Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 1 Februari 2020

U119 : TIPUAN DUNIA


Bukankah kita telah diberitahu rasulullah sholallahu 'alaihi wasallam
Jika engkau mendapati dajjal memegang api dan air kita diseru agar memilih api kerana itu adalah tipuannya.
Begitulah gemerlapnya dunia yang kau anggap itu menyenangkan dan kau sedar itu haram tapi tetap kau melakukannya.

U118 : DAHSYATNYA KALIMAT, "LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAH"


 Dahsyatnya.                                                                                      لا حول ولا قوة إلا بالله

Bagi seorang muslim kalimat Hawqalah iaitu lafaz, 'Laa hawla wa laa quwwata illa billah' tentu bukan hal yang asing. Ucapan tersebut sering kali diucapkan secara spontan ketika seseorang dalam kesulitan, dalam keadaan tertekan atau boleh juga ketika seseorang terkagum-kagum menyaksikan keajaiban yang terjadi, iaitu suatu kejadian yang mustahil terjadi menurut fikiran manusia.

Dikisahkan sahabat 'Auf bin Malik Al-Asyja'i pergi menemui Rasulullah صل الله عليه وسلم  dan berkata:

"Yaa Rasulullah sesungguhnya anakku Malik pergi bersamamu berperang di jalan Allah dan ia belum pulang, apa yang harus saya perbuat? Padahal seluruh pasukan sudah pulang."
Rasulullah صل الله عليه وسلم bersabda:

"Ya 'Auf perbanyaklah kamu dan isterimu mengucapkan:

لا حول ولا قوة إلا بالله

(Laa haula wa laa quwwata illa billah... Tidak ada daya dan kekuatan selain daripada Allah.)"
Auf pulang ke rumah dan isterinya sendiri menanti anaknya yang belum datang. Melihat suaminya datang isterinya bertanya:

"Wahai 'Auf apa yang diberikan Rasulullah صل الله عليه وسلم?"
Auf menjawab: Beliau mewasiatkan untukku dan kamu juga agar kita banyak mengucapkan

لا حول ولا قوة إلا بالله

Apa jawapan isteri yang sholehah dan sabar ini?

"Ya, sungguh benar Rasulullah صل الله عليه وسلم"

Akhirnya mereka berdua duduk terus berzikir dengan

لا حول ولا قوة إلا بالله

Sampai saat malam yang gelap tiba, seketika ada yang mengetuk pintu, dan Auf berdiri membuka pintu, ternyata yang datang adalah anaknya Malik membawa banyak sekali domba sebagai ghonimah.

Maka Auf bertanya: Apa ini?
Malik menjawab:
"Sesungguhnya musuh menangkapku dan mengikatku dengan rantai besi dan mengikat dua kakiku, maka ketika malam tiba saya berusaha keras untuk kabur tapi tidak boleh, kerana kuatnya ikatan di kedua tangan dan kaki. Tiba-tiba ikatan borgol yang dari besi perlahan-lahan longgar sehingga ikatan di kedua tangan dan kaki boleh lepas. Maka saya boleh datang sekarang dengan kambing-kambing ghonimah ini."
Maka Auf berkata: "Wahai ananda bukankah jarak antara musuh dan kita jauh sekali? Bagaimana kamu boleh datang dalam waktu satu malam?"
Malik menjawab: "Wahai ayahanda, demi Allah ketika ikatan itu lepas saya merasa ada Malaikat yang membawa saya."

Subhanallahal 'adzim...

Maka Auf mendatangi Rasulullah صل الله عليه وسلم untuk memberi kabar beliau.
Tapi sebelum Auf memberi kabar beliau, Rosulullah صل الله عليه وسلم mengatakan kepada Auf: Wahai Auf bergembiralah bahawa Allah سبحان وتعالى menurunkan ayatnya tentang urusanmu:

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (٢) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا (٣

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan Mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(QS Ath-Thalaq:2-3)

Ketahuilah sesungguhnya:

لا حولا ولا قوة إلا بالله

Adalah harta terpendam di bawah singgasana 'Arsy Ar-Rahman.
Ia adalah ubat bagi 99 penyakit, yang paling ringan adalah penyakit gundah.
Kalimat ini juga merupakan simpanan pahala yang banyak di syurga.

Suatu ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada ‘Abdullah bin Qois, “Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah, ‘Laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga.”
(HR. Bukhari no. 7386).

Daripada Abi Musa Al-Asy’ari radhiallahu anhu ia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam berkata kepadaku:

“Mahukah aku tunjukkan kepadamu salah satu bacaan yang menjadi simpanan kekayaan di dalam syurga?” Maka aku menjawab: “Tentu, wahai Rasulullah.” Maka beliau menjawab: “Ucapkanlah, Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah.”

