Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 6 Oktober 2013

L 126 ; Surah 108 : AL KAUTSAR (NIKMAT YANG BANYAK).


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


SurahAl Kautsar terdiri atas 3 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah diturunkan sesudah surah Al 'Aadiyaat. Dinamai Al Kautsar (nikmat yang banyak) diambil dari perkataan Al Kautsar yang terdapat pada ayat pertama surah ini.
Surah ini sebagai penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.

Pokok-pokok isinya:

Allah telah melimpahkan nikmat yang banyak kerana itu bersolat dan berkorbanlah; Nabi Muhammad s.a.w. akan mempunyai pengikut yang yang banyak sampai hari kiamat dan akan mempunyai nama yang baik di dunia dan di akhirat, tidak sebagai yang dituduhkan pembenci-pembencinya.

SOLAT DAN BERKORBAN TANDA BERSYUKUR KEPADA NIKMAT ALLAH.

1. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.

2. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah[1605].
[1605]. Yang dimaksud berkorban di sini ialah menyembelih haiwan korban dan mensyukuri nikmat Allah.

 

3. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.[1606]

[1606]. Maksudnya terputus di sini ialah terputus dari rahmat Allah.

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ketika Ka'bubnul Asyraf (tokoh Yahudi) datang ke Mekah, kaum Quraisy berkata kepadanya: "Tuan adalah pemimpin orang Madinah, bagaimana pendapat tuan tentang si pura-pura shabar yang diasingkan oleh kaumnya, yang mengangggap dirinya lebih mulia daripada kita padahal kita menyambut oramg-orang yang melaksanakan haji, pemberi minumnya serta penjaga Kaabah?" Ka'ab berkata: "Kalian lebih mulia daripadanya." Maka turunlah ayat ini (S. 108:3) yang membantah ucapan mereka. 
(Diriwayatkan oleh al-Bazazar dan yang lainnya dengan sanad shahih yang bersumber dari Ibnu Abbas.)


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika Nabi saw. diberi wahyu, kaum Quraisy berkata: "Terputus hubungan Muhammad dengan kita." Maka turunlah ayat ini (S.108:3) sebagai bantahan atas ucapan mereka.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam kitab al-Mushannif dan Ibnul Mundzir yang bersumber dari 'Ikrimah)


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa kaum Quraisy menganggap kematian anak lelaki bererti putus turunan. Ketika putera Rasulullah saw. meninggal, al-'Ashi bin Wa'il berkata bahawa Muhammaad terputus turunannya. Maka ayat ini (S.108:3) sebagai bantahan terhadap ucapannya itu.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari as-Suddi.)


Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam kitab ad-Dalail yang bersumber dari Muhammad bin 'Ali, dan disebutkan bahawa yang meninggal itu ialah al-Qasim. 

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini (S.108:3) turun berkenaan dengan al-'Ashi bin Wa'il yang berkata: "Aku membenci Muhammad." Ayat ini (S.108:3) turun sebagai penegasan bahawa orang yang membenci Rasulullah akan terputus segala kebaikannya.

(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi yang bersumber dari Mujahid.)


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika wafat Ibrahim putera Rasulullah saw. orang-orang musyrik berkata satu sama lain: "Orang murtad itu (Muhammad) telah terputus keturunannya tadi malam." Allah menurunkan ayat ini (S.108:1-3) yang membantah ucapan mereka.

(Diriwayatkan oleh at-Thabarani dengan sanad yang dha'if yang bersumber dari Abi Ayyub.) 


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini (S.108:2) turun ketika Jibril datang kepada Rasulullah pada peristiwa Hudhaibiah memerintahkan qurban dan solat. Rasulullah segera berdiri khutbah fitri mungkin juga Adha (Rawi meragukan, apakah peristiwa di dalam Hadits itu terjadi pada bulan Ramadan ataukah Dzulqaidah) kemudian solat dua rakaat dan menuju ke tempat qurban lalu memotong qurban.

