Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 23 Oktober 2012

J 22 KENDURI tahlil 7, 40, 100, 1000 hari itu pusaka Hindu!

ADAT pengantin bersanding dikatakan adat Hindu, ya orang tidak banyak membantah.  Adat mandi safar juga dikatakan berasal daripada Hindu, ya orangpun mudah melupakannya.  Adat kenduri arwah berdasarkan hari-hari tertentu dikatakan daripada amalan Hindu kuno?  Ohhh, ada orang agama mengatakan “Janganlah suka mengkritik amalan yang sudah mantap dalam agama (Islam).” Sebenarnya iblis sudah membelit kepercayaannya dan menjadikan kenduri arwah itu indah.  Mari kita temukan sumber atau sejarahnya.

Bismillah,

Kita mengenal sebuah ritual keagamaan di dalam masyarakat muslim ketika terjadi kematian adalah menyelenggarakan selamatan kematian/kenduri kematian/ tahlilan/yasinan (kerana yang biasa dibaca adalah surat Yasin) di hari ke 7, 40, 100, dan 1000 harinya. Di sini kami mengajak anda untuk mengkaji permasalahan ini secara praktik dan ilmiah.

Setelah diteliti ternyata amalan selamatan kematian/kenduri kematian/ tahlilan/yasinan (kerana yang biasa dibaca adalah surat Yasin) di hari ke 7, 40, 100, dan 1000 hari, bukan berasal dari Al Quran, Hadits (sunah rasul) dan juga Ijma Sahabat, malah kita boleh mencarinya di kitab-kitab agama hindu.

Disebutkan bahawa kepercayaan yang ada pada sebahagian umat Islam, orang yang meninggal jika tidak diadakan selamatan (kenduri: 1 hari, 3 hari, 7 hari, 40 hari dst, /red ) maka rohnya akan gentayangan adalah jelas-jelas berasal dari ajaran agama Hindu. Dalam agama Hindu ada syahadat yang dikenal dengan Panca Sradha (Lima Keyakinan). Lima keyakinan itu meliputi percaya kepada Sang Hyang Widhi, Roh leluhur, Karma Pala, Samskara, dan Moksa. Dalam keyakinan Hindu roh leluhur (orang mati) harus dihormati kerana boleh menjadi dewa terdekat dari manusia [Kitab Weda Smerti Hal. 99 No. 192]. Selain itu dikenal juga dalam Hindu adanya Samskara (menitis/reinkarnasi).

Dalam Kitab Manawa Dharma Sastra Weda Smerti hal. 99, 192, 193 yang berbunyi: “Termashurlah selamatan yang diadakan pada hari pertama, ketujuh, empat puluh, seratus dan seribu.

Dalam buku media Hindu yang berjudul : “Nilai-nilai Hindu dalam budaya Jawa, serpihan yang tertinggal” karya: Ida Bedande Adi Suripto, ia mengatakan : “Upacara selamatan untuk memperingati hari kematian orang Jawa hari ke 1, 7, 40, 100, dan 1000 hari, jelas adalah ajaran Hindu.

Telah jelas bagi kita pada awalnya ajaran ini berasal dari agama Hindu, selanjutnya umat Islam mulai memasukkan ajaran-ajaran islam dicampur ke dalam ritual ini. Disusunlah rangkaian wirid-wirid dan doa-doa serta pembacaan Surat Yasin kepada si mayat dan dipadukan dengan ritual-ritual selamatan pada hari ke 7, 40, 100, dan 1000 yang tidak pernah diajarkan oleh Nabi dan para sahabatnya. Apakah mencampur-campur ajaran seperti ini diperbolehkan?

Ia, campur mencampur ajaran ini tanpa sedar sudah diajarkan dan menjadi keyakinan nenek moyang kita dulu yang ternyata sebahagian dari kaum musliminpun telah mewarisinya dan gigih mempertahankannya.

Lalu apakah kita lebih memegang perkataan nenek moyang kita daripada apa-apa yang diturunkan Allah swt kepada RasulNya?
Allah swt berfirman :

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لا يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلا يَهْتَدُونَ

“Dan apabila dikatakan kepada mereka :”Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah”. Mereka menjawab :”(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami”. Apakah mereka akan mengikuti juga, walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?” 
(QS Al Baqarah ayat 170)

Allah swt berfirman :
وَلا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“Dan janganlah kamu mencampuradukkan Kebenaran dengan Kebatilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya.”
(QS Al Baqarah 42)

Allah subhanahu wa taala menyuruh kita untuk tidak boleh mencampuradukkan ajaran Agama Islam (kebenaran) dengan ajaran Agama Hindu (kebatilan) tetapi kita malah ikut perkataan manusia bahawa mencampuradukkan agama itu boleh, Apa manusia itu lebih pintar dari Allah awt?

Selanjutnya Allah swt berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”
[QS. Al Baqarah : 208].