U117 : SYAFA'AT AL QURAN DI DALAM KUBUR


Daripada Sa’id bin Sulaim ra, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

“Tiada penolong yang lebih utama darjatnya di sisi ALLAH pada hari Kiamat daripada Al Quran. Bukan nabi, bukan malaikat dan bukan pula yang lainnya.”
(Abdul Malik bin Habib-Syarah Ihya).

Bazzar meriwayatkan dalam kitab La’aali Masnunah bahawa jika seseorang meninggal dunia, ketika orang-orang sibuk dengan kain kafan dan persiapan pengebumian di rumahnya, tiba-tiba seseorang yang sangat tampan berdiri di kepala mayat. Ketika kain kafan mulai dipakaikan, dia berada di antara dada dan kain kafan.
Setelah dikuburkan dan orang-orang mulai meninggalkannya, datanglah 2 malaikat, iaitu Malaikat Munkar dan Nakir yang berusaha memisahkan orang tampan itu dari mayat agar memudahkan tanya jawab.
Tetapi si tampan itu berkata: ”Ia adalah sahabat karibku. Dalam keadaan bagaimanapun aku tidak akan meninggalkannya. Jika kalian ditugaskan untuk bertanya kepadanya, lakukanlah pekerjaan kalian. Aku tidak akan berpisah dari orang ini sehingga ia dimasukkan ke dalam syurga.”

Lalu ia berpaling kepada sahabatnya dan berkata, “Aku adalah Al Quran yang terkadang kamu baca dengan suara keras dan terkadang dengan suara perlahan.
Jangan khuwatir setelah menghadapi pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan mengalami kesulitan.”
Setelah para malaikat itu selesai memberi pertanyaan, ia menghamparkan tempat tidur dan permadani sutera yang penuh dengan kasturi dari Mala’il A’la.
(Himpunan Fadhilah Amal : 609)

Allahu Akbar, selalu saja ada getaran haru selepas membaca hadits ini. Getaran penuh pengharapan sekaligus kekhuwatiran. Getaran harap kerana tentu saja mengharapkan Al Quran yang kita baca dapat menjadi pembela kita di hari yang tidak ada pembela. Sekaligus getaran takut, kalau-kalau Al Quran akan menuntut kita.

Yaa ALLAH… terimalah bacaan Al Quran kami. Sempurnakanlah kekurangannya.
Banyak riwayat yang menerangkan bahawa Al Quran adalah pemberi syafa’at yang pasti dikabulkan ALLAH Subhana wa Taala. Aamiin.

Oleh: Prof.DR. Ahmad Sathori Ismail.

Sabtu, 25 Januari 2020

U 116 : ADA ORANG KELEBIHANNYA


Ada orang, kelebihannya adalah sabar.
Ada orang, kelebihannya adalah pemurah.
Ada orang, kelebihannya adalah mudah mengasihani.
Ada orang, kelebihannya ialah memberi salam dan mengukir senyuman.
Ada orang, kelebihannya ialah selalu memudahkan urusan orang lain.
Ada orang, kelebihannya ialah tak buat apa-apa, hanya diam dan tidak mengganggu orang lain.

Sebab itu pandanglah orang dengan kebaikan, kasih sayang dan kecintaan.
Jangan pandang orang dengan keburukan, kebencian dan permusuhan.

اللهم صل على سيدنا محمد
وعلى آله وصحبه وسلم

U 115 : SEDIH MASJID BERLUMBA SIMPAN DUIT SEDANGKAN GEREJA BERLUMBA BANTU ORANG MISKIN YANG MAJORITINYA ORANG ISLAM, BUATLAH PERUBAHAN WAHAI PENGERUSI DAN AJK MASJID SEKALIAN


http://suarapakatandaily.com/archives/12228

"Mana maruah masyarakat Islam, 80% gelandangan Islam makan di gereja"

Posted By: Pentadbiron: March 08, 2016

  
Lebih 80 peratus daripada kira-kira 100 orang gelandangan atau warga miskin kota yang menerima bantuan makanan di sesebuah gereja pada satu-satu masa terdiri daripada Melayu beragama Islam.

Pendedahan tersebut diakui seorang ibu tunggal ketika kebetulan ditemui Malaysia Dateline di Surau Balai Islam berdekatan Bulatan Pahang, Kuala Lumpur semalam.

Hanya mahu dikenali sebagai Junaidah (bukan nama sebenar), 50, beliau yang menjaga seorang anak lelaki menghidap penyakit ulser tulang memberitahu ramai gelandangan Melayu terpaksa mengharap bantuan daripada pihak gereja dan NGO berlatar belakangkan Kristian.

Ujarnya, sebuah gereja berhampiran Dataran Merdeka menyediakan sarapan mulai jam 8 pagi setiap hari manakala satu gereja lagi di Bukit Nanas menjamu makanan tengah hari kepada warga miskin kota juga setiap hari.

