Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 20 Jun 2014

R 67 : PUASA DAN KELEBIHAN ORANG BERPUASA

RAMADAN al-Mubarak menggamit lagi. Bulan yang penuh dengan keberkatan, kelebihan, keampunan dan juga keistimewaannya amatlah patut dan munasabah untuk kita memahami dan mengetahui berkenaan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa di bulan Ramadan.

Puasa pada bahasa iaitu menahan dan pada istilahnya pula menahan daripada makan, minum dan jimak daripada subuh hingga ke maghrib beserta dengan niat. (Qamus Al-Fiqhi oleh Sa’di Abu Jaib Hal 218).

Dalam Feqh Manhajji menyebut puasa dari segi syarak pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar sehingga matahari terbenam dengan niat puasa.
Walaupun begitu terdapat banyak lagi definasi berkenaan dengan puasa berdasarkan kepada pendapat fuqaha dalam semua mazhab. Tetapi pengertian yang mereka kemukakan adalah hampir sama.

Puasa Ramadan mula difardukan pada bulan Syaaban pada tahun kedua Hijrah. Sebelum itu, amalan puasa telah biasa dilakukan biasa di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Akan tetapi kewajipan puasa pada bulan Ramadan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat terdahulu adalah dari segi pensyariataan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad secara khusus difardukan puasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan satu rukun daripada Islam yang lima dan diketahui oleh umum. Oleh itu sesiapa yang mengingkari kewajipannya ia boleh menjadi kafir dan hendaklah disuruh bertaubat sebagaimana orang murtad. Jika terus ingkar dan enggan bertaubat dia hendaklah dijatuhi hukuman sebagai orang yang murtad.

Hal yang demikian sekiranya dia bukan baru memeluk agama Islam dan tidak tinggal berjauhan daripada ulama. Mereka yang tidak berpuasa tanpa mengingkari wajibnya ibadat tersebut dia hanya jadi fasik. Pemerintah wajib memenjarakannya dan menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang supaya ia berpuasa sekali pun zahirnya sahaja mengikut apa yang dinyatakan di dalam kitab al-Feqh al-Manhaji.

Berkenaan dengan rukun puasa pula iaitu menahan daripada dua syahwat, perut dan faraj. Atau menahan daripada segala perkara yang membatalkan puasa. Malikiyah dan Syafiiyah menambah dengan satu rukun yang lain iaitu niat pada waktu malam. (Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 3/1616).

Seterusnya dibincangkan fadilat dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa:

*Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam”.

*Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa’d. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesunggunya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya”.

*Mengikut riwayat an-Nasai sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.

*Mengikut riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w: “Puasa merupakan perisai”. Dan daripada Usman bin Abi al-As,

“Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat”.

*Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Usman bin Abi al-As, puasa merupakan perisai daripada azab Allah.

*Imam Ahmad, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa’id Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagiku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
*Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.

*Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: “Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.
*Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, at-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi bersabda: “Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam”.

*Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa”.
*Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat ke atasnya sehingga selesai makanannya”.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka. Justeru marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal.

SUNTINGAN DARI GURUKU
Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah.




R 66 : EMPAT PULUH KEAJAIBAN RAMADAN

Selama Ramadan, Imam Syafie menghatamkan al Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat. Inilah ‘rahsia 40 Keajaiban Ramadan’
Selama Ramadan, ALLAH SWT memerintahkan seluruh penghuni syurga berhias.

RASULULLAH SAW. bersabda:

“Adapun yang keempat, sesungguhnya ALLAH ‘Azza wa Jalla memerintahkan syurgaNya, Ia berfirman:
“Bersiap-siaplah dan hiasilah dirimu untuk para hambaKu, sehingga mereka boleh segera beristirehat dari kelelahan (hidup di) dunia menuju negeriKu dan kemuliaanKu…”
[HR. Baihaqi].

Itulah sisi menarik keajaiban bulan Ramadan yang tak banyak orang tahu.

