Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 8 Februari 2020

U 174 : RENUNGAN HARI INI

Yang aku takut - hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasihat namun sangat pandai menasihati.
Yang aku takut - aku merasa paling benar sehingga merendahkan yang lain.
Yang aku takut - egoku terlalu tinggi hingga merasa paling baik di antara yang lain.
Yang aku takut - aku lupa bercermin namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.
Yang aku takut - ilmuku akan membuatku menjadi sombong memandang yang berbeza denganku.
Yang aku takut - lidahku makin lincah membicarakan aib saudaraku namun lupa dengan aibku yang menggunung dan tak sanggup kubenahi.
Yang aku takut - aku hanya hebat dalam berkata namun buruk dalam bertindak.
Yang aku takut - aku hanya pintar dalam berdakwah namun sulit untuk mentaati.
Yang aku takut - aku hanya cerdas dalam mengkritik namun lemah dalam mengkoreksi diri sendiri.
Yang aku takut - aku membenci dosa orang lain namun saat aku sendiri buat dosa aku enggan membencinya.

Yaa Allah Yaa Tuhanku. Aku berlindung padaMu dari kelemahanku sendiri. Lembutkanlah hatiku dan redam egoku. Jauhkan aku dari sifat berbangga diri, hasad, iri dan dengki. Sungguhnya aku memohon hidayah dan ampunanMu.
Aamiin...

U 173 : HANYA ORANG YANG JUJUR IMANNYA YANG MENINGGALKAN KEMAKSIATAN


Sahl bin Abdillah at-Tustury rahimahullah berkata:

أعمال البِر يعملها البَر والفاجر، ولا يجتنب المعاصي إلا صديق.

"Amal-amal kebaikan boleh dikerjakan oleh orang yang baik mahupun orang jahat, namun tidak akan mampu menjauhi kemaksiatan kecuali orang yang jujur imannya."
Mudah-mudahan kita termasuk di dalamnya.
Hilyatul Auliya', jilid 10 hlm. 211

U 172 : MENJADI PERIBADI YANG BERMANFAAT


Menjadi peribadi yang bermanfaat adalah salah satu karaktor yang harus dimiliki oleh seorang Muslim. Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.”
(HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni. Hadits ini dihasankan oleh al-Albani di dalamShahihul Jami’ no:3289).

Menjadi peribadi yang bermanfaat adalah salah satu karaktor yang harus dimiliki oleh seorang Muslim. Setiap Muslim diperintahkan untuk memberikan manfaat bagi orang lain.
Memberikan manfaat kepada orang lain, maka manfaatnya akan kembali untuk kebaikan diri kita sendiri. Allah Jalla wa ‘Alaa berfirman:

إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ

“Jika kalian berbuat baik, sesungguhnya kalian berbuat baik bagi diri kalian sendiri.”
(QS. Al-Isra:7)

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

مَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ الله فِي حَاجَتِهِ

“Barangsiapa membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan membantu keperluannya.”
(Muttafaq ‘alaih)

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ الله عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ, ةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ الله عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

“Barangsiapa yang memudah kesulitan seorang mukmin dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya pada hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang dalam kesulitan nescaya akan Allah memudahkan baginya di dunia dan akhirat.”
(HR. Muslim).

Agar kita benar-benar mendapatkan manfaat yang kita berikan kepada orang lain, kita harus ikhlas, kerana ikhlas adalah salah satu kunci diterimanya amalan kita.
Dan hanya amalan yang diterima Allah Jalla fii ‘Ulaah yang akan memberikan manfaat kepada kita baik di dunia mahupun di akhirat kelak.
Muslim.or.id
Penulis: Ustadz Fuad Hamzah Baraba, Lc.

Jumaat, 7 Februari 2020

U 171 : APAKAH PENGHAYATAN SOLAT


Apakah engkau merukukkan badan lahir engkau sahaja di waktu solat?
Sedangkan batin engkau, engkau tidak terasa rukuk?
Kalau jasad lahir engkau sahaja yang rukuk, rukuk itu engkau tidak hayati, rukuk engkau tidak ada erti apa-apa.

Di waktu engkau sujud. Apakah hati engkau sujud sama? Anggota lahir sahaja? Tidak terasa apa-apa?
Ia hanya sekadar exercise sahaja, ertinya engkau bersenam. Kalau hati engkau tidak ikut berserta sujud.

Di kala engkau berdiri solat, terasakah engkau berdiri di hadapan Tuhan yang tidak bercara?
Terasa Tuhan melihat, tahu, mendengar dan berkuasa di atas engkau. Di waktu itu engkau malu kepadaNya. Hingga terpaku hati dan fikiran engkau dengan Tuhan, tidak sempat engkau mengingati perkara-perkara lain.
Di ketika itu kebesaran Tuhan sahaja yang engkau rasa. Kalau di waktu berdiri tidak terasa apa-apa terhadap Tuhan. Mengapa engkau berdiri?
Untuk apa engkau berdiri? Seolah-olah engkau berdiri sahaja-sahaja!

Berdiri tidak punyai erti apa-apa. Kalau sepanjang masa engkau bersolat begitu rupa. Rupanya selama ini engkau bersenam, bersenam dengan rupa orang bersolat. Kerana itulah solat engkau tidak merubah perangai. Sama saja seperti orang yang tidak bersolat. Hakikatnya engkau belum bersolat.

U 170 : DOA DALAM AL QURAN SURAH IBRAHIM


Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim [14], Ayat 35. Muka Surat 260:

رَ بِّ صۡنَامَ
َۡ ن نَّعۡبُدَ ٱلۡ
َ
ٱجۡعَلۡ هََٰذَا ٱلَۡۡلَََ ءَامِّنٗا وَٱجۡنُبۡنِِّ وَبَنَِِّّ أ ٣٥

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini negeri yang aman dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.”

U 169 : DOA DALAM AL QURAN SURAH AL MUMTAHANAH


Firman Allah SWT dalam Surah Al Mumtahanah [60], Ayat 5. Muka Surat 549:

نتَ ٱلۡعَزِّي
َ
رَبَّنَا لََّ تَۡعَلۡنَا فِّتۡنَةٗ لِّلََِّّّينَ كَفَرُواْ وَٱغۡفِّرۡ لَََا رَبَّنَآٞۖ إِّنَّكَ أ زُ
ٱلَۡۡكِّيمُ ٥

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang orang kafir dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”

U 168 : DOA DALAM AL QURAN SURAH AL A’RAF


Firman Allah SWT dalam Surah Al A’raf [7], Ayat 126. Muka Surat 165:

رَبَّنَا فۡرِّغۡ عَلَيۡنَا صَبۡۡٗا وَتَوَفَّنَا مُسۡلِّمِّينَ
َ
أ 􀍿

“Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah sepenuhnya kepadaMu).”