Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 14 November 2013

M 40 : Tanda-Tanda Allah Cinta Pada Kita

Sesungguhnya apabila ALLAH SWT  mencintai hambaNya, ia dapat dilihat dengan jelas dan dirasa melalui hati yang bersih. Ketika ALLAH SWT  mencintai seorang hamba, maka jatuhlah ke dalam hati hamba itu ilham suci yang membuat dia mengenali tanda kecintaanNya. Ada beberapa tanda yang boleh dirasa oleh hati manusia, antaranya :

Tanda ALLAH SWT Mencintai Seseorang Ialah Apabila Dia Menjadi Begitu Berminat Dengan Ibadah. Adakalanya sesetengah orang yang berusaha sekuat-kuatnya untuk beribadah, hatta melebihi kapasiti diri sebagai insan lemah. Tujuannya hanya satu iaitu mencintai ALLAH SWT . Tapi ibadahnya seolah-olah kosong tanpa rasa, tawar tiada kemanisannya, semangat imannya maju & mundur, turun dan naik akhirnya tenggelam dipukul arus dunia.
Ketika beribadah semestinya seseorang mampu menghadirkan keyakinan bahawa saat itu ALLAH SWT  mencintai dirinya. Pernahkah kita menikmati sujud yang panjang sambil menghadirkan dalam hati bahawa saat itulah ALLAH SWT  mengisytiharkan nama kita sebagai orang yang dicintaiNya?

NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda yang bermaksud :

“Jika ALLAH mencintai seorang hamba maka ia berfirman : Wahai Jibril sesungguhnya Aku mencintai si polan maka cintailah dia.”
(Riwayat Imam Ahmad)

Maka orang yang yakin bahawa ALLAH SWT  mencintai dirinya tidak pernah rasa was-was adakah ibadahnya diterima atau tidak? Jauh sekali rasa takbur kerana dia yakin yang menolongnya untuk melakukan ketaatan adalah ALLAH SWT  juga.
Bukan kerana kehebatan atau kewarakan, melainkan ALLAH SWT  yang menunjuknya ke jalan takwa. Kemudian dia sampai kepada satu makrifah mendalam mengenai ALLAH SWT  iaitu cinta ALLAH SWT  kepada hambaNya jauh lebih agung daripada cinta sesama insan. Manusia boleh mengkhianati ibubapanya atau anak & isterinya, kawan atau kekasih atas alasan tidak mendapat keuntungan daripada perhubungan itu. Tetapi cinta ALLAH SWT  kekal tidak pernah luntur walaupun dicabar oleh sepak terajang hamba derhaka.
Tanda ALLAH SWT  Mencintai Seseorang Ialah Apabila Maksiat Membuat Dia Bangkit Mendekati ALLAH SWT .
Adakalanya dosa boleh mendatangkan manfaat iaitu apabila dosa itu akhirnya membawa kepada keinsafan, taubat & istighfar. Kemudian seseorang bangkit mengejar ALLAH SWT, berusaha mendapatkan hatinya yang hilang di belantara maksiat. Ia sama sekali tidak berputus asa dari rahmat ALLAH SWT. Ia sentiasa mengingati janji ALLAH Yang Maha Pengampun.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud :

“Katakanlah : Wahai hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong lagi.”
(Surah Al-Zumar : Ayat 53-54)

Janganlah kerana dosa semalam seseorang menyangka ALLAH SWT  tidak sudi mendengar rintihannya, terputus tali langit dihatinya, tertolak segala doanya dan terusir dia daripada pandangan ALLAH SWT .

NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda bermakud :

“Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggamanNya. Seandainya kamu tidak berdosa nescaya ALLAH akan mematikan kamu. Kemudia ALLAH akan mendatangkan satu kaum yang melakukan dosa dan mereka memohon keampunan kepada ALLAH lantas ALLAH mengampuni mereka.”
(Hadis Riwayat Imam Muslim)

Hamba yang taat apabila perangainya berubah menjadi iblis pun Tuhan tetap menunggu, di setiap malam rintihan hamba itu diintip hingga ia pulang kembali ke sisiNya. Saat ALLAH SWT  mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka.
Di situlah ALLAH SWT  melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih. Hati kita seeloknya selalu berbisik : “Aku tahu bila ALLAH mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku.