(Diriwayatkan oleh Ibnu jarir yang bersumber dari Sa'ad bin Jubair.)


Keterangan: 

Menurut as-Suyuthi riwayat ini sangat gharib. Matan hadits ini meragukan kerana solat Ied didahului khutbah (Peny).


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa 'Uqbah bin Abi Mu'aith berkata: "Tidak seorang anak lelakipun yang hidup bagi Nabi saw. sehingga keturunannya terputus." Ayat ini (S.108:3) turun sebagai bantahan terhadap ucapan itu. 
(Diriwayatkan oleh Ibnu jarir yang bersumber dari Syamar bin 'Athiyah.)


Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika Ibrahim putera Rasulullah saw. wafat, kaum Quraisy berkata: "Sekarang Muhammad menjadi Abtar (putus turunannya)." Hal ini meyebabkan Nabi saw. bersedih hati, maka turunlah ayat ini (S.108:1-3) sebagai penghibur baginya.

(Diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir yang bersumber dari Ibnu Juraij.)

 

Surah ini menganjurkan agar orang selalu beribadah kepada Allah dan berkorban sebagai tanda bersyukur atas nikmat yang telah dilimpahkanNya.


HUBUNGAN SURAH AL KAUTSAR DENGAN SURAH AL KAAFIRUUN


Dalam surah Al Kautsar, Allah swt memerintahkan agar memperhambakan diri kepada Allah, sedang dalam surah Al Kaafiruun perintah tersebut ditegaskan lagi.




L 125 ; Surah 107 : AL MAA'UUN (BARANG-BARANG YANG BERGUNA).


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Surah ini terdiri atas 7 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah, diturunkan sesudah surah At Taakatsur. Nama Al Maa'uun diambil dari kata Al Maa'uun yang terdapat pada ayat 7, ertinya barang-barang yang berguna. 

Pokok-pokok isinya:

Beberapa sifat manusia yang dipandang sebagai mendustakan agama. Ancaman terhadap orang-orang yang melakukan solat dengan lalai dan riak.

BEBERAPA SIFAT YANG DIPANDANG SEBAGAI MENDUSTAKAN AGAMA.

1. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?

2. Itulah orang yang mengherdik anak yatim,

3. dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.

4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat,
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ayat ini (S.107:4-7) turun berkenaan dengan kaum Munafiqin yang mempertontonkan solat kepada kaum Mukminin (riak) dan meninggalkannya apabila tidak ada yang melihatnya serta menolak memberikan bantuan ataupun pinjaman. Ayat ini (S.107:4-7) turun sebagai peringatan kepada orang-orang yang berbuat seperti itu. 
(Diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir dari Tharif bin Abi Thalhal yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

5. (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya,

6. orang-orang yang berbuat riak[1603],
[1603]. Riak ialah melakukan sesuatu amal perbuatan tidak untuk mencari keredhaan Allah akan tetapi untuk mencari pujian atau kemahsyuran di mata masyarakat.

7. dan enggan (menolong dengan) barang berguna[1604].
[1604]. Sebahagian mufassirin mengertikan: enggan membayar zakat.

 

Surah Al Maa'uun menjelaskan sifat-sifat manusia yang buruk yang membawa mereka ke dalam kesengsaraan.


HUBUNGAN SURAH AL MAA'UUN DENGAN SURAH AL KAUTSAR


Dalam surah Al Maa'uun dikemukakan sifat-sifat manusia yang buruk, sedang dalam surah Al Kautsar ditunjukkan sifat-sifat yang mulia, yang diperintahkan mengerjakannya.





L 124 ; Surah 106 : QURAISY (SUKU QURAISY)



Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Surah ini terdiri atas 4 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah dan diturunkan sesudah surah At Tiin. Nama Quraisy diambil dari kata Quraisy yang terdapat pada ayat pertama, ertinya suku Quraisy. Suku Quraisy adalah suku yang mendapat kehormatan untuk memelihara Kaabah. 