1. Ramadan jalan menuju ketakwaan

ALLAH SWT berfirman:

Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas kaum sebelum kalian, agar kalian bertakwa.”
(Surah 2, AL BAQARAH : ayat 183)

Ayat di atas menerangkan bahawa puasa adalah sebab yang boleh mengantarkan pelakunya menuju ketakwaan, kerana puasa mampu meredam syahwat. Ini sesuai dengan salah satu penafsiran yang disebutkan Imam Al Qurthubi, yang bersesuaian kepada hadits riwayat Imam Ahmad yang menyebutkan bahawa puasa adalah perisai.

2. Ramadan bulan mujahadah

Para ulamak salaf adalah suri teladan bagi umat, mujahadah mereka dalam mengisi bulan Ramadan amat perlu dicontoh. Seperti Imam Asyafi’i, dalam bulan Ramadan beliau menghatamkan al Quran dua kali dalam semalam, dan ini dikerjakan di dalam solat, sehingga dalam bulan Ramadan beliau menghatamkan al Quran enam puluh kali dalam sebulan. Imam Abu Hanifah juga menghatamkan al Quran dua kali dalam sehari selama Ramadan.

3. Puasa Ramadan menumbuhkan sifat amanah

Wahbah Zuhaili dalam bukunya Al Fiqh Al Islami berpendapat bahawa puasa mengajarkan rasa amanat dan muraqabah di hadapan ALLAH SWT, baik dengan amalan yang nampak mahupun yang tersembunyi. Maka tidak ada yang mengawasi seseorang yang berpuasa agar menghindari hal-hal yang dilarang dalam berpuasa kecuali ALLAH SWT.

4. Puasa Ramadan melatih disiplin diri

Puasa juga melatih displin diri, Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa seorang yang berpuasa harus makan dan minum dalam waktu yang terbatas. Bahkan dalam berbuka puasapun harus disegerakan.

5. Puasa Ramadan menumbuhkan rasa solidariti sesama muslim

Wahbah Zuhali juga menjelaskan bahawa puasa Ramadan menumbuhkan rasa solidariti di antara sesama muslim. Pada bulan ini semua umat Islam, dari timur hingga barat diwajibkan untuk menjalankan puasa. Mereka berpuasa dan berbuka dalam waktu yang sama, dikeranakan mereka memiliki Rabb yang satu.
Seorang yang merasa lapar dan dahaga akhirnya juga boleh merasakan kesengsaraan saudara-saudaranya yang kekurangan atau tertimpa bencana. Sehingga  tumbuh perasaan kasih sayang terhadap umat Islam yang lain.

6. Puasa Ramadan melatih kesabaran

Bulan Ramadan adalah bulan puasa di mana pada siang hari kita diperintahkan meninggalkan makanan yang asalnya halal, terlebih lagi yang haram. Begitu pula di saat ada seseorang mengganggu kita. RASULULLAH SAW. bersabda:

Ertinya : “Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata ‘Sesungguhnya aku sedang puasa.”
(HR. Bukhari)

7. Puasa Ramadan menyihatkan

RASULULLAH SAW bersabda:

Ertinya : “Berpuasalah, maka kamu akan sihat.”
(HR. Ibnu Sunni),

Ada yang menyatakan bahawa hadits ini dhoif, akan tetapi ada pula yang menyatakan bahawa darjat hadits ini sampai dengan tingkat hasan (lihat, Fiqh Al Islami wa Adilatuh, hal 1619).

Tapi makna matan hadist boleh diterima, kerana puasa memang menyihatkan. Al Harits bin Kaldah, tabib Arab yang pernah mengabdi kepada RASULULLAH SAW. juga pernah menyatakan:

Ertinya : “Perut adalah tempat tinggal penyakit dan sedikit makanan adalah ubatnya.”

8. Lailatul Qadar adalah hadiah dari ALLAH SWT untuk umat ini

Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al Muwatha’, dia telah mendengar dari seorang ahlul ilmi tsiqah yang telah mengatakan: “Sesungguhnya telah diperlihatkan usia-usia umat sebelumnya kepada RASULULLAH SAW., atau apa yang telah ALLAH SWT kehendaki dari hal itu, dan sepertinya usia umat beliau tidak mampu menyamai amalan yang telah dicapai oleh umat-umat sebelumnya, maka ALLAH SWT memberi beliau Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.”
(HR. Malik).

