Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Khamis, 12 Disember 2013

N 64 : DISIPLIN DIRI YANG MUDAH

Jika kita mahu kehidupan kita teratur dan tersusun maka susun dan aturkanlah masa kita untuk menjaga fardu Solat 5 waktu sehari semalam. Jaga yang itu In Sha ALLAH yang lain-lain kita sendiri tahu dan yakin ALLAH SUBHANAHU WA TAALA jaga untuk kita.



N 63 : MANA YANG PATUT MALU

◆ Malu kerana berbaju kurung, berpakaian muslimah,
◆ Atau malu berpakaian tidak menutup aurat?
◆ Malu kerana tiada kekasih,
◆ Atau malu ke hulu ke hilir dengan yang tidak halal untukmu?
◆ Malu kerana dikatakan alim,
◆ Atau malu kerana dikatakan teruk?
◆ Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
◆ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?
◆ Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
◆ Atau malu mengajak ke arah kemungkaran?
◆ Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
◆ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?


MALU itu perlu..
tetapi letakkan malu itu DI TEMPAT YANG SEBENARNYA..
malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya..
jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR,
In Sya Allah..


N 62 : TIGA BELAS SIFAT SUAMI YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM KELUARGA

1. Ia sentiasa mengajak isterinya untuk menjadi wanita yang selalu beriman dan bertakwa kepadaNya.

2. Ia sentiasa berusaha menjadikan rumah sebagai syurga bagi isteri dan anak-anaknya.

3. Ia sentiasa berusaha untuk bertanggungjawab atas segala keperluan nafkah isteri dan anaknya dengan rezeki yang halal.

4. Ia sentiasa membimbing isterinya menjadi seorang isteri yang selalu taat kepada suami.

5. Ia sentiasa bersikap ramah dan penyayang kepada isteri dan anak-anaknya.

6. Ia selalu menjaga cinta dan kasih sayangnya hanya kepada isterinya, pantang baginya untuk mudah berpaling kepada wanita lain.

7. Ia sentiasa berusaha untuk menasihati isterinya di saat khilaf dan berbuat kesalahan dan tidak segan-segan ia memaafkannya.

8. Ia sentiasa berusaha bersabar dalam menyikapi (misalnya) sifat buruk isterinya. Ia dengan telaten(nasihat) akan mengarahkannya untuk berubah menjadi lebih baik.

9. Ia sentiasa berusaha untuk lebih mengingat kebaikan isterinya di banding dengan mengungkit-ngungkit keburukannya.

10. Ia sentiasa berusaha menyelesaikan setiap permasalahan rumahtangga dengan sebaik-baiknya dan tak mudah menceritakannya kepada orang lain.

11. Ia sentiasa berusaha menjadi pemimpin yang baik dan bijak serta menjadi contoh yang baik bagi isteri dan anak-anaknya.

12. Ia selalu punya waktu untuk berkumpul santai bersama isteri dan anak-anaknya.

13. Dan ia tidak merasa berat hati untuk memberi maaf kepada isterinya jika berbuat khilaf, serta tidak merasa rendah diri untuk meminta maaf kepada isterinya jika ia berbuat khilaf.

SUBHANALLAH
Semoga ALLAH Sentiasa membimbing kita, baik para suami atau isteri untuk selalu berbuat kebaikan, harmonis dan bertanggungjawab hingga hubungannya menuju sakinah, mawaddah wa rahmah.
Aamiin


N 61 : DOA AGAR MUKMININ DIMASUKKAN DALAM SYURGA (DOA PARA MALAIKAT)

ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﻭَﺍَﺩْﺧِﻠْﻬُﻢْ ﺟَﻨَّﺎﺕِ ﻋَﺪْﻥِ ﻧِﺎﻟَّﺘِﻲْ ﻭَﻋَﺪْﺗَّﻬُﻢْ ﻭَﻣَﻦْ ﺻَﻠَﺢَ ﻣِﻦْ
ﺀَﺍﺑَﺂﺋِﻬِﻢْ ﻭَﺍَﺯْﻭَﺍﺟِﻬِﻢْ ﻭَﺫُﺭِّﻳَّﺎﺗِﻬِﻢْ ﺝ ﺍِﻧَّﻚَ ﺍَﻧْﺖَ ﺍﻟْﻌَﺰِﻳْﺰُ ﺍﻟْﺤَﻜِﻴْﻢُ
} ﺍﻟﻤﺆﻣﻦ : 8 }


Yaa Tuhan kami,.. dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga 'Adnin yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapa-bapa mereka dan isteri-isteri mereka dan keturunan mereka semua, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana,
(QS. Al Mukmin [40] : 

Aamiin Ya Robbal'alamin.

