Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 14 Disember 2012

K 63 Rahsia Solat Tahajud.

SOLAT Tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sebagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

1) TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.
Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian – tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selama tiga jam. Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.

Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.

2) Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :


1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Tunaikan solat Isyak sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga/empat jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China – Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah swt dalam Al-Quran yang bermaksud : 

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” 
( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

3) IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN

Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao, Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti ‘berzikir’ dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian, Tao, Confusius dan Sikh.

4) PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.
Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : 

“The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep.”

Maksudnya “Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur.”

“The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night.” – Longfellow

Maksudnya “Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur.”

Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

5) Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.

Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah swt itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.


Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasai nikmat oksigen segar ini.

6) RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat – kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.

Ketika rukuk dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.
Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.
Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada, bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk – pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit, pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.

Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.

Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.
p/s:Selamat Tidur wahai saudara/saudari sekalian pengunjung alam maya. Cuba amalkan apa yang saya jelaskan pada NOTA ini dan cuba praktikkan diri saudara/saudari SEDIKIT DEMI SEDIKIT, LAMA KELAMAAN AKAN BERHASIL. Moga hari esok masih ada lagi peluang untuk kita diberi nikmat bernafas setiap detik. SALAM PERINGATAN. Jangan pula ada di kalangan anda yang sanggup bersengkang mata semata-mata hendak meluangkan masa di alam maya ini terlalu lama kerana kita sudah tiada masa, PERSIAPKAN BEKALAN AKHIRAT MU ITU,wahai saudara/saudari sekalian….Jadikan malam ini dan malam-malam seterusnya dihiasi dengan mutiara Ibadat anda semua…Assalamualaikkum & Salam Peringatan kepada semua pengunjung alam maya Facebook…

Sumber daripada : Zameer Fisabilillah.


K 62 Ekonomi Islam adalah untuk keadilan sejagat.

Nik Mustapha Bin Nik Hassan
Timbalan Ketua Pengarah

Ketika menghadiri Dialog Antara Agama, ASEM Ke-5 (The 5th ASEM Interfaith Dialogue) pada minggu lepas yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan, menarik sekali penulis dapati rata-rata ahli-ahli peserta Dialog tersebut pada keseluruhannya berpendapat bahawa pendekatan semasa dalam menyusun dan membangun ekonomi negara yang ditunjangi oleh sistem liberal kapitalisme adalah punca kepada kemelut ekonomi dunia semasa yang seterusnya menjejas kesejahteraan hidup masyarakat manusia. Mereka merasakan masa hadapan keadaan ekonomi tidak akan menentu. Tekanan ekonomi terhadap masyarakat dunia khususnya masalah kemiskinan tidak mengambar ada penyelesaian. Bahkan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kini didapati jumlah pengangguran meningkat, kos sara hidup turut meningkat dan hutang diperingkat individu dan negara terus meningkat. Akibatnya mereka menuntut semoga panduan agama perlu diberi perhatian.

Dalam mencari alternatif pilihan untuk mengemukakan pandangan baru kepada pendekatan untuk menyelesai masalah ekonomi semasa, penulis diberi peluang untuk membentangkan makalah yang bertajuk “An Islamic Approach to Economic System” (Satu Pendekatan Islam kepada Penyusunan Sistem Ekonomi). Makalah ini dengan panjang lebar membicarakan tentang garis panduan kepada pendekatan Islam kepada penyusunan sesebuah ekonomi.

Islam memiliki cara pendekatannya yang tersendiri. Permulaan kepada pendekatan menyusun sesebuah ekonomi, sifat dan keperluan manusia secara tepat perlu difahami. Manusia pada tabii memiliki sifat malakiah (kemalaikatan) dan bahimiah (kebinatangan). Mengikut Islam, sifat-sifat tersebut yang tersedia pada diri manusia perlu dipenuhi keperluannya. Disamping itu, usaha membina pandangan dan matlamat hidup individu manusia perlu disandarkan kepada ajaran agama. Tanpa memahami sifat manusia dengan tepat ini, masyarakat akan berterusan menempuhi segala bentuk permasalahan dalam kehidupan mereka termasuk bidang ekonomi.