9. Ramadan bulan ampunan

Bulan Ramadan adalah bulan ampunan, RASULULLAH SAW. bersabda:

Ertinya : “Dan siapa yang berpuasa Ramadan dengan didasari keimanan dan pengharapan redha ALLAH, diampunkan untuknya dosa yang telah lalu.”
(HR. Bukhari)

10. Siapa yang dilihat ALLAH SWT, maka ia terbebas dari azabNya

Dari Jabir bin Abdullah ra. RASULULLAH SAW. bersabda:

Ertinya : “Pada bulan Ramadan umatku dianugerahi lima perkara yang tidak diberikan kepada nabi-nabi sebelumku. Yang pertama, sesungguhnya jika ALLAH melihat mereka di awal malam dari bulan Ramadan, dan barang siapa yang telah dilihat ALLAH maka Ia tidak akan mengazabnya selamanya…”
(HR. Baihaqi).

11. Bau mulut orang berpuasa lebih harum dari misk di hadapan ALLAH SWT

RASULULLAH SAW. bersabda:

“…Yang kedua, sesungguhnya bau mulut mereka ketika petang hari lebih harum di hadapan ALLAH daripada bau misk…”
(HR. Baihaqi).

12. Di Bulan Ramadan para malaikat meminta ampunan untuk umat ini

RASULULLAH SAW. bersabda:

“…Adapun yang ketiga, sesungguhnya para malaikat meminta ampunan untuk mereka siang dan malam…”
(HR. Baihaqi).

13. Di bulan Ramadan syurga berbenah diri

RASULULLAH SAW. bersabda:

Ertinya : “…Adapun yang keempat, sesungguhnya ALLAH ‘AZZA WA JALLA memerintahkan syurgaNya, Ia berfirman: “Bersiap-siaplah dan hiasilah dirimu untuk para hambaKu, sehingga mereka boleh segera beristirehat dari kelelahan (hidup di) dunia menuju negeriKu dan kemuliaanKu…”
(HR. Baihaqi).

14. Di malam akhir Ramadan ALLAH SWT mengampuni umat ini

RASULULLAH SAW. bersabda:

Ertinya : “…Adapun yang kelima, sesungguhnya jika tiba malam terakhir Ramadan ALLAH memberi ampun kepada mereka semua. Lalu bertanyalah seorang lelaki dari sebuah kaum: ”Apakah itu lailatul qadar? Ia bersabda:” Bukan, apakah kau tidak mengetahui perihal orang-orang yang bekerja, jika mereka selesai melakukan pekerjaan maka imbalannya akan dipenuhi.”
(HR. Baihaqi)

15. Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu

RASULULLAH SAW. Bersabda:

Ertinya : “Jika Ramadan tiba dibukalah pintu syurga dan ditutuplah pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.”
(HR. Bukhari).

Dalam Syarah Shahih Muslim, Qadhi Iyadh menjelaskan bahawa makna hadits di atas boleh bermakna hakiki, iaitu pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu secara hakiki, sebagai tanda datangnya Ramadan sekaligus pemuliaan terhadapnya. Tapi boleh juga bermakna majaz yang mengisyaratkan besarnya pahala dan ampunan di bulan itu, sehingga syaitan seperti terbelenggu.

16. Pahala syuhada bagi yang melakukan kewajipan dan menghidupkan Ramadan

Datanglah seorang lelaki kepada NABI SAW. Dan mengatakan: ”Wahai Rasulullah, tahukah anda jika saya telah bersaksi bahawa tidak ada ilah selain ALLAH dan sesungguhnya anda adalah utusan ALLAH, aku juga telah melakukan solat lima waktu, juga telah menunaikan zakat, serta aku telah berpuasa Ramadan dan menghidupkannya, maka termasuk golongan siapakah saya? RASULULLAH SAW. Bersabda: “Termasuk dari orang-orang yang sidiq dan syuhada.”
(HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

17. Pahala amalan bulan Ramadan berlipat ganda

Dari Salman ra., bahawasannya RASULULLAH SAW. berkhutbah di hari terakhir bulan Syaaban:

Ertinya : “Wahai manusia, telah datang kepada kalian bulan agung yang penuh berkah. Bulan yang terdapat di dalamnya sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang ALLAH jadikan puasa di dalamnya sebagai kewajipan, dan qiyamul lail sebagai hal yang disunnahkan, barangsiapa mendekatkan diri di dalamnya dengan perbuat kebajikan, maka ia seperti mengerjakan kewajipan selainnya dan barangsiapa mengerjakan kewajipan di dalamnya, maka ia seperti mengerjakan tujuh puluh kewajipan selainnya…”
(HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)

18. Seluruh hari dalam Ramadan memiliki keutamaan

RASULULLAH SAW. bersabda:

Ertinya : “…Dia adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, serta paripurnanya adalah pembebasan dari neraka…”
(HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)

19. Keutamaan memberi minum orang yang berpuasa

Allah akan memberi minum kelak di akhirat RASULULLAH SAW. bersabda:

Ertinya : “Dan barang siapa memberi minuman orang yang berpuasa maka ALLAH akan memberinya dari telaga minuman yang tidak menghauskan hingga ia masuk ke dalam syurga.”
(HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya).

20. Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadan

RASULULLAH SAW bersabda:

Ertinya : “Sebaik-baik sedekah iaitu sedekah di bulan Ramadan.”
(HR.Tirmidzi).

21. Doa mustajab di bulan Ramadan

Diriwatkan daripada Abu Umamah Ra, bahawa RASULULLAH SAW. bersabda:

Ertinya : “…Dan untuk setiap muslim di setiap hari dan petang (dalam bulan Ramadan) doa yang mustajab.”
(HR. Bazar).

RASULULLAH SAW juga bersabda:

Ertinya : “Tiga yang tidak tertolak doanya, orang yang berpuasa hingga berbuka, imam adil dan doa orang yang terzalimi.”
(HR. Tirmidzi)

22. Pahala umrah Ramadan sama dengan haji

RASULULLAH SAW. bersabda kepada seorang wanita Anshar:

“Jika datang Ramadan maka lakukanlah umrah, kerana sesungguhnya umrah dalam bulan itu setaraf dengan haji.”
(HR. An Nasa’i).

23. Pahala iktikaf di bulan Ramadan sama dengan pahala 2 haji dan umrah

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Husain Ra. menyatakan, bahawa RASULULLAH SAW. telah bersabda:

Ertinya : “Barangsiapa menjalankan iktikaf selama sepuluh hari di bulan Ramadan maka amalan itu seperti dua haji dan umrah.”
(HR. Baihaqi)

24. Dalam Ramadan terdapat malam yang istimewa (Lailatul Qadar)

ALLAH SWT berfirman:

Ertinya : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.”
(Al Qadr : 3).

Tentang ayat ini, Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa menghidupkan Ramadan dan melakukan amalan di dalamnya lebih baik daripada menjalankan amalan dalam seribu bulan tanpa Ramadan.

25. Al Quran diturunkan pada bulan Ramadan

ALLAH SWT berfirman:

Ertinya : “Bulan Ramadan yang diturunkan di dalamnya al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil.”
(Al Baqarah: 185)

Ibnu Katsir mengatakan bahawa ALLAH SWT menyanjung bulan Ramadan atas bulan-bulan yang lain, iaitu dengan memilihnya sebagai bulan di mana al Quran diturunkan di dalamnya.

26. Kitab-kitab suci diturunkan pada bulan Ramadan

Rasulullah Saw. bersabda:

Ertinya : “Shuhuf Ibrahim turun pada awal malam pertama bulan Ramadan, dan Taurat turun pada hari keenam bulan Ramadan dan Injil pada hari ke tiga belas dari Ramadan…”
(HR. Ahmad).

27. RASULULLAH SAW mendapat wahyu pertama di bulan Ramadan

Ketika RASULULAH SAW mendekati umur 40 tahun beliau selalu berfikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan minuman beliau menuju gua Hira yang terdapat pada gunung Rahmah sebagai tempat beruzlah, yang berjarak dua batu dari kota Mekah. Uzlah ini dilakukan  tiga  tahun sebelum masa kerasulan. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa uzlah, turun kepada beliau Malaikat Jibril mewahyukan surat Al Alaq yang merupakan surat pertama yang diturunkan kepada RASULULLAH SAW.