“Bagusnya lagi, pihak gereja menghormati gelandangan beragama Islam. Kami akan makan terlebih dahulu selepas wakil daripada kami diminta membacakan doa makan. Kemudian, baru doa untuk penganut mereka pula dibaca.

“Selain makanan, gereja dekat Dataran Merdeka itu siap beri sabun, benarkan gelandangan cuci baju dan sediakan ampaian untuk menjemur pakaian,” ujarnya yang kali terakhir menerima bantuan makanan di gereja terbabit selepas Aidilfitri tahun lalu.

Beliau yang tiba di surau itu bertanyakan pada Malaysia Dateline tentang imam untuk memohon bantuan wang ihsan selepas kira-kira sejam berlalunya solat Asar berjemaah.

“Minta bantuan pada Baitulmal setakat RM250 hingga RM300 sebulan. Sewa bilik di KL pun sudah RM300.

“Saya dengan anak berusia 25 tahun mulai tahun 2016 tidur di sekitar Masjid Negara kerana tak mampu menyewa bilik,” ujarnya yang berasal dari Rembau.

Bercerita lanjut tentang perbandingan dengan layanan institusi ibadat Islam, Junaidah berkata, pihak masjid sekitar ibu negara tidak pula berbuat demikian.

“Masjid Negara pun tidak ada. Hanya NGO dan mahasiswa saja yang ada berikan kami sumbangan makanan.

“Kalau dekat kawasan Kolej Segi berhampiran Anjung Singgah, ada seorang Datin bagi sumbangan duit setiap bulan. Itu usaha orang perseorangan. Kalau Baitulmal lagilah, bagi (bantuan kewangan) buat syarat saja.

“Kelmarin, saya minta bantuan wang ihsan untuk ambil dua anak yang dijaga bekas suami di Jengka. Baitulmal tak bagi wang sebab katanya duit bulanan sudah bagi,” ceritanya di perkarangan surau sambil merenung jauh kenderaan yang mulai sesak di Bulatan Pahang itu.

Berkongsikan pengalamannya yang pernah memohon bantuan bulanan pada Baitulmal di Terengganu tahun lalu bagi pihak anaknya, Junaidah berkata institusi itu menolak permohonan mereka dengan alasan bukan pemastautin.

“Saya merayu mereka buat tak tahu walaupun kad pengenalan anak saya terbukti lahir di Terengganu. Katanya, datanglah esok lusa jumpa pegawai mereka padahal saya tidak boleh tunggu. Penyakit anak saya kena cepat diberi ubat.

“Kata pegawai itu ramai orang begitu. Pada kad pengenalan saja lahir di Terengganu, tinggal di negeri lain,” cerita Junaidah kembali sehingga beliau pada hari tersebut terpaksa memohon jasa baik pihak Jabatan Mufti yang pejabatnya tidak jauh dari Baitulmal itu.

Beliau berkata, pihak Baitulmal memberi bantuan hanya selepas Jabatan Mufti itu menghubungi Baitulmal memaklumkan permohonan mereka harus diberi perhatian.

“Itupun Baitulmal beri bantuan kecemasan RM100 bukan bantuan bulanan dengan alasan sama – bukan pemastautin.

“Lepas tu pegawai itu pula persoal saya kenapa mengadu pada Jabatan Mufti sedangkan saya terdesak perlukan wang ihsan untuk belanja perubatan anak saya yang kaki kirinya sakit teruk akibat sisa karat selepas berlaku kemalangan di bengkel kereta tahun 2014 lepas,” jelasnya.

Memohon bantuan ihsan dari pihak masjid juga amat mengecewakan walaupun pada papan kenyataan masjid terpampang ribuan ringgit kutipan setiap minggu Solat Jumaat.

Beliau berkata, Ahad lalu seorang jawatankuasa Masjid Amru Ibni Al’As di Bandar Baru Sentul menolak rayuannya yang memohon sedikit wang dengan alasan bukan kariah masjid.

“Dia kata dia berpegang pada prinsip. Dia hanya bantu anak kariah masjid saja. Saya sedih sebab setahu saya orang yang bersembahyang di mana-mana masjid termasuk ketika solat Jumaat juga datangnya dari luar kariah,” keluhnya lagi.


YOK!!! KITA BANTU APA YANG PATUT.

U 114 : KISAH NABI NUH AS DAN IBLIS

Di antara manusia yang mendapat umur yang sangat panjang di dunia ini adalah Nabi Nuh as. Al-Quran mengatakan bahawa dia pernah hidup di sekitar kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun. Sepanjang masa itu Nabi Nuh telah menyeru mereka pada jalan Allah SWT, namun hanya sedikit dari mereka yang kemudian mengikuti jalannya. Melihat kaumnya yang sengaja mengingkari agama Allah SWT, bahkan sering mengganggunya, Nabi Nuh memohon kepada Allah SWT agar ditimpakan bencana kepada mereka. Allah SWT mengabulkan permohonannya.

