firman ALLAH SWT,

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (kalian), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kalian mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”
(Surah Al Maidah : ayat 51)

9. Orang yang meyakini bahawa ada golongan manusia tertentu yang dibolehkan keluar dari syariah NABI MUHAMMAD SAW. Maka orang yang meyakini hal ini telah kafir, berdasarkan firman ALLAH SWT,

“Di antara ahli kitab ada orang yang jika kalian mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepada kalian dan di antara mereka ada orang yang jika kalian mempercayakan kepadanya satu dinar, tidak dikembalikannya kepada kalian, kecuali jika kalian selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan, ‘Tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang ummi.’ Mereka berkata dusta terhadap ALLAH, padahal mereka mengetahui.”
(Surah Al Imran : ayat 75)

10. Berpaling dari agama ALLAH SWT dengan wujud tidak mempelajarinya dan tidak mengamalkannya. Didasarkan pada firman ALLAH SWT,

“Dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat TuhanNya, kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa.”
(Surah As Sajdah : ayat 32)

Dan tidak ada perbezaan antara pelaku-pelaku sepuluh hal tersebut di atas, baik ia dalam keadaan main-main, bersungguh-sungguh, atau kerana takut ketika melakukannya - kecuali orang yang dipaksa untuk melakukannya-.

Semuanya adalah bahaya yang sangat besar dan sangat sering terjadi. Maka hendaknya setiap muslim dapat menghindarinya dan selalu mengkuatirkan dirinya dari hal-hal tersebut.
Kita kemudian berlindung kepada ALLAH SWT dari segala sesuatu yang dapat mendatangkan kemurkaan dan azabnya yang sangat pedih. Selawat dan salam semoga selalu terlimpah atas manusia terbaik, NABI MUHAMMAD SAW serta atas para kerabat dan sahabatnya.

Mari, sekali lagi kita perbaharui Syahadat kita. Mari kita sama tegakkan solat 5 waktu berjamaah di masjid. NABI MUHAMMAD SAW tak pernah perintah kita solat 5 waktu seorang saja di rumah masing-masing.
Kita solat seorang saja, maka belum tentu solat kita diterima, tapi bila kita banyak berjamaah sekali, in sya ALLAH diterima semua.
Bila kita tegakkan solat 5 waktu berjamaah, maknanya dalam 1 hari saja kita minima mengucap 9x syahadat secara berjamaah disaksikan & didoakan para Malaikat di masjid/surau.

Rujukan :
http://islamterbuktibenar.net/?pg=articles&article=11139