Islam berpandangan bahawa keperluan malakiah dan bahimiah manusia perlu di penuhi secara sepadu. Kemampuan Negara merancang dan melaksana dasar ekonomi dengan dipandu oleh kekuatan malakiah manusia, akan membangun akhlak individu dalam melaksana aktiviti ekonomi dan akan melahirkan suasana dimana keadilan dalam penyusunan dan pelaksanaan aktiviti ekonomi akan tercapai. Jika kekuatan sifat malakiah manusia mampu mempengaruhi sifat bahimiahnya, kesemua urusan aktiviti ekonomi yang dilaksanakan akan menghayati nilai-nilai luhur. Keluhuran dalam mengendali aktiviti ekonomi akan membina budaya muafakat dikalangan individu masyarakat.
Hasil dari terlaksanaanya semangat muafakat dalam menyusun dan menjalankan aktiviti ekonomi, usaha untuk membenteras kemiskinan dikalangan ahli masyarakat akan dapat di beri tumpuan dengan berkesan. Setiap individu dalam masyarakat perlu berperanan secara berkesan semoga kesemua berada di atas paras kemiskinan. Kejayaan ini membolehkan kesemua individu dalam negara dapat digembeling dan berperanan diperingkat yang terbaik.

Semangat keadilan dalam menyusun sesebuah negara turut memberi penekanan kepada pentingnya pengaliran harta dalam negara dapat disalurkan sehingga tercetus lebih banyak peluang ekonomi. Justeru itu dalam mengubal dasar fiskal dan kewangan, kerajaan perlu memberi tumpuan yang sewajarnya kepada pencapaian matlamat tersebut pada setiap masa dalam ekonomi. Begitu juga dengan segala bentuk mekanisma kedua-dua dasar ekonomi negara sepatutnya mampu berperanan mencetus lebih banyak kegiatan ekonomi.

Peranan sektor swasta dalam mengguna dananya juga perlu menuju ke arah pencapaian matlamat tersebut. Kebolehan dan kemampuan mengembeling dana-dana yang terkumpul untuk mencetus lebih banyak lagi aktiviti ekonomi untuk membolehkan keseluruhan ahli masyarakat menyertai peluang ekonomi.

Kejayaan usaha tersebut merupakan peranan penting sektor swasta kepada kebajikan masyarakat dalam negara. Sektor swasta merupa nadi penting kepada kemajuan ekonomi negara. Tanpa keberkesanan sektor tersebut, ekonomi tidak mungkin akan memperoleh kemajuan dan pertumbuhan yang positif.

Turut patut diberi perhatian kepada wujudnya semangat muafakat dalam menyusun sesebuah ekonomi ialah dengan memberi ruang yang seluasnya kepada setiap individu untuk meningkat prestasi usaha yang membolehkan setiap individu mampu menyumbang kepada kemajuan ekonomi Negara. Justeru itu sistem pendidikan negara perlu berperanan menghasilkan individu yang memiliki pandangan hidup yang sempurna, akhlak yang mulia dan menguasai kemahiran dan kepakaran dalam melaksana setiap tugas. Ketiga-tiga asas ini adalah penentu yang penting kepada kemajuan prestasi ekonomi sesebuah negara

Keadilan dalam penyusunan ekonomi turut memberi perhatian kepada peningkatan mutu dalam penggunaan sumber negara. Sumber-sumber ekonomi yang terdapat dalam sesebuah negara perlu diurus dengan penuh amanah, cekap dan bermutu. Penyalahgunaan dan ketidakcekapan dalam mengurus dan mengguna sumber kekayaan negara akan menyumbang kepada kezaliman terhadap masyarakat dalam negara.