Pokok-pokok isinya:

Peringatan kepada orang Quraisy tentang nikmat-nikmat yang diberikan 
ALLAH SWT kepada mereka kerana itu mereka diperintahkan untuk menyembah ALLAH SWT.

KEMAKMURAN DAN KETENTERAMAN SEHARUSNYA MENJADIKAN ORANG BERBAKTI KEPADA ALLAH.

 

1. Kerana kebiasaan orang-orang Quraisy,

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Rasulullah saw. bersabda: "ALLAH mengutamakan Quraisy dengan tujuh perkara, sampai akhir hadits di antaranya turun ayat berkenaan dengan mereka yang tidak diturunkan kepada yang lainnya, iaitu ayat ini (S.106:1-4).

(Diriwayatkan oleh al-Hakim dan yang lainnya yang bersumber dari Ummu Hani binti Abi Thalib.)

 

2. (iaitu) kebiasaan mereka bepergian pada musim dingin dan musim panas[1602].

[1602]. Orang Quraisy biasa mengadakan perjalanan terutama untuk berdagang ke negeri Syam pada musim panas dan ke negeri Yaman pada musim dingin. Dalam perjalanan itu mereka mendapat jaminan keamanan dari penguasa-penguasa dari negeri-negeri yang dilaluinya. Ini adalah suatu nikmat yang amat besar dari Tuhan mereka. Oleh kerana itu sewajarnyalah mereka menyembah ALLAH SWT  yang telah memberikan nikmat itu kepada mereka.

 

3. Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini (Kaabah).

 

4. Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.

 

Surah Quraisy menerangkan kehidupan orang Quraisy serta kewajipan yang seharusnya mereka penuhi.


HUBUNGAN SURAH QURAISY DENGAN SURAH AL MAA'UUN


1. Dalam surah Quraisy, ALLAH SWT  menyatakan, bahawa Dia membebaskan manusia dari kelaparan, maka dalam surah Al Maa'uun, ALLAH SWT  mencela orang yang tidak menganjurkan dan tidak memberi makan orang miskin.

2. Dalam surah Quraisy, 
ALLAH SWT  memerintahkan menyembahNya maka dalam surat Al Maa'uun, ALLAH SWT mencela orang yang solat dengan lalai dan riak.





Sabtu, 5 Oktober 2013

L 123 ; Surah 105 : AL FIIL (GAJAH)



Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Surah ini terdiri atas 5 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah, diturunkan sesudah surah Al Kaafirun. Nama Al Fiil diambil dari kata Al Fiil yang terdapat pada ayat pertama surah ini, ertinya gajah. Surah Al Fiil mengemukakan cerita pasukan bergajah dari Yaman yang dipimpin oleh Abrahah yang ingin meruntuhkan Kaabah di Mekah. Peristiwa ini terjadi pada tahun NABI MUHAMMAD SAW  dilahirkan.

Pokok-pokok isinya:

Cerita tentang pasukan bergajah yang diazab oleh 
ALLAH SWT  dengan mengirimkan sejenis burung yang menyerang mereka sampai binasa.

AZAB ALLAH KEPADA TENTERA BERGAJAH YANG AKAN MENGHANCURKAN KAABAH.

1. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah[1601]?
[1601]. Yang dimaksud dengan tentera bergajah ialah tentera yang dipimpin oleh Abrahah Gubernor Yaman yang hendak menghancurkan Kaabah. Sebelum masuk ke kota Mekah tentera tersebut diserang burung-burung yang melemparinya dengan batu-batu kecil sehingga mereka musnah.

2. Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia?

3. dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong,

4. yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar,

5. lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).

Surah Al Fiil ini menjelaskan tentang kegagalan pasukan bergajah yang dipimpin oleh Abrahah, kerana Kaabah dipelihara oleh ALLAH SWT .

