Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 1 Mei 2020

V 68 : BELAJAR BAHASA ARAB

Ukhwahfillah = Persahabatan Kerana Allah ( اخوة في الله )
Ukhtin = Kakak @ Saudara Perempuan ( اخت )
Akhun = Abang @ Saudara Lelaki ( أخ )
Zauj = Suami @ Pasangan (L) ( زوج )
Zaujah = Isteri @ Pasangan (P) ( زوجة )
Asiff Jiddan = Saya minta maaf sangat-sangat ( آسف جداً )
Ukhwahfillah Abadan Abada = Persaudaraan kerana Allah Selama-lamanya                         

( اخوة في الله أبداً ابدا )
Fa'idza Adzamta fatawakkal'alallah = Stelah kmu brazam maka bertawakallah pd Allah 

( فإذا عزمت فتوكل على الله )
Inni Akhafullah = Sesungguhnya aku takut kepada Allah (إني أخاف الله)
Maafi Qalbi Ghairullah = Tiada di hatiku selain Allah ( مافي قلبي غير الله )
Lau Samatha = Maafkan saya ( لَو سمحتَ )
Naltaqi Ghadan = Kita jumpa esok ( نلتقي غداً )
Illalliqa' = selamat berjumpa kembali ( الى اللقاء )
Syafakallah = moga Allah menyembuhkan kamu (L)(شفاكَ الله)
Syafakillah = moga Allah menyembuhkan kamu (P) (شفاكِ الله)
Tafaddhol = Silakan (تفضل )
La Aadri/ la 'a'rif = Saya Tak Tahu ( لا أدري )
Maa fii Musykilah = tiada masalah ( مافي مشكلة )
Jazakallahu khairan khatsiira = Semaga Allah membalasmu dengan kebaikan (L) 

( جزاكَ الله خيراً كثيراً )
Jazakillahu khairan khatsiiran = Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan (P) 

( جزاكِ الله خيراً كثيراً )
Jazakumullahu khairan khatsiira = Semaga Allah membalasmu dengan kebaikan (L&P) 

( جزاكمُ الله خيراً كثيراً )
Wa iyyaka (L) = Dan untukmu jua. Balasan untuk ucapan ( وإياك)
Wa iyyaki (P) = dan untukmu jua. Balasan untuk ucapan
( وإياكِ )
Allahukhairuljaza' = Allah adalah Sebaik-baik Pemberi ( الله خير الجزاء )
Fahimtum? = Adakah kalian faham? ( فهمتم )
Fahimna = Kami telah faham ( فهمنا )
Ijhad wala taksal = Bersungguh-sungguh dan janganlah kamu malas ( اجهدْ ولا تكسلْ )
La Tahzan Innallaha Ma'ana = Janganlah bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kita 

( لا تحزنْ انا الله معنا )
Kafaa Bilmauti waa'izhan = Cukuplah kematian itu menjadi peringatan ( كفى بالموت واعظاً )
Bi idznillah = Dengan izin Allah ( بإذن الله )
InshaAllah kullu khayr ! Aamiin = in shaa Allah semuanya baik, Aamiin ( إن شاء الله كل خير. آمين )
Barakallahu Fiik = Semoga Allah mrahmati kamu/memberkati kamu ( بارك الله فيك )
Masa ul khair = selamat petang ( مساء الخير )
Na'am = Ya ( نعم )
bisura'h = mari dengan cepat (lekas2) ( يالله بسرعة )
Ismahli ya ustaz/ustazah = Tumpang tanya wahai Ustaz/Ustazah ( اسمحلي يا أستاذ/أستاذة )
Uridu an azhaba ilal dauratul ma'ah = Bolehkah saya ingin ke tempat air 

( أريد أن أذهب الى دورة المياة
Sanah Helwah = Selamat hari lahir ( سنة حلوة )
Ana Aidon = Saya Juga ( أنا أيضاً)



V 67 : UNGKAPAN YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM BAHASA ARAB