28. Perang Badar terjadi pada bulan Ramadan

Perang Badar adalah pemisah antara yang haq dan yang batil dan kaum muslimin sebagai simbol tauhid dan kemuliaan, meraih kemenangan atas kaum musyrikin sebagai simbol kekafiran dan kebodohan.

Peperangan terjadi pada hari Jumaat, 27 Ramadan, tahun kedua setelah hijrah. Allah Taala berfirman:

Ertinya : “Dan benar-benar ALLAH telah menolong kalian di Badar sedangkan kalian dalam keadaan terhina, maka takutlah kalian kepada ALLAH, semoga kalian bersyukur.”
(Surah 3, ALI IMRAN : ayat 123)

Ibnu Abbas mengatakan:”Saat itu hari Jumaat, 27 Ramadan, dan saat itu juga terbunuh Firaun umat, Abu Jahal, musuh terbesar umat Islam.

29. Mekah dikuasai pada bulan Ramadan

Fathul Mekah adalah peristiwa besar, ALLAH SWT berfirman:

Ertinya : “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.”
(Surah Al Fath : ayat 1)

Sebagian mufasirin berpendapat bahawa yang dimaksud kemenangan di sini adalah peristiwa Fathul Mekah, walau ada sebahagian ulamak yang menafsirkannya sebagai perjanjian Hudaibiyah dan penaklukan negeri Rom.
Peristiwa itu terjadi pada hari, tanggal 20 atau 21 Ramadan, tahun kelapan hijrah. Saat itulah semua berhala yang berada di sekitar Kaabah dihancurkan.

30. Islam menyebar di Yaman pada bulan Ramadan

Tahun ke sepuluh hijriah pada bulan Ramadhan RASULULAH SAW menunjuk Ali bin Abi Thalib guna menjadi pemimpin sejumlah pasukan untuk pergi ke penduduk Yaman dengan membawa surat yang berisi ajakan untuk memeluk Islam.

31. Sebagian peristiwa dalam perang Tabuk terjadi pada bulan Ramadan

Ibnu Hisyam dalam Sirahnya menyebutkan bahawa persiapan perang Tabuk dilakukan sejak bulan Rajab, tahun ke 9 hijriah untuk mengadapi Rom. Saat itu adalah masa-masa sulit bagi kaum Muslimin di Madinah, kerana mereka sedang dilanda masa paceklik, serta cuaca panas yang amat menyengat, sehingga ada beberapa orang yang merasa berat hati untuk ikut serta dalam peperangan, seperti Ka’ab bn Malik.
Walau banyak hambatan, pada akhirnya kaum Muslimin pun berangkat ke Tabuk dengan jumlah yang cukup besar, iaitu sekitar 30.000 tentera.
Namun setelah pasukan kaum Muslimin sampai di Syam yang saat itu berada dalam kekuasaan Rom, pasukan musuh berlindung di dalam benteng-benteng mereka dan enggan keluar. Sehingga Syam mampu dikuasai dengan mudah oleh pasukan Islam dan kewajiban membayar jizyah berlakukan kepada penduduk Syam yang saat itu beragama Nasrani.

32. Penghancuran berhala Uzza di Bulan Ramadan

Ibnu Katsir menyebutkan dalam Al Bidayah wa An Nihayah bahawa pada 5 hari terakhir di bulan Ramadan tahun ke lima hijrah RASULULAH SAW mengutus sejumlah pasukan yang dipimpin oleh Khalid bin Walid guna menghancurkan rumah peribadatan yang digunakan untuk menyembah Uzza. Dan RASULULAH SAW bersabda: “Uzza itu tidak akan diibadahi selamanya!”