Allah menyuruh kita dalam berislam MENYELURUH, tidak setengah-setengah…
TIDAK SETENGAH HINDU…SETENGAH ISLAM…
Allahul musta’an


Sumber : Catatan Al Akh Aris Diansah dengan judul asli “Ajaran Gado-gado (Hindu-Islam)” http://www.facebook.com/notes/aris-diansah/ajaran-gado-gado-hindu-islam/439464374660 


J 21 RAHSIA LAMBANG SINGA DI KOTAK ROKOK





Sama ada anda merokok atau tidak, tentu anda biasa melihat simbol-simbol yang sangat popular pada kotak rokok iaitu lambang singa. Walaupun jenama rokok itu tak sama dan dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza, ia tetap mengandungi lambang singa.

Singa adalah spesis binatang ciptaan Allah swt dan ia memiliki ciri-ciri kehebatan dan keagungan tersendiri dalam dunia haiwan sehingga layak digelar raja segala binatang.
Tetapi kenapa ia begitu penting dalam industri tembakau sehingga gambar haiwan ini ada pada hampir semua kotak rokok. Apa istimewa sangat singa-singa ini?

Mengikut tradisi agama Kristian, singa Judah mewakili Jesus. Jesus berasal dari bangsa Yahudi dan dia disebut sebagai Singa Judah dalam kitab Injil. Oleh sebab itu, banyak pertubuhan agama Kristian termasuk kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol singa pada cop mohor mereka.

Singa Judah

Dalam tradisi Yahudi pula, nama Hebrew dan gelaran biasanya digabungkan menjadi berpasangan. Sebab itu kita biasa lihat simbol sepasang singa pada kotak rokok hari ini, bukan seekor.

Dalam bidang ekonomi dan politik dunia hari ini, Singa Judah mempunyai pengaruh yang besar dan kuat. Syarikat-syarikat besar dan juga jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol sepasang Singa Judah sebagai tanda perniagaan dan simbol rasmi (Coat of Arms) mereka. Simbol kerajaan Malaysia juga menggunakan simbol sepasang haiwan tetapi singa itu ditukar menjadi sepasang harimau.

Judah adalah nama suatu kaum dalam bahasa Hebrew disebut Yehuda. Tidak perlu saya nyatakan ia disebut sebagai apa dalam istilah Bahasa Kebangsaan.

Masih tak pasti?
Yehuda = Yahudi
Lion of Judah = Singa Yahudi
Bagi perokok tegar, anda sentiasa membawa simbol Yahudi ini di dalam poket sepanjang masa. Ke mana saja anda pergi, Singa Judah ini sentiasa mengikuti anda walaupun anda sedang mengerjakan solat.

Wang anda juga telah banyak dilaburkan untuk memberi keuntungan kepada industri rokok milik bangsa Yahudi. Jika orang miskin mempunyai hak-hak tertentu pada sebahagian harta orang kaya, syarikat rokok telah berjaya mendapatkan sebahagian hak mereka ke atas pendapatan anda tidak kira anda kaya atau miskin.

Kalau x caya.... cuba la tengok kotak rokok.... 

Isnin, 22 Oktober 2012

J 20 EMPAT Perkara mengundang hikmah daripada Allah SWT

1- Badan yang bebas daripada kesibukan dunia.

2- Perut yang kosong daripada makanan.

3- Tangan yang kosong daripada kekayaan dunia.

4- Memerhati dan memikirkan akibat dunia.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 908.


J 19 TIGA Sikap yang menghancurkan ibadat seseorang

1- Orang yang sibuk dengan kesalahan orang lain.

2- Orang yang sombong atau bangga diri.

3- Orang riak dalam amal perbuatannya.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 953.


J 18 TIGA Sikap melahirkan Kecintaan dalam jiwa manusia

1- Orang yang berbudi baik.

2- Orang yang Ikhlas dalam amal perbuatannya.

3- Orang yang tawaduk ( merendah diri ).

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 954.



J 17 TIGA Perkara yang tak perlu kita fikirkan

1- Jangan kamu fikirkan tentang kemiskinan kerana akan menyebabkan kamu risau dan menambahkan kerakusan.

2- Jangan kamu fikirkan tentang kezaliman orang lain terhadap dirimu kerana akan menambahkan kekerasan hatimu dan kedengkianmu serta akan berlanjutan kemarahanmu.

3- Jangan kamu berfikir untuk kekal di dunia kerana akan menggalakkan kamu menghimpunkan harta dunia dan menunda amal ibadatmu serta melalaikan Akhirat.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2.  M/S : 907.


J 16 LIMA BELAS Musuh Syaitan

1- Rasulullah SAW.

2- Imam yang adil.

3- Orang kaya yang merendah diri.

4- Peniaga yang jujur ( benar ).

5- Orang Alim yang khusyuk.

6- Orang Mukmin yang suka menasihati.

7- Orang Mukmin yang murah hati ( belas kasih ).

8- Orang yang bertaubat dan tetap dengan taubatnya.

9- Orang yang menjauhkan diri daripada segala perkara haram.

10- Orang yang sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.

11- Orang mukmin yang banyak bersedekah.

12- Orang mukmin yang berakhlak mulia.

13- Orang mukmin yang banyak berjasa kepada manusia.

14- Orang mukmin yang membaca al-Quran, menghafaznya dan memahaminya.

15- Orang mukmin yang suka bersolat tahajud di waktu malam.


Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 972.