HUBUNGAN SURAH AL FIIL DENGAN SURAH QURAISY


Dalam surah Al Fiil, ALLAH SWT . menjelaskan kehancuran pasukan bergajah yang hendak merobohkan Kaabah, sedang dalam surat Quraisy ALLAH SWT  memerintahkan kepada penduduk Mekah untuk menyembah ALLAH SWT pemilik Kaabah itu.






L 122 ; Surah 104 : AL HUMAZAH ( PENGUMPAT ).



Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Surah Al Humazah terdiri atas 9 ayat, termasuk golongan surat-surat Makkiyah, diturunkan sesudah surah Al Qiyaamah. Dinamai Al Humazah (pengumpat) diambil dari perkataan Humazah yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Pokok-pokok isinya:

Ancaman 
ALLAH SWT  terhadap orang-orang yang suka mencela orang lain, suka mengumpat dan suka mengumpulkan harta tetapi tidak menafkahkannya di jalan ALLAH SWT.

AMAT CELAKALAH PENIMBUN HARTA YANG TIDAK MENAFKAHKANNYA DI JALAN ALLAH.

1. Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Utsman dan Ibnu Umar berkata: "Masih segar terdengar di telinga kami bahawa ayat ini (S.104:1,2) turun berkenaan dengan Ubay bin Khalaf, seorang tokoh Quraisy yang kaya raya, yang selalu mengejek dan menghina Rasul dengan kekayaannya."
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi hatim yang bersumber dari Utsman dan Ibnu Umar.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini (S.104:1,2,3) turun berkenaan dengan al-Akhnas bin Syariq yang selalu mengejek dan mengumpat orang. Ayat ini turun berkenaan sebagai teguran terhadap perbuatan seperti itu.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi hatim yang bersumber dari as-Suddi.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini (S.104:1-3) turun berkenaan dengan Jamil bin Amir al-Jumbi seorang tokoh musyrik yang selalu mengejek dan menghina orang.
(Diriwayatkan oleh Ibnu jarir yang bersumber dari seorang suku Riqqah.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa Ummaiah bin Khalaf selalu mencela dan menghina Rasulullah apabila berjumpa dengannya. Maka 
ALLAH SWT menurunkan ayat ini (S.104: sampai akhir surat) sebagai ancaman siksa yang sangat dahsyat terhadap orang-orang yang mempunyai anggapan dan berbuat seperti itu.
(Diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir yang bersumber dari Ibnu Ishaq.)

 

2. yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung[1600],

[1600]. Maksudnya mengumpulkan dan menghitung-hitung harta yang kerananya dia menjadi kikir dan tidak mahu menafkahkannya di jalan ALLAH SWT.

 

3. dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengkekalkannya,

 

4. sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.

 

5. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?

 

6. (iaitu) api (yang disediakan) ALLAH yang dinyalakan,

 

7. yang (membakar) sampai ke hati.

 

8. Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka,

 

9. (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.

 

Dalam surah ini diterangkan bahawa orang-orang yang suka mencela orang-orang lain, suka memfitnah dan suka mengumpulkan harta tetapi tidak dinafkahkannya di jalan ALLAH SWT, akan diazab.


HUBUNGAN SURAH AL HUMAZAH DENGAN SURAH AL FIIL


Dalam surah Humazah diterangkan bahawa harta tidak berguna sedikitpun untuk menghadapi kekuasaan ALLAH SWT, sedang surah Al Fiil menerangkan bahawa tentara gajah dengan segala macam perlengkapan perangnya tidak dapat menghadapi kekuasaan ALLAH SWT.





L 121 ; Surah 103 : AL 'ASHR (MASA)


Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Surah Al 'Ashr terdiri atas 3 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah, diturunkan sesudah surah Alam Nasyrah. Dinamai Al 'Ashr (masa) diambil dari perkataan Al 'Ashr yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Pokok-pokok isinya:

Semua manusia berada dalam keadaan merugi apabila dia tidak mengisi waktunya dengan perbuatan-perbuatan baik.