ALLAH SWT telah berfirman di dalam al Quran yang mafhumnya :

“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan masing-masing dan keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.”
(Surah Al-Anbiya’ : ayat 33)

Tanda ALLAH SWT Mencintai Seseorang Hamba Ialah Apabila DiLapangkan Dadanya Menerima Ilmu Menjadi Petunjuk Ke Jalan Yang Benar.
ALLAH SWT tidak sesekali membiarkan seseorang insan terkapai-kapai dalam lautan dosa. Bahkan di kirim ke atas hati manusia petunjuk hidayahNya supaya manusia terselamat daripada gelombang keganasan dirinya sendiri.

NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda bermaksud :

“Apabila Allah mencintai seseorang maka ia membuatnya faham mengenai agamanya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wallahu’alam…………..

Rujukan : Harian Islam.com



Rabu, 13 November 2013

M 39 : APAKAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI HUDUD?

Soalan : Ustaz mohon ceritakan apa itu hukum hudud serta jenis-jenis jenayah dan hukumannya.

Jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus

1. Pengertian Hudud

Dari Segi bahasa, hudud bererti menahan ataupun mencegah. Dari segi istilah, hudud diterjemahkan sebagai hukuman yang ditetapkan oleh nas-nas al Quran dan sunnah yang wajib dilaksana sebagai memenuhi hak ALLAH SWT. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurangkan ataupun ditambah. ALLAH SWT  Menjelaskan seperti berikut :
Itu adalah hukum-hukum yang sudah ditentukan. Oleh itu, jangan kamu mencabulnya dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum ALLAH SWT, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.
(Surah 2, Al Baqarah : Ayat 229)

Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya

(A) Zina

Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

(B) Qazaf (menuduh zina)

Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali

(C) Minum arak

Meminum minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali

(D) Mencuri

Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
Hukuman : potong tangan

(E) Merompak

Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.
Hukuman :
sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(F) Riddah (murtad)

Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
Rujukan : Harian Islam.com


M 38 : Kisah Nabi Ibrahim & Malaikat Izrail

Nabi Ibrahim mempunyai sebuah rumah kecil yang khas digunakannya untuk beribadat kepada ALLAH SWT. Apabila hendak keluar, rumah itu akan dikunci supaya tiada sesiapapun yang boleh masuk dan merosakkan rumah ibadatnya itu. Bagaimanapun, suatu hari Nabi Ibrahim terkejut kerana sebaik memasuki rumahnya itu, didapati ada seorang lelaki di dalamnya.
“Siapa kamu yang berani menceroboh rumahku?” tanya Nabi Ibrahim.
“Aku dimasukkan ke dalam rumah ini oleh tuan empunya rumah ini,” jawab lelaki itu ringkas.
Nabi Ibrahim terdiam. Dia mula terfikir sesuatu. “Katakan padaku, adakah kamu ini malaikat?”
Lelaki tersebut menjawab pertanyaannya, “Ya… aku adalah malaikat. Malaikat Maut!”
Lantas Nabi Ibrahim bertanya, “Kalau begitu, bolehkah kamu tunjukkan kepadaku akan keadaan rupa wajahmu apabila kamu hendak mencabut nyawa orang mukmin?”
Berkata malaikat maut, “Berpalinglah kamu daripadaku buat seketika.”
Nabi Ibrahim pun memalingkan mukanya. Beberapa ketika kemudian memandang malaikat maut kembali. Alangkah terperanjatnya Nabi Ibrahim apabila melihat keindahan wajah malaikat maut itu. Wajahnya seperti orang muda, sangat tampan, memakai kain yang cukup cantik dan disaluti bau yang harum semerbak.
Kata Nabi Ibrahim, “Wahai malaikat maut, jikalau orang mukmin hanya dapat menatap wajahmu saja sebelum mereka mati, maka itupun sudah cukup bagi mereka.
Suatu hari Nabi Ibrahim didatangi oleh malaikat maut. Nabi Ibrahim bertanya kepada Izrail adakah malaikat maut itu boleh memperlihatkan wajahnya. Dia ingin benar melihat wajah malaikat yang paling ditakuti oleh seluruh makhluk ALLAH SWT itu.
“Wahai Ibrahim, kalau itu yang engkau minta, aku sedia melakukannya,” jawab Izrail.
Apabila sudah mendapat keizinan, Nabi Ibrahim bertanya lagi, “Aku minta padamu Izrail, bolehkah kau tunjukkan rupamu ketika mencabut nyawa orang yang ingkar pada perintah ALLAH dan berbuat zalim?”
Jawab Izrail, “Wahai Ibrahim, kini kamu berpalinglah daripada melihatku buat seketika.”
Lalu Nabi Ibrahim pun memalingkan mukanya. Seketika kemudian Nabi Ibrahim memandang kembali ke arah malaikat maut. Seketika itu juga Nabi Ibrahim melihat suatu lembaga berbentuk lelaki hitam dan rambunya keriting. Dari mulut dan lubang hidung malaikat maut itu keluar lidah api yang menjulang-julang serta asap yang bergulung-gulung.
Apabila melihat keadaan malaikat maut yang mengerikan itu, Nabi Ibrahim terus jatuh dan pengsan. Setelah Nabi Ibrahim sedar semula, Izrail pun kembali menunjukkan wajahnya yang cantik dan bersinar-sinar.
Berkata Nabi Ibrahim, “Wahai malaikat maut, kalaulah orang yang zalim itu melihat mukamu sebelum mereka mati, maka itupun sudah memadai untuk membuat mereka bertaubat kepada Allah.”
Agaknya, bagaimanakah nanti rupa malaikat maut apabila mencabut nyawa kita setelah sampai masa kita nanti?? | Kisah Nabi Ibrahim & malaikat Izrail
Rujukan : Harian Islam.com