Nabi Nuh diperintahkan untuk membuat kapal besar yang boleh memuat semua jenis makhluk hidup. Allah SWT akan menurunkan hujan yang sangat lebat dan mengalirkan banjir yang sangat besar sehingga tidak satu pun dari mereka yang kafir akan tertinggal.
Tiba waktunya apa yang ditentukan oleh Allah SWT. Bersama semua pengikutnya dan segenap pasangan makhluk melata lain Nabi Nuh naik ke atas kapal. Hujan mulai turun membasahi bumi. Nabi Nuh memperhatikan satu persatu dari mereka yang hadir di kapal. Tiba-tiba matanya memandang seorang lelaki tua yang tidak dikenalnya.
“Siapa anda?” tanya Nabi Nuh ingin tahu.
“Aku Iblis,” jawabnya.
Dasar Iblis, dia tahu saja bagaimana cara masuk ke dalam kapal Nabi kekasih Allah itu. Dia boleh hadir di mana saja dia mahu. Bukan kerana dia makhluk ajaib, tetapi dia memang sangat gigih memperjuangkan usahanya.
“Mengapa engkau mahu ikut kami?” tanya Nabi Nuh lagi.
“Aku bukan mahu ikut kapalmu dan ingin selamat bersamamu. Aku hanya ingin mengganggu hati para pengikutmu. Biarlah tubuh mereka bersamamu asal hati mereka bersamaku,” jawab Iblis terus terang.
Iblis memang tidak pernah menyembunyikan niat jahatnya untuk mencelakakan manusia. Fikirnya, semua manusia sudah tahu siapa dia. Sejak zaman Adam sampai hari kiamat. Mengapa harus berbohong lagi, kerana tidak semua yang manusia ketahui pasti akan diikuti.
“Keluarlah dari kapalku, wahai musuh Allah!” kata Nabi Nuh kepada Iblis.
Iblis tidak menjawab apakah mahu keluar atau akan tetap di sana. Sebelum Nabi Nuh, Allah SWT juga pernah mengusirnya keluar dari syurga. Tetapi, dia masih saja membangkang perintah Allah SWT dan terus berusaha menggoda Adam sampai berhasil.
Dia hanya berkata, “Wahai Nuh, aku menyimpan lima strategi yang dengannya aku akan boleh mencelakakan umat manusia. Aku akan sebutkan padamu yang tiga, tapi akan menyembunyikan darimu dua lainnya.” Kemudian Allah mewahyukan pada Nuh agar tidak usah mendengarkan yang tiga, tapi dengar saja dua yang lainnya.
“Aku tidak berminat mendengar tiga strategi yang akan engkau sebutkan itu, tapi sebutkan dua strategi yang engkau sembunyikan dariku,” jawab Nuh.
Iblis berkata, “Wahai Nuh aku akan berusaha membinasakan manusia dengan dua cara: pertama, dengan cara menanamkan sifat dengki dalam hati mereka; dan kedua dengan cara menanamkan sifat serakah dalam jiwa mereka. Kerana dengki maka aku dilaknat oleh Allah dan dijadikannya sebagai syaitan yang terkutuk. Dan kerana serakah maka Adam menghalalkan segala makanan di syurga sehingga dia dikeluarkan. Dengan dua sifat ini, kami semua dikeluarkan dari syurga.
Setelah kapal Nabi Nuh mendarat dengan segenap penumpangnya, tiba-tiba si Iblis datang lagi menghampirinya. Dengan suara yang amat merdu dia berkata pada Nuh, “Aku sangat berterima kasih padamu, lebih dari semua makhluk yang ada di bumi ini.”
“Terima kasih dari apa?” tanya Nabi Nuh ingin tahu.
“Permohonanmu agar orang-orang kafir itu dicelakakan telah dikabulkan oleh Allah. Dengan cara itu bererti engkau telah meringankan bebanku,” kata Iblis.
“Wahai Nuh, jangan sekali-kali engkau mendengki kerana ia telah menghantarku pada keadaan seperti ini. Dan jangan sekali-kali engkau serakah kerana ia telah menghantar Adam seperti yang dialaminya.”
Allah SWT berfirman: ''Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawas tiap-tiap sesuatu."
(Saba 21)

U 113 : KETAKUTAN

Yang aku takut hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasihat namun sangat pandai menasihati.
Yang aku takut aku merasa paling benar sehingga merendahkan orang lain.
Yang aku takut egoku terlalu tinggi hingga merasa paling baik di antara yang lain.
Yang aku takut aku lupa bercermin diri namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain dan aku yang paling aku takut aku hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan dan penderitaan saudara-saudara seagama di bumi bergolak.