Berpandukan kepada prinsip-prinsip dan hala tuju yang jelas seperti yang disaran oleh Islam usaha untuk menyusun dan membangun kemajuan ekonomi akan manjadi kenyataan. Melalui pendekatan yang memberi tumpuan kepada tindakan awalan (proaktif) tersebut permasalahan ekonomi akan dapat dikurangkan dan sekaligus kemantapan ekonomi akan mampu diperolehi. Kejayaan tersebut akan mengurangkan kerenah ekonomi menimpa masyarakat manusia. Walau pun demikian, kemelut ekonomi yang dihadapi semasa berpunca daripada pandangan hidup, kelakuan dan cara pelaksanaan sistem, penyelesaian yang hakiki perlu kepada perubahan kepada perkara tersebut. Usaha untuk merombak pandangan hidup, kelakuan dan pelaksanaan sistem kepada yang menepati semangat Islam bukan sesuatu usaha yang mudah. Tetapi jika pendekatan semasa diteruskan gejala yang akan menimpa masyarakat manusia bukan akan bersifat ekonomi lagi, bahkan akan berupa permasaalahan kepada peradaban manusia.

Rujukan:


http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=7&sec=&key=1907&cmd=resetall






K 61 LIMA CAHAYA YANG AKAN MENERANGI LIMA KEGELAPAN

1- DOSA  adalah kegelapan dan cahaya bagi DOSA adalah TAUBAT.

2- KUBUR  adalah kegelapan dan cahaya bagi KUBUR  adalah SOLAT.

3- MIZAN/NERACA TIMBANGAN adalah kegelapan dan cahaya bagi MIZAN adalah LA ILAHA ILLALLAH.

4- TITIAN SIRAT  adalah kegelapan dan cahaya bagi TITIAN SIRAT  adalah YAKIN.

5- ALAM AKHIRAT  adalah kegelapan dan cahaya bagi  ALAM AKHIRAT  adalah AMAL SOLEH.






K 60 : ASAS AKHLAK DALAM BERMASYARAKAT DAN BERNEGARA

Nik Mustapha Bin Nik Hassan
Timbalan Ketua Pengarah

Untuk membimbing individu dalam urusan bermasyarakat dan bernegara ke semua kumpulan termasuk ahli politik, korporat, dan pentadbir, mereka perlu berusaha menghayati akhlak mulia dalam menjalani tugasan dan kehidupan mereka. Islam mempunyai asas akhlaknya yang tersendiri. Asas akhlak Islam bersumber daripada semangat falsafah tauhid. Akhlak membicara mengenai sistem perilaku yang telah ditentukan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA untuk manusia dalam menjalani kehidupannya. Justeru itu ke semua kegiatan individu dalam urusan bermasyarakat mengikut Islam perlu menepati garis akhlak yang telah ditentukan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Kemampuan individu mengharmonikan segala aspek kelakuannya mengikut panduan akhlak akan membimbing individu tersebut kepada keserasian hidupnya dengan fitrah kejadiannya. Natijah dari keserasian tersebut yang memampukan individu tersebut memperoleh kemuliaan dan kejayaan hidup di dunia dan seterusnya di alam akhirat.

Oleh itu, pembentukan individu dan masyarakat berakhlak sangat dianjur oleh Islam. NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM diutuskan untuk menyempurna akhlak manusia. Penyempurnaan akhlak manusia dalam kesemua urusan hidup mengikut Islam adalah syarat awal untuk menjamin masyarakat kepada kecemerlangan dalam ke semua aspek kegiatan, termasuk usaha dalam membangun negara.

“Satu kajian berkaitan kepercayaan agama yang membicarakan tentang kebenaran dan kebatilan berkaitan sesuatu amalan dan ia bukan sekadar sebagai satu bidang ilmu. Matlamat utama akhlak ialah untuk mempengaruhi kelakuan sebenar seseorang individu. Setiap amalan baik individu adalah untuk menyuci jiwa dirinya semoga ia memperoleh pembalasan yang baik di alam akhirat. Kelakuan berakhlak adalah persamaan dengan tuntutan agama. Makin beramal seseorang individu dengan ajaran agama makinlah berakhlak individu tersebut.²Mengikut Imam Al Ghazali akhlak adalah, 
 (Asy-Syams: 9-10)²Ilmu berkaitan dengan roh, sifat-sifatnya dan ciri kelakuan manusia. 