M 37 : Sembilan Mimpi Nabi Muhammad SAW

1.   Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2.     Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3.     Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4.     Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5.     Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6.     Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang, dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

7.     Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8.     Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9.     Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
Rujukan : Harian Islam.com




M 36 : EMPAT MAKNA DI SEBALIK SIFAT SABAR

Sabar di saat musibah dinamakan Iman.
Sabar di ketika makan dinamakan Qanaah( Berpada dengan apa yang ada).
Sabar menyembunyikan sesuatu dinamakan Rahsia.
Sabar di saat bersedekah dinamakan Dermawan atau pemurah.




M 35 : Jagalah Tujuh Sunnah Nabi SAW

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca al Quran sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca al Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke manapun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan ALLAH SWT  yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid ALLAH SWT.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. ALLAH SWT  menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat ALLAH SWT  selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wuduk terus menerus kerana ALLAH SWT  menyayangi hamba yang berwuduk. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwuduk sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya ALLAH.”

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh ALLAH SWT.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada ALLAH SWT. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.

Rujukan : Harian Islam.com



Selasa, 12 November 2013

M 34 : Asal Usul Sambutan Maulidur Rasul

Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh RASULULLAH SAW  walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran RASULULLAH SAW  sewaktu hayat Baginda. Malahan sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

 

Asal Usul Sambutan Maulidur Rasul


Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran RASULULLAH SAW  kerana setiap hari mereka boleh bertemu RASULULLAH SAW  terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu RASULULLAH SAW , sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.
Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Mekah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan RASULULLAH SAW. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.
Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah RASULULLAH SAW  semasa kelahiran sehingga wafatnya.
Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada RASULULLAH SAW  dan perjuangannya.
Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada RASULULLAH SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran RASULULLAH SAW . Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.
Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah RASULULLAH SAW  yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran RASULULLAH SAW  seperti zaman sahabat dahulu.
Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada RASULULLAH SAW  dan perjuangannya.
Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus ke arah menyedarkan umat Islam ke arah mengingati RASULULLAH SAW  dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah RASULULLAH SAW, bernazam, bernasyid, membaca al Quran dan banyak lagi.
Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan RASULULLAH SAW. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman RASULULLAH SAW  dan baginda tidak pula melarangnya.
Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada RASULULLAH SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan RASULULLAH SAW di Madinah dari Mekah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.
Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi RASULULLAH SAW.
Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.
Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.
Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.
Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh ALLAH SWT sebagai ibadah. In sya Allah. – Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.
Rujukan : Harian Islam.com