Terima kasih - syukran (شكرًا )                                                       
Sama sama - afwan ( عفواً )
Saya minta maaf - aseef (asif) ( آسف )
Baiklah - hasanan ( حسناً )
Mungkin - rubbama (ربما )/yumkin
Awas! - intabih ( انتبِه )
Berhati hatilah - ihzar ( احذر )
Jangan lupa - la tansa' ( لا تنسىٰ )
Samiinatun - gemuk ( سمين )
Tawiilun - panjang ( طويل )
Qasirun - pendek ( قصير )
Khofiidhun - rendah ( خفيض )
Nahiifun - kurus ( نحيف )
Yaum - hari ( يوم )
Usbu' - minggu ( أسبوع )
Syahr - bulan ( شهر )
Sanah - tahun ( سنة )

Ucapan dalam Bahasa Arab

Selamat malam - laila sa'idah ( ليلة سعيدة )
Sobahul khair - selamat pagi ( صباح الخير )
Ucapan balas sobahul khair - sobahannur ( صباح النور )
Semoga berjaya - bitaufiq wannajah ( بالتوفيق والنجاح )
Salam ukhuwah - salam perkenalan ( سلام اخوة )
Jazakallah hukhairan - semoga Allah membalas jasa kebaikanmu ( جزاك الله خيرا )
Naharun sa'idah - selamat siang
Azhoma allahu ajrak - semoga Allah memuliakan amalan kamu ( عظّم الله أجرك )
Uhibbuki - saya sayang kamu (perempuan) ( أحبكِ )
Uhibbuka- saya sayang kamu (lelaki) ( أحبكَ )

Ganti nama/personal pronouns
Aku/saya - ana ( أنا )
Kamu (lelaki) - anta ( أنتَ )
Kamu (perempuan) - anti ( أنتِ )
Dia (lelaki -seorang ) - huwa ( هُوَ )
Dia (perempuan-seorang) - hiya ( هِيَ )
Dia (lelaki/perempuan -2orang) -huma ( هماَ )
Dia (lelaki -3 dan keatas) - hum ( هُمْ )
Dia (perempuan-3 dan ke atas) - hunna ( هنَّ )
Kami - nahnu ( نحنُ )
Kalian (ramai) - antum ( أنتم )
Mereka - hum ( هُمْ )
Cantik = jamiilah ( جميلة )
Jelek = qabih ( قبيح )
Bersih = nadziifun ( نظيف )
Malas = kaslaan ( كسلان )
Ata'allamu = saya belajar ( أتعلم )
a'kulu = saya makan ( أاكل )
Asyrobu = saya minum ( أشرب )
Aqrou = saya membaca ( أقرا )
aktubu = saya menulis ( أكتب )
Atakallamu = saya berbicara ( أتكلم )
Amsiku = saya memegang ( أمسك )
A'malu = saya mengerjakan ( أعمل )
Albasu = saya memakai ( ألبس )
Toriiqon = jalan ( طريق )
Baytun = rumah ( بيت )
Mirsamun = pensil ( مِرسم )
Qolamun = bulpen ( قلم )
Mimsahatun = penghapus ( ممسحة )
Mishbaahun = lampu ( مصباح )
Sabbuurotun = papan tulis ( سبورة )
Kaifahaluka- apa khabar (lelaki) ( كيف حالكَ )
Kaifahaluki- apa khabar (girl) ( كيف حالكِ )
Askunufi- saya tinggal di ( أسكن في )
Umri- umur saya ( عمري )
Masmuki? Siapa namamu (untuk perempuan) ( ما اسمكِ )
Masmuka? Siapa namamu (untuk laki2) ( ما اسمكَ )
Ana tilmiidzatun = saya seorang murid (untuk perempuan) ( انا تلميذة )
Ana tilmiidzun = saya seorang murid (untuk laki2) ( انا تلميذ )
Ahlam Saiidah = semoga mimpi indah ( احلام سعيدة )
Syafakallah-smoga Allah menyembuhkn kamu ( شفاك الله )



Jumaat, 24 April 2020

V 66 : JADUAL KEHIDUPAN HARIAN


Disusun oleh Ustaz Ismail Kamus

1. Bangun malam ( sekitar jam 3 pg) - mandi dan ambil wuduk
2. Solat sunat wuduk.
3. Solat sunat taubat.
4. Solat sunat tahajjud (8 rakaat).
5. Solat sunat hajat (minta allah makbulkan permintaan kita, bila-bila masa kita minta).
6. Solat sunat witir 3 rakaat.
7. Istighfar 100x
8. Tahlil 300x
9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x
10. Tasbih 40x
11. Solat sunat fajar.
12. Solat subuh.
13. Baca yaassin lepas subuh.
14. Solat sunat dhuha 6 rakaat.
15. Solat zohor.
- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas
16.solat asar
- solat sunat sebelum
17. Solat maghrib
- solat sunat selepas
18. Solat isyak
- solat sunat sebelum
- solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :
- al-quran
- surah al-mulk
- surah sajjadah
- surah al-waqiah
20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“Di dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."
[Ustaz Ismail Kamus]