Beliau dengan tegas menyatakan bahawa akhlak adalah suatu ilmu amalan yang terpenting. Bagi beliau seseorang yang gagal membimbing jiwanya tidak akan mampu mentadbir urusan kehidupan orang lain. Beliau menyarankan bahawa kemantapan akhlak mesti bermula dengan kefahaman berkaitan dengan jiwa, kuasanya dan sifat-sifatnya. Menguasai ilmu tersebut merupakan syarat awal untuk menyuci jiwanya sebagaimana yang disarankan oleh al Quran: “Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya; Dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorinya. Seterusnya Al Ghazali menerangkan bahawa akhlak juga adalah Manusia pada fitrahnya mengandungi sifat malakiah dan bahimiah. Kedua-dua sifat yang sedia wujud pada diri manusia adalah penting untuk dibangunkan. Islam tidak menganjur kepada penghapusan sifat bahimiah dalam manusia. Bahkan Islam mahu sifat bahimiah ini terus dibina dengan menuntut sifat malakiah mendidik dan membimbing sifat bahimiah. Sifat bahimiah menyediakan tenaga untuk manusia bergiat dan membuat perubahan dan sifat malakiah menjamin bahawa perubahan tersebut mengikut nilai akhlak yang dapat membawa kepada kemajuan mutlak tercapai.

Shah Waliullah, seorang ulama dalam abad ke lapan belas ada mengutara beberapa pokok asas akhlak yang dapat mengarah manusia bermasyarakat dan bernegara ke mercu kemuliaan, iaitu ke arah kemampuan menterjemah keadilan dalam kesemua urusan kehidupan manusia hingga terbangunnya sebuah peradaban yang tinggi. Empat ciri asas akhlak tersebut adalah berikut:

• Taharah – Penyucian diri manusia dalaman dan luaran. Individu Muslim digalakkan memiliki kesucian hati dan kebersihan luaran. Kesucian hati meliputi nilai akhlak yang murni seperti amanah, jujur, ikhlas, penyayang dan sebagainya. Kebersihan luaran meliputi sikap yang positif seperti, disiplin, pemakaian yang kemas dan bersih, dan pertuturan yang mempamerkan kesahsiah yang tinggi dan sebagainya. Memiliki nilai dalaman dan luaran yang tersebut menjadi seseorang individu dapat menjalani urusan bermasyarakat dengan berkesan dan penuh disiplin. Sifat keperibadian individu yang mulia ini akan dapat memainkan peranan yang positif kepada kegiatan kehidupan yang diceburi.
Asas ini mampu dibina melalui amalan ibadat yang diwajibkan dan amalan sunat tambahan seperti solat tahajud, solat witir, berzikir dan sebagainya, khususnya pada larut malam hingga hampir pagi. Kesucian hati hanya akan dibina setelah hubungan erat dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA kerap diamalkan.

• Ikhbat – Menegap kebenaran melalui ketaatan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Patuh dan cinta kepada kebenaran adalah satu daripada akhlak induk. Mereka yang tidak patuh kepada Allah swt menolak kebenaran walaupun ia yakin sesuatu itu benar. Sifat ini meletakkan nilai peribadi manusia supaya sentiasa taat dengan penuh keyakinan bahawa tindakan menegak kebenaran adalah sesuatu yang positif dan produktif kepada kemajuan diri dan segala urusan kehidupannya termasuk menjalani urusan membangun negara. Justeru itu keilmuan dan kefahaman yang benar akan mengawasi pandangan hidup dan segala tindak tanduk individu semoga kesemua tindak tanduk tersebut menepati arahan Illahi.
Kealpaan dalam mendukung kebenaran manghasilkan individu yang munafik. Iaitu individu yang mana tindakannya berbeza dengan apa yang dilafazkan. Jika sifat ini menjadi budaya dalam sesebuah masyarakat, ia adalah petanda awal kepada kemusnahan masyarakat terbabit.

