Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 30 Disember 2017

S 66 : WAJIB MENGQADHA SOLAT

Bangun tidur Kesiangan, Solat Subuhnya bagaimana?

Pernahkah mengalami bangun kesiangan akibat tidur yang terlalu larut malam. Matahari telah terbit kita baru bangun tidur, Solat subuh kebablasan. Bingung apakah boleh mengqada solat subuh atau tidak?

Ini dia jawapannya.

Jika bangun kesiangan, ketiduran atau lupa disebabkan ketidaksengajaan, para ulama sepakat wajib mengqadha ketika sadar dan ingat. Sesuai dengan hadits Nabi SAW, “Sebenarnya bukanlah kategori lalai jika kerana tertidur. Lalai adalah bagi orang yang tidak solat sampai datang waktu solat lainnya. Barangsiapa yang mengalami itu maka solatlah dia ketika sedar.”
(HR.Muslim, 311/681)

“Barangsiapa yang lupa dari solatnya maka solatlah ketika dia
mengingatnya, dan tidak ada kafarah (tebusan) kecuali dengan cara itu.”
(HR. Muslim, 314/684)

Syaikh Sayyid Sabiq Rahimahullah mengatakan, “Mengqadha solat adalalah wajib menurut kesepakatan ulama bagi orang yang lupa dan tertidur.”
(Fiqh Sunnah)

Nabi SAW dan para sahabatnya pernah mengalami hal seperti ini. Adanya peristiwa serupa yang dialami oleh Nabi SAW dan Para sahabat, menjadi panduan buat kita bagaimana menyikapinya. Yang jelas, kasus seperti ini hendaknya tidak menjadi kebiasaan.

‘Imran bin Hushain Radhiallahu ‘Anhu bercerita: “Mereka bersama Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dalam perjalanan yang sampai larut malam hingga menjelang Subuh
mereka istirehat. Lalu mereka tertidur sampai meninggi matahari. Pertama yang bangun adalah Abu Bakar, Beliau tidak membangunkan Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam sampai dia bangun sendiri. Lalu bangunlah Umar, lalu Abu Bakar duduk di sisi kepala nabi. Lalu dia bertakbir dengan meninggikan suaranya sampai Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam terbangun. Lalu beliau keluar dan Solat Subuh bersama kami.”
(HR. Bukhari (3571)
Muslim (312/682))

Dalam kisah ini, Nabi SAW dan para sahabatnya baru Solat Subuh ketika matahari sudah meninggi, setelah mereka terbangun dari tidur. Ini menunjukkan bolehnya hal itu, jika
disebabkan tertidur yang membuatnya melewati waktu Subuh sebenarnya. Tetapi, sekali lagi, ini bukanlah kebiasaan mereka, tetaplah yang paling utama dan disukai
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA adalah Solat Subuh tepat pada waktunya.

Bangun kesiangan kerana ketidaksengajaan maka wajib solat ketika terbangun dari tidurnya, walaupun telah melewati waktunya.

Di antara pekerjaan yang paling berat itu adalah, disaat seseorang itu sedang sendiri di tempat yang sepi di mana tidak ada seseorangpun kecuali dirinya. Kemudian dia merasa selalu diawasi oleh rabbnya (Allah Azzawajalla) hingga dia sendiripun takut untuk melakukan suatu kemaksiatan/dosa. Itulah sejatinya pekerjaan berat bagi seorang muslim yang harus selalu ditundukkan dengan memohon pertolongan daripada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.


Oleh sebab takutlah kita disaat dilihat banyak orang kita terlihat bertakwa, kemudian disaat kita sedang sendiri dan Allah Azzawajallapun pasti mengawasi setiap perbuatan yang sedang kita lakukan tapi kita malah berbuat maksiat/dosa. Semoga kita semua di jauhkan dari sifat yang seperti itu. Aamiin….

S 65 : BERTAUBAT KEPADA ALLAH SWT

Firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang bermaksud : 

“Hai sekalian orang yang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan Taubat  Nashuha.”