AMAT RUGILAH MANUSIA YANG TIDAK MEMANFAATKAN WAKTUNYA UNTUK BERBAKTI.

1. Demi masa.

2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Surah ini menerangkan bahawa manusia yang tidak dapat menggunakan masanya dengan sebaik-baiknya termasuk golongan yang merugi.

HUBUNGAN SURAH AL 'ASHR DENGAN SURAH AL HUMAZAH

Pada surah Al 'Ashr, 
ALLAH SWT menerangkan sifat-sifat orang yang tidak merugi, sedang dalam surah Al Humazah, ALLAH SWT  menerangkan beberapa sifat orang yang selalu merugi.

 



L 120 ; Surah 102 : AT TAKAATSUR (BERMEGAH-MEGAHAN)


Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Surah At Takaatsur terdiri atas 8 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah, diturunkan sesudah surah Al Kautsar. Dinamai At Takaatsur (bermegah-megahan) diambil dari perkataan At Takaatsur yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Pokok-pokok isinya:

Keinginan manusia untuk bermegah-megahan dalam soal duniawi, sering melalaikan manusia dari tujuan hidupnya. Dia baru menyedari kesalahannya itu setelah maut mendatanginya; manusia akan ditanya di akhirat tentang nikmat yang dibangga-banggakannya.

ANCAMAN ALLAH TERHADAP ORANG YANG LALAI DAN BERMEGAH-MEGAHAN.

1. Bermegah-megahan telah melalaikan kamu[1598],
[1598]. Maksudnya: bermegah-megahan dalam soal banyak harta, anak, pengikut, kemuliaan, dan seumpamanya telah melalaikan kamu dari ketaatan.

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ayat ini (S.102:1-2) turun berkenaan dengan dua kabilah Anshar. Bani Haritsah dan Bani Harts yang saling menyombongkan diri dengan kekayaan dan keturunannya dengan saling bertanya:  "Apakah kalian mempunyai pahlawan yang segagah dan secekatan si Anu?" Mereka menyombongkan diri pula dengan kedudukan dan kekayaan orang-orang yang masih hidup. Mereka mengajak pula pergi ke kubur untuk menyombongkan kepahlawanan dari golongannya yang sudah gugur, dengan menunjukkan kuburannya. Ayat ini (S.102:1-2) turun sebagai teguran kepada orang-orang yang hidup bermegah-megah sehingga terlalaikan ibadahnya kepada ALLAH SWT .
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Ibnu Buraidah.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa Ali pernah berkata: "Pada mulanya kami sangsi akan siksa kubur. Setelah turunnya ayat ini (S.102:1-4) hilanglah kesangsian itu."
(Diriwayatkan oleh Ibnu jarir yang bersumber dari Ali.)

2. sampai kamu masuk ke dalam kubur.

3. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu)

4. dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.

5. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,

6. nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim,

7. dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin[1599].
[1599]. 'Ainul yaqin ertinya melihat dengan mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat.

8. kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).

 

Surah ini mengemukakan celaan dan ancaman terhadap orang-orang yang bermegah-megahan dengan apa yang diperolehnya dan tidak membelanjakannya di jalan ALLAH SWT. Mereka pasti diazab dan pasti akan ditanya tentang apa yang dimegah-megahkannya itu.


HUBUNGAN SURAH AT TAAKATSUR DENGAN SURAH AL 'ASHR


1. Pada surah At Taakatsur Allah menerangkan keadaan orang yang bermegah-megahan dan disibukkan oleh harta harta benda sehingga lupa mengingat 
ALLAH SWT, sedang surah Al 'Ashr menerangkan bahawa manusia akan merugi, kecuali mereka beriman, beramal soleh dan nasihat menasihati dalam kebenaran dan kesabaran.


2. Pada surah At Taakatsur, ALLAH SWT  menerangkan sifat orang yang mengikuti hawa nafsunya, sedang pada surah Al 'Ashr menerangkan sifat orang-orang yang tidak merugi.