33. Penghancuran Latta di Bulan Ramadan

Ibnu Katsir menyebutkan dalam Al Bidayah wa An Nihayah, bahawa pada tahun ke sembilan hijrah di bulan Ramadan datanglah utusan kabilah Tsaqif dari Thaif kepada RASULULAH SAW untuk menyatakan keislaman.
Kerana kabilah Tsaqif sudah memeluk Islam maka RASULULAH SAW dan para sahabat berinisiatif untuk menghancurkan berhala Latta yang biasa mereka sembah, akan tetapi mereka minta izin untuk menghancurkan berhala mereka sendiri, akhirnya RASULULAH SAW pun mengizinkan. Tak lama kemudian, kabilah Tsaqif menghancurkan berhala mereka sendiri.

34. Andalus ditaklukkan pada bulan Ramadan

Pada 27 Ramadan tahun 92 H, pasukan Islam yang dipimpin oleh Thariq bin Ziyad berhasil memasuki Andalus dari arah pesisir, ini adalah hal yang diluar dugaan, sehingga Roderick, penguasa Visigoth Sepanyol segera mempersiapkan pasukannya yang berjumlah 25.000.
Setelah menguasai Jabal Thariq dan membakar kapal-kapal yang telah digunakannya, Thariq bin Ziyad berkhutbah di depan pasukannya: “Lautan di belakang kalian! Musuh di depan kalian!…”. Lalu pecahlah pertempuran antara 12.000 pasukan Muslimin melawan 100.000 tentara Roderick. Yang berakhir dengan tercerai-berainya pasukan Visigoth dan tewasnya Roderick.

35. Pasukan Islam di Andalus mengalahkan Faranjah di bulan Ramadan

Di pagi hari Jumaat 20 Ramadan 479 H terjadi peristiwa Zalaqah (iaitu dataran dekat wilayah Portugis). Di mana pasukan Islam yang melakukan penjagaan di wilayah Andalus yang  dipimpinan Yusuf bin Tasyifin berhasil mengalahkan pasukan Faranjah (Franks) yang berjumlah 80.000 tentara yang dipimpin oleh Alfons VI yang juga tewas dalam pertempuran itu.

36. Pasukan Monggol dihancurkan di Palestin pada bulan Ramadan

Hari Jumaat 15 Ramadan 658 H pasukan Muslim yang dipimpin Saifuddin Qutuz, penguasa dinasti Mamalik di Mesir, berhasil menghancurkan 20.000 tentara Mongol yang dipimpin oleh Qitbuqa.
Para sejarawan menganggap bahawa peristiwa ini amat penting dalam sejarah penaklukan Bangsa Monggol di Asia Tengah, di mana pasukan Monggol mengalami kekalahan telak atas kaum Muslimin dan tidak mampu membalas kekalahan itu, sebagaimana yang biasa mereka alami, hingga panglima perangnya Qitbuqa berhasil dieksekusi.
Peperangan ini terjadi di ‘Ain Jalut, iaitu sebuah desa yang terletak antara Bisan dan Nablus. Sehingga peperangan ini dikenal dengan peristiwa ‘Ain Jalut.

37. Pengepungan 60 ribu pasukan Rusia digagalkan oleh 15 ribu pasukan Utsmani 23 Ramadan 1270 H

Pada hari ini kekuatan militer Rusia di bawah pimpinan Marsyal Bernes menghentikan kepungannya terhadap kota  Selestriya yang terletak di wilayah Qorum, pengepungan yang terjadi selama 35 hari ini tidak membawa dampak yang bererti bagi kekuatan Khalifah Utsmaniyah, walaupun kekuatan militer Rusia mencapai 60 ribuan tentara berhadapan 15 ribu  tentara Utsmaniyah yang kebanyakan berasal dari Mesir. Pelajaran yang dapat dipetik adalah kekuatan yang sedikit mampu mengalahkan kekuatan yang besar.