V 65 : UMPAMA BINATANG TERNAK

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya yakni ayat-ayat Allah, dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya (al-Quran atau bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya (al Quran, ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”
(Al-A’raf 7: 179)
  
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka itu hanyalah seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi.”
(Al-Furqan 25: 44)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sebaliknya orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.
(Muhammad 47: 12)

Yaa Allah, lindungi kami dari segala perbuatan keji lagi tercela… Ampunilah segala dosa-dosa kami Yaa Allah….


V 64 : KEMBALIKAN SEMUA URUSAN KEPADA ALLAH SWT

Dalam hidup, kita hendaknya selalu mengembalikan semua urusan kepada ALLAH SUBHANAHU WA TA‘ALA.
Setiap urusan, libatkan ALLAH SUBHANAHU WA TA‘ALA dalam menjalaninya.
Dengan menghadirkan ALLAH SUBHANAHU WA TA‘ALA, maka In Shaa Allah, segala urusan kita akan berjalan dengan lancar.
Oleh kerana itu, berdoalah kepada ALLAH SUBHANAHU WA TA‘ALA dengan sungguh-sungguh supaya urusan kita mendapat pertolongan daripada ALLAH SUBHANAHU WA TA‘ALA.
Berikut ini ada sebuah doa bermanfaat untuk meminta kemudahan urusan dan kelancaran dalam berbicara (ucapan).
Doa ini yang dibaca oleh Nabi Musa ‘alaihissalam ketika akan menghadapi Fir’aun.
Doa ini disebutkan dalam Al Qur’anul Karim:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي




V 63 : JUM KITA JADIKAN MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDAN DAKWAH

Buat masa sekarang ini, kita dapati media sosial khasnya buat masyarakat di Malaysia, telah menjadikan tempat ini untuk menyebarkan fitnah, mengadu dumba, mengata, mencela, menghina, mengutuk, menceritakan aib orang lain dan sebagainya. Sebagai seorang muslim, kita tahu perbuatan tersebut adalah perbuatan yang buruk lagi berdosa. Memang kita boleh bertaubat tetapi kita perlu ingat, selagi orang yang kita burukan, tanpa permohonan maaf secara terus dengan orang yang kita burukan, kesalahan itu tetap tidak terampun. Kalau kita jumpa secara teruspun,kalau beliau tidak mengampunkan, kesalahan itu tetap kita bawa masuk ke kubur.  Allahu Rabbi... Apatah lagi ramai yang membacanya. Andai kata kita turut sama memburuk-burukan orang itu, kita pun mendapat tempiasnya. Apatah lagi kalau kita share pulak kepada orang lain. Bertambah-tambahlah dosa yang kita buat. Ibadah kita dah la sedikit, ditambah pula dengan perbuatan yang tak berakhlak ini. Jum! Kita berubah. Sudah masanya untuk kita berhijrah dari segala perbuatan tak bermoral ini.

Akhir Zaman, Zaman Fitnah. Semoga kita tidak terkait dan menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga mereka yang memburuk-burukan orang lain di laman sosial ini berubah. Kita hanya mampu berdoa. Jadilah kita seorang muslim yang sebenar-benar muslim. Jum! Kita jadikan media sosial tempat kita menyebarkan ilmu kebaikan dan sebagai media berdakwah. Semoga ramai lagi yang bukan Islam tersedar akan kealpaan mereka sebab Islam adalah Agama Fitrah dan kita sebagai seorang muslim sepatutnya menyebarkannya kepada yang bukan Islam. In Shaa Allah.

V 62 : TAHU, BILA MATI


Taubatlah, jangan tangguh. Sebab kematian datang bila-bila masa saja. Orang yang berani tangguh taubat adalah orang yang sudah tahu bila dia akan mati.
Persoalannya, kita tahu ke bila kita akan jadi mayat?
Renungkanlah.