(Qs:at-tahrim-8)

S 64 : DUNIA ADALAH PENJARA

NABI MUHAMMAD  SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALLAM bersabda yang bermaksud:

“Dunia adalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir.” 
(HR. Muslim no. 2392)

S 63 : HADITS HASAN SHAHIH, HASAN GHARIB DAN HADITS GHARIB

Apa yang dimaksud oleh Imam Termidzi dengan istilah: Hadits Hasan Shahih, Hasan Gharib, serta Hadits Gharib?

Jawapan:
Istilah Hasan Shahih merupakan masalah yang sangat pelik, kerana para ulama banyak berselisih pandangan dalam masalah ini. Kami belum menemukan, sejauh yang kami ketahui mengenai pendapat pasti yang boleh dijadikan sebagai pedoman. Ini disebabkan At-Termidzi sendiri tidak menjelaskan apa yang beliau maksud dengan istilah Hasan Shahih tersebut.

Adapun istilah Hasan Gharib tidak sama dengan istilah Hadits Hasan. Yang dimaksud dengan Hadits Hasan Gharib adalah Hasan (bagus) secara sanad dan tidak dikenal/asing (gharib) disebabkan salah seorang perawinya meriwayatkan hadits tersebut seorang diri.
Adapun istilah Hadits Hasan yang mana Termidzi tidak menambahkan lafal gharib sesudahnya, maka yang beliau maksudkan adalah Hadits Hasan Li Ghairihi (hadits yang pada asalnya dhaif, namun kemudian menjadi hasan kerana terdapat riwayat lain yang menaikkan darjat hadits tersebut sehingga menjadi Hasan, pent.).

Oleh sebab itu, wajib bagi penuntut ilmu untuk berhati-hati dalam masalah ini, yakni bahawa setiap hadits yang dikatakan oleh Imam At-Termidzi Hadits Hasan, maka sanadnya adalah dhaif, namun beliau mengetahui bahawa terdapat hadits lain sebagai mutaba’at (penyerta) dan syawahid (penguat), yang pada akhirnya menaikkan darjatnya dari dhaif menjadi Hasan. Maksudnya, dhaif dari segi sanad, tetapi Hasan dari segi matan (isi hadits), yang mana kenaikan darjat tersebut merupakan konsekuensi dari matannya, disebabkan kedatangannya melalui jalan-jalan yang lain. Adapun jika ia berkata Hadits Gharib maka kebanyakan yang ia maksudkan adalah dhaif iaitu secara sanad.

Sumber: Fatwa-fatwa Syekh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, Muhammad Nashiruddin Al-Albani, Media Hidayah, 1425 H — 2004 M.

(Dengan beberapa pengubahan tata bahasa oleh www.konsultasisyariah.com)

S 62 ; PERKARA TERBESAR YANG MEROSAKAN HATI

Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah berkata:

وتغير القلب يكون على حسب ما يحيط بالإنسان، وأكثر ما يوجب تغير القلب إلى الفساد حب الدنيا.


"Perubahan hati terjadi sesuai dengan hal-hal yang menguasai seseorang, dan perkara yang paling banyak menyebabkan berubahnya hati menuju kerosakan adalah cinta dunia."

S 61 : SEKADAR UNTUK REFRESH

Benarkah disebut Fasa Remaja?
Hari ini, pemuda yang berusia 14 tahun sampai dengan 20 tahun disebut sebagai sedang dalam tahap remaja. Fasa remaja adalah istilah yang dibuat orang barat modern, yang mana tujuannya untuk mengada-adakan udzur ketergesaan pemuda. Dan tidak ku temukan satupun indikasi yang menginformasikan makna kata ini baik di Kitabullah mahupun Sunnah Rasulullah SAW.

Cuba perhatikan pemuda-pemuda umat kita, pemuda Islam, yang pernah tertoreh dalam sejarah:

1. ‘Abdurrahman An-Nashir 21 tahun. Masa-masa emas di negeri Andalusia, di mana dia telah melewati banyak kekacauan di sana, kemudian ia membangun kemajuan ilmiyah yang mengungguli kawan sebayanya saat itu. Jadilah Andalusia negara terkuat di masanya sahingga pembesar-pembesar Eropah mencintainya.

2. Muhammad Al-Fatih 22 tahun. Menaklukkan Konstantinopel, ibukota negara Byzantium yang mana para pembesar/pemimpin tak ada yang boleh melakukannya pada masa itu.