38. Anthokiah jatuh ke tangan kaum Muslimin di bulan Ramadan

Pemerintahan Anthokiah didirikan oleh Pangeran Wormandi Buwaihimund pada tahun 491 H. Kota ini merupakan kota termegah dengan dikelilingi benteng yang sangat kuat dan dijaga oleh  ribuan pasukan secara bergiliran siang dan malam. Walaupun kondisinya demikian kaum Muslimin berhasil menaklukan daerah ini dengan izin Allah Taala di bawah panglima perang Dhohir Bibris. Terhitung empat puluh ribuan mati dan tertawan dari pihak musuh. Kemenangan ini merupakan kemenangan terbesar setelah kemenangan Hitthin. Peristiwa ini terjadi pada tanggal 14 Ramadan 666 H.

39. Mesir menghancurkan kekuatan Isreal di Suez pada bulan Ramadan

Pada tanggal 10 Ramadan yang bertepatan dengan 6 Oktober 1973 tentara Mesir mampu menembus terusan Suez dan menghancurkan benteng Berlif serta menghancurkan kekuatan tentara Israel. Begitu pula tentara Suriah mampu membebaskan beberapa wilayahnya dari tangan Israel. Rakyat Mesir mengenang peperangan ini dengan peristiwa Abour.

Setelah peristiwa ini Israel mulai menyadari kekuatan Mesir dan dataran Sinai kembali ke pangkuan Mesir.

40. Proklamasi kemerdekaan Indonesia dikumandangkan dalam bulan Ramadan Dan kemerdekaan Negara Malaysia tercinta telah diistiharkan pada bulan Ramadan yang  Mulia.
Suntingan dari blog Islamik.






Sabtu, 14 Jun 2014

R 65 : KISAH DI SEBALIK SOLAT 5 WAKTU

السلام عليكم
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

“Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.”
(Surah 2, AL BAQARAH : ayat 237)

Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: ‘Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.’”
Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: ‘Silakan bertanya.’
Berkata orang Yahudi: ‘Silakan terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.’
Sabda Rasullullah S.A.W.:
Solat Zuhur – jika tergelincir ia matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya,
Solat Asar – itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi,
Solat Maghrib – itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersolat Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Solat Isyak – itu ialah solat yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku,
Solat Subuh – adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbitnya, terbit di antara 2 tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.’
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: ‘Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang solat.
Rasullullah S.A.W bersabda:
‘Jagalah waktu-waktu solat terutama solat yang pertengahan, Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan solat pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.’
Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: Manakala Solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.’
Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: ‘Jagalah waktu-waktu solat terutama sekali solat yang pertengahan, Solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan solat Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.
‘Sabda Rasullullah S.A.W. Solat Isya’. Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isyak berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.’
Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya Solat Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan solat subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.

2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W maka mereka berkata: ‘Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?’

Sabda Rasullullah S.A.W.:

‘Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.’
Kata orang Yahudi: ‘Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.’

Sabda Rasullullah S.A.W.

‘Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T tujuh perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.’

Kata orang Yahudi: ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.’
Sabda Rasullullah S.A.W.: ‘Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).’
Kata orang Yahudi: ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah,wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).’

Sumber: http://ummiadam.teratakrindu.net/

Otak manusia seperti orang sedang bersujud. Tak percaya?




Jumaat, 30 Mei 2014

R 64 : KUCING DAN ANJING DALAM ISLAM DAN KAJIAN SAINS

السلام عليكم
سْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Untuk semua penggemar kucing, ini ada sedikit info mengenai binatang kesayangan anda – dan aku juga! Dan sedikit info mengenai binatang yang sememangnya diharamkan kepada kita umat Islam untuk pegang. Segala hukum yang telah ditetapkan sememangnya mempunyai sebab-musabab yang tertentu apabila dikaji semula bukan? Seperti juga halnya kucing dan anjing ini. Tetapi mereka yang sememangnya telah sesat dan disesatkan oleh syaitan sentiasa akan membuat sesuatu yang berlawanan dengan apa yang Allah s.w.t tetapkan dan ajaran Rasul. Mereka kata dog is man’s best friend dan lihat sahaja di negara barat dan Eropah khususnya – iaitu negara yang sememangnya kafir – anjing dibelai dan dipelihara dan nilai-nilai ini dipupuk ke dalam anak-anak kecil yang sememangnya tidak berdosa yang akan membawa ke dewasa dan diturunkan pula ke generasi yang lain seterusnya. Negara kita juga tidak kurang hebatnya apabila sudah ada segelintir bangsa Melayu yang beragama Islam sendiri yang membela anjing sebagai binatang peliharaan mereka. Rosak!
Wallahu ‘alam.