Rabu, 11 Disember 2013

N 60 : JANGAN MEMUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS

Sabda RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM :

“Janganlah kamu pukul anak-anak kamu disebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada Empat Bulan Pertama kelahirannya ia (bayi) bersyahadah "LAA ILAAHA ILLALLAH." Pada Empat Bulan Kedua pula ia berselawat… ke atas NABI SAW. Dan pada Empat Bulan seterusnya pula ia mendoakan ke atas kedua ibubapanya.”

(Rowahu Abdullah Ibnu Umar r.a.)





N 59 : RAHSIA SUNNAH NABI, POSISI TIDUR KEKANAN

Tidur Sunnah Rasul berbaring kekanan Hadits daripada Barra bin ‘Azib ra : RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda yang Ertinya :

“Jika kalian hendak tidur di pembaringan, berwuduklah seperti wuduk untuk solat, kemudian berbaringlah kamu dengan berbaring di sebelah kananmu.” 
(HR. Bukhari dan Muslim)

Hadits ini mengajarkan kepada umat Islam agar berbaring di sebelah kanan.

Pada saat itu tak ada yang mengetahui apa alasan di balik sunah tersebut, tetapi kini melalui penelitian yang panjang para ilmuwan berhasil mengungkapkan rahsia di balik anjuran tersebut.

Pada saat kita tidur dalam posisi ini jantung hanya akan terbebani oleh paru-paru kiri yang berukuran kecil.

Selain itu tidur dengan cara ini akan menempatkan hati pada posisi yang stabil.

Selain itu posisi ini juga sangat baik bagi pencernaan, penelitian menunjukkan saat kita tidur dengan menyamping ke kanan, makanan akan mampu dicerna oleh usus dalam 2,5 sampai 4,5 jam.

Sedangkan dalam posisi tidur yang lain makanan baru akan selesai dicerna setelah 5 sampai 8 jam ( Tidur Dengan Menyamping Ke Kiri ) Tidur miring ke kiri ternyata jugalah tidak baik untuk kesihatan, terutama organ jantung.

Hal ini disebabkan saat kita tidur pada posisi ini, maka paru-paru sebelah kanan, yang berukuran besar, akan menekan ke arah paru-paru.

Hal ini akan berpengaruh kepada kemampuan/keupayaan jantung, terutama kepada orang yang berusia lanjut.
( Tidur Dengan Telangkup )

Dr. Zafir al-Attar berkata : “Seseorang yang tidur dengan cara telangkup di atas perutnya setelah suatu masa tertentu akan mengalami kesulitan bernafas kerana seluruh berat badannya akan menekan ke arah dada yang menghalangi dada untuk merenggang dan berkonstraksi saat bernafas.

Hal ini juga dapat menyebabkan terjadinya kekurangan penyerapan oksigen yang dapat mempengaruhi keupayaan jantung dan otak.”

Peneliti dari Australia telah menyatakan bahawa terjadi peningkatan kematian pada anak-anak sebesar tiga kali ganda, saat mereka tidur telangkup dibandingkan jika mereka tidur dengan posisi mengiring.

Sedangkan Majalah “Times” menghebahkan hasil sebuah penelitian di England yang menunjukkan peningkatan tingkat kematian mendadak pada anak-anak yang tidur telangkup.

Fakta-fakta tersebut sejalan dengan apa yang diajarkan dalam Islam, sebagaimana Abu Hurairah RA meriwayatkan hadits daripada RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bahawa beliau pernah melihat seorang lelaki yang sedang tidur dengan posisi telangkup, lalu beliau bersabda,

“Sesungguhnya ini adalah cara berbaring yang dimurkai oleh ALLAH dan RasulNya.”
(HR Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Subhanallah
Semoga kita termasuk umat yang dirindukan RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM yang selalu tetap istiqamah mengikuti dan mengamalkan Sunnah-Sunnah Beliau. Aamiin.





N 58 : TAK PAYAH BERJILBAB KALAU KELAKUAN MASIH PENUH MAKSIAT!

Nah..
Ini kalimat yang menyesatkan. Serupa dengan ajakan syaitan.
Yang baik diperlihatkan buruk. Yang buruk diperlihatkan baik.
Berjilbab itu adalah untuk memperjelas jati diri.
Melindungi kehormatan dan kemuliaan yang tak akan terganti kelak..
Jilbab menentukan pasangan hidupmu.
Kerana wanita yang taat sangat berhak punya pendamping yang taat.
Itu janji
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Bukan hanya pemanis kata-kata tanpa makna.
Jilbab itu adalah penjaga diri bagi lelaki yang jahat.
Dan jilbab adalah perhiasan terindah bagi lelaki yang taat.


Kenapa mesti berjilbab?
Kerana itu adalah perintahNya.
Kerana itu akan melindungi wanita dari lelaki yang suka maksiat.