3. Usama bin Zaid 18 tahun. Memimpin pasukan tentera Muslim bersama sahabat senior Abu Bakar As-Shiddiq dan Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhuma untuk menghadapi tentera terbesar di muka bumi waktu itu.

4. Muhammad Al-Qasim 17 tahun. Menaklukkan negeri Sindh dan dia merupakan pembesar/senior para pemimpin militer pada zamannya.

5. Sa’ad bin Abi Waqqas radhiyallahu ‘anhu 17 tahun. Dia adalah orang pertama yang melemparkan panah di jalan ALLAH, Dia adalah satu dari 6 sahabat anggota Syura. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengisyaratkan kepadanya dan berkata:

“هذا خالي فليرني كل إمرؤ
خاله .”

6. Al-Arqam bin Al-Arqam 15 tahun. Menjadikan rumahnya sebagai markaz untuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selama 13 tahun berturut-turut.

7. Thalhah bin ‘Ubaidillah 16 tahun. Orang Arab yang paling mulia dalam Islam, dalam peperangan Uhud dia membaiat maut Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan melindungi beliau dengan tangan dan tubuhnya dari serangan orang-orang kafir, sehingga tangannya lumpuh.

8. Zubair bin ‘Awwam 15 tahun. Orang pertama yang menghunuskan pedang di jalan ALLAH, dia adalah Hawarinya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

9. ‘Amr bin Kultsum 15 tahun. Seorang penyair terkemuka. Hidup di keluarga pemimpin kabilah terkuat pada masa jahiliyah, bani Taghlib. Maka ada istilah:
“Kalaulah Islam lahir mundur sedikit, akan terkalahkan oleh Bani Taghallub/Taghlib.”

10. Mu’adz bin ‘Amr bin Al-Jumuh 13 tahun dan Mu’awwidz bin ‘Afra 14 tahun. Keduanya yang membunuh Abu Jahal di perang Badar, seorang pembesar dan pemuka kaum Musyrikin pada masa itu.

11. Zaid bin Tsabit 13 tahun. Dia seorang penulis wahyu, dia mempelajari bahasa Yahudi dan Suryani hanya dalam 17 malam dan menjadi penerjemah untuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Dia juga menghafal kitabullah dan memberi banyak kontribusi dalam penyusunan Al Quran.

12. ‘Attab bin Usaid gubernur pertama Mekkah yang dilantik Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan saat itu umurnya 21 tahun.

13. Al-Imam Malik bin Anas. Beliau diberi gelar Syaikhul Islam, Hujjatul Ummah, Mufti Al-Haramain [Mufti dua tanah suci] dan Imam Darul Hijrah. Menjadi seorang Mufti ketika usianya 17 tahun, beliau berkata: 
“Aku tidak berfatwa sehingga tujuh puluh orang bersaksi bahawa diriku ahli dalam masalah tersebut.”
Dst.
Aku harap hilangkan istilah ‘fasa remaja’ mulai sekarang, tanamkan rasa percaya diri, ‘izzah ke dalam jiwa-jiwa anak-anak didik kita, ajarkan mereka Kitabullah sejak kecil, engkau akan melihat kelak bagaimana karakter menakjubkan yang tumbuh pada diri mereka. Dan yakinkanlah mereka bahawa ini [fasa remaja] adalah kebohongan yang besar.
Anak-anak generasi Muslim harus dididik dengan kekuatan ruh iman, sehingga ketika di usia muda sudah mampu menggemilangkan umat ini. Dan jangan pernah melupakan sejarah-sejarah itu, kerana mereka adalah teladan bagi kita semua.

Allahu A’lam bis-shawab.

S 60 : LATIH LIDAH UNTUK BANYAK MENGINGATI ALLAH SWT

Sahabat….. Latihlah dan biasakan lidahmu untuk banyak mengingat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan berzikir, bertadarus, berkata baik, berselawat jika tidak mampu maka diamlah jika kata-katamu tidak lagi bermakna dan bila lisanmu berkata penuh dengan kemudaratan kerana dengan Lisan (kalian) boleh melukai hati dan menyakiti perasaan saudaramu sendiri.

لسلام عليكم 

Semoga hari ini, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA memudahkan setiap urusan, melapangkan hati dan meringankan langkah kita dalam kebaikan.


امين يارب العالمين