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing. Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia. Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan pelbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
Anjing merupakan seekor haiwan yang haram bagi agama Islam yang kita anuti. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui atau untuk mengambil tahu kenapa anjing tidak boleh dipelihara dan disentuh seperti yang termaktub di dalam hukum-hukum ibadat agama Islam.

Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud: Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah. (Riwayat Muslim)
Maksud hadis di atas ialah jika seekor anjing menjilat bekas-bekas air kita, bekas-bekas air itu perlu dibasuh 7 kali dengan salah satunya dengan tanah. Memang kena samak. Air liur kepunyaan anjing mempunyai berbagai-bagai kuman yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Sebab itu Allah SWT berfirman supaya semua tapak-tapak atau bekas-bekas yang terkena air liur anjing perlu dibasuh dan disamak. Jika air liur anjing pun anda kena samak. Apatah lagi jika anda memegang atau menyentuh anjing? Anjing jika disentuh kulit dan bulunya ketika basah, dikuatiri kita akan dijangkiti penyakit sama seperti air liur anjing.
Penyakit apa yang dibawa oleh anjing? Penyakit yang paling terkenal dari bawaan anjing ialah penyakit anjing gila yang disebabkan oleh virus rabies yang boleh didapati melalui air liur anjing. Apabila anda menerima kesan gigitan anjing, virus yang masuk melalui air liur anjing tadi akan menyerap masuk menyerang sistem saraf badan kita. Dengan rosaknya sistem saraf, maka badan anda tidak akan berfungsi dengan sebaik-baiknya, terutama dari segi fungsi neuromotor.
Islam tidak mengada-ngadakan hukum kerana anjing sememangnya bahaya dari segi kesihatan. Sebab itu bila anjing disentuh dalam keadaan kulitnya basah, kita wajib membersihkan diri dengan 7 kali basuhan dengan salah satunya ialah menggunakan tanah (samak).
Mengapa samak menggunakan tanah? Sebab hanya menggunakan tanah sahaja terbukti dapat membunuh kuman-kuman rabies yang tidak dapat dihapuskan walaupun dengan air yang mendidih.
Apa yang mengecewakan, terdapat pandangan masyarakat melayu kelas atasan (tidak tahu sama ada tahu akan hukum atau tidak ) membela anjing dan suka-suka hati memegang anjing. Lagi teruk, membiarkan anak-anak mereka dijilat anjing kononnya untuk kemesraan sesama makhluk. Alahai.

Early-stage symptoms of rabies are malaise, headache and fever, progressing to acute pain, violent movements, uncontrolled excitement, depression, and hydrophobia. Finally, the patient may experience periods of mania and lethargy, eventually leading to coma. The primary cause of death is usually respiratory insufficiency. Worldwide, roughly 97% of rabies cases come from dog bites. – wikepedia

97% punca penyakit rabies adalah daripada ANJING, bahaya penyakit ini boleh membawa kepada koma. Tidakkah fakta saintifik ini cukup menggerunkan kita supaya menjauhi anjing? Hanya anjing-anjing yang sudah divaksinkan dapat terlepas dari virus rabies ini, di kebanyakan negara maju, program vaksin rabies dilaksanakan oleh kerajaan mereka, sekurang-kurannya dapatlah juga mencegah penyakit rabies ini, tapi negara kita Malaysia ini ada ke? Jawapannya ..
Tiada!
Marilah kita bersama amalkan doa ajaran nabi saw supaya terlepas dari penyakit yang merbahaya.

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَالْبَرَصِ وَسَيِّئِ الْأَسْقَامِ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengucapkan: “ALLAHUMMA INNI A’UUDZU BIKA MINAL JUNUUNI WAL JUDZAAMI WAL BARASHI WA SAYYI`IL ASQAAM (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari penyakit gila, lepra, kusta dan penyakit yang ganas).” – sunan nasa’i
Sumber: Insan-insan Berdakwah