• Samahah – Sifat bertolak ansur, pemurah hati dan pemaaf. Sifat ini sangat perlu dalam hidup bermasyarakat dan bernegara. Keutuhan dan kestabilan dalam sistem bernegara akan dapat dicapai jika sifat ini diamalkan oleh setiap ahli masyarakat. Semangat kerjasama dan muafakat dalam melaksana urusan kehidupan bermasyarakat adalah faktor yang membawa kepada kestabilan yang seterusnya ke arah pencapaian kemajuan masyarakat negara. Masyarakat yang penuh dengan emosi yang di pengaruhi oleh nafsu bahimiah dan tidak memiliki sifat penyayang sukar untuk bekerjasama dalam mengendali urusan kehidupan. Kemajuan sesebuah tamadun adalah usaha bersama oleh setiap individu. Ini menepati sifat tabii kemanusiaan yang memiliki ciri manusia sosial. Justeru itu sifat samahah adalah asas akhlak yang membawa kepada suasana yang harmoni dalam mengendali urusan masyarakat dalam sesebuah negara.

• Adalah – Bersifat insaf dan adil. Menghayati semangat keadilan dalam kesemua aspek kehidupan merupakan kemuncak kepada pembinaan tamadun manusia hasil daripada penghayatan ketiga-tiga asas akhlak terdahulu seperti taharah, ikhbat dan samahah dan yang di miliki oleh seseorang manusia. Keempat-empat asas akhlak ini berhubung rapat dan sifat adil adalah paling di kehendaki oleh syariat.
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman dengan maksud

“Sesungguhnya ALLAH menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan ALLAH melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.”
(Surah 16  AN NAHL : 90)

Ciri asas akhlak di atas jika diamal dan disepadukan dalam kesemua amalan kegiatan manusia termasuk kegiatan membangun masyarakat dan negara akan membolehkan kemajuan dan kejayaan iaitu kemampuan melaksanakan keadilan dalam menjalankan tugas. Kecapaian pelaksanaan semangat keadilan dalam penyelenggaraan setiap amalan pembangunan masyarakat merupakan kemuncak keutuhan sistem bermasyarakat dan bernegara, dan merupakan syarat awal kepada pembangunan sesebuah tamadun manusia.

Dalam usaha individu dan masyarakat menghayati nilai keadilan, gulungan yang berilmu dikalangan masyarakat hendak memainkan peranan yang berkesan. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman dengan maksud: 

“ALLAH mengakui bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain daripadaNya dan malaikat mengakui dan orang-orang berilmu yang tegak dengan keadilan.”
(Surah 3  ALI  IMRAN : 18)

Malangnya pada masa kini pada umumnya masyarakat memahami akhlak sebagai kelakuan baik yang menghasilkan kelakuan individu yang boleh diumpamakan seperti individu yang lurus dan betul bendul. Pemahaman yang sedemikian akan gagal memberi pengertian yang tepat tentang pentingnya akhlak dalam membangun masyarakat. Jika asas akhlak difahami secara falsafah seperti yang dihujahkan oleh Shah Waliullah sudah pasti usaha ke arah pemantapan akhlak individu akan menjana ke arah kewujudan tamadun manusia yang mulia dan berdaya maju. Nilai kemanusiaan sejati yang dituntut oleh Islam seperti mendukung keadilan dan memupuk kasih sayang di kalangan umat manusia akan menjadi suatu pendekatan kepada pembangunan masyarakat semasa.

Dari perspektif kemajuan ekonomi dan pembangunan negara pendekatan yang diambil menepati semangat falsafah akhlak Islam akan menjurus kepada pembangunan ekonomi dicapai melalui pendekatan keadilan sosial. Keadilan sosial di sini bererti usaha ke arah pembasmian kemiskinan diberi keutamaan. Ia diikuti dengan penghapusan segala unsur kezaliman dalam perjalanan aktiviti ekonomi. Usaha ini akan mengurang jurang perbezaan di antara yang kaya dan yang kurang bernasib baik. Turut diberi perhatian menepati semangat keadilan ialah kemampuan negara meningkat keberkesanan dalam pengaliran harta kekayaan negara semoga lebih banyak peluang ekonomi dapat dicetus. Ini sekaligus menyelesaikan masalah penggangguran. Pendekatan keadilan sosial dalam membangun ekonomi negara akan menjana kepada pertumbuhan ekonomi dengan disertai kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan tercapai.

Rujukan:

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=7&sec=&key=1907&cmd=resetall


Rabu, 12 Disember 2012

K 59 EMPAT Perkara mengubah takdir Allah SWT.



EMPAT Perkara mengubah takdir ALLAH SUBHANAHU WA TAALA :

1- Berdoa kepada
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

2- Bersedekah.

3- Bertasbih kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

4- Berselawat kepada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM

Untuk mendapat dalil seperti ayat al Quran dan al-Hadis sila layari web di bawah.

Rujukan:
http://www.motivasi-islami.com/rahasia-mengubah-takdir/

K 58 EMPAT Proses penciptaan manusia.


1) Penciptaan langsung oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Proses penciptaan ini adalah bukan melalui hubungan seksual antara leaki dan perempuan. Ini adalah penciptaan manusia secara langsung olah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sebagaimana diciptakannya Adam Alaihis Salaam yang disebut sebagai manusia tanpa ayah dan tanpa ibu.

2) Penciptaan melalui seorang lelaki saja. Proses penciptaan ini dilakukan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA terhadap Siti Hawa (isteri Adam as) melalui tulang rusuk Adam, yang disebut sebagai manusia tanpa ibu.

3) Penciptaan melalui seorang perempuan saja. Proses penciptaan ini terjadi pada diri Nabi Isa Alaihis Salaam yang tidak mempunyai ayah kerana Maryam (ibunya) tidak mempunyai suami seorangpun dan tidak pula pernah melakukan hubungan seksual dengan lelaki manapun.

4) Penciptaan melalui seorang lelaki dan perempuan. Proses penciptaan ini adalah proses yang umum terjadi sekarang ini. Semua orang setelah Nabi Isa as, dilahirkan ke dunia melalui proses penciptaan ini, kecuali untuk ketiga orang yang telah disebutkan (Adam as, Siti Hawa, dan Isa as), begitu juga terhadap diri NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM.

Rujukan:

http://www.slideshare.net/Shobrie/kehidupan-manusia-di-dunia

K 57 LIMA Ujian Allah SWT terhadap manusia.


“Kami telah beriman dan mereka tidak diuji lagi?” 
(Surah 29  AL 'ANKABUUT : 2)

Perhatikan pula Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA lainnya : 

1) “Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka…” 
(Surah 29  AL 'ANKABUUT : 3)

2) “Sungguh Kami telah menjadikan apa-apa yang ada di bumi sebagai suatu hiasan dan ujian bagi mereka, siapa di antara mereka yang paling baik amal perbuatannya.”
(Surah 18  AL KAHFI : 7)

3) “Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan, sebagai suatu cubaan dan kepada Kamilah kamu akan dikembalikan.”
(Surah 21  AL ANBIYAA' : 35)

4) “Kamu sungguh akan diuji dengan harta-hartamu dan dirimu sendiri…” 
(Surah 3  ALI  IMRAN : 186)

5) “ALLAH telah menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapa yang paling baik amal perbuatannya.”
(Surah 67  Al MULK : 2)


Rujukan:
http://www.slideshare.net/Shobrie/kehidupan-